August 3rd, 2014

10 faktor MAS tetap jadi pilihan

SESUDAH meletak kereta di Blok A, terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikhaskan untuk tempoh lebih tiga hari, saya sekeluarga menuju ke kiosk mendaftar masuk. Di situ sekejap dan pantas.

Semasa hendak memasukkan beg, ada tiga lapis barisan tetapi itu pun tidak lama, sekitar 10 minit. Ini kesan positif daripada penggunaan kiosk daftar masuk. Singkatkan masa di kaunter MAS. Tambahan lagi jika kita sudah menempah tempat duduk dalam pesawat.

Pesawat Boeing 737-800 milik MAS sudah penuh. Orang Sarawak hendak pulang beraya. Disebabkan hari tersebut ialah hari terakhir Ramadan, maka juadah tidak disentuh. Setakat menjeling. Roti sandwich tuna atau ayam. Mujur puasa dalam hati saya. Tak selera pun.

Semasa pulang, pesawat tidak penuh. Mungkin 90 peratus. Makanan yang ditawarkan ayam atau ikan masak merah. Serius tidak sedap. Mujurlah ada konsep tayangan video ditayang sepanjang masa, menenggelamkan rasa tidak puas hati pada makanan.

Saya memilih menggunakan MAS untuk pulang beraya di Kuching didorong oleh 10 faktor berikut:

1 Harga tiket tidak jauh berbeza dengan syarikat penerbangan lain

Saya tidak akan memberi butiran terperinci tentang kos yang saya bayar. Ini kerana jika seseorang membeli tiket pulang beraya sejak Januari, tentunya menikmati tambang lebih murah. Saya beli tiket MAS sebulan lalu. Jadi perbandingan harga dibuat untuk tempoh tersebut. Dan itu harga pokok tiket.

2 Tiada caj terlindung dan harga makanan disertakan sekali

Jika dikira kos makanan yang terpaksa dibeli dalam pesawat, maka lagi tinggilah kos. Berbeza dengan MAS yang sertakan sekali kos makanan dalam kos tiket. Ada orang kata lebih jimat dengan konsep beli dalam pesawat. Cuma soal sedap atau tidak, ikut selera masing-masing. Juadah yang baru saya rasa, ayam masak merahnya memang berbau plastik. Ini bukan hendak menghentam tetapi setiap kali naik MAS, juadah dalam penerbangannya memang dinanti-nantikan. Harap dapat diperbaiki.

3 Wujud kawasan meletak kereta berjangka lama di KLIA

Terus-terang saya tidak pasti jika klia2 ada kemudahan ini. Bukan malas bertanya tetapi memandangkan sudah tetap 'bawai bilun' di KLIA, maka tidaklah ditanya langsung. Mungkin ada. Jika dulu selesa naik teksi tetapi dengan beg dan kotak yang besar, pengendali teksi akan memaksa kita guna teksi bersaiz besar, bermakna tambangnya pun lain daripada teksi jenis Proton Waja. Bila guna kereta sendiri, kosnya dapat jimat 40 peratus daripada tambang teksi.

4 Kesesakan di KLIA tidak merimaskan

Oleh kerana hanya MAS beroperasi bagi penerbangan domestik di KLIA, maka suasana pasar malam mega tidak dirasai di dalam terminal. Dan ruang duduk di balai berlepas pun tidak perlu berebut-rebut.

5 Risiko penerbangan tertunda adalah kecil sedikit

Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi, tidak tahu jika statistik rasmi DCA menunjukkan sebaliknya. Kakak yang menaiki pesawat Malindo Air agak geram kerana penerbangan dari klia2 ke Kuching tertunda dua kali, mujur masa balik tidak kena lagi. Isu ini juga menghantui AirAsia. Namun ia tidak bermakna isu ini tidak pernah berlaku pada MAS. Cuma faktanya, penerbangan pergi dan balik saya pada musim Aidilfitri berjalan lancar. Alhamdulillah.

6 MAS lebih responsif

Beza MAS dan syarikat lain ialah MAS lebih terbuka untuk responsif kepada rungutan dan aduan penumpang. MAS tahu jika sudah tersebar di media sosial, imej syarikat akan jatuh merudum. Syabas saya ucapkan kepada Ketua Komunikasi Strategik MAS, Datuk Najmuddin Abdullah - yang merupakan penyokong tegar Liverpool atas prinsip proaktif kepada pelanggan dan juga wartawan.

7 Keyakinan terhadap MAS masih utuh

Di sebalik tragedi dua pesawat MAS dan tekanan persaingan daripada syarikat penerbangan tambang murah, rakyat Malaysia tetap menggunakan MAS. Ini berkemungkinan besar disebabkan gabungan faktor yang disebut di atas. Bila pesawat penuh, bermakna keyakinan masih wujud dan kekal utuh.

8 Pelanggan tahu MAS kekal profesional

Saya ada sepupu bertugas sebagai Pramugara Kanan. Menurutnya, profesionalisme yang diberikan kepada anak-anak kapal tidak pernah berubah, malah Akademi MAS di Kelana Jaya turut menyediakan latihan kepada anak-anak kapal syarikat penerbangan lain. Ini yang penumpang mahukan daripada seluruh warga MAS. Biar berdepan dengan segala cabaran dan tekanan maha hebat, mutu perkhidmatan dan profesionalisme tidak terjejas. Ini membezakan MAS dengan pesaing-pesaingnya.

9 Mahu menyokong MAS yang berada dalam situasi tragedi

Kita semua tahu dua tragedi yang menimpa MAS. Secara automatik, saya sekeluarga berasa ada kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk memberi sokongan berterusan kepada MAS. Semasa bersua dengan juruterbang dan anak kapal MAS, berilah sapaan ikhlas. Ini tanda penghargaan dan sokongan kita kepada MAS. Jangan patah hati tetapi teruskan beri perkhidmatan yang terbaik. Dan lagi, bukan sedikit rakyat Malaysia dan anak kapal MAS yang terkorban dalam kedua-dua tragedi tersebut.

10 Tiada bias terhadap syarikat penerbangan lain

Ini tidak bermakna saya bias atau memboikot AirAsia, Malindo Air dan sebagainya. Tidak sama sekali. Malindo Air ialah syarikat penerbangan baharu yang kita semua alu-alukan penyertaannya di negara ini. Begitu juga dengan AirAsia, malah hubungan akhbar ini dengan AirAsia X sekarang berada pada tahap yang mesra dan saling hormat-menghormati walaupun dulu pernah dicemari dengan insiden Twitter proliberal terhadap kami. Atas semangat Aidilfitri, kami maafkan awak. Johardy Ibrahim: Utusan/Rencana/20140803

Mao terperangkap dalam helah sendiri

Dalam coretan minggu lalu, saya berjanji untuk menceritakan apa yang berlaku semasa persidangan terbesar Parti Komunis China (PKC) yang dinamakan Conference of the Seven Thousand Cadres di Beijing mulai 11 Januari hingga 7 Februari 1962. Menurut pengarang Jung Chang-Jon Halliday, berikutan keputusan persidangan itu, bencana kebuluran di China dapat diatasi. Kata pasangan penulis itu lagi, Liu Shao-chilah yang memainkan peranan penting di sebalik kejayaan itu. Liu berjaya 'memerangkap' Mao Tse-tung di atas muslihat dan helah Mao sendiri.


Apabila Mao bersetuju parti komunis mengadakan persidangan itu, dia tidak berhasrat mencari jalan menamatkan dasar-dasar songsangnya. Sebaliknya, dia mahu persidangan itu menjadi gelanggang untuk merangsang kader-kader parti supaya patuh melaksanakan dasar-dasar Great Leap. Mao mahukan 7,000 kader parti yang hadir agar pulang ke daerah dan kampung masing-masing dengan semangat untuk turn the screw tighter. Menurut Jung-Halliday, "He (Mao) had said to his inner circle: 'It's not the case that we don't have things (food). True, there are not enough pigs, but there are plenty of other foods. We just don't seem to be able to lay our hands on them. We need a spur." (halaman 495)

Untuk mencapai hasratnya, Mao mengedarkan terlebih dahulu draf ucapan dasarnya kepada perwakilan kader. Untuk menentukan mereka tidak memberi ulasan yang bertentangan dengan kehendaknya, Mao mengatur sesi-sesi perbincangan secara berkumpulan. Semuanya diketuai kader-kader parti yang dikenal pasti menyebelahi Mao. Akibatnya, "Anyone who ventured sharper questions was instantly gagged (by the group leader) with heavy-handed threats. As one brave delegate wrote in an anonymous letter to the leadership, the sessions were simply 'for everyone to sit there and kill time.'" (halaman 495)

Rancangan Mao ialah dia mahukan Liu Shao-chi menyampaikan ucapan dasar itu pada 27 Januari dan Mao bercadang menutup persidangan pada hari tersebut juga. Muslihat Mao supaya Liu Shao-chi dan 7,000 perwakilan kader sama-sama bertanggungjawab terhadap apa jua saranan dalam ucapan dasar itu.

Menurut Jung-Halliday, "But Mao's cosy plan fell apart. On the 27th, Liu did some things that took Mao utterly by surprise. With Mao in the chair, Liu gave a different speech from the circulated keynote text he (Liu) was supposed to deliver (halaman 496)." Di depan kehadiran 7,000 kader-kader kanan parti dari seluruh China itu, Liu Shao-chi membelasah dasar-dasar songsang Mao. "People do not have enough food, clothes or other essentials…" Liu dipetik sebagai berkata, "…Agricultural output, far from rising in 1959, 1960 and 1961, dropped, not a little, but tremendously...There is not only no Great Leap Forward, but a great deal of falling backward..." (halaman 496)

Liu tanpa ragu-ragu mengisytiharkan bahawa dasar-dasar yang diperkenalkan Mao Tse-tung telah menimpakan malapetaka kepada rakyat China. Dasar-dasar itu wajar dihentikan, ujar Liu. Dia menempelak 'kata-kata hikmat' Mao kononnya, "Mistakes are only one finger, whereas achievements are nine fingers." Apabila Mao yang duduk diam mendengar ucapan Liu, mencelah bahawa kata-katanya itu memang betul berlaku di beberapa daerah, Liu pantas menjawab penjelasan Mao tidak tepat dan Mao tidak bercakap benar.

Saya mengagak, adalah tidak sulit bagi kita memikirkan suasana 'hangat' semasa persidangan akibat ucapan Liu. Jung-Halliday berkata : "Liu's speech brought a torrential response from his audience, who could hardly wait to raise their voices. The discussions that day took on a totally different tone and mood. Now that they knew that the president (Liu) was behind them, delegates spoke their mind condemning the old policies passionately, and insisting they absolutely must not be repeated." (halaman 496)

Mao tidak menduga sama sekali bahawa Liu Shao-chi, yang kebiasaannya bertingkah laku berhati-hati, boleh bertindak 'memerangkap' dirinya sedemikian rupa. Dia sangat marah, tetapi menahan kemarahannya kerana dilihat Liu jelas mendapat sokongan padu daripada 7,000 perwakilan. Menentang Liu secara terbuka pada saat itu bermakna Mao menentang hampir keseluruhan kepimpinan parti komunis dari seluruh China.

Langkah Mao di persidangan itu ialah mengaturkan sebilangan pemimpin parti dari sesetengah provinsi dan pegawai-pegawai pertanian yang dipercayainya memberi ucapan bahawa merekalah yang telah menyebabkan kegagalan dasar pertanian. Ini langkah damage control bagi Mao. Tetapi, kemunculan Lin Biao untuk berucap pada 29 Januari, iaitu pada hari pertama tempoh persidangan itu dilanjutkan, memberi petanda 'berat' kepada penentang-penentang Mao. Seperti saya kisahkan dalam coretan sebelum ini, Mao telah melantik Lin Biao menggantikan Peng De-huai sebagai Menteri Pertahanan China, setelah Peng menerusi sepucuk surat panjang lebar kepada persidangan parti pada tahun 1959 mengkritik dengan kerasnya dasar-dasar Mao.

Menurut Jung-Halliday: "To the 7,000, Lin Biao trotted out the kind of heartless clichés Mao loved to hear : disasters were inevitable 'tuition fees'; Chairman Mao's ideas were 'always correct'; - in times of difficulty… we must all the more follow Chairman Mao. When he finished, Mao was the first to clap, and praised Lin fulsomely to the audience." (halaman 497)

Tentang faktor Lin Biao ini, menurut Jung-Halliday, Liu Shao-chi telah patah hati sebaik-baik sahaja dia melihat Lin Biao muncul membuat ucapan. Wang Guang-mei, balu Liu, semasa ditemu ramah oleh Jung-Halliday sempena penulisan buku mereka, berkata suaminya pernah memberitahu dia (Wang): "Lin Biao comes and talks like this. Trouble". Penampilan Lin Biao sebagai ketua angkatan tentera untuk memberi sokongan kepada Mao menandakan berakhirnya perbahasan rasional. Kesudahannya, dasar-dasar songsang Mao telah tidak diberi kupasan dan kritikan yang sewajarnya seperti yang diharapkan oleh Liu Shao-chi. Tiada seorang pun perwakilan berani mengkritik Mao secara langsung.

Mao dapat merasakan sentimen 7,000 kader parti yang mahukan perubahan. Dia merasakan dia perlu membuat self-criticism di depan mereka. Ini dilakukannya pada 30 Januari, hari ke-19 persidangan. Dan ini juga kali pertama Mao membuat pengakuan sedemikian sejak dia memegang kuasa tertinggi di China mulai tahun 1949. Dalam ucapannya, Mao menyalahkan orang lain yang menyebabkan bencana kebuluran, namun "…he was rather altruistically accepting the blame, using carefully slanted formular like 'I am responsible…because I am the Chairman', he had to admit that there was much to be blamed for. Having made this admission, Mao had to swallow a policy change. He was forced to abandon the lethal scale of food levies planned for 1962 and onwards. As a result, ten of millions of people were spared death by starvation." (halaman 497).

Sebaik-baik sahaja persidangan itu tamat pada 7 Februari, Mao bergegas ke Shanghai untuk menemui penyokong-penyokong setianya yang diketuai Ke Qing-shi, Ketua Parti Komunis di Shanghai. Dia berundur selangkah ke belakang untuk merancang langkah tindakan balas terhadap Liu Shao-chi. Sementara Liu dan pemimpin-pemimpin parti yang sehaluan dengannya seperti Chou En-lai, Chen Yun dan Deng Xiao-ping, sebagai langkah susulan, mula membuat perubahan drastik terhadap beberapa dasar yang dimulakan Mao. Projek-projek yang menelan perbelanjaan besar seperti pembinaan kapal selam bertenaga nuklear dicantas dan perbelanjaan membuat senjata dikurangkan. Menurut Jung-Halliday: "Investment in agricultural rose sharply. In many places, peasants were allowed to lease land from the commune, and effectively were able to return to being individual farmers. This alleviated starvation and motivated productivity. It was in defense of this practice that Deng Xiao-ping quoted an old (Chinese) saying, which became his most famous remark: 'It doesn't matter whether it's a yellow cat or a black cat, as long as it catches mice'." (halaman 498)

Kata Jung-Halliday lagi : "The year 1962 was to be one of the most liberal periods since Mao's reign had began. That spring (of 1962), Liu and his colleagues rehabilitated wholesale those condemned following the purge of Peng De-huai in 1959, who totaled a staggering 10 million. Some 'Rightists' (victimized in 1957-58) were also rehabilitated… It was also in this year that the Panchen Lama felt able to write to Chou En-lai, chronicling the brutality the Tibetans had suffered. There was some relaxation in Tibet, some monasteries were restored and religious practices to be tolerated." (halaman 498)

Sementara itu, saya anggap menarik juga bahawa pada bulan Februari 1962 - sebaik-baik sahaja selesai persidangan PKC itu - Wang Jiaxiang, yang ketika itu mengetuai International Liaison Department di bawah kelolaan Jawatan Kuasa Pusat PKC, telah menyedari bahawa, dalam keadaan negaranya menghadapi bencana kebuluran dan pergolakan politik yang tidak menentu, dasar luar China tidak wajar mengundang ancaman luar terhadap China. Dia pun menulis surat kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab mengenai dasar luar China iaitu Chou En-lai, Deng Xiao-ping dan Chen Yi.

Wang Jiaxing dalam suratnya menyebut lima perkara yang patut diberi perhatian, tiga daripadanya berbunyi begini: Dasar luar untuk 'mendamaikan' keadaan adalah lebih bijaksana dan China tidak patut cuba menundukkan kuasa imperialism kononnya untuk mewujudkan keadaan aman sejagat. China juga patut bersikap relatively appeasing terhadap Amerika dan tidak wajar menghantar tenteranya ke luar negara walaupun diminta negara lain untuk berbuat demikian. China juga tidak sepatutnya menggalakkan penduduk mana-mana negara bangkit menentang pihak berkuasa menerusi revolusi dan ini atas prinsip China tidak boleh campur tangan dalam urusan dalaman mana-mana negara lain.

Jika anda memeriksa semula coretan saya dalam Mingguan Malaysia bertarikh 4 Mei 2014, ternyata fakta-fakta tadi, yang saya petik dalam buku "Tombstone The Untold Story of Mao's Great Famine" karangan Yang Jisheng, semacam memberi kita keyakinan bahawa ini adalah satu kesan positif bagi Malaysia yang sedang menghadapi ancaman pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) pada masa itu. Ia memang petanda baik jika Mao telah akur dengan nasihat pihak Liaison Department itu.

Tetapi ini terbukti tidak berlaku. Mao tidak berganjak daripada dasar dan haluannya. Seperti kata Jung-Halliday: "Mao nurtured a volcanic hatred for Liu and the officials who had attended the conference - as well as for his Party, which these people obviously represented. He was out for revenge… That is why, a few years later, he launched his Great Purge, (which is) the Cultural Revolution in which Liu and most of the officials in that (conference) hall… were to be put through hell." (halaman 498).   Abdul Rahim Noor: Utusan/Rencana/20140803