August 17th, 2014

Akhirnya tersungkur juga

PADA 6 Ogos lalu, perogol bersiri yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Rambo Bentong’ akhirnya menerima balasan setelah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh kerana membunuh seorang remaja perempuan.

Rabidin Satir, 43, diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana sebelum itu telah dikenakan hukuman penjara 133 tahun dan sebatan 50 kali kerana pelbagai jenayah terkutuk lain yang telah dilakukannya.

Sebahagian hukuman sebat yang telah dijalankan menyebabkan dia berada dalam keadaan lemah dan terpaksa berkerusi roda ketika mendengar hukuman terbaharu dibacakan.

Dia yang berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah dikenali dengan gelaran itu kerana tinggal di hutan sekitar Bentong, Pahang secara bersendirian dan menggunakan pisau Rambo untuk mengugut dan menyerang mangsa.

Seperti Rabidin, terdapat banyak lagi penjenayah lain yang mempunyai gelaran nama yang hebat dan glamor tetapi akhirnya tumpas juga ibarat kata pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’. Antara mereka ialah Mona Fandey, Bentong Kali, Botak Chin dan Mat Komando.

Botak Chin

PENJENAYAH yang cukup digeruni, Wong Swee Chin bukanlah seorang yang berkepala botak seperti yang sering disangka banyak pihak apabila mendengar gelaran itu diungkapkan.

Botak Chin sebenarnya merujuk kepada gabungan tiga perkataan dalam dialek Hokkien iaitu ‘Bo Tak Chin’ yang bermaksud Cina tiada kerja.

Swee Chin bukanlah seorang penganggur seperti yang kita sangka, sebaliknya aktif melakukan rompakan ala-Robin Hood di negara ini sekitar 1970-an.




BOTAK Chin sedang diiringi keluar oleh anggota polis dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibawa ke Penjara Pudu pada 1980.


Dia seorang yang cukup kejam dan ‘berhati kering’ apabila tidak teragak-agak menembak mati anggota kumpulan sendiri yang disyaki menjadi pengintip polis.

Perlakuannya semakin ganas apabila cuba membunuh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Supritendan, S. Kulasingam pada 1975.

Akhirnya setahun selepas itu, dengan maklumat anggota kumpulan itu yang belot, Botak Chin dan konco-konconya berjaya ditangkap polis dalam satu serbuan di sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pada 1980, lelaki bujang berusia 27 tahun ini didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana memiliki senjata api, peluru dan bom tangan. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Walaupun cuba melarikan diri dari penjara sebanyak dua kali, hayatnya tetap berakhir di tali gantung. Hukuman itu dilaksanakan pada 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Bentong Kali

GELARAN itu adalah singkatan kepada nama penuh, P. Kalimuthu dan tempat kelahirannya di Bentong, Pahang.

Lelaki panas baran ini amat dikehendaki polis kerana terlibat dengan 16 pembunuhan yang dilakukannya tanpa sebarang sebab termasuk menembak mati seorang penjual roti canai di Taman Tanming Jaya, Kuala Lumpur kerana menegur perbuatannya yang kencing berhampiran rumah mangsa.

Ketua kongsi gelap, Kumpulan 04 turut terlibat dalam banyak lagi kes jenayah lain termasuk mencederakan polis dan mengedar dadah.

Dia yang aktif di sekitar Jalan Klang Lama, Brickfields, Segambut dan Sungei Way juga cukup berani untuk menelefon dan mencabar pegawai polis supaya menangkapnya.

Semua pembunuhan telah dikaitkan dengan Bentong Kali menerusi kelongsong peluru sembilan milimeter daripada pistol Sig Sauer buatan Jerman yang digunakannya.

Bentong Kali, 32, dan dua pengikutnya ditembak mati dalam satu serbuan polis pada pukul 6.30 pagi di sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan elit di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada 1993.

Mona Fandey

GELARAN kepada bomoh, Maznah Ismail merupakan gabungan panggilan mesra terhadap dirinya dan nama suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman.

Sebelum terlibat dengan perbuatan jenayah, Mona mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi artis terkenal di negara ini apabila menerbitkan album bertajuk Diana 1, sempena nama anak perempuannya pada 1987.

Pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah air apabila mendakwa menjadi artis pertama di Malaysia membeli sebuah pulau di selatan Thailand dengan harga RM5.8 juta untuk dijadikan pusat peranginan terbesar di Asia Tenggara.

Segala publisiti berkenaan, tidaklah dapat menandingi kemasyhurannya setelah terlibat membunuh Ahli Dewan Undangan Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 1993 di Kampung Peruas, Hulu Dong, Raub, Pahang. Turut dituduh sama ialah suaminya dan pembantu mereka, Juraimi Hussin.

Kes tersebut masih diingati sehingga kini kerana cara Mazlan dibunuh dan mayatnya dilupuskan begitu mengerikan, selain wujud unsur pemujaan dan ilmu hitam yang digunakan.

Leher Mazlan ditetak sebanyak tiga kali sehingga putus sementara tubuhnya dikerat kepada 18 bahagian, disiat-siat dan dilapah dengan kulit dan dagingnya dikumpulkan dalam besen.

Mayat yang sudah dipotong itu kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang sebelum ditimbus dengan simen.

Ketiga-tiga mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995 dan menjalani hukuman itu di Penjara Kajang pada 2001.

Mat Komando

AHMAD Mohd. Arshad, 37, yang mendapat gelaran itu kerana pernah berkhidmat selama dua tahun sebagai anggota komando menutup perlakuan jenayahnya dengan sifatnya yang ringan tangan untuk membantu orang lain.

Sifat baik yang ditunjukkannya menyebabkan tiada siapa menyangka lelaki bertubuh tegap dan sasa ini mengetuai kongsi gelap, Kumpulan 13 yang telah melakukan lebih 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta dan satu kes cubaan membunuh.

Dia juga seorang yang amat berbahaya kerana selain bersenjata api ketika melakukan samun, dia tidak akan teragak-agak melepaskan tembakan ke arah sasarannya.

Walaupun pihak polis telah menjalankan operasi untuk menangkapnya sejak 1 Januari 2002, tiada siapa yakin dia dapat ditangkap kerana dikatakan mempunyai ilmu batin yang membolehkannya meloloskan diri dengan mudah.

Pengalamannya sebagai anggota komando telah membolehkannya menghilangkan diri dengan mudah ke dalam hutan dan mengelirukan anjing pengesan.

Bagaimanapun lelaki yang berasal dari Kampung Selengkoh, Yan, Kedah ini menemui ajalnya juga tanpa sempat meminta maaf kepada mangsa-mangsanya setelah berbalas-balas tembakan dengan sepasukan 10 anggota polis di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada 12 September 2002. NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my Utusan/Rencana/20140816

Malaysia senang bersahabat dengan Indonesia

ESOK Indonesia akan meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-69 iaitu hari yang amat bermakna kepada lebih 234 juta rakyat yang menjadi tulang belakang kekuatan negara kepulauan itu.


Selama hampir tujuh dekad mencapai kemerdekaan dari Belanda, Indonesia kini berada di kedudukan yang kukuh dari pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial budaya.

Usaha membawa Indonesia keluar daripada belenggu kesukaran dirintis oleh presiden pertama Indonesia, Sukarno yang memperkenalkan konsep Trisakti yang secara umumnya membekalkan rakyatnya rasa kasih dan cinta untuk menjadikan bangsa Indonesia sebagai yang disegani.

Konsep Trisakti adalah formula yang pa­ling penting mengajar bangsa Indonesia memiliki jati diri kukuh dan ia terbukti relevan sehingga kini.

Kepentingan politik diberikan perhatian utama oleh Sukarno ketika memperkenalkan konsep Trisakti iaitu bangsa Indonesia harus bijak menggunakan kuasa rakyat dalam melaksanakan amalan demokrasi tanpa sesekali mengabaikan fahaman Pancasila.

Bulan lalu, Indonesia menyaksikan kuasa rakyat sekali lagi menjadi penentu dalam proses Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) 2014 yang diadakan setiap lima tahun sekali.

Sekalipun gelanggang politik Indonesia diuji dengan perbezaan ideologi sehingga mencetus sengketa, namun realitinya, ia masih tidak mampu menggugat kestabilan rakyat berikutan fahaman Pancasila yang diperkasakan sebagai ideologi bangsa dan benteng kekuatan rakyat Indonesia.

Dalam aspek ekonomi, falsafah Trisakti ialah mendidik bangsa Indonesia agar berdikari dalam mensejahterakan periuk nasi rakyatnya tanpa bergantung harap kepada orang lain.

Sementara, dalam aspek sosial budaya pula, Sukarno sentiasa mengingatkan rak­yatnya agar berbangga dengan mencintai, menghormati dan memelihara nilai-nilai murni dan kebudayaan yang diwarisi nenek moyang kerana itulah harta paling berharga bagi sesebuah bangsa.

Pada usia 69 tahun mencapai kemerdekaan, Indonesia sudah mencapai kedudukan sebagai sebuah bangsa berdaulat yang berjiwa besar dan kemakmuran yang dihadapi negara itu turut memberi tempias kepada Malaysia yang selama ini sudah dikenali sebagai sahabat paling akrab bagi negara kepulauan itu.

Apa yang dinikmati Indonesia selama tempoh kemerdekaan itu kata Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, memberikan inspirasi kepada Malaysia yang jauh lebih muda usia kemerdekaannya.

Dan kerana itu Malaysia yang mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kata Zahrain, sentiasa mahu memastikan kedudukan dua negara jiran itu berada di landasan keharmonian yang tidak boleh diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tanpa ada secalit rasa cemburu atau iri hati, Malaysia menurut Zahrain, sentiasa mengagumi pencapaian Indonesia dalam segenap aspek.

Kerana itu juga, Zahrain berkata, Malaysia terus berikrar akan mengukuhkan hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin itu.

"Malaysia sangat senang bersahabat dengan Indonesia apa lagi di bawah pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, kemesraan hubungan antara Malaysia dan Indonesia tidak boleh disangkal lagi," tegas Zahrain kepada Utusan Malaysia dalam pertemuan baru-baru ini.

Terjemahan keakraban itu jelas Zahrain dapat dilihat melalui sokongan moral yang diberikan Indonesia kepada kepimpinan dan seluruh rakyat apabila Malaysia dilanda dua ujian besar iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Mac lalu dan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine bulan lalu.

Harga persahabatan itu jelas beliau, tidak dapat diukur dengan wang ringgit menyebabkan Malaysia akan terus membuka ruang kerjasama dalam aspek mengukuhkan nilai persahabatan.

Namun begitu, dalam pada Malaysia dan Indonesia menikmati kemakmuran bersama, masih ada ruang yang dilihat Zahrain perlu diperkukuhkan lagi antaranya dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengaruh dan kuasa yang ada pada NGO-NGO ujar Zahrain, sangat penting khususnya dalam menyebarkan mesej perpaduan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara, apa lagi bagi Malaysia dan Indonesia yang disifatkan beliau sudah matang dan bijak dalam menentukan nilai peradaban.

Sebagai Duta Besar yang tugasnya sebagai perantara dua negara, Zahrain sangat teruja untuk mengalu-alukan NGO-NGO dari kedua-dua negara untuk sama-sama mewujudkan rangkaian persahabatan yang lebih akrab.

Dalam menghadapi cabaran masa depan, Zahrain berpendapat, NGO-NGO boleh menggunakan populariti dan kekuasaan mereka untuk mengakrabkan lagi hubungan di peringkat rakyat dua negara dengan mengenepikan perasaan cemburu dan iri hati.

Sebagai permulaan, Zahrain memberitahu, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia akan membuka sekretariat Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI) yang fungsinya akan menjadi platform pertukaran idea, pendapat dan ilmu mengenai Malaysia dan Indonesia.

"Kita mahu memastikan NGO-NGO dan rakyat di kedua-dua negara mendapat gambaran sebenar mengenai Malaysia dan Indonesia secara langsung. YIRMI akan menjadi platform kepada usaha berkenaan.

"Kita sedia maklum sudah ada media yang melaporkan apa yang berlaku di Malaysia dan Indonesia, namun media melakukannya berdasarkan perspektif mereka dan YIRMI pula akan melaksanakan tugas itu dari kaca mata mereka pula," kata Zahrain.

Usaha Kedutaan Besar Malaysia dalam memelihara keharmonian dua negara itu jelas Zahrain, akan dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim.

Ini kerana kata Zahrain, kemakmuran Malaysia dan Indonesia menandakan kemakmuran negara-negara di rantau ASEAN khususnya.

Apa lagi menjelang 2015 kelak, kedua-dua negara ini memainkan peranan yang sangat penting bagi pelaksana Komuniti ASEAN 2015.

Kepada Indonesia yang akan menyambut hari kemerdekaan ke-69 esok, Zahrain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Susilo dan seluruh rakyat negara itu. Saharuddin Musthafa Utusan/Rencana/20140816

Kejamnya AS dan Israel

Palestin telah ranap dan rakyatnya terus dibunuh. Yang tinggal di Gaza sekarang ini ialah kemusnahan yang sangat besar; hanya bungkah-bungkah batu dan cerucuk besi bangunan yang telah dibom oleh rejim Zionis Israel. Sekolah, masjid, hospital dan perumahan awam seluruhnya musnah sejak Gaza diserang pada 7 Julai lalu. Dalam kalangan penganalisis politik antarabangsa, mereka hampir sepakat mengkelaskan bahawa ini bukan peperangan tetapi penghapusan etnik. Ia sama seperti tentera Serb membunuh rakyat Bosnia pada awal 1990-an.

Setakat ini Palestin dianggarkan memerlukan sekurang-kurangnya RM19.1 bilion untuk membangunkan semula Gaza yang hancur lebur. Jumlah ini bukan kecil dan ini memberikan gambaran kemusnahan kali ini sekali ganda lebih besar daripada yang dialami dalam serangan Israel tahun 2008. Sekiranya ada negara-negara luar yang memberi bantuan kewangan sekalipun, untuk melakukannya bukan mudah. Konvoi membawa masuk ubat dan makanan pun tersadai di Rafah sempadan Mesir, inikan pula bahan binaan seperti simen dan besi yang dilarang keras oleh Israel.



PENGHAPUSAN etnik dilakukan dengan membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa selain menggunakan bom yang memusnahkan organ pembiakan mangsa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 11,800 rumah musnah iaitu lebih sekali ganda jumlah yang musnah dalam Perang Gaza atau Operasi Cast Lead pada 2008. Memberi statistik sahajalah yang boleh dilakukan oleh PBB yang telah bisu dan kaku. PBB melaporkan lagi, 350 bangunan industri termasuk 50 kilang utama musnah sama sekali di Gaza. Bukan itu sahaja malah lebih kejam lagi 10 dari 26 hospital musnah dibedil Zionis. Serangan kali ini mengakibatkan daerah Beit Lahiya di utara sehingga Rafah mengalami kemusnahan teruk. Masyarakat antarabangsa ketika ini berjanji menyumbang sebanyak RM14.3 bilion untuk membangunkan semula Gaza. Tetapi masalah utamanya Israel menghalang bahan binaan dibawa masuk ke Gaza.

Kini lengkaplah operasi penghapusan etnik yang dilakukan Israel; melancarkan peluru berpandu ke kawasan awam kemudian meruntuhkan hospital. Tujuannya supaya mangsa serangan mati tanpa mendapat rawatan yang sepatutnya. Yang masih hidup pula mewarisi derita apabila keruntuhan tidak boleh dibangunkan semula walaupun masyarakat dunia sanggup membantu.

Kesengsaraan rakyat Palestin ini akan berlarutan untuk berdekad-dekad lamanya. Memang tujuan Israel untuk menghapuskan Palestin dari peta dunia. Sebab itulah serangan kali ini ditujukan kepada kanak-kanak. Israel bimbang apabila dewasa, kanak-kanak ini akan menjadi pejuang sehebat Briged Al Qassam. Walaupun Yahudi menjaja tragedi Holocaust kononnya bangsa mereka dizalimi Hitler pada Perang Dunia Kedua, apakah bezanya 'Holocaust' Israel ke atas rakyat Palestin ketika ini?

Terbaru, pakar perubatan mengesahkan bom yang digugurkan Israel boleh merosakkan organ pembiakan mangsa. Tujuannya untuk menghapuskan Palestin dalam jangka masa panjang.

Kecuali pemimpin-pemimpin, rakyat di seluruh dunia bukan sahaja nampak tragedi maha dahsyat itu malah turut berkongsi penderitaan rakyat Palestin. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan perhimpunan mengecam Israel selain menghulurkan bantuan. Ini termasuklah NGO dari Malaysia. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh gerakan massa. Mereka tidak ada kuasa politik untuk bersuara di pentas dunia. Tetapi itu jauh lebih baik daripada tindakan pemimpin-pemimpin mereka yang bisu walaupun ada antaranya menganggotai badan dunia seperti PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan banyak lagi.

Kepentingan

Rakyat Palestin akan terus dibunuh oleh tentera Zionis Israel apabila pemimpin-pemimpin negara Islam hilang keberanian bersuara hanya untuk menjaga kepentingan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS). Paksi kejahatan Israel ialah AS. Inilah negara yang paling banyak menyumbang dana termasuk peralatan ketenteraan untuk Israel membunuh rakyat Palestin. Bantuan ketenteraan oleh AS kepada Israel secara spesifik untuk membunuh rakyat Palestin, caranya dengan mengkambinghitamkan pergerakan nasionalis Hamas sebagai pengganas.

Pemimpin-pemimpin negara Islam termasuk badan dunia seperti OIC menjadi bisu sekalipun pembunuhan dan serangan Israel ke atas Gaza kali ini adalah yang terbesar dalam banyak siri keganasan sebelum ini. Berterusannya penganiayaan terhadap rakyat Palestin adalah kesan daripada kebisuan pemimpin negara Islam. Kita bukan mahu mereka melawan AS, cukuplah lantang di forum antarabangsa. Tetapi berapa kerat pemimpin Islam yang lantang seperti Dr. Mahathir (Malaysia), Muammar Gaddafi (Libya) atau Tayyip Edorgan (Turki).

Palestin sebenarnya dimangsakan oleh sesetengah pemimpin Islam sendiri. Ini berbeza dengan Israel yang mendapat sokongan penuh daripada pemimpin AS. Sebaliknya suara pemimpin Islam di pentas dunia sudah dikembirikan. Ini menjadikan badan dunia terutamanya PBB sebagai pengeluar lesen membunuh untuk kepentingan AS.

Baru-baru ini Setiausaha Negara AS, John Kerry yang tiba di Kaherah, Mesir memberitahu AS akan menyalurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM149 juta kepada Palestin. Tetapi pada masa yang sama Presiden Barack Obama meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM719.3 juta kepada Israel untuk membangunkan sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome. Tujuannya untuk memperhebatkan keganasan kepada rakyat Palestin.

Ironinya semasa melawat Malaysia, Obama disanjung apabila melawat Masjid Negara. Pada sisi lain inilah 'bapa syaitan' yang turut membunuh rakyat Palestin.

Jangan terkejut, bantuan AS kepada Israel lebih RM674 bilion sejak tertubuhnya negara Israel pada 1948, atau sebanyak RM9.6 bilion setiap tahun.

Kemusnahan harta benda dan nyawa yang ditanggung oleh Palestin kali ini sangat besar. Pada masa yang sama Palestin menjadi semakin jauh daripada perhitungan diplomatik pemimpin-pemimpin Islam untuk menghalang keganasan Zionis. Palestin dipisahkan oleh tembok tinggi yang dibina Israel, sempadan dengan Mesir ditutup dan perairannya hanya tiga batu nautika, selebihnya kepunyaan Israel.

Sekatan ke atas Palestin membuatkan konvoi kemanusiaan daripada NGO beberapa negara lain dilarang masuk. Bantuan melalui jalan laut dihalang malah dibunuh oleh tentera Israel seperti yang berlaku terhadap kapal Mavi Marmara pada 2010 yang mana 10 sukarelawan terkorban. Pintu sempadan di Rafah, Mesir ditutup kerana Presiden Mesir, Abdel Fattah El Sisi ialah proksi AS yang menjatuhkan Mohamad Morsi daripada pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Sokongan moral dan material dari seluruh dunia kepada Palestin datangnya daripada orang ramai termasuk negara-negara bukan Islam. Gelombang anti-Israel memperlihatkan masyarakat di seluruh dunia jauh lebih ke depan berbanding pemimpin mereka.

Masyarakat dari negara bukan Islam juga memperlihatkan sokongan kuat kepada Palestin. Misalnya tajuk di muka depan akhbar Irish Sun pada 27 Julai lalu berbunyi ; "Tesco: We're axed fruit from Israel." Menurut akhbar ini rangkaian pusat beli-belah British itu hanya mengambil hasil ladang dari Jordan. Dana pesaraan Belanda, PGGM dan bank terbesar Denmark, Danske Bank pula telah menjual kepentingan dalam bank di Israel. Syarikat pembekal air terbesar Belanda, Vitens menamatkan usahasama dengan syarikat Israel, Mekorot yang mengambil air dari Tebing Barat dan menjual semula kepada rakyat Palestin. Barangkali tindakan ini dibuat kerana perikemanusiaan mengatasi perbezaan agama, bangsa dan negara dalam isu serangan ganas terhadap Palestin.

Daripada senario kekejaman yang dilakukan Israel dengan bantuan AS, sebahagian besar daripada kita tentu menyesal kerana mengalu-alukan kedatangan Obama ke negara ini. Obama secara terbuka mempertahankan Israel dan bersedia membunuh rakyat Palestin. Maka tepatlah gelaran "bapa syaitan" yang merujuk kepada perilaku kejamnya kepada rakyat Palestin. Ku Seman Ku Hussain Utusan/Rencana/20140817

Kakitangan MAS, untung rugi dan bonus

Hujung tahun ini banyak orang sudah berkira-kira berapa bulan bonus yang bakal mereka terima. Kakitangan Petronas mungkin antara yang sedang mencongaknya selepas konglomerat petroleum negara itu mengumumkan keuntungan sebelum cukai bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2014 ialah RM28.1 bilion.


Kakitangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pun sama apabila konglomerat perladangan negara ini mencatatkan keuntungan sebelum cukai bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2014 sebanyak RM267.29 juta.

Keghairahan pada bonus kini berjangkit kepada warga Felcra Berhad (Felcra) apabila dijanjikan bakal menerima bonus enam bulan sekiranya syarikat itu berjaya mengekalkan keuntungan sehingga RM100 juta pada tahun berakhir 2014.

Beruntung sungguh golongan pekerja yang bertugas dalam syarikat yang berniaga minyak sama ada petroleum atau minyak sawit.

Nasib sedemikian tidak ketara berlaku kepada pekerja dalam sektor lain. Semua bergantung pada prestasi syarikat. Bagi tahun 2014, sektor penerbangan dilihat tak menguntungkan kepada Malaysia Airlines System (MAS).

Dalam sesetengah kes, selain situasi pasaran semasa, faktor pengurusan tertinggi juga main peranan. Kalau penerajunya tiada 'sentuhan Midas' yang boleh ubah semua benda menjadi emas, malanglah pekerjanya. Kalau dapat peneraju yang boleh mengubah kedudukan syarikat daripada tenat kepada pulih dan sihat, itu pun sudah bagus.

Nasib syarikat swasta tak macam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Kalau ia tenat, tidak siapa peduli, dan akhirnya bungkus. Tapi GLC yang tenat, sedaya mungkin akan dibiayai oleh kerajaan. Walaupun beberapa tahun rugi, GLC tetap dibantu dengan cara suntikan dana.

Dalam kes MAS, berbelas ribu kakitangannya beruntung apabila masih bekerja, dibayar gaji bulanan dan tidak diberhentikan.

Kalau MAS bukan syarikat penerbangan negara, mungkin sudah banyak kakitangannya diberhentikan. Mereka mungkin kena mengharungi langkah memeritkan dan mengikat perut.

Pada 8 Ogos lalu, Khazanah Nasional Bhd. sanggup menanggung beban MAS apabila menawarkan 27 sen sesaham untuk mengambil alih saham berjumlah RM1.38 bilion, dan seterusnya menyahsenaraikan syarikat penerbangan nasional itu daripada Bursa Malaysia.

Khazanah yang merupakan pemegang majoriti saham iaitu 69.37 peratus kepentingan dalam MAS, mengumumkan cadangan penyahsenaraian itu akan dilaksanakan apabila muktamadnya langkah pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih (SCR).

Banyak sungguh soalan daripada pelbagai pihak, adakah Khazanah pihak yang betul untuk mengambil langkah terbesar ini? Kalau bukan Khazanah, agaknya siapa lagi yang sepatutnya ambil alih saham MAS? Jika langkah berani ini tidak diambil, mungkin syarikat penerbangan negara ini tidak mampu untuk dipulihkan.

Jika Khazanah tiada kawalan sepenuhnya ke atas MAS, apa guna disuntik banyak dana lagi ke dalam MAS? Hakikatnya MAS tidak boleh lagi mengikut cara yang lama.

Khazanah berusaha menyelamatkan nyawa MAS. Rawatan untuk memulihkan MAS bukan dengan cara tampal sana sini, tapi perlu dibaik pulih sepenuhnya.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, RM10 bilion lebur. Namun, jika Khazanah tidak mengambil langkah seperti sekarang, MAS mungkin terus muflis. Jadi, rancangan penyahsenaraian MAS yang diambil oleh Khazanah perlu mendapat sokongan.

MAS sudah memasuki situasi yang luar biasa ditambah dua peristiwa malang berlaku pada tahun ini, maka MAS juga perlukan jalan penyelesaian yang luar biasa sebelum ia mampu pulih semula.

Sebenarnya kakitangan MAS sudah lama tidak menikmati bayaran bonus seperti mana dikecapi syarikat GLC lain yang untung besar.

Bila mengenang bayaran bonus ini yang dinikmati oleh beberapa kakitangan GLC, maka permintaan CUEPACS supaya penjawat awam diberi dua bulan bonus, eloknya diberikan sahaja.

Mereka juga ingin menikmati sedikit 'keghairahan' apabila mendapat bonus lebih daripada sebulan seperti rakan mereka dalam agensi kerajaan yang diperbadankan atau diswastakan.

Fikirkan jasa dan bakti perajurit, anggota polis dan mereka yang berkhidmat di barisan hadapan yang cuma mendapat gaji bulanan sahaja. Mereka juga menyumbang secara tidak langsung kepada pembangunan negara dan keuntungan syarikat.

Bagi kakitangan dan pekerja swasta, mereka pun mahu bonus. Beruntung kakitangan swasta jika peneraju syarikat mereka ada semangat untuk mencari keuntungan supaya habuannya turut diagihkan kepada orang bawahan. Azman Anuar Utusan/Rencana/20140817

Kang Sheng guna 'umpan' wanita

Dalam coretan yang lalu, saya tidak sengaja telah membuat dua kesilapan. Dalam perenggan empat coretan itu, saya menyebut Khrushchev membuat ucapan sulit di depan Kongres Parti Komunis Kesatuan Soviet pada bulan Julai 1957. Tarikh sebetulnya ialah bulan Februari, 1956. Di perenggan lima pula, saya menyebut Mao Tse-tung mengulangi kejahatan dan kezaliman Stalin tiga puluh tahun selepas kematian Stalin. Sebetulnya, Stalin mati pada bulan Mac, 1953, bermakna Mao telah memulakan Revolusi Kebudayaan itu (1966), tiga belas tahun selepas kematian Stalin. Fakta-fakta ini telah disebut dalam coretan saya di Mingguan Malaysia keluaran 27 April 2014.

Meneruskan kisah tentang Kang Sheng, semasa lima tahun berada di Moscow dari tahun 1932 hingga November 1937, Kang Sheng telah terbabit dalam gerakan-gerakan gelap membantu Stalin menghapuskan banyak anggota Parti Komunis China yang berada di Moscow. Menurut Harrison Salisbury dalam bukunya The New Emperors : Mao and Deng; "By the time he (Kang-Sheng) went to Moscow in 1932, Stalin was planning to take over the Chinese Communist Party and oust any Trotskyite (Stalin's enemy) support from its (CCP's) international and security divisions. Nothing is more misty than how Kang spent his time in Moscow. Chinese associates caught glimpses of him at Kuntsevo dacha (Russian country cottage), which Stalin put at the disposal of high-level Chinese visitors. Kang lent the Russians a hand in purging the Chinese Party of alleged Trotskyites and (he) helped Soviet security specialists in purging some other foreign communist parties." (halaman 219/220).


Dikatakan, Kang Sheng memainkan peranan penting dalam penangkapan dan penahanan Li Lisan, Setiausaha Parti Komunis China waktu itu, semasa Li Lisan dan isterinya melawat Moscow. Li dan isterinya hanya dibebaskan setelah campur tangan Chow En-lai 20 bulan kemudian. Penulis Jung Halliday dalam buku mereka merumuskan; "In Russia, Kang had supervised the purges of hundreds of Chinese, many of whom were tortured, executed, or worked to death in the (Russian) gulag. He had been Wang Ming's deputy on the CCP delegation to the Comintern, and had followed him closely." (halaman 224).

Wang dan Kang pulang ke China pada penghujung 1937, tetapi Kang cepat mengubah pendirian dan menyokong Mao apabila dia melihat Mao lebih berpengaruh daripada Wang. Walaupun dia tahu Wang Ming ialah pilihan Moscow untuk mengetuai PKC.

Tidak berapa lama selepas negara komunis China ditubuhkan, Mao Tse-tung menghantar Kang Sheng ke Shandong, provinsi kelahirannya, untuk mentadbir wilayah itu seketika. Dia kembali ke Beijing pada 1958, juga atas kehendak Mao dan diberi semula jawatan lamanya iaitu ketua bahagian keselamatan dan perisikan Parti Komunis China. Jika diikuti coretan-coretan saya yang terdahulu, ternyata menjelang penghujung tahun 1950-an - sepuluh tahun selepas Mao berkuasa - dasar-dasar keras Mao yang menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat China semakin mendapat tentangan sebilangan besar pemimpin parti.





Hubungan Mao Tse-tung (kiri) dengan Kang Sheng dilaporkan cukup akrab.

Malah, hampir kesemua rakan seperjuangan Mao, yang turut sama meredah Long March sejauh 8,000 batu dengan 1,001 macam bencana dan keazaban itu, telah merasakan mereka semakin diketepikan Mao. Nama-nama mereka yang terbabit dalam Long March itu ada tercatat pada gambar yang menghiasi coretan saya di dalam Mingguan Malaysia bertarikh 29 Jun 2014. Gambar itu diambil di Yan'an pada tahun 1938, dua tahun selepas Parti Komunis China menamatkan Long March di provinsi Shaanxi dan mula membina pangkalan baru di daerah Yan'an. Dalam gambar itu, hanya dua orang yang tidak menyertai Long March, Kang Sheng dan Wang Ming, kerana mereka berada di Moscow.

Mao memanggil Kang Sheng kembali ke Beijing kerana mulai tahun 1958 Mao mahu memulakan dasar Great Leap Forward. Mao semacam tahu Kang Sheng boleh membawa kesan 'Yezhovshchina' ke China dengan latar belakang pengalaman 'Moscownya' selama lima tahun itu.

Bagi Kang Sheng, kepulangannya ke Beijing memang seperti sirih pulang ke gagang. Baik Mao Tse-tung mahupun Kang Sheng tahu, tanpa langkah-langkah keras, dasar Great Leap Forward (1958-1962) - yang kemudiannya disusuli Revolusi Kebudayaan (1966-1976) - tidak akan mencapai kejayaan. Seperti kata Jung-Halliday, "A model was created between March and June 1947 by Mao's terror expert, Kang Sheng. Cadres in all other Red areas were instructed to copy his methods. The fact that the land reform was entrusted to a man (Kang Sheng) who was an expert, not in agrarian reform, but in terror (and who knew nothing about land issues), makes clear the nature of the programme. After the first rally, he berated the local cadres and activists for being 'far too polite'. 'There must be abuse,' he said. 'Educate the peasants to ….. have no mercy ….. There will be deaths. But, let's not be afraid of deaths." (halaman 328).

Menurut Jung-Halliday lagi, pada penghujung tahun-tahun 1940-an itu, Mao sering 'turun padang' melihat sendiri siksaan-siksaan yang ditimpakan ke atas rakyat China, "Mao saw violent scenes with his own eyes. His bodyguards described him going, in disguise, to watch a rally in the village where he was staying in late 1947, Yangjaagou, where dreadful things happened. Afterwards, he talked to the guards about the various forms of torture and the fact that children had been severely beaten up. The upshot was, as reports to Mao made clear: 'Everyone is terrified.' Mao had achieved his goal." (halaman 329)

Walaupun Kang Sheng tahu dia berada dalam kedudukan 'selesa' di mata Mao kerana latar belakang pengalamannya, dia memperkukuhkan lagi kedudukannya. Sebaik-baik kembali ke Beijing, Kang Sheng mengumpan Mao dengan perempuan-perempuan muda untuk memenuhi nafsunya. Cara ini memang lumrah diamalkan oleh perisikan Soviet - seks sebagai umpan untuk 'memikat' orang yang hendak ditawan. Kata Harrison Salisbury, "They (the young girls) now attended the Chairman in couplets, triplets, or even greater numbers. 'His bed was filled with young girls', an old Pary member snapped." (halaman 221)

Dr. Li Zhishi, doktor peribadi Mao (1954-1976), dalam bukunya 'The Private Life of Chairman Mao', ada menyebut, doktor-doktor di Hospital Beijing yang pernah merawat Kang Sheng dalam tahun 1949 ada memberitahunya (Dr. Li Zhishi) bahawa Kang Sheng menghidap penyakit schizophrenia. Dr. Li Zhishi tidak faham kenapa akhirnya Kang Sheng telah diberhentikan menerima rawatan.

Dr. Li Zhishi juga berkata, dia mendapat tahu Kang Shenglah yang telah memperakukan kepada parti agar Jiang Qing diterima menjadi ahli parti, dan Kang Sheng juga yang telah mengaturkan Jiang Qing pergi ke Yan'an yang berkesudahan dengan perkahwinan Jiang Qing dengan Mao. Kata Dr. Li, "Kang Sheng and Jiang Qing were both from Shandong province, and their close relationship went back long before the revolution of 1949." (halaman 397)

Dalam coretan minggu hadapan, saya akan menceritakan lain-lain penama yang turut terbabit dalam gerakan Revolusi Kebudayaan cetusan pemikiran Mao Tse-tung yang songsang dan gila itu. Abdul Rahim Noor Utusan/Rencana/20140817

Media sosial: Apa perlu dilakukan?

BEBERAPA tindakan media sosial yang mencabul dan merosakkan keberkesanan kerajaan dan sosio-budaya Malaysia semenjak lima tahun lalu amat meluas dan berat padahnya. Islam kerap dikeji dan dipersenda, raja-raja kita dicemuh dan diejek, para pimpinan negara dibelasah dengan fitnah demi fitnah, seolah-olah Malaysia sudah tak punya kedaulatan undang-undang lagi. Juga kenampakan seolah-olah pihak berkuasa semacam tidak berkeupayaan lagi mengambil tindakan. Dan apabila dibawa kes-kes tertentu ke mahkamah, penghakimannya banyak tidak setimpal dengan kesalahan.

Polarisasi kaum juga dijadikan asakan media sosial yang sudah pun meninggalkan kesan buruk kepada perpaduan. Malah Peguam Negara sendiri digugat oleh sesetengah pihak dalam Facebook.

Terakhir, tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang kekejaman Zionis dibumi Palestin juga tidak dikecualikan daripada tindakan tuan punya media sosial seperti Facebook. Tulisan beliau dinyahkan daripada bacaan umum tanpa dakwa-dakwi dan blog beliau dirempuh supaya tidak boleh menyiarkan tulisannya tentang Zionis, pemusnah bumi dan rakyat Palestin.

Soalnya kini, apa tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik-pemilik media sosial ini supaya mereka akur kepada lunas-lunas sosio-budaya dan tuntutan kenegaraan? Soalan ini masih belum ada jawapan yang memuaskan walaupun telah ada reaksi-reaksi spontan seperti nak tutup Facebook, nak daftar semua pemilik akaun media sosial dan sebagainya.

Sedikit masa dahulu, barang siapa yang cuba mempersoalkan kebebasan Internet dengan isian seperti Facebook, Whatsapp, Twitter dan lain-lain terus dianggap semacam tak bertamadun. Saya juga pernah menerima cemuh dan cemek tiga tahun dahulu kerana bersuara supaya masyarakat Malaysia tidak tunduk kepada Facebook dan rakan-rakan sekutunya dalam hal menjitukan kepentingan sosiobudaya, keagamaan, ketenteraman awam dan keselamatan negara. Masa itu, seperti soldadu baru dapat keris, saya diserang kononnya tindakan hendak mengehadkan kandungan media sosial samalah dengan ketinggalan zaman. Malah ada pihak berkata saya macam menteri 'Jurassic Park'.

Semenjak itu keadaan kini semacam 'api dah naik ke bumbung'. Jika tidak dilerai dengan undang-undang dan penguatkuasaan tegas, masyarakat Malaysia akan mengalami satu fasa yang meletakkannya di peringkat mangsa media sosial. Jika tidak kena cara mengatasi fenomena buruk ini kerajaan juga akan kehilangan kredibiliti dan kepercayaan rakyat akibat 'pesongan dan manipulasi fakta' oleh pengguna media sosial yang seolah-olah seperti terkecuali daripada tuntutan undang-undang. Ini adalah kerana mereka dibenarkan buat apa sahaja di alam siber.

Perbuatan meningkatkan fitnah-memfitnah, mengadu-domba, mendedahkan rahsia negara, menghalang pentadbiran luhur, mempersenda agama dan kebudayaan sesuatu kaum dan meremehkan isu-isu ketenteraman awam serta keselamatan negara, dijulang tinggi oleh pemilik dan sesetengah penyebar.

Baru benar rasanya kita mengetahui tentang gerakan media sosial yang berjaya menukar sebahagian cara hidup dan kerajaan di Timur Tengah. Sementara itu aura 'hak asasi manusia' (bukan hak asasi Islam) dikumandangkan semaksimum mungkin kononnya hak bersuara mesti tanpa dihadkan. Semua yang diolah media sosial dianggap semacam azimat mangkus (mujarab).

Apa yang harus dilakukan kini? Salah satu keperluan kini ialah mewajibkan semua akaun media sosial didaftarkan di bawah agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lengkap dengan butiran asas demi pengecaman identiti. Akta Komunikasi dan Multimedia perlu diberi suntikan kuasa eksekutif dan berimbang yang baru. Tindakan cepat dan berkesan mesti ada di tangan para penguat kuasa kita tentunya secara yang berimbang. Tentunya latihan forensik yang cekap bagi tujuan pengesanan sesawang menjadi kemestian.

Dengan 13.4 juta pengguna Facebook di Malaysia, negara ini menduduki tempat ke-4 di Asia Tenggara selepas Indonesia, Filipina dan Thailand. Lebih 72 peratus pengguna terdiri daripada mereka yang berusia bawah 54 tahun. Bersama dengan Twitter dan WhatsApp, lebih daripada 61 peratus penduduk Malaysia terdedah kepada 'surat khabar' siber ini. Cuma media baru ini lebih tangkas, menusuk dan lebih mempengaruhi jiwa seseorang daripada akhbar biasa. Ini disebabkan bekalan bunyi, ilustrasi dan olahan menarik.

Media sosial seperti Facebook ialah entiti perniagaan yang beroleh saham pusingan dan keuntungan berbilion dolar setahun di seluruh dunia. Pemiliknya tidak mempiagamkan untuk menghormati nilai budaya, agama atau sistem pentadbiran sesebuah negara yang dilandas sebagai tapak perniagaannya. Yang mereka laungkan ialah 'kebebasan bersuara' tetapi perangai dan sepak terajang pemiliknya membawa lagak 'persetan' kerana mereka tak kisah tentang aduan atau kegelisahan individu, kerajaan, pertubuhan atau kumpulan yang sentiasa terkena jebat dan kemudaratannya. Kumpulan mangsa ini segan hendak bersuara atau bertindak balas kerana khuatir dipertikaikan 'masyarakat canggih'. Banyak kalangan yang menjadi mangsa Facebook, Twitter, WhatsApp dan lain-lain hanya gelisah diam-diam.

Syarat-syarat

Kenapa entiti seperti Facebook dibiarkan bebas daripada syarat-syarat preventif keselamatan sosial dan ketenteraman awam sesebuah negara seperti Malaysia di mana kriteria undang-undang langsung tidak diendahkan? Mereka bebas merayau ruang wi-fi sesebuah negara dan menerima dividen tertinggi daripada olahan mereka. Mereka perlu dikenakan syarat-syarat urus niaga seperti lain-lain entiti juga. Pertama mereka mesti mengikat janji mematuhi undang-undang negara. Mesti disyaratkan bila mereka melampaui batas kewajaran, mereka boleh digantung operasi komunikasi dan isiannya. Kenapa tuan punya atau pengoperasi media sosial tampak kebal daripada undang-undang biasa sesebuah negara?

SKMM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara kini mesti ambil langkah eksekutif show cause atau tunjuk sebab kenapa tuan punya media sosial tak boleh dipertanggungjawabkan mengekal dan mempromosi keamanan, keharmonian di dalam saluran masing-masing? Kenapa ia boleh memilih kandungan apa yang mereka mahu sebarkan? Kuasa pencegahan wajib diberikan kepada panel penilai aduan dengan mekanisme bertindak serta-merta termasuk menghadang dan menutup saluran media sosial yang terbabit dengan unsur-unsur hasutan, pecah-belah masyarakat dan hal-hal berkaitan kesalahan jenayah lain.

Turki pernah menggantung saluran fb beberapa hari dalam musim pilihan raya; China lantas tidak membenarkan Facebook buat sesuka hati di negera tersebut. Terkini China mempunyai pelan dasar untuk mewujudkan Facebook sendiri yang boleh tertakluk secara langsung kepada pihak-pihak berkuasa ketenteraman awam.

Sekitar 15 tahun dahulu kerajaan mewujudkan komitmen Bill of Rights (Rang Hak-hak Asasi) bahawa Internet tidak akan ditapis kandungannya. Pada masa itu kerajaan dan rakyat belum lagi diserlahkan 'muka' hodohnya yang merosakkan sistem nilai kita. Kini pihak Facebook misalnya menentukan apa yang boleh disalur dan apa yang tidak tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Dengan lain pengertian, mereka menentukan kandungan Facebook. Habis, apakah sesebuah kerajaan seperti Kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat tidak mampu mengadakan syarat-syarat sendiri tentang pengekangan gejala yang merosakkan negara dan masyarakatnya?

Perundangan sedia ada diakui tidak mencukupi untuk mengambil tindakan semerta melalui kuasa eksekutif, mungkin kerana terlalu 'prihatin' terhadap 'apa orang lain kata?' Sikap ini tidak lagi wajar diteruskan kerana tauke-tauke media sosial mempunyai pilihan yang lebih bebas.

Langkah-langkah semerta yang diperlukan termasuklah kuasa menutup secara sementara atau bagi tempoh tertentu sesuatu saluran Internet yang tampak memudaratkan keharmonian kaum, yang memecahbelahkan masyarakat, yang mencela agama dan kebudayaan, yang bertentangan dengan perhitungan keselamatan dalam negeri dan alasan-alasan lain yang mengancam serta menggugat keharmonian kaum. Kuasa menggantung dan menutup saluran ini misalnya harus dibenarkan dalam tempoh 7 hingga 60 hari sebelum sesuatu kes itu dihadapkan kepada panel khas yang nanti boleh dimajukan ke pengadilan mahkamah.

Selama ini, seksyen-seksyen 231, 233 dan seksyen lain dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memang mengandungi kuasa-kuasa tertentu seperti 'jelek' 'menyalah guna saluran', phishing dan sebagainya. Dengan perkembangan canggih yang mendesak kini, provisi-provisi ini jelas tidak cukup dan hanya membuat pengamal media sosial serta tuan punyanya masing-masing senyum kambing sahaja terutama apabila yang terlibat lekas-lekas minta maaf.

Langkah-langkah bertindak yang berkesan mesti dilakukan kini sebelum orang luar mencorakkan seratus peratus sosiobudaya, ketenteraman awam serta keselamatan negara kita. TAN SRI DR. RAIS YATIM ialah Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan.   Utusan/Rencana/20140817

Pulih integriti Majlis Peguam

SERING kali kita mendengar kisah Majlis Peguam yang lagaknya melebihi orang politik. Lebih malang lagi tindakan mereka itu lebih cenderung kepada menyebelahi pihak pembangkang, sesuatu yang membuktikan bagaimana mereka ini tidak profesional dan berat sebelah.

Lihat sahaja pandangan mereka yang mengeluarkan kenyataan keterlaluan yang mendakwa sesiapa yang meragui peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung persetujuan kedua-dua ibu bapa bagi menentukan agama kanak-kanak bawah umur sebagai tidak faham atau lembab.

Malah Majlis Peguam pernah mengeluarkan kenyataan yang cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar kerana dilakukan atas dasar suka sama suka.

Untuk itu wartawan Mingguan Malaysia, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI telah mewawancara Presiden Kelab Warisan Malaysia (Keris), yang juga pengamal undang-undang MOHD. KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ.

"Masalahnya, Majlis Peguam cuba menjadi seperti ahli politik. Mereka bawa orang ke jalan raya dan sebagainya. Sekarang, orang turun demonstrasi jadi berani untuk lawan polis kerana ada peguam di belakang. Tengok, peguam sekarang sedang menghasut orang supaya melanggar undang-undang. Jika kena tahan jangan risau, kami ada di belakang. Ini satu mesej salah yang diberikan oleh Majlis Peguam kepada rakyat," katanya.

MINGGUAN: Bagaimana saudara melihat fungsi dan integriti Majlis Peguam sekarang yang semakin berkecamuk akibat campur tangan politik pembangkang?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Memang betul Majlis Peguam sudah lama menjadi alat kepada pembangkang. Mulanya ia diperalatkan tetapi lama-kelamaan apabila melihat pengaruh yang ada pada Majlis Peguam, ia terus menjadi sebahagian kepada pembangkang, seperti biro undang-undang pembangkang. Ini bukan lagi tuduhan atau tanggapan tetapi sudah menjadi satu fakta bahawa Majlis Peguam merupakan sebahagian daripada pembangkang.

Kalau kita tengok Majlis Peguam ditubuhkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang (LPA) 1976. Majlis Peguam cuma satu jawatankuasa kecil, yang besar ialah Malaysian Bar (Badan Peguam Malaysia). Kesemua 15,000 peguam di Malaysia merupakan ahli Badan Peguam Malaysia, tetapi Majlis Peguam hanya sebahagian kecil sahaja iaitu jawatankuasa dengan 36 ahli majlis yang menguruskan hal ehwal 15,000 orang peguam.

Peranan Majlis Peguam sepatutnya profesional. Kalau kita tengok dalam Seksyen 42 Akta Profesion Undang-undang 1976, tidak ada langsung unsur-unsur politik tetapi sejak Datuk S. Ambiga menjadi presiden 10 tahun lalu, sedikit demi sedikit Majlis Peguam diresapi fahaman songsang.

Jadi mereka sudah mula mengguna dan memperjuangkan hak asasi manusia sejagat. Atas dasar hak asasi manusia sejagat ini, mereka kaitkan dengan undang-undang dan mereka hendak perkenalkan satu budaya baharu di Malaysia.

Pihak Majlis Peguam cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar kerana dilakukan atas dasar suka sama suka. Apa pandangan saudara?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Presiden Majlis Peguam pernah keluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak sepatutnya didapati bersalah kerana pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dibuat atas dasar sukarela. Kita tengok Anwar dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Apa kata Seksyen 377B: "Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksimum 20 tahun, termasuk sebatan."

Maksudnya sekarang disebabkan perkataan sukarela, Majlis Peguam kata hubungan ini suka sama suka dan sepatutnya dia (Anwar) tidak didapati bersalah. Ya betul, kalau Anwar berada di London, Jerman atau mana-mana negara yang membenarkan perkahwinan sejenis tetapi bukan di Malaysia. Negara kita masih ada lagi kanun keseksaan bagi kesalahan itu. Memang kalau seksyen itu dibaca, ia macam bermaksud kesalahan Anwar ini atas suka sama suka.

Sekarang ini dengan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Majlis Peguam mempromosikan kebebasan termasuk kebebasan seksualiti. Majlis Peguam kata Anwar tidak salah kerana kesalahan itu dilakukan atas dasar suka sama suka. Benda ini mungkin boleh diterima di negara Barat tetapi bukan di negara kita.

Kalau kita boleh kaitkan, dahulu Anwar pernah cakap, mana-mana undang-undang lapuk di negara ini perlu disemak dan dikaji semula. Anwar kata undang-undang ini lapuk. Dia hendak promosikan budaya liberalisme di Malaysia. Budaya ini masih belum diterima di negara kita, bukan sahaja dalam kalangan orang Islam tetapi bukan Islam.

Bagi Majlis Peguam, apabila undang-undang tidak berpihak kepada mereka dan kumpulan politik yang disokongnya, kerajaan akan dituduh sebagai zalim tetapi jika sebaliknya, tidak pula pihak kerajaan dan badan kehakiman mendapat kredit sewajarnya.

MOHD. KHAIRUL AZAM: Setiap peguam akan merasai kemenangan dan kekalahan dalam kariernya sebagai peguam. Jadi, yang sebaik-baiknya dan idealnya, sama ada dia menang atau kalah, dia tidak perlu berterima kasih. Kalau dia kalah pula, dia tidak perlu mengungkit atau memarahi mahkamah. Sebagai seorang peguam, dia perlu profesional. Lain pula dengan pihak-pihak yang terlibat, tidak kisah di mana sekali pun, dia mungkin terkilan dengan sistem.

Namun, peguam telah dilatih dengan etika-etika tertentu sebab dia mewakili orang dan dibayar kerana perkhidmatannya. Dia tidak boleh mencemuh, menghina, mencela atau mencalar nama mahkamah kalau dia kalah dan tidak dapat apa yang diminta.

Sebab itu, ketika dalam mahkamah sama ada menang atau kalah, peguam akan bangun dan mengatakan "saya terima yang arif." Tetapi maklum sahajalah, kadang-kadang reaksi orang Malaysia lain. Orang terus kecil hati dan memarahi serta mengungkit hal ini.

Kita rasa rata-ratanya mempunyai hak bersuara jika hendak menyampaikan sesuatu rasa ketidakpuasan hati kita tetapi tidak boleh melampaui batas yang telah ditetapkan oleh undang-undang daripada aspek undang-undang menghina mahkamah.

Undang-undang penghinaan mahkamah ini bukan untuk melindungi hakim. Ia jelas. Semua hakim di negara Komanwel bersepakat bahawa undang-undang ini bukan untuk melindungi hakim tetapi melindungi integriti sistem pentadbiran negara.

Apakah pindaan Akta Profesion Undang-undang 1976 yang pernah saudara nyatakan sebelum ini mampu menjadikan Majlis Peguam lebih bebas dan berintegriti?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Badan Peguam Malaysia ditubuhkan di bawah Seksyen 41 Akta Profesion Undang-undang 1976 dan Majlis Peguam di bawah 47 akta sama. Majlis Peguam adalah seperti jemaah menteri kepada Badan Peguam Malaysia dan hanya mempunyai sebanyak 36 orang ahli majlis.

Mengikut seksyen itu, kuasa Badan Peguam Malaysia ini terlalu luas. Contohnya, tujuan Badan Peguam Malaysia seperti dinyatakan di bawah Seksyen 42(1)(a) iaitu "untuk menegakkan keadilan tanpa mengambil kira kepentingan sendiri atau kepentingan ahli-ahlinya, tanpa gentar atau pilih kasih." Ini terlalu luas. Untuk menegakkan keadilan, tidak didefinisikan setakat mana hadnya memperjuangkan keadilan ini.

Dalam Akta Profesion Undang-undang 1976, tidak ada pun didefinisikan. Jadi Majlis Peguam buat segala-galanya dengan alasan mempertahankan keadilan. Benda ini memang betul tetapi perlu didefinisikan dan hadnya sampai mana.

Tengok Seksyen 42(1)(d), "jika diminta berbuat demikian, untuk menyatakan pendapatnya atas perkara yang melibatkan perundangan dan pentadbiran dan amalan undang-undang." Apabila diminta, Majlis Peguam perlu menyatakan pandangannya terhadap apa-apa isu berkaitan undang-undang di Malaysia. Perkara ini perlu didefinisikan. Siapa perlu minta, sebab ada perkataan apabila diminta. Adakah menteri atau ahli? Perkara itu tidak ada didefinisikan dalam akta ini. Majlis Peguam tidak peduli pun tentang hal itu tetapi mereka terus komen pasal undang-undang, sedangkan sebenarnya perkara itu salah dan perlu diperbetulkan.

Kita bukan hendak Majlis Peguam jadi prokerajaan sebab kita sudah ada cukup agensi kerajaan untuk memainkan peranan itu. Kita cuma hendak Majlis Peguam menjadi satu badan bebas, profesional, dan berkecuali macam Persatuan Perubatan Malaysia, Institut Akauntan Malaysia, jurutera dan sebagainya. Mereka tidak campur bidang politik.

Contohnya, Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dikatakan akan menyebabkan kenaikan harga ubat-ubatan dan memberikan kesan kepada pengamal perubatan di negara ini. Anda pernah dengar kenyataan daripada MMA mendesak kerajaan mengkaji semula FTA demi kebajikan ahli-ahlinya? Tidak ada satu patah perkataan pun.

Kenapa MMA tidak bersuara sedangkan ia melibatkan kebajikan ahlinya? MMA mungkin bersuara tetapi dalam cara berhemah. Bukan buat memorandum atau sidang media. Mungkin, mereka perlahan-lahan pergi berbincang dengan menteri. Itu cara lebih baik dan profesional kerana tidak akan beri kesan kepada orang lain.

Nampaknya trend berat sebelah Majlis Peguam ini dilihat cenderung menyebelahi pihak yang menyokong agenda liberal dan cuba menidakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

MOHD. KHAIRUL AZAM: Sekarang ini, ada 12 orang tonggak dalam Majlis Peguam yang terdiri daripada lima Melayu, empat Cina dan tiga India. Maknanya Melayu majoriti. Liberalisme ini sebenarnya telah membanjiri minda-minda pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil di seluruh dunia.

Contohnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kata hak asasi manusia tidak lekat di beberapa buah negara yang begitu liat menerima konsep kebebasan dan hak sivil ini.

Konsep kebebasan

Oleh kerana banyak negara liat, maka PBB hendak memasukkan ia sebagai syarat untuk berniaga di peringkat antarabangsa. Maknanya, sebuah negara yang hendak berniaga dengan negara lain perlu mematuhi konsep kebebasan hak asasi manusia ini.

Jadi, Majlis Peguam yang tahu tentang perkara ini, mengambil peluang menekan kerajaan kita sendiri untuk terima konsep kebebasan sivil yang ditetapkan oleh PBB dan Kesatuan Eropah (EU). Sebab itu, kita lihat Majlis Peguam memperjuangkan liberalisme kerana ia merupakan doktrin antarabangsa.

Hak asasi manusia ini merupakan konsep sejagat. Liberalisme itu berputik daripada konsep untuk memilih. Orang lain tidak boleh sibuk, kita yang memilih. Hak memilih ini dikatakan sejak kita lahir sudah ada hak memilih. Sebab itu, ada hak memilih agama sendiri dan jantina sendiri. Benda-benda ini kadang-kadang melanggar lunas-lunas syarak.

Jadi, pada penghujungnya, tidak senang untuk mentadbir negara majmuk ini yang berbeza agama dan bangsa sebab dia buat betul dan kita buat pun betul. Yang penting tentunya ahli politik kerana hendakkan undi. Dia tidak tahu hendak buat macam mana.

Kenapa Majlis Peguam boleh memperjuangkan konsep liberalisme sedangkan bilangan peguam Melayu dan Islam tidak kurang 50 peratus daripada keseluruhan peguam di negara ini?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Sejak Ambiga sehingga sekarang, tidak ada orang Melayu menjadi Presiden Majlis Peguam tetapi jawatan itu disandang bergilir-gilir antara orang Cina dan India. Pada masa sama, mereka mempromosikan budaya mereka dalam Majlis Peguam yang mungkin mendatangkan rasa tidak selesa kepada orang Melayu untuk terlibat.

Kedua, mungkin sebab medium bahasa Inggeris yang digunakan walaupun mengikut Perlembagaan, Majlis Peguam sebagai badan berkanun perlu menggunakan bahasa Melayu. Ini secara tidak langsung akan menyisihkan peguam Melayu untuk terlibat dalam aktiviti dan semakin lama mereka semakin jauh.

Saya sudah dua tahun bertanding dalam Majlis Peguam tetapi kalah. Majlis Peguam ini sebenarnya hipokrit dari segi sistem demokrasi. Contohnya, di luar ia kelihatan bersih dan menghentam undi pos tetapi pemilihan Majlis Peguam sendiri 100 peratus menggunakan undi pos. Dalam pemilihan Majlis Peguam juga, calon dinafikan hak memantau proses pengiraan undi. Yang saya tahu, tiba-tiba dapat 700 lebih undi. Entah ya entah tidak. Undi rosak macam mana.

Oleh kerana Majlis Peguam sendiri hipokrit dan tidak telus, ini perlu diperbetulkan dahulu dan selepas itu, baharulah boleh tarik lebih ramai peguam. Sebab, setiap tahun sejak 10 tahun lepas, saya sudah buat kajian, tidak sampai 20 peratus pun peguam yang mengundi dan memulangkan kertas undi pos kepada Majlis Peguam.

Maksudnya, presiden Majlis Peguam hanya dipilih dalam kalangan 20 peratus pengundi. Mereka ini tidak popular pun. Di luar mereka bercakap pasal undi popular tetapi mereka sendiri tidak popular dan hanya dipilih oleh kalangan 20 peratus peguam manakala 80 peratus lagi tidak turun mengundi. Ini trend sejak 10 tahun lalu.

Kenapa kita lihat banyak pemimpin politik terutamanya daripada pembangkang yang secara terang menghina mahkamah sama ada di pentas ceramah politik atau media sosial tetapi tidak didakwa?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Tidak ada tindakan sebab persepsi. Serius saya cakap. Kerajaan terlalu berhati-hati kerana hendak menjaga undi Cina serta India dan mereka gunakan peluang ini. Kerajaan kita tidak ada majoriti dua pertiga. Sebab itu, hendak wujudkan suasana feel good.

Tengok sekarang apa berlaku selepas tiga tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Orang hendak ISA balik kerana mereka nampak apa berlaku selepas ISA dihapuskan.

Tahniahlah kepada pihak yang berjaya menghapuskan ISA. Apabila mansuhkan ISA, jenayah semakin berleluasa. Sekarang ini, mereka desak Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

Saya cadangkan Akta Hasutan ini jangan dimansuhkan tetapi diperketatkan lagi. Akta ini perlu dipinda dan dimasukkan unsur-unsur ISA ke dalamnya seperti tahan tanpa bicara. Utusan/Rencana/20140817

Langkah Kajang', langkah malang

ARENA politik pasti mencatatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai 'satu sejarah hitam' dalam politik negara. Bermula daripada kerusi itulah politik Selangor menjadi kucar-kacir akibat perebutan kerusi menteri besar negeri tersebut.

Sebanyak dua kali, pengundi-pengundi Kajang dengan rela membenarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai kerusi DUN itu. Kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan kali kedua, dalam pilihan raya kecil yang sengaja direka bagi memuaskan nafsu politik pemimpin parti tersebut.

Harapan kononnya, Kajang akan dibangun dan dimajukan sesuai dengan janji ia akan memantapkan usaha pembangkang menguasai Putrajaya hanya satu pembohongan.


Khalid Ibrahim                                                Wan Azizah

Kehadiran Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden kepada sebuah parti paling berkuasa dalam pakatan pembangkang dan 'dicaturkan' oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk Kajang.

Sebaliknya, Wan Azizah dipersiapkan bagi memenuhi agenda Anwar untuk menghumban Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

Tidak mengapalah jika Abdul Khalid gagal melaksanakan tanggungjawab, tidak salah juga kalau langkah itu dilakukan jika anak jati Selangor itu ada masalah moral seperti mana dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin PKR tertentu atau beliau sudah melakukan kesilapan yang menyusahkan rakyat.

Abdul Khalid bukan mahu disingkirkan sebab semua itu tetapi hanya kerana Anwar ingin menguasai pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan menjadikan Wan Azizah sebagai 'wakil rasmi' beliau.

Dalam mengkaji kemelut politik di Selangor, penulis boleh menggariskan beberapa perkara yang terdedah sepanjang ia berlaku bagi membolehkan rakyat menilai siapakah Anwar dan wajah sebenar pakatan pembangkang.

HANYA KERANA NAFSU POLITIK

'Langkah Kajang' direncanakan oleh PKR, bagi memenuhi tuntutan nafsu politik mereka semata-mata. Mereka tidak layak bercakap soal demi kepentingan rakyat Selangor kerana kalau benar itu hujahnya, kenapakah perlu PRK Kajang sengaja diadakan tanpa sebab? Perlu diingat ADUN Kajang sebelum ini bukannya sakit atau tidak berupaya menjalankan tanggungjawabnya tetapi beliau meletakkan jawatan tanpa alasan.

Tindakan itu semata-mata bagi membolehkan Anwar yang semakin pudar harapan menjadi Perdana Menteri dan sedang berhadapan dengan hukuman penjara kerana meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan - telah meletakkan isterinya, Wan Azizah sebagai calon dan seterusnya menjadi 'alat' untuk beliau menghumban Abdul Khalid daripada kerusi menteri besar.

Jika benar Abdul Khalid tidak layak, tidak mampu atau gagal memenuhi agenda pakatan pembangkang, kenapakah Wan Azizah yang dipilih? Hebat sangatkah wanita bernama Wan Azizah ini yang orang ketahui sanggup mengorbankan segala-galanya untuk suami yang beliau anggap sebagai 'anugerah Tuhan'.

Wan Azizah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh suatu ketika dulu kerana menggantikan Anwar dan Wan Azizah juga meletakkan jawatan kerana hendak memberi laluan kepada suaminya. Menjadi Presiden PKR pula, Wan Azizah tidak ubah sekadar 'penghias' organisasi sahaja kerana yang benar-benar berkuasa ialah Anwar!

DEMOKRASI ALA MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Bijak sekali pemimpin-pemimpin pembangkang berhujah soal demokrasi apabila mereka mahu memastikan agenda Anwar melalui 'Langkah Kajang' berjaya. Mereka mendesak Abdul Khalid menghormati prinsip demokrasi apabila beliau bertindak memecat enam Exco Selangor daripada DAP dan PKR. Wan Azizah pula mahu Abdul Khalid menghormati prinsip tersebut dengan alasan beliau sudah mendapat sokongan majoriti ADUN untuk menjadi menteri besar. Paling menarik, ada pemimpin pembangkang berhujah, sebarang percaturan politik untuk membentuk Kerajaan Negeri Selangor melalui gabungan Pas, UMNO dan Bebas sebagai tidak bermoral dan perbuatan terkutuk yang ditolak dalam amalan demokrasi.

Tetapi pernahkah mereka bertanya, apakah 'gagasan Langkah Kajang' itu memenuhi prinsip demokrasi? Apakah tindakan menyingkirkan seorang menteri besar tanpa sebarang alasan kukuh itu bukan satu perbuatan terkutuk yang ditolak dalam amalan demokrasi?

Sebenarnya demokrasi yang diamalkan oleh pemimpin PKR dalam memenuhi agenda 'Langkah Kajang' lebih menjurus kepada matlamat menghalalkan cara. Demokrasi bukan sahaja menjadi alat tetapi diperalatkan demi memenuhi politik pemimpin-pemimpin kanan parti itu.

MORAL POLITIK SEMAKIN TERHAKIS

Pergolakan politik di Selangor yang dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin PKR boleh disifatkan semakin terhakis moral politik mereka. Kalau benar mereka berpegang kepada prinsip tersebut, sepatutnya tumpuan utama ialah menyelesaikan dahulu kemelut dalaman yang tercetus ketika pemilihan parti itu di seluruh negara baru-baru ini.

Pelbagai adegan dapat disaksikan ketika pemilihan PKR berlangsung termasuklah baling kerusi, tumbuk menumbuk dan penipuan dalam pengundian. Kesemua masalah itu masih belum selesai, ada kes dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), tetapi adakah pemimpin PKR memandang serius masalah itu?

Sudah pasti tidak, sebaliknya wajah hodoh itu ditutupi dengan mencipta 'Langkah Kajang'. Persoalannya layakkah sebuah parti mahu meletakkan pemimpinnya menerajui sebuah negeri sedangkan urusan 'rumah tangga' sendiri masih lintang pukang? Adakah ini moral politik yang betul atau sememangnya soal moral sudah menjadi perkara kedua kepada pemimpin-pemimpin PKR?

TERDEDAH WAJAH SEBENAR SEKUTU

Pergolakan di Selangor juga mengesahkan kerjasama pakatan pembangkang hanyalah retorik politik dan sikap hipokrit paling tinggi yang ditonjolkan oleh mereka, biarpun sebelum ini menyedari masing-masing mempunyai ideologi perjuangan amat berbeza.

Dalam 'Langkah Kajang', Pas dilihat berada dalam situasi paling malang, apabila sudah terdedah kini hakikatnya perasaan hormat kepada parti itu oleh sekutunya sekadar retorik politik sahaja.

Perasaan 'hormat' kepada Pas ada syaratnya, kalau parti tersebut mengikut agenda dan kemahuan politik PKR dan DAP. Jika Pas membuat keputusan sebaliknya - biarpun atas prinsip kebenaran dan keadilan, mereka akan dikecam habis-habisan.

PAS DITEKAN DARI DALAM, DITIKAM DARI LUAR

Ketika pemimpin-pemimpin PKR dan DAP bersatu dalam menjayakan 'Langkah Kajang', Pas pula dilihat berpecah dua. Biarpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah membuat pendirian, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong manakala Majlis Syura Ulama memperkukuhkan pendirian Presiden Pas dalam soal mempertahankan Abdul Khalid, ada dalam kalangan pemimpin Pas secara terbuka membuat kenyataan menyokong Wan Azizah.

Malah Pas dilihat semakin buruk apabila dua ADUN mereka di Selangor menyatakan sokongan kepada Wan Azizah tanpa mempedulikan pendirian pucuk pimpinan parti dan Majlis Syura Ulama.

Dalam masa yang sama, sekutu Pas turut menikam parti itu, bukan lagi dari belakang tetapi secara berhadapan semata-mata kerana Pas enggan tunduk kepada nafsu politik mereka.

RUMUSAN

Sudah terbukti 'Langkah Kajang' adalah langkah malang yang menyaksikan ada orang berperanan sebagai 'tok dalang' dan ada pula bakal menjadi 'lebai malang' termasuklah rakyat Selangor yang terpedaya dengan temberang pembangkang. Zulkili Bakar Utusan/Rencana/20140817

Bisik-Bisik Awang Selamat

Bangkitlah Pas

Pada 2008 lagi, Awang dalam ruangan ini sudah menjangkakan bahawa suatu hari nanti, Pas akan menghadapi masalah besar berikutan pengaruh Anwar Ibrahim dalam parti itu.

Percaturan dan pelaburan politik beliau kini menjadi realiti. Hari demi hari, parti itu semakin dikuasai kelompok yang taksub kepada Anwar atau lebih popular dipanggil Anwarinas.

Pada saat ini, lebih separuh pemimpin Pas sudah berkiblatkan kepada Anwar walaupun bernaung di bawah parti itu yang Hadi Awang merupakan Presiden dan Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am.

Inilah pertama kali dalam sejarah Pas, parti itu dibayangi dan dicaturkan pemimpin luar parti. Ketika parti-parti politik lain di negara ini masih mempertahankan identiti dan jati diri, Pas kelihatan bercelaru.

Bagi Awang ia agak aneh. Dalam pada majoriti rakyat menolak Anwar atas pelbagai faktor terutama isu moral dan integriti selain imej PKR merudum disebabkan pelbagai isu, terdapat kelompok pemimpin Pas mahu membela beliau dan mendokong aspirasi politiknya yang membuka kepada pelbagai kemudaratan kepada agama terutama pluralisme.

Lebih menyedihkan dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor, sebahagian pemimpin golongan Anwarinas bukan sahaja ikut telunjuk Anwar malah memperlekehkan kepimpinan Pas dan Majlis Syura yang sepatutnya dijunjung. Hadi dan Nik Aziz tidak lagi dihormati oleh golongan tersebut.

Maka mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini, akan menjadi penentu kepada banyak persoalan. Paling menarik untuk diketahui siapa lebih berkuasa dalam Pas, antara Hadi, Nik Aziz dan Majlis Syura atau Anwar + Anwarinas? Mesyuarat tersebut bukan sahaja akan menguji kesetiaan semua anggota Jawatankuasa Pas Pusat bahkan peluang terbaik untuk kepimpinan Pas menyelamatkan parti itu daripada terjerumus lebih jauh.

Awang yakin, walaupun ancaman Anwarinas begitu membelenggu, ahli-ahli akar umbi masih meletakkan sandaran kepada kepimpinan Hadi dan Nik Aziz. Kekuatan kedua-dua tokoh itu dalam parti tidak boleh diambil mudah sebagaimana sedang dilakukan oleh golongan Anwarinas.

Majoriti ahli Pas lebih mengutamakan kepentingan parti itu daripada kelompok tertentu. Apatah lagi, akar umbi sudah bosan dihina oleh pemimpin-pemimpin DAP dan PKR dengan pelbagai sindiran, tohmahan dan ugutan. Cakap-cakap yang berlegar merumuskan Pas umpama membenarkan janggut dan serban ditarik berulang kali. Awang boleh faham sentimen itu ekoran rasa kecewa dan keresahan akar umbi. Tidak pernah Pas dibuli seburuk ini, yang mewajarkan parti itu mengkaji semula tahaluf siyasi atau muafakat bersama PKR dan DAP. Hari ini, parti paling untung dan makin kukuh daripada kerjasama itu ialah DAP. Parti lain berpolitik membawa banyak manfaat kepada agama mereka tetapi Pas terbalik - lebih membawa mudarat kepada agama sendiri. Siapa lebih bijak?

Percayalah jika ada keputusan besar Pas yang mengejutkan PKR dan DAP, ia tidak akan banyak menggugat kerana kekuatan parti itu adalah pada akar umbinya. Jika pun Pas terbelah dua di peringkat kepimpinan Jawatankuasa Pusat dan terdapat puak Anwarinas mengugut mahu keluar parti, itu bukan masalah besar.

Percayalah Pas akan lebih kuat selepas mengambil pendirian berani untuk mengembalikan maruahnya dan demi kepentingan agama. Dalam pada itu, penyokong Anwar akan bersandar kepada apa sahaja kewajaran termasuk kononnya atas nama kepentingan muafakat pakatan. Ironinya, DAP dan PKR boleh melakukan apa sahaja atas agenda dan hala tuju parti masing-masing tetapi Pas seperti ditakdir menjadi pak turut. Di Pulau Pinang misalnya, tiada exco daripada Pas dilantik. Apa pun, Awang mendoakan Hadi, Nik Aziz dan Majlis Syura tidak berganjak dengan pendirian sebelum ini iaitu menolak Presiden boneka PKR, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri Anwar, sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Inilah masa untuk seluruh ahli bangkit menyokong Hadi dan Nik Aziz. Sampaikanlah mesej dengan lebih lantang dan berani agar menenggelamkan suara Anwarinas yang didokong oleh DAP. Pemimpin parti itu kini hanya tersenyum melihat Pas dilemahkan bukan oleh pihak luar tetapi oleh pemimpin dalam parti itu yang pro-DAP dan PKR. Itulah antara kejayaan terbesar DAP, membantu Anwar merobek-robek Pas dari depan dan belakang.

RBA lagi...

Kemelut Menteri Besar Selangor sekali lagi menyaksikan bagaimana Red Bean Army (RBA) dipergunakan untuk menyerang Khalid Ibrahim. Segala fitnah dan tohmahan dihamburkan oleh tentera siber itu tanpa belas ihsan. Awang simpati dengan apa yang menimpa Khalid.

Kalau Islam dan Raja-Raja Melayu boleh dihina oleh RBA, inikan pula Khalid yang cuma seorang pemimpin politik. Untuk kesekian kali ia membuktikan betapa berkuasanya RBA sehingga menjadi senjata yang berkesan bagi parti tertentu. Memandangkan kewujudan tentera siber itu tidak mampu ditangani oleh pihak berkuasa maka Awang cadangkan supaya RBA diiktiraf. Soal ia menghasut dan memfitnah dengan jahatnya, itu tidak lagi penting. Kegagalan pihak berkuasa bertindak, itu sudah boleh dianggap pengiktirafan. Habis cerita.

Status hantu

Terdapat laporan menyatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang terkejut dengan dakwaan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri Selangor bukan diperintah oleh pakatan kerana ia tidak pernah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Untuk apa terkejut, memang itu realitinya. Nama dan identiti pakatan pembangkang di peringkat nasional juga tidak didaftarkan. Awang sebenarnya lebih terkejut kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mengemudi parti itu juga belum disah dan diktiraf oleh ROS ekoran dakwaan penyelewengan dan penipuan undi semasa pemilihan, yang dibuat oleh ahli-ahlinya sendiri. Sudah dua kali pemilihan, CEC DAP masih berstatus 'hantu'. Disebabkan isu status itu, ia mencetuskan persoalan kesahihan jawatan seperti Menteri Besar dan Exco DAP dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, yang Kit Siang tentu tahu.

Bertindaklah

Apa yang mahu dinantikan oleh rakyat selepas ini ialah tindakan ke atas N. Surendran iaitu salah seorang peguam Anwar Ibrahim kerana mencela institusi mahkamah, baru-baru ini. Awang berharap notis aduan oleh 32 wakil NGO yang diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria dan laporan polis yang dibuat, dapat disiasat segera. Kalau tidak silap, ini bukan kali pertama Surendran mengeluarkan kenyataan sedemikian. Pada April lalu, berpuluh aduan polis dibuat ekoran kenyataannya yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk mempersoalkan kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi beliau terlepas daripada sebarang tindakan. Apa sudah jadi dengan pejabat Peguam Negara, yang kini dikritik hebat sehingga diminta berundur. Pada Awang, ia memberi isyarat yang salah bahawa jenayah kehakiman yang dilakukan sesuka hati adalah perbuatan yang diterima di negara ini. Jangan biarkan taraf mahkamah seperti tandas awam. Awang tidak pasti sama ada Surendran dangkal tentang undang-undang atau memang sengaja mahu mengambil kesempatan daripada sikap lembut dan liberal Peguam Negara, Gani Patail.

Joko dan subsidi

Antara langkah yang mahu diambil oleh Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo (Jokowi) ialah menghapuskan subsidi minyak secara berperingkat dalam tempoh empat tahun dengan menaikkan harga setiap tahun.

Jokowi menyifatkan minyak sudah tidak layak lagi diberikan subsidi apatah lagi ia membawa beban besar kepada ekonomi Indonesia.

Sebagai rekod, untuk tahun 2014, kerajaan republik itu memperuntukkan sebanyak Rp210.7 trilion (AS$18 bilion) untuk subsidi minyak. Bagi Bajet 2015, subsidi lebih tinggi diperuntukkan iaitu Rp291.1 trilion (AS$24.9 bilion). Menurutnya, peruntukan sebesar itu sewajarnya diagihkan kepada sektor yang produktif dan yang memerlukan seperti petani dan nelayan.

Langkah beliau itu dilihat cukup berani dalam konteks politik Indonesia kerana subsidi ialah isu yang sangat sensitif di negara tersebut.

Di Malaysia, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan program rasionalisasi subsidi minyak diesel dan RoN95 supaya lebih memanfaatkan golongan sasar selain menangani ketirisan dan penyelewengan yang berleluasa. Program tersebut yang mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM10 bilion setahun, dijadualkan pelaksanaan pada bulan depan. Bagaimanapun, entah apa sebabnya, ia dikatakan akan ditangguhkan ke November. Awang harap ia tidak mengambil masa lebih lama kerana bagi setiap bulan, sebanyak RM750 juta boleh dijimatkan.

Jumlah itu bukan kecil. Siapa mahu bertanggungjawab? Utusan/Rencana/20140817

I, Caregiver: When selfies may be inappropriate

TAKING pictures of oneself, or the selfie as it is called, has raised many issues and concern. Since social media has taken the world by storm, taking a selfie is now very common.

In the past, we’d have marked the moment of having been to a significant place with some sort of carving or writing “so-and-so was here”. At the very most, selfies then were solo shots taken from a camera on a timer fixed on a tripod. Today, people take selfies and post them on sites like Instagram and Facebook.

Everyone’s now a photographer and model rolled into one. It’s wonderful because you don’t need to ask someone to take what’s often an impulsive photo opportunity.

There are articles and debates questioning selfies. Is that person narcissistic? Is there something fundamentally and psychologically wrong with people who do this regularly or have a need to do so?

Not too long ago, a device called the monopod (as opposed to the traditional tripod) designed for taking photos of oneself with the smartphone, as well as group photos, hit the market. With it, the photographer need not be doomed to stay behind the lenses anymore. I too have jumped on the bandwagon and am guilty of having great fun with monopod “wefies” (as opposed to selfies).

Taking group photos has never been more fun since this invention. It also livens up parties and gets everyone going, even the usually camera-shy people. The result has been consistently positive.

This brings us to the next consideration of where, when and why we do this. There’s a time and place for everything. Of late, people seem to have forgotten decorum when taking selfies. It’s one thing to take them at parties and sociable functions, it’s quite another to do so during solemn moments at funerals, wakes and in hospitals with patients who’re critically ill and who can’t speak for themselves to protest. In fact, they should not even have to protest. We should have the sense, decorum and respect to preserve a person’s dignity.

To photograph a moment as a form of marking an event, even funerals, is still quite acceptable if done with permission or discreetly and with respect. You may just keep it for your private archive or to later share with the family. But to position yourself in front of the camera for the purpose of posting on social media to say “I was there” is, in my opinion, in extremely poor taste.

You are at a funeral, a sad and solemn time and you are taking a selfie — the grieving family in the background and you with an automatic smile. How insensitive is that?

A group photo of a smiling bunch at a funeral? That’s not cool. It hurts. Never mind if you’re not posting that on social media. The act of disrespect burns deep.

I remember when my parents were ill and hospitalised with doctors’ orders of restricted number of visitors. As the primary caregiver, I was very strict and really followed doctors’ instructions. I know I offended many because of this.

In those days, smartphones weren’t what they’re today. Social media was in its infancy. So people taking photos of my parents being sick weren’t a problem. Whatever photos taken were with consent.

Nonetheless, when my parents were critically ill, I’d pounce like a rabid guard dog if I felt that people were visiting them for the gawk factor, of being curious what a near death experience is like, or just to see someone in pain and struggling for life.

I was just thinking that if selfies were the order of the day back then, I’d have physically hurled quite a few people out of the room and forever be despised for not being “sporting”.

It’s not surprising then that some people have left strict instructions with their loved ones that should they ever get so sick, to not let visitors take photos of them at will.

I was just thinking of the final requests made by the late Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. It has been a little more than a month since her passing but I cannot forget those requests she made.

Apart from the wish that she’d like her son to be there in the final moments and when the time came, for him to be the imam leading the final prayers, she left instructions to protect her image, dignity and personal space.

Among the loving messages she listed for her son were not to allow non-family members to see her being washed and prepared for burial except for her best friends and those who were there to do their job. Strangers should not be allowed to enter and take any photographs at will. She mentioned that in this age of smartphones, she didn’t want any of these photos to be uploaded on the Internet.

She had the correct idea and I’m glad that she made it known. We should learn from that. PUTRI JUNEITA JOHARI JUNEITAJOHARI@YAHOO.COM. - NST Lifestyles 17 AUGUST 2014 @ 8:02 AM

Get A Life: Be ourselves

“I NEVER make the same mistake twice. I make them five or six times, just to be sure!” Someone posted this on Facebook and I thought, yes, that could describe me.

Funny how we will work ourselves into a corner (through unconscious habit) before it suddenly dawns on us that something needs to change.

“I feel stuck,” people say. “I need a breakthrough,” is how I tell them to reframe it. We want to focus on the positive. We want to come from an empowering place.

“I’m so stupid. How could I have brought myself to this place in my life? I’m a failure!”

Next we start comparing. “My peers are doing so well. I’m the only one who’s in trouble all the time. What’s wrong with me?”

We’re not used to being kind and gentle on ourselves, are we? Nor others. Most of us look for people to blame: Oh it’s because of what my mother/father/boss did to me.

No wonder we find ourselves so frustrated, angry even. To cope and self-protect, people build walls around themselves. Over time, they lose their spunk and spirit — the veneer shields their authenticity. Others brashly plunge into situations believing that the sheer force of their ego personality will carry them through. Of course, the law of cause and effect tells them, “Not!” How many of us make “failure” mean “I’m bad?” “I’m worthless?” Who taught us to think like that?

Truth is human beings were born to experience and evolve. By nature we are flawed... and fabulous. Just ask the scientists! We grow through the grace of stumbling... of messing up. Crazy love. Unrequited love. Unconditional love. We weren’t born to be perfect, we were born perfect! We were born to be gloriously fallible... fully human.

If you and I began seeing that we are complete and whole — enough — just as we are, imagine what kind of world that would be. Just think of a few people whose lives would change once they stop defending or proving their worth all the time.

What do you want? What do you really want? Getting clear about our intentions has a way of bringing us back to our senses. Remembering we have choice is to take back our power.

“I want more money. No, more than that. I want financial security.” “I want time for myself. No, not just that. I want the freedom to explore my personal interests, not just for work and family.”

“I want to be appreciated!” Sam says. “I work hard but I work in an environment that doesn’t value commitment and contribution. My workplace doesn’t value quality. Why come on time, why come prepared, why come at all... when other managers perform so poorly. They waffle through their work and then get promoted anyway because they play politics. These guys know how to get on the good side of the bosses.”

“I feel so demoralised. I know I’m relevant but unless I play ball with these guys at that level, it’s unlikely that things will change for me.”

What frame of mind is Sam operating from? Do you hear his stuck-ness? I’d say: Equality, mutual respect and contribution are high values for Sam. I’d even say Sam needs some structure in his work environment to feel settled.

What kind of a place will give you what you want, I ask Sam. What do you need to let go of, to have what you really want? How will you know when you’re in the right place?

Sometimes rock bottom is a solid place to start. When we’re down to nothing is when we’re most prepared to look at our motivations and our needs, to analyse our strengths and weaknesses. To survive, hardship is when we’re most open, eager, and determined to make changes for the better. For sure... that’s when we’re most grateful for what we’ve got.

Gratitude unlocks the fullness of life. It turns what we have into enough and more. It turns denial into acceptance, chaos to order and confusion to clarity. It can turn a meal into a feast, a house into a home, a stranger into a friend. Gratitude makes sense of our past, brings peace for today and creates a vision for tomorrow.

What if our life was unfolding exactly as it should? Consider that the universe in all its perfection is delivering to us its best solutions. All it wants is for us to BE... be ourselves... living OUR truth.

And you know, don’t you, when you’re living someone else’s meanings, understandings and principles, how imperfect life can be.

Tell like it is

WHY don’t people say what they mean? Why don’t they just tell it like it is?

AS opposed to what? People who tell white lies or dress up their speech according to what they believe people prefer to hear? What exactly do you find unacceptable about that?

How often do you say what you mean? Do you have the presence of mind to check your meanings before speaking or do words simply roll off your tongue and then it’s too late anyway?

What does it take for someone to tell it like it is? I’d say it takes courage, confidence and freedom to speak your truth. It takes trust, self-trust, to believe that what you’re saying is right... for you. It takes you to trust the other person that whatever you say will “land” well and not cause further problems. And it surely takes someone who is intelligent enough, who actually knows what they mean, to tell it like it is.

All in all, it takes an intelligent thinking person to be purposeful with their communication. If that isn’t enough reason for people to mask their words and play it safe, you must realise that ours is a protocol-conscious society. One never knows the other person’s inclinations and where they stand on issues, so it’s safer all round to not say anything sometimes!

I get that you’re coming from frustration and that authenticity is a high value for you. Self-preservation kicks in and that’s when safer is better, rather than having to do damage control. Speak your truth to the level that you can stand, is what I’d recommend.

Focus on performance

HOW do I deal with my boss? He’s the type who plays power-control games with his staff. I’m new and I’m finding out that there are his favourites and there’s everybody else. I don’t want to find myself out-manoeuvred before I even start to show them what I can do.

WHAT does “deal with my boss” mean? When you’re “dealing with the boss” what would we see you doing? What would the office environment look like with you “dealing with the boss?”

So you’ve studied the nature of his power-control games. So you know how they can affect your performance at work. Okay... good. And you also know there are those he considers special. Check.

Now that you’ve joined, what do you want to create for yourself in this job... in this company? What’s your stand about performance and contribution? What’s your relationship to results? With this realisation, how will you choose to relate to your boss and his “favourites?” Do you “have” them or will they have you?

My invitation to you is, to stay in control (of yourself). Observe, then continue to perform. Letting them get to you is like saying, “my performance is in your hands”. What good can come of taking that stand? Say, “I will perform in spite of you”. No matter what other people say or do, be driven by your purpose and being your best self.

At the end of the day your performance will be measured against your job description and your KPI, not by whatever came in the way of your results. So focus.           TESSIE LIM - NST Lifestyles 17 AUGUST 2014 @ 8:03 AM

Vernacular Schools: Don’t get caught up in politics of education

T HE recent report in a Malay daily (Aug 11), quoting the Educational Studies Faculty dean of a research university coming out in support of the deputy minister in the Prime Minister’s Department and several non-governmental organisations on the need to rebrand schools to be 1Malaysia schools disturbed me greatly about how academics fail to distance themselves from the politics of education.

It was reported that the dean supported the claim by these parties that the rebranding will become the “prime mover” to improving racial unity. Central to their claim is the assumption that the root cause of the erosion in the spirit of unity is the division in the schooling system, that is, of national schools and vernacular schools, pointing the finger squarely at vernacular schools.

Very often, when discussing the issue of national unity or the lack of it, certain segments of Malaysians continuously bay for the blood of vernacular schools. In fact, some academics share the sentiment. I argue that they do so based on a false premise.

The central premise of those who continue, perhaps misguidedly, to point their finger at vernacular schools as the problem behind disharmony and the rise of racism in Malaysia is that differences cause disharmony.

However, it is important to note that the idea of 1Malaysia lacks clarity and continues to be debated as to what it actually stands for. In many of the issues that have played out in the public sphere, there is no consistency in what 1Malaysia stands for.

Very often, the idea continues to play up differences in a negative light and uses differences to argue for particularities as the basis of unity. It is paradoxical to say the least in what it looks like and what it actually means.

Leaving aside this little problem that somehow has been overlooked by those who suggest 1Malaysia schools as a solution, I move on to show why the premise is wrong.

I begin with the premise that differences cause disharmony. Is this the case? Is there empirical evidence that strongly supports the premise that differences result in the break-up of society? Perhaps, historically, there have been cases where differences have involved conflicts big and small such as Sunni/Shia, Hutu/and other tribes. However, in many cases, what has driven them to be intolerant, oppress and kill others is not the differences per se but the lack of a shared understanding of the other.

In this sense, just differences alone are not the root cause of disharmony in our society. It is the lack of a fundamental understanding in society that unity is not about being similar or having similar values or languages or cultures, but about having a perspective that we have a common humanity borne by a shared vulnerability.

So, can we conclusively say (and in educational research involving people, is it right to make such a claim?) that closing down or rebranding vernacular schools will bring about national unity and wipe out racism?

This argument raises an even more fundamental question, or prior question, as to what is unity, whether it is properly understood and the notion of racism and education for unity.

The word “unity” has been used in education with no proper account as to what it actually means. Very often, the word is hijacked and used, especially in the rhetoric about education, with no real effort to understand that perhaps it exists on a scale.

The question for those who bay for the death of vernacular schools (by the way I went to a missionary school that became a national school when I entered Standard One) is whether their argument stands up to a thorough investigation.

One particular study has shown that students in national schools face racism despite having a common language and supposedly similar values. Of course, this is just one study, but there are others that raise further questions that need to be examined further before we point the finger at differences and resort to commonality as the solution.

Perhaps it is time that those in charge of education not follow the “trend” of going for the obvious and examine instead much deeper into what unity means and the questions it raises for our educational policy, specifically its fundamental ethical basis.

The myth of racial and religious disharmony continues to be played up politically. However, it is important that academicians and researchers do not get caught up in this politics of education.

To quote anthropologist Professor John R. Bowen: “… the idea that the world’s current conflicts are fuelled by age-old ethnic loyalties and cultural differences” and “this notion misrepresents the genesis of conflict and ignores the ability of diverse people to coexist. The very phrase ‘ethnic conflict’ misguides us. It has become a shorthand way to speak about any and all violent confrontations between groups of people living in the same country. Some of these conflicts involve ethnic or cultural identity, but most are about getting more power, land, or other resources. They do not result from ethnic diversity; thinking that they do sends us off in pursuit of the wrong policies, tolerating rulers who incite riots and suppress ethnic differences”.

This letter, due to limited space, can only touch on something that is more complex and which requires more time and space. In writing, I hope that as a society, we will continue to debate this issue, and for academics to examine what underpins the problem within education and how it might be contributing to our fragmented society, in greater depth.

Dr NSMA, Kajang, Selangor NST Education 16 AUGUST 2014 @ 8:03 AM

How does analogy help us?

WE use analogies all the time in our life. It is the key to thinking, problem-solving and finding our way around. It gives us reassurance when we enter a new place. We become less disoriented when we navigate a new experience.

I am reminded of this each time I walk into the Kuala Lumpur International Airport (KLIA), which is not often. It is this latter infrequency that makes the experience more interesting and it shines a small light on how we handle cognition. Most airports in the world, I should say, have similarities. There is the arrival and a departure lounge, the check-in counter, the information boards, and then the security system that you have to go through before finally departing.

These are things that you learn by drawing analogies in your mind — between airports you have visited and the new airport that you have just stepped into. You draw similar analogies when you enter a shop, navigate through a government department or when you are visiting someone for the first time in a hospital. We have these analogical maps in our heads all the time, which is why we are able to find our way in big cities, even if you are there for the first time.

But even though I can find my way through the system at KLIA, arriving or departing, I am always surprised to be reminded, somewhere in my journey through this comfort zone of analogical familiarity, that there is a rail link from one part of the KLIA to the other. Sometimes, this rediscovery hits me when I am placidly sipping a cup of tea, thinking in the back of my mind that it is just a short walk to the departure gate when the time comes. In the recesses of my mind I have this memory of waving friends and relatives goodbye at the appropriate time, but not the wait for the train to the next stage.

Why is that part not registered in my mind? Cognitive psychologist Arthur Markman offers an explanation for this in his book Smart Thinking. We use comparisons all the time to evaluate situations, performances, talent, products and so on. The trouble with this comparison is that we tend to highlight the commonalities as well as the alignable differences. Alignable differences exist between two things that are generally, but not wholly, similar, say between a motorcycle and a car. Non-alignable differences exist between two very dissimilar objects: an ant and a jam jar, for instance.

If you are a ballroom dancer and you are asked to judge a performance in figure skating for the first time, you will look for similarities between what you know and what you are now witnessing — music, dance, the execution of movements, and so on. There may be a non-alignable difference that the performer is eager to highlight in figure skating but you will ignore that because you are so engrossed in looking at the similarities.

My experience at KLIA is an example of that. Not many airports, in my experience, have a train connecting one part to another, so, even though I have been on the connecting train at KLIA before, I tend to overlook — or forget. Instead, I tend to remember and do look for similarities in signage, the arrangement of positions and so on between KLIA and, say, Heathrow airport in London.

How does one solve this problem for the ease of travellers at KLIA? How does a performer highlight a different skill that his or her rivals do not have? One way of doing that is by making sure that it gets noticed. One way for KLIA to make passengers notice and remember this difference in the mode of movement is by highlighting it, either by highlighting it as an added convenience (“To help you reach the departure area faster, we provide, for your convenience, a train service at point B…”); or by reminders and signage that stand out above all the rest.

By using analogy and by understanding its strong and weak points we become better thinkers. The way a problem is solved in one situation can be transferred to another, but analogy can also hamper your progress in thinking. An example given by Markman is in house buying. You will make comparisons between the living room, bedroom and kitchen of the house you are viewing with the house you are presently living in, and you will come to many wide and varied conclusions. Far better, he says, if you evaluate each option independently; picture yourself sitting in that living room, kitchen, etc, not what it will be like for you somewhere else.

A proverb, he says, is another use of analogy, and a useful one, too, because it helps us understand the gist of the situation. Take one: A stitch in time saves nine. It is not the stitch or the nine that will stick in your mind as important but the principle contained therein. You will carry it with you to solve your life’s many problems.   WAN A HULAIMI - NST Opinions  17 AUGUST 2014 @ 8:06 AM