September 13th, 2014

Suspects and ‘hotspots’ in UPSR leak pinpointed, education minister says

KUALA LUMPUR, Sept 12 — Authorities have identified several individuals suspected of leaking the UPSR English and Science papers affecting nearly 473,000 Primary Six students, Education Minister II Datuk Seri Idris Jusoh said today.

Idris reportedly called these individuals “traitors”, labelled them “irresponsible” and said that the harshest sentences will be given to punish them.

“These traitors have caused inconvenience to over 470,000 pupils and almost one million parents,” he was quoted telling the media by The Star Online.



Education Minister II Datuk Seri Idris Jusoh speaks to reporters during a press conference on the leaked UPSR exam at the Examination Syndicate Building, Putrajaya, September 12, 2014. — Picture by Yusof Mat Isa

He did not rule out the use of the Official Secrets Act against the culprits who had leaked the papers.

Idris said four “hotspots” where the papers were compromised ahead of test times have also been identified.

But he declined to disclose the location of the hotspots and the names of the individuals involved as the joint probe by the Education Ministry, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and the police was still ongoing.

Yesterday, the Education Ministry’s Examinations Syndicate confirmed that the UPSR English papers 1 and 2 were leaked ahead of testing, barely a day after it announced the UPSR Science papers were also compromised.

Primary Six students sitting for the exam are now required to take the Science and English tests on September 30.

In a statement today, the Education Ministry said September 30 was chosen as the new date to allow the Examinations Syndicate to deal with logistic issues such as the printing and distribution of new test papers; as well as technical issues such as the safety and integrity of the test questions.

This massive nationwide exercise for the 473,175 students in 8,299 centres will require the efforts of 51,438 personnel and 382 vaults, the ministry said.

The ministry said it will conduct an internal probe on all claims of alleged leakages of UPSR papers, adding that it will work together with the police and MCMC to identify and possibly haul the culprits to court.

The ministry also said the “traitors” had breached public trust and acted without integrity, and that it hopes “stern action” and the harshest penalty possible would be meted out on them. Malay Mail Online SEPTEMBER 12, 2014 September 12, 2014 05:55 pm

ORANG KUAT LPM DIGANTUNG TUGAS

Vientiane: Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh, digantung tugas dalam tempoh siasatan berikutan insiden kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan perkara itu semalam, berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim, akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Pengarah LPM.

"Dalam Kes ini, Pengarah LPM perlu bertanggungjawab kerana sudah menjejaskan integriti Kementerian Pendidikan. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan kira-kira setengah juta pelajar yang menduduki UPSR seluruh Malaysia terpaksa menduduki semula peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris.

"Walaupun terdapat sistem kawalan yang baik, perbuatan tidak amanah dan khianat ini membuatkan anak kita tertekan dan ibu bapa tidak keruan akibat insiden ini. Siasatan akan dijalankan dengan telus dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bersalah.

"Bagi pihak Kementerian Pendidikan, siasatan rapi yang menyeluruh sudah pun dimulakan demi menjaga integriti peperiksaan awam di negara ini," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Mesyuarat Menteri Pendidikan ASEAN (ASED) Ke-8, di sini, semalam. Magendran Rajagopal Berita Harian semasa SABTU, 13 SEPTEMBER 2014 @ 5:19 AM

Obsesi untuk dapat 5A perlu dihentikan - Pendidik

KUALA LUMPUR: "Saya mesti dapat 5A dalam UPSR. Ini hasrat saya. Hidup saya akan senang kelak, jika saya dapat gred baik," demikian kata seorang murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Oleh itu, M Rushill dari sebuah sekolah di Cheras sentiasa berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran tanpa mendapat bantahan ibu bapanya.

Dia juga mahu mencontohi beberapa ahli keluarganya yang cemerlang dalam pelajaran mereka.

Namun, bagi pensyarah Universiti Tuanku Abdul Rahman, Norazleen Mohamad Noor, obsesi sebegini perlu dihentikan.

"Dalam masyarakat yang mengejar gred, proses pembelajaran sebenar akan diketepikan. Jika ini berlaku, sekolah akan menjadi institusi yang menakutkan," katanya.

Beliau berkata, sangat malang jika dipercayai bahawa masa depan kanak-kanak yang mendapat banyak A dalam peperiksaan akan lebih cerah masa depannya berbanding kanak-kanak yang mendapat banyak C.

"Proses pembelajaran sebegini adalah berbeza berbanding di negara maju," katanya.

Profesor Dr Turiman Suandi dari Universiti Putra Malaysia pula berkata, perlu disedari bahawa pembelajaran adalah untuk membina keperibadian dan nilai.

"Perlu ditanya apakah makna gred, apakah yang ia gambarkan," katanya.

Bagi pendidik Shiveh Sivalingam, ibu bapa jangan menilai anak-anak mereka berdasarkan berapa banyak A yang diperoleh.

"Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan sendiri yang perlu dipupuk. Akhirnya kejayaan anak-anak mereka akan menjelma dengan sendirinya," katanya.

Beliau yang bersetuju dengan pendapat Turiman, berkata ibu bapa perlu turut menggalak anak-anak mereka untuk bersukan dan menyertai kegiatan kokurikuklum bagi mempelajari nilai-nilai yang berharga.

Seorang ibu, Maizatul Lina Mustapa, berkata beliau tidak memaksa anaknya untuk cemerlang.

"Gred bukan segala-galanya. Kita perlu fokus kepada pembelajaran dan penambahbaikan dan biarkan gred baik datang secara semula jadi," katanya.

Beliau berkata, sikap ibu bapa yang suka membandingkan pencapaian kanak-kanak perlu dihentikan.

Seorang lagi ibu, Rosie Chan, berkata ibu bapa perlu turut dididik untuk memfokus kepada pembinaan kekuatan anak-anak mereka yang mempunyai kemahiran masing-masing.

Pada masa yang sama, seorang eksekutif syarikat menyarankan supaya pihak media berhenti daripada meuar-uarkan pelajar cemerlang, sebaliknya turut mengetengahkan pencapaian pelajar sederhana. - BERNAMA Berita Harian  Semasa 13 September 2014

Minda 'A' perlu diubah kepada minda ilmu - Pakar Psikiatri

KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu mengubah pemikiran bahawa proses pembelajaran bukan semata-mata untuk mendapatkan gred 'A' tetapi adalah proses berterusan bagi menimba ilmu pengetahuan.

Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya (UM), Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, berkata ukuran kejayaan pelajar tidak bergantung sepenuhnya dengan keputusan cemerlang sebaliknya mendapatkan ilmu kehidupan seperti kemahiran kepimpinan juga antara elemen penting yang diberikan keutamaan.

"Ini adalah satu cabaran besar pada masa ini memandangkan semua 'mindset' ibu bapa dan pelajar mengatakan pembelajaran hanya berorientasikan untuk mendapat gred 'A' saja dan dapat nombor satu dalam kelas.

"Ini seperti persaingan anak-anak dan ibu bapa sehinggakan 'harapan atau jangkaan' yang terlampau tinggi ini menarik perhatian pihak tertentu mengambil kesempatan membocorkan soalan peperiksaan," katanya kepada BERNAMA, hari ini.

Beliau mengulas isu kebocoran kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang memaksa ia diadakan pada tarikh baharu iaitu 30 September.

Dr Muhammad Muhsin berkata, perkara itu dapat memberikan kesan kepada perkembangan sahsiah murid yang terbabit kerana dari segi aspek psikologi ia berkemungkinan boleh mentafsirkan ketidakjujuran dalam kalangan masyarakat.

"Murid-murid ini baru umur 12 tahun, masih kecil tidak tahu apa-apa. Apabila jadi macam ini membuatkan mereka pun keliru dengan keadaan kena ambil semula peperiksaan.

"Jadi di masa depan sekiranya keadaan ini tidak diperbetulkan sebaik mungkin kanak-kanak umur seperti ini akan lihat benda tidak baik dan ketikdakjujuran suatu perkara biasa saja yang tidak salah dari segi moral," katanya.

Katanya, dalam usaha menangani insiden soalan bocor, format penilaian UPSR kini yang berorientasikan kepada peperiksaan akhir mungkin perlu diubah kepada penilaian formatif atau penilaian secara berterusan.

Beliau menjelaskan dengan penilaian formatif itu, kemampuan dan daya intelektual pelajar boleh diuji menerusi 70 peratus kemahiran termasuk kokurikulum dan 30 peratus lagi peperiksaan akhir.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata guru dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang soalan ramalan menerusi laman sosial kerana ia mudah disalahtafsirkan.

"Dalam soal ini kita tidak salahkan guru sebab tidak tahu lagi siapa yang bertanggungjawab dalam hal kebocoran soalan peperiksaan ini cuma pihak kita nasihat guru-guru jangan gemar sangat sebarkan soalan ramalan.

"Dengan kemajuan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) kini semuanya di hujung jari dan macam-macam boleh berlaku," katanya.

Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, berkata insiden itu menimbulkan pelbagai masalah kepada ibu bapa yang mempunyai anak menduduki peperiksaan itu.

"Ia sangat mengganggu emosi anak-anak tambahan selepas selesainya UPSR ini sekolah akan bercuti selama seminggu, sudah tentu sukar untuk mereka fokus balik kepada pembelajaran," katanya.

Beliau berkata, jika masalah berkenaan tidak dipandang serius ia akan mengakibatkan pelajar tidak berdikari dalam pembelajaran mereka kerana hanya bergantung kepada menghafal jawapan soalan yang sudah bocor.

Sementara itu, ibu kepada seorang pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR di kawasan Serdang, Intan Rosazrina Mohd Nasir, berkata masalah itu meluluhkan hati anaknya yang sudah membuat persediaan dan bersemangat untuk menduduki peperiksaan itu.

"Bagi saya, perlakuan ini (membocorkan soalan) tidak membantu murid itu untuk cemerlang di kemudian hari," katanya.

Arese Nesi Rawe Shanggar, 12, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah Klang pula berkata, sukar untuk menerima kenyataan perlu menduduki semula peperiksaan.

Katanya, dia akan mengulang kaji semula subjek yang akan diduduki nanti. - BERNAMA Berita Harian Semasa  SABTU, 13 SEPTEMBER 2014 @ 10:14 AM

Akauntabiliti, integriti penjawat awam jadi taruhan

Siapa dalang yang membocorkan kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)? Itu persoalan besar sehingga menyebabkan 472,853 calon terpaksa menduduki peperiksaan itu pada 30 September depan di seluruh negara. Terkesan juga kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan yang memohon maaf kepada calon dan ibu bapa gara-gara kebocoran itu.

Akibat perbuatan pihak tertentu, ia bukan saja mengganggu emosi calon UPSR, ibu bapa dan guru, malah menyebabkan satu pembaziran wang negara kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan kos kepada pegawai peperiksaan yang bertugas.

Apabila berlaku soal kebocoran soalan peperiksaan, persoalan akauntabiliti dan integriti ditimbulkan. Walaupun negara mempunyai undang-undang yang tegas di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, nilai murni dalaman itu perlu ada. Pembelajaran nilai murni selama ini pun diterapkan dalam UPSR itu sendiri dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan - Bahagian C.

Abai nilai murni

Mengapa masih ada rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan nilai murni itu secara berterusan? Saban tahun rakyat mendengar cerita soalan bocor di sana sini, apatah lagi pada zaman teknologi maklumat, ia agak berleluasa penyebarannya dalam media sosial baru. Sebagai contoh berlaku pada 5 Disember 2013, polis mengesahkan tiada berlaku kebocoran soalan mata pelajaran Matematik kertas dua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mujurlah.

Namun, antara paling diingati fenomena bocor soalan membabitkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1989, iaitu 25 tahun lalu yang memperlihatkan pelajar yang mengambil kertas wajib, Bahasa Melayu terpaksa mengambil kertas itu dua kali peperiksaan kerana soalan Kertas 1 Bahasa Melayu bocor. Riuh dan gamat ketika itu, malah penulis sendiri melalui pengalaman itu pada tahun berkenaan.

Rasa perit dan hilang tumpuan agak terasa. Apatah lagi subjek Bahasa Melayu wajib lulus dalam SPM. Mujur masing-masing kuat semangat pada ketika usia 17 tahun dan diberikan kata-kata perangsang oleh guru. Itu pelajar sekolah menengah, tetapi yang berlaku sekarang ialah membabitkan pelajar berusia 12 tahun.

Gara-gara soalan bocor, penulis membaca banyak komen yang tidak berpuas hati dan luahan perasaan menjadi viral dalam Facebook. Antaranya, ada dalam kalangan murid sudah hilang mood kerana mereka telah merancang aktiviti pada cuti sekolah sebaik peperiksaan UPSR tamat. Ada pula yang geram dan marah kerana tarikh 30 September pula, banyak aktiviti bakal dilaksanakan di sekolah membabitkan pelajar Tahun Enam, malah ada yang mempersoalkan mengapa tiada set soalan back-uppeperiksaan nasional itu?

Penulis tertarik dengan luahan seorang penganalisis pendidikan yang menyatakan UPSR itu hanyalah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Tujuannya bagi mengetahui sejauh manakah tahap penguasaan setiap murid dalam setiap subjek yang diuji itu selepas enam tahun melalui pembelajaran di sekolah rendah.

Tidak dinafikan keputusan UPSR diambil kira dalam peluang kemasukan ke sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta sekolah tersohor pada peringkat negeri dan daerah, namun, ia bukan penghalang atau penyekat untuk murid melangkah masuk ke sekolah menengah.

Kata penganalisis pendidikan itu, apa pun keputusan yang diperoleh dalam UPSR, hatta 5E atau 7E (bagi sekolah jenis kebangsaan) sekalipun, mereka tetap layak masuk ke sekolah menengah. Jadi, untuk apa dan mengapa ada orang begitu ghairah untuk membocorkan soalan UPSR?

Akauntabiliti penting bagi memastikan tugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan dan tiada pembaziran yang menjejaskan sumber awam.

Bagi soal integriti pula, penulis sememangnya hendak kaitkan dengan nilai murni seperti jujur, amanah, telus, tulus, adil dan saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan.

Sewajibnya orang yang dipertanggungjawabkan (yang mana berkaitan dalam penyediaan, penyaringan, penjagaan, pemeriksaan terhadap soalan peperiksaan nasional dan berkaitan) hendaklah mengamalkan prinsip tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai.

Mudah berlaku salah laku

Prinsip akauntabiliti dan integriti penting dan perlu dihayati dan dijadikan amalan setiap orang. Sekiranya prinsip ini tidak dititikberatkan dalam pengurusan, program dan kewangan, maka penyelewengan, salah laku, penipuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan mudah berlaku.

Prinsip akauntabiliti dan integriti memainkan peranan utama dan menyumbang ke arah keyakinan orang ramai, kebolehpercayaan tahap tinggi, kualiti dan imej sesuatu agensi kerajaan atau swasta.

Penulis percaya ia juga menjadi pra syarat bagi mendapatkan keyakinan orang ramai ke atas apa jua perkhidmatan yang dilaksanakan seperti peperiksaan nasional UPSR ini. Ahmad Fauzi Mustafa ialah Penganalisis Sosio Media-Politik dan Penyelidik kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Berita Harian Rencana SABTU, 13 SEPTEMBER 2014 @ 5:35 AM

Pengkhianat dikenal pasti

Putrajaya: Beberapa ‘pengkhianat’ yang bertindak membocorkan kedua-dua kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah dikenal pasti.

Perkara itu disahkan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pada sidang media khas menjelaskan penangguhan ujian mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris di sini semalam.


Idris juga mengesahkan empat lokasi panas (hotspot) yang menjadi tempat bermulanya penyebaran kertas soalan bocor itu turut dikenal pasti namun, beliau enggan mengulas lanjut keempat-empat lokasi itu.

Menurutnya, buat masa ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara berkenaan.


“Saya juga tidak boleh kaitkan orang dalam terbabit dengan perkara itu sehingga siasatan disiapkan.


“Selain itu, kita (kementerian) juga sudah menghantar pegawai ke lokasi panas itu bagi mengesan individu terbabit dan kami akan pastikan pengkhianat itu akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, kementerian juga tidak menerima sebarang laporan baru mengenai kebocoran kertas peperiksaan bagi mata pelajaran lain sebaliknya penangguhan peperiksaan hanya membabitkan dua mata pelajaran itu sahaja. Harian Metro Setempat 13 September 2014

SOP diteliti semula

Putrajaya: Jawatankuasa bebas yang akan dilantik Kementerian Pendidikan akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai kini sebelum ditambah baik dan ditingkatkan bagi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3); Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bertujuan mengelak kejadian sama berulang.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau juga mengesahkan Lembaga Peperiksaan (LP) sudah mematuhi segala SOP ditetapkan dan ia bukan kerja senang kerana membabitkan banyak proses.


Beliau berkata, SOP itu bermula dari peringkat membina soalan sehingga penyediaan kertas soalan diikuti proses percetakan; pengkotakan; pengedaran dan pembukaan kertas soalan di pengambilan kertas soalan yang diiringi anggota polis.

“Tatacara SOP pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam dimuatkan dalam buku bertajuk Garis Panduan Prosedur Pengendalian Lembaga Peperiksaan setebal lebih 800 muka surat.


“Garis panduan dan SOP itu sentiasa ditambah baik malah, ia kali terakhir dikaji dan ditambah baik semula pada tahun lalu. Kami juga akan memperketatkan lagi SOP bagi memastikan tiada ruang langsung untuk pihak tidak bertanggungjawab membocorkan kertas soalan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Katanya, satu mesyuarat akan diadakan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam waktu terdekat bagi menentukan senarai anggota jawatankuasa bebas berkenaan.

Idris berkata, tugas dilakukan LP bukan buat kerja senang, malah LP sentiasa memastikan tiada kebocoran kerana kertas soalan diletakkan dalam dua sampul keselamatan yang memang sukar untuk dibuka sebelum dipindahkan ke dalam beg keselamatan dan ditempatkan di bilik kebal.

Harian Metro Setempat 13 September 2014