September 29th, 2014

Melebihkan tumpuan kepada kebajikan rakyat

SIAPA yang tidak mahu gaji dan elaun dinaikkan? Semua orang mahu! Jadi, apabila tersebarnya khabar angin mengenai kenaikan gaji dan elaun penjawat awam, nescaya penjawat awam tersenyum gembira mengharapkan khabar angin ini benar-benar menjadi berlaku. Dikatakan gaji penjawat awam bagi kumpulan sokongan dinaikkan sebanyak RM500 dan RM1,000 untuk golongan pegawai. Khabar angin ini dinafikan sama sekali oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam media massa.


Sebagai ahli akademik dalam bidang perakaunan dan juga kewangan, saya telah membuat pengiraan kasar berapakah jumlah wang yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada penjawat awam bagi merealisasikan kenaikan gaji dan elaun ini. Ambil sahaja jumlah RM500 dinaikkan untuk semua kakitangan awam yang berjumlah 1.4 juta orang, jadi sebanyak RM700 juta sebulan pertambahan pembayaran gaji penjawat awam. Itu untuk sebulan, kalau setahun jumlahnya RM8.4 bilion!

Jumlah ini hampir menyamai jumlah pertambahan hasil sebanyak RM9 bilion yang bakal dikutip oleh kerajaan pada tahun kedua pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Jumlah RM8.4 bilion ini mengatasi RM3 bilion yang dijangka dikutip oleh kerajaan melalui GST pada tahun 2015, iaitu tahun pertama pelaksanaan GST. Maka, selepas membuat pengiraan itu, saya tidaklah begitu yakin dengan khabar angin yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu sejak dari awal lagi.

Hakikatnya, dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan gaji dan elaun sudah tentu membawa berita baik kepada rakyat. Pendapatan rakyat perkara penting dalam pembentukan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampai ucapan pada akhir Mesyuarat Tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) ke-4 di New York, baru-baru ini.

Angka makro mengenai pencapaian ekonomi negara tidak membawa sebarang erti sekiranya rakyat tidak merasai kemajuan negara. Dalam konteks ini, pendapatan rakyat juga perlu dipertingkatkan ke tahap pendapatan tinggi. Tiada gunanya jumlah jutawan dan bilionair Malaysia meningkat kalau majoriti rakyat masih di paras gaji berpendapatan sederhana dan ke bawah. Itu bukan kebanggaan kepada rakyat.

Bajet 2015 perlu mengambil kira isu kos sara hidup dan pendapatan rakyat. Lagi pun, menangani kos sara hidup adalah salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Apakah perancangan-perancangan terbaharu yang akan dikemukakan oleh kerajaan melalui Bajet 2015 dalam menangani kos sara hidup?

Adakah ia berbentuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang? Isu ini kompleks kerana kelemahan penguatkuasaan membuatkan harga barangan dan perkhidmatan naik mendadak sejak kebelakangan ini. Sekali lagi, angka makro dan ekonomi seperti kadar inflasi yang rendah tidak meredakan keluh kesah rakyat betapa kos sara hidup semakin menekan mereka. Rakyat bawahan tidak peduli pun dengan angka-angka sedemikian.

Apa yang mereka pedulikan kehidupan mereka berada dalam keadaan selesa. Lebih-lebih lagi, kerajaan akan memperkenalkan GST bermula 1 April 2015. Memang benar kerajaan akan menguatkuasakan akta berkaitan bagi peniaga yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya atas alasan GST.

Namun, mengikut rekod lepas, kenaikan tetap berlaku meskipun kerajaan memberi amaran! Satu tindakan berkesan dan menyeluruh perlu difikirkan dan dilaksanakan sebelum dan selepas GST dilaksanakan. Usahlah selepas rakyat mengeluh mengenai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, baharulah tindakan dilakukan.

Satu lagi isu besar yang perlu ditangani oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan rakyat adalah berkaitan isu perumahan. Memang ada usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu perumahan, namun, usaha ini tidaklah begitu menyeluruh dan konkrit dalam membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah berkualiti dan harganya berpatutan. Dibimbangi, jika isu ini tidak dapat ditangani dengan baik, akan lebih ramai lagi rakyat yang tidak mampu memiliki rumah pada masa akan datang.

Sebab itulah, Bajet 2015 perlu juga menumpukan isu keselamatan rakyat. Itu keperluan asas rakyat yang tidak boleh sesekali dipandang remeh. Suasana yang tidak selamat memberi kesan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan seharian.

Ancaman keselamatan yang tidak ditangani dengan baik akan membawa risiko yang tinggi kepada negara. Lihat sahajalah suasana sekarang, pelbagai fitnah dan hasutan bertebaran dalam media sosial yang menggugat kesejahteraan rakyat. Ada pula pihak sanggup menghasut agar Sabah dan Sarawak dibawa keluar dari Malaysia. Rakyat perlu mengambil iktibar apa yang berlaku di Scotland tempoh hari dalam pungutan suara kemerdekaan Scotland.

Kesan ekonomi cukup parah apabila sesebuah negeri atau negara keluar dalam satu kesatuan yang besar. Bukan setakat Sabah dan Sarawak tetapi juga Sememanjung Malaysia juga akan menerima padahnya. Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada Kesatuan Soviet selepas berpecah.

Dan lihatlah betapa kuatnya China selepas Hong Kong kembali kepada negara itu dan Jerman selepas Jerman Timur dan Barat bersatu dalam sebuah negara! Satu langkah yang mundur untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia. Isu sebegini perlu ditangani kerajaan selain isu-isu lain seperti ancaman jenayah jalanan, berat, penyelewengan dan penyakit demam denggi yang semakin ketara meningkat.

Penuhi kebajikan asas rakyat dalam Bajet 2015 sebagaimana diterapkan dalam hierarki keperluan Maslow sebelum kita bercakap mengenai pengiktirafan, rangking dan pencapaian besar yang hanya memenuhi nafsu dan selera segelintir pihak di Malaysia.   Rohami Shafie ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan,  Kolej Perniagaan (COB),Universiti Utara Malaysia. Utusan/Rencana/20140929

Menangani sikap mentaliti silo

BUDAYA kerja berpasukan memang kata-kata ideal dalam pengurusan, apatah lagi bagi platform yang menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat. Budaya ini selalu dilaungkan sebagai iltizam dalam memastikan masyarakat mendapat kualiti perkhidmatan yang terbaik.

Namun sejauh mana semangat kerja berpasukan difahami dan dipraktikkan? Benarkah wujud silang komunikasi yang jelas antara jabatan dan agensi kerajaan terutamanya dalam memastikan khidmat terbaik diberikan kepada masyarakat, atau sebenarnya perkhidmatan awam masih tenggelam dalam gejala kerja bersendirian atau Žbudaya silo'ini?

Baru-baru ini TV AlHijrah telah mewawancara Pengarah Bahagian Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail (gambar) bagi mendapatkan pandangan mengenai kritikan-kritikan terhadap perkhidmatan awam yang masih dilihat bertindih-tindih dan kurang penyeragaman dalam memastikan kualiti terbaik serta kos berkesan.

Apakah sebenarnya mentaliti silo?

Mentaliti silo merujuk kepada cara berfikir yang wujud dalam sesuatu organisasi yang dilihat sebagai inward looking dan menghalang usaha untuk berkongsi maklumat dan sumber dengan orang lain atau antara jabatan dalam organisasi tersebut.

Apatah lagi berkongsi maklumat atau bekerjasama dengan jabatan yang datang dari luar walaupun mempunyai matlamat yang sama untuk menangani permasalahan rakyat. Sepatutnya ini tidak berlaku namun masih terjadi disebabkan faktor-faktor sikap. Bagi saya jawapan kepada persoalan ini hanya boleh diatasi jika ada 'budaya semangat kerja sepasukan' atau amal Jamaie yang dianjurkan Islam.

Budaya kerja berpasukan ini apa pula manfaatnya kepada kerajaan?

Bagi kita budaya ini sangat penting. Ia perlu diamalkan dan ia bukan suatu yang baru bagi kerajaan dan telah pun diamalkan sejak sekian lama oleh beberapa agensi dan telah ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperluaskannya dalam kalangan agensi atau kementerian.

Jika dulu kita kenali sebagai 'Operasi Bersepadu' konsep One Stop dan bermacam lagi yang bersifat operational. Pada hari ini konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diperkenalkan. Faedahnya cukup banyak. Antaranya, dengan konsep perkongsian ini kita dapat menjimatkan tenaga, kerja, masa, modal, kewangan, berkongsi maklumat, kepakaran, tenaga mahir dan bermacam-macam lagi. Akhirnya ia menghasilkan hasil yang memberi manfaat besar kepada rakyat.

Saya melihat, apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu, maka budaya ini seharusnya menjadi terasnya.

Faedahnya cukup banyak apabila diwujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Bandar (UTC) berjaya menawarkan perkhidmatan dari banyak agensi kerajaan dan kementerian. Di sini di bawah satu bumbung, rakyat dapat menyelesaikan banyak urusan dengan cepat, selesa dan murah.

Dari segi mentaliti, sejauh mana mentaliti silo harus diubah terutama kepada mereka yang memimpin jabatan yang selama ini dilihat sebagai tidak berkompromi dengan jabatan lain?

Saya akui, walaupun usaha menyema­rakkan semangat budaya kerja sepasukan ini giat dilakukan, namun masih ada kedapatan sikap negatif dan mentaliti silo ini dalam kalangan pemimpin jabatan, agensi dan segelintir pegawai. Ia masih berlaku dalam perkhidmatan awam, badan berkanun dan dalam kalangan GLC. Kenapa ia masih berlaku, bagi saya hanya mereka yang ada jawapannya.

Selagi tidak berubah, maka mereka sebenarnya sedang membuka ruang untuk orang awam melontarkan kritikan, komen liar dan paling berbahaya terdedah kepada fitnah. Sama ada ia berasas atau tidak, itu sudah tidak penting lagi kerana ia sudah terpalit persepsi negatif kepada agensi yang mereka pimpin.

Mungkin orang ramai boleh memberi persepsi buruk dengan menuduh mereka tidak telus, mengamalkan penyalahgunaan kuasa, rasuah, mengutamakan kroni dan macam-macam tuduhan. Ini sudah pasti tidak baik kepada kerajaan. Oleh itu, mentaliti silo ini mesti diubah dan pastinya boleh diubah.

Apakah bidang atau sektor yang mudah difahami rakyat melihat kepada contoh kerjasama yang dimaksudkan, dan akan merugikan kita sekiranya mereka masih mengamalkan mentaliti silo dalam budaya kerja mereka?

Dengan tegas saya sering mengkritik budaya silo dan mentaliti silo ini kerana ia jelas merugikan negara. Kenapa mereka masih mahu bekerja secara nafsi-nafsi, begitu border centric, tidak mahu orang lain tahu urusan mereka, tidak mahu orang lain bagi pandangan walhal budaya kerja sepasukan boleh menawarkan kepakaran, tenaga mahir, jimat kos dan masa. Mereka harus ingat bahawa kita sedang bekerja keras menuju ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Tahun 2020 kian hampir. Cuma berbaki 5 tahun 3 bulan. Banyak sektor atau bidang yang harus kita ukur bagi mencapai tahap status negara maju.

Kita juga mesti melihat indikator lain seperti pencapaian ekonomi berkembang pesat, infrastruktur kita mesti bertaraf dunia, sistem pentadbiran dan pengurusan bertaraf dunia, sistem perundangan, sistem telekomunikasi, sistem pendidikan, sistem pertahanan dan keselamatan serta kebersihan alam sekitar.

Jika ditanya pada saya, sudah pasti kerjasama semua pihak diperlukan untuk menarik pelabur asing, menjaga keselamatan, menyelesaikan isu gelandangan, isu maksiat dan perjudian, memastikan alam sekitar bersih, premis industri dan komersial ke sungai dan laut mencapai air berkualiti standard A, pelupusan sisa pepejal teratur dan berkesan dan lain-lain.

Bagaimana kita hendak mendakwa kita negara maju sekiranya bekalan air bersih di bumi yang menerima hujan lebat antara 2,500mm ke 3,000mm setahun yang dihitung luar biasa banyaknya pun kita masih alami kekurangan air? Ini amat memalukan!

Bagaimana kita hendak katakan kita negara maju jika di muara sungai Selangor airnya hitam, penuh sampah sarap dan busuk pula? Apa kurangnya Sungai Seget di Johor Bharu dan Sg. Juru di Pulau Pinang?

Boleh Datuk berikan contoh bagaimana implimentasi semangat kerja sepasukan yang telah berjaya dihasilkan oleh pasukan Datuk?

Masih segar dalam ingatan saya, apabila saya diarahkan oleh Perdana Menteri dalam minit arahannya supaya saya selesaikan permohonan kemudahan jalan raya dari masyarakat pedalaman di Sarawak lapan hari selepas beliau angkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Jarak jalan dari Long Lopeng ke pedalaman Bunduknur Bekalalan di Miri sejauh lebih 78 kilometer (KM) memang cukup mencabar.

Ketika itu musim hujan, saya dan rombongan terpaksa menyewa tiga buah Toyota Hilux dengan kos lebih RM5,000. Perjalanan mengambil masa 3 hari 2 malam, ternyata kenderaan itu banyak ditolak atau ditarik kerana melalui trek balak. Lebih lima rumah panjang termasuk di Bunduknur kami singgah dan berjumpa komunitinya dibawah pimpinan 'Tuai Rumah Panjai'.

Mereka nyatakan masalah perhubungan terutama jika ada kecemasan ketika wanita hamil hendak bersalin. Harga barangan luar biasa mahal. Harga gas memasak 14kg satu tong RM70, harga simen satu bag RM120! Kenapa harga mahal kerana semua barangan ini dijual mengikut berat disebabkan diangkut ke pedalaman dengan pesawat terbang.

Jika ikut spek biasa, kos untuk membina jalan sepanjang 78KM dengan 9 jambatan dari Long Lopeng ke Bekalalan itu adalah sekitar RM360 juta seperti yang disebut oleh pegawai kerajaan negeri Sarawak. Dengan semangat sepasukan yang kami amalkan bersama Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, ICU JPM, EPU JPM, MINDEF dari Kor Jurutera dan beberapa lagi jabatan maka akhirnya dapat kami siapkan dan tunaikan impian lebih 5,000 penduduk di sepanjang jalan tersebut dalam tempoh setahun sebulan.

Kami gunakan teknologi soil stabilizer dan jambatan moduler dengan kepakaran dari anggota Kor Jurutera pimpinan Leftenan General, Datuk Nasir.

Percayakah anda, kos yang digunakan untuk projek itu diluluskan Perdana Menteri sejumlah RM60 juta tetapi kami siapkan dengan RM52 juta sahaja yang sepatutnya RM360 juta? Saya ingin jelaskan, penduduk di situ mahukan jalan raya yang boleh meng­hubungkan bandar Lawas ke Bakalalan dengan menaiki kereta perodua Kancil dengan selamat bukan dengan kualiti jalan se­perti Lebuh Raya PLUS! Dengan siapnya jalan dan jambatan itu, ternyata penduduk di situ sungguh gembira kerana harga setong gas 14kg turun menjadi RM30 dan satu beg simen menjadi cuma RM25.

Bagaimana pula peranan orang awam?

Dalam konteks projek jalan raya Long Lopeng - Bakalalan ini, kita mendapat kerjasama dan penglibatan tuai rumah panjang dan masyarakat rumah panjang yang sungguh baik. Konsep menjadikan setiap jembatan dan jalan raya itu sebagai jembatan dan jalan raya angkat adalah sebahagian dari rancangan kami, semoga kerjasama yang baik antara Kerajaan Negeri Sarawak, JKR Negeri serta penduduk di situ pastinya akan menjadikan projek ini satu projek yang patut dicontohi.

Oleh itu saya berpendapat, sekiranya konsep dan falsafah semangat kerja sepasukan ini mampu dihayati oleh masyarakat kita, maka banyak lagi bidang boleh kita laksanakan dengan jayanya. Perlu kita ingat, bahawa selain sektor kerajaan dan swasta, ada satu lagi sektor yang kita lupakan iaitu 'sektor masyarakat'.

Jika kita berjaya memberi kesedaran, mendidik, empowered dan mengiktiraf sektor masyarakat dengan betul, maka saya yakin rakyat akan menghargainya dan akan lahirlah satu budaya baru, nilai sense of belonging, sense of duty dan sense of responsibility yang luar biasa dalam kalangan masyarakat.

Apabila ini berlaku, maka masyarakat akan boleh menyumbang tenaga, idea, pengalaman hatta derma demi manfaat masyarakat setempat. Utusan/Rencana/20140929

Memulihkan keyakinan ibu bapa dan masyarakat

TATKALA kita memuji langkah dan tindak­an segera serta tegas pihak kerajaan dalam menangani isu soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor, apa yang paling penting sekarang adalah langkah yang perlu dilaksanakan untuk memulihkan kembali tahap keyakinan dan kepercayaan ibu bapa, anak-anak dan masyarakat terhadap sistem pendidikan negara kita.

Kementerian Pendidikan telah bertindak menggantung tugas dua pegawai utama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam tempoh siasatan terhadap kes ini. Selanjutnya, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kendalian LPM.

Sementara itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menubuhkan pasukan siasatan khas yang diselaraskan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisiner Gan Kong Meng di mana sehingga kini beberapa individu termasuk seorang Guru Besar ditahan reman untuk membantu menyelesaikan kes ini. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut membantu dan sedang bekerjasama dengan pihak polis mengikut kepakaran masing-masing. Respon dan tindak balas pihak kerajaan memang cepat dan dilihat berkesan namun apa yang pasti detik hitam dalam peperiksaan UPSR ini telahpun berlaku dan ia sudah tidak boleh dipadam mahupun dipendam lagi.

Hakikatnya, kejadian ini sedikit sebanyak meragut tahap kepercayaan dan keyakinan ibu bapa terhadap sistem kawalan dan pengendalian peperiksaan awam di negara kita. Ini kerana isu kebocoran soalan peperiksaan di negara kita bukanlah suatu perkara yang baharu. Boleh dikatakan hampir setiap tahun isu kebocoran soalan peperiksaan awam ini kedengaran cuma jarang sekali khabar angin itu disahkan oleh pihak berkuasa hingga terpaksa membatalkan kertas peperiksaan tertentu sama seperti dalam kes peperiksaan UPSR tahun ini.

Justeru kejadian terbaru ini yang melibatkan peperiksaan UPSR jelas mengeruhkan lagi keadaan kerana masyarakat tertanya-tanya kenapa ada pihak yang sanggup untuk membocorkan soalan ini yang hanya melibatkan anak-anak kita di tahun enam. Perlu diingat ini hanyalah UPSR dan bukannya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang jauh lebih signifikan dan bakal menentukan masa depan anak-anak kita sama ada dapat masuk ke universiti ataupun tidak.

Maka pelbagai andaian, teori dan persoalan mula timbul. Apa yang pasti rata-rata semua pihak sedang menuding jari ke arah orang lain atau dalam lain perkataan sedang mencari 'kambing hitam' dalam kes ini. Memang betul ini adalah satu perbuatan yang cukup tidak amanah dan tidak berintegriti. Kepercayaan yang diberi diragut dalam sekelip mata.

Kita juga yakin dan percaya dalangnya mesti terdiri daripada pihak yang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan soalan-soalan ini di pelbagai peringkat baik di peringkat membuat soalan, mencetak mahupun mengedar. Memang tidak wajar untuk membuat spekulasi, tuduhan mahupun fitnah namun itulah hakikatnya. Apapun kita tunggu hasil siasatan pihak berkuasa di mana kita berharap pihak yang meragut kepercayaan ibu bapa dan menjejaskan moral dan emosi 473,175 calon UPSR ini diberkas dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Sementara itu, apa yang perlu pihak kerajaan terutamanya kementerian dan LPM perlu fokus dan utamakan sekarang ialah memantapkan semula segala proses dan prosedur yang terlibat terutamanya Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam yang digunapakai oleh LPM selama ini.

Walaupun kita dimaklumkan SOP ini sentiasa dikemaskini ternyata kejadian seperti ini membuktikan masih ada kekurangan yang boleh diperbaiki. Dalam hal ini penulis percaya jawatankuasa yang diketuai oleh Tun Zaki ini mampu membantu pihak kerajaan mengatasi kemelut ini untuk jangka masa panjang dengan mengemukakan cadangan dan idea yang bernas dalam tempoh masa tiga bulan yang telah ditetapkan.

Hakikatnya, ibu bapa semua calon UPSR khususnya dan masyarakat umumnya cukup marah dengan kejadian ini. Oleh itu, kerajaan perlu memulihkan kembali keyakinan ibu bapa dan masyarakat supaya imej dan nama baik kerajaan tidak terjejas. Hal ini penting kerana sudah ada pihak yang mula menangguk di air yang keruh apabila meletakkan semua kesalahan ini di bahu pihak kerajaan semata-mata. Kita tidak boleh membenarkan institusi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan dan LPM dijadikan kambing hitam akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu.

Justeru di samping kita berharap agar ibu bapa dan semua calon UPSR yang terlibat bersabar dan tenang menghadapi situasi ini, kita juga berharap agar pihak kerajaan dapat memulihkan keyakinan ibu bapa dan membuktikan kepada masyarakat bahawa sistem pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam di negara kita masih selamat, telus dan boleh dipercayai.

Semoga semua pihak dapat mengambil iktibar dari kejadian seperti ini supaya perkara ini tidak berulang pada masa depan.

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia. Utusan/Rencana/20140929

UPSR tumpu 4 subjek teras

Apabila Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terpalit kontroversi kebocoran soalan, baru-baru ini, ada pihak beranggapan isu berkenaan seperti sengaja diperbesar-besarkan.

Ini kerana UPSR ha­nya sebagai platform menguji kemampuan pelajar sekolah rendah dan tidak sepenting peperiksaan utama lain. Justeru, tidak wajar isu itu dijadikan polemik sehingga mengganggu sistem peperiksaan negara.



Rentetan itu, ada yang memberi cadangan supaya UPSR dimansuhkan kerana pelajar tetap melanjutkan pengajian di tingkatan satu sama ada mencapai keputusan cemerlang ataupun tidak.

Namun, Kementerian Pelajaran (KP) tetap mengambil keputusan meneruskan UPSR kerana berpendapat, sistem peperiksaan itu boleh menjadi landasan mengukur sejauh mana kemampuan pelajar menguasai proses pembelajaran dan pengajaran sepanjang enam tahun di sekolah rendah.

UPSR hanya tumpu 4 matapelajaran teras


WALAUPUN UPSR hanya menumpukan penekanan kepada empat subjek teras namun ia masih mampu memberi maklumat menyeluruh pencapaian pelajar. - Gambar hiasan
Justeru, apakah kepenti­ngan dan kewajaran mengekalkan UPSR di tengah-tengah kemelut yang melanda peperiksaan itu?

Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Profesor Emeritus Dr Othman Lebar berkata, pihak yang melihat UPSR hanya sebagai satu konflik perlu bijak menilai situasi peperiksaan itu sebagai satu bentuk penilaian prestasi pelajar sedangkan kebocoran soalan berkaitan isu lain.

Beliau berkata, penilaian bagi pelajar di peringkat sekolah rendah perlu bagi mendapatkan maklumat sejauh mana pencapaian mereka, sekali gus memudahkan usaha merancang proses pembelajaran seterusnya.

“Saya setuju UPSR dikekalkan kerana ia masih relevan untuk menilai prestasi pelajar sepanjang tempoh mereka belajar di sekolah rendah.

“Menerusi penilaian ini, masalah mereka boleh diatasi, sekali gus menyediakan platform alternatif bagi proses pembelajaran seterusnya.

“Cuma, UPSR dalam struktur dan bentuk yang ada sekarang perlu diubah supaya penilaian itu dapat menggambarkan prestasi pelajar secara menyeluruh dan tepat sebagaimana dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara,” katanya.



DARI sudut positif, UPSR mampu menggalakkan pertandingan untuk mengejar keputusan lebih baik dan semangat bersaing antara satu sama lain. - Gambar hiasan
Katanya, pada masa kini UPSR hanya mengukur pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran teras saja sedangkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mencakupi pengetahuan, kemahiran serta nilai lebih luas.

“Di peringkat sekolah rendah, terdapat bentuk pentaksiran lain yang juga mengukur pengetahuan, kemahiran dan nilai pelajar yang dijalankan secara berterusan di peringkat sekolah dan bilik darjah merangkumi mata pelajaran bukan teras.

“Tetapi ia lebih berbentuk ‘low-stake testing’ kerana tidak dijadikan asas untuk membuat keputusan me­ngenai dasar dan polisi pendidikan.

“Ia lebih tertumpu kepada keputusan di bilik darjah untuk memperbaiki dan mening­katkan pembelajaran pelajar yag boleh digunakan guru dan pelajar,” katanya.




MELETAKKAN harapan yang tinggi pada pelajar juga boleh mengundang impak negatif, sekali gus memberi persepsi berbeza mengenai UPSR.
Menurutnya, jika mahu melakukan penilaian standard seperti UPSR, perkara yang hendak dinilai perlu dapat mengukur kemahiran yang boleh dikuasai pelajar sebagai persediaan apabila mereka memasuki peringkat menengah.

“Soalan yang digubal adalah soalan yang me­nguji kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, fikiran kritis dan kreatif kerana akan lebih berbentuk terbuka dan merentas mata pelajaran.

“Ini menggalakkan pembelajaran di sekolah lebih kepada penguasaan berfikir aras tinggi, bukan sekadar menghafal.

“Kita tidak boleh menafikan peperiksaan akan memandu pembelajaran dan pengajaran (exam-driven system) pelajar dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak dipengaruhi bentuk penilaian,” katanya berpendapat, jika soalan peperiksaan banyak tertumpu kepada kebolehan mengingat fakta, maka bentuk pengajaran dan pembelajaran juga bercorak latih tubi.

“Ini menyebabkan pembelajaran pelajar tahun enam lebih sempit kepada kemahiran latih tubi ke atas soalan peperiksaan tahun lalu.

“Ada di antara negara maju dan berpencapaian tinggi juga berorientasikan peperiksaan seperti Shanghai, China dan negara yang dikategorikan negara ‘budaya chopstik’ (chopstick culture) seperti Hong Kong, Taiwan, Korea, Jepun dan Vietnam.

“Tetapi, soalan peperiksaan yang disediakan ba–nyak menguji kemahiran berfikir aras tinggi seperti menyelesaikan masalah, berfikir secara kritis dan kreatif, bukannya kepada soalan berbentuk objektif yang sesuai untuk me­ngukur kemahiran aras rendah dan sederhana,” katanya.

Kewajaran mengekalkan UPSR, katanya, banyak berkait rapat sebagai alat untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian dan prestasi pelajar di tahap pendidikan rendah.

Katanya, sistem pendidikan yang berpusat ini amat memerlukan maklumat menyeluruh untuk dijadikan asas membuat keputusan mengenai pendidikan negara.

“UPSR memang memberikan maklumat diperlukan KP untuk menilai keberkesanan sesuatu polisi dan program pendidikan yang dirancang dan dijalankan.

“Namun, sesuatu harus dilakukan bagi mengurangkan tumpuan yang terlalu banyak kepada UPSR. Banyak keputusan yang dibuat di peringkat kementerian dan sekolah perlu mengambil kira maklumat pentaksiran lain,” katanya.

Beliau menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa isu UPSR sebagai remeh.



SEBAGAI pentaksiran ‘high-stakes’, UPSR adalah penilaian penting bagi semua pihak yang terbabit dalam pendidikan di peringkat rendah. - Gambar hiasan
“Dari segi dasarnya, sistem pendidikan di negara ini memang memberi ruang yang luas untuk pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat menengah manakala keputusan dalam peperiksaan di peringkat rendah tidak lagi menjadi halangan untuk meneruskan pelajaran ke tahap seterusnya.

“Namun, satu bentuk penilaian yang seragam dan piawaian perlu diadakan bagi mendapatkan maklumat menyeluruh mengenai pencapaian pelajar di peringkat pendidikan rendah dan daripada maklumat itu, banyak keputusan boleh dibuat untuk kepentingan pendidikan.

“Walaupun UPSR ha–nya menumpukan kepada empat mata pelajaran teras, ia tetap dapat memberikan maklumat penting pencapaian dan pembelajaran pelajar kerana bukan mudah mendapatkan maklumat komprehensif,” katanya.

Apa yang penting, katanya, bentuk dan struktur UPSR perlu diubah supaya dapat memberikan maklumat lebih menyeluruh.

“Disebabkan UPSR lebih bersifat ‘high-stake testing’, ini menyebabkan masyarakat memberi tumpuan kepada UPSR.

“Kita juga perlu memikirkan mengenai keperluan pembelajaran pelajar sekolah rendah kerana jika terlalu banyak mata pelajaran yang hendak diuji, pasti ia memberi lebih tekanan kepada pelajar dan guru,” katanya.

Malah, sebagai pentaksiran high-stakes, UPSR penting bagi semua pihak dalam pendidikan peringkat rendah.

“Dari satu sudut, ia menggalakkan pertandingan untuk mengejar keputusan yang baik dan cemerlang, sekali gus memberikan motivasi kepada pelajar untuk memberikan tumpuan kepada pembelajaran dan mendorong mereka mendapatkan keputusan baik.

“Tapi dari sudut lain, ia memberi tekanan kepada semua pihak terutama kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi UPSR.

“Kesannya, pembelajaran hanya tertumpu kepada mata pelajaran yang diuji dalam UPSR yang menyebabkan berlaku penguncupan kurikulum memandangkan pembelajaran hanya memberi tumpuan kepada topik yang keluar dalam peperiksaan,” katanya. Ruhaiza Rusmin myMetro Bestari 29/09/2014

Kopi pencetus semangat

Duduk di meja sambil mulut pantas memesan secangkir kopi. Di rumah pula seakan-akan tidak sempurna apabila tidak minum secawan kopi.

Pendek kata, hubungan penggemar kopi dengan minuman ini sa­ngat akrab, bagaikan orang bercinta tidak lengkap rasanya jika tidak bertemu, begitu juga antara peminat kopi dengan kopi pilihan mereka.


Sama ada cappucino, espresso atau latte, apa saja perisa minuman pekat kehitaman yang menjadi agen stimulasi terkenal di dunia ini sering dianggap sebagai minuman pencetus semangat dalam kalangan pencintanya.

Ini kerana di dalamnya terdapat kafein yang dapat meningkatkan psikomoto sehingga memberikan kesan fisiologi dan peningkatan tenaga yang akan kelihatan beberapa jam selepas minum kopi. Kafein ini tidak hanya ditemui pada tanaman kopi, tetapi juga daun teh dan biji cok­lat.


Oleh itu, kopi mampu mening­katkan daya aspirin dan menghilangkan kesakitan. Malah kebaikan kafein juga kerap dimasukkan ke dalam ramuan beberapa jenis ubat-ubatan.


Begitu istimewanya kopi sehing­gakan pada 29 September setiap tahun diangkat sebagai Hari Kopi Antarabangsa di seluruh dunia bagi meraikan keseronokan minum kopi sebagai minuman popular di seluruh dunia.

Malah, pada hari itu juga, ramai yang turut mempromosikan kopi, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai nasib penanam kopi di seluruh dunia dan berkongsi kisah cinta peminum kopi dalam kalangan penduduk dunia.

Hari ini, kopi salah satu komoditi yang paling diniagakan di dunia. Bagi sesetengah orang pula, kopi minuman wajib yang diperlukan sebagai memulakan hari mereka.

Dengan perisa yang pelbagai seperti kopi hitam, espresso, latte, cappuccino dan mocca, setiap satunya melalui proses penyajian dan pengolahan yang unik sehingga menghasil­kan rasa enak dan berbeza.

Jika diikutkan, penggemar kopi ada di mana-mana dan tidak mengenali sempadan geografi. Dari utara ke selatan, benua Eropah hingga benua Asia, kopi dinikmati di setiap pelosok dunia setiap hari.

Satu kajian di Amerika Syarikat mendedahkan empat daripada lima orang minum kopi dan menghabiskan lebih daripada 400 juta cawan kopi sehari. Dengan lebih daripada 2.5 juta pekerja industri, ia meletakkan kopi sebagai komoditi kedua terbesar dunia selepas minyak masak dalam industri perdagangan dunia.

Sejarah kopi bermula di Laut Merah sejak abad ketujuh apabila se­orang penulis Arab pada abad ke-15, Shehabeddin Ben menceritakan orang Ethopia menikmati minuman ini jauh lebih lama daripada catatan yang pernah ditulis dalam sejarah. Pada abad ke-16, pekebun kopi ditemui di Dataran Yaman, Arab. Selepas seorang Duta Besar Turki memperkenalkan kopi kepada Raja Louis XIV sekitar 1660, dengan pantasnya minuman ini berjaya menawan selera masyarakat Eropah.

Bangsa Arab yang memiliki peradaban lebih maju daripada Afrika ketika itu tidak hanya memasak biji kopi, tetapi turut merebus dan me­ngambil sarinya. Pada abad ke-13, orang Islam menggunakan kopi sebagai minuman penambah tenaga ketika beribadah pada malam hari.

Di Pulau Jawa, Indonesia, kopi dibawa masuk oleh orang Belanda. Pada 1714, Desclieux, seorang warga Belanda menanam kopi di kepulauan Martinique. Selepas itu, kebun kopi mula bertambah dari French Guiana ke Brazil, Amerika Tengah dan kebanyakan negara di dunia sehingga ke hari ini ia menjadi minuman kemestian orang ramai di dunia. Siti Zarinah Sahib myMetro Hati 29/09/2014

Raising ethics and efficiency

Integrity, responsibility and trust are among the values government servants must have for departments and services to run smoothly.

TIME marches on but will never fade the exciting memories of a young girl when the vibrant shouts of MERDEKA rang loud and clear followed by a thunderous round of applause in the Tawau town padang (field) on Sept 16, 1963 ... the day Sabah achieved independence through the formation of Malaysia.

I can still visualise the lowering of the Union Jack which in turn saw the hoisting of the Malaysian flag followed by the Sabah Flag.

My classmates and I sang the Negara Ku and Sabah Tanah Air Ku standing at attention and with a sense of pride even at the age of 12.

The smiles on the people’s faces, the flags and the banners said it all. Sabah was celebrating the birth of a new nation and her liberation from colonial rule.

As an adult, I now look back at our celebrations and can understand better why there was so much jubilation and hope amongst the people. Malaysia was our nation, our home.

Responsibility

With hope comes a very special sense of responsibility from the government, particularly government servants.

Every government servant plays a special role in providing hope. It is thus vital for them to be subservient to the government of the day.

The word “government” defined in the American Heritage Dictionary of the English Language (3rd Edition) is the act or process of governing, especially the control and administration of public policy in a political unit.

“Servant” refers to one who is publicly employed to perform services and in this context, for the government.

‘Subservient’ means subordinate in capacity or function; one who expresses submission, recognisance while “government of the day” means the ruling political party of this present time and “must” means compulsory.

Stated in Article 132 (1) of the Federal Constitution, the public service and all government servants including the education service are subjected to the law and regulations made by the ruling government.

We in the Education Ministry are also subordinate to the government and are subjected to obey all rules.

Closely related to the act of subservience is the pledge of loyalty to the King, country and the government and the application of values and ethics like trustworthiness, sincerity, responsibility, commitment, a caring nature and gratitude.

These values are some of the examples that form the core (teras) and absolute (mutlak) standard of the public service.

We are also reminded of our duty and loyalty to the government every time we sign official letters that explicitly state that we are carrying out our tasks under strict orders and abiding by the rules.

To ensure that government servants adhere to the public service standard, the Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations, 1993 under Section V1 (Hukuman Tatatertib) provide:

l Penalties of conduct and behaviour found to be in breach of specified rules or tarnishing the image of the government service.

The regulations also include procedures for disciplinary action against them.

The documents as points of reference state that every government servant must be subservient to the government of the day.

How is the act of subservience instilled in all government servants?

Our government sees the answer in educating government servants and ensuring that values and ethics are observed at all times.

The values and culture promoted in the Malaysian public service are based on the following:

l To set a meaningful direction to guide the thinking, action and behaviour of the public employees so that they can fulfil their responsibility and trust in the assigned jobs;

l To foster integration and coordination among public servants;

l To inculcate values and ethics of the public service which form the absolute standard in motivating government servants to serve the nation with sincerity and excellence.

Based on the rationale above, an on-going effort to groom efficient, trustworthy public servants to effect the implementation of national policies is made.

From 1970 the Rukunegara spelt out five principles for good citizenship which are: Belief in God, Loyalty to the King and Country, Upholding the Constitution, Rule of Law and Good Behaviour to inspire good conduct and positive values.

Other major measures taken to enhance the integrity of the public service included the Excellent Service Guidelines (1978), The Clock-in System (1982) ; The Clean, Efficient and Trustworthy Campaign (1982); Leadership by Example (1983); Assimilation of Islamic Values (1985); The National Education Policy (1988), Conduct in the Teaching Professionand Vision 2020 (1991).

If practised effectively, such efforts should bring about quality public service and individual excellence.

Upon reflection, it can be said our government has done a good job in bringing and maintaining peace, unity, stability and prosperity in our country over the years.

Despite the achievements, those helming the Malaysian public service are aware that the effectiveness of the efforts taken, may not have reached the government servants at all levels of administration.

The public service provisions on discipline and conduct should be applied stringently without fear or favour to effect positive results.

I suggest we commit ourselves to “ethics assurance” with the leaders setting an example and monitoring the practice through audit reviews and ethical behaviour, so that their subordinates will realise how committed and serious they are.

Our government must continue working towards arriving at the highest ethical standard and sustain it because if we are to successfully compete globally in the future, we need to understand that being world-class does not begin and end with building world-class facilities.

Being world class

We need, above all else, world-class management and working practice.

The public service commands influence over the nation’s development and prosperity.

Hence, it is incumbent upon every government servant to be subservient to the government of the day by practising the stipulated values and ethical standards because we are what we repeatedly do.

Excellence, then, is not an act but a habit and this is summed up very nicely by Confucius when he said that:

“If we lead people by laws and then regulate with penalties, there will be no sense of shame.

“If we lead by virtue and then circumscribe them with proper rules of conduct, they will develop a sense of shame and hence become good citizens.”

Let us work together with our Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to realise Vision 2020 and make Malaysia a country of excellence, glory and distinction just like what’s said in the popular song Oh Malaysia.

On that happy note, I wish all readers a great weekend.

* The writer, Datuk Mary Yap is Deputy Education Minister. Connect with her via Twitter @maryyapkc and Facebook.com/maryyapkainching The STAR Home News Education Sunday September 28, 2014 MYT 12:00:00 AM