October 5th, 2014

Menangani kegelisahan rakyat

PADA Rabu lalu, sekali lagi stesen minyak diserbu. Sebaik sahaja berita rasionalisasi subsidi petrol dan diesel akan bermula pukul 12.01 tengah malam Khamis, berderet-deret kenderaan membuat barisan menunggu giliran seawal pukul 6 petang hari tersebut. Menjelang tengah malam, khabarnya barisan masih panjang.


Begitulah keadaannya setiap kali ada ‘pengumuman’ ini. Masing-masing berlumba-lumba mahu memenuhkan tangki petrol dan diesel kenderaan buat kali terakhir dengan harga lama sebelum harga baru berkuat kuasa.

Namakan apa sahaja, rasionalisasi subsidi, pengurangan subsidi, penyelarasan harga atau istilah-istilah ekonomi dan perdagangan lain, hakikatnya langkah ini bukan sesuatu yang menggembirakan. Walaupun ‘dirasional’ dan disokong dengan fakta-fakta ekonomi semasa, tidak semua terpikat. Jika dilihat dari sudut ekonomi langkah itu memberi banyak manfaat dan faedah kepada ekonomi dan pembangunan negara dalam tempoh jangka panjang, namun tidak ramai yang berminat.

Berita ‘rasionalisasi subsidi’ yang diumumkan itu disambut dengan keluhan. Reaksi tidak perlu ditulis di sini. Tengok sahaja WhatsApp, Facebook, Twitter, Telegram dan blog. Macam-macam ada. Ada gambar, ada rajah, ada infografik, ada parodi, ada pantun, seloka, gurindam dan ada skrip. Bermacam-macam nada. Marah, kecewa, geram, lucu dan sinis.

Tiada siapa yang suka dengan berita ‘kenaikan’ ini. Lainlah kalau yang naik itu gaji atau pangkat. Walaupun pengumuman itu disusuli dengan jaminan insentif-insentif lain bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana, berita sedemikian masih belum mampu ‘meredakan’ perasaan ramai orang.

Golongan yang bergaji kecil, sederhana dan kelas pertengahan sudah pasti menerima kesan besar. Apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup yang tidak turun-turun ini. Harga barang keperluan dan kos perkhidmatan terus meningkat dari sehari ke sehari.

Secara mudahnya apabila berlaku rasionalisasi subsidi bahan api ini maka berlakulah juga ‘rasionalisasi’ kepada harga barang dan perkhidmatan lain. Barang basah, barang kering, barang makanan, minuman, produk-produk pengguna, kos pengangkutan seperti van dan bas sekolah dan pelbagai lagi sudah pasti akan terkena tempias rasionalisasi subsidi tersebut.

Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas persatuan bas dan van sekolah awal-awal lagi akan menuntut mahu menaikkan tambang masing-masing. Itu belum masuk perkhidmatan lain, lori, bas, teksi, kereta sewa dan pelbagai lagi.

Sehari dua ini mungkin tidak nampak lagi. Maklumlah pasukan penguat kuasa tengah bersemangat memantau. Tengoklah sebulan dua selepas ini, akan ada restoran dan kedai makan menaikkan harga makanan dan minuman secara diam-diam. Harga produk-produk pengguna di pasar-pasar raya pun akan naik.

Kebanyakan pengguna tidak sedar atau perasan pun. Tetapi ramai juga yang prihatin dan ambil berat bab-bab membayar ini. Mereka akan minta bil setiap kali membayar di kaunter. Di situlah nanti mereka semak harga air atau roti canai yang dimakan. Naik atau tidak.

Sesetengah restoran dan kedai makan tidak tergamak menaikkan harga. Mereka menggunakan cara lain. Harga makanan dan minuman kekal macam biasa, hanya isi padu sepinggan makanan ‘dirasionalisasikan.’ Pengguna hanya menyedarinya apabila makan makanan yang sama tetapi tidak sekenyang dulu atau makanan cepat habis!

Bila timbul isu-isu kenaikan harga, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta beberapa agensi yang terlibat sekali lagi berhadapan dengan satu lagi cabaran besar. Beberapa bulan lalu kementerian itu ‘berperang’ dengan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi. Itu pun selepas akhbar Utusan Malaysia membongkar sindiket berkenaan. Hampir setiap hari ada sahaja tangkapan. Ramai ahli sindiket sudah didakwa di mahkamah.

Kali ini cabarannya lagi besar. Pemantauan dan penguatkuasaan terhadap harga barangan pengguna perlu dilakukan secara menyeluruh dan sepanjang tahun. Bukan secara berkala atau setelah menerima aduan atau selepas ‘dicuit’ pihak tertentu. Biarlah aktiviti ini ‘hangat’ sepanjang masa dan bukan sekadar ‘hangat-hangat najis ayam.’

Lakukanlah secara diam-diam. Bila sudah berjaya baru umumkan. Jangan sekadar mengumumkan jumlah pemantauan dan berapa banyak operasi yang sudah dijalankan. Itu tidak penting. Yang lagi mustahak harga produk pengguna tidak dinaikkan sesuka hati oleh peniaga, penjual dan pemborong menggunakan alasan ‘pengurangan subsidi petrol dan diesel.’

Oleh kerana pengurangan subsidi dua bahan api itu memberi kesan langsung kepada semua orang, kita sebagai pengguna pun perlu bertindak. Jangan lagi berdiam diri dan mengeluh sahaja. Jika merasakan harga barangan pengguna tiba-tiba naik sehingga ke tahap tidak masuk akal, jangan bertangguh lagi.

Contohnya kalau sekotak susu rendah lemak naik sampai RM2 berbanding harga pada bulan lalu, ini sudah melampau. Laporkan sahaja kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa pula kena bertindak cepat menyiasat. Pengguna mahu melihat kesungguhan penguatkuasaan. Ramai juga berharap kerajaan mengumumkan sesuatu yang menggembirakan hati kumpulan yang terkena kesan besar pengurangan subsidi ini dalam pembentangan Bajet 2015 minggu depan.

Sekurang-kurangnya rasa gelisah rakyat terhadap segala macam kenaikan ini sedikit sebanyak dapat ‘dirasionalisasikan. Rozaman Ismail Utusan/Rencana/20141004

Inovasi pemangkin kemajuan

MAMPUKAH Malaysia mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi pada 2020 dan mengekalkan kedudukan itu dalam satu tempoh yang panjang?

Jawapannya, sudah semestinya ia boleh menjadi kenyataan dengan syarat eksport Malaysia tidak terlalu bergantung kepada sumber-sumber tradisional seperti petroleum dan gas, minyak kelapa sawit dan barangan elektronik yang dipasang syarikat asing di negara ini.

Sebaliknya, ekonomi Malaysia harus berorientasi eksport produk dan perkhidmatan baharu yang terhasil daripada inovasi yang dilakukan oleh anak tempatan sendiri.

Dalam masa sama, syarikat di negara ini harus melakukan inovasi bagi memastikan ia dapat beroperasi secara cekap tanpa terlalu bergantung kepada modal dan tenaga buruh yang banyak.

Kaedah pembangunan ekonomi dan perniagaan yang berasaskan inovasi atau lebih dikenali dengan nama faktor produktiviti menyeluruh (TFP) berkenaan merupakan rahsia yang membolehkan lima Harimau Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong berjaya mencapai status negara maju lebih dahulu berbanding Malaysia dan mengekalkan kedudukan itu sehingga sekarang.

Untuk menjadi negara yang pembangunan ekonominya berasaskan TFP, Malaysia perlu memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu institusi, inovasi dan inklusif.

Institusi merujuk kepada kerajaan dan badan-badan di bawahnya yang berperanan menyediakan insentif bagi menggalakkan usahawan mengambil risiko untuk melakukan inovasi bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan baharu.

Inklusif pula bermaksud semua inovasi yang dilakukan tidak harus menyebabkan mana-mana pihak dalam masyarakat terpinggir.

Ini bermakna, pekerja yang hilang pekerjaan yang berpunca daripada pembaharuan dalam syarikat haruslah dibantu oleh kerajaan.

Menyedari betapa pentingnya tiga aspek itu, maka Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) telah menganjurkan Forum Megatrends Khazanah 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur selama dua hari yang berakhir Selasa lalu bagi membincangkan perkara berkenaan.

Forum yang bertemakan ‘Mendaki Sempadan Kecekapan: Institusi, Inovasi dan Inklusif’ yang disertai 1,000 peserta telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Dalam titahnya, Sultan Nazrin menyifatkan tumpuan kepada tiga aspek berkenaan adalah selaras dengan hakikat bahawa negara ini tidak boleh bergantung kepada kaedah pembangunan ekonomi cara lama walaupun ia dilihat berjaya menjadikan Malaysia negara berpendapatan sederhana sekarang.

"Jika kita masih bergantung kepada kaedah lama untuk membangunkan ekonomi kita hanya akan menjadi seperti yang disifatkan oleh bekas Perdana Menteri Britain, Harold Wilson iaitu sesiapa yang menolak pembaharuan dia ialah arkitek kepada kemerosotan," titah baginda.

Dalam pada itu, pensyarah Fakulti Ekonomi, Universiti Cambridge, Dr. Ha-Joon Chang yang menyampaikan syarahan khas selepas perasmian berkenaan berkata, untuk meningkatkan ekonomi Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi, ia tidak boleh bergantung kepada produk dan perkhidmatan sedia ada.

"Syarikat Malaysia perlu mengeluarkan produk baharu dan memperkenalkan perkhidmatan yang belum dihasilkan di negara lain.

"Untuk menggalakkan inovasi kerajaan perlu membantu syarikat-syarikat yang menjual produk atau menawarkan perkhidmatan baharu tetapi mempunyai masalah untuk mengeluar atau memasarkannya kerana kekurangan modal.

"Kerajaan juga perlu memberikan insentif kepada syarikat-syarikat yang sanggup menanggung risiko untuk melakukan inovasi termasuk membantu jika mereka jatuh bankrap," ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, tidak salah Malaysia menjadi negara kebajikan yang menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan pekerja terutama yang menganggur setelah syarikat mereka beralih menggunakan kaedah pengeluaran yang lebih cekap.

"Antara bantuan yang boleh diberikan adalah program latihan semula dan menempatkan pekerja terbabit di syarikat-syarikat lain yang memerlukan pekerja," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menutup forum berkenaan berkata, segala idea yang dilontarkan sepanjang tempoh dua hari berkenaan akan dijadikan panduan oleh kerajaan ketika merangka Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang akan dibentangkan di Parlimen pada Mei 2015.

"RMK-11 untuk tempoh 2016 hingga 2020 cukup penting kerana ia akan menjadi penentu adakah Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi atau tidak," ujarnya.

Mengenai cadangan supaya pembangunan ekonomi bersifat inklusif, Abdul Wahid berkata, aspek tersebut sudah pun dimasukkan dalam Model Baharu Ekonomi (MBE) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

"MBE memberi penekanan kepada perlunya pertumbuhan ekonomi dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Ini bermakna peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hendaklah dipastikan turut meningkatkan pendapatan isi rumah di Malaysia.

"Perangkaan pada 2014 menunjukkan purata pendapatan isi rumah telah naik kepada RM5,919 sebulan. Bagaimanapun, kita sedar terdapat sesetengah isi rumah terutama yang terlibat dalam sektor komoditi yang mencatatkan penurunan pendapatan bulanan.

"Sebab itu kerajaan memberikan bantuan wang tunai kepada mereka dan kita juga sedang dalam proses membantu mereka untuk terlibat dalam bidang lain yang boleh menambah pendapatan," ujarnya.

Tambah beliau, pembangunan ekonomi secara inklusif juga bermakna tidak wujud jurang yang besar antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah, antara bandar dan luar bandar, antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, antara muda dan tua, lelaki dan perempuan dan antara pelbagai kumpulan etnik.

Katanya, pembangunan secara inklusif bukan sahaja memberi fokus kepada peningkatan pendapatan setiap lapisan rakyat tetapi juga mengambil kira aspek-aspek lain termasuk memastikan orang ramai menikmati kemudahan pengangkutan, komunikasi, pendidikan, perumahan dan kesihatan yang lebih baik.

Menurut beliau, kerajaan juga telah mengambil langkah menggalakkan usahawan Malaysia melakukan inovasi dan antara hasilnya adalah pengumuman produk-produk baharu dalam bidang bioteknologi oleh beberapa syarikat Malaysia baru-baru ini yang boleh mengubati penyakit alzheimer dan kanser. NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my Utusan/Rencana/20141004

Little Red Book puja Mao Tse-tung

Saya ingin mengulangi, berikutan pengeluaran Pekeliling 16 Mei 1966 (yang saya sebut dalam Mingguan Malaysia 21 September 2014), oleh Parti Komunis China, Mao Tse-tung menubuhkan apa yang dikatakan oleh penulis Jung-Halliday "…a new office, the Cultural Revolutions Small Group, to help (Mao) run the Purge (Cultural Revolution). Mdm Mao (Jiang Qing) headed it for him, with Mao’s former secretary, Chen Bo-da, its nominal director, and purge expert Kang Sheng its ‘advisor’. This office, in addition to Lin Biao and Chou En-lai, formed Mao’s latest inner circle (halaman 534)."

Ini bererti, sejajar dengan tujuan Mao untuk menghapuskan pemimpin-pemimpin parti yang tidak sehaluan dengannya, sepanjang Revolusi Kebudayaan di China itu, Mao Tse-tung telah mengetepikan langsung pandangan Parti Komunis China termasuk politburonya. Seperti saya sebut dalam coretan itu, politburo telah pun membuat ketetapan seawal bulan Februari yang mahukan Revolusi Kebudayaan jangan sampai menyiksa rakyat atau membaham pihak-pihak yang tidak sehaluan dengan Mao, dan tidak boleh menuduh orang secara liar atau menindas kaum cendekiawan, dan bahawa semua orang perlu dianggap sama rata (equal) di muka kebenaran (truth). Seperti saya katakan juga, resolusi politburo itu telah dipintas oleh Chen Bo-da atas arahan Mao. Ia telah digantikan dengan garis panduan untuk Revolusi Kebudayaan seperti diterangkan dalam Pekeliling parti 16 Mei 1966 itu.

Perbuatan Mao membelakangi kehendak politburo itu bakal diselar oleh PKC apabila pada tahun 1980/81- selepas kematian Mao (1976) - parti mengupas episod kemusnahan negara dan kesengsaraan rakyat China akibat dasar Mao melancarkan Revolusi Kebudayaan yang gila itu. Ini saya akan ceritakan dalam coretan mendatang.

Lin Biao, yang telah dilantik Mao menjadi Menteri Pertahanan pada 1959 menggantikan Peng De-huai (yang disingkirkan kerana mengkritik Mao secara terbuka) menggembleng angkatan tentera China (People’s Liberation Army -PLA) untuk membantu menjayakan Revolusi Kebudayaan. Lin telah mengikat kerjasama politik dengan Jiang Qing walaupun matlamat akhir masing-masing tidak sama, malah bertentangan - Lin bertekad untuk menjadi pengganti Mao sedangkan Jiang, sungguh pun menyimpan hasrat sama, tetapi rela menerima kemungkinan Wang Hong-wen, pemuda Shanghai, yang merupakan anggota termuda kumpulan Gang of Four pimpinan Jiang semasa Revolusi Kebudayaan, sebagai pengganti Mao. (Wang Heng-wen, yang digelar protege Mao, telah dilantik oleh Mao ke kedudukan no. 3 selepas Chou En-lai pada 1973.)

Buku kecil Little Red Book, yang mengisi kata-kata ‘hikmat’ Mao Tse-tung, yang saya ceritakan dalam Mingguan Malaysia 23 Mac 2014, mula dikeluarkan bulan Januari 1964. Ia dianggap ‘keramat’ oleh orang komunis di China pada zaman Mao. Lin Biao telah berusaha keras untukmengeluarkannya dengan menggunakan kemudahan pejabat akhbar PLA.

Selain untuk kegunaan angkatan tentera, Little Red Book sebetulnya bertujuan memenuhi strategi Lin Biao untuk mangagung-agungkan Mao Tse-tung di mata rakyat China sehingga ke tahap yang cukup tinggi.

Lin Biao yakin, dia boleh memenangi kepercayaan Mao sepenuhnya dengan perbuatannya itu.Semasa Revolusi Kebudayaan, dikatakan sasaran Lin Biao ialah menentukan agar 99 peratus rakyat China memiliki dan menelaah buku kecil itu.

Lin Biao mahu mengukuhkan lagi pemujaan rakyat China (cult of personality) terhadap diri Mao mestilah seiring dengan langkah membanteras apa yang dianggap oleh Mao gejala keruntuhan‘iman komunis’ rakyat China. Pembanterasan ini melalui Revolusi Kebudayaan.

Semasa Revolusi Kebudayaan, dikatakan hampir enam juta naskhah Little Red Book telah dicetak. Buku itu dikatakan meningkat popularitinya selari dengan meningkatnya pemujaan diri Mao. Ada semacam arahan tidak rasmi pemerintah supaya semua warganegara China bukan saja mesti memiliki, malah membaca dan membawa buku kecil ke mana-mana mereka pergi.

Semasa Revolusi Kebudayaan, buku itu menjadi bahan kajian di sekolah-sekolah dan di semua tempat kerja, baik di sektor awam mahupun swasta. Dan ini sering memakan masa dan menjejas hasil kerja.

Dikatakan, juga, dalam semua penulisan - termasuk penulisan bidang ilmiah atau saintifik - para penulis diwajarkan mencatatkan petikan-petikan (quotes) kata-kata Mao yang terkandung dalam buku kecil itu. Setiap petikan pula perlu bold-faced atau ditandakan dengan warna merah untuk memberi kesan penegasan, dan supaya petikan itu mudah dilihat.

Saya ingin menambah cerita sedikit lagi tentang perhimpunan raksasa Red Guards yang pertama kali diadakan pada 18 Ogos 1966 di Dataran Tiananmen. Setelah menerima surat perutusan khas daripada Mao Tse-tung sempena penubuhan Red Guards pada awal Ogos 1966, kumpulan pertama Red Guards- yang terdiri daripada anak muda pemimpin-pemimpin Komunis di Beijing -menampilkan sikap seperti telah dirasuk semangat gila untuk bertindak ganas.

Menurut Jiang-Halliday, tidak puas dengan surat perutusan khas itu, Mao, semasa menghadiri perhimpunan Red Guards pada 18 Ogos 1966 itu, telah menghasut Red Guards supaya bertindak lebih ganas lagi.

Menurut acara pada hari itu, anggota Red Guards yang mengetuai kumpulan Red Guards yang telah menceroboh sekolah perempuan di Beijing hingga menyebabkan guru besar sekolah itu mati disiksa, diberi penghormatan untuk menyarungkan gelung tangan (armband) Red Guard ke lengan Mao Tse-tung.

Semasa dia (seorang gadis) sedang menyarungkan gelung itu ke lengan Mao, dia bertanyakan nama Red Guards itu. Gadis itu menjawab, namanya "Song Bin-bin." Mao bertanya lagi, apakah "Bin" ertinya (dalam bahasa Cina) "Terpelajar dan berhemah"? Dijawabnya "Ya". Menurut Jiang-Halliday, sesudah mendengar jawapan itu, "Chairman Mao said :‘Be violent!’. Song Bin-bin (later) changed her name to ‘Be Violent’ and her school changed its name to ‘The Red Violent School’(halaman 537)."

Menurut Jiang-Halliday lagi, dialog singkat antara Mao dengan anggotaRed Guard itu telah segera dihebahkan untuk pengetahuan umum menerusi media seluruh China. Kata Jiang, "Atrocities now spread across the country, as Peking Red Guards were sent all over China to demonstrate how to do things like thrash victims and make them lick their own blood off the ground. Provincial youngsters were encouraged to visit Peking to learn that Mao had given them enormous destructive license. To facilitate this process, Mao ordered that travel be made free together with food and accommodation while travelling (halaman 538)."

Menurut Jiang-Halliday lagi, menjelang akhir bulan Ogos 1966 itu, "There was not one school in the whole of China where atrocities did not occur. And teachers were not the only victims. In his letter to the Red Guards on 1 August 1966, Mao singled out for praise some militant teenagers who had been dividing pupils by family background and abusing those from undesireable families who they labeled ‘Blacks’. Mao announced specifically that these militants had his ‘fiery support’….. In the girls’ school where the headmistress was tortured to death, (pupils labeled as) ‘Blacks’ had ropes tied around their necks, were beaten up, and forced to say :‘I’m the bastard of a bitch. I deserve to die.’(halaman 538)."

Kisah-kisah keganasan Red Guards akan terus dipaparkan dalam coretan saya di minggu hadapan. ABDUL RAHIM NOOR Utusan/Rencana/20141005

Pemuda Melayu kena berani bersaing

Baru-baru ini banyak isu berbangkit tentang hak istimewa orang Melayu. Lagi-lagi isu yang sama. Antara yang paling membimbangkan ialah isu tanah rizab Melayu yang hanya tinggal 12 peratus, isu keciciran ekonomi Melayu, isu pendidikan dan pengangguran. Isu yang paling provokasi ialah isu berkaitan Raja-Raja Melayu yang sengaja diapi-apikan oleh pakatan pembangkang seperti di Selangor. Apa akan daya orang Barisan Nasional, ketika pakatan pembangkang lemah, mereka masih tidak berani menyerang lawan, sebaliknya mengambil langkah selamat untuk tidak masuk campur.

Dalam hal 'perubahan diri' ini saya tabik atas usaha dan semangat berani orang muda seperti Feruddin Emir Moehamad Izat Emir. Dalam e-melnya kepada saya kelmarin, Pengerusi Persatuan Profesional dan Komuniti Penggerak Warisan Melayu (PROGerak) ini mengulas intipati ucapan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mustafa Mohamed pada Persidangan Agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Ke-16 baru-baru ini. Intipati ucapan mereka ialah orang Melayu masih menghadapi cabaran asas ekonomi ketika dunia dan bangsa lain sedang menuju kepada cabaran terbuka dan globalisasi. Perubahan dan cabaran ekonomi dunia begitu pantas dan hanya yang cepat dan pantas akan diterima baik dalam pasaran dunia. Orang Melayu wajar bangkit dan tidak boleh berselindung di belakang hak keistimewaan selama-lamanya. Seorang anak kandung yang kita tatang dengan dulang emas, suatu hari kelak pasti akan berhadapan dengan cabarannya sendiri, kerana selain sudah keluar dari rumah untuk berdikari, tidak mungkin ibu bapa boleh berada di sisi anak itu buat selama-lamanya.

Masa hadapan Malaysia bukan untuk golongan orang lama, tetapi diwariskan untuk golongan muda. Seperti mana keringat datuk nenek kita melepaskan kita daripada cengkaman penjajahan dan kemunduran ekonomi, kini apa yang kita kecapi hasil daripada pengorbanan dan perjuangan mereka? Kini, kita mempunyai prasarana pendidikan kerajaan yang baik, pelbagai bantuan ekonomi untuk orang Melayu seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) serta pelbagai lagi initiatif kerajaan lakukan dari semasa ke semasa. Tetapi bantuan demi bantuan tidak semestinya baik kerana kemungkinan besar ia hanya memanjakan orang Melayu.

Feruddin menyatakan, menghadapi cabaran ekonomi tidak sesukar yang disangka. Pengerusi Perdasama Muda Nasional ini memberi komen ini melalui pengalamannya sendiri. Pada tahun 2012, dia mengambil langkah untuk keluar daripada kepompong perniagaan keluarga yang diterajui oleh bapanya yang juga Presiden Perdasama Nasional, Datuk Moehamad Izat Emir.

Perniagaan sistem keselamatan yang diterajuinya bermula dengan modal yang kecil, bersaing dalam pasaran terbuka terutamanya mereka yang terdiri daripada golongan orang lama dan bukan Melayu. Kini perniagaan anak muda ini merangkumi pasaran seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Apa yang menarik ialah majoriti anggota tenaga kerja syarikat Feruddin ialah daripada golongan berusia awal 20-an, lepasan Diploma dan Ijazah UiTM serta berasal dari Kelantan.

Setakat ini kata Feruddin, syarikatnya belum lagi meminjam daripada mana-mana bank atau institusi kewangan untuk membiayai perniagaannya. Ia hanya memerlukan komitmen keberanian, kecekalan, kerajinan mencari ilmu dan sikap tidak mudah berpuas hati. Selama setahun Feruddin dan rakannya bekerja seperti pesaing lain iaitu bermula dari awal pagi dan pulang lewat malam - hampir setiap hari. Mereka menjelajah ke seluruh negara untuk melebarkan pasaran dan jualan. Terbukti mereka berjaya menzahirkan perubahan. Mereka berani dan komited mengambil peluang yang sedia ada.

Golongan muda perlu berani tampil ke hadapan, menyahut cabaran, menzahirkan perubahan, barulah digeruni oleh pesaing. Tetapi sekiranya golongan muda-mudi hanya membazir masa berdemo dan melaung sana-sini selain bercerita di kedai kopi, tidak mungkin kejayaan dan kemajuan datang bergolek kepada mereka. Feruddin menitipkan kata-kata, "Kita adalah apa yang kita lakukan, sekiranya kita lebih cenderung menjadi juara mengeluh sana sini, kita akan menjadi bangsa yang dipandang lemah, kerana hanya tahu mengeluh tanpa usaha.

"Perubahan yang terbaik bermula dengan diri kita dan membuktikan orang muda boleh melakukannya. Apabila ini berlaku maka sekeliling kita juga akan timbul rasa hormat dan secara tidak langsung mengubah dan menaikkan martabat nasib bangsa Melayu. Orang muda ialah pemimpin dan empunya masa hadapan negara ini. Siapa lagi jika bukan kita yang melakukan perubahan ini. Setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan. Inilah nilai sebenar sebuah perjuangan. Salam perpaduan dan kebangkitan," ayat penutup e-mel Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan, Selangor ini boleh dianggap satu cabaran kepada golongan muda yang lain. AZMAN ANUAR Utusan/Rencana/20141005

Bisik-Bisik Awang Selamat

Sultan Nazrin 1

Titah ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah sempena ulang tahun penubuhan Badan Pencegah Rasuah/ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (BPR/SPRM) Ke-47 Rabu lalu seharusnya membuka mata semua pihak.

Ucapan tersebut paling menyeluruh dan terbaik dalam konteks menangani gejala rasuah serta salah guna kuasa. Ia memberikan perspektif lengkap senario dan cabaran, yang dikupas dengan menarik oleh Sultan Nazrin.

Segala-galanya berbaur - kritikan, sindiran, teguran dan nasihat. Awang yang hadir mengikuti ucapan baginda pada majlis itu boleh melihat reaksi hadirin, yang rata-rata puas dan tersentuh dengan hujah-hujah yang disampaikan.

Dalam apa yang disifatkan sebagai jihad memerangi rasuah, Sultan Perak menekankan dua aspek iaitu meliputi langkah punitif (hukuman) yang tegas dan tidak selektif; dan langkah preventif serta jurang pendapatan melebar yang dikhuatiri suburkan budaya rasuah.

Baginda turut memaparkan realiti gejala rasuah dunia dan banyak kisah yang boleh menjadi teladan dan renungan. Ia berkaitan nilai dan moral. Misalnya betapa pemimpin yang melakukan rasuah dipertahankan oleh penyokong yang setia membuta tuli; pemimpin yang melakukan rasuah terlepas malah ada yang meningkat rating popularitinya; dan pihak yang membongkar rasuah akhirnya menjadi mangsa; pelaku rasuah golongan atas yang dibuai hidup mewah dan bermegah.

Ucapan itu sebenarnya bukan sahaja sesuai kepada para pegawai dan kakitangan SPRM malah kepada semua pihak daripada pemimpin, politikus, taikun dan usahawan, tokoh agama, penguat kuasa, penjawat awam, pendidik dan masyarakat.

Setiap warga negara Malaysia wajar membaca dan memahami teks titah ucapan tersebut sebagai rujukan utama dalam membina dan menyemai integriti diri. SPRM patut mengembangkannya kepada siri-siri wacana dan diskusi untuk menyemarakkan kesedaran baharu mencegah rasuah.

Awang sendiri sudah dua kali membaca titah ucapan tersebut dan masih berhasrat untuk mengulang baca supaya lebih menyerap aspek tertentu. Paling menarik apabila baginda menyentuh berkaitan "majoriti penduduk iaitu 80 peratus isi rumah berpendapatan kurang RM5,000 sebulan, 40 peratus isi rumah kurang RM2,000 sebulan, keupayaan pelaburan bumiputera yang rendah dengan data menunjukkan 75 peratus penabung Amanah Saham Bumiputera memiliki purata tabungan hanya RM611 seorang.'' Ia dalam konteks kesempitan hidup rakyat akar umbi yang terdedah dan boleh tergoda kepada gejala rasuah.

Titah Sultan Nazrin lagi: "Negara tidak boleh berada dalam minda penafian akan realiti sebenar yang sedang berlaku. Ia cabaran besar kepada negara. Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubat dengan gula-gula Strepsil. Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial, memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk dilaksanakan.'' Awang menjunjung kasih.

Sultan Nazrin 2

Sultan Nazrin Shah mengejutkan banyak pihak di Perak apabila baginda menolak untuk menerima sebarang cenderamata atau cenderahati setiap kali baginda dan Permaisuri, Tuanku Zara Salim menghadiri majlis rasmi. Perkara tersebut disampaikan oleh baginda semasa mempengerusikan Dewan Negara Perak ke-161 baru-baru ini dan disusuli dengan pekeliling daripada kerajaan negeri.

Awang turut teruja kerana cukup sinikal mengenai hal itu selama ini. Amalan memberikan cenderamata kepada raja dan pemimpin pada majlis rasmi tidak lagi sesuai terutama yang berbentuk plak, ukiran dan lukisan, apatah lagi yang mahal-mahal. Ia hanya membazir wang dan membawa budaya yang lebih mengutamakan kosmetik daripada pengisian sesuatu program atau majlis. Malah kebanyakan cenderamata yang diberikan seperti tiada nilai kemudiannya. Kerana terlalu banyak, tiada pula cukup ruang untuk menyimpannya.

Jangankan raja, wakil rakyat sahaja jika dihimpunkan cenderamata yang diterima boleh memenuhi rumah banglo yang kosong. Langkah Sultan Nazrin adalah sesuatu yang murni dan menepati konsep berjiwa rakyat. Majlis dan upacara tiada cacat celanya dan tetap bermakna tanpa cenderamata. Awang percaya Raja-raja Melayu, begitu juga para pemimpin negara dan negeri tidak mengharapkan pemberian cenderamata maka para penganjur majlis perlu melakukan perubahan. Jika Sultan Nazrin ada keyakinan membetulkan keadaan, mengapa tidak kita?

Manusia jenis apa?

Terlepaskah blogger lucah Alvin Tan? Itu persoalan menarik selepas beliau melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapat suaka politik.

Awang berharap beliau yang menghina Islam dan pelbagai pihak di negara ini, diekstradisi segera. Itu sahaja penyelesaiannya. Dalam pada itu, tidak sangka pula Alvin jenis pengecut sampai larikan diri selain tinggalkan teman wanitanya, Vivian berseorangan menghadapi pertuduhan menghina umat Islam dan bulan Ramadan. Seronok bersama, apabila hadapi saat sukar, lari. Itu sahaja, cukup mencerminkan jenis manusia apa si Alvin ini. Awang juga tertanya-tanya siapa keluarga beliau? Mengapa keluarganya tidak tampil memohon maaf atas perbuatan dan sikap bacul Alvin supaya menampakkan mereka juga menolak ekstremisme dan bukan merestui tindakannya.

Usah gundah

Sebagai langkah preemtif menjelang rayuan terakhir kes liwat di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memperhebatkan lobi di luar negara bagi mengenakan tekanan ke atas Malaysia.

Bagaimanapun banyak negara sudah tahu muslihat dan belang sebenar Anwar. Sebab itu, Australia mengambil pendirian enggan campur tangan, menyebabkan Anwar mengkritik negara itu. Awang hairan mengapa penasihat PKR itu tidak keruan dan makin terdesak sehingga menuntut campur tangan asing. Jika beliau di pihak yang benar dalam kes mahkamah itu, mengapa terlalu gundah bagai cacing kepanasan. Tafsirkanlah.

Belum sesuai

Sebaik-BAIK sahaja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menetapkan bayaran tambang bas sekolah akan ditentukan kuasa pasaran, persatuan bas sekolah segera mencadangkan kenaikan sebanyak 30 peratus. Bertambah resah ibu bapa dengan pertambahan kos tersebut.

Walaupun harga pasaran ditentukan atas persetujuan bersama antara ibu bapa dan pengusaha adalah formula yang ideal, namun belum sesuai pada masanya untuk dilaksanakan sekarang. Inilah maklum balas yang Awang terima.

Sepatutnya SPAD terlebih dahulu melihat semua kekangan dan permasalahan. Antaranya, banyak bas dan van sekolah uzur serta berkeadaan kurang baik termasuk yang tiada penyaman udara. Ciri-ciri keselamatan pada bas sekolah juga tidak mencukupi sebagaimana di kebanyakan negara. Setidak-tidaknya kualiti perkhidmatan bas perlu dinaikkan ke tahap 20 peratus, barulah boleh dilaksanakan konsep kuasa pasaran.

Itu belum bercakap tentang isu khidmat pekerja asing yang digunakan dan pelbagai lagi. Dengan kata lain, peranan SPAD tidak seharusnya sekadar memantau harga dan menghukum pengusaha yang mengenakan caj keterlaluan. Suruhanjaya itu masih diperlukan untuk mengawal sepenuhnya perkhidmatan bas sekolah termasuk penetapan harga siling supaya ibu bapa tidak terhimpit dengan kuasa pasaran yang terdedah kepada manipulasi licik. Kepentingan rakyat mesti lebih dilindungi dan didahulukan. SPAD belum boleh lepas tangan lagi.

Penyatuan...

Pelantikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim sebagai penasihat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkuat kuasa kelmarin, menarik perhatian Awang.

"Tunku Ismail akan menjadi penasihat untuk semua hal yang berkaitan dengan bola sepak negara,'' demikian titah Tengku Abdullah.

Sebelum ini, Tunku Ismail lantang mengkritik kepimpinan FAM. Kemuncaknya Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu bertanding jawatan Presiden FAM pada pemilihan Mei lalu dalam usaha membawa pembaharuan. Bagaimanapun Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah menang dan menjadi peneraju baharu menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah yang telah 30 tahun menyandang jawatan itu.

Awang angkat topi kepada Tengku Abdullah kerana berjiwa besar. Baginda meletakkan kepentingan pembangunan bola sepak negara melebihi kepentingan peribadi. Walaupun pernah dikritik dan dicabar oleh Tunku Ismail yang lebih junior, Tengku Mahkota Pahang itu tidak sedikit pun melihat ke belakang. Potensi Tunku Ismail mahu dimanfaatkan demi FAM dan bola sepak negara. Kesanggupan Tunku Ismail untuk menerima peranan itu juga harus dihargai. Kini baginda boleh garang tetapi dari dalam sahaja.

Awang berharap penyatuan kedua-dua putera raja itu akan membawa impak. Setakat ini, prestasi skuad bola sepak negara termasuk bagi saingan Sukan Asia di Incheon, mengecewakan. Formula demi formula tidak menjadi walaupun FAM ada hati untuk membawa negara menjejakkan kaki ke kelayakan Piala Dunia. Kali ini letakkanlah sasaran yang realistik iaitu menjuarai Kejohanan AFF, Sukan SEA dan layak ke pusingan akhir Piala Asia yang akan datang. Jika gagal jua, Tengku Abdullah dan Tunku Ismail atas prinsip akauntabiliti perlu mengambil tanggungjawab. Rakyat Malaysia sudah terlalu lama dikecewakan.

Utusan/Rencana/20141005

Isunya harga barang turut melambung lebih 20 sen

Mulai Rabu lalu untuk membeli petrol RON95 dan diesel, kita kena tambah 20 sen seliter. Maknanya kalau sebelum ini kita mengisi minyak 40 liter, kita kena tambah lebih kurang RM8. Walaupun kena bayar lebih tetapi jangan risau harga minyak tidak naik. Saya yang lemah matematik menerima hujah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bahawa harga minyak tidak naik tetapi hanya subsidi dikurangkan.


Lebih meyakinkan apabila kenyataan daripada KPDNKK menyebut, walaupun terpaksa membayar lebih tetapi tidak membebankan rakyat. Kata menterinya, Hassan Malek, jika berlaku inflasi pun, ia amat sedikit. Maknanya tidak memberi kudis pun kepada rakyat miskin. Pada masa sama RHB Research menganggarkan kadar inflasi akan naik hingga 3.4 peratus berbanding 2.1 peratus pada 2013. Tetapi kita kena percaya kata Hassan sebab dia ialah menteri.

Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan pula tampil dengan hujah hebat yang boleh menyejukan sesetengah daripada kita apabila membandingkan harga petrol dan diesel negara ini jauh lebih rendah di pasaran dunia. Ini sudah cukup bagus, siapa kata harga minyak kita mahal.

Daripada penjelasan ini kita tidak nampak kenapa kerajaan harus apologetik apabila mahu mengurang atau menarik langsung subsidi minyak. Lagi pun bukankah semua itu untuk kepentingan rakyat?

Sebahagian rakyat percaya hasil pengurangan subsidi itu akan menambahkan hasil pendapatan negara. Malah yakin kerajaan akan menggunakan dengan berhemah, tidak boros kepada tujuan yang bukan untuk rakyat. Kenapa anda tersenyum? Adakah yang saya tulis ini terlalu ideal hingga tidak masuk akal?

Rakyat faham bahawa kenaikan harga sesuatu barang termasuk petrol dan diesel tidak dapat dielakkan. Buktinya kenaikan harga minyak bukan pertama kali berlaku tetapi sudah banyak kali. Ini menunjukkan rakyat terima keadaan ini walaupun sesetengahnya dalam keadaan terpaksa.

Jadi, isunya bukanlah sangat terhadap kenaikan harga minyak (atau kurang subsidi). Tetapi lebih kepada bagaimana menangani kebimbangan rakyat tanpa meremehkan pemikiran mereka. Sebabnya sebelum ini banyak jawapan kitar semula, basi, bersilat dengan frasa 'kurangkan subsidi' bukan 'harga naik' dan sebagainya. Pendek kata, banyak yang kurang meyakinkan daripada meyakinkan.

Dalam laman-laman sosial seperti WhatsApp misalnya sejak Khamis lalu sudah banyak bertebaran cerita satira termasuk mengingatkan supaya jangan ada pihak mengitar semula jawapan lapuk seperti sebelum ini. Kata mereka, jangan buat macam Astro yang kerap sangat mengulang siar hingga penonton jadi bosan.

Sebabnya rakyat melihat selangkah ke depan selepas subsidi minyak dikurangkan. Banyak harga barangan lain terutama makanan akan dinaikkan sesuka hati. Rakyat bukanlah kedekut sangat untuk bayar lebih 20 sen. Tetapi isunya disebabkan kelemahan penguatkuasaan untuk membanteras lintah darat, serba-serbi menjadi mahal.

Sayugia dimaklumkan bahawa hanya dua barang sahaja yang tidak boleh dinaikkan harganya tanpa kelulusan KPDNKK iaitu gula dan topeng mulut. Harga barangan lain mengikut permintaan dan faktor-faktor semasa yang tiada ukurannya. Buktinya tauke-tauke ayam yang menetapkan harga bukan KPDNKK. Sebab itu harga ayam tidak sama antara satu tempat dengan yang lain. Harga tambang bas sekolah pun ikut suka bukannya ditentukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) lagi. Sudah pasti tambang dinaikkan kononnya tauke bas kena bayar lebih 20 sen, mereka rembat berpuluh kali ganda daripada 20 sen.

Sesetengah pihak berkata, mereka akan memastikan barang keperluan dijual dengan harga berpatutan dan tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang mengaut keuntungan berlebihan. Bagus. Kenyataannya menarik dan sangat 'seksi'. Tetapi kita kena tanya juga skala 'berlebihan' itu berapa? Harga 'berpatutan' itu apa skalanya? Apa formulanya untuk menetapkan harga patut dan tidak patut?

Apabila menteri dan penguat kuasa membuat 'rombongan Cik Kiah' ke pasar-pasar dengan menjemput wartawan dan jurugambar turut serta, itu bukan operasi harga barang tetapi tanda harga barang.

Pendek kata, kalau hendak mengurangkan subsidi tidak usah banyak berdalih, bersilat dan macam-macam istilah yang tujuannya mengelak untuk menyebut 'kenaikan harga minyak.' Buat sahaja dan rakyat akhirnya terpaksa menerima apa yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Selama ini pun rakyat menerima segala kenaikan harga barang, maaf 'pengurangan subsidi' dengan hati yang terbuka. Cuma mereka tidak suka kalau ada pihak seolah-olah memperbodohkan dengan memberikan alasan-alasan basi dan retorik. Misalnya mereka tahu bahawa menggunakan gula berlebihan boleh mengakibatkan kencing manis. Tetapi tidak usahlah memberi alasan bagusnya harga gula dinaikkan untuk mengurangkan kencing manis.

Antara permintaan yang banyak disebarkan menerusi WhatsApp ialah jangan lagi memberi alasan harga minyak di negara ini jauh lebih rendah berbanding beberapa negara lain terutama yang jauh lebih mundur. Jangan bagi alasan untuk mengurangkan faedah subsidi petrol kepada golongan kaya kerana kononnya memiliki kereta besar dan jangan bagi alasan mengurangkan aktiviti penyeludupan. Semua itu rakyat sudah tahu. Dan akhir sekali kalau mereka minta jangan biarkan sesetengah 'ulama politik' mengeluarkan kenyataan bahawa harga barang ialah satu takdir Allah.

Itu hujah 20 sen namanya. Ku Seman Ku Hussain: Utusan/Rencana/20141005

Kemusnahan akibat rasuah

SEMASA Majlis Ulang Tahun Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 1 Oktober lalu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam titah baginda, menyentuh dua aspek utama iaitu senario umum dan perlunya menangani rasuah.

Baginda turut menggariskan dua aspek penting yang wajib diberikan fokus dalam jihad memerangi rasuah melibatkan langkah punitif bersifat tegas dan tidak selektif serta langkah pencegahan bagi mengukuhkan integriti.

Bagi 'membedah’ titah ucapan baginda, wartawan Mingguan Malaysia, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI telah mewawancara Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali untuk menghuraikan lebih lanjut cabaran mencegah rasuah dalam konteks Malaysia, di samping menjawab beberapa persoalan integriti yang dibangkitkan terhadap suruhanjaya itu.

"Ada segelintir pemimpin cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap. Sebagai contoh, ada orang telah dikenakan tindakan disiplin oleh parti kerana terlibat dalam rasuah tetapi kemudian dilantik dalam satu konglomerat. Walaupun kes tidak dibawa ke mahkamah, orang pertikaikan. Mungkin orang itu telah bertaubat dan jadi baik tetapi bagaimana dengan penerimaan masyarakat," ujar beliau.

MINGGUAN: Baru-baru ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ada menyentuh kaitan antara jurang pendapatan dengan rasuah. Boleh Datuk ulas isu ini dalam konteks Malaysia?

MUSTAFAR: Kita dapati ia memang sangat signifikan. Negara yang mempunyai pendapatan perkapita yang rendah, mereka memang duduk di bawah dalam Indeks Persepsi Rasuah. Memang ada relevansi. Apabila negara miskin dan pendapatan perkapita rendah, maka rasuah banyak berlaku. Malaysia hendak capai pendapatan sampai RM48,000 pada 2020. Ini antara sebab kita kata kenapa pendapatan perkapita perlu ditingkatkan dan peningkatan taraf ekonomi perlu dijayakan. Ia memang saling berkait dengan taraf kemiskinan yang menyebabkan rasuah dan sebagainya.

Titah tuanku ada menyebut "banyak negara dianugerahi rahmat Ilahi dengan pelbagai sumber kekayaan tetapi kerana rasuah, ada terbenam dalam kemelut kemunduran, ada tertimbus dalam lumpur kemiskinan". Kita boleh lihat sumber sesebuah negara banyak tetapi oleh sebab penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah, akhirnya komoditi dan sumber yang ada itu diselewengkan. Kita tidak boleh tidak, kena akui di Malaysia contohnya, hutan satu komoditi, bahan batuan komoditi, pasir salah satu mineral yang dikorek dan apa jua sumber seperti ini. Tetapi, oleh kerana ada tangan-tangan kotor, berlaku penyelewengan baik di pihak agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Kita boleh lihat ada negara yang mempunyai sumber sama ada semula jadi atau dikorek hasil bumi yang sangat luas, tetapi apa jadi? Di Malaysia, memang telah berlaku dan tindakan telah diambil. Namun, ironinya adakah semua tugasan yang sepatutnya menjadi pemerhatian agensi penguat kuasa atau lain-lain agensi kerajaan, SPRM pula yang terpaksa melakukan pemantauan?

Hasil bumi sepatutnya boleh mengayakan dan menjana pendapatan negara tetapi kerana kerakusan, ketamakan dan natijah daripada rasuah menyebabkan hasil bumi itu tiris. Kutipan hasil yang sepatutnya dikutip tiris. Pendapatan negara tidak dikutip seperti yang sepatutnya. Orang kaya akan bertambah kaya tetapi orang miskin dan tiada pengaruh akan lebih tertindas dan bertambah teruk.

Contohnya, hutan ditarah seperti penerokaan atau pembalakan haram akan menyebabkan hakisan dan merosakkan kawasan tadahan air. Apa kesannya? Banjir kilat, banjir, penghakisan, mendapan sungai, ekologi sistem habitat flora dan fauna tergugat. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan rantaian kemusnahan ekologi dan kerosakan alam sekitar. Maka akhirnya, orang miskin yang bergantung hidup kepada tanah-tanih untuk bercucuk-tanam dan sungai untuk sumber mencari ikan, semua itu akan tergugat. Maka, inilah yang boleh dikatakan tertimbus dalam lumpur kemiskinan.

Kita perlu berfikir sejenak. Tutup mata dan fikirkan apa natijah kerosakan boleh berlaku akibat rasuah. Kita semua boleh gambarkan kemusnahan itu. Kita bayangkan sejarah peradaban ketamadunan manusia. Misalnya Kesultanan Melayu Melaka yang dikatakan satu empayar besar yang gagah, peradaban dan keilmuan serta perdagangannya - apa jadi? Runtuh sebab korup atau rasuah.

Robohnya sebuah empayar yang sangat besar dan gagah seantero dunia kerana kebobrokan dan rakusnya orang yang dikatakan melakukan korupsi dari dalam. Si Kitul dan Raja Mendeliar, ini disebut dalam sejarah Melayu. Betapa buruknya apabila sistem pentadbiran negara atau sistem kepimpinan masyarakat yang sepatutnya menjaga negara atau negeri rosak kerana berlakunya rasuah.

Korup ini berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu gabungan perkataan ‘kor’ bersama dan ‘rup’ kehancuran. Ia menghancurkan apa jua institusi termasuk individu, keluarga, insan, sistem sahsiah atau politik dan sebagainya.

Sultan Nazrin juga menyebut "ketirisan AS$1 trilion, menjadi punca kepada 3.6 juta kematian setahun kerana hasil negara yang sepatutnya dibelanjakan untuk perkhidmatan kesihatan, makanan dan infrastruktur telah dilesapkan." Adakah keadaan ini boleh berlaku kepada negara kita jika rasuah tidak dibanteras?

MUSTAFAR: Apa yang tuanku sebutkan ini bukan di Malaysia, tetapi secara umum di peringkat global. Namun, ia tidak mustahil boleh berlaku kalau kita kaitkan dengan penyelewengan kutipan hasil yang berlaku di negara kita, seperti baru-baru ini dan kita boleh lihat implikasinya. Dahulu kita lakukan Ops 3 Bilion kerana ada pendapatan negara melalui kutipan hasil yang dikatakan RM3 bilion lesap. Sekarang ini kita nampak ada kenyataan menyatakan ketirisan sehingga RM4 bilion.

Kalau RM4 bilion, itu setahun. Jadi, apabila kita katakan ketirisan punca pendapatan, banyak natijahnya. Wang yang sepatutnya dikutip itu boleh menjana ekonomi, membina berpuluh hospital dan boleh memberi makan kepada ribuan penduduk.

Kalau RM1 bilion sahaja dengan harga sebuah rumah kos rendah yang selesa sekitar RM40,000, berapa banyak rumah boleh dibina? Dengan RM1 bilion, berapa banyak hospital boleh dibina? RM1 bilion, berapa banyak jambatan boleh dibina dan berapa kilometer jalan boleh dibuat. Ini infrastruktur. Kita boleh kaitkan ucapan tuanku ini dengan perubatan di hospital dan orang tidak mendapat nutrisi makanan yang sepatutnya. Semuanya memberikan implikasi. Itu kita belum cakap pasal berapa banyak ubat yang boleh disediakan, terutamanya kepada mereka yang tidak mampu dan sangat-sangat memerlukan, termasuk yang menghidap penyakit kronik.

Tuanku turut menyebut rasuah berlaku di dalam syarikat-syarikat gergasi antarabangsa. Bagaimana dengan skandal rasuah dalam syarikat tempatan?

MUSTAFAR: Ini turut berlaku di Malaysia. Bagaimana konglomerat seperti syarikat milik kerajaan (GLC) boleh dirosakkan kerana penglibatan tokoh-tokoh pada peringkat tertinggi organisasi itu yang melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Telah banyak terpapar di dalam media dan dada-dada akhbar, kes-kes pendakwaan dilakukan. Penyiasatan dilakukan oleh SPRM dan pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara seperti kes Alcatel, Silver Bird dan Sime Darby.

Bukan hanya sektor swasta sahaja melakukannya tetapi kerana adanya subahat dengan pihak-pihak tertentu dalam agensi kerajaan. Kita ambil contoh seorang pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) dipenjara setahun dan didenda RM1.15 juta disebabkan penyalahgunaan kuasa apabila melantik orang yang tidak sepatutnya. Dengan kuasa yang dia ada, dia lantik orang yang tidak sepatutnya iaitu adiknya sendiri untuk mendapat kontrak penyelenggaraan.

Apabila salah guna kuasa, nepotisme dan kronisme berlaku, natijahnya, kita berkompromi dengan kualiti dan apa jua yang sepatutnya dilaksanakan. Contohnya, projek ini begini tetapi oleh kerana syarikat milik adiknya atau orang berkaitan dengannya, maka orang yang menyelia projek itu akan tutup mata sebelah. Dia akan berkompromi dengan kualiti dan akhirnya kita boleh bayangkan apa natijah buruk yang boleh berlaku.

Selain itu, kita nampak rupanya segelintir orang, baik pemimpin atau barisan kepimpinan yang sepatutnya mengetengahkan aspek nilai murni atau jangan rasuah tetapi melakukan sebaliknya. Sultan Nazrin ada memetik ayat 44 Surah al-Baqarah yang bermaksud: "Mengapakah kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab..."

Ada segelintir pemimpin cakap tidak serupa bikin dan bikin pula tidak serupa cakap. Mungkin orang itu telah bertaubat dan jadi baik tetapi bagaimana dengan penerimaan masyarakat.

Isunya, bagaimana orang cepat melupakan. Bagaimana orang tidak dipercayai pada suatu masa tetapi diberikan keutamaan dalam tempat-tempat yang memegang aset dan memerlukan kepercayaan dan keyakinan umum. Seseorang itu mungkin mempunyai ilmu yang tinggi, pengalaman luas dan berkemahiran. Tetapi apabila kepercayaan terhakis, ini menimbulkan krisis kepercayaan dan keyakinan. Inilah orang kata bercakap berdegar-degar tetapi rupanya di belakang berlainan. Macam pepatah Melayu, "kokok berdegar-degar ekor bergelumang tahi."

Satu lagi contoh, apabila rasuah melibatkan penimbang tara, ia akan memberikan implikasi kepada iklim pelaburan, khususnya apabila melibatkan pertikaian pihak-pihak di peringkat antarabangsa. Boleh wujud keadaan orang tidak ada kepercayaan kepada negara kerana penimbang tara ini merupakan satu institusi penghakiman. Orang akan kata kemungkinan-kemungkinan ini akan berlaku jika hendak melabur di negara ini. Ketirisan berlaku, rasuah diminta dan apa jua yang dikaitkan dengan birokrasi itu terpalit. Ada pula mendakwa pengaruh-pengaruh orang tertentu akan menyebabkan perkara ini akan disaling kaitkan.

Ada kajian awal dibuat sebelum Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dirangka. Salah satu komponen yang dikatakan faktor penyebab rasuah dikatakan oleh kerana pengaruh politik. Itu pandangan masyarakat. Sebab itu, dalam Malaysian Corruption Barometer baru-baru ini, ada mengaitkan soal institusi politik dianggap sebagai yang paling tidak dipercayai. Sama ada realiti atau persepsi? Persoalannya bagaimana perkara-perkara ini memberi kesan kepada iklim pelaburan, kepercayaan masyarakat antarabangsa atau dalaman, juga terhadap anggota pentadbiran, penjawat awam dan kepercayaan pelabur terhadap sektor swasta dalam negara.

Dalam titah itu, Sultan Nazrin telah menjelaskan tentang senario dan cabaran dalam mencegah rasuah. Jadi, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh SPRM untuk membanteras rasuah di negara ini secara berkesan?

MUSTAFAR: Dalam memastikan pencegahan rasuah berlaku, ia memerlukan suatu tindakan dan kesepaduan daripada pelbagai pihak secara holistik. Tidak boleh secara silo dan bertindak bersendirian. Pertama, kalau kita katakan dalam aspek orang yang sepatutnya melaporkan tetapi ada pihak kata biarlah, itu periuk nasi dia. Kalau hendak lapor, dia juga susah kerana terpaksa pergi ke mahkamah atau ke SPRM untuk beri keterangan, terpaksa menunggu dan sebagainya. Itu dari segi orang hendak melaporkan atau memberi pensaksian. Ini tidak perlu timbul kerana sebagai warganegara berdaulat dan bertanggungjawab, ini tidak menjadi persoalan.

Mengenai rasuah, adakah orang bermasalah atau sistem yang bermasalah? Kadang-kadang kedua-duanya sekali. Orang bermasalah apabila orang yang dipilih bukan orang yang sepatutnya tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu, dilantik orang itu. Dalam masalah sistem pula, orang yang dipilih sudah cantik dan bagus kerana diberikan latihan dan dibuat saringan sebelum dilantik. Namun, apabila masuk dalam sistem, dia nampak senario yang amat berbeza dan pelik bagi dia. Semasa latihan pada peringkat awal, kata ini tidak boleh dilakukan dan ini patut dilakukan. Apabila masuk, orang di dalam yang sepatutnya menjadi mentor kepada mentee ini melakukan yang sebaliknya.

Inilah rasuah yang telah diinstitusikan atau rasuah berstruktur. Kalau tidak rasuah seolah-olah ini bukan orang kita dan dia akan dipulaukan. Maknanya, ada bahagian masing-masing. Junior mendapat bahagian banyak ini, orang tengah bahagian banyak ini dan orang atas bahagian lebih banyak!

Rasuah yang paling teruk ialah dalam bentuk systemic endemic corruption. Itu Alhamdulillah tidak berlaku di negara kita. Tetapi apabila rasuah yang telah diinstitusikan ini berlaku, ini sangat mendukacitakan dan boleh menyebabkan natijah lebih buruk iaitu 'systemic endemic corruption' dan tidak boleh diperbaiki lagi kerana sudah menjadi budaya. Seorang bekas perdana menteri pernah mengatakan rasuah sudah menjadi budaya. Adakah benar begitu? Namun yang pasti pada saya perkara ini sangat perlu diberikan perhatian dan tindakan lebih serius oleh semua pihak secara lebih serius dan tidak meletakkan tanggungjawab itu kepada SPRM semata-mata.

Boleh Datuk terangkan bagaimana sesetengah kes berkaitan rasuah yang dalam siasatan kemudian senyap begitu sahaja. Masyarakat melihat ini sebagai integriti yang hilang. Apa komen Datuk?

MUSTAFAR: Kita tidak dapat kemukakan dan dedahkan keseluruhan kes yang kita siasat kepada masyarakat. Sebab kadang-kadang hanya dakwaan dalam media. Bukan kes rasuah tetapi orang masih beri tanggapan dan punyai jangkaan kepada SPRM untuk mengatakan orang ini ada kes atau tidak ada, sedangkan kita tidak siasat pun. Tetapi apabila ada dalam blog, ada dakwaan orang tertentu, maka orang ini seolah-olah dijatuhkan hukuman oleh masyarakat berdasarkan perbicaraan oleh media dan masyarakat. Apa yang pasti, tidak ada satu kes rasuah yang SPRM tidak siasat, sama ada besar atau kecil, kalau memang kes itu kes rasuah.

Setiap kes yang kita siasat dan keputusan dikeluarkan oleh timbalan pendakwa raya, pasti kita bentangkan kepada Panel Penilaian Operasi. Namun begitu memang ada kes yang telah kita ketengahkan kepada masyarakat bahawa kes ini telah selesai dan keputusan telah dibuat oleh timbalan pendakwa raya atau bila mana seseorang itu telah didakwa.

Pernah juga berbangkit dalam media oleh personaliti tertentu, dia kata apa jadi kepada orang itu. Kita kata letih kerana jawapan telah diberikan, sudah didedahkan, sudah jadi pengetahuan umum tetapi pasal dia tidak tahu, dia luahkan dalam media seolah-olah kes itu tidak tidak bergerak. Orang ini naif kerana mereka punya satu minda yang dibataskan kerana mereka tidak mahu menerima fakta. Kenapa tidak mahu menerima fakta? Kerana ada kalanya isu rasuah ini dipolitikkan walaupun fakta dan jawapan telah diberikan.

Sebagai contoh, pada tahun 2009 selepas Pilihan Raya Umum pada 2008, kita tangkap 23 orang ahli politik. Berdasarkan maklumat, kita jalankan siasatan dan buat tangkapan. Keputusan dibuat oleh TPR, 15 orang didakwa di mahkamah di mana 13 orang daripada parti kerajaan dan dua sahaja daripada pembangkang. Tetapi ada pihak yang masih menidakkan fakta dan ada blok dalam minda mereka dengan mengatakan SPRM tidak telus dan menjadi alat kepada kerajaan atau sesuatu parti. Namun, kita katakan pembuktian berdasarkan fakta. Itu silap dan salah mereka kerana punyai minda yang tidak terima hakikat. Saya dengan tegas mengatakan SPRM bebas, telus dan profesional dalam tugasan kami.

Kita juga sering mendengar pihak-pihak tertentu mempersoalkan tangkapan dan pendakwaan yang dibuat, kononnya SPRM hanya tangkap ikan bilis tetapi jerung terlepas. Apa komen Datuk dengan persepsi sebegini?

MUSTAFAR: Itu persepsi mereka. Apabila kita dedah pelbagai kes besar yang kita buat, sama ada mereka tidak baca atau masih ada blok dalam minda. Mereka hendak besarkan isu itu sebesar mana? Malah, saya tahu ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu tertentu yang menekankan di mana ikan besar? Bila kita kata bekas menteri besar, dia kata kenapa tidak menteri besar sedia ada. Dia tidak puas. Apabila kita sebut sektor swasta, ketua pegawai eksekutif, pengurus besar dan ahli lembaga pengarah. Dia hendak besar mana lagi dalam swasta itu? Adakah keseluruhan anggota ahli lembaga pengarah itu kena masuk penjara?

Bukan kita defensif. SPRM tidak defensif. Kita terima apa yang mereka kata itu sebagai satu cabaran tetapi dalam masa sama, apa peluang kita untuk menyatakan bahawa kerjasama mereka itu perlu. Kalau tidak, mereka sekadar melemparkan tuduhan tetapi tidak ada bukti. Kita tidak boleh dakwa orang sewenang-wenangnya sebab perlu ada beban pembuktian. Sistem keadilan jenayah menjadi perhatian serius dalam hal ini. Utusan/Rencana/20141005

Harapan pada Bajet 2015

Dalam masa beberapa hari lagi, Badjet 2015 akan dibentangkan pada Jumaat ini, 10 Oktober 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan. Lazimnya kandungan bajet akan menitik beratkan keseluruhan golongan masyarakat di negara ini. Namun demikian, rakyat ketika ini telah dikejutkan apabila kerajaan membuat keputusan untuk memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen seliter. Kini harga minyak petrol RON 95 berharga RM2.30 yang mana sebelum ini RM2.10. Mengapa harga minyak ini dinaikkan atau rasionaliti pemotongan subsidi ini tidak dihuraikan dalam artikel ini, tetapi kesan daripada kenaikan ini, harga barangan tidak terkawal berkemungkinan turut dinaikkan oleh pengusaha dan peniaga perkhidmatan dan barangan.


Sudah tentu Perdana Menteri menyedari hakikat ini. Namun demikian, dijangkakan dalam Bajet 2015 ini kerajaan akan melihat beberapa aspek penting bagi membantu golongan sederhana dan berpendapatan rendah, golongan muda dan belia, serta golongan peniaga atau pedagang yang menjadi pengerak kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kita tahu bahawa golongan sederhana dan berpendapatan rendah sedang bergelut dengan kenaikan barangan yang tidak terkawal. Golongan sederhana ini ialah majoriti penduduk di negara ini yang menghadapi cabaran kehidupan di dalam bandar yang hebat. Kadar kemiskinan kian meningkat dan ada juga golongan sederhana ini telah masuk ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah. Kerajaan harus prihatin kepada golongan ini.

Dalam Bajet 2015, Perdana Menteri dijangka akan memberikan rangsangan kepada golongan muda agar dapat memiliki rumah. Pada ketika ini harga rumah amat tinggi dibandingkan dengan beberapa tahun sebelum ini. Spekulator hartanah telah menguasai harga ini sehinggakan pihak kerajaan tidak dapat membendungnya. Oleh itu program rumah mampu milik hendaklah direalisasikan dengan kadar rumah yang lebih realistik. Setakat ini, Rumah Mampu Milik telah menjadi ‘rumah mampu tengok’ sahaja. Dalam bajet kali ini kerajaan diminta agar menyatakan bahawa semua pemaju hartanah hendaklah menyediakan 30 peratus daripada pembangunan hartanahnya untuk golongan menengah dan rendah. Dasar sebegini perlu untuk membantu golongan baru bekerja terutama muda dan belia untuk memiliki rumah sendiri.

Dalam aspek perumahan ini, elok pemantauan secara berkala dilakukan terhadap pembangun hartanah yang didakwa menipu rakyat melalui skim perumahan oleh pemaju. Malangnya, perkara ini langsung tidak disuarakan oleh pemimpin pakatan pembangkang. Adakah golongan bumiputera yang ditipu itu bukannya rakyat negara ini?

Dalam pembentangan bajet kali ini dijangkakan cukai minuman keras akan dinaikkan lagi. Ini kerana minuman keras bukan budaya mana-mana agama di negara ini dan sememangnya ia memudaratkan kesejahteraan sistem keluargaan dan kesihatan manusia itu sendiri.

Dalam sektor pendidikan, sememangnya penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ialah satu usaha kerajaan memberikan peluang pendidikan kepada semua rakyat Malaysia. Oleh itu, dalam Bajet 2015 ini peruntukan kepada PTPTN hendaklah ditambah bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar meneruskan pengajian mereka di peringkat ijazah sarjana muda. Ia juga hendaklah diperluaskan kepada pinjaman pendidikan peringkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran falsafah (Ph.D).

Merangsang

Peruntukan juga hendaklah diberikan lebih kepada penyelidikan dan pembangunan kepada universiti-universiti sama ada IPTA mahupun IPTS dan diberikan insentif kepada setiap produk penyelidikan tersebut supaya dapat dikomersialkan.

Dari sudut menyemarakkan budaya keusahawanan, bajet kali ini hendaklah menyediakan peruntukan untuk meningkatkan lagi jumlah usahawan dalam kalangan bumiputera terutamanya dalam sektor IKS dan diberikan insentif-insentif yang lebih merangsangkan agar jumlah usahawan ini dapat ditingkatkan. Melalui skim yang sama, pihak IPT diarahkan mewujudkan pusat keusahawanan dalam menjana usahawan daripada kalangan para graduan. Peruntukan khas juga hendaklah diberikan kepada para graduan dalam usaha mereka menjadi usahawan yang berjaya.

Peruntukan bajet bagi baucer buku hendaklah dinaikkan kerana harga buku yang meningkat. Pelajar universiti terutamanya dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan sains tulen, terpaksa membeli buku yang sangat mahal kerana diimport dari luar negara. Oleh itu, ‘Bajet Kesejahteraan Rakyat 2015’, ini hendaklah memberikan tumpuan juga kepada pelajar universiti. Baucer buku yang dinaikkan ini akan membantu meringankan bebanan ibu bapa mereka.

Dalam perkhidmatan awam diramalkan akan ada kenaikan gaji kepada anggota pasukan keselamatan. Ini sebagai pengiktirafan kepada jasa mereka mempertahankan negara. Kenaikan ini sejajar dengan kenaikan taraf kehidupan di semua tempat terutamanya di persekitaran bandar dan pinggiran kota.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) juga dijangka akan dinaikkan kepada RM900 untuk membantu golongan yang berpendapatn menengah dan rendah. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka dinaikkan daripada RM650 kepada RM900, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan diramal dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.

Dalam meningkatkan lagi minat rakyat terutama golongan muda dalam sektor pertanian, maka peruntukan elok diberikan kepada program-program meningkatkan kesedaran dan juga program penjanaan usahawan tani bermula dari peringkat sekolah. Peruntukan juga sesuai diberikan kepada politeknik yang menjalankan kursus-kursus pertanian. Kita sedia maklum bahawa perniagaan dalam bidang pertanian dapat memberikan pulangan yang banyak namun demikian peluang ini masih belum mendapat tempat di hati golongan muda yang sememangnya mahu bekerja di syarikat-syarikat besar.

Dalam bidang sukan, bajet kali ini dijangka memberikan rangsangan kepada pembangunan bola sepak dan juga jenis sukan bukan tradisi tetapi boleh menyumbangkan pingat emas di persada sukan antarabangsa. Rangsangan terhadap sukan bola sepak perlu kerana ia menjadi sukan nombor satu negara ini dan suatu sistem baharu hendaklah difikirkan agar rangsangan daripada peruntukan ini dapat digunakan secara efektif dalam usaha meningkatkan taraf bola sepak negara. Untuk acara sukan yang tidak menjadi acara tradisi, rangsangan daripada bajet ini boleh memberikan nafas baharu dan peluang untuk dikembangkan agar ia boleh menyumbang lebih banyak kemenangan di peringkat antarabangsa.

Bajet 2015 ini juga diramal akan memberikan peruntukan besar kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pelbagai bidang. Bajet khas OKU ini akan memberikan pelbagai peluang dan ruang kepada golongan OKU untuk bersama-sama kerajaan meningkat pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk golongan ibu tunggal, peruntukan khas juga diramal diberikan kepada mereka agar dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa dalam usaha mereka membimbing anak-anak. Pelbagai latihan kepada ibu tunggal juga boleh diberikan insentif.

Bidang-bidang ini adalah antara tumpuan yang barangkali mungkin disentuh oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2015. Akhir sekali, pada pandangan saya kerajaan akan memberi bonus sebulan setengah atau dua bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan pada hujung tahun ini melalui bajet yang disediakan.   DR. MOHD ZAINUL FITHRI OTHMAN ialah Naib Presiden Management & Science University (MSU) (Perhubungan Industri). Utusan/Rencana/20141005

Hilangnya sebutir permata negara

SELEPAS lebih 24 tahun Perdana Menteri ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn meninggalkan kita, lewat malam Jumaat lalu isterinya yang dikasihi mengikut jejak suaminya meninggalkan dunia yang fana ini untuk menghadap ketentuan Allah, satu langkah yang akan diikuti oleh kita semua sebagai manusia.

Pemergian Tun Suhailah Tan Sri Mohammad Noah pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat lalu di Hospital Pakar KPJ Damansara mengejutkan kita semua dan sudah tentu anak-anak dan saudara mara beliau pasti sangat terasa dengan kehilangan insan yang terkenal sebagai seorang yang peramah dan ibu yang sangat kasihkan anak-anaknya.



Album kenang-kenangan Tun Hussein dan isteri, Tun Suhailah bersama anak dan cucu.

Allahyarham kemudiannya dibawa dan diuruskan di kediaman nombor 19 Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku Kuala Lumpur. Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Negara pada pukul 12 tengah hari semalam untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, selepas Zohor. Solat jenazah, tahlil serta bacaan talkin disempurnakan Timbalan Imam Masjid Negara, Mohamad Mohd Zin. Beliau dikebumikan bersebelahan kubur suaminya, Tun Hussein Onn dan bapanya Mohammad Noah. Jenazah Allahyarham Tun Suhailah selamat dikebumikan pada kira-kira 2.25 petang semalam.

Dilahirkan pada 24 Oktober 1931, Allahyarham meninggalkan empat anak perempuan dan dua anak lelaki. Seperti yang kita semua maklum, Allahyarham Tun Suhailah ialah isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn serta ibu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tun Suhailah turut berkhidmat kepada negara sepanjang menjadi isteri kepada Perdana Menteri dari tahun 1976 hingga 1981.

Sepanjang kepimpinan suaminya, jelas diperlihatkan akan kemampuan Hussein sebagai seorang pemimpin yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum. Maka adalah tidak menghairankan beliau diberi gelaran Bapa Perpaduan sebagai mengenang usaha dan baktinya sebagai pemimpin yang dekat dengan rakyat yang berbilang bangsa.

Tun Suhailah juga ialah anak perempuan kepada Tan Sri Mohamad Noah Omar, bekas Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat. Hasil didikan sempurna di rumah melalui ibu dan bapanya telah memungkinkan beliau menjadi seorang wanita yang berdisiplin dan tegas dalam membimbing anak-anaknya. Walaupun bertugas sebagai seorang suri rumah namun semua orang tahu bahawa beliau adalah penyokong kuat dan paling setia terhadap suaminya yang pernah menghilangkan diri dalam politik walaupun beliau adalah antara orang terawal yang menubuhkan UMNO.

Peranan

Hasil pujukan Tun Abdul Razak telah memungkinkan beliau menyertai semula politik pada 1968 dan sudah tentu tanpa peranan dan sokongan Tun Suhailah, nama Tun Hussein tidak akan terukir dalam sejarah sebagai Perdana Menteri ketiga Malaysia.



Hishamuddin bersama ibundanya Tun Suhaila ketika majlis pelancaran buku tentang keluarga mereka.

Mungkin ramai juga yang telah mengetahui bahawa kakaknya iaitu Tun Rahah Tan Sri Mohammad Noah telah berkahwin dengan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein. Oleh itu hubungan rapat antara Hishammuddin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dielakkan memandangkan kedua-dua mereka adalah sepupu.

Satu perkara menarik tentang Allahyarham ialah Tun Suhailah merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI). Badan ini telah dibentuk oleh Tun Suhailah bersama timbalannya ketika itu, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum didaftarkan secara rasmi pada 16 Mei 1977. Tujuan utamanya ialah memberi peluang kepada isteri-isteri ketua negara dan menteri-menteri untuk membantu dan memberi idea dalam semua perkara yang diperlukan terutama dalam perkara-perkara kebajikan rakyat dan masyarakat secara keseluruhan.

Selain itu Allahyarham juga pernah menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ dari Kerajaan Persekutuan pada tahun 1990 serta Anugerah Srikandi daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).

Kunjungan daripada orang ramai, saudara mara dan sahabat handai yang memenuhi ruang di Masjid Negara selain keadaan cuaca yang lembab dan hujan rintik-rintik semalam menjadikan suasana ketika itu kelam seolah-olah turut sama menangisi pemergian beliau.

Selain Hishammuddin dan keluarga, turut berada di Makam Pahlawan bagi menyaksikan upacara pengebumian ialah Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta bondanya, Tun Rahah.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah antara kerabat diraja yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya.

Pemergian Tun Suhailah diibaratkan kehilangan sebutir bintang yang bersinar di angkasa berikutan peranan dan sumbangan yang telah dillakukan terutama dalam memartabatkan peranan dan tanggungjawab wanita serta kesungguhan yang ditunjukkan dalam membantu usaha-usaha kebajikan terhadap masyarakat dan orang ramai yang memerlukan.


Uutusan/Rencana/20141005

More than a mentor

The best teacher-student relationships go beyond books and blackboards, writes Kerry-Ann Augustin

Petrus Gimbad (right) with Brother Columba in Ireland visiting the grave of his old teacher Brother Fridolin.


I DETESTED school. It was a series of inconsequential afternoons - whatever the teacher told us to do, we did. Sit down, shut up, memorise this, copy that. It didn’t matter if you understood it; your report card determined your worth as a student. That changed when I entered college and sat in Miss Mullen’s class. She would spend the first 5 minutes asking us simple questions; questions that I think many of us were never asked in our 11 years of schooling: How are you? What are you up to this weekend? What is your passion? How’s your family?

And on the occasion she spotted the glaze of sadness shrouding our young faces, she’d tell us to “come hang out” in her office after class - that was casual Canadian for “I’d really like to know what’s bothering you.”

Miss Mullen cared and that made her more than just a teacher.

The phenomenal role teachers play, and the endless contributions they make in society is why the age-old profession is celebrated every year on Oct 5. World Teacher’s Day was first commemorated in 1994 by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (Unesco) and today, it is observed in over 100 countries worldwide.

CELEBRATING EDUCATION

Dadabhai Naoroji was Gandhi’s greatest mentor. They shared such a close bond that the Father of India’s Independence referred to Naoroji as his dada.

Oprah Winfrey cited her fourth grade teacher, Mary Duncan, as one of her most important influences. In Tom Hanks’s poignant Best Actor Oscar acceptance speech for the film Philadelphia, he publicly thanked his high school drama teacher Rawley Farnsworth. And if not for Mrs Flowers who encouraged a young, sexually abused Marguerite Annie Johnson to read the likes of Dickens, Shakespeare and Poe, we would not have the magnetic prose of Maya Angelou.

“Mr Edmundson reminds us of the power strong teachers have to make students rethink who they are and who they might become,” writes Michael S. Roth, president of Wesleyan University in his review of Mark Edmundson’s book, Why Teach. “That is what real education is all about.”

True teacher

“Brother John was the first person who really changed the way I thought about things,” says Petrus Gimbad, the former head of advisory for the Indo-China branch of Ernst & Young.

Gimbad is an alumni of St. Mary’s secondary school in Sandakan, Sabah where he met Brother John D’Cruz, a Lasallian brother.

“When we made a mistake, unlike other teachers who scolded or punished us, Brother John never criticised us. Instead he would ask us to explain why we said or did certain things. He challenged the way we thought and that fascinated me. He was always interested in what we thought. He was interested in us as people,” he said.

Gimbad, who grew up in a family of eight, said most of his time after school was spent helping his parents on the farm they lived on. Neither he nor his siblings had the time to study. But the emphasis on education, he explains, didn’t revolve around books.

“The Lasallian brothers made us all-rounders. Of course they were strict, but they wanted us to leave school as a person, not just a student,” he recalls, adding that the closeness he shared with the Lasallian brothers made him feel like they were an extension of his already large family. “Of course for me Brother John stood out because he did things differently. He took us on trips — that was his way of allowing us to appreciate nature. No one had done that before!”

There is unmistakable joy in Gimbad’s voice when talking about his beloved teacher, a man he refers to as a “larger-than-life” person.

“He loved music and that was why we joined the choir. He play guitars to church. At that time people were still playing the pipe organ, you know. So it was unheard of to play guitars, which we young people liked. He connected the youth to things that mattered. He wanted us to feel involved with the community,” he says.

WE ARE FAMILY

“You’ve got to connect here,” explains Brother John D’Cruz, pounding his chest. The lanky, silver-haired former principal of St. George’s Institution (SGI) confides that a simple revelation from a Taiwanese speaker at a teacher’s conference made him understand his role differently.

“This guy walked up and said: If you want to teach John math, you must first understand John,” he says looking down, shaking his head.

“Wow! I thought to myself. After 17 years of being a teacher, it really turned my world upside down!”

From that day on, D’Cruz visited the home of every student he taught in a bid to get to know them, as people. “I found they were capable of learning if we could relate to them and what was happening in their lives.”

The affable man whose eyes dance when he talks about his life as a teacher (he prefers the term facilitator) stressed that a school should operate like a family unit. “The school staff, from the canteen operator to the gardener to the principal and teachers have to work together as a family. And the child has to be at the centre of the learning. This is their second home.”

His sentiments are echoed by Che Su who, until three years ago, headed the Taiping Convent Secondary School in Perak (today knowned as SMK Convent Taiping).

“A school is a family unit — students need somebody to guide them. I saw my role and the role of the teachers in the school as second parents,” she says. “We were all so close to our girls. They called me Mama!” she says, breaking out in laughter, full and hearty like her 31 years of service.

She believes the strong bond she shared with her students was built on the ability to communicate. “They could talk to us about everything. And they did. Of course, we discouraged them about boys. We would always tell them ‘it’s not the time, it’s not the time!’,” she says, letting out a cackle. “In retrospect, I think I spent more time on my students than my own three kids!” she jokes.

PASSING THE TORCH

“Mr Lee Weng Fong was my form teacher in my first year of junior college, and he taught me literature,” says Edwin Goh, a teacher at Serangoon Garden Secondary School in Singapore. Goh, who now teaches literature, will add music and choir master to his resume next year.

The 30-year-old explains how Lee influenced his interest. “He was candid, laid-back, approachable, and had a dry sense of humour. What was most memorable about him was that he formed a rock band with myself and few other students. I got my first taste of performing in a gig (it was for a school event) because of him.”

Goh has been teaching for the last six years and knows this is his calling. “ I’m not cut out for many other jobs out there in the market (such as banking or medicine) and I know that not everyone is cut out to be a teacher either.”

However, he feels that his age may be the reason why students look up to him as more of a big brother, rather than a fatherly figure.

“Young teachers can be a lot more open-minded than our more experienced colleagues."



Che Su was so closed to her students they called her mama

“Young teachers can be a lot more open-minded than our more experienced colleagues. Of course, this is a generalisation to say the least, but I do feel that normally younger teachers are open to new ideas. I also think it’s a lot easier for students to identify with a teacher who is closer to their own age group, and that helps me to establish rapport with the kids a lot easier.”

Though she came from a family of teachers, Che Su confides that having teachers who felt like sisters played a big part in her decision to enter the profession.

Her teachers in Parit Buntar Methodist School were very caring, she says, and they never judged the students on race or colour. “In fact, they were so nice, I was hoping one of them would become my sister-in law!” she says with a giggle, thinking of Ms Wong, a former teacher she speaks fondly of.

D’Cruz, who left his position as principal at SGI to set up the La Salle Learning Centre for impoverished children, regards his time as a student in St. Xaviers as the reason why he joined the Brotherhood.

“You know, they were the kind of teachers who, after they walloped you, you’d want to thank!” he sniggers, his boyish charm still trailing in his speech. “What they did was out of pure dedication. It was a service. I learnt that education was about formation, not information.”

William Arthur Ward, the famed writer once wrote “The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires”.

“Teachers who have been moved by great works have been moved to pass the gift on,” reads an excerpt of Edmuson’s book, a quality Gimbad believes in. “When I started working, my office became like a class,” he admits, practising what he had learnt from D’Cruz.

“In school, Brother John made all the incorrigible kids prefects and he would invite those who could not speak English, to read passages from Shakespeare loudly.” It took a while before Gimbad realised those students were the ones in need of care. “He always had the 3L’s in mind - the Last, the Least and the Lost. That sense of loving all human beings is something I have passed down to my kids,” he says of his daughters who are both fiercely passionate about issues concerning the welfare of the less fortunate.

GIFT OF FAMILY

After 40 years, D’Cruz and Gimbad still meet up and talk. Goh is young but hopes that he and his students will form the kind of bond he has with Lee whom he considers a close friend till this day. Che Su is no exception.

“Some of my students have become big shots in KL, and they always ask me to come down so they can take me out. There’s nothing more rewarding than feeling appreciated,” she admits clearing her throat, her voice breaking a little.

For those who are lucky enough to have been under the guidance of educators like these, their teachers are more than just mentors. They are our soundboards, life-long friends and most of all, they are family. I’m proud to call Miss Mullen the sister I never had. KERRY-ANN AUGUSTIN - NST Lifestyles 5 OCTOBER 2014 @ 8:02 AM

Do what makes you happy

THERE is nothing scarier than a bunch of teenagers sitting across the table, young enough to be your own kids yet bold and brave enough to ask how much you earn every month.

I attended a career day at an international school last week. There were no presentations or speeches, which was a good thing. Every speaker sat at a table on which a piece of card indicated his or her job title — the one on my desk said “freelance writer/blogger”.

The other tables in the hall read “actor”, “lawyer”, “chartered accountant” and “mechanical engineer”, to name a few — in short, everyone else in hall made more money than me.

The doors opened at 8.30am and in came the students.

Three girls and a boy plonked themselves on the chairs around my table. Two other girls joined them and one of the committee members went to look for more chairs.

“What’s a normal day like for you?” a girl asked. (I told her).

“How do you get paid?” (“Based on articles or projects”).

“What’s your book about?” (“I haven’t written one yet”).

“What do you love about your job?” (“That I don’t work in an office”).

“You must travel a lot then?” (“Yes, that I do”).

“Are you rich?” (That was when I erupted into laughter).

I was approached by more girls than boys, but all the students I met spoke about how they love writing and how it makes them happy. I had a wonderful conversation with an excitable pair of twins (one loves to write and the other loves to draw) who, as clichéd as it may sound, kept completing each other’s sentences. Before the end of our chat, the twins had decided to come up with their own comic book.

Some of them were painfully shy. I remember a girl who spoke so softly that I had to ask for her to repeat her questions more than once even though she sat right next to me. “I love to write but sometimes I don’t have any ideas,” she whispered. Read a lot and look at the world around you, I told her.

The issue of money arose more than once. “I want to be a journalist, but my father says I won’t be rich,” one boy said. I told him that it was true and that his father was right to point that out.

“Unless you’re a super famous author, you won’t be rich. But if that doesn’t bother you and if writing makes you happy, you should try to tell your father that,” I said, short of shouting carpe diem and being told to leave the hall.

If there is one thing I learnt yesterday, it is that there is something uplifting about speaking with teenagers who are full of ideas and dreams. (Also, when I speak to teens, I get to use words like “cool”, “super” and “awesome” without sounding silly).

As grown-ups, we all know what a challenging place the world out there is, but young people remind you of the dreams you had when you were growing up and why you had them in the first place.

Many adults forget and lose sight of their dreams because of personal or work commitments and the passage of time. In the saddest of cases, some of us may reach a stage where we’re too tired to travel the world, learn how to play the guitar or hike up Machu Picchu in Peru.

Sometimes, the cure lies in a conversation with a starry-eyed teenager with dreams.    
ANIS IBRAHIM - NST Columnist 5 OCTOBER 2014 @ 8:05 AM

So many ‘As’, so few rewards



ONCE upon a time there lived a little boy in a small town in a peninsula which was once known as the Golden Chersonese. This lad was awfully smart in the schemes of numbers, variously called calculus, algebra, multiplication and many other names one as dull as I can barely utter.

And he was incredibly gifted in the remembrance of all things, that even elephants marvelled at him.

It came to pass that he excelled in the public examinations of the day, one after the other. In the UPSR he obtained 5As, in the PMR it was 8As, in the SPM it was 10As. And so it continued well into his years in university.

Such was his intelligence that newspapers and journals and all others that speak about the ‘important’ things in the land never tired of heaping praise on him. And he never grew weary of vainglory.

In not so many words, he was;

The one whom parents sow,

The one whom teachers delight in,

The one to whom questions are kin,

The one to whom glories go.

Now, the time arrived for the acorn, fully grown into a mighty oak of a man, to show himself in the community of people, to exercise his ‘greatness’ in the world of the workman. Many were his expectations, and much more was expected of him by parents and admirers.

And here was when the wretched mystery, at least for him, came into being.

You see, with his armoury of As and supreme confidence, no work was beyond his reach. But no work could he keep. He left each job as fast as he found it.

He had many unhappy things to say about his employers. “They are half-wits, they are not taking care of the workers”. “They are not listening.” “They pay so little and expect more than the Venetian’s pound of flesh.”

Now, this man who could not work for long in one place had a vocally industrious female friend who had as many As as the word ‘angry’. This poor woman, too, was unable to find an employer good enough for her.

So she would say: “I’ve had it with this place. The bosses are foolish to think people want this product. It is pass its time.” “My colleagues don’t inspire me.”

Both this man and his friend were bewildered. They were anything but “unworthy workers”. How could their bosses not know this?

“How could I be wrong? I know I am intelligent and I know my stuff,” he said. And the woman chimed in: “Look at how hard I work. I do not have the As but I have what it takes. I think our misfortune is that we always had incompetent bosses and colleagues.”

This talk went back and forth until both wound up satisfied with each other’s virtues, and weary about the world’s vileness.

Then it was that a boss, who was wise in the ways of people, came upon them.

(At this point, I must address those who think this story is juvenile. If this is what is thought, it is good, for they are now closer to the truth about themselves and the kind of world our children have been conditioned to accept.)

The boss asked them to retell their experiences, and then he said: “You poor things, I know the problem. It is not that you do not have the skills that industry needs. You have these, and much more.

“The truth is, the exams could not measure your other As and so you did not know that you also exceeded those around you in many areas of life. But your employers were unable to find any use for your other As.

“Pray tell, what are these secret strengths of ours?” the man and woman cried.

The boss looked at them straight in the eye: “They are the six deadly As that you have carried with you to adulthood. That have been allowed to grow, flower and bear fruit... arrogance, apathy, antagonism, avarice, addiction and anger.”

Once upon a time, examinations took up too many years of children’s lives and produced loads of clever people, but not necessarily good ones. Alas, look around you from the very top to the bottom, so it remains true to this very day.

Be certain, no mathematical formula can ever address this.


If examinations reflect much of our worth, what do we do when winter or night sets in? Pic by DCxt
DAVID CHRISTY - NST Columnist 5 OCTOBER 2014 @ 8:06 AM