October 21st, 2014

Penarafan MUET jejas peluang

Apabila kenaikan penarafan Band Malaysia University English Test (MUET) dibentangkan dalam Bajet 15, baru-baru ini, pelbagai pihak memberikan reaksi berbeza.

Ada menyambut baik usaha itu dengan alasan sudah tiba masanya pelajar kita mempunyai standard pencapaian bahasa Inggeris yang selari dengan nilai komersial.

Namun ada pihak berpendapat kenaikan penarafan itu bakal memberi kesan kepada jumlah kemasukan mereka ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana bukan semua mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
TANPA penguasaan bahasa Inggeris yang baik, pelajar masih boleh memperoleh kecemerlangan namun tetap kerugian dalam aspek penguasaan bahasa Inggeris.
- Gambar hiasan. - http://www.hmetro.com.my/node/2960#sthash.HxPhmC6T.dpuf




Sumber : Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali rencana@mediaprima.com.my

Pro dan kontra dalam polemik ini mewujudkan dilema dalam kalangan masyarakat terutama mereka yang melihat pelajar kita masih belum mampu mencapai nilai kompeten sebenar.

Adakah syarat baru itu akan menjejaskan peluang mereka bergelar warga institusi pengajian tinggi?

Atau pembaharuan itu bermakna kita di landasan tepat bagi menjadikan bakal graduan kita lebih bernilai di pasaran?

Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Madya Dr Raja Nor Safinas Raja Harun mengakui syarat baru bagi kenaikan penarafan MUET itu akan menjejaskan peluang pelajar melanjutkan pengajian ke IPTA.

Kompetitif

Bagaimanapun, katanya itu hanya membabitkan fasa awal tetapi apabila mereka sudah bersedia, masalah itu bukan menjadi satu isu lagi.

Beliau berkata, masalah itu hanya akan timbul jika mereka memperoleh Band 1 dalam MUET untuk kemasukan yang membabitkan sains sosial sebelum ini.

"Tapi untuk mereka yang mengikuti sains dan teknologi dengan kemasukan Band 3, undang-undang (Band 4) dan perubatan (Band 5), perubahan syarat ini bukanlah sesuatu yang baru.


MUET boleh menjadi penanda aras untuk melihat sejauh mana kemampuan pelajar menguasai keperluan bahasa antarabangsa itu. - Gambar hiasan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2960#foto


"Kebanyakan IPTA terutama Universiti Penyelidikan yang bersifat lebih kompetitif sudah melaksana syarat itu.

"Langkah ini bukan bertujuan menyusahkan golo­ngan terbabit tapi sebaliknya memberi satu standard sama untuk kemasukan mereka ke program di IPTA,"katanya.

Menurutnya, meletakkan peningkatan penarafan Band sebagai syarat bergraduasi juga untuk memastikan peningkatan pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris.



DEBAT kampus antara aktiviti yang boleh disertai pelajar sebagai salah satu usaha memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris. - Gambar hiasan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2960#foto
"Sebilangan besar pelajar sama ada di peringkat sekolah atau institusi lemah dalam bahasa ini terutamanya pertuturan.

"Namun, kelemahan ini tidak berkaitan dengan taraf ditentukan MUET sebalik­nya berpunca daripada kegagalan mereka menguasainya sejak sekolah.

"Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris. Malangnya kita kurang usaha menangani masalah ini.

"Sepatutnya, mereka mampu mendapat Band 3 dalam MUET dan bukan Band 1," katanya yang meng­anggap agak mustahil selepas belajar selama 11 tahun di sekolah, pelajar masih gagal menguasai sepenuhnya bahasa itu.

Bagi pelajar aliran sains sosial, mereka mungkin terjejas jika peningkatan daripada MUET Band 1 ke MUET Band 2 dilaksanakan tahun depan.

Penaksiran

"Ini kerana mereka memerlukan masa lebih lama untuk meningkatkan pe­nguasaan bahasa Inggeris.

"Tapi, lebih membim­bangkan ialah cara penaksiran akan dimudahkan bagi memastikan pelajar mampu memperoleh sekurang-kurangnya Band 2. Ini sudah tentu menjejaskan standard dan kualiti penaksiran itu.

"Satu kajian perlu dibuat untuk melihat berapa ramai jumlah pelajar MUET Band 1 ini di seluruh IPTA sebelum perkara ini dilaksanakan supaya peluang tidak terjejas," katanya.

Mengenai kebimbangan segelintir pihak yang meng­anggap syarat baru itu akan menyebabkan lebih ramai pelajar luar bandar semakin tercicir, beliau berkata, jika tiada MUET, keciciran dalam kelompok itu memang berlaku.

"Sekurang-kurangnya MUET dapat menjadi penanda aras penguasaan pelajar dan membantu IPTA merancang kursus sesuai dengan kemampuan mereka.

"Dengan adanya MUET, universiti tidak perlu mengadakan peperiksaan tertentu bagi mengukur kemampuan pelajar kerana tahap MUET menentukan kursus bahasa Inggeris yang perlu diambil," katanya.

MUET diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada 2000.

Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki peperiksaan itu untuk memperoleh tempat dalam institusi dan pada 2009, ada pihak mencadangkan tahap pencapaian minimum untuk layak masuk universiti.

MUET mengandungi empat komponen iaitu mendengar, lisan, membaca dan menulis manakala pelajar perlu menguasai semua kemahiran ini untuk mendapat Band yang tinggi.

Band 1 penguasaan bahasa yang sangat terhad, Band 2 (terhad), Band 3 (sederhana), Band 4 (memuaskan), Band 5 (baik) dan Band 6 (penguasaan sangat baik).

Kondusif

Band yang diberikan bertujuan menjadi penanda aras untuk mengetahui tahap penguasaan bahasa Ing­geris sebenar pelajar.

Beliau berkata, ada pelbagai cara boleh dilakukan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi memerlukan usaha, tenaga, masa, kewangan dan komitmen berterusan.

"Contohnya, galakkan pelajar sekolah terbabit dalam persatuan bahasa Inggeris bagi mewujudkan persekitaran kondusif bagi penggunaan bahasa itu di luar bilik darjah.

"Kita perlu menukar cara berfikir dengan menganggap persatuan bahasa Inggeris di sekolah bukan satu persatuan elit yang hanya dianggotai pelajar mahir bahasa itu.

"Jika kita tidak bermula dari awal, kesannya akan melarat kepada pelajar di peringkat tinggi dan akhirnya merugikan terus golongan itu," katanya.

Namun, beliau kurang bersetuju dengan tanggapan, lemahnya penguasaan bahasa Inggeris boleh menyebabkan pelajar sukar mencapai kecemerlangan.

Menurutnya, mereka boleh mencapai cemerlang tapi pada masa sama akan berdepan kesukaran kerana bahasa Inggeris adalah bahasa universal dan diguna pakai di peringkat global.

"Sesiapa saja boleh mencapai kecemerlangan andai ada kemahuan dan bahasa Inggeris bukan penentunya.

"Bagaimanapun, dalam dunia yang semakin dikuasai industri yang semakin kompetitif, ia adalah satu bonus dan keperluan utama," katanya.

Harian Metro Rencana Isnin, 20 Oktober 2014 @ 5:01 AM

Krisis kejujuran melanda negara?

SEMASA di bangku sekolah dulu, seorang guru Inggeris selalu berpesan “Honesty is always the best policy”. Semasa di sekolah agama pula, guru al-Quran sering mengingatkan - “Sentiasalah bercakap benar, bertindak secara jujur, ikhlas kerana Allah”.

Penulis teringat semua ini apabila membaca laporan media baru-baru ini bahawa cawangan perisikan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan tangkapan ke atas 24 individu terdiri dari 5 agensi penguat kuasa kerajaan yang disyaki menerima wang sogokan bulanan daripada pihak-pihak tertentu.

Seramai 24 individu ini, yang bertugas di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dikatakan terbabit dalam kegiatan melepas dan melindungi pengusaha cakera padat digital (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak di sekitar Pulau Pinang.

Mengesahkan operasi tangkapan itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Jamidan Abdullah menyatakan kesemua 24 individu ini akan didakwa pada waktu terdekat, dan ada yang dikenakan tindakan tatatertib.

Lebih sebulan lalu, pada 4 September 2014, SPRM ada mengeluarkan kenyataan media di mana badan itu menyatakan “Susulan pemantauan selama lebih setahun, SPRM berjaya menumpaskan sindiket terbesar penyeludupan barang-barang di Lembah Klang, yang mengelak daripada membayar duti kastam melibatkan lebih RM1 bilion. Akibat tindakan itu kerajaan dipercayai mengalami kerugian lebih RM2 bilion”

Dalam operasi itu, SPRM menangkap 24 individu, terdiri dari 12 pegawai Kastam pelbagai pangkat, dan 12 anggota sindiket. Mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull, pegawai Kastam yang ditahan berusia antara 35 hingga 58 tahun dan salah seorang daripadanya adalah pengarah negeri.

Mengikut Mohd. Shukri lagi, hasil operasi ini, SPRM telah merampas dan menyita wang rasuah bernilai lebih kurang RM3 juta, membekukan 207 akaun bank milik individu dan syarikat, dan menyita 10 kenderaan mewah yang disyaki hasil wang rasuah, gudang arak dan rumah kedai.

Sepanjang 5 tahun lalu (2009-2014), SPRM telah melakukan 847 tangkapan melibatkan penguat kuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan atas kesalahan rasuah.

Pada Januari 2010 lalu, SPRM telah mendedahkan kes kecurian dan penyeludupan pasir ke sebuah negara jiran dan menahan 34 individu di seluruh negara. Menurut Mohd. Shukri, tangkapan itu melibatkan 24 penjawat awam, 5 orang awam, 3 pekerja swasta, seorang pegawai khas kepada ahli politik dan seorang setiausaha sulit kepada ahli politik.

“Sejak tahun lepas, SPRM menerima 410 maklumat berkaitan kes ini. Bertindak atas maklumat ini kita jalankan intipan, pemerhatian dan seterusnya siasatan dan hasilnya kita telah memulakan operasi tersebut”, katanya kepada pihak media.

Jumlah anggaran wang rasuah bagi kes ini melebihi RM280,000 – dengan nilai suapan antara RM500 dan RM50,000 seorang. Ada kes wang rasuah diterima secara bulanan dan terdapat tiga kes melibatkan rasuah seks.

Rasuah berkenaan diberi untuk mempercepatkan proses permohonan permit pasir dan tidak mengambil tindakan terhadap individu yang membawa pasir keluar negara tanpa permit.

Setahun sebelum itu, pada April 2009, SPRM menangkap 5 individu di sebuah hotel di Genting Highlands, termasuk dua kakitangan kerajaan, kerana dipercayai terbabit suapan rasuah.

Menurut Pengarah SPRM Pahang, Sutinah Sutan, kesemua yang ditahan berusia 30 hingga 49 tahun, dipercayai terbabit dalam suapan rasuah berjumlah RM55,000.

Seorang daripada kakitangan kerajaan itu bertugas di pejabat Hutan Bentong, manakala seorang lagi bertugas di pejabat Hutan Temerloh, kata Sutihan kepada media.

Tiga orang awam yang ditahan itu dipercayai memberi suapan rasuah kepada kakitangan kerajaan bagi mengelak tindakan dikenakan ke atas aktiviti pembalakan haram di hutan simpan sekitar Karak dan Bentong.

Dalam kejadian terbaru, SPRM dilaporkan telah menahan seorang pegawainya kerana disyaki menerima RM50,000 yang dikatakan sebagai dorongan untuk menutup satu kes yang sedang disiasat.

Pegawai berkenaan, seorang Penolong Penguasa, ditahan oleh pasukan Bahagian Operasi Khas SPRM di Seremban pada 17 Oktober lalu. Melihat beberapa siri tangkapan yang dilakukan oleh SPRM sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, tidak hairanlah ada pihak yang menyatakan bahawa tahap integriti anggota penguat kuasa kita “longgar sejak 20 tahun lalu dan berterusan sehingga kini, bukan sekadar berlaku di satu atau dua buah agensi malah boleh dikatakan hampir semua agensi?.’’

Jika ini satu kesimpulan yang berasas, disokong oleh fakta dan tidak boleh dinafikan lagi, kita terpaksa terima hakikat bahawa kita sekarang berdepan dengan satu krisis kejujuran yang maha besar.

Dan andainya kita gagal atasi masalah ini, kita seolah-olahnya meninggalkan satu legasi untuk generasi depan bahawa “Honesty is no longer the best policy”.

Sehubungan itu, kita perlu ingat bahawa mengikut Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index, CPI) bagi tahun 2013, Malaysia berada di tangga 53 dari 177 negara.

Pada tahun sebelumnya (2012), kita di tangga 54 – yang bermakna prestasi kita hampir tak berubah langsung. Walaupun kita akui bahawa SPRM telah melakukan sebaik mungkin selama ini, natijahnya kita macam masih berada di takuk lama.

Penulis teringat kata-kata Theodore Roosevelt “Seorang yang tidak pernah ke sekolah mungkin curi satu gerabak keretapi; tapi seorang yang lulusan universiti mungkin mencuri keseluruhan rangkaian keretapi”. Salleh Buang ialah Penganalisis Undang-undang Utusan Rencana 12 Oktober 2014

Sindrom ‘segalanya dijaga dan diatur’

SUDAH pasti pelbagai tafsiran dan andaian dibuat apabila Mingguan Malaysia semalam menyiarkan laporan khas mengenai integriti agensi penguat kuasa yang hancur akibat ramalan rasuah.

Laporan itu bukankah bertujuan memburuk-burukkan mana-mana pihak tetapi membentangkan fakta apa yang sedang berlaku kepada agensi-agensi penguat kuasa yang diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menegakkan undang-undang.

Walaupun kita memahami pepatah `kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ tetapi berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis `nila yang tumpah’ bukan lagi setitik tetapi titisannya sudah menghampiri ibarat curahan.

Oleh itu, kerajaan perlu mencari satu mekanisme yang lebih jitu untuk menghapuskan sama sekali perbuatan rasuah dalam agensi-agensi penguat kuasa memandangkan ia merupakan ancaman serius kepada masa depan negara.

Bayangkanlah apakah akan terjadi jika mereka yang diberi tanggungjawab mengutip hasil negara `menukarnya’ kepada hasil sendiri?

Apa akan berlaku kalau kelompok yang memegang amanah menjaga sempadan negara bekerjasama dengan sindiket? Apakah natijahnya jika pasukan yang diberi kepercayaan bagi membanteras jenayah sebaliknya menjadikan ia `lubuk’ untuk hidup mewah?

Apa yang dipersoalkan itu bukanlah satu tuduhan apatah lagi fitnah tetapi inilah hakikat atau senario yang sedang berlaku dalam agensi-agensi penguat kuasa, sama ada menerima sogokan kecil atau besar, harian atau bulanan ia tetap boleh meruntuhkan negara.

Jika tidak bagaimana mungkin sesuatu jenayah itu contohnya mesin judi haram, penyeludupan di sempadan dan penyelewengan minyak bersubsidi boleh bertapak kukuh sehingga ke hari ini biar pun pelbagai operasi dilakukan.

“Negara akan terus berhadapan dengan situasi ini jika `lakonan wayang tinggi’ terus dipersembahkan oleh sesetengah ketua-ketua agensi penguat kuasa, sedangkan integriti mereka sendiri boleh dipertikaikan,’’ kata satu sumber.

‘Pelakon-pelakon’ inilah yang menyebabkan rasuah dalam agensi tersebut berleluasa sehingga anggota di peringkat paling bawah pun turut terlibat menjamah wang haram dan menggadaikan maruah mereka kepada sindiket.

Kalaulah semua anggota agensi penguat kuasa benar-benar jujur, ikhlas dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing tidak mungkin apa juga kegiatan jenayah bermaharajalela.

Tetapi apa yang disaksikan dan berdasarkan senario yang berlaku maruah dan integriti agensi-agensi penguat kuasa bagaikan berada di bawah telapak kaki sindiket-sindiket.

Penjenayah-penjenayah tersebut menjadikan jaminan hidup mewah kepada anggota-anggota agensi penguat kuasa.

Cakaplah apa sahaja yang dimahukan habuan bulanan ribuan ringgit? Berhibur secara percuma di kelab-kelab malam? Bermain golf di kelab-kelab di dalam atau luar negara? Memiliki kenderaan mewah? Bercuti ke luar negara dengan segala ditanggung beres? Mahukan sumbangan untuk mengadakan aktiviti jabatan atau peribadi? Semua boleh diuruskan oleh sindiket-sindiket asalkan kegiatan haram mereka terjamin dan tidak diganggu.

Oleh itu sudah tiba masanya, perbuatan jenayah melibatkan sindiket dan amalan rasuah dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa dihapuskan sehingga ke akar umbi.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Pasukan Petugas Khas (STF) Jabatan Peguam Negara dalam mengendalikan dua kelompok ini perlu dijadikan bukti bahawa segala-galanya boleh dilakukan jika ada kemahuan.

Jika tidak mana mungkin STF mampu membanteras jenayah yang sudah bertahun-tahun berlaku contohnya dalam dua operasi membanteras penyeludupan diesel dan petrol di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang baru-baru ini.

Sebelum ini pasukan itu juga bertanggungjawab membongkar pelbagai penyelewengan dalam agensi penguat kuasa dan membanteras perbuatan haram yang mendatangkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.

Malangnya kemahuan seperti mana ditunjukkan oleh STF tidak ada dalam sesetengah agensi-agensi penguat kuasa.

Kemahuan yang ada ialah untuk hidup mewah dengan menyara keluarga dengan wang haram dan menggadaikan amanah yang diberikan serta undang-undang yang sepatutnya ditegakkan kepada sindiket-sindiket.

Justeru berdasarkan rekod STF sudah tiba masanya peranan pasukan itu diperkukuh dan dipertingkatkan. STF perlu menjadi barisan paling hadapan untuk menghapuskan segala penyelewengan oleh agensi penguat kuasa dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membanteras kegiatan jenayah habis-habisan.

Seperti mana kata seorang pegawai kanan polis kepada penulis, perbuatan rasuah dan kegiatan jenayah tidak akan mampu dihapuskan selagi ada kelompok di dalam agensi penguat kuasa sudah selesa dengan kehidupan yang segalanya `dijaga dan diatur’.

Kesimpulannya, masalah integriti dalam kalangan agensi penguat kuasa bukanlah perkara remeh, amalan rasuah yang dilakukan oleh mereka tidak boleh dipandang ringan kerana jika orang yang melanggar undang-undang lebih berkuasa daripada orang yang sepatutnya menegakkan undang-undang, maka negara pasti berada dalam bahaya! Bertindaklah sebelum terlambat! ZULKIFLEE BAKAR Utusan Rencana 21 Oktober 2014

5 reasons Deepavali is Malaysia’s most ‘kesian’ holiday…

Deepavali is around the corner, but there is absolutely NO feel of Deepavali anywhere, no decorations, no festivity mood… there is not even big sale for Deepavali. Unless you walk into Brickfields (or “little India’ as it is called) there is hardly any evidence that Deepavali is celebrated here in Malaysia.

Let’s look at the facts, this is the breakdown of the races in Malaysia: Malay 50.1%, Chinese 22.6%, indigenous 11.8%, Indian 6.7%, other 0.7%, non-citizens 8.2% (2010 est.). With only 6.7% of Malaysian being Indians (outnumbered by Bangladeshis and Indonesians in the country) we were always told that Indians make the third highest race of people in Malaysia, but obviously this is not true… but does that mean we should be neglected especially on our biggest and most grand holiday? It is almost a surprise we even GET a holiday.

As an Indian myself, I feel like everyone MUST get excited about Deepavali, as it is after all, our only proper festival in Malaysia (I know there’s Thaipusam too, but that is more of a devotional celebration). Many have voiced the frustrations about how cold the mood has been and here are 5 reasons, I think, Deepavali gets NO attention from anyone:

1. There are no Deepavali Songs

Gangnam Raya

Image from Anak Cucu Tok Haroon. Click Here to watch.

When Chinese New Year, Hari Raya or even Christmas comes along, you can’t go 3 steps without festive songs blasting in your ear. We all even remember the lyrics better that any other overplayed songs from Justin Bieber. We all bear the pain of those songs being played over and over and over and over again, why? Because it is festive and it reminds us that a public holiday is coming.

Deepavali however has absolutely NO songs that bring the festive mood. I have researched this quite extensively, and there are no songs written specifically for Deepavali. Type in Deepavali songs in Google and you get a few hits, mostly just Indian songs from movies and even some devotional songs, but none that have the feel of “Selamat Hari Raya” by the late Datuk Sharifah Aini.

Maybe we should get on writing a “Selamat Hari Deepavali” song, but we Indians are somewhat of a fickle bunch. Even if there were 1 or 2, can you imagine listening to them over and over and over again?

2. There are no festive mascots


Christmas has Santa Claus, elves, reindeers etc. and Chinese New Year has the Lion Dance, Lunar Calendar animals and the guy with the long white beard.



Image from wikipedia.org

What does Deepavali have? Nothing. Maybe oil lamps if you count inanimate objects to be mascots. I mean, you could tell Santa what you want for Christmas, and the kids love that… you could ask your Feng Shui expert what you could expect based on your Lunar birth year Animal and the adults LOVE that… can you do the same on Deepavali with an oil lamp.

Don’t get me wrong, I love the symbolism of the light being always able to defeat the dark… but Santa gives out PRESENTS! Try explaining that to a 5 year old child and see which he would be more interested in.

3. There is no special food (anymore)


As Malaysians we are very connected to food, so when Hari Raya comes about, everyone looks forward to some awesome ketupat, lemang and rendang. When Chinese New Year is looming, we all get a taste of mandarin orange, bah kua and even Nian Gao.



Image from resipimasakini.blogspot.com

Can I say the same about the Indian cuisine during Deepavali? No. Because the Indian cuisine has been oversold everywhere. Many believe that Indian food is the best in the world (and I have to agree) but it is available everywhere at any time. I remember when I was a kid and we used to look forward to Thosai and Mutton Curry in the morning, a nice Briyani in the afternoon and a feast of Mutton, chicken and vegetables in the night. But guess what, all those are readily available throughout the calendar even in the most Chinese of areas in Malaysia. I still remember a time when Thosai was considered exotic in Malaysia, but now it has become way too mainstream.

It is almost like liking Indian food has become too mainstream, it is not hipster enough. The marketing team on Indian food has done SUCH a good job that it does not leave a sense of enigma or mystery to what we can offer anymore…

Even the last bastion in the exclusively Deepavali cuisine, the Muruku has been oversold. So much so, it is even available in Hari Raya open houses and EVEN in Chinese New Year open houses *GASP*.

4. Oktoberfest and Halloween are more exciting



Image from www.costumesupercenter.com

This year, when you walk into a shopping mall, instead of seeing decorations for Deepavali, you will see more decorations for Halloween. OUTRAGE! But then, according to surveys, the buying power of the Indian community is almost negligible, according to sources, which means you would appeal to more with Halloween than Deepavali. GASP! But it is about what sells rather than keeping the minorities happy.

There’s also the Oktoberfest celebrated in Malaysia for the month of October (although traditionally celebrated in Germany on the last 2 weeks of September. Places of leisures and “Tempat Istirehat” have all decided that Oktoberfest would be even more profitable to promote. To be honest, most Indians don’t really need an excuse to celebrate… we don’t care what the promotions are for… as long as there IS promotions for happy juice.

5. No one knows the actual date  




No one knows the actual date

Last year Malaysia confused everyone by moving the date of Deepavali, confusing many on when the holiday actually is. I don’t know how this is possible but it has happened. Even this year, if you  Google the date of Deepavali, you will get 23rd October as the result, but then there was a change to the gazetted date with the advice of the Malaysian Hindu Sangam President.

According to theantdaily.com with an article written by Sonia Ramachandran:

Malaysia Hindu Sangam president Datuk RS Mohan Shan told theantdaily.com that the Sri Maha Mariamman Temple Devasthanam had given this information to the government two years ago.




“Like how we explained to the people last year, Deepavali falls on Chaturdashi Tithi. The early morning bath taken by Hindus on Deepavali day is considered a bath in the holy water of Ganges and this should fall on Chaturdashi Tithi, not Amavasya Tithi, which is considered the day of the black or dark moon.

“The last two years has seen the Chaturdashi Tithi and Amavasya Tithi falling far apart when in the past, they used to fall on the same day with Chaturdashi Tithi falling in the morning followed by Amavasya Tithi in the afternoon. Only now is it falling on separate days. The assumption that Deepavali should fall on Amavasya Tithi is wrong because it shouldn’t be during the black moon,” - Datuk RS Mohan Shan, The Ant Daily



Malaysia Hindu Sangam president Datuk RS Mohan Shan told theantdaily that the Sri Maha Mariamman Temple Devasthanam had given this information to the government two years ago.

It sounds very technical and difficult to understand, and that is why people are confused, and have an excuse to forgo the celebrations.

- ———— -

Well, all is not lost of course, because if you still watch terrestrial TV, you could still look forward to Indian movies so outdated, they were made before you were born, or you could go to Bukit Jalil for your cheap Deepavali Fair shopping fix that could get you a bargain (even the fair is held in a place with low number of Indians). There are still many excited for the holidays and there will be some open houses around, so make sure you go and hunt for good free food.

Here’s wishing everyone a Happy Deepavali and happy holidays.

And for your viewing pleasure: www.tambi.my

Kavin Jay | cilisos.myMon, Oct 20, 2014

Perodua lwn Proton

Industri automotif jenama tempatan tidak kurang hebatnya apabila kedua-dua mereka mula menunjukkan taring masing-masing dalam melancarkan produk terbaru menerusi model terbaru Proton Iriz dan Perodua Axia pada September lalu.

Ada yang memberi tanggapan berbeza mengapa kedua-dua model dilancarkan dalam tempoh terdekat dan boleh dikatakan menjejaskan penjualan antara satu sama lain.

Namun gambaran itu kurang tepat kerana kedua-dua pengeluar kereta nasional itu menawarkan kenderaan dalam segmen berbeza biarpun ia dalam kategori kompak.

Jika mahu membuat pembandingan, Proton Iriz sebenarnya bersaing dengan model hatchback popular seperti Perodua Myvi, Ford Fiesta, Honda Jazz, Suzuki Swift dan Kia Rio.

Buat Perodua Axia pula, mungkin terlalu sukar untuk membuat pembandingan kerana ia mempunyai identiti tersendiri berhubung kapasiti enjin, saiz serta harga yang ditawarkan terlalu berpatutan.

PROTON IRIZ


Ia dilihat sebagai model penting untuk memberi perubahan kepada Proton untuk mengembalikan zaman kegemilangan pengeluar automotif nasional seperti sebelum ini.




DITAWARKAN dua varian enjin.

Kenderaan dibangunkan oleh anak tempatan itu dilimpahi sistem keselamatan terbaik pada peringkat global, selain memiliki penampilan menarik yang boleh diguna pakai dalam tempoh lama.

Jika dibandingkan dengan model Proton terdahulu, reka bentuk dalaman dan luaran Iriz mengalami revolusi sangat membanggakan.

Mungkin ada yang tidak peka atau mengambil sambil lewa dengan kehebatan Iriz. Apa tidaknya, kenderaan buatan Malaysia itu menerima penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP yang dijadikan sebagai ciri standard untuk semua variannya.

Sebagai contoh, ia didatangkan sistem Kawalan Dinamik Kenderaan yang lengkap, merangkumi ciri Sistem Antikunci Brek dengan EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Elekrtik (ESC), Kawalan Cengkaman (TC) serta sistem beg udara SRS bagi varian Premium.

Bagi memenuhi kehendak pengguna, Iriz ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium dengan pilihan enjin 1.3 liter serta 1.6 liter.

Varian itu kemudian digabungkan lagi menerusi pilihan transmisi manual lima kelajuan dan automatik CVT. Enjin bersesaran 1.3 liter dengan sistem VVT itu menghasilkan kuasa maksimum 70 kW pada 5,750 rpm dan tork 120 Nm. Sementara enjin empat silinder sebaris berkapasiti 1.6 pula boleh menjana 80 kW pada 5,750 dan tork puncak 150Nm pada 4,000 rpm.

Harga jualannya bermula daripada RM42,438 hingga RM62,888.

PERODUA AXIA




PERODUA Axia kenderaan yang berbaloi dimiliki.

Varian kompak itu menjadikan model ke-10 kenderaan jenama Perodua, selain dinobatkan sebagai kereta cekap tenaga (EEV) pertama di negara ini.

Sejak ditubuhkan pada 1993, Perodua sememangnya menawarkan kenderaan yang mampu milik buat rakyat Malaysia dan tanggungjawabnya masih diteruskan selepas memperkenalkan Axia.

Model terbaru itu didatangkan dalam enam varian iaitu Standard E, Standard G, SE dan Advance (AT). Semua varian itu boleh dibezakan menerusi melalui penampilan luarannya apabila SE dan Advance dilengkapi gabungan bampar depan, jeriji lebar, lampu isyarat membelok pada perumah cermin sisi, kit tepi sisi, lampu belakang LED, lampu depan projektor serta rim aloi lima jejari.

Ruang kabinnya pula boleh dibandingkan dengan sistem audio, material yang membalut tempat duduk, 'tint' keselamatan pada tingkap dan pengesan mengundur.

Tempat duduknya boleh dilipat beberapa konfigurasi mengikut keperluan serta memiliki ruang kargo yang boleh menempatkan empat buat beg bersaiz kabin tanpa masalah.

Caption Area



RUANG kabin yang menarik untuk kenderaan kompak.

Namun, semua varian itu menggunakan nadi sama iaitu enjin aluminium membabitkan 1KR-DE DOHC, 12 injap dengan sistem pancitan bahan api (EFI).

Selain itu, ia digabungkan transmisi automatik empat kelajuan dan kotak gear manual dengan lima kelajuan. Rangkaian kuasa itu membolehkan Axia mencatat penggunaan bahan api sekitar 21.6 kilometer bagi seliter petrol (km/l) untuk manual, manakala 20.1 km/l bagi automatik.

Menyentuh aspek keselamatan pula, Axia menerima penarafan empat bintang daripada ASEAN NCAP dengan dilengkapi dua beg udara pada semua varian dan ia berbaloi selepas harga ditawarkan antara RM24,900 dan RM45,300.

Erywan Norshal erywan@hmetro.com.my myMetro Vroom AHad 19/10/2014

‘Hati mesti jujur, ya nak’

Jakarta: Ibu Presiden Indonesia, Sudjiatmi Notomihardjo sempat memberi amanat khas kepada Joko Widodo (Jokowi) sebelum majlis pelantikan rasminya, semalam.

Kata Sudjiatmi, nasihatnya yang penting ialah, terus bekerja dan jangan berhenti berdoa.

“Hati juga mesti jujur sentiasa,” katanya.

Sudjiatmi yang menetap di Solo berlepas ke Jakarta menaiki pesawat udara, kelmarin untuk menyaksikan majlis angkat sumpah jawatan Jokowi.

Turut menyertai Sudjiatmi dari Lapangan Terbang Adi Sumarmo ialah pengasuh Jokowi sejak kecil, Mukiyem.

Kata Sudjiatmi, tiada doa khusus dipanjatkan kepada Tuhan untuk Jokowi.

“Sebaliknya saya sentiasa berdoa untuknya.

“Tanggungjawab Jokowi semakin lama semakin berat dan memerlukan kesabaran lebih.

“Ia juga bermakna doa semakin perlu ditambah,” katanya. - Agensi Harian Metro Setempat 21/10/2014

Wanita pertama kekal sederhana

Kedudukannya mulai semalam ialah Wanita Pertama Indonesia, tetapi Iriana bertegas tetap mahu mengekalkan hidup sederhana seperti sebelum ini.

“Kasut? Saya pakai yang ada saja. Saya juga tiada perunding gaya,” katanya.


GAMBAR perkahwinan Jokowi dan Iriana 28 tahun lalu.

Ketika ditemui media kelmarin, Iriana, 51, tampil berbaju kebaya dan berkain batik untuk menyambut tetamu yang berkunjung ke kediaman rasmi Gabenor Jakarta di Menteng.

Ditanya mengenai persediaan mereka sempena pelantikan rasmi Joko Widodo (Jokowi) semalam, Iriana berkata, tidak banyak yang dilakukan.

“Saya cuma memotong rambut agar tampil lebih kemas.

“Rambut saya sebelum ini panjang dan asyik gugur,” katanya.

Iriana juga mengaku tidak membuat sebarang persediaan khusus untuk menghadiri majlis angkat sumpah Jokowi sebagai presiden ketujuh Indonesia.

“Jokowi akan memakai sut, anak-anak kami memakai batik dan saya memilih pakaian tradisional Jawa.

“Kasut? Saya pakai yang ada saja. Saya juga tiada perunding gaya,” katanya.

Pasangan Iriana - Jokowi dipertemukan oleh adik perempuan Jokowi dan hasil perkenalan itu, mereka berkahwin pada 1986.

Mereka berpacaran ketika Jokowi masih bekerja sebagai tukang kayu dan mengusahakan kedai perabot.

Selepas menyertai politik, Jokowi dilantik menjadi Datuk Bandar Solo sebelum memenangi pilihan raya Gabenor Jakarta.

Dalam keadaan populariti Jokowi begitu tinggi ketika itu, Iriana berkata, dia tidak pernah membayangkan suaminya mampu sampai ke tahap hari ini.

Dengan status barunya, Iriana ternyata tidak teruja, malah mengaku menjadi Wanita Pertama Indonesia tidak pernah menjadi impiannya.

Kata bekas siswi jurusan ekonomi itu, Jokowi bukan seorang lelaki romantik, namun sepanjang tempoh 28 tahun bersama, pelbagai cabaran berjaya diatasi.

“Jokowi langsung tidak romantik.

“Kami tidak pernah meraikan hari lahir tetapi selepas sekian lama berkongsi hidup, kami tidak perlukan semua itu.

“Ia terlalu berlebihan,” katanya.

Mengenai rancangannya mengisi masa lapang selepas ini, Iriana berkata, dia belum membuat keputusan.

“Saya mungkin mengambil selfie dan akan memaklumkan kepada anda kemudian,” katanya berjenaka.

Harian Metro Setempat 21/10/2014

Kerja ! Kerja ! Kerja !

JAKARTA, Oct 20 (Bernama) -- Joko Widodo was on Monday sworn in as the new president of Indonesia to lead the nation of 250 million people, in an inauguration before the People's Consultative Assembly (MPR), the country's highest constitutional body.
Joko Widodo secara rasmi jadi presiden ketujuh negara demokrasi ketiga terbesar di dunia.




Jokowi , 52, memenangi pilihan raya presiden pada 9 Julai lalu mengalahkan Prabowo Subianto. Bekas peniaga perabot itu juga merupakan Datuk Bandar Solo dan Gabenor Jakarta.


Joko, 53, who is popularly known as Jokowi among Indonesians, took over the helm from Susilo Bambang Yudhoyono, who has been the president since 2004.

Jusuf Kalla also took the oath of office as the vice-president in front of the more than 1,000 MPR members.



Jusuf Kalla turut mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden Indonesia

Both leaders took their oath of office for a five-year term in a ceremony that was widely covered by all local and foreign media, besides being witnessed by millions of Indonesians via live telecast by the various local television stations.

Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who received a personal invitation from Jokowi to attend the historic ceremony, had arrived here with his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, and joined 18 foreign dignitaries and nine heads of government at the event.



Najib was accorded the privilege of paying a courtesy call on Joko to congratulate the latter on behalf of the people and government of Malaysia, despite the new president's tight schedule, including meeting his supporters at various functions today.

Among the world leaders who witnessed the inauguration were the Sultan of Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah; Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong, Australian Prime Minister Tony Abbott and United States Secretary of State John Kerry.

Joko, the Jakarta Governor, and his running mate Jusuf won the hotly contested Indonesian presidential election on July 22, obtaining 70,990,832 votes or 53.15 per cent out of the total 133,567,276 votes.

His opponent, Prabowo Subianto, and his running mate Hatta Rajasa, who also witnessed the inauguration, garnered 62,576,444 votes or 46.85 per cent.

Meanwhile, despite the strict control and roadblocks by Indonesian security forces in the compound of the legislative hall and the main routes leading to the venue, the media and Joko's supporters had gathered to follow the proceedings since early this morning.

Throughout the ceremony, his supporters, who were accommodated at a special area to follow the proceedings via giant screens, burst out in applause whenever the face of their leader appeared on screen.

In his maiden speech following the swearing-in, Joko expressed his gratitude to all the foreign national leaders who were present to give their support.

The republic's seventh president also pledged to be with the international community in every effort to maintain global peace and security.

Joko also expressed his appreciation to Susilo whom he praised for having done a good job over the past 10 years.

The new president also repeated the word "kerja" (work) several times in his speech as a commitment to work hard throughout his term to make Indonesia a better and more progressive state, besides appealing to the people of Indonesia to continue to give him their full support. -- BERNAMA 20 October 2014

Sempena Pengisytiharan Presiden Indonesia ke 7

Jokowi



Presiden Indonesia Ke 7 (20/10/2014 hingga    )

Susilo Bambang Yudhoyono
Presiden Indonesia Ke 6 (20/10/2004 - 20/10/2014)

Megawati Sukarnoputri
Presiden Indonesia Ke 5 ( 23/07/2001 - 20/10/2004 )


Abdurrahman Wahid (Gus Dur)
Presiden Indonesia ke 4 (20/10/1999 - 23/07/2014 )


Bacharuddin Jusuf Habibie
Presiden Indonesia ke 3 ( 21/05/1998 - 20/10/1999)


Suharto
Presiden Indonesia ke 2 ( 12/03/1967 - 21/05/1998 )


Sukarno
Presiden Indonesia Ke 1 ( 18/08/1945 - 12/03/1967 )


Indon Fakta

Fakta Indonesia

Sumber Harian Metro Setempat Selasa 21/10/2014