November 14th, 2014

Undang-undang mesti selaras Perlembagaan

Dalam negara yang mengamalkan Perlembagaan bertulis, mahkamah adalah badan bebas berperanan besar untuk menjaga dan memelihara Perlembagaan. Mahkamah juga bertanggungjawab mentafsir Perlembagaan. Dalam melaksanakan peranan memelihara dan menjaga Perlembagaan tersebut, terutamanya mentafsir Perlembagaan, mahkamah mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan semua prinsip Perlembagaan 'dihidupkan' dengan 'diberikan nyawa' dengan sebaik mungkin.

Antara perkara yang membentuk prinsip Perlembagaan kita ialah sistem dualisme perundangan. Dualisme perundangan ini merujuk kepada pembahagian kuasa perundangan antara Persekutuan dan negeri. Menurut prinsip pembahagian kuasa ini, setiap satu badan perundangan mempunyai ruangnya yang tersendiri dan badan perundangan yang satu lagi tidak boleh melangkau pembahagian ini.

Perlembagaan jamin kebebasan asasi

Dalam pada itu Perlembagaan menetapkan bahawa sebarang undang-undang (termasuk undang-undang negeri) yang tidak selaras dengan Perlembagaan adalah tidak sah. Prinsip ini bagi menyatakan sifat keluruhan Perlembagaan berbanding undang-undang lain. Berkaitan, Perlembagaan menjamin kebebasan asasi dan kebebasan asasi ini juga antara prinsip asas Perlembagaan.

Walaupun begitu faham harfiahnya, sebarang ketidakselarasan antara undang-undang negeri dan Perlembagaan ini bukan semudah itu untuk diputuskan. Dalam keadaan ini bagi menentukan sesuatu undang-undang negeri itu tidak sah atas sebab ia tidak selaras dengan Perlembagaan, mahkamah perlu membuat tafsiran kepada peruntukan berkaitan yang menjadi pokok persoalan.

Dalam membuat tafsiran itu, metodologi tafsiran yang diguna pakai oleh mahkamah hendaklah satu metodologi yang memberi faham dan mengambil kira keseluruhan peruntukan Perlembagaan, bukan memberi tumpuan kepada satu peruntukan atau satu bahagian peruntukan saja.

Peruntukan Perlembagaan tidak boleh dibaca dan difaham secara berasingan. Tetapi, semua peruntukan Perlembagaan tersebut hendaklah diselaras dengan semua peruntukan lain. Satu peruntukan Perlembagaan harus ditafsirkan dan dianggap sebagai sebahagian daripada Perlembagaan itu sendiri dan ia perlu diberi makna dan aplikasi yang tidak berkonflik antara satu sama lain.

Apabila ada dua peruntukan yang dilihat secara harfiah seolah-olah bercanggah, peruntukan berkenaan harus ditafsirkan sedemikian rupa dengan memberi kuat kuasa kepada kedua-duanya. Jika diteliti prinsip ini dalam kes membabitkan persoalan tafsiran Perlembagaan, beberapa rumusan boleh dibuat.

Antaranya ialah, (1) keputusan mahkamah mengenai tafsiran Perlembagaan hendaklah mengelakkan daripada menyebabkan dua 'kepala' percanggahan bertembung. 'Pertembungan' itu tidak boleh dilihat sebagai 'pertentangan', tetapi hendaklah diselaraskan. (2) Mahkamah hendaklah 'mendamaikan' atau 'mengharmonikan' mereka.

Bukan pendekatan harmoni

(3) Sekiranya mahkamah tidak dapat mendamaikan peruntukan terbabit, mahkamah harus mentafsirkannya dengan memberikan peruntukan tersebut kesan yang sebaik mungkin. (4) Mahkamah juga harus ingat bahawa tafsiran yang mengurangkan maksud satu peruntukan akan mematikan peruntukan berkenaan dan itu bukan pendekatan harmoni.

(5) Apabila mahkamah menyelaraskan peruntukan berkenaan ia bukan bertujuan memusnahkan mana-mana peruntukan undang-undang atau untuk membuat peruntukan itu tidak berguna, tetapi bertujuan menerima pakai semua peruntukan Perlembagaan.

Prinsip ini disebut oleh hakim yang arif dalam kes Phang Cheng Hock. Walaupun isu berbeza, keputusan kepada kes Phang Cheng Hock ini sangat penting untuk memberikan 'kehidupan' kepada setiap patah peruntukan Perlembagaan dengan pendekatan tafsiran 'pengharmonian.'

Sekiranya prinsip atau pendekatan tafsiran ini diambil perhatian sewajarnya, kita mungkin dapat melihat keputusan berbeza dalam penghakiman Mahkamah Rayuan yang membabitkan kebebasan asasi dalam soal transgender pada 7 November lalu.

Sebagai rumusan, apabila kita bercakap mengenai peranan mahkamah untuk memelihara Perlembagaan, ini bukan bermaksud mahkamah hanya menjaga kebebasan asasi saja. Mahkamah memainkan peranan besar untuk menjaga keseluruhan prinsip dan pengisian Perlembagaan itu sendiri, termasuklah sistem dualisme perundangan yang juga menjadi prinsip asas Perlembagaan.

Dengan kata lain, prinsip asas Perlembagaan bukan semata-mata kebebasan asasi. Sekiranya mahkamah gagal menjaga kesemua prinsip dan asas Perlembagaan, dan juga tidak dapat, dengan bijaksana, mengimbangi kepentingan prinsip asas itu, maka mahkamah akan gagal dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga dan memelihara Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara serta undang-undang yang membentuk asas negara.

Justeru, tidak boleh tidak, mahkamah hendaklah bijaksana dalam mengimbangi kepentingan semua prinsip asas yang membentuk Perlembagaan. Mahkamah tidak boleh melebihkan satu peruntukan daripada yang lain kerana ia akan mengecewakan Perlembagaan itu sendiri. Shamrahayu A Aziz ialah Felo Utama, Pusat Kajian Syariah Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)  Berita Harian Kolumnis KHAMIS, 13 NOVEMBER 2014 @ 10:34 AM

Mendalami 
sejarah Internet

BUKU ini ditulis oleh Profesor John Naughton seorang ahli akademik dan wartawan. Beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kolej Wolfson, salah satu daripada 31 kolej yang terdapat di Universiti Cambridge, United Kingdom (UK).



BUKU ini menggunakan bahasa Inggeris yang cukup mudah tanpa istilah yang bersifat terlalu teknikal.

Beliau juga seorang profesor yang mengajar subjek Pemahaman Awam Terhadap Teknologi di Universiti Terbuka dan kolumnis ruangan The Networker dalam akhbar hari Ahad UK, The Observer.

Latar belakang beliau sebagai seorang sejarawan teknologi membuatkannya tertarik dengan Internet yang disifatkannya ciptaan teragung pada abad ini menyamai penciptaan mesin cetak pada tahun 1455.

Walaupun Internet cukup berkuasa dan digunakan secara meluas, beliau bingung kerana sebahagian besar orang ramai jahil tentang teknologi berkenaan yang mula beroperasi pada 1983.

Ungkapan yang sering disebutnya: “Demokrasi memerlukan rakyat memahami segala perkara yang memberi kesan kepada mereka.

“Harga kebebasan yang diperoleh melalui demokrasi harus dibayar dengan cara sentiasa berjaga-jaga dan saya dapati tidak banyak kewaspadaan di pihak orang ramai pada masa ini terhadap semua bidang termasuk Internet.”

Sebagai respons terhadap kurangnya pemahaman orang ramai terhadap Internet, beliau telah menulis buku ini bagi membolehkan mereka mengetahui sedikit sebanyak tentang teknologi terbabit yang disampaikan dalam bahasa Inggeris yang cukup mudah tanpa istilah yang bersifat terlalu teknikal.

Buku ini menghuraikan fakta-fakta tentang Internet dalam sembilan bab. Angka sembilan itu adalah hasil ilham pakar psikologi dari Universiti Harvard, George Miller. Mengikut teori Miller, manusia hanya mampu mengingat tujuh idea secara serentak, tolak atau campur dua.

Sehubungan itu, Naugh­ton menjelaskan, beliau memutuskan untuk mempunyai sembilan bab sahaja dalam buku berkenaan bagi memudahkan pembaca mengingati sembilan perkara utama berkaitan Internet.

Tajuk buku itu memilih dua tokoh iaitu Johannes Gutenberg yang berasal dari Mainz, Jerman yang telah memperkenalkan teknologi mesin cetak dan Mark Zuckerberg yang mencipta Facebook pada 2004.

Laman sosial itu adalah aplikasi terbesar menggunakan kemudahan rangkaian Internet dengan 600 juta pengguna pada 2011.

Naughton percaya Internet khususnya Facebook akan memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap cara manusia berfikir, berkomunikasi, politik dan kehidupan sosial masyarakat sama seperti kesan besar daripada pengenalan mesin cetak.

Antara kesan pengenalan mesin cetak sebelum ini adalah mewujudkan banyak peluang pekerjaan baharu, kaedah pengiklanan yang lebih canggih dan dinamik serta meningkatkan akses orang ramai kepada ilmu pengetahuan.

Naughton turut menulis tentang sejarah penciptaan Internet oleh dua jurutera, Vint Cerf dan Robert Kahn yang pada peringkat awalnya terlibat membina rangkaian komputer ARPAnet untuk Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS).

Beliau juga menyenaraikan dua sifat Internet yang unik iaitu ia tidak mempunyai satu pusat kawalan khusus dan boleh menghantar apa sahaja bahan sama ada gambar, suara dan data dari satu titik ke satu titik lain tanpa masalah.

Penulis turut menyentuh mengenai persoalan adakah kemunculan laman sosial, portal berita dan blog yang menggunakan kemudahan Internet akan menyebabkan media tradi­sional seperti akhbar akan pupus?

Beliau berhujah, perkara itu tidak akan berlaku berdasarkan sejarah yang membuktikan stesen radio yang diperkenal pada 1920-an tetap wujud walaupun selepas kemunculan stesen televisyen pada 1950-an.

Media baharu dan media tradisional akan wujud secara seiring dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bagaimanapun, untuk terus hidup pihak akhbar misalnya perlu berubah daripada menyajikan berita sahaja kepada medium yang memuatkan komen melibatkan sesuatu isu dan rencana yang bagus.

Pada bab terakhir, Naughton memetik tulisan dua saste­rawan Inggeris, George Orwell dan Aldous Huxley yang meramalkan masa depan dunia yang cukup menakutkan.

Menurut Orwell, pada masa depan, dunia akan diperintah oleh pemerintah zalim yang digelar ‘Big Brother’ manakala Huxley menggelar individu itu sebagai ‘The Director’.

Pemerintah berkenaan akan memerintah secara totalita­rian atau satu kumpulan elit sahaja yang mentadbir dan bukannya kerajaan yang bersifat demokratik dan bebas.

Pemerintah juga akan menggunakan teknologi paling canggih untuk mengawasi setiap pergerakan rakyat, menyekat kebebasan bersuara dan mengawal cara orang ramai berfikir.

Menurut Naughton, ramalan oleh dua sasterawan berkenaan turut dikongsi oleh cendekiawan dalam bidang undang-undang, Tim Wu yang mendedahkan, pengenalan sesuatu teknologi komunikasi baharu akan mengalami satu kitaran yang hampir sama.

Pada mulanya mudah diakses oleh sesiapa sahaja dan akhir­nya akan dikawal oleh satu entiti atau kartel.

Itulah yang berlaku pada perkhidmatan telefon di AS yang pada mulanya ditawarkan oleh pelbagai syarikat tetapi akhir­nya dimonopoli oleh AT&T sahaja. Dalam industri perfileman juga perkara sama berlaku apabila ia hanya dikuasai oleh kartel Hollywood.

Adakah Internet akan mengalami nasib sama ? Hanya masa yang akan menentukan

Onn Jaafar pejuang Melayu jati

DUA minggu lagi, semua para perwakilan UMNO akan berkumpul semula untuk menghadiri satu perhimpunan penting iaitu Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagang­an Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bersatulah kita semua seolah-olah kita tidak pernah bersatu sebelum ini.



Onn Jaafar

Perhimpunan tahunan ini adalah kemuncak kepada ahli-ahli UMNO bukan sahaja kerana dapat berkumpul, berjumpa dan bermesra sesama mereka, malah apa yang lebih penting ialah persidangan ini menjadi platform untuk para perwakilan menyampaikan pandangan mengenai apa yang baik atau kekurangan dalam urusan parti selain usaha-usaha mem­bela bangsa, agama dan negara.

Apa yang diluahkan semuanya akan mendapat perhatian dalam kalangan pe­mimpin tertinggi parti dalam mencorakkan dasar atau mengambil tindakan tertentu bagi manfaat umum.
Begitulah secara tradisinya orang-orang UMNO sejak 1946 lagi meluahkan pandangan dan pendapat ikhlas semata-mata untuk menyuburkan perjuangan UMNO terhadap rak­yat, khususnya orang Melayu.

Bagaimanapun, dalam zaman cyber yang serba canggih hari ini, saya lihat pemimpin-pemimpin kita sering dicemuh, dicaci dan dimaki tanpa rasa segan silu. Dan yang paling menyedihkan, segala kata-kata nista dan fitnah itu datangnya daripada orang Melayu sendiri yang sama-sama berjuang di dalam UMNO.
Saya selaku orang lama dalam UMNO amat bimbang dengan fenomena ini. Bukan tujuan saya untuk menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi apabila pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar yang kita semua kasihi turut dipalit, saya rasa berdosa untuk tidak menegur sikap yang kurang sopan ini.

Kenapa mesti jasa pejuang bangsa, agama dan negara kita ini diputarbelitkan dan terus meni­dakkannya? Sebelum kita semua keliru dan jauh tersesat, ingin saya ingatkan kembali serba sedikit jasa Onn Jaafar dalam penenta­ngan Malayan Union ketika sebelum merdeka.
Persidangan wakil-wakil orang Melayu yang pertama telah berlangsung pada 1, 2 dan 3 Mac 1946. Kongres Melayu dianjurkan berikutan keputusan British untuk meneruskan perlaksanaan Malayan Union yang pada masa itu telah menaikkan api kemarahan orang Melayu di seluruh ceruk tanah air.

Wakil-wakil dari pelbagai pertubuhan Melayu te­lah menghadiri kong­res ini di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur selain beribu-ri­bu orang lagi turut berkumpul di situ.
Pada masa itu, Onn Jaafar yang mempe­ngerusikan kongres telah berucap dengan penuh semangat, mendedahkan per­buatan curang Bri­tish yang memungkiri janji mereka kepada orang Melayu. Onn Jaafar turut mengingat­kan padah yang akan menimpa orang Melayu dan tanah Melayu sekiranya Malayan Union diteruskan.

Onn Jaafar tidak jemu-jemu menyeru kepada orang Melayu agar bersatu hati. Ujian kepada orang Melayu ketika itu adalah menyatukan persatuan-persatuan mereka di bawah satu payung. Ungkapan kata-kata Onn Jaafar yang menjadi pegangan kuat orang Melayu ialah:
“Marilah kita tunjukkan kepada dunia iaitu roh dan semangat datuk nenek moyang kita itu masih ada lagi dengan kita. Marilah kita tunjukkan iaitu dengan persatuan di antara kita maka kita berkehendakkan menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan subur, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tetap dan bersatu”.

Kata-kata semangat ini jelas me­nunjukkan usaha ke arah meninggikan maruah bangsa, menyeru orang Melayu agar bersedia menghadapi segala ancaman sekeliling. Inilah ungkapan Onn Jaafar yang didendangkan ke telinga wakil-wakil da­lam pertemuan berikutnya, sekali gus menjadikan beliau seorang pe­rintis perubahan bangsa menggunakan landasan politik.
Banyak lagi usaha dan ungkapan-ungkapan Onn Jaafar yang telah menyemarakkan obor perjuangan Melayu sehingga berjaya mematahkan penubuhan Malayan Union. Perjuangan ikhlas Onn Jaafar dan pejuang-pejuang kita yang lain akan tetap terpahat dalam lipatan sejarah tanah air.

Selaku orang lama, saya ingin melihat anak cucu cicit orang Me­layu terus menjadi pewaris kepada perjuangan bangsa yang menghargai nilai sejarah pemimpin-pemimpin terdahulu.

Bersatulah kita semua seolah-olah kita tidak pernah bersatu sebelum ini.

SuperMokh kekal dalam ingatan

KUALA LUMPUR – Semalam adalah hari lahir Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, dan jika hayatnya masih ada usia legenda bola sepak negara itu mencecah 61 tahun.

Google beri penghormatan kepada SuperMokhMemiliki 167 kaps antarabangsa bersama pasukan kebangsaan dan berjaya menjaringkan 125 gol.

Biarpun sudah 23 tahun meninggalkan kita semua, namun beliau yang turut terkenal dengan jolokan SuperMokh tetap dikenang sebagai legenda yang tiada gantinya.




MOKHTAR DAHARI menjulang Piala Malaysia 1981 selepas membantu Selangor menewaskan Singapura 4-0 dalam perlawanan akhir. Kejayaan itu antara deretan trofi yang pernah dimenangi legenda bola sepak negara ini. -

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor pada pukul 8.25 pagi 11 Julai 1991 ketika berusia 37 tahun akibat penyakit Motor Neuron Disease (MND).

Andai Stadium Merdeka boleh berbicara pastinya banyak yang akan diceritakan tentang kehebatan Mokhtar kerana tempat itu bagaikan rumah kedua buat pemain dari Setapak tersebut selain menjadi saksi sejarah dilakar oleh legenda negara tersebut.

Sepanjang hayatnya, Mokhtar pernah melakar banyak kejayaan yang mengharumkan nama negara malah kecemerlangan terbaik pernah di­cipta dalam karier sebagai penyerang adalah dengan menjaringkan gol penyamaan ketika menentang skuad England B pada 1978 dalam aksi siri jelajah skuad Three Lions itu.

Bagi penyokong yang pernah hadir menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Merdeka pada 30 Mei 1978 pastinya akan mengingati saat Mokhtar melepaskan tendangan kencang dari jarak 40 meter hasil gerakan solo selepas gagal dihalang oleh pertahanan England B hingga menewaskan penjaga gol pasukan lawan Joe Corrigan.

Corrigan yang dianggap antara penjaga gol terbaik di Eropah dan juga pemain Manchester City dilihat tersungkur selepas gagal menangkap bola yang terlalu laju ketika menembusi gawang England B.

Jaringan Mokhtar pada minit ke-32 tersebut menjadikan kedudukan 1-1 selepas Alan Kennedy meledak gol seawal minit ke-14 sekali gus menjadikan stadium gegak gempita dengan sorakan penyokong malah jurulatih pasukan England B, Bobby Robson turut memuji kelincahan dipamerkan legenda bola sepak negara itu.

Itu adalah antara memori yang paling seronok dijadikan modal bagi mengimbau kejaguhan Mokhtar oleh penyokong yang berada di zaman kegemilangan penyerang tersebut malah gelaran Supermokh melekat selepas jaringan padu menentang England B itu.

Sebelum aksi menentang England B, Mokhtar telah mengukuhkan namanya sebagai penyerang yang wajar digeruni malah dua jaringannya juga telah membantu skuad kebangsaan menundukkan Arsenal pada 1975 dalam aksi persahabatan di Stadium Merdeka.

Mokhtar dan Diego Maradona turut bertembung di Stadium Merdeka dalam perlawanan persahabatan antara Pilihan Selangor dengan Boca Juniors pada 1982, empat tahun sebelum bekas jagoan dan jurulatih Argentina itu menjulang Piala Dunia di Mexico.

Hasil kerja keras Allahyarham dalam bola sepak turut dihargai dan pada usia 23 tahun, Mokhtar diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai Penyerang Terbaik Asia, malah pada ketika itu turut dinobat sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.

Allahyarham turut dianugerahkan Ahli Kelab Seabad Gabu­ngan Bola Sepak Asia (AFC) 1999, manakala pada 8 Mei 2010, Kementerian Belia dan Sukan memberikan penghormatan kepadanya dengan menamakan salah satu gelanggang Kompleks Futsal Putrajaya, Gelanggang Mokhtar Dahari.

Memori yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham pastinya akan terus di ingat sepanjang zaman dan sehingga kini masih belum ada yang layak menggantikan tempat pemain itu sebagai penyerang berbisa.

Beliau meninggal dunia pada hari Khamis, 11 Julai 1991 jam 8.25 pagi di Pusat Perubatan Subang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. Al-Fatihah.

Corrigan pernah tersungkur kerana Mokhtar

Cerita suka-duka di sebalik konvokesyen

SEKARANG musim konvoke­syen. Setelah beberapa univer­siti tempatan mengadakan maj­lis konvokesyen, kini tiba pula giliran Universiti Utara Malaysia (UUM). Penulis sebagai salah seorang tenaga akademik universiti tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menjayakan majlis konvokesyen kali ke-27 UUM.

Apalah salahnya jika para gra­duan ini berjumpa dengan bekas pensyarah ini untuk mengungkapkan ucapan terima kasih. Ucapan ini walaupun nampak remeh dan biasa namun memberi erti yang besar buat bekas-bekas pensyarah ini.


SEBAHAGIAN daripada graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke-38 di Serdang, Selangor pada 2 November lalu.

Majlis konvokesyen diadakan sa­ban tahun bagi meraikan para gra­duan yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah (PhD). Kejayaan graduan ini diberi pengiktirafan bukan sahaja oleh pihak pengurusan universiti dan para pensyarah mereka, namun apa yang lebih penting ialah ibu bapa mereka yang telah banyak berjasa.

Bukan mudah bergelar graduan. Bukan juga mudah untuk berjaya setelah berijazah. Banyak liku-liku perjalanan yang akan ditempuh. Setelah berjaya mengharungi pelbagai rintangan semasa bergelar mahasiswa, rintangan yang jauh lebih hebat sedang menanti para graduan. Harus diingat bahawa kejayaan yang dicipta hari ini tidaklah mudah.

Tolehlah semula ke belakang. Ada kalangan rakan-rakan anda yang sama-sama menjejakkan kaki ke menara gading tetapi tumpas di perjalanan untuk mendapatkan ijazah. Tidak semua rakan anda berjaya melangkah sejauh anda.

Di sebalik sebuah kejayaan pasti ada seribu satu cerita. Begitu jugalah ceritanya dengan penerima anugerah ijazah doktor kehormat konvokesyen UUM kali ini, iaitu Datuk Seri S Samy Vellu.

Semasa menyampaikan ucapan beliau ada menceritakan keperitan hidup beliau yang berasal daripada sebuah estet sehingga berjaya menjawat jawatan menteri Kabinet dan pemimpin kaum India di Malaysia.

Bukan mudah untuknya mencipta kejayaan. Bermula sebagai seorang pelajar biasa yang mempunyai kelebihan berbahasa Inggeris dengan baik, akhirnya selangkah demi selangkah beliau mencipta kejayaan. Pelbagai rintangan ditempuhi beliau boleh dijadikan pengajaran untuk para graduan dan mahasiswa di seluruh negara.

Begitu juga penulis dapat rasakan pengalaman graduan-graduan lain. Sungguh kita tidak dapat ba­yangkan dalam era moden sekarang, masih ada dalam kalangan pelajar yang terpaksa mengikat perut kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan.

Bukan berhadapan dengan masalah biasiswa atau pinjaman pendidikan namun jumlah yang diterima terpaksa dihantar untuk menampung perbelanjaan sekolah adik-adik dan keluarga di kampung. Ada graduan terpaksa menggunakan wang biasiswa untuk memperbaiki rumah keluarga mereka.

Sesuatu yang sukar dipercayai tetapi realitinya masih berlaku pada hari ini. Mereka sanggup bersusah payah demi keluarga. Anak-anak muda seperti inilah yang akan berjaya dan menjadi pemimpin bagi generasi akan datang.

Ada pula cerita graduan yang berkahwin semasa belajar dan berjaya mendapat anugerah tertinggi universiti.

Ini menunjukkan bahawa ber­kahwin pada usia muda bukan halangan yang boleh menyekat kejayaan seseorang. Kedua-dua gra­duan ini telah membuktikan kepada kita. Hendak seribu cara, tidak hendak seribu dalih.

Di samping cerita mengenai graduan, ada juga cakap-cakap daripada rakan-rakan penulis yang agak terkilan dengan sesetengah graduan. Bukan niat mereka untuk mengungkit mengenai jasa yang telah diberikan mereka untuk para graduan ini. Namun sebagai seorang insan, mereka merasakan bahawa para graduan perlu menzahirkan rasa terima kasih sesama manusia.

Setidak-tidaknya pada hari konvokesyen atau hari sebelum atau selepas konvokesyen, para graduan dapat memperuntukkan sedikit masa untuk bertemu dengan bekas-bekas pensyarah mereka.

Apalah salahnya jika para gra­duan ini berjumpa dengan bekas pensyarah ini untuk mengungkapkan ucapan terima kasih. Ucapan ini walaupun nampak remeh dan biasa namun memberi erti yang besar buat bekas-bekas pensyarah ini.

Dalam perjumpaan tersebut ba­walah ibu bapa bersama-sama anda. Mungkin di sebalik perjum­paan tersebut ada wasiat masa de­pan yang ingin disampaikan mereka. Para pensyarah juga ingin berkenalan dengan ibu bapa anda yang banyak menabur jasa.

Ada kalangan rakan memberitahu penulis bahawa pada tahun ini tiada seorang pun graduan datang berjumpa dengannya. Pada tahun-tahun sebelumnya ada juga beberapa orang graduan bertemunya semasa konvokesyen.

Namun, kebanyakan mereka adalah dari golongan pelajar yang mempunyai pencapaian sederhana. Pelajar-pelajar cemerlang seorang pun tidak kelihatan.

Dalam hal ini penulis berpendapat bahawa kedua-dua pihak, iaitu pensyarah dan para graduan perlu saling menunaikan hak masing-masing.

Sebagai contoh, para graduan perlu menghargai segala pengorbanan dan jasa para pensyarah.

Pensyarah juga perlu menunaikan hak para graduan. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran jangan ada berlakunya unsur-unsur yang tidak baik seperti mengamalkan ‘keboncengan gratis’ dalam akademik, melakukan sesuatu yang dilihat tidak adil kepada para pelajar dan sebagainya.

Justeru, adalah menjadi harapan agar cerita-cerita mengenai konvokesyen ini dapat dijadikan iktibar dan panduan untuk semua.

Tahniah kepada semua graduan, para pensyarah dan pengurusan universiti atas segala usaha untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan Islam, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Universiti Utara Malaysia.

Upholding the integrity agenda

SINCE its founding in 2004, the National Institute of Integrity has made its presence felt and the integrity agenda recognised. Thousands of leaders from various sectors have been familiarised with the principle of integrity. Nov 5 has been declared National Integrity Day. The enculturation of integrity in Malaysian culture/society will be enhanced with the implementation of the Third National Integrity Plan 2014-2018.

The integrity agenda may be one of the principles that will save Malaysia from the fall of grace, in the company of those countries considered among the most corrupt in the world. Corruption must not be a subculture embedded in the functions of business and government. Of the 175 countries surveyed in the Corruption Perception Index last year, Malaysia ranked 53th together with Turkey, and in the same band with Mauritius, Georgia, Lesotho, Bahrain and Croatia. Those responsible for creating such perceptions should be sensitised to the damage they are doing to the country.

The 10 least corrupt countries, according to Transparency International, are Denmark, New Zealand, Finland, Sweden, Norway, Singapore, Switzerland, the Netherlands, Australia and Canada. As Malaysia prides itself on its many achievements in various sectors, many of the achievements become diminished by the perception of widespread corruption. The society must take sustained measures to reverse the humiliation, reclaim its pride and set itself the agenda to be among the least corrupt nations of the world.

Year after year, the auditor-general’s reports and the Public Accounts Committee (PAC) reveal to the people various kinds of transgresses. This year, again, PAC noted that there were a lot of serious issues to be addressed and it has to summon 14 ministries and government agencies to explain wastage and fund leakages. These are examples of systematic auditing and with dealings where there are records. Other kinds of dealings are of a different nature and not recorded by the auditor-general or PAC.

Increasingly, many companies and agencies have come to take the Corporate Integrity Pledge (CIP). The CIP is co-developed by the Malaysian Anti-Corruption Agency, Malaysian Institute of Integrity, Transparency International Malaysia, Performance Management and Delivery Unit (Pemandu), Bursa Malaysia, Bank Negara Malaysia, Companies Commission of Malaysia and Securities Commission Malaysia. Indeed, most major multinational companies such as Google, Dell and Marriot have “integrity” as one of their core values.

Datuk Dr Mohd Tap Salleh, who helms the National Institute of Integrity, said: “Political leaders must now act, practise and portray high levels of integrity. They are our role models. Four targets of the National Integrity are to fight against graft; raise the competency of civil servants and improve the delivery of service to the people; enhance economic governance and promote corporate social responsibility and a culture of volunteerism; and, inculcate the culture of integrity in family institutions. Integrity means the inculcation of noble values of selflessness, gratitude, transparency, accountability and honesty.”

Singapore, Indonesia, South Korea, the United States and the United Kingdom and other leading nations take integrity seriously. Malaysia’s foundational ideals of Rukun Negara, 1Malaysia, Islam Hadhari, wassatiyahand the Global Movement of Moderates have embedded in their principles ideals of cleanliness, fair play, justice and honesty in dealings, which are all directly and indirectly related to “integrity”.

The teaching of universal and religious values in Moral Studies, Islamic Studies, the 12 pillars of the civil service, the 16 noble values taught in schools, as well as the 46 values of Islamic education and the infusion of Islamic values in the administration should put Malaysia in good stead to be a society with honour and dignity, enjoining the good and forbidding evil.

The agenda of inviting the people to own “integrity” is the right thing to do. Now, the good leaders from all sectors have to find the ways and means to get the people to internalise the positive value of “integrity”. The main threat and risk is that like religion, language, economics and culture, those with personal interest or narrow agenda may hijack the agenda, which will serve the rhetoric of their groups well. Nevertheless, like the sharing of Vision 2020, Malaysia can
share the ideals of the integrity agenda with Asean, the Commonwealth Association of Public Administration and Management and other nations. DATUK DR IBRAHIM AHMAD BAJUNID - NST Columnist 14 NOVEMBER 2014 @ 8:13 AMNST

Investment in innovation pays

MANY have described South Korea’s development over the last half century as spectacular. We now know why. Not so long ago, in the 1960s and 1970s, the country was not very different from us. Underdeveloped and relatively poor. But it is different today. Studies of the country’s rise from poverty point to one major success factor — innovation. South Korea is now a member of the Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), the club of rich industrialised countries. In 2010, it became the first Asian country to host a G20 summit. The country is now rich and technologically advanced.

“Innovation in all its forms, particularly technological innovation, has become a crucial driver of growth, enhancing competitiveness and increasing social wellbeing in all economies of the world.”



South Korea makes use of innovation to drive growth. Samsung, for example, has taken on Apple in the smart phones business.

Many are keen to know their secrets. President Park Chung-hee may have provided the turning point for South Korea. His policy reforms opened the economy up to international trade and motivated equally aggressive investments in innovation by both government and industry. The outcome has been astounding. In the early days when the country was less developed, who would have thought that South Korea would one day own global brands like Samsung, Hyundai and LG, just to name a few. Who would have imagined then that Samsung would take on global brands like Apple in the smart phones business? And Hyundai to challenge Honda for a share of the global car market. Many must still remember the days when we beat them in football to qualify for the first time in the 1972 Munich Olympics. Now, they are in the World Cup. Many believe it has been their commitment to innovation that truly paved the way to their success.

It is not surprising. According to the World Bank, “Innovation in all its forms, particularly technological innovation, has become a crucial driver of growth, enhancing competitiveness and increasing social wellbeing in all economies of the world.” But how did South Korea transform innovation from an activity dominated by academics into a strategic element of business? How did South Korea transform their companies to be highly passionate about innovation? For many years now, the industry there has taken over as the key driver of applied research. Our applied research is still driven by government institutions. Can we learn from the Korean experience to better energise our small and medium enterprises to invest and participate in research and development? Are there lessons from South Korea that can help stimulate innovation among our companies?

An analysis of the Korean innovation formula strongly suggests one key factor of success. And that is literally forcing the innovation culture on Korean business, policymakers, society and the academics. It has not been easy. Like us here, the Koreans were also not born with the innovation culture. They had to strategically cultivate the culture among the population. But how did they do this? There is ample evidence to show that they did this by resorting to the use of law. There, almost every initiative on innovation is implemented with some legal backup. They have laws on science governance. They create laws to stimulate the new technology areas of nanotechnology, biotechnology and many more.

We must try the Korean formula. We should do the same if we are to strengthen our innovation culture. We should proceed with the planned Science Act. It has been on the drawing board far too long. In fact, we should create other legal instruments to drive our science agenda. In Korea, they even have a law that makes it mandatory for the nation to invest in foresight studies every five years. Now, they are thinking of doing it every three years.

Through such laws, South Korea has been able to implement their innovation strategy effectively. We must remember innovation is a long-term process. For example, it took South Korea more than 20 years to be among the global leaders in nuclear technology! Now, they sell nuclear technologies. They also started by learning from international partners. The applied research in South Korea is based on the German Fraunhofer model. There is no doubt that South Korea has succeeded in strategically using the legal instruments to inculcate a vibrant innovation culture among its people, especially industry. The outcomes now speak for themselves. The country’s investment in innovation pays!