November 24th, 2014

Integrity should be made a way of life

CIVIL servants must develop a culture that will pave the way for the emergence of not only a dedicated, efficient and ethical civil service, but also one which gives emphasis on management integrity.

To achieve this objective, it is necessary to have a work culture that incorporates honesty, trust, discipline, responsibility and transparency. While we welcome the incorporation of noble values in the civil service, what really is important is to ensure that the values are practised by all civil servants.

Mere slogans and lip service are not going to help.

Corruption has been with us since the beginning of civilisation. Yet, we cannot be complacent because it destroys not only the economic and social fabric of society, but also the moral foundations of order.

It has been proven in many instances that an individual takes bribes mainly because he is greedy and is presented with opportunities to commit corrupt practices.

Officers involved in corrupt practices are mostly those in charge of law enforcement. To eradicate such practices, all law enforcement agencies should have an internal control system to detect irregularities.

Efforts should continuously be made to instil integrity and ethical values because persons of high integrity are not likely to commit corrupt practices in whatever circumstances.

I believe that the inculcation of noble and ethical values, accompanied by adherence to the oath of good governance, are the most effective ways to fight corrupt practices in the civil service.

To fight corruption, we need to build a strong deterrence that will subject corrupt practices to public scrutiny. The information age is providing citizens and non-governmental organisations with powerful tools to expose local corruption.

The movement towards decentralisation, accountability and transparency at the local government level is gathering momentum.

In this context, the enormous cost of corruption is being explicitly recognised as the urgent need to correct governmental malfeasance.

Corruption is an entrenched symptom of misgovernance often reflected in patronage, red tape, ineffective revenue-generating agencies, large-scale bribery in procurement and failure to deliver services.

But when local officials in charge of public resources are made accountable to their citizens, decision-making becomes participatory.

In turn, a participatory process can be the cornerstone of a national strategy to reform “sick” institutions. The challenge facing local governments is to develop innovative ways of building effective, accountable and transparent systems.

Countries with good governance can expect to attract huge financial and human resources.

In line with the creation of transparent local authorities, steps must be taken to instil moral and ethical values among the staff. This is essential as honesty, sincerity and discipline are important elements every civil servant must possess when discharging his or her duties.

Morals and ethics are not only important to the civil service but also to all sectors of Malaysian society.

The answer lies in every Malaysian as to whether he is prepared to make honesty and integrity a way of life.

Tan Sri Lee Lam Thye, Kuala Lumpur NST Letters 23 Nov 2014

IQ dan EQ serta mengukur nilai diri

IQ (Intelligence Quotient) ialah kebolehan atau kecerdasan intelektual seseorang, memikirkan, menganalisis, menghuraikan, menterjemah dan menguasai sesuatu perkara dan fakta. EQ (Emotional Quatient) ialah kebolehan atau kecerdasan emosi seseorang untuk mengawal, memberi reaksi dan respons ketika berhadapan dengan sesuatu situasi.

Orang yang hebat ialah orang yang memiliki kedua-duanya, iaitu tahap IQ dan EQ yang tinggi. Lazimnya untuk mendapatkan orang yang memiliki IQ yang tinggi lebih mudah, berbanding untuk mendapatkan orang yang mempunyai EQ yang tinggi. Sebenarnya, kecerdasan emosi atau EQ adalah lebih penting dalam penilaian menentukan kewibawaan seseorang.

Sebab itulah sesebuah organisasi atau syarikat, jika hendak mengambil pekerja baharu, mesti mengadakan temu duga. Mengapakah perlu ditemu duga? Bukankah memadai pihak organisasi atau syarikat menilai kemampuan pemohon berdasarkan IQ, iaitu kelulusan akademik mereka sahaja?

Sebab IQ atau kecerdasan minda pemohon sudah tertera berdasarkan pencapaian akademiknya, yang tercatat pada sijilnya, berapa banyak A yang diperolehnya, dan mata pelajaran yang dia mempunyai pencapaian cemerlang.

Walau bagaimanapun, dalam temu duga mengambil pekerja baharu ini, penilaian EQ sangat perlu diambil kira selain penilaian IQ, kerana penilaian EQ menilai sikap individu. Sesebuah organisasi atau syarikat bukan hanya memerlukan pekerja yang cerdas minda, tetapi perlu juga seorang pekerja yang cerdas emosi.

Penilaian EQ menilai tahap kecerdasan emosi individu, iaitu dari segi penguasaan dan kendalian emosi individu. Contohnya dari bahasa badan ketika menjawab soalan temuduga, dapat dinilai penampilan kita, adakah kita seorang yang berkeyakinan dan agresif atau seorang yang tidak bersemangat, kelam-kabut, dan pasif? Penemu duga boleh menilai tahap EQ orang yang ditemu duga berdasarkan cara dia menerima, menghadapi, mengawal emosinya ketika berhadapan dengan soalan yang berbentuk provokasi.

Kecerdasan emosi penting untuk kita mendapatkan sesuatu sasaran dan menjadi magnet diri. Magnet dan aura diri bergantung kepada emosi kita. Jika emosi negatif, magnet dan aura diri kita negatif, kesannya kita akan menarik banyak perkara negatif dalam hidup kita.

Contohnya, pernahkah berhadapan dengan situasi, kita marah sangat dengan pekerja kita yang membuat kesilapan yang sama. Berapa kali kita cakap pun dia masih membuat kesilapan yang sama. Kita marah sebab kita kaitkan marah kita itu, dengan pekerja kita yang membuat kesilapan.

Dan yang penting kita marah kerana kita mendapat magnet yang sama dengan perkerja kita itu, iaitu magnet negatif; benci, kecewa dan marah. Kadang-kadang kita diduga oleh pekerja yang tidak cekap. Adakah kita akan marah dia atau kita nasihatkan kepadanya, supaya melakukan kerja dengan baik dengan cara mengawal EQ atau kecerdasan emosinya?

IQ (kecerdasan minda) dan EQ (kecerdasan emosi) menjadi asas seseorang itu menjadi ‘pekerja yang berkesan’. ‘Pekerja yang berkesan’, apabila membuat sesuatu tugasan; nilaian usahanya’ 2 tetapi nilaian ‘hasilnya’ 10. Sebaliknya ‘pekerja yang tidak berkesan’ pula, nilaian ‘usahanya’ 10 dan nilai ‘hasilnya’ 2. Untuk menjadi ‘pekerja yang berkesan’ IQ dan EQ perlu sentiasa dipertingkatkan, agar sentiasa segar dan berkesan, dengan ilmu, amal dan istiqamah.

Merpertingkatkan IQ dan EQ melalui ilmu, ada dua konsep yang penting dalam hal ini, iaitu pertama, self promotion (promosi diri untuk kerjaya) kedua, self improvement (memperbaiki diri untuk kehidupan). Antara kedua-duanya yang mana lebih penting dibina oleh seseorang pekerja?

Kebanyakan pekerja akan lebih memberikan tumpuan kepada self promotion (promosi diri untuk kerjaya) yang lebih kepada penyuburan IQ. Contoh, untuk kenaikan pangkat, kita sanggup berbuat apa sahaja. Jika menghadiri kursus selama sebulan sebagai memenuhi syarat yang diperuntukan bagi kenaikan pangkat, kita akan cuba menghadirinya walaupun sibuk, dan kalau berbayar pun kita sanggup.

Kegigihan

Tetapi tidak banyak orang akan sanggup memperuntukkan masa dan melaburkan wang untuk menghadiri kursus berbentuk self improvement (memperbaiki diri untuk kehidupan). Sedangkan dalam kursus beginilah kita dapat menimba ilmu untuk mempertingkatkan EQ. Kita sibuk dengan urusan harian sama ada di tempat kerja atau di rumah, kehidupan sosial dan tanggungjawab kita dengan keluarga, hingga tidak ada masa untuk membajai emosi diri sendiri, dengan mencari ilmu, amal dan istiqamah.

Analoginya umpama penebang pokok yang tidak berjaya untuk menebang pokok, seperti yang selalu dilakukannya, kerana gergajinya telah tumpul. Biarpun, dia bekerja dengan semangat, kegigihan dan kekuatan yang sama seperti hari-hari sebelumnya, tetapi kerana dia tidak pernah berhenti seketika untuk mengasah gergajinya, hari itu dia mengalami kegagalan dalam kerjayanya. Alasannya kerana setiap hari dia sibuk menebang pokok yang menjadi tugasannya, hingga dia tidak sempat mengasah gergajinya yang menjadi alat penting dalam tugasnya itu.

Maksudnya kerana pekerja itu enggan memperuntukkan masa untuk mempertingkatkan tahap efisien diri dan caranya bekerja, akhirnya dia gagal menjadi ‘pekerja yang berkesan’. Dia telah bekerja dalam nilaian usahanya 10, tetapi hasilnya hanya dapat dalam nilaian 2 sahaja.

Tetapi, jika pemuda itu mengambil masa setengah jam untuk mengasah gergajinya, maka hasil kerjanya sebagai penebang pokok, pasti menjadi nilaian 10, biarpun usahanya hanya dalam nilaian 2 sahaja. Banyak kita jumpa, orangyang nampak rajin dan berkerja keras, tetapi mendapat pulangan hasil yang tidak seberapa.

Bagaimanakah cara untuk membaiki diri melalui peningkatan EQ (kecerdasan emosi)? Carilah ilmu dengan membaca, mendengar, berdiskusi, dan berinteraksi tentang ilmu yang positif. Hadiri seminaryang memperingkatkan motivasi serta mengasah dan menajamkan inspirasi kita.

Hal ini amat penting kerana, apabila menghadiri seminar begini, kita belajar bukan dengan mendengar sahaja, tetapi kita berpeluang berada di sekeliling orang yang positif. Situasi ini akan meningkat kerohanian dan roh kita, dan lama-lama kita akan dipengaruhi dengan aura yang positif.

Jadilah orang yang ‘commitment’ (komitmen/memberi perhatian sepenuhnya), bukan manusia interested (berminat). Orang yang interested akan hanya pergi ke majlis yang dia minat dan dirasakan akan mendapat pulangan duniawi sahaja, wang ringgit misalnya.

Orang yang ‘komitmen’, iaitu orang yang akan membuat sesuatu untuk membaiki diri sendiri, walaupun tidak ada masa dan tidak cukup wang, dia akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang boleh memberikan manfaat kepadanya dunia dan akhirat.

Insya-Allah diri akan berubah. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.

Orang yang lebih mementingkan self improvement (memperbaiki diri untuk kehidupan), bukan hanya mendapat peningkatan kecerdasan emosi untuk kerjaya sahaja, tetapi juga mendapat manfaat dari segi kesuburan fizikal, mental, kerohanian, hubungan dengan manusia, kewangan dan sosial yang perlu diberikan pengisian dalam kehidupan seharian kita, yang memberikan kesan kepada emosi.


JOM AUDIT DR. MUHAYA MUHAMAD Utusan Malaysia Rencana 23 November 2014 2:22 AM

Dengar rintihan askar tua

Empat hari lalu, beberapa orang askar pencen daripada pangkat mejar hingga jeneral ajak Kunta Kinte sembang di sebuah kelab golf di Selangor. Kunta Kinte tabik spring kepada sesiapa sahaja yang jadi askar. Masa dalam Tingkatan Lima pada tahun 1966, Kunta Kinte layan juga angan-angan nak jadi askar. Kunta Kinte masuk ujian kawad pasukan kadet tapi gagal. Komander kata, Kunta Kinte kawad macam orang mabuk tuak.

Kunta Kinte tak main golf tapi ramai askar pencen pangkat tinggi kaki golf. Selain Kunta Kinte, mereka ajak juga pensyarah universiti, ahli profesional muda dan orang UMNO. Kunta Kinte gembira dengan kehadiran orang muda berpelajaran tinggi. Alhamdulillah. Bagi Kunta Kinte, merekalah pemuda harapan bangsa.

Bekas pegawai tentera itu ada hajat nak sampaikan perasaan mereka kepada kerajaan dan UMNO. Boleh kata majoriti mereka sokong kerajaan. Maklumlah sepanjang tempoh berkhidmat, mereka sumpah taat setia kepada Raja dan negara. Mereka sangka Kunta Kinte cukup rapat, akrab dan intim dengan pemimpin negara. Kunta Kinte kata, anggapan mereka itu tak berapa betul. Kunta Kinte hanyalah wartawan tua.

Tapi, Kunta Kinte kata kepada mereka, kalau mereka ada benda nak bagi tahu pemimpin negara, mereka wajib bagi tahu. Banyak saluran yang mereka boleh guna. Kunta Kinte kata, tak guna mereka sembang dan bincang sana sini sampai tekanan darah naik, tapi tak buat apa-apa. Mereka kena bagi tahu pemimpin negara, tak kira daripada parti mana. Sama ada pemimpin negara dengar atau tidak, ambil endah atau tidak, itu perkara lain. Kunta Kinte kata, mereka tak boleh paksa semua pandangan mereka diterima dan dilaksanakan. Yang penting mereka bersuara dan bagi tahu apa yang terpendam dalam fikiran mereka.

Kunta Kinte tabik spring sekali lagi bila Kunta Kinte dapat tahu yang askar-askar pencen itu cukup 'up-to-date' dengan teknologi maklumat. Mereka guna khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram. Tak hairanlah pengetahuan mereka luas dan pemikiran mereka kritis.

Ringkasnya, mereka bimbang hala tuju politik, pentadbiran, ekonomi dan keselamatan negara, khususnya berkenaan masa depan orang Melayu dan agama Islam.

Orang Melayu dan agama Islam

Sebagai askar tua yang rasa pahit maung hidup miskin pada zaman penjajah dan sabung nyawa pertahankan negara lepas merdeka, mereka cukup faham perbezaan dulu dan sekarang. Mereka tengok negara membangun dan orang Melayu jadi lebih senang dan dihormati. Jadi tak peliklah kalau hari ini mereka bimbang tengok apa yang telah dan sedang berlaku kepada orang Melayu dan agama Islam.

Kunta Kinte faham sentimen mereka. Mereka bimbang dan marah dengan cabaran dan persendaan orang bukan Melayu dan orang bukan Islam terhadap orang Melayu dan agama Islam. Mereka baca laporan media massa berkenaan kedudukan ekonomi orang Melayu yang makin lemah, jurang pendapatan yang makin luas antara kaum dan antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka bimbang dengan kadar inflasi dan dengan keadaan anak cucu mereka. Walaupun pelajaran generasi muda lebih tinggi daripada generasi mereka, tapi hidup mereka tak sebaik mana. Nak beli rumah pun dah tak mampu sebab harga terlalu mahal.

Kunta Kinte kata, sebenarnya orang bukan Melayu dan bukan Islam lebih ambil berat dan lebih tahu mengenai hala tuju negara sebab itulah mereka lantang bersuara, mendesak dan bertindak. Ini adalah kerana mereka kuasai ekonomi dan kerjaya profesional. Misalnya, mereka dah tahu orang Melayu yang dulu pecah dua sekarang dah pecah tiga - UMNO, PAS dan PKR. Itu tak masuk lagi Melayu tradisional, Melayu liberal dan Melayu dogmatik di luar politik kepartian. Pada pandangan Kunta Kinte, sebab itulah pihak-pihak tertentu di kalangan orang bukan Melayu dan bukan Islam tak lagi hadkan desakan dan asakan mereka terhadap Melayu.

Mereka dah tahu orang Melayu tak sekuat dulu lagi sebab Melayu dah pecah-belah, kepemimpinan Melayu boleh dilaga-lagakan dan dilemahkan dengan wang ringgit. Duit tak jadi hal sebab mereka kuasai ekonomi. Kita tengok sajalah apa yang jadi di Cameron Highlands dan amaran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, kepada pembalak yang amalkan rasuah di negeri beliau.

Gerakan global

Kunta Kinte pun pening tengok perangai sesetengah orang Melayu kita. Cakap fasal agama bukan main. Ada yang solat sampai lebam dahi. Tapi bila tengok duit runtuh iman. Tengok sajalah bagaimana ramainya kakitangan awam dicekup kerana rasuah.

Kunta Kinte rasa, orang bukan Melayu dan bukan Islam dah lebih daripada tahu yang Melayu boleh dibeli. Satu masalah dah selesai. Jadi sekarang mereka tumpukan kempen mereka terhadap Islam sebab mereka tahu Islam adalah pertahanan terakhir orang Melayu.

Maka timbullah isu kalimah Allah, kitab Injil dalam bahasa Melayu dan Indonesia serta banyak lagi hal berkaitan agama dan kepercayaan. Masalahnya orang Islam sendiri tak faham atau tak ambil kisah strategi pecah dan perintah terhadap Islam ini.

Ini bukan fenomena Malaysia saja. Ia adalah gerakan global kerana orang bukan Islam, khususnya Kristian, sedar yang Islam sedang berkembang dengan lebih pantas daripada agama-agama mereka. Mereka sangat bimbang dengan bilangan orang Islam yang bercempera di negara-negara Barat.

Unjuran Pusat Penyelidikan Pew, Amerika Syarikat, menganggarkan bilangan penduduk Islam dunia akan naik kira-kira 35 peratus dalam masa 20 tahun - daripada 1.6 bilion pada tahun 2010 kepada 2.2 bilion pada 2030.

Jadi kita orang Melayu dan Islam di Malaysia kenalah faham dan atur langkah pertahankan hak kita tanpa ambil kira kecenderungan politik sebab bila orang Melayu dan orang Islam pecah-belah, bilangan kita yang ramai tak bermakna. Lagilah bahaya bila kepemimpinan politik dan pentadbiran Melayu-Islam boleh disogok dan digula-gulakan dengan kekayaan dan kesenangan sampai abaikan rintihan dan kepentingan rakyat jelata. Wallahuaklam.


Kunta Kinte Berita Harian Rencana SABTU, 22 NOVEMBER 2014 @ 8:42 AM

Bangkit atau Terima Padah – Muhyuddin

MUKADIMAH - Dalam pertemuan khas bersama sekumpulan wartawan di Bangunan Parlimen pada Rabu lalu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan secara jujur pandangannya mengenai perubahan dalaman parti itu yang agak perlahan walaupun peringatan demi peringatan telah dibuat. Menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-14 sebagai detik hidup atau mati UMNO, Muhyiddin mahu setiap peringkat kepemimpinan dan ahli memanfaatkan tempoh masa yang berbaki tiga tahun lagi untuk memantapkan parti. Sebagai teladan, beliau sendiri bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi lebih tumpuan kepada urusan parti manakala tugastugas pentadbiran yang boleh diwakilkan, akan diserahkan kepada menteri. “Jangan jemput saya banyak sangat untuk potong reben, untuk rasmi itu rasmi ini. Bukan tak mahu (hadir) tapi akan ambil masa. Saya pergi satu majlis dua jam tiga jam sedangkan saya boleh buat banyak kerja di bawah sana jumpa rakyat, menyelesaikan masalah mereka dan bersama mereka,” katanya. Beliau berpendapat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini medan terpenting untuk mengeluarkan parti keramat itu daripada keadaan bahaya. Berikut sedutan wawancara yang turut dihadiri wartawan Utusan Malaysia, ROZAMAN ISMAIL, MARHAINI KAMARUDDIN dan SAIFUL HAIZAN HASAM serta jurugambar, HAFIZ JOHARI.

Pembaharuan UMNO belum memadai

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini yang kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), bagaimana Tan Sri melihat persediaan UMNO dan sejauhmana ahli-ahli belajar daripada kesilapan PRU-13?


Muhyiddin Yassin: PAU kali ini sebagaimana kebiasaan menjadi platform terpenting bagi ahli UMNO dan saya kira diikuti hampir kesemua rakyat Malaysia. Pelbagai perkara akan dibincang dan dibahaskan, ia akan memberi gambaran sama ada UMNO sudah melalui proses transformasi politik atau sebaliknya, (apa) kekuatan dan kelemahan-kelemahan kita.
Selepas PRU-13, kita sudah lalui satu PAU di mana Presiden, saya sendiri dan pimpinan lain telah pun menyuarakan pelbagai aspek yang menyentuh keadaan parti kita, apa lagi dengan keputusan PRU yang baru berlalu dan bagaimana kita nak hadapi masa depan.
Jadi, soal pertama, sama ada kita sudah membuat apa-apa pembaharuan atau perubahan yang perlu kita lakukan, sama ada UMNO semakin kukuh atau tidak dan juga (bagaimana keadaan) parti komponen lain. Dari satu sudut bagi saya, parti kita masih mantap, tiada krisis yang me­landa khususnya UMNO dan dari segi pimpinan boleh dikatakan mendapat sokongan yang besar.
Namun begitu, ini tidak memberikan gambaran bahawa proses transformasi itu sudah dilaksanakan secara sepenuhnya. Kita nak menentukan supaya di peringkat bahagian, sebagaimana biasa, barisan kepemim­pinan mesti mantap. Jangan­ ada isu-isu yang timbul, fokus soal peranan dan tanggungjawab kita sebagai parti. Tingkatkan kegiatan-kegiatan yang boleh tarik sokongan dan keyakinan.
Dalam beberapa sudut, ini ada dilaksanakan namun belum memadai. Walaupun ada perubahan dan pembaharuan, itu tidak terasa dan dirasakan sama ada oleh ahli UMNO atau rakyat biasa yang mahukan UMNO membuat pembaharuan yang jauh lebih besar. Bukan dari segi struktur sahaja atau dari segi susunan yang dibuat pengurusan parti tetapi dari segi pendekatan kita.
Dari segi tindakan-tindakan yang boleh kita laksanakan untuk mening­katkan minat rakyat untuk sokong parti atau menarik minat generasi muda untuk mendukung perjuangan UMNO. Itu belum memadai, jadi kalau ditanya selepas masuk PAU kedua, pastinya mesej ini mesti di­sampaikan secara lebih jelas.
Saya kira, Presiden pasti menyen­tuh hal sebegitu dan saya sendiri akan mengulanginya kerana situa­si­ kita agak lebih mencabar kalau mengambil kira peristiwa yang berlaku dalam tempoh setahun selepas itu, banyak yang timbul, yang menyen­tuh soal hak Melayu, kedudukan Melayu, raja Melayu, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan isu keagamaan.
Bagi saya, kita kena lebih tumpukan soal ini untuk meningkatkan sokongan masyarakat. Saya tidak menyentuh soal komponen Barisan Nasional (BN) yang lain. Pastinya mereka juga harus melalui proses pembaharuan dan perubahan yang lebih pantas. Komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan telah mencuba untuk memulihkan parti mereka tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.

Menjelang PRU-14, akan ada tiga lagi PAU, bagaimana untuk kita pastikan PAU ini tidak sekadar rutin kerana ada yang dibangkitkan dalam PAU terdahulu masih tidak dilaksanakan?
Muhyiddin Yassin: Ya, saya rasa begitu dan saya pun berbincang dengan Presiden malam tadi, kita akui seolah-olah pada pandangan masyarakat umum, UMNO tidak berubah (dalam aspek) yang disebut pada PAU lepas baik dari segi pembaharuan, transformasi politik dan penyusunan semula parti dilihat belum banyak berubah.
Bermakna, kita kena sampaikan mesej yang jelas. Satu tindakan yang tegas dan lebih berani mesti diambil oleh Presiden, saya sendiri dan pengurusan parti untuk melihat bagaimana pembaharuan, perubahan dan program itu nak dilaksanakan secara lebih berkesan sampailah ke peringkat bahagian.
Contohnya, saya usulkan supaya kita adakan satu pasukan pemantau atau naziran parti yang dipimpin pemimpin peringkat Majlis Tertinggi (MT) dibantu oleh pihak yang tidak semestinya orang parti. Mungkin dari universiti atau sukarelawan terpilih untuk pergi ke setiap bahagian atau kawasan Parlimen yang kita menang atau kalah dan telah diputuskan oleh pengurusan untuk diberi fokus. Supaya yang kita kalah, kita nak menang dan terus kekalkan. Yang menang tipis bagaimana nak perkukuhkan kedudukan kita dan yang kita kalah tipis bagaimana nak kembalikan semula.
Strategi itu telah dikenal pasti, jadi kita akan hantar pasukan ini sepanjang masa, bukan ikut musim. Supaya perubahan, pembaharuan dan peningkatan sokongan itu terbukti nyata berlaku. Bukan sekadar mereka nyatakan kesanggupan, ikrar atau baiah sahaja. Itu tak memadai, saya lihat kita kena ambil tindakan yang luar biasa dan lebih tegas.
Saya dan Presiden, semalam pun kita bincang perlu luangkan masa yang lebih kepada urusan parti. Pasal kita ini tahulah, tenggelam dalam urusan-urusan kerajaan walaupun itu penting, sehingga urusan parti tidak mempu­nyai ruang masa yang secukupnya.
Jadi sekarang, kita boleh delegate benda-benda yang kita fikir menteri boleh jalankan. Peranan saya dan Pre­siden saling membantu untuk melihat setiap (aspek) ini secara lebih dekat supaya kita boleh campur tangan awal kerana bagi saya, tempoh tiga tahun yang mendatang amat singkat.
Saya katakan kita sudah capai tahap agak kritikal, kalau perubahan atau pembaharuan tidak dilihat berlaku, bimbangnya kita boleh kalah. Isyarat itu sudah jelas  di hadapan kita, kalau tidak bertindak dengan tegas terhadap pimpinan di peringkat mana sekalipun untuk membawa perubahan, maka terpaksa kita ambil tindakan sewajarnya.

Dalam kata lain, pemimpin dan ahli UMNO belum pulih daripada dua PRU sebelum ini?
Muhyiddin Yassin: Lebih kurang begitulah. Ya, dia celik mata tapi mungkin pandangan dan persepsi terhadap isu atau permasalahan tidak difahami dan dihayati. Atau untuk capai perubahan dan pembaharuan itu, gerak kerja yang lebih tegas dan kerap tidak diberi perhatian, masih ada isu dalaman yang tidak diselesaikan, masih ada perebutan jawatan, masih ada politik wang, masih ada kelalaian, kealpaan dan kelekaan termasuk sayap-sayap parti. Ini satu muhasabah diri yang kita kena akui tapi kita mesti ambil tindakan yang lebih tegas, berkesan dan berani.

Tiga sayap jangan lesu


Tan Sri kata Presiden dan Timbalan Presiden sendiri tidak mahu tenggelam dengan urusan kerajaan tetapi tumpu kepada parti. Bagaimana dengan tiga sayap?
Muhyiddin Yassin: Tiga sayap ini penting, bila kita sebut begitu, ruang masa dan tumpuan yang lebih bukan sahaja kepada induk tapi aspek ketiga-tiga sayap yang kita tahu sayap utama. Mereka harus membantu, harus melengkapkan mana-mana kekurangan, mereka harus bergerak lebih cergas dan mesti responsif kepada isu dan permasa­lahan yang biasa timbul.
Jangan ada orang menganggap Pemuda, Wanita atau Puteri sudah lesu, ataupun sudah tak bermaya atau tak pernah bersuara senyap dan sunyi. Banyak komen seolah-olah (sayap) tidak seperti dahulu bila ada isu, dia ke hadapan.
Sekarang tidak dilihat begitu, (keadaan) ini sudah melalui tempoh yang agak lama, ini tidak boleh berterusan macam itu lagi. Dia kena lebih proaktif dan berani menyuarakan pelbagai permasalahan dan isu yang kita hadapi hari ini, baik yang menyentuh soal parti atau kerajaan.
Kalau mereka tidak mengetahuinya, mereka boleh bertanya dengan kita, boleh kita jelaskan. Banyak rakyat nak tahu apa pendirian parti dan pendirian itu penting baik dalam isu politik. ekonomi dan agama yang kerap kita hadapi hari ini tetapi ada jawapan yang belum diberikan. Sayap-sayap ini harus berperanan begitu.
Lebih-lebih lagi kalau Pemuda, memang dulu ada Pemuda tahan lasak, pendesak, branding itu bukan kerana apa tetapi untuk beri sema­ngat keberanian baharu, kebijaksanaan baharu. Bagi saya, kalau nak ubah, kena berubah. Kalau tak, kita diubah.

Kenapa ini berlaku Tan Sri, sepatutnya UMNO yang berani menjadi semakin berani tetapi daripada berani, ketua-ketua sayap ini jadi terlampau takut untuk menyatakan pendirian dalam sesuatu isu terutamanya hal orang Melayu?
Muhyiddin Yassin: Tadi pun Ketua Puteri datang minta pandangan dan sebagainya. Mereka bertanya kerana sekarang ada pihak nyatakan kena berhati-hati bila bercakap, jangan sentuh soal itu dan ada parti luar yang beri amaran supaya jangan sentuh isu tertentu, tak perlu saya sebut orang tahu.
Saya kata, awak sebagai pim­pinan parti baik sayap atau induk, tanggungjawab itu masih ada di situ untuk menyuarakan atau untuk respon kepada semua isu atau permasalahan terutama yang menyentuh bangsa Melayu dan bila kita sebut begitu, tidaklah harus orang kata dengan sentuh hal Melayu, maka anda ekstrem, perkauman atau mengetepikan hak bangsa lain.
Dalam penggunaan bahasa kita, bukankah ada cara untuk sampaikan mesej dengan jelas tanpa perlu menyentuh perasaan pihak lain. Ada yang boleh kita olah dan adalah penting kita tidak lupa bahawa tumbuh dan bangunnya UMNO adalah untuk perjuangkan nasib bangsa, agama dan negara. Itu tidak berubah dari dulu sampai sekarang.
Cara perjuangan kita mungkin berbeza sedikit tetapi mesejnya sama. Kalau hari ini dengan isu yang pelbagai, kita dilihat sunyi, tidak bersuara dan tidak tegas, kita akan dianggap tidak berani. Lama-kelamaan orang akan tinggalkan kita. Dia kata apa guna kita sokong jika UMNO menjadi parti yang tidak dilihat berjuang untuk kepentingan orang Melayu dan sebagainya.
Bila kita sebut soal hak Melayu, itu tidak bermakna kita menyekat dan menghalang pihak lain untuk mempunyai hak mereka. Semua itu sudah termaktub dalam Perlembagaan tetapi (sekarang) orang Me­layu masih lemah, ekonomi Melayu masih agak tidak ke mana, pendapatan isi rumah orang Melayu dan sebagainya agak jauh berbanding kaum lain.
Kalau soal ekonomi (Melayu) sahaja kita suarakan, tidak bermakna kita bersikap perkauman atau mengambil hak orang lain. Jadi, kita kena jelas, kena faham betul-betul apa asas perjuangan kita dan bagaimana kita nak menghadapinya.

Secara jujur, adakah Tan Sri berpuas hati dengan peranan tiga sayap ini?
Muhyiddin Yassin: Saya boleh memberi gred tapi saya fikir tidak apalah. Tidaklah bermakna Pemuda tidak bergerak, saya pun tidak akan nyatakan mereka macam itu. Pandangan saya hanya satu pihak, yang lebih penting ialah (pandangan) masyarakat umum kerana kita bukan berjuang untuk UMNO sahaja tetapi berjuang untuk bangsa.
Walaupun orang kata Wanita lebih cergas, lebih ke hadapan, tak mengapalah, kita beri kredit yang sepatutnya diberi. Tetapi kita kena ingat belum memadai, belum mencukupi.
Pimpinan Pemuda bukan sahaja di peringkat nasional dan negeri, malah bahagian dan cawangan ada peranannya. Bagi saya, (mereka) mesti disedarkan, mesti ada kete­gasan dalam kita nak menguruskan parti kita dan menangani isu dan permasalahan yang dihadapi oleh orang Melayu.
Kita boleh juga menyuarakan kepentingan kaum lain kerana UMNO tidak berjuang untuk orang Melayu semata mata. Kalau ada orang Cina yang agak mundur dan miskin, boleh juga kita berusaha membantu di peringkat bahagian.  Itu akan mengubah persepsi dan imej parti kita. Bahawa kita tidak hanya parti yang perjuang bangsa Melayu tetapi ambil kira dan bela kaum lain. Walau bagaimanapun, keutamaannya tentulah bangsa Melayu.

Tarik pengundi muda


Sebelum ini Tan Sri beberapa kali sebut UMNO perlu bangkit dan perlu ada faktor Wow! Sudah jumpakah faktor Wow ini?
Muhyiddin Yassin: Belum terjumpa lagi. Saya kemukakan usul itu sebagai cabaran sebab saya dapati dalam situasi sedia ada, orang tidak melihat satu pembaharuan luar biasa yang menarik dari segi idea atau program dan sebagainya, biasa sahaja. Untuk timbulkan kejutan baharu dalam perspektif yang positif, kita kena fikirkannya.
Ada orang kata kalau ada rombakan yang besar dan bariskan pimpinan baharu dalam bahagian supaya yang lama mengundurkan diri, yang muda mengambil alih teraju.  Dia kata itu juga faktor Wow! tetapi saya tanya balik, bolehkah kita buat begitu? (Sebenarnya) ada keterbatasan kerana wujud aturan Perlembagaan (parti).
Kalau ditanya hasrat saya, saya kata mungkin sudah sampai masa untuk kita struktur balik dari segi kepemimpinan. Perlu ditonjolkan tokoh-tokoh muda berwibawa ke­rana kita melihat profil pengun­di pada masa depan ialah anak muda.
Mereka nak lihat di mana pimpinan muda UMNO, di mana suara orang muda UMNO. Jadi, boleh tak dalam langkah pembaharuan untuk mencari faktor Wow baharu, kita  ketengahkan orang sebegini.
Saya tidak tahu adakah perlu ada pindaan Perlembagaan untuk beri kuasa kepada Presiden dan MT untuk susun balik, atau bentuk jawatankuasa penaja baharu sebagai contohnya.  Saya tak tahu, cuma ini lontaran idea tetapi apa yang nak buat dalam parti, kita berpandukan aturan dan perlembagaan.

Presiden sebut kena bagi laluan kepada pemimpin baharu tetapi sejauh mana perkara itu berlaku dalam parti?
Kita tahu di bahagian, sukar untuk lihat pemimpin memberi laluan kepada muka baharu.
Muhyiddin Yassin: Parti kita parti yang demokratik. Barisan pemimpinnya diletak di situ atas dasar pemilihan. Kita sudah rombak sistem pemilihan dengan harapan mereka yang lebih berwibawa, berkelulusan tinggi ditampilkan ke depan.
Saya difahamkan dalam pemilihan yang lepas, sudah ada ruang baharu apabila pemimpin muda diketengahkan tetapi ini baru fasa pertama, kalau boleh dipercepatkan proses itu. Apabila ada masa sesuai, yang lama mengundur diri beri peluang kepada orang baharu. Disusun lapis barisan kepemimpinan yang dianggap lebih menarik, lebih berkelayakan.
Sebagai contoh pada Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, waktu awal untuk kenal pasti calon, katanya tiada orang kerana jika dilihat dalam struktur hierarki parti, orang ini dikatakan sudah pernah lalui pilihan raya dan kalah. Jadi saya beritahu Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed), tolong tengok yang lain. Akhirnya ketemulah Ustaz Mat Razi Mat Ail.
Apabila kita ketengahkan orang lebih muda, lebih berwibawa, ada latar belakang pendidikan agama, (kemenangan jadi) mudah. Itu sebagai contoh tetapi yang nak kita laksanakan adalah jauh lebih besar daripada itu.

Perlukah kita ambil langkah drastik untuk bolehkan orang muda masuk dalam struktur UMNO. Selama ini mereka ada tanggapan akan dicantas.
Muhyiddin Yassin:
Ada beberapa perkara yang saya fikirkan, ini belum dibincang dengan Presiden. Sebagai contoh, kalau ikut hierarki parti, dia mesti melalui proses pemilihan dan kita tak boleh berubah daripada sistem itu.
Walaupun dalam pemilihan itu, ada jawatankuasa yang dilantik, adakah kita boleh melihat peraturan supaya jawatankuasa yang dilantik ini terdiri daripada orang muda. Berapa ramai bilangannya. Ini memberi kuasa kepada pimpinan untuk melantik, cuma kalau pemimpin itu tak suka orang pandai-pandai, walaupun ada klausa itu, dia tak akan pilih orang muda yang sesuai kerana takut akhirnya dia dicabar.
Yang kedua dengan membentuk platform ‘apolitical’, yang seperti dalam politik tetapi tidak dalam hierarki bahagian. Contohnya, Presiden atau saya boleh lantik di setiap bahagian, mereka-mereka yang kita anggap ada ketokohan dan bakat tetapi dia tiada dalam barisan (hierarki kepemimpinan) itu dan diberi tugas yang khusus. Jadi ketua, pegawai, penyelaras, nama-nama jawatan ini boleh difikirkan. Tugas mereka kita beri secara spesifik.
Ini harus diterima pimpinan di setiap bahagian. Jangan mereka lihat, oh inikah bakal jadi wakil rak­yat, maka dicantas. Mereka tidak ada dalam hierarki politik di bahagian, itu kuasa lantikan Presiden atau saya untuk membantu. Mereka ini boleh menyelaras kerja, melihat perkara tertentu yang kita boleh lakukan seperti ke arah mana pimpinan bahagian dalam soal agama, pergi masjid atau surau tak dan lain-lain. Saya fikir itu boleh membantu dan kalau itu dipersetujui, bermakna kita boleh kenal pasti bakat.
UMNO ada 3.5 juta ahli, takkan tak ada tokoh agama, profesional seperti doktor dan peguam, semuanya ada di situ. Cuma bila pergi melalui pro­ses ini, kadang-kadang mereka terhalang dan dihalang atas faktor-faktor yang disebutkan tadi. Ini mungkin satu cara untuk kita beri ruang dan tempat . Bukan dalam hierarki tetapi ‘apolitical’ untuk beri mereka pe­ranan dan tanggungjawab.

Yang jadi punca UMNO makin jauh dengan orang muda, orang yang ada bakat rasa tidak ada tempat.
Muhyiddin Yassin:
Itu satu perkara yang kita dah sedar dulu lagi. Walaupun saya tak nafikan ramai yang masuk orang muda berkelayakan tetapi sumbangan mereka tidak lagi dapat dirasakan kerana mereka tidak ada satu tempat yang agak lebih sesuai untuk bergerak. Itu yang tidak dapat dimanfaatkan parti dan masyarakat. Sekarang kita kena fikir bagaimana untuk kita atasi. Itu yang dalam pemikiran saya.

Budaya cantas mencantas, cah keting, mungkin perlu had tempoh pegang jawatan untuk kekang masalah ini.
Muhyiddin Yassin:
Konvensyen UMNO Johor ada kemukakan juga usul tempoh (pegang jawatan) tiga penggal maksimum. Itu satu idea yang baik, saya fikir MT dan pengurusan parti boleh menelitinya walaupun ia mungkin melibatkan pindaan Perlembagaan dan peraturan parti. Tetapi apabila ada pandangan sebegitu,  kita harus teliti.
Memang ada pro dan kontra tetapi kalau semua pihak bersetuju, bermakna kita tak akan duduk terlalu lama kecuali untuk jawatan utama dan terpenting dalam parti. Namun bagi peringkat tertentu termasuk pertengahan, selepas dua tiga penggal bagi saya cukup memadai untuk dia berkhidmat. Kalau dilihat tidak mempunyai prospek, apatah lagi sokongan sudah merosot, harus beri peluang orang baharu masuk. Tetapi ini mesti melalui proses dan peraturan dalam Perlembagaan parti. Kita boleh kaji dan teliti cadangan itu.

UMNO Selangor perlu berubah


Presiden sudah bagi teguran kepada negeri yang UMNO kalah dua Penggal seperti Selangor malah Johor juga diberi teguran yang mereka tidak selamat lagi, perlu kerja keras untuk menang dalam PRU akan datang. Apa pandangan Tan Sri terutamanya tentang Johor.
Muhyiddin Yassin
: Banyak orang Johor berkata teguran itu okey lah, kita ambil kira tetapi tidak berapa tepat. Di Johor, daripada 26 ketua bahagian, 11 ke 12 orang adalah yang baharu. Maknanya, proses penyusunan itu sudah berlaku. Mungkin maksud Presiden itu tidak harus menjurus kepada Johor sahaja dalam konteks-konteks yang lain, cuma dia berucap di Johor.
Tetapi pastinya kita sedar apa yang berlaku di Selangor dan nege­ri lain yang kita sudah hada­pi kekalahan, jadi oleh sebab itu kita kena ambil satu langkah penyusun­an semula. Pada dasar­nya, elok kita lihat balik di peringkat Se­langor sebagai contoh, (kekalkan) barisan kepemimpinan yang mengepalai di peringkat ne­geri atau nak ketengahkan bakat baharu supaya dapat dikenali dan bergerak lebih awal. Ini perlu kita perhalusi, jika tidak, tidak akan ada satu perubahan yang kita harap boleh berlaku.
Lebih-lebih lagi bila sudah kalah, itu bermakna kita tidak punyai perancangan yang teliti. Kepemimpinan sudah ditolak, faktor-faktor ini perlu diakui dan diambil tindakan untuk perbaiki keadaan itu supaya beban atau bahan kekalahan itu  tidak akan berpanjangan sampai bila-bila.

Adakah kepimpinan UMNO Selangor tidak melakukan tindakan yang sepatutnya?
Muhyiddin Yassin: Ada usaha tetapi bagi saya tidak memadai lagi. Isunya, ia bukan sahaja soal pemimpin tetapi kepemimpinan. Cara, pendekatan, gaya dan langkah-langkah yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan baharu. Kalau dilihat barisan itu seperti itu juga, yang kalah dulu. Itu tidak akan mengubah persepsi pengundi di Selangor. Dia tak melihat itu sebagai menarik atau dia tak yakin dengan barisan kepemimpinan. Ini bagi kita, satu cabaran besar khas­nya di Selangor.
Mungkin perlu ada gerakan khusus untuk mencari bakat. Tempoh masa tiga tahun ini amat penting untuk mengenal pasti tokoh baharu selain tokoh sedia ada yang masih mampu menarik sokongan. Tokoh baharu yang di­lihat sebagai barisan yang bertenaga dan meningkatkan sokongan rakyat kepada mereka.

Tun Mahathir cadang UMNO Selangor dirombak sehingga ada yang mengecam Tun.
Muhyiddin Yassin:
Saya fikir kita tidak harus beri reaksi yang negatif. Beliau sebagai tokoh politik yang cukup matang dan negarawan ulung cukup tahu keadaan itu. Bagi saya, itu teguran membina. Presiden sendiri yang turun ke Selangor selepas itu pun bercakap hampir-hampir serupa. Macam tak ada langsung perubahan...ini adalah fakta.
Mungkin orang Selangor de­ngar­, marah juga kepada saya tetapi yang penting apa yang boleh kita buat, kerana kita tak boleh mengabaikan Selangor, satu negeri paling maju dan penting sejak dahulu lagi. Kalau kita tidak bertindak, kita biarkan kerajaan pembangkang bermaharajalela buat apa yang mereka suka seolah-olah kita tidak boleh lawan strategi yang mereka lakukan. Saya tidak fikir begitu. kita ada banyak tokoh tetapi kena kenal pasti mereka yang layak dan sesuai atas platform yang saya sebut tadi.
Perubahan di Selangor perlu secara besar-besaran tetapi mengikut prosedur. Kita kena fikir, Pre­siden parti dan saya kena fikir.

Mereka di Selangor seperti tidak mempelajari sesuatu?
Muhyiddin Yassin:
Mereka telah pelajarinya tetapi bila tidak diduga kalah teruk begitu seperti dilanggar garuda, untuk bangkit semula agak lambat. Kepedihan dan seksanya bila hadapi kekalahan agaknya masih belum kebah. Oleh sebab itu saya fikir kita kena ambil langkah yang sepatutnya. Ini di peringkat tertinggi partilah, Presiden sudah bersuara, saya akan membantu bagaimana caranya untuk kita lihat Selangor.

Adakah ada jawatankuasa khas atau pasukan untuk melihat perkembangan di Selangor?
Muhyiddin Yassin:
Setakat hari ini, adalah badan yang diketuai Datuk Seri Noh Omar di bawah Majlis Pembangunan Persekutuan, itu dari aspek pembangunan dan kerajaan. Dari segi politik, badan perhubungan. Soalnya, badan perhubungan itu berkesan atau tidak, tahu apa yang patut dibuat? Sudah ada rombakan? Sudah ada program? Sudah ada inisiatif? Saya belum melihat secara terperinci, mungkin ada, mungkin tidak. Tetapi dalam keadaan terkini, kita kena teliti semasak-masaknya.

Tonjolkan bakat anak muda


Tan Sri sebut tentang bakat. Adakah PAU kali ini akan tumpu kepada bakat kepemimpinan?
Muhyiddin Yassin:
Maksud saya tadi, dalam apa pun yang kita nak bincang, kita kena lihat kepada aspirasi generasi zaman sekarang. Mengikut profil penduduk dan pengundi pun, pastinya segolongan besar dalam golongan bawah 40-45 tahun. Dalam tempoh tiga ke empat tahun ini, kalau setiap tahun ada beberapa juta tambahan pengundi, semua ini orang muda.
Sebab itu apabila membicarakan soal bakat tadi, bukan bermaksud kita nak menafikan peranan orang lama. Biasanya ada gandingan orang lama dan baharu tetapi kena tonjolkan ikon anak muda. Orang yang sebaya, sepemikiran tetapi cerdik dan faham.
Saya bertemu dengan ramai mahasiswa baru-baru ini di Canberra dan Perth. Ini anak-anak kita yang cerdik. Soalan bukan main hebat-hebat belaka. Maknanya mereka faham dan tahu. Dengan teknologi maklumat dan komunikasi, mereka memahami apa isu yang timbul dan mereka mahukan penjelasan. Mereka ini bakal pengundi, mungkin sudah berdaftar sebagai pengundi pun. Bukan seperti dahulu,
tanya soal jalan, parit longkang. Dia tanya soal hak asasi, sistem dan dasar kerajaan.
Jadi siapa yang lebih tahu kalau bukan generasi muda yang terdidik. Ini kita harus tonjolkan bahawa UMNO tidak kekurangan dan ketandusan pemimpin. Ada barisan baharu yang berkelayakan, ada keupayaan dan
boleh berinteraksi, memahami citarasa tetapi bertindak atas dasar perjuangan kita.

Boleh sentuh apa sahaja isu


KITA tahu pembangkang agresif mendaftar pengundi. Sejauhmana pula gerakan Biro Keahlian UMNO?
Muhyiddin Yassin:
Setiap bahagian telah diarah. Ini arahan tetap untuk sepanjang masa. Berbanding parti komponen lain, yang paling aktif dan cergas berdasarkan data yang ada adalah UMNO. Namun begitu, usaha masih boleh kita tingkatkan. Umpamanya dalam kalangan ahli UMNO sendiri yang masih belum berdaftar. Mengikut rekod lama, setengah juta, ini kita sudah mula bersihkan dan dapat tahu siapa. Peringkat bahagian kena usahakan kerana mereka ini datang dari cawangan.
Bahagian juga kena tahu gene­rasi baharu yang akan jadi pemilih. Mereka yang kini dalam sistem persekolahan, dalam masa tiga ke empat tahun lagi sudah genap 21 tahun. Jadi kena ambil kira jumlah bakal pengundi muda. Seterusnya,  mengatur program yang boleh menarik generasi muda untuk bersama UMNO. Kalau setakat daftar tetapi akhirnya menyokong pihak sana, tiada juga maknanya. Jadi kita kena dekatkan mereka dengan parti kita, dengan kegiatan Pemuda dan Pu­teri agar boleh tarik perhatian mereka. Inisiatif yang dibuat ini belum memadai dan perlu dipertingkatkan.

Apa isu-isu sensitif yang mungkin diketengahkan pembahas usul dalam PAU kali ini?
Muhyiddin Yassin:
Ini adalah satu perhimpunan parti yang terbesar dan mengamalkan demokrasi, sebab itu akan jadi perhatian umum. Disebabkan ia platform terbaik, maka pastinya jurucakap akan suarakan perkara yang bagi kita penting, sama ada ekonomi, pendidikan, agama dan perpaduan.
Itu tidak akan disekat dan dihalang, bagi saya inilah ruang yang terbaik bagi jurucakap untuk kenal pasti isu dan permasalahan, bukan untuk menambahkan masalah tetapi untuk cari penyelesaian. Oh, anda kata ada masalah tetapi dibiarkan. Cakap apa usul, apa cadangan, itulah yang nanti akan dijadikan panduan oleh pimpinan dan kerajaan untuk mengambil langkah penambahbaikan, pembetulan, penokok tambahan apa-apa perkara yang dianggap wajar.
Mereka pastinya tidak akan dihalang untuk sentuh soal sistem pendidikan atau soal peranan dan memperkasakan sekolah kebangsaan, bagaimana kewujudan sekolah jenis kebangsaan membantu atau tidak membantu perpaduan. Saya tak fikir kita nak sekat dan halang, ini cetusan hati orang Melayu tetapi yang penting apa usul yang mereka nak cadangkan untuk atasi kekurangan dan kelemahan atau menyentuh soal ekonomi yang berbangkit tentang kos sara hidup. Perumahan atau pendapatan orang Melayu masih rendah berbanding isi rumah bukan Melayu atau isu peluang hidup, pekerjaan dan siswazah menganggur. Saya boleh senaraikan berpuluh-puluh perkara. Kita fikir itu relevan tetapi usulnya selain menyentuh soal itu dan memperingatkan pimpinan dan kerajaan tentang perkara pokok itu, apakah langkah yang boleh diambil termasuklah soal isu yang sensitif, yang sentuh soal agama, soal kaum.
Kita sebagai parti yang mendukung kerajaan dan yang utama dalam negara selepas keluar perhimpunan akan membantu negara menjadi lebih kukuh, rakyat lebih bersatu, semangat kerjasama akan ditingkatkan. Itu harapan kita selepas itu.
Dalam usul yang nak disentuh, kita boleh sentuh apa-apa tetapi­ elok dikemukakan cadangan. Macam soal berkaitan Akta Hasutan. Sebelum PAU, hampir semua bahagian yang saya pergi membi­carakan Akta Hasutan. Mereka minta kerajaan berhati-hati, kalau boleh dipertahankan, kalau nak pinda boleh dipinda seperti yang saya pernah saya suarakan.
Itu saya fikir tidak akan disekat atau dihalang, mereka akan kemukakan cadangan atau yang berkaitan dengan soal menyentuh hak raja, Rukunegara. Dalam PAU kali ini saya fikir banyak yang boleh dibicarakan tetapi kita harap cara penyampaian itu tidak disekat.
Ada juga orang peringatkan ja­ngan cakap itu jangan cakap ini. Bagi saya, ahli perlu diberi kebebasan namun ahli mesti tahu cara me­nyampaikan supaya tidak menyakiti hati orang. (Biarlah ) sedap didengar tetapi pedih di dalam hati pasal yang dia cakap itu benar. Itu asas-asas yang saya fikir boleh digunakan oleh jurucakap kita.

Adakah Tan Sri lihat PAU berjaya mengubah landskap politik UMNO kepada politik realiti semasa?
Muhyiddin Yassin:
Yang kita harapkan, masyarakat umum selain daripada Melayu melihat UMNO sebagai parti yang bukan sahaja relevan tetapi dapat menyesuaikan diri dengan pembaharuan dan perubahan zaman. Tidak dianggap dinosaur, tidak dianggap kuno atau tak relevan. Itu penting, kalau tidak nanti apa makna kita berbicara tiga hari tiga malam tetapi selepas itu orang tak yakin dengan kita. Itu harus menjadi matlamat kita.
Hasil daripada perhimpunan itu, orang lihat UMNO faham masalah negara, UMNO prihatin tentang isu orang Melayu, UMNO ada jawapan kepada permasalahan. Bukannya UMNO sebagai parti tunggul begitu sahaja tidak buat apa-apa. Kita nak orang yang sudah yakin bertambah yakin, kalau belum yakin dia ada keyakinan.
Macam saya berbicara dengan seorang mahasiswa berbangsa Cina di Canberra, dia fikir dalam sesi itu saya akan hentam pembangkang, saya tidak akan layan soalan dia. Tidak...saya berdiri sejam setengah menjawab semua soalan. Lepas itu keluar dalam blog dia, kata sudah mempunyai persepsi baharu tentang apa kerajaan dan BN sebenarnya kerana saya jawab soalan mereka dan saya tidak ketepikan. Dia kata semua jawapan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri adalah valid tetapi itu tidak bermakna dia bersetuju dengan saya. Setidak-tidak­nya jawapan saya itu betul, dengan satu sesi sahaja sudah ubah persepsi bahawa BN tidaklah sebagaimana ramai yang orang katakan, ia masih parti yang boleh memberikan jawapan.
Bagi saya, itu satu pengalaman dan saya fikir ini kita boleh lakukan, bersedia untuk terlibat dengan orang muda, terima soalan mereka dan jawab apa yang sewajarnya. Sebahagiannya mungkin tidak faham atau dikelirukan pembangkang tetapi bila kita jelaskan, mereka kata oh itu keadaan sebenarnya, ‘It comes from horses mouth’ (datang dari sumber yang mempunyai autoriti). Ini akan membantu membetulkan persepsi terhadap UMNO dan BN.

‘Kita dalam satu tempoh yang bahaya’


Apa perubahan yang Tan Sri mahu lihat dalam PAU kali ini?
Muhyiddin Yassin:
Perubahan dari segi pemikiran, kita harus sedar bahawa kita berada dalam satu tempoh yang amat bahaya, bukan sahaja mencabar. Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia beberapa tahun lalu, saya kata kita berada di puncak dan di bawah itu kita lihat ada gaung, kalau kita tak betul-betul jaga, kita akan tergelincir.
Jadi, kita nak peringatkan balik situasi yang kita berada sekarang bukan seperti dahulu. Kita sudah ‘kalah’ pun dulu dalam PRU lepas cuma Tuhan bagi kita satu tempoh untuk kita fikir balik bahawa zaman hadapan menjadi zaman yang paling sukar. Saya nak kata, kalau tak betul-betul jaga dan tak buat perubahan dan pembaharuan, kita akan kalah.
Pilihan sekarang sama ada mahu terus kekal hidup dan bernafas atau kita akan kalah. Inilah situasinya. Saya lebih berterus-terang dan ramai orang di luar sana yang bimbang jika UMNO kalah. Mereka kata kalau UMNO terus menerus begini, kita akan kalah. Kalah itu bukan setakat kalah, tetapi hilang kuasa, perjuangan kita akan terbantut kerana tidak ada usaha yang kita boleh lakukan. Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor, seksanya mereka. Melayu dilihat macam sampah di Pulau Pinang, sebab itu sebelum sampai ke tahap itu, kita masih ada harapan tiga tahun lagi.
Jadi saya nak suruh orang UMNO supaya betul-betul bangkit, tidak abaikan tugas dan tanggungjawab kalau mahu lihat UMNO terus kekal relevan, jika tidak kita sendiri akan membawa padah kepada UMNO kerana kelekaan dan kealpaan kita.
Saya tidak mahu generasi akan datang menempelak kita “zaman pemimpin inilah UMNO kalah dan hilang kuasa.”  Malu kita. Kita nak orang Melayu juga sedar bahawa UMNO lah yang boleh berjuang. Memang dalam keadaan sukar tetapi masih ada harapan kalau orang Melayu bersatu menyokong UMNO dan orang UMNO pula dalam barisan yang ada terus berjuang. Ia akan menjadi cabaran yang maha besar dan paling berat tetapi bagi saya, tidak ada pilihan lagi. Pilihan satu sahaja iaitu terus kekal dan relevan atau hilang ditelan zaman.

Walaupun antara hidup dan mati parti pelbagai peringatan dibuat, perubahan ahli UMNO dilihat masih perlahan. Apa masalahnya?
Muhyiddin Yassin:
Mindset, cara berfikir dan pemikiran. Tak wajarlah kalau saya kata orang UMNO tak berfikir. Perlu ada ke­sedaran baharu bahawa kita bukan berada dalam zaman senang, ini zaman susah, zaman hidup mati kita. Kita lihat di luar sana sebahagian besar sudah menolak UMNO, yang ada mendukung masih lagi orang Melayu, jadi kita kena jaga orang Me­layu ini betul-betul di samping bangsa lain yang menyokong kita.
Katakanlah esok ada pilihan raya umum, saya nak tanya menang ke kalah. Bila isu di Selangor, hal Azmin (Ali) dan Khalid (Ibrahim), ada pihak kata elok dibubarkan Dewan Undang­an Negeri (DUN) supaya buat pilihan raya baharu, mudah-mudahan boleh menang. Saya tanya balik kepada orang (UMNO) Selangor, kalau esok dibubarkan DUN, ada pilihan raya, UMNO boleh menang? Seorang pun tak kata ya. Itu contoh di peringkat negeri. Tiga tahun akan datang, jangan bila ditanya soalan sama masih tidak terjawab macam orang Selangor tadi. Bila tanya boleh menang kalau esok pilihan raya? (dia jawab) entah. Dah terlambat. Sekarang nak kata terlambat, memang dah lambat tetapi lebih baik lambat daripada tidak ada langsung. Ada tiga tahun inilah tempoh masa.
Sebab itu Perdana Menteri dan saya semalam kata kami akan tumpukan lebih banyak kepada politik, lebih masa untuk urusan parti. Jangan jemput saya banyak sangat untuk potong reben, untuk rasmi itu rasmi ini. Menteri-menteri pun kalau buat program, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mesti hadir, kalau tak hadir macam tak sah majlis dia. Bukan tak mahu (hadir) tapi akan ambil masa. Saya pergi satu majlis dua jam tiga jam sedangkan saya boleh buat banyak kerja di bawah sana jumpa rakyat, menyelesaikan masalah mereka dan bersama mereka. Hasilnya le­bih banyak daripada duduk dalam mesyuarat.
Kita perlu tahu keutamaan, ini penting kerana kita sendiri pun kena berubah. Cara dan corak bekerja tidak boleh seperti biasa.

Melalui blog dan laman sosial, ada pihak dakwa zaman sekarang lebih teruk dari zaman Pak Lah.
Muhyiddin Yassin:
Mereka mungkin lihat dari sudut kemenang­an kita dalam PRU-13 sebanyak 133 kerusi berbanding 140 kerusi dahulu. Saya pun terlibat dalam proses peralihan pimpinan, saya tak nak buat andaian kalau Pak Lah terus menjadi PM , kita sudah kalah. Saya tak nak begitu tetapi pelbagai analisis boleh dibuat.
Bagi saya yang penting kita kena hadapi, sebab kita masih berkuasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib (Tun Razak), saya timbalannya dan rakan-rakan lain dalam barisan kepemimpinan. Kami masih di sini. Jadi kalau ada isu, semua isu itu bukan dibuat oleh kita, mungkin juga ada sebahagian kita buat masalah itu.
Perkembangan yang berlaku adalah kesan gerakan pembangkang, kesedaran baharu rakyat, kebijaksanaan baharu dan media sosial, ini elemen yang dahulu sudah ada tetapi tidak segagah hari ini. Jadi kita menghadapi zaman baharu yang amat berbeza dengan zaman lima ke 10 tahun lalu.
Yang dahulu senang kita selesaikan masalah tetapi sekarang tidak kerana rakyat lebih bijaksana, dia persoalkan kenapa kerajaan buat begitu, dia persoalkan dasar pendidikan, dasar ekonomi dan BR1M. Semua dia persoalkan, pelbagai soalan dibangkitkan sehingga orang keliru mana yang betul, mana yang tidak.
Jadi kita kena rasional menghadapi perspektif baharu ini. Saya kata ini realiti baharu, apa orang nak kata pun, inilah Malaysia. Orang kata inilah satu kematangan baharu politik orang Malaysia, tak apa lah. Tetapi sebagai pemimpin kita kena hadapi.
Jadi tidak perlulah lagi nak membandingkan dengan yang lepas, pimpinan yang ada mestilah menghadapinya dan beri jawapan, tunjuk ketegasan keberanian, menyelesaikan isu dan permasalahan rakyat, buat sesuatu yang dianggap perlu dan baik. Bagi saya, perbandingan itu biasalah, mungkin akademik tetapi apa yang penting ialah apa penyelesaian kepada semua isu dan permasalahan yang dibangkitkan.

Jika diadakan PRU esok, minggu depan atau bulan depan, adakah UMNO bersedia dan BN boleh catat kemenangan?
Muhyiddin Yassin:
Itulah yang saya kemukakan andaian tadi, bagi saya belum bersedia. Kalau esok ada pilihan raya kurang pasti bagaimana kedudukan kita. Tetapi kerana belum ada pilihan raya, adalah harapan untuk kita perbetulkan kekurangan dan kelemahan tetapi janganlah tunggu dah sampai peng­hujung baru nak fikir-fikir. Tiga tahun ini buatlah apa yang patut.


Utusan Malaysia Rencana 22 November 2014 2:08 AM

Tujuh petua berucap depan khalayak

SATU daripada perkara yang leceh dan paling dirungutkan ialah bila kena berdiri di hadapan orang ramai untuk membuat pembentangan atau berucap sebagai wakil majikan. Keberatan hati itu bukan disebabkan ‘itu kerja orang lain’ atau ‘gaji tak memadai’. Sebaliknya, ia lebih kepada soal ‘sangat segan’.

Glossophobia iaitu takut membuat ucapan di khalayak ramai


Dalam istilah saintifik, ia disebut glossophobia iaitu takut membuat ucapan di khalayak ramai. Ia berkaitan dengan sifat rendah diri melampau (inferiority complex) dan tiada keyakinan diri melakukan pengucapan awam. Tidak terkecuali ialah ketakutan melakukan kesilapan semasa bercakap atau menjawab soalan di majlis terbuka.


Isnin lepas, inilah yang berlaku. Setelah menerima pesanan (berbaur arahan) untuk menjadi wakil akhbar ini ke forum anjuran Pusat Latihan Kepimpinan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), saya membelek program yang dikirim menerusi e-mel.



AKEPT terletak di Labu, Negeri Sembilan memerlukan saya memandu kira-kira 70 kilometer dari Jalan Utusan di Kuala Lumpur.


Tajuk yang diberi tidak rumit. ‘Dinamik Media dan kaedah berurusan’. Audiens dalam program tersebut ialah Naib-naib Canselor universiti. Tarik nafas. Berbicara di hadapan sarjana-sarjana ini kena elak guna bahasa pasar, takut kurang sekolah bunyinya nanti. Itu pertama terlintas di kepala.

Baca lagi e-mel. Panel lain ialah Pengarah Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid. Ini umpama Sir Alex Ferguson digandingkan dengan Steven Gerrard. Seorang pengurus dan seorang pemain. Tidak mengapa. Datuk Jalil berbicara hal trend industri, angka-angka dan strategi. Saya akan bicara apa yang saya tahu sahaja. Ini pelan saya.

Pada permulaan forum, penganjur memberitahu tiada Naib Canselor yang hadir, walaupun bengkel media itu disusun khas untuk mereka. Tersirat kekecewaan dalam nada suara Timbalan Pengarah AKEPT, Dr. Zainal Abidin Sanusi. Nasihat saya kepada beliau, kalau hendak mewajibkan Naib Canselor hadir program AKEPT, pastikan surat jemputan itu ditandatangani oleh Menteri Pendidikan dan kehadiran dimasukkan ke dalam KPI masing-masing.

Berbeza dengan wartawan yang teknik komunikasi lebih kepada antara orang perseorangan (interpersonal). Maka untuk bercakap di hadapan khalayak memang kena baca balik teori pengucapan awam yang dipelajari di kolej dahulu. Ada juga rakan wartawan yang memang berbakat bercakap di hadapan khalayak. Mereka selalu berlatih di hadapan cermin.

Bermula 25 November ini, satu acara besar yang akan menyaksikan sebilangan besar individu tampil di hadapan khalayak bagi menyampaikan pidato dalam Perhimpunan Agung UMNO. Acara ini bukan sekadar menjadi medan penzahiran politik yang utama di negara ini tetapi tidak kurang pentingnya platform untuk menonjolkan keterampilan bakat kepemimpinan individu terutama daripada segi buah fikiran dan teknik pidato yang terbaik.

Sebagai panduan kepada bakal-bakal pemidato terutama yang akan pertama kali naik ke pentas, berikut adalah tujuh petua pengucapan awam yang boleh diguna pakai atau dijauhi kelak:

1 Berlatih, berlatih dan berlatih – Dalam apa kerja pun, kita kena lakukannya berulang kali untuk benar-benar mahir. Pengucapan awam adalah satu seni yang boleh dipertingkatkan melalui latihan yang kerap bermula di hadapan cermin, depan isteri atau suami, rakan sepejabat dan ahli-ahli PIBG.

2 Jangan kemaruk jadi pelawak – Benar, sesuatu pidato jadi lebih ceria dan dapat menangkap perhatian jika diselitkan bahan jenaka. Tetapi berpada-pada. Jika subjek disentuh hal sangat serius seperti agama dan bangsa, elakkan berjenaka.

3 Pastikan fakta tepat – Dapatkan kandungan hujah anda daripada sumber sahih, bukan Facebook atau Wikipedia atau akhbar parti lawan. Anda tidak mahu audiens membetulkan anda di tengah-tengah anda berucap.

4 Susun ayat – guna frasa mudah dan analogi yang bersesuaian bagi memudahkan audiens memahami apa anda hendak sampaikan. Frasa anda yang tepat dan kuat, memungkinkan orang memetik kata-kata anda kelak.

5 Jangan berleter – ini label kepada corak pidato marah-marah tanpa menawarkan jalan penyelesaian. Hadirin sudah biasa dengar dan baca leteran di media sosial. Dalam perhimpunan ini, mahu dengar rumusan penyelesaian, bukan merrepak.

6 Belajar kawal nada suara – Ini sama seperti penyanyi. Permulaan mungkin lembut, memuncak pada korus. Turun naik nada suara akan mampu memaut perhatian, berbanding dengan nada lemah lembik macam orang membaca surat tuntutan LHDN.

7 Kurangkan guna istilah tinggi – Jadilah diri anda sendiri. Elakkan guna ayat seperti ‘kelestarian wahana berteraskan anjakan paradigma menerusi kemampanan ekonomi sebagai ekuiti pasca prakarsa’. Ia tidak menjadikan anda terbilang, tapi perhatian orang pasti menghilang.

Jangan gusar, yakinilah UMNO

'Jangan gusar’, kalimat pendek ini menyimpulkan wawancara khas Mingguan Malaysia dengan Presiden UMNO, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK yang terpaksa diadakan dua kali berikutan jadual ketat Perdana Menteri. Satu wawancara diadakan di bangunan Parlimen pada Khamis, manakala satu lagi di paddock Formula E di Persiaran Perdana, Putrajaya pada Sabtu dalam suasana lebih santai sambil menyaksikan perlumbaan kereta elektrik. Beliau menjawab satu persatu soalan berkaitan keresahan orang Melayu tentang isu kelangsungan UMNO, masa depan bumiputera dan Islam, tanah rizab Melayu, Akta

Bukan orang gusar dengan UMNO, orang gusar dengan YB dan 'balaci' pembodek dan pengampu di dalam UMNO ....



Jangan gusar, yakinilah UMNO
Hasutan, pilihan raya umum serta kritikan terhadap kerajaan, dengan tenang dan penuh keyakinan. Walaupun mengakui ahli UMNO kian luntur semangat perjuangan, Najib yang menerajui UMNO sejak 2009 tetap percaya hanya parti keramat itu yang mampu membawa orang Melayu dan Malaysia mencapai kejayaan lebih cemerlang. Dalam banyak perkara, beliau melihat daripada kaca mata realiti politik sambil menegaskan perlunya tindakan drastik dilakukan untuk menangani kelemahan-kelemahan yang ada dalam parti. Kuncinya, kata Najib, ahli-ahli UMNO mesti terlebih dahulu memperkukuhkan parti selain bekerja lebih daripada biasa dan tidak boleh selesa dengan keadaan. Beliau yang sejak enam bulan ini mengamalkan diet mengurangkan makan nasi bagi menjaga stamina bertekad untuk membawa UMNO menjadi parti masa depan. Bercakap kepada Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, DATUK ABDUL AZIZ ISHAK; Penolong Pengarang Utusan Malaysia, ZULKEFLI HAMZAH; Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, AZMAN ANUAR, Pengarang Rencana Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, wartawan AMIZUL TUNIZAR dan Ketua Juruforo, KADIR BACHOK, Presiden UMNO itu menegaskan: "Kita mestilah melakukan lebih daripada biasa."

KERESAHAN ORANG MELAYU

MINGGUAN: Bagaimana Datuk Seri melihat perhimpunan kali ini?


NAJIB: Sebenarnya hakikat bahawa komitmen UMNO pada masa ini dan kebelakangan ini dalam mempertahan kepentingan orang Melayu masih kukuh. Sebagai contoh buat kali pertama dalam pembentangan Bajet, saya telah memilih memperkasa agenda bumiputera  sebagai tajuk utama dalam belanjawan negara untuk mengetengahkan bahawa kita sebenarnya telah buat banyak untuk orang Melayu.


Lebih-lebih lagi setelah saya buat ucapan di Shah Alam berkenaan dengan hasrat kita dalam memperkasakan lagi agenda bumiputera. Lantaran itu kita menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera dan setiap bulan kita bermesyuarat yang saya pengerusikan bersama Timbalan Perdana Menteri serta semua menteri yang terlibat dalam bidang ekonomi.


Usaha untuk membantu bumiputera ini sebenarnya lebih selaras  dan tinggi komitmennya bila kita mewujudkan satu mekanisme yang merentasi kementerian. Oleh itu, kita berharap orang Melayu tidak berasa gusar bahawa kepentingan mereka akan terus diperjuangkan oleh UMNO.


Banyak program yang kita telah tambah sebenarnya. Misalnya, bila saya ambil alih kepimpinan negara antara mekanisme yang dilakukan ialah menubuhkan Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera), iaitu satu badan yang lebih khusus dan fokus kepada membantu bumiputera. Ekuinas (Ekuiti Nasional Berhad) juga telah berjaya menambah nilai ekuiti bumiputera. Semalam (Rabu) kebetulan kami bermesyuarat dan angka terkini RM 3.6 bilion, hasil tambahan ekuiti ikut pada nilai pasaran yang bertambah bagi bumiputera kerana kewujudan Ekuinas serta private equity investment (pelaburan saham persendirian) yang telah dilakukan melalui peruntukan oleh kerajaan. Setakat ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 3 bilion untuk Ekuinas.


Kerajaan juga telah menambah peruntukan kepada Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Beberapa program tambahan seperti Dasar Carve Out umpamanya, bila kita buat sesuatu projek secara besar-besaran kita tentukan sebahagian daripada kontrak itu diberi kepada bumiputera tetapi melalui tender sesama bumiputera sahaja. Maknanya kita tidak bagi secara rundingan terus. Mana-mana syarikat bumiputera yang memenuhi kriterianya dari segi saham dan pengurusan mesti ambil bahagian dalam tender.  Dalam konteks projek MRT, sebanyak 47 peratus daripada nilai setakat ini telah pun diserahkan kepada syarikat-syarikat bumiputera.


Kita juga telah buat skim Jejak Jaya Bumiputera dengan syarikat-syarikat yang mahu disenaraikan (di Bursa Malaysia).  Sekiranya memenuhi kriteria, kerajaan beri bantuan supaya syarikat-syarikat ini disenaraikan. Begitu juga semua GLC (syarikat milik kerajaan) yang telah pun diwajibkan menjadikan agenda membantu bumiputera sebagai salah satu daripada KPI mereka. Malah saya telah sebutkan kepada mereka bahawa agenda bumiputera ini mestilah anologinya seperti kertas Bahasa Melayu, walaupun semua subjek lulus tetapi jika subjek Bahasa Melayunya gagal maka tidak boleh lulus peperiksaan.
Jadi, itu antara perkara yang dilakukan menunjukkan keseriusan UMNO memperkuatkan orang Melayu dan agenda bumiputera ini  mesti kita lihat dari segi peluang kenaikan pangkat, outwork mobility, soal latihan seperti vokasional dan sebagainya.


Salah satu program yang amat saya minati ialah program khusus yang kita sedang jalankan melalui Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang mana kita nak tukar mereka yang lulus dalam bidang ijazah sarjana muda kewangan dan akauntan untuk menjadi akauntan  bertauliah. Pada masa ini cuma lapan peratus sahaja akauntan bumiputera yang bertaraf profesional. Maknanya ACCA atau CA dan sebagainya. Melalui program ini saya harap jumlah lapan peratus ini dapat ditingkatkan.


Institusi pendidikan juga telah terus berkembang. UiTM  kini telah bertambah dan kini sebanyak 32 kampus di seluruh negara. Ini semua menunjukkan bahawa  kita  masih komited, malah melalui program yang dilakukan ini, usaha membantu bumiputera pada hakikatnya semakin bertambah. Saya juga mahu memberi jaminan bahawa kita akan pastikan pelaksanaannya dapat memperlihatkan kesan-kesan positif dalam membantu bumiputera.

MINGGUAN: Apa cabaran dihadapi dalam menjayakan agenda bumiputera ini?


NAJIB: Beberapa permasalahan besar antaranya masalah struktur dan ini bukanlah masalah baharu tetapi isu lama. Maknanya orang Melayu dan bumiputera lemah dari segi struktur ekonomi terutama dalam rantaian bekalan. Kita tidak dapat menguasai sepenuhnya. Namun kita tetap terpaksa bergantung kepada bukan bumiputera dalam sektor swasta dan lebih besar lagi di GLC. Sebenarnya ini bererti kita berhadapan dengan masalah tidak dapat bersaing dengan sektor swasta. Orang Melayu juga gagal bergantung kepada peluang-peluang pekerjaan dan kontrak dalam syarikat-syarikat yang dikuasai bukan bumiputera. Maka tumpuannya (orang Melayu) bertumpu kepada syarikat-syarikat GLC dan syarikat yang ada kepentingan kerajaan dan bumiputera.
Namun di sektor swasta yang dikuasai bukan bumiputera, agak sukar orang Melayu mendapat kontrak membekal dan sebagainya. Mungkin ini persepsi dan mungkin juga realiti kenapa mereka memberi tumpuan lebih kepada sektor yang dikuasai oleh kerajaan dan GLC. Itu yang pertama dan yang kedua masalah daya saing orang Melayu dalam bidang perniagaan dari segi kemahiran dan pengetahuan. Mahu jadi usahawan tetapi tahap pengetahuan mereka agak rendah.

MINGGUAN: Keresahan itu masih kedengaran seolah-olah banyak lagi yang sepatutnya dilakukan.


NAJIB: Ini kerana jangkaan hari ini lebih tinggi daripada dahulu. Dahulu jangkaan tidak berapa tinggi tetapi sekarang jauh lebih tinggi. Keduanya, perbincangan lebih luas kerana adanya media sosial. Dahulu mereka berbincang juga tetapi tidak ada media sosial. Jadi pendapat mereka tidak tersebar luas. Bila ada dua elemen ini iaitu jangkaan semakin meningkat dan media sosial, jadi apa yang dibincangkan itu boleh jadi viral.


Kini kita berhadapan dengan cabaran baharu dalam persekitaran yang berlainan dengan masa lalu. Keadaan dahulu pendapat disebar dalam kelompok kecil sahaja atau sebar surat layang tetapi agak terbatas. Namun sekarang masing-masing boleh menjadi penulis blog, hantar e-mel dan masuk dalam Facebook.
Jadi pendapat itu boleh tersebar lebih luas dalam masa yang lebih pantas. Maka sebab itulah dunia hari ini lebih mencabar daripada keadaan masa lalu. Kalau kita lihat pada hakikatnya tidak ada program yang kita batalkan. Tolong beritahu saya apa program yang kita batalkan, yang dahulu kita buat dan hari ini kita tidak buat.


Mereka mungkin bangkitkan Kementerian Pembangunan Usahawan  ditiadakan. Tetapi saya bercakap dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang pernah jadi menteri di kementerian tersebut yang mengatakan struktur hari ini lebih baik kerana bila ada Majlis Ekonomi Bumiputera, semua menteri berkaitan ekonomi ada dan bincang secara menyeluruh. Struktur dan keadaan lebih selaras berbanding dahulu. Sebelum ini ada kementerian tetapi bertindak dalam konteks kementerian sahaja tetapi sekarang merentasi kementerian. Oleh itu, dalam konteks kita membantu bumiputera dengan lebih baik dan berkesan berbanding dahulu.

HUBUNGAN KAUM DAN KESEDERHANAAN



Najib Tun Razak meluangkan masa menonton perlumbaan Formula E 2014 di Putrajaya, semalam. Turut hadir bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

MINGGUAN: Hubungan kaum pasca politik baharu semakin mencabar dan orang Melayu merasakan seperti ketidaktentuan.



NAJIB: Saya sedar, dan balik pada soal mereka yang mempunyai sikap yang rasis, ekstrem, tidak hormat orang Melayu dan sebagainya bukanlah satu perkara yang tidak wujud. Ini wujud tetapi pendapat mereka tidak boleh diketahui oleh orang lain dan disebarkan. Kalau dia buat sesuatu komen dalam Facebook atau Twitter, orang lain akan tahu. Ini beri satu gambaran bahawa hal ini semakin menjadi-jadi sekarang.


Namun saya tidak nafikan kita perlu membuat sesuatu untuk mententeramkan keadaan dan tidak boleh biarkan perkara ini berterusan kerana bila sampai satu peringkat boleh mengguris hati dan perasaan orang Melayu serta menyebabkan tindakan yang dilakukan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum. Ini mesti dielakkan.

MINGGUAN: Langkah-langkah untuk mententeramkan ketidakstabilan hubungan antara kaum ini?


NAJIB: Saya menekankan kesederhanaan atau wasatiyah sebagai satu prinsip supaya dalam apa jua tindakan kita perlu bersederhana, seimbang dan juga lebih menjurus kepada kecemerlangan. Bukan bererti kita bersederhana dalam bekerja atau berusaha tetapi mesti mencapai kecemerlangan.
Konsep ini yang saya cuba bawa. Kedua, kita mesti merupakan parti yang centrist (kelompok tengah). UMNO dari dahulu lagi adalah parti yang centrist dan tidak keterlaluan atau ekstrem. Kalau kita ingat pengasas UMNO iaitu Datuk Onn Jaafar mahu UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu tetapi ditolak oleh orang Melayu.


UMNO juga yang setuju untuk menggubal perlembagaan yang merupakan cerminan kepada kontrak sosial sebagai kompromi pelbagai kaum dan lain-lain sehingga wujud sekolah-sekolah Cina dan sebagainya. Kita sudah mula langkah itu bersandarkan kepada prinsip wasatiyah sejak dahulu.
Cuma kita tidak gunakan istilah wasatiyah. Namun sejak mula UMNO ditubuhkan telah ditetapkan negara ini berlandaskan pada perlembagaan yang bersifat sederhana sehingga sekarang. Saya tidak fikir kita perlu alih haluan atau landasan kerana ini telah ditentukan sejak dahulu lagi.

MINGGUAN: Ada pihak mengambil kesempatan daripada konsep kesederhanaan itu untuk terus mengasak atas kepentingan masing-masing.


NAJIB: Mungkin ada orang tidak faham atau sengaja tidak faham. Kesederhanaan tidak bererti kita sokong pluralisme atau liberalisme. Saya sudah cakap banyak kali dalam ucapan saya, memang kita tidak bersetuju dengan kefahaman terlalu liberal atau pluralisme dan sebagainya. Apa-apa pun mesti mengikut hukum syarak  dan syariat Islam dan saya advocate kita berada di landasan Islam hingga saya kata elok kita gubal indeks syariah.


Maknanya kalau makasid syariah ialah prinsip perjuangan kita sebagai kepimpinan negara Islam maka elok jika ada indeks syariah kerana ini boleh membuat ukuran sejauh mana kita telah lakukan atas lima perkara yang induk di bawah makasid syariah. Dengan itu, ini menjadi kayu pengukur. Jika orang kata Malaysia bukan negara Islam kita ada indeks yang menunjukkan hakikat yang kita telah lakukan banyak perkara atas kehendak Islam.




NAJIB Tun Razak ketika sesi wawancara khas bersama sidang pengarang Mingguan Malaysia yang diketuai



TRANSFORMASI UMNO - MISKIN SEMANGAT PERJUANGAN



MINGGUAN: Dalam transformasi UMNO belum banyak perubahan berlaku.


NAJIB: Saya melihat bahawa ada sedikit sebanyak kelunturan nilai dalam parti kita tetapi ini bukanlah satu perkara yang baharu dan secara beransur-ansur boleh dianggap sebagai perubahan generasi. Saya masuk politik dalam tahun 1970-an dan boleh melihat dan merasai perubahan dahulu dan sekarang.


Sebab itu ketika saya berucap di Konvensyen UMNO Johor baru-baru ini, saya sebut bahawa jika dahulu orang Melayu miskin kebendaan tetapi kaya semangat tetapi hari ini kita kaya dengan kebendaan tetapi miskin semangat perjuangan.

Maknanya jika kita anggap UMNO tidak lagi sebagai satu institusi politik yang memperjuangkan hak dan  kepentingan orang Melayu atas prinsip agama, bangsa dan negara dan kita hanya melihat UMNO sebagai satu landasan (vehicle) untuk mendapat jawatan, kontrak, prestij dan sebagainya.


Maknanya nilai yang kita letak pada UMNO tidak lagi bersifat atas semangat perjuangan. Kalau kita tidak pulihkan semangat perjuangan, amat sukar bagi kita untuk menggerakkan UMNO sebagai sebuah parti politik yang benar-benar dinamik serta boleh menampilkan sesuatu imej yang mampu meyakinkan orang.

MINGGUAN:  Apa cara untuk menaikkan semangat itu dalam keadaan parti pun selalu berharap dengan kerajaan?


NAJIB:  Mengubah manusia adalah satu perkara yang amat sukar. Malah Tun Dr. Mahathir sendiri bila bersara ada menyatakan bahawa satu perkara yang dia gagal ialah mengubah sikap orang.


Ini saya anggap sebagai satu usaha kolektif yang perlu dilakukan bersama  selain bercakap terus terang dengan ahli UMNO. Kita kena cari satu formula untuk memulihkan  semangat dan sikap kita untuk melihat bahawa UMNO sebagai satu parti keramat. Survival dan masa depan kita bergantung kepada kejayaan UMNO.

MINGGUAN: Apakah Datuk Seri sudah terbayang formula?


NAJIB: Saya akan beri nasihat dan teguran kepada ahli UMNO. Saya berharap pemimpin UMNO di semua peringkat perlu sedar akan perkara ini dan sampaikan mesej yang sama kepada semua ahli supaya timbul satu kesedaran baharu dalam kalangan ahli parti atau ada formula lebih drastik yang perlu kita fikirkan. Kita tidak boleh biarkan jika jentera parti tidak bergerak sepenuh hati. Kita tidak boleh biarkan keadaan itu berterusan tanpa melakukan pembetulan.

MINGGUAN: Orang tetap perkatakan tentang transformasi UMNO yang berjalan lambat.


NAJIB: Saya lihat peremajaan UMNO sangat penting dilakukan tetapi yang menjadi kekuatan UMNO boleh juga menjadi kelemahan. Kekuatan UMNO, ia sebuah parti paling besar dan tersusun strukturnya sehingga di kampung ada cawangannya. Tetapi yang menjadi kelemahan ialah sudah ada susunannya  dalam bahagian. Maka kalau muka baharu nak masuk, mereka kena hormat dan terima susunannya. Kalau orang baharu itu seorang profesional dan dia perlu bermula di peringkat cawangan dan jadi perwakilan cawangan ke bahagain,  tetapi mereka tidak sanggup menjalani proses yang lama dan sukar itu.


Parti pembangkang tidak ada susunan macam UMNO. Kalau mereka lihat seseorang ada kebolehan, berpotensi dan boleh ditatang, orang itu terus diberi peluang. Tetapi dalam UMNO jika kita tidak hormat susunannya, kita akan menyinggung perasaan pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian. Dia kata kami sudah berjuang bertahun-tahun tetapi tiba-tiba ada orang yang baharu sehari dua nak ambil tempat atau beri peluang yang lebih besar. Jadi inilah yang menjadi sensitiviti dalam parti kita. Namun kita perlu juga terima hakikat bahawa tanpa peremajaan dan bakat baharu dalam UMNO kita akan menghadapi kesukaran pada masa akan datang kerana masyarakat sudah banyak berubah terutama masyarakat di bandar dan semi urban.

MINGGUAN: UMNO bukan parti orang bandar dan apa langkah supaya orang bandar kembali menyokong UMNO?


NAJIB: Di bandar, penilaian mereka bukan sahaja kepada parti tetapi lebih kepada personaliti ataupun pemimpin. Kalau parti itu satu aspek, tetapi kita perlu tampilkan pemimpin yang dilihat sebagai berwibawa kepada mereka. Saya pernah sebut, kalau di satu taman ketuanya seorang tukang kebun umpamanya tetapi di sekelilingnya terdiri daripada golongan profesional dan usahawan maka adalah sukar baginya untuk meyakinkan mereka.
Bukan saya menghina tukang kebun tetapi dalam konteks realiti politik dalam satu kawasan, kita kena lantik orang yang disegani juga. Inilah yang saya kata bahawa UMNO dengan susunannya, kita mungkin tidak dapat menampilkan pemimpin yang serasi atau sesuai dengan kehendak masyarakat di kawasan bandar dan semi bandar.

MENJAWAB KRITIKAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

MINGGUAN: Bagaimana mahu menjawab kritikan tokoh seperti Tun Dr. Mahathir  dan Tun Daim Zainuddin?


NAJIB: Saya sebagai orang politik, itu adalah perkara yang saya kena terima. Saya nilai setiap kritikan dan tentukan sama ada apa-apa yang perlu kita buat pembetulan dari segi dasar ataupun tindakan. Itu yang saya anggap secara positif.


Macam BR1M misalnya, dan saya nampak banyak yang sokong daripada yang tak sokong. Kalau ramai yang kata BR1M tak bagus, saya bersedia nak kaji semula. Saya bersikap terbuka dalam soal ini tetapi ke mana saya pergi pun orang ramai kata mereka mahukan BR1M malah mereka mahu ditambah lagi jumlahnya. Itu reaksi orang dan BR1M ini dibuat bukan kerana mahu beli undi tetapi kerana kita naikkan harga minyak. Bila kurangkan subsidi dan harga minyak naik kita akan kurangkan beban rakyat melalui BR1M. Jadi hasil yang diterima diagihkan kembali kepada rakyat.


Begitu juga bila nak dilaksanakan GST tahun hadapan, akan dijangka berlaku kenaikan inflasi bukan banyak tetapi sedikit. Jadi kita nak kurangkan beban rakyat, kita pulangkan balik hasil dan banyak item berkadar sifar.


Maknanya bila dibuat penilaian, banyak yang sebut kos sara hidup sebagai masalah utama.  Jadi bagaimana kita boleh kurangkan kos sara hidup rakyat. Kalau kita nak suruh mereka belanja untuk pendidikan dan latihan, sesetengah daripada mereka tidak boleh pergi sekolah vokasional kerana soal hidup hari ini dan soal dapur nak berasap lebih penting selain perlu duit untuk beli barang keperluan dan baju sekolah.


Maka jalan terbaik ialah BR1M tetapi kalau ada cara lebih baik saya bersedia menimbangkannya. Itu sebabnya saya mahu mendengar pendapat daripada rakyat dan saya aktif di media sosial untuk mendapat maklum balas daripada rakyat. Kalau kita tak kurangkan subsidi mungkin kita tidak perlu lakukan BR1M. Tetapi subsidi sebenarnya banyak membazir dan kita tahu apabila dilakukan BR1M, ini lebih fokus pada golongan sasar. Maknanya subsidi masih ada juga dan minyak itu adalah subsidi.


BR1M juga adalah subsidi tetapi lebih fokus dan terarah berbanding subsidi pukal. Itu yang saya nak kurangkan untuk elakkan pembaziran. Ini bukanlah satu dasar yang berterusan. Satu hari nanti bila pendapatan rakyat bertambah mereka sudah tidak perlukan BR1M lagi.

MINGGUAN: Sejauh manakah kritikan ini mengganggu Datuk Seri?


NAJIB: Kalau seluruh ahli UMNO menyokong dan keadaan ini tidak menimbulkan krisis dalam parti, jadi saya anggap sebagai pendapat yang berbeza dalam dasar-dasar serta tindakan kerajaan.


 Namun setakat ini, nampak ahli UMNO tidak mengambil apa-apa sikap nak menentang pucuk pimpinan dan sebagainya. Mereka menghormati Tun sebagai pemimpin lama tapi mereka terus beri sokongan kepada kepimpinan sekarang. Saya akan terus lakukan apa yang saya fikirkan baik untuk parti dan negara. Itu sebabnya bila satu-satu teguran diberikan – saya nilai, kaji dan juga tanya pendapat.


Tapi majoriti pendapat menyokong misalnya dalam soal BR1M. Mereka mahukannya dan tidak anggap sebagai membeli sokongan orang. Malah memang bukan itu pun tujuannya.

PERPADUAN ISLAM - HUBUNGAN DENGAN PAS

MINGGUAN: Masih adakah harapan kerjasama UMNO - Pas.


NAJIB: Saya masih terbuka kerana itu adalah satu kewajipan sebenarnya sebagai seorang dan juga pemimpin Islam. Kita mesti bersikap ke arah berkehendakkan penyatuan ummah. Sebagai tanggungjawab, kita laksanakan sama ada berjaya atau tidak.


Namun kita mesti tidak bermusuhan sehingga orang kata berkerat rotan berpatah arang antara satu sama lain. Saya bersikap terbuka dalam hal ini. Mungkin ada perbezaan pendapat tetapi kita berharap ada satu keserasian untuk kita bekerjasama dalam hal-hal tertentu.


Bukanlah dalam sifat satu pakatan tetapi satu kerjasama dalam hal-hal tertentu yang ada kaitan dengan kepentingan ummah umpamanya, boleh kita bekerjasama.

MINGGUAN: Datuk Seri optimis dalam hal ini?


NAJIB: Saya bersikap terbuka. Harap Pas bersikap sedemikian dan tidak melihat UMNO musuh mereka. Kita juga tidak boleh anggap Pas sebagai musuh walaupun mempunyai perbezaan pendapat. UMNO bukan ancaman kepada umat Islam dan Islam itu sendiri. Orang Pas mestilah melihat hakikat ia tidak berpunca daripada UMNO.

MINGGUAN: Mungkin UMNO sendiri boleh memulakan langkah?


NAJIB: Apa-apa pun kita tidak boleh berbicara secara terbuka. Apa-apa pun kalau nak jadi, akan jadi satu hari nanti. Kita harap semua pemimpin perlu lebih sedar tentang perlunya kita berusaha ke arah penyatuan ummah.


Kalau tidak ancaman kepada Islam dan orang Melayu semakin getir. Sebab orang yang tidak suka kepada Islam dan orang Melayu berkuasa akan cuba melaga-lagakan. Senjata mereka ialah menggunakan orang Islam untuk menyerang kita dan mengurangkan pengaruh UMNO.

MINGGUAN: Mungkin UMNO ada jawapan dalam menangani ancaman yang semakin getir ini?


NAJIB: Kita mesti perkukuhkan UMNO itu sendiri dan orang UMNO mesti sedar kita mesti bekerja lebih daripada biasa serta tidak boleh selesa dengan keadaan. Kita mestilah melakukan lebih daripada biasa.

SOKONGAN KAUM CINA - REALITI POLITIK

MINGGUAN: Apakah sokongan masyarakat Cina sudah meningkat?



NAJIB: Ada sedikit perubahan tetapi masih belum sampai ke tahap yang kita harap-harapkan. Jadi usaha masih perlu dilakukan. Ini ada sedikit  percanggahan dan mesti diputuskan. Kalau ada orang menuntut mahu tutup sekolah Cina, tetapi di samping itu kita tanya pula bagaimana sokongan kaum Cina  boleh ditingkatkan, ini akan membuatkan keadaan  bercanggah. Ini kerana tidak mungkin sokongan orang Cina dapat ditingkatkan jika pada nafas yang sama  kita tuntut sekolah Cina ditutup. Kita mesti putuskan apa sebenarnya. Dalam sistem demokrasi terbuka, pada keseluruhannya kita perlukan sokongan – baru kita boleh tubuh kerajaan.


Kalau langkah kita menyebabkan sokongan kepada UMNO dan BN  menurun, tentu sekali apa yang kita lakukan tidak memberi faedah kepada kita. Orang putih kata lose, lose tapi kita win,win. Jangan kita lose, lose. Kalau kita lose, lose nanti hendak masuk pilihan raya, kita akan berhadapan dengan kesukaran.
Pemimpin UMNO juga ada yang minta peruntukan untuk sekolah Cina kerana dalam kawasan dia banyak pengundi Cina. Ada kawasan majoriti Melayu cuma 53 peratus. Kalau dia tidak dapat sebahagian sokongan daripada 47 peratus pengundi bukan Melayu, dia tidak mungkin menang. Inilah orang kata realiti politik yang kita kena terima.

MINGGUAN: Ada cadangan supaya UMNO bertanding di kerusi majoriti Melayu, dan MCA dan Gerakan di kawasan majoriti Cina.


NAJIB: Kita sudah ada persefahaman dengan parti-parti komponen BN. Apa-apa yang kita mahu lakukan mesti berunding bersama. Ini kerana kalau kita tak dapat  kerjasama, kesannya lebih kepada kawasan-kawasan lain. Kita jangan pandang dua tiga kawasan itu sahaja. Kita mesti pandang keseluruhan. Kerusi-kerusi yang ditandingi UMNO juga perlu juga sokongan daripada bukan Melayu. Kalau kita asyik bertegang sebab dua tiga kerusi ini sehingga menyebabkan sokongan pengundi Cina dan India di kerusi-kerusi lain terjejas, tentu sekali kesannya lebih buruk kerana bilangan kerusi yang UMNO bertanding lebih besar lagi. Maknanya kita mesti melihat gambaran keseluruhan.

MINGGUAN: Namun setakat ini parti-parti komponen bergantung kepada kekuatan UMNO?


NAJIB: Bergantung kepada kekuatan UMNO tetapi sedikit sebanyak kita masih bergantung kepada sokongan bukan Melayu untuk menang. Macam di Pengkalan Kubor, minoriti Siam sokong kita dengan jumlah besar, jadi majoriti meningkat. Kalau kita tidak ada hubungan yang baik dengan masyarakat Siam, tentu ada kesan semasa pilihan raya. Kalau mereka mengalih sokongan kepada Pas, maka menanglah Pas. Jadi, mana satu UMNO nak, menang atau kalah.

KPI UMNO

MINGGUAN: Apakah perlu ada KPI diberikan kepada pengerusi badan perhubungan negeri kerana ada yang tidak mengambil serius teguran?

NAJIB: Saya lihat kita kena lakukan sesuatu. Maknanya perlu buat satu sistem pemantauan dan penilaian secara lebih terperinci yang melihat prestasi secara lebih jelas dan laporan itu mestilah mereka tahu ada pihak yang menilai prestasi mereka. Soalnya, kalau mereka rasa prestasi tidak sampai ke tahap yang dikehendaki, apa yang perlu kita lakukan? Misalnya kalau dalam kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) kita berjalan dengan lancar dan kita boleh lihat prestasi ekonomi dan ranking kita bertambah lebih baik dan kompetitif. Tetapi transformasi politik ini saya lihat temponya tidak sampai dengan kejayaan kita dalam melakukan transformasi ekonomi dan kerajaan. Saya minta kita fikirkan sesuatu. Mungkin selepas Perhimpunan Agung UMNO ini kita kena fikir sesuatu yang membolehkan kita memastikan ada satu sistem lebih efektif dalam membuat penilaian serta tindakan pembetulan kalau pencapaian tidak seperti mana diharapkan.

MINGGUAN: Tindakan keras terhadap pemimpin UMNO yang tidak mencapai KPI atau yang membawa mudarat termasuk pecat.


NAJIB: Bila kita nak ambil tindakan akan ada reaksi terhadap tindakan itu. Maka kita mesti yakinkan orang bahawa tindakan itu dapat diterima sebagai adil dan majoriti menyokong kita. Kalau tak sokong akan ada kesan nanti. Jadi dalam melakukan tindakan mestilah berdasarkan mereka memberi sokongan kepada apa-apa keputusan yang kita lakukan. Namun saya akui kita perlu lakukan sesuatu dan tidak boleh dibiarkan keadaan ini tanpa sesuatu pembetulan kalau prestasi mereka dilihat tidak sampai ke tahap yang diharapkan.

MINGGUAN: Ada pemimpin UMNO lebih menyerahkan peranan yang sepatutnya mereka mainkan kepada kerajaan.


NAJIB: Itu kita balik kepada soal pokok. Tadi saya kata puncanya, ini semua simptom. Tetapi puncanya adalah kehilangan dan kelunturan semangat perjuangan dalam kalangan orang Melayu itu sendiri. Itulah punca yang saya lihat berlaku sekarang dan selagi kita tidak ada perasaan cintakan parti dan merasakan diri kita berjuang untuk parti, kita akan anggap UMNO sebagai satu alat untuk kita sahaja.

TANAH RIZAB MELAYU


MINGGUAN : Ada jaminan isu tanah rizab Melayu diselesaikan.


NAJIB: Memang kita hendak pastikan tanah-tanah rizab Melayu ini kita dapat selamatkan. Perkara ini perlu kerjasama kerajaan negeri sebab tanah di bawah kerajaan negeri kecuali Wilayah Persekutuan. Sebab itu, misalnya apabila kita bangunkan Kampung Baru, kita tidak menukar status tanah itu. Saya tahu kita hendak tanah itu kekal dalam tanah orang Melayu, Namun kita hendak tambah nilai. Itu sahaja, bukan kita hendak tukar status.

MINGGUAN : Jadi kebimbangan terhadap tanah rizab Melayu ini boleh terjawab?


NAJIB: Boleh terjawab dan mungkin kalau ada negeri-negeri yang belum cukup lagi, kita boleh tambah. Kita memang patut tambah tanah-tanah rizab Melayu ini.

SEKOLAH SATU ALIRAN

MINGGUAN : Perpaduan menerusi pendidikan dan langkah ke arah satu sistem pendidikan.


NAJIB: Kita mesti buat sesuatu yang tidak mendatangkan mudarat kepada negara sama ada dari segi hubungan kaum hatta dalam konteks UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga. Pada masa sekarang pendirian parti-parti komponen berkehendakkan sekolah vernakular dan ini bukan perkara baharu. Tidak ada Perdana Menteri sebelum ini yang mahu cuba menutup sekolah vernakular. Ini sudah menjadi komitmen sejak merdeka hingga sekarang. Maka jika sudah ada persefahaman sebegitu yang telah diterjemahkan dalam bentuk undang-undang, dalam dasar serta manifesto BN serta Pelan Pembangunan Blueprint Pendidikan sampai 2025, kita tidak boleh mungkir janji. Itu hakikatnya. Namun jika kita boleh buat sesuatu untuk betulkan hubungan antara kaum dan bertambah baik, saya bersetuju ke arah itu. Saya selalu tegur sekolah Cina misalnya supaya lebih memberi perhatian yang berat kepada penguasaan bahasa kebangsaan. Itu adalah satu alat perpaduan. Kalau tahap penguasaan bahasa kebangsaan boleh berada pada tahap tinggi serta fasih, ini membantu ke arah memupuk persefahaman antara kaum. Saya sedar ini bukan satu keadaan yang ideal tetapi kita sudah warisi. Tidak boleh rombak balik apa yang telah diputuskan sewaktu Malaysia merdeka.

MINGGUAN : Namun masih menjadi harapan sekolah vernakular untuk meningkatkan satu aspek seperti KPI dalam isu bahasa, nasionalisme.


NAJIB: Itu sudah pasti. Dengan cara begitu ini akan menjadikan kita tidak hidup dalam kelompok masingmasing sahaja.

Maaf Cakap, Ini lah Jokowi

Tahniah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi kerana meneruskan pendekatan konfrontasi dengan Malaysia. Dalam keghairahan sesetengah pihak di negara ini yang mendokong gagasan “bangsa serumpun” tetapi Indonesia mengambil pendekatan bertentangan semangat serumpun.

Khamis lalu, Jokowi mencetuskan kontroversi apabila mengarahkan pihak berkuasa maritim menenggelamkan semua bot nelayan Malaysia yang dilaporkan ditahan kerana memasuki perairan negara itu. Bagi Jokowi, tindakan ini akan memberikan kesan untuk mengurangkan pencerobohan oleh nelayan Malaysia ke kawasan perairan negara itu.

Arahan itu menggambarkan Jokowi pemimpin yang sedikit angkuh dalam menguruskan isu antara negara. Ini seolah-olah memperlihatkan Jokowi memilih pendekatan konfrantasi, bertentangan dengan gambaran yang diberikan sebelum ini. Tetapi tidak dinafikan sebahagian besar rakyat Indonesia berbudaya dan tatasusila tinggi.

Pada masa yang sama elok ditelaah semula frasa “ bangsa serumpun” dalam konteks yang lebih realistik ketika ini supaya tidak kelihatan hanya Malaysia sahaja yang beriya-iya sedangkan Indonesia sebaliknya. Lihat juga sejauh manakan relevannya pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan di pihak Malaysia yang mendokong gagasan “bangsa serumpun” ini.

Arahan Jokowi itu berikutan laporan oleh sebuah agensi berita antarabangsa bahawa 200 nelayan Malaysia ditahan kerana menceroboh perairan negara itu baru-baru ini. Pihak Maritin Malaysia bagaimanapun menafikan nelayan Malaysia ditahan di Indonesia kerana tidak mendapat laporan tentang penahanan itu.

Utusan Malaysia Jumaat lalu melaporkan Jokowi berkata, “Tidak perlu menahan mereka. Karamkan bot mereka. Karamkan 10 hingga 20 bot. Itu membuatkan mereka berfikir.” Sementara itu Setiausaha Kabinet, Andi Widjajanto dalam temu bual dengan Reuters berkata, pencerobohan nelayan asing mengakibatkan Indonesia mengalami kerugian AS$25 bilion setahun.

“Kami harap tindakan itu dapat memberi mesej kepada jiran kami seperti Malaysia bahawa tindakan tersebut bukan satu tindakan biasa bagi kami,” kata Andi kepada Reuters. Malaysia mesti memahami mesej ini dan mengambil serius yang menjurus kepada ugutan ini. Kedua-dua lkenyataan itu mempunyai kaitan antara satu dengan lain.

Sama ada berita penahanan nelayan itu benar atau sebaliknya, itu bukanlah isu. Yang menjadi isu ialah sikap seorang pemimpin utama menangani isu pencerobohan perairan oleh nelayan, bukan penjahat atau pendatang asing tanpa izin (sebenarnya pendatang haram) seperti yang dialami oleh Malaysia. Adakah arahan kontroversi ini bertujuan memberi ilham kepada pihak berkuasa Malaysia bertindak di luar batas kemanusiaan dalam menangani pencerobohan pendatang tanpa izin Indonesia ke negara ini?

Tetapi minta maaf, pendekatan orang Malaysia berbeza dan tidak akan melakukan sesuatu tindakan di luar garis kemanusiaan waima untuk tujuan preventif. Untuk makluman, pendatang tanpa izin Indonesia bukan sahaja terdiri daripada mereka yang mahu mencari rezeki halal, tetapi juga yang membuat honar menggugatkan ketenteraman di negara ini.

Malaysia sepatutnya yang berkonfrontasi kerana pendatang tanpa izin Indonesia menyumbang kepada masalah sosial sekali gus merampas keamanan di negara ini.

Jokowi agak gopoh. Dia tidak menghayati memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh pemimpin sebelum ini terhadap Garis Panduan Bersama Tentang Layanan Terhadap Nelayan oleh pihak maritim kedua-dua negara. Antara isi garis panduannya, kedua-dua negara mencapai kesepakatan hanya mengusir dan tidak menahan nelayan yang menceroboh perairan. Menenggelamkan bot dalam kata lain memusnahkan harta benda nelayan tidak ada dalam garis panduan berkenaan.

Hubungan

Sebenarnya gagasan “menganyang Malaysia” oleh Sukarno kerana membantah kemerdekaan negara ini tidak pernah berakhir. Walaupun hubungan kerajaan dengan kerajaan kelihatan harmoni tetapi hakikatnya banyak pihak di Indonesia sangat prejudis dengan Malaysia. Isu-isu remeh seperti menuduh “mencuri” tarian tradisi negara itu menyemarakkan kemarahan rakyat hingga pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pernah dilemparkan najis. Ini satu tindakan keterlaluan.

Tetapi Indonesia tidak bertanya kenapa tarian yang dikatakan dicuri itu berada di Malaysia? Bukankah dikembangkan sendiri oleh orang Indonesia yang sudah menjadi rakyat negara ini sejak lama dulu? Mereka menetap di sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Kesenian ini dikembangkan dan dimiliki oleh orang asal Indonesia di Malaysia tetapi peliknya Malaysia digelar Malingsia atau pencuri.

Mengambil kesempatan di atas semangat anti-Malaysia itu, Jokowi mungkin cuba mengalih tekanan yang hadapi berhubung cadangan menaikkan harga minyak sebanyak 50 peratus. Pengumuman itu mendapat bantahan hebat dalam kalangan rakyat terutama yang berada di bawah paras kemiskinan. Ironinya mereka itu sebelum ini menjulang Jokowi sebagai “wira rakyat” ketika berkempen dulu.

Jokowi berkira-kira, kalau harga minyak dinaikkan sebanyak 50 peratus dia dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak AS$13 bilion (RM39 bilion) pada tahun depan. Kenaikan yang bakal dikenakan ialah 3,000 rupiah (80 sen) bagi setiap liter petrol. Harga petrol di Indonesia sekarang ini ialah 6,000 rupiah (RM1.61) dan diesel 5,500 rupiah (RM1.48) seliter.

Walaupun Jokowi belum melaksanakan pelan pengurangan defisit negara cara mudah itu, tetapi rakyat sudah memberikan tekanan kepada pentadbirannya. Secara perbandingan, kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen seliter di Malaysia yang taraf ekonomi jauh lebih tinggi berbanding Indonesia dianggap besar, bayangkan nilai 80 sen seliter di Indonesia?

Tetapi hakikatnya menaikkan harga minyak bukan jalan mudah bagi Jokowi kerana dia tidak mempunyai majoriti di Parlimen. Walaupun menaikkan harga minyak tidak memerlukan kelulusan Parlimen tetapi dia akan berhadapan dengan tekanan.

Sepatutnya Jokowi tidak perlu mengalih tumpuan dan mengambil kesempatan di atas sentimen anti Malaysia tetapi memberi perhatian kepada isu rakyat yang berpendapatan rendah.

Satu lagi yang perlu diketahui tentang Jokowi ialah hubungan dengan Amerika Syarikat (AS). Semasa berkempen dulu pernah tercetus isu bahawa Jokowi adalah proksi AS tetapi dia menafikan. Bagaimanapun Duta AS di Indonesia, Robert Orris Blake mengesahkan AS sedia menjalinkan kerjasama ketenteraan dan maritim pada era Jokowi.

Ini seolah-olah mengiyakan Presiden Indonesia ini ada hubungan istimewa dengan AS kerana sejak 1991 Kongres AS mengharamkan penjualan senjata kepada Indonesia berikutan isu Timor Leste. Kini AS sanggup menyediakan sistem pertahanan dan pemantauan berteknologi tinggi di perairan Indonesia termasuk Selat Melaka.

Pada era Jokowi, AS berpeluang meluaskan penguasaannya di sebelah sini selepas mempunyai pangkalan di Korea Selatan dan Jepun. Ini mungkin mencetuskan konflik dari sudut geopolitik negara yang berjiran dengan Indonesia. Ini suatu yang tidak begitu "sihat" sebenarnya.

- KU SEMAN KU HUSSAIN Utusan Malaysia Rencana Muka 9 23 November 2014 2:51 AM

Malaysia, Indonesia baik-baik sahaja

PADA hari pertama pelantikan sebagai Presiden Indonesia ketujuh pada 20 Oktober lalu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) sudah memberikan isyarat yang sangat jelas bahawa hubungan antara Kuala Lumpur dan Jakarta akan sentiasa berada di landasan yang kukuh.

Malaysia, Indonesia baik-baik sahaja


NAJIB TUN RAZAK bersalaman dengan Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo selepas majlis angkat sumpah pelantikan presiden itu di Jakarta, Indonesia, Oktober lalu. – Bernama

Isyarat keharmonian itu dizahirkan oleh Jokowi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan singkat pada hari pertama beliau memimpin Indonesia.

Kepada Jokowi, peralihan kepimpinan tidak membawa maksud dasar-dasar hubungan bilateral yang baik selama ini tidak perlu diteruskan. Beliau menyuarakan hasratnya untuk membawa hubungan Indonesia dan Malaysia terus kukuh dan makmur sehingga memberi manfaat yang sangat besar kepada dua negara sahabat itu.

Paling utama juga, Jokowi menegaskan, Kuala Lumpur dan Jakarta harus segera mencari penyelesaian seandainya tercetus sebarang isu atau masalah yang boleh menjejaskan hubungan dua negara serumpun itu.

Justeru, apabila isu penangkapan 200 nelayan Malaysia di perairan Indonesia dilaporkan media antarabangsa, ia meninggalkan persoalan kepada rakyat Malaysia. Yang menjadi tanda tanya, sejauh mana kebenaran laporan yang dibuat oleh media antarabangsa dan dipetik oleh sebilangan besar media Malaysia?

Ini kerana belum ada laporan yang jelas daripada pihak berwajib Indonesia mengenai kesahihan laporan itu khususnya identiti kesemua nelayan yang didakwa ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia itu.

Pada masa sama, sebilangan besar daripada kita juga sangat terkesan dengan kenyataan Jokowi yang memberi arahan kepada pihak berkuasa negara yang dipimpinnya itu menenggelamkan semua bot nelayan asing yang dilaporkan ditahan kerana memasuki perairan negara itu.

Kenyataan itu bertentangan sekali dengan salam persahabatan yang beliau hulurkan kepada Malaysia di hari pertama pelantikannya.

Apa lagi kenyataan berkenaan mendapat liputan meluas media tempatan dan dimainkan oleh media antarabangsa ia seolah-olah membawa mesej yang salah pada keakraban persahabatan Malaysia dan Indonesia yang sedia ada.

Justeru, yang kita harapkan ialah kenyataan Jokowi itu bukanlah mesej yang beliau membawa pendekatan konfrontasi terhadap Malaysia kerana itu bertentangan sekali dengan semangat dua bangsa serumpun.

Jokowi juga kita percaya sudah tentu sedia maklum bahawa selama lebih lima dekad hubungan dua negara itu, ada sahaja isu atau sengketa yang tercetus kerana itu adalah lumrah dalam mana-mana perhubungan.

Apa lagi bagi Malaysia dan Indonesia yang digambarkan sebagai hubungan adik dan abang tentu sekali tidak akan pernah lekang daripada ‘bergaduh’ atau ‘bermasam muka’.

Malaysia dan Indonesia bagaimanapun, sangat bertuah kerana dikurniakan pemimpin-pemimpin bijaksana yang sentiasa mencari pendekatan harmoni dalam menyelesaikan sebarang kekusutan yang tercetus selama ini.

Lantaran itu, kenyataan terbaharu Jokowi itu perlu dilihat dari konteks yang sangat luas dan tidak terbatas kepada persoalan perairan antarabangsa semata-mata.

Kenyataan lantang yang dikeluarkan oleh Presiden Indonesia itu juga sukar dipercayai oleh banyak pihak termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Kata Anifah, amat sukar untuk beliau menerima bahawa kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin nombor satu negara jiran itu kerana kedua-dua negara mempunyai persefahaman terhadap usaha mencari titik penyelesaian dalam isu perairan antarabangsa.

Manakan tidak, Malaysia dan Indonesia pernah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan Garis Panduan Bersama Tentang Layanan Terhadap Nelayan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan pihak berkuasa maritim Indonesia pada 27 Januari 2012.

Dalam perjanjian itu kedua-dua negara mencapai kesepakatan untuk hanya mengusir dan tidak menahan nelayan yang didapati menangkap ikan di persempadanan maritim Malaysia dan Indonesia.

“Saya tidak percaya bahawa ini adalah suatu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang Presiden dan akan menyiasat dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerana itu, amatlah wajar bagi kita untuk sama-sama berkongsi pandangan Anifah yang tidak percaya dengan kenyataan itu dan pada masa sama jangan mudah membuat kesimpulan terhadap Jokowi berhasrat mengulangi semula era konfrontasi itu.

Dalam meneliti kenyataan itu juga, jangan pula kita berpendapat kenyataan Jokowi itu bermaksud untuk menjadikan Malaysia sebagai kambing hitam terhadap masalah ehwal dalaman negara yang dipimpinnya.

Amatlah tidak adil untuk kita mempersoalkan Jokowi yang sengaja mahu mengalihkan isu dalam negara dan bersikap ‘mencari pasal’ dengan Malaysia pula.

Hakikatnya, tiada keperluan pun sebenarnya untuk era ‘hubungan dingin’ Malaysia dan Indonesia seperti yang pernah dilalui oleh kedua-dua negara itu lebih lima dekad lalu.

Konfrontasi hanya akan membawa padah kepada negara adik-beradik itu kerana ia bertentangan dengan semangat bangsa serumpun khususnya dan negara serantau umumnya terutama menjelang persiapan negara-negara serantau ini menuju Komuniti Ekonomi ASEAN (EAC) tahun depan.

Dalam mengupas isu pencerobohan perairan antarabangsa ini juga, kita harus meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada kepimpinan dan pihak berkuasa kedua-dua negara menangani isu atau masalah ini dengan lebih tenang.

Ada baiknya juga, pihak-pihak yang berkepentingan menjaga isu perairan antarabangsa ini meneliti dan memahami memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh pemimpin sebelum ini terhadap Garis Panduan Bersama Tentang Layanan Terhadap Nelayan oleh pihak maritim kedua-dua negara.

Seandainya matlamat sebenar memorandum itu dihayati, tidak timbul juga isu atau sengketa perairan antarabangsa ini.

Pada masa sama kedua-dua negara harus saling beringat bahawa ada sahaja pihak di luar sana yang kurang senang atau cemburukan hubungan Malaysia - Indonesia dan kita jangan terlalu terpengaruh dengan api kebencian yang ditiupkan mereka.

Yang kita tahu dan sedar Malaysia dan Indonesia baik-baik sahaja.

Mentaliti Cina dan Melayu ... Mentaliti hebat orang Cina

SEORANG gadis awal 20-an lepasan sebuah universiti memberitahu saya dia dijemput menghadiri satu majlis di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur awal minggu ini. Tajuk majlis itu cukup menarik iaitu Top 40 Under 40 2014.

Ia mengisahkan mengenai kejayaan anak-anak muda di atas usia 40 dan bawah umur 40 tahun yang berjaya dalam bidang masing-ma­sing.

Kejayaan itu berdasarkan pencapaian mereka menjadi jutawan (atau mencatat jualan atau pendapatan sekurang - kurangnya RM1,000, 000 dan sudah tentu lebih) dan cukup-cukup cemerlang dalam keusahawanan.

Anak gadis itu, berdarah Melayu juga bercita-cita ke arah itu. Tapi seperti biasa anak Melayu sentiasa teraba-raba.

Dia menyaksikan satu majlis yang suasana baginya cukup asing sekali. Katanya secara seloroh. Saya seperti bukan berada di Malaysia. Tapi terus terang dia berkata majlis itu cukup memberikan inspirasi kepadanya.

Kata gadis itu lagi, ia menyuntik semangatnya bagaimana orang Cina cukup berjaya menyokong anak-anak bangsa mereka bakal menjadi barisan baharu bilionair Malaysia kelak. Mungkin di zaman generasi anak gadis Melayu itu 10 tahun akan datang, wajah-wajah itu jugalah yang akan mewarnai bilionair negara.

Kejayaan 10 anak muda itu dipaparkan dalam sebuah majalah bertajuk Top 40 Under 40 2014: A Retrospective yang diedarkan pada malam itu.

Editornya atas tajuk The Sky’s The Limit berkata: Bagaimana seseorang mengukur kejayaan? Adakah melalui besarnya gaji? Anugerah yang diterima? Atau jumlah likes di Facebook? Namun cukup meme­ranjatkan, kebanyakan mereka yang kita sangka berdasarkan faktor itu tidak pernah menganggap mereka sebagai berjaya.

Kata editor itu Brian Chong lagi: Mungkin mereka terlalu merendah diri untuk mengaku. Atau mungkin, seperti saya, mereka faham kehidupan sentiasa bergerak dan sentiasa ada peluang yang baik untuk dikecapi. Lapan finalis kami tahun ini Prestige Top 40 Under 40 cukup memahami hanya kerana mereka berjaya di usia yang muda, tidak bermakna mereka boleh berpuas hati dan selesa.


Satu angkat buku, satu angkat sepanduk

Bekerja Terpaksa, Menerima, Memberi

Berikut adalah lapan finalis itu:

Bryan Loo. Produk: Chatime Malaysia. Di usianya 24 tahun, Loo graduan bioteknologi yang berasal dari Perlis terhimpit dalam kerja­yanya di sebuah firma.

Namun darah perniagaan yang mengalir dalam dirinya menyebabkan dia berhenti kerja dan mahu terbabit dalam bidang makanan dan minuman (F&B). Dia ke Taiwan dan melihat perniagaan minuman teh berjenama Chatime berkembang pesat di negara itu - 25,000 kedai seluruh Taiwan.

Loo terus menghubungi ibu pejabat Chatime di Taiwan dan bercakap dengan CEO dan pemilik Henry Wang. “Saya menerangkan kepadanya walaupun saya baharu berkecimpung dalam perniagaan, saya sanggup berusaha sedaya upaya untuk membawa jenama itu ke seluruh Malaysia. Jika jenama itu jatuh ke tangan syarikat F&B besar mereka hanya akan menjadikan ia sebagai salah satu portfolio dan jenama itu akan hilang semangat dan rohnya,” kata Loo.

Agak mengejutkan CEO itu kemudian terbang menemuinya da­lam tempoh 24 jam kemudian. Kedai pertama Loo dibuka di Pavillion Kuala Lumpur pada 2010. Enam bulan kemudian yang kedua. Dalam setahun ia berkembang kepada 40 buah dan kini 130 buah seluruh negara.

Dalam usianya kini 29 tahun, Loo mula mengembangkan portfolio perniagaannya dalam bidang F&B yang lain.

Kedua. Chan Kee Siak. Produk: Exabytes. Diasaskan secara berseorangan oleh Chan pada 2001 dan empat tahun kemudian menjadi pembekal dan penyalur web hosting terbesar di Malaysia, kedudukan yang masih dipegangnya sehingga hari ini.

Dalam usia muda dia sudah mempunyai 100 kakitangan di ibu pejabatnya di Pulau Pinang, dua cawangan di KL dan terbaharu mengambil alih syarikat hosting Singapura, Usonyx.

Ketiga. David Lai, 28. Lulusan kejuruteraan awam ini berkecimpung dalam bidang silap mata dan telah membuat pertunjukan hebat di Porto Marina, Mesir. Semasa itu dia terpaksa melupakan majlis konvokesyennya.

Pertunjukan itu amat berjaya dan dia dijemput membuat persembahan lebih besar di Mesir diberi nama Abracadabra. “Saya terpaksa menipu usia saya kerana tiada siapa akan membenarkan pelajar universiti ber­usia 22 tahun mengadakan pertunjukan bertaraf 7 angka.”

Keempat. Ken Lim, 43. Produk: Kecantikan dan kedai premium Diptyque, Annick Goutal, Caudalie, Laura Mercier, Dr. Brandt, Dr. Sebagh dan lain-lain jenama terkemuka.

Kelima. Kenny Goh, 35. Produk: CEO dan pengasas teknologi mudah alih Macrokiosk sebuah syarikat bernilai jutaan ringgit.

Keenam. Lee Khoon Hooi, 43. Produk: Pereka fesyen. Berkelulusan Malaysian Institute of Arts pada 1993 dan berasal dari Taiping. Pernah menjadi pembantu pereka fesyen untuk Voir, Playboy dan Isetan. Kini mempunyai butik di Starhill Gallery.

Ketujuh. Mac Ching Lynn. Produk: Pemilik Nando’s Malaysia. Kini mempunyai 59 rangkaian restoran seluruh Malaysia dan sembilan di Singapura. Wanita ini memulakan perniagaan itu atas bantuan kewangan bapanya semasa berusia 25 tahun pada 1998.

Kelapan. Timothy Tia. Produk: Nuffnang, web master. Semasa berusia 30 tahun Timothy telah memiliki dan menjalankan syarikat dengan perolehan RM30 juta di pejabatnya di Malaysia, Singapura, China, Thailand, Filipina, Australia dan UK. Kini Nuffnang dihuni kira - kira 280,000 bloggers di Malaysia dan sejuta bloggers seluruh dunia, menjana kira-kira 13 juta page views setiap hari.

Itulah lapan orang finalis Top 40 Under 40 2014 yang telah digerakkan oleh majalah itu untuk mencari usahawan-usahawan muda, selama 10 tahun lalu.

Ia satu saringan yang cukup baik untuk memberi inspirasi kepada usahawan muda muncul sebagai kapten industri dan perniagaan ma­sa depan. Syabas kita ucapkan kepada finalis berkenaan!

Saya berharap ia juga akan memberi inspirasi kepada anak-anak muda Melayu, yang seorang pun tiada dalam senarai itu. Malang sekali walaupun pelbagai insentif diberi kerajaan, tiada seorang pun muka daripada spesies dan DNA Melayu yang layak?

Saya juga berharap ada antara taikun-taikun Melayu - seperti Azman Hashim, Syed Mokhtar al-Bukhary, Mustapha Kamal dan lain-lain yang sanggup tampil menjadi mentor usahawan muda kita? Atau tidak perlulah mentor-mentee jika tidak nanti ada pula yang berkata “sampai bila kita perlu disuap dan ditongkat?”

Mentaliti orang Melayu #1

BARU-BARU ini saya ke Kota Bharu sejak sekian lama tak ke sana. Saya pernah dihantar bertugas di KB kira-kira 20 tahun lalu. Kelantan ialah negeri yang 24/7 atau 24 jam 7 hari bercakap pasal politik tak habis-habis.

Semasa daftar masuk ke sebuah hotel di tengah-tengah bandar, ke­dengaran celoteh orang bercakap melalui corong pembesar suara yang diletakkan di bandar itu. Satu ketika pelbagai pengumuman diutarakan. Dan sampai satu ketika ceramah agama disiarkan.

Semasa mengemas pakaian da­ripada beg, saya pun dengar ce­ramah itu. Ia berkisar mengenai pe­mimpin yang zalim. Saya dengar lagi. Ia mengenai kisah kerajaan yang zalim dan ahli-ahli Kabinetnya yang zalim. Ustaz itu menyulam dengan nas-nas nabi dan ayat al-Quran bagi menguatkan hujahnya. Ia semacam ditujukan kepada kerajaan Malaysia?

Istilah zalim ini saya dengar sejak 20 tahun lebih dahulu sehinggalah ke hari ini. Tiada kemajuan langsung di segi pemikiran ceramah itu. Kasihan orang Melayuku yang siang malam dipaksa mendengar ceramah-ce­ra­mah seumpama itu. Ia satu basuhan minda yang cukup berkesan. Semasa orang lain sudah ke hadapan kita masih ke belakang 20 tahun.

Teringat saya di zaman komunis Korea Utara sekarang atau di China dan di zaman komunis USSR dahulu. Corong pembesar suara diletakkan ke seluruh pelosok dan dimainkan lagu-lagu patriotik dan ucapan berapi pemimpin mereka. Ia adalah pro­ses indoktrinasi minda di zaman itu.Kecuali Korea Utara, China dan Rusia kini sudah membuka tembok besi masing-masing kepada dunia luar.

Jadi saya amat bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz Nik Mat dalam akhbar Sinar apabila dia mengaku kejayaan terbesarnya menjadi MB selama 22 tahun ialah “berjaya mengubah minda” rakyat Kelantan.

Mentaliti Melayu #2

SUDAH menjadi satu trend kini Melayu sudah tak mahu mengaku Melayu. Mereka ka­ta aku orang Islam, bukan orang Melayu. Aku bukan menjadi Islam kalau aku Melayu. Salah satu bio milik seorang ­spesies Melayu yang saya baca dalam satu twitter mengaku dia bukan Melayu. Se­sung­guhnya kita sudah keliru atau dikelirukan oleh orang politik ber­topengkan parti Islam.

Kerana mahukan kelainan dalam berpolitik mereka sanggup pisahkan Melayu dan Islam.

Demo ambik Melayu dan Islam. Ambo ambik Islam sahaja. Yang anihnya diri sendiri pun sudah tak mahu mengaku Melayu.

Doktrin itu kemudian menjadi ikutan orang Melayu lain. Habis tu kita ini apa ya, dari planet Marikh?

Surat daripada waris al-Mashoor

TERIMA Kasih kerana menulis tentang “Madrasah al-Mashoor” (yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 5 November 2014). Ia disarankan ditulis oleh Encik Pyan Habib.

Saya, Syed Salim Osman Almashoor adalah seorang waris “Madrasah Al-Mashoor” tersebut. Alamat Madrasah tersebut ialah, 67, Leboh Acheh. Pulau Pinang.

Bapa saya dan saya telah terlibat untuk baiki rumah tersebut sejak 1996 lagi.

Malangnya, tujuan hendak baikinya tidak dapat dikota.

Datuk Zakiah Hanum (bekas Pengarah Arkib Negara) telah cuba baiki rumah tersebut. Beliau sempat “naik taraf” Rumah P. Ramlee di Pulau Pinang dan Rumah Dr. Mahathir di Alor Setar.

Malangnya pada tahun 1997, Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi yang amat teruk. Maka membaki rumah tersebut ditunda.

Pada tahun 2009, Jabatan Warisan Negara telah keluarkan satu tender untuk baiki rumah tersebut. Malangnya pada 3 Ogos 2010, Jabatan Warisan Negara telah batalkan tender tersebut.

Setelah rayuan dibuat, Jabatan Warisan Negara telah keluarkan surat bertarikh 15 Julai 2013, untuk kami cari wang daripada sumber yang lain untuk baiki rumah tersebut.

Dewasa ini “Think City” (satu Pejabat Kerajaan di Pulau Pinang) sedang usaha untuk cari jalan untuk baiki rumah tersebut.

Untuk Makluman, pada 7 November 2014, seorang Hamba Allah telah membayar cukai pintu yang terbengkalai sebanyak RM 9,028.60.

Dengan adanya Cuit oleh Zaini Hassan maka seorang Hamba Allah telah membayar cukai tersebut. Dengan adanya kerjasama daripada “Think City”, diharap rumah tersebut dapat dibaiki pada tahun hadapan. Insya Allah.

Terima Kasih - Syed Salim Osman Almashoor.

UMNO hadapi dunia yang berubah

MINGGUAN: Sejak menjadi Presiden UMNO apakah perkara paling mencabar?

NAJIB: Pada saya cabaran adalah untuk membawa parti dalam persekitaran yang lebih mencabar. Lebih-lebih lagi dengan faktor munculnya media sosial, teknologi baharu, Generasi Y, sokongan kaum Cina setelah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dan bila kita kehilangan kuasa di empat buah negeri. Kita hendak membina balik kekuatan di negeri-negeri kita kalah dan juga faktor urbanisasi. Apabila banyak kawasan yang dulunya rural (luar bandar) jadi urban.

Nak meneruskan legasi arwah bapanya namun di selimuti gunting dalam selimut ... huhuhuhu



NAJIB Tun Razak melawat tapak pameran pada Perasmian MAHA 2014 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam.

Pertambahan media baharu dengan munculnya laman web yang ada agenda politik, penyebaran pembohongan serta putar belit yang mempunyai motif politik secara tersusun dan sistematik. Seperti peranan Red Bean Army dan sebagainya sehinggakan cerita yang tak masuk akal pun orang boleh terima seperti 40,000 pengundi Bangladesh yang kononnya kita bawa masuk sebagai pengundi. Lepas itu, cerita-cerita lain yang dia pandai reka. Apabila reka cerita, peringkat ini orang tidak pandai menapis, membezakan antara mana yang hak, mana yang batil. Yang mana separuh benar, separuh tidak benar. Dahulu tidak ada. Dahulu kita banyak bergantung kepada maklumat daripada akhbar, televisyen dan sebagainya tetapi sekarang ini kerajaan sudah tidak ada kelebihan. UMNO sudah tidak ada kelebihan.

MINGGUAN: Adakah ini satu tekanan?

NAJIB: Ini satu cabaran baharu. Orang kita belum dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu ini. Peranan kita dalam media sosial selalu terkebelakang berbanding pembangkang.

Yang kedua, untuk kita sedar tahap dari segi jangkaan dan harapan rakyat serta penilaian yang lebih kritikal daripada masa-masa lalu. Jadi, kalau misalnya apa-apa yang dilakukan walaupun kita ini pemimpin di peringkat bahagian dan sebagainya, boleh kita besarkan melalui media sosial.

MINGGUAN: Bagaimana kemampuan media sosial UMNO dan BN sekarang?

NAJIB: Ada beberapa media sosial yang kita lihat ada kelebihan sedikit. Misalnya dalam Twitter dan Facebook mungkin kita ada sedikit kelebihan. Tetapi ada yang kita masih terkebelakang seperti YouTube.

Yang kedua, populariti laman web tertentu. Sebab mereka ini, macam mana kita buat pun, disebabkan dianggap sebagai media alternatif dan mengkritik kerajaan, banyak orang akses laman web ini. Kalau kita lihat, akses dan populariti laman web mereka lebih daripada kita. Tetapi kelebihan itu semakin hari semakin dapat kita rapatkan melalui usaha yang lebih gigih.

Saya sendiri melakukan peranan yang lebih meluas dalam bidang media sosial. Pengikut Twitter saya kini sudah 2.2 juta dan Facebook lebih kurang macam itu juga. Saya gunakan media sosial sepenuhnya.

Jadi kita kena lebih kreatif dan gigih lagi, menggalakkan orang kita muat naik lebih banyak cerita yang lebih mudah diakses. Saya tengok orang ramai tidak minat sangat formal. Kalau kita muat naik ucapan dan seminar, mereka tidak minat.

Tetapi kalau cerita pasal sukan, hiburan dan animasi, mereka lebih suka. Mereka suka humanize (kemanusiaan). Saya pun kena banyakkan lagi bahan untuk menjadikan mereka lebih mengenali Najib sebagai individu, bukan Najib sebagai Perdana Menteri.

Kadang-kadang gambar sarapan pagi saya di luar negeri menjadi minat mereka, lebih daripada ucapan formal saya. Apa yang saya makan, sarapan pagi di luar negara ambil gambar, lebih menarik perhatian daripada ucapan saya. Itu benda-benda yang orang putih kata mundane, iaitu apa yang kita rasa biasa, macam apa yang saya makan waktu pagi tetapi itu lebih diminati orang di Malaysia.

MINGGUAN: Di sebalik sikap keterbukaan, ada yang melihat banyak pihak mengambil kesempatan. Adakah Datuk Seri mudah diambil kesempatan?

NAJIB: Macam mana pun dalam dunia yang semakin terbuka ini, rakyat mahu kita beri ruang untuk discourse (wacana) termasuk kritik. Kalau kita cuba hendak mencengkam atau mengongkong, akan ada reaksi daripada rakyat yang tidak suka kepada sistem terlalu mengongkong mereka. Mereka mahu kepada kebebasan dan keterbukaan. Kita tengok ini merupakan trend di mana-mana negara sekali pun.

Malah, negara yang cuba untuk mengongkong pun, berlakunya peristiwa seperti revolusi Arab Spring, demonstrasi besar-besaran dan sebagainya. Jadi, kita beri ruang yang agak cukup bagi mereka membuat percambahan fikiran termasuk kritikan tetapi mesti ada hadnya.

Maknanya, mesti ada undang-undang seperti yang saya katakan, tidak ada kebebasan mutlak sampai kita boleh cakap atau lakukan apa sahaja yang boleh mengganggu keamanan dan ketenteraman negara. Itu saya kata, kita mesti ada undang-undang untuk mencegah dan diambil tindakan kepada sesiapa yang tidak menghormati antara satu sama lain atau sengaja menghina kaum, agama atau bersikap rasis.

MINGGUAN: Adakah kerana keterbukaan ini, membuka ruang untuk kritikan yang terlalu peribadi?

NAJIB: Itu kita tidak dapat elak sebab kita kata tidak akan tapis Internet. Kita sudah buat dan zaman Tun Dr. Mahathir sudah ada jaminan yang kita tandatangan bahawa tidak ada tapisan Internet. Kita telah benarkan Facebook, Twitter dan sebagainya ekoran daripada itu. Maknanya, kita tak boleh elak.

Mana-mana negara yang benarkan media sosial dan tidak ada tapisan Internet, kritikan itu adalah sesuatu perkara yang semestinya berlaku. Kalau kita pergi ke Eropah dan Amerika Syarikat, lagi dahsyat kritikan terhadap pemimpin tetapi mereka terima itu sebagai satu hak rakyat.

Tetapi apabila kita sudah beri kebebasan, kita hendak tarik balik, itu adalah sukar. Misalnya, cuba kita hendak tapis Facebook dan Twitter, akan timbul kemarahan daripada rakyat pula bahawa kerajaan kita ini kuku besi atau autoritarian.

Ada tindak balas kalau kita cuba berbuat demikian sebab kita sudah beri jaminan bahawa Internet tidak akan ditapis di Malaysia apabila kita buat Koridor Raya Multimedia. Ekoran itu, boleh dikatakan kebebasan itu sudah menjadi suatu kebiasaan kepada Malaysia.

MINGGUAN: Datuk Seri baca komen-komen negatif bersifat serangan peribadi?

NAJIB: Kita tidak boleh baca sangat. Bila kita baca banyak sangat, mungkin boleh mendidih darah kalau tengok benda yang karut-marut terutama benda yang kita tahu fitnah dan direka kepalsuan oleh pihak tertentu. Bagi saya, jangan kita terlalu sangat akses kepada semua ini. Yang penting sekali kita mesti tahu apa yang hak dan kebenaran sebenar.

MINGGUAN: Menjadi guru sekolah sekarang lebih susah berbanding dahulu, begitu juga menjadi Perdana Menteri.

NAJIB: Memang, lebih mencabar menjadi Perdana Menteri dan menjadi Presiden UMNO dalam landskap media sosial. Sebab kita sudah beri satu dimensi baharu, satu kebebasan dengan jaminan yang kita beri tadi. Tidak boleh elak, kita tidak boleh tarik balik.

KEJAYAAN UMNO

MINGGUAN: Pengurusan UMNO bukan sahaja berjaya menjadikan negara maju, aman dan stabil malah diiktiraf di luar negara, malangnya sebahagian orang kita ambil mudah.

NAJIB: Kita lihat bila UMNO menjadi teras kepada kepimpinan negara, dasar-dasar negara kita memberi keadilan kepada semua kaum. Jadi, sebab itulah negara kita boleh dikatakan begitu unik. Misalnya, Malaysia satu-satunya negara di luar China dan Taiwan yang ada sekolah Cina. Di Singapura pun sudah tidak ada sekolah Cina. Sebab, pengasas-pengasas negara kita telah memilih jalan integrasi, dan kita tidak pilih asimilasi. Apabila kita sudah pilih jalan integrasi, sudah kita maktubkan dalam Perlembagaan dari segi prinsip dan semangatnya, kita tidak boleh hendak ubah. Sebab itu sudah dicorakkan oleh pengasas negara kita. Jadi, kita mesti jadikan ini sebagai satu aset kepada negara, bukan sebagai satu beban.

MINGGUAN: Kejayaan Malaysia adalah kejayaan UMNO.

NAJIB: Mana-mana negara saya pergi pun, mereka kagum dengan kejayaan kita menguruskan negara yang pluralistik. Mereka hairan macam mana kita boleh berjaya. Negara lain, mereka lihat perbezaannya tidak begitu ketara sangat macam kita, tak begitu kompleks tetapi gagal untuk mewujudkan keadaan aman dan tenteram. Malaysia ini lebih mencabar, lebih kompleks tetapi kita lebih berjaya. Ayat ini selalu saya dengar apabila saya berjumpa pemimpin luar negara.

Di Malaysia ini, kadang-kadang kita tidak menghargai hakikat. Kita hendak cari kesalahan sahaja. Kejayaan besar adalah bawa keamanan sejak merdeka kecuali pada 1969 sahaja berlaku tragedi hitam. Tetapi boleh dikatakan pada waktu lain, kita ini terkenal sebagai negara yang aman dan di samping itu moden serta progresif. Kejayaan kita mewujudkan suasana dalam negara yang aman dan harmoni ini diiktiraf di luar negara tetapi mungkin tidak diberi begitu tinggi penilaian oleh rakyat dalam negara. Ini semua kejayaan UMNO sebenarnya.

RAHSIA BIJIRIN DARI PERU

MINGGUAN: Macam mana Datuk Seri kekal cergas?

NAJIB: Saya bersenam. Saya ada pelatih. Dua kali atau tiga kali seminggu. Petang ini, sebelum maghrib saya sudah panggil pelatih untuk berlatih selama sejam di gimnasium. Seelok-eloknya tiga kali seminggu tetapi kerana kesibukan jadual, kadang-kadang saya dapat dua kali. Kalau saya dapat lakukan ini, saya rasa dapat lebih sihat dan tenaga saya lebih banyak. Faktor stres juga dapat saya tangani.

Kedua, saya sudah kurang makan nasi dan benda-benda menggemukkan badan. Saya kurangkan nasi sudah enam bulan. Saya makan satu jenis bijirin. Bijirin ini popular di Amerika Syarikat. Anak saya yang perkenalkan saya kepada bijirin yang berasal dari Peru. Bijirin mengandungi 80 peratus protein. Nasi itu menggemukkan sebab tinggi dengan karbohidrat. Karbohidrat itu yang menyebabkan kita gemuk.

MINGGUAN: Bagaimana mengurus tekanan sebagai seorang pemimpin. Apa kaedah-kaedah yang diamalkan?

NAJIB: Saya ingat tekanan ini kita kena faham bahawa keadaan kini lebih mencabar dari masa yang lalu. Kita kena tentukan dalaman kita sendiri. Secara peribadi maknanya dari segi emosi, spiritual kita lebih perkukuhkan, internal resilience (daya tahan dalaman) untuk menghadapi segala cabaran. Jadi, kena bertenang. Jangan terlalu merasakan stres. Jadi, apa-apa cara yang kita boleh kurangkan faktor stres dan menambah tenaga untuk bekerja, kita kena lakukan.

MINGGUAN: Selalu tak rasa terganggu untuk tidur?

NAJIB: Tidak, saya tidak terganggu untuk tidur. Saya bila masuk bilik tidur saya boleh shut off (lelap) biasanyalah. Melainkan kalau perkara itu sangat berat. Tambah-tambah kalau kita hilang kapal terbang atau isu Lahad Datu. Insiden itu memanglah amat sukar bagi saya katakan bila saya masuk bilik tidur, saya boleh lupakan segala-galanya. Ia tidak ada firewall (dinding keselamatan) orang kata.

Episod itu (MH17) begitu berat terutama sekali apabila saya ambil langkah yang tidak pernah dilakukan. Melakukan rundingan dengan puak pemisah untuk membolehkan kita mendapat kotak hitam dan jenazah yang terlibat dalam tragedi MH17.

Tambah lagi ketika itu bulan puasa dan operasi dilakukan boleh dikatakan pukul 3 atau 4 pagi sebab perbezaan waktu. Jadi, itu yang sangat mengharukan. Menguji segala ketahanan, emosi dan fizikal sebab hari esoknya kena kerja macam biasa.

AKTA HASUTAN 1948

MINGGUAN: Akta Hasutan satu lagi isu yang meresahkan orang Melayu.

NAJIB: Saya beri sedikit ruang untuk rakyat memberi pandangan mereka. Kita belum ada apa-apa draf lagi. Timbul sedikit kekeliruan seolah-olah draf daripada Majlis Peguam itulah yang akan kita gunakan. Tetapi kita tahu bahawa Majlis Peguam ini memang tidak menyokong kita selama ini. Jadi, kenapa kita hendak pakai draf daripada Majlis Peguam. Akhirnya kita akan pakai draf daripada pihak Peguam Negara.

Pada masa sekarang, kita mendengar pendapat semua pihak. Saya amat sedar ada kebimbangan orang Melayu. Sebab orang Melayu ada empat perkara yang merupakan hak mutlak mereka. Orang putih kata sacrosanct. Itu memang hak mutlak orang Melayu yang tidak boleh dipersoalkan pun. Jangan cuba hendak tarik balik daripada mereka.

Saya faham soal hak Melayu termasuk keistimewaan Melayu, Islam, raja dan bahasa. Ini perkara induk kepada orang Melayu. Jadi, sebab itu apa yang kita hendak lakukan mesti ambil kira asas kepada orang Melayu.

MINGGUAN: Akta Hasutan 1948 ini dianggap pertahanan terakhir orang Melayu yang masih ada?

NAJIB: Kita mesti ada undang-undang untuk tidak membenarkan orang menghina atau mencabar ataupun menidakkan apa-apa perkara yang sensitif kepada orang Melayu. Di samping itu, hak kepada orang lain pun kita kena hormat juga. Maknanya, kalau matlamat sesuatu undang-undang itu semestinya untuk menjaga keamanan dan ketenteraman dalam negara kita. Jadi, yang asas Melayu ini kita mesti faham dan sedikit sebanyak kita kena faham yang bukan Melayu juga. Dengan cara seperti ini, akan wujud satu negara yang aman.

MINGGUAN: Ketirisan dan integriti dalam kalangan pihak penguat kuasa.

NAJIB: Saya ingat soal rasuah masih lagi perkara yang work in progress (kerja masih berjalan). Kita perlu menjadikan negara kita ini bebas daripada salah guna kuasa dan ketirisan, dalam apa jua yang kita lakukan termasuk dalam kes sehari dua ini, iaitu Cameron Highlands dan sebagainya.

Jadi, perkara yang masih perlu kita beri tumpuan adalah untuk memastikan soal rasuah dapat ditangani dengan cara lebih berkesan lagi.

MINGGUAN: Tiada kompromi dengan pegawai kanan, individu atau tokoh-tokoh terlibat dengan rasuah.

NAJIB: Komitmen kita dalam hal ini amat jelas. Cuma dalam soal ini, kita perlu tekankan dari segi hendak cari bukti dan penguatkuasaan.

MINGGUAN: Tetapi kebelakangan ini nampak SPRM agresif.

NAJIB: Memang itu yang kita mahu supaya SPRM ambil langkah-langkah yang menunjukkan keseriusan dalam menangani soal rasuah. Tetapi saya minta orang yang memberi pun diambil tindakan juga. Jangan hanya orang yang menerima sahaja.

Jadi, apa yang berlaku di Sarawak, orang yang memberi pun diambil tindakan. Itu saya rasa adil. Jangan hanya jadikan pegawai kerajaan sebagai sasaran.

PILIHAN RAYA UMUM

MINGGUAN: Ke mana UMNO dan BN hendak dibawa bagi menghadapi pilihan raya umum tiga tahun lagi?

NAJIB: Kita mesti gambarkan UMNO dan BN ini satu parti yang melambangkan masa depan negara. Satu parti yang moden, progresif tetapi tidak lari daripada perjuangan asas. Kalau dari segi UMNO, asas itu kita fahamlah. Empat perkara yang saya sebutkan tadi itu perjuangan asas kita.

Tetapi di samping itu, kita mesti dilihat sebagai parti yang moden, progresif, inklusif dan juga adil. Keadilan itu merupakan prinsip Islam. Segala-gala yang kita buat, yang pokok ialah keadilan. Berlaku adil kepada orang Islam dan di samping itu adil kepada orang bukan Islam.

MINGGUAN: Boleh ulas politik Selangor?

NAJIB: Selangor sebab dia politik bandar. Kita mesti lihat bahawa kejayaan kita ini mesti didokong oleh semua, bukan saya seorang sahaja. Pemimpin, semua peringkat mesti mendokong. Misalnya, kalau dia hendak saya buat perubahan yang drastik, dia kena beri sokongan dan mandat sepenuhnya. Tetapi kalau dipertikaikan, berbelah bagi dan sebagainya, susahlah saya hendak buat sesuatu kalau penyelesaian itu memerlukan penyelesaian drastik.

MINGGUAN: Tetapi hanya tindakan drastik boleh menyelamatkan UMNO Selangor.

NAJIB: Sebab itu kalau mandat diberikan, yang memerlukan penyelesaian drastik, tahulah apa saya hendak buat. Tetapi kalau saya ambil tindakan drastik, tidak dapat sokongan parti, jadi tindakan saya boleh dipertikaikan. Ya mandat tambahan, beri saya kuasa mutlak.

MINGGUAN: Prestasi parti komponen dan pemimpin UMNO.

NAJIB: Ada juga faktor lain macam pilihan raya lalu, faktor perpecahan dalaman parti komponen menjadi salah satu faktor kita kekurangan sokongan. Misalnya, krisis dalaman MCA, lepas itu masalah SUPP dan sebagainya di Sarawak dan beberapa perkara lain menjadikan amat sukar menarik sokongan bukan Melayu. Ini satu perkara yang saya sudah sebut kepada komponen-komponen parti.

Mereka juga patut melakukan transformasi kepada parti mereka dan sekurang-kurangnya dalam MCA sudah ada kepimpinan baharu yang sedang berusaha ke arah itu. Saya sudah sebut dalam ucapan saya di perhimpunan MCA, jangan pula orang Cina hendak minta macam-macam, lepas itu tidak beri sokongan. Ini bukan satu ugutan tetapi realiti politik. Kalau mereka hendak apa-apa pun, mereka mesti tunjuk sokongan juga kepada BN.

Jangan tunggu setahun untuk jawab usul

MUKADIMAH : PEMBENTANGAN usul merupakan satu agenda terpenting dalam penganjuran Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun kerana melalui usul itu hasrat dan suara rakyat yang diwakili pemimpin UMNO dapat diketengahkan. Sudah pasti setiap usul yang dibentang bukan sahaja perlu diambil perhatian malah harus disusuli dengan tindakan daripada pihak berkaitan. Tugas tersebut telah diamanahkan kepada Setiausaha Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di bawah pasukan khas usul. Bercakap pada wartawan Utusan Malaysia, SITI AIRUNNISA ALAUI, Rosnah berharap pasukan khas yang ditubuhkan itu mampu menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat seluruhnya.

Utusan: Mengapa pasukan khas usul diwujudkan dan apa peranannya?



Adakah kami Wanita dan Puteri relevan .... lu jawab lah sendiri ... !

Rosnah: Perhimpunan Agung UMNO merupakan perhimpunan terbesar orang Melayu yang datang dari seluruh pelosok negara bagi membincangkan masa depan dan perjuangan parti.

Oleh itu, kita telah mengambil beberapa pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa Penyediaan Usul Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tahun ini dalam mengendali dan memperkemaskan usul-usul yang dikemukakan melibatkan sebanyak 191 bahagian serta usul-usul Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan dibentang dan dibahaskan.

Ini bagi membolehkan usul-usul diterjemahkan dengan baik demi kemantapan organisasi seterusnya menjadi agenda besar parti.

Kewujudan pasukan khas itu pula bagi menyemak 638 usul yang di kemukakan oleh bahagian-bahagian UMNO pada tahun ini untuk tindakan segera oleh setiap kementerian, jabatan serta agensi kerajaan dan swasta.

Lazimnya, jawapan kepada usul-usul ini akan dibukukan oleh Ibu Pejabat UMNO dan dimasukkan ke dalam beg perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO tahun depan manakala di peringkat bahagian-bahagian pula, mereka hanya mengetahui jawapan kepada usul mereka setahun dari tarikh Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun.

Bagaimanapun, melalui pasukan khas usul ini, tindakan lebih proaktif terhadap usul yang diterima membolehkan UMNO di bahagian-bahagian merasai bahawa Majlis Tertinggi UMNO memberi perhatian terhadap setiap usul yang dikemukakan.

Sebagai individu yang diberi kepercayaan untuk mengetuai pasukan khas itu, apa peranan dan tanggungjawab Datuk?

Pasukan khas usul ini dipertanggungjawabkan untuk mengkaji setiap usul bagi mendapatkan maklum balas segera daripada pihak berkaitan.

Maklum balas dan jawapan kepada usul ini akan dibentangkan setiap kali MKT bersidang sebagai makluman dan seterusnya akan dimaklumkan kepada bahagian UMNO yang mengemukakan usul-usul tersebut dengan jawapannya sekali.

Melalui kaedah penambahbaikan ini, mereka tidak perlu menunggu setahun untuk mendapat jawapan mereka.

Adakah tempoh masa tertentu diberikan kepada kementerian atau pihak berkaitan untuk bertindak terhadap perkara yang dibangkitkan?

Tiada tempoh masa diberikan tetapi sebagai pasukan khas kita akan memohon agar setiap kementerian terbabit memberikan maklum balas segera bagi membolehkan sekretariat ini memberikan maklum balas kepada bahagian yang membentangkan usul itu secepat mungkin tanpa perlu menunggu hingga ke Perhimpunan Agung 2015.

Jangan sampai rakyat meluat

MUKADIMAH : Setiap tahun UMNO mengadakan perhimpunan agungnya, pelbagai agenda dibentangkan, namun kadang kala ia dilihat tidak ke mana. Ramai pemimpin parti masih dengan sikap lama walaupun dalam pilihan raya rakyat sudah memberi isyarat sebagai tindak balas terhadap sikap mereka. Selain itu, UMNO juga dianggap semakin tidak lantang bercakap perjuangan Melayu dan Islam, persoalan benarkah pandangan itu? Kenapakah semakin berani sesetengah pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) mahu `mengajar’ UMNO bagaimana mahu bercakap? Menyentuh perkara itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, DATUK SERI DR. ZAMBRY ABD. KADIR secara tegas memberikan pandangan beliau kepada wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, SAYED HISHAM IDRIS dan SYUKRI SHAARI dalam wawancara di kediaman rasmi beliau di Ipoh, Perak, Jumaat lalu. Menteri Besar Perak itu juga secara terbuka mahu UMNO memperbaiki kelemahan termasuk melihat diri sendiri bagi meningkatkan sokongan rakyat.

Utusan: Ketika merasmikan dua konvensyen UMNO di Johor dan Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap soal sikap khususnya pertelingkahan sesama pemimpin UMNO yang masih tidak berkesudahan, apa komen Datuk Seri?

Dil To Pagal Hai .... kami tahu rakyat tidak meluat pada UMNO tapi meluat pada barisan yang dok bagi mampuih UMNO ....



Tum ! Tum ! Tum !

DR. ZAMBRY: Ia merupakan peringatan berterusan. Kalau dalam konteks agama pun disuruh memperingatkan sepanjang masa, atas semangat Surah Al-‘Asr, saya fikir tiada kelainan apabila seorang pemimpin memperingatkan ahli-ahlinya supaya sentiasa sedar, berada pada kedudukan dan tidak mengambil mudah ancaman sekeliling.

Kita tahu peringatan yang diberikan ini perlu dilakukan bagi mengajak ahli-ahli UMNO supaya lebih bersedia secara mental, fizikal dan secara rohaninya bagi menghadapi cabaran ini. Yang keduanya, kita melihat berada dalam zon selesa akan menyebabkan parti tidak dapat bertahan. Keberanian seorang pemimpin ialah untuk memperingatkan ahli-ahlinya. Walaupun ada kritikan yang mengatakan keadaan tidak banyak berubah, ahli parti tidak mengambil peduli arahan dikeluarkan, keadaan tetap sama seperti dulu, program peringkat cawangan dan bahagian tiada, tapi yang paling penting peringatan yang berterusan perlu dilakukan.

Sejauh mana keberanian pucuk kepimpinan dan peringkat negeri untuk menyingkirkan pemimpin yang dirasakan ditolak rakyat?

Kita jangan lupa, dalam soal keberanian saya fikir ini dapat dibuktikan pada setiap kali proses pilihan raya. Walaupun orang kata berlaku proses cah keting, sabotaj di antara satu sama lain, tapi dalam masa sama keberanian itu ada untuk membuat perubahan.

Sebagai contoh, dalam konteks Perak, kalau saya tidak melakukan beberapa pertukaran calon, walaupun kita tahu dalam kalangan mereka ada yang memberikan perkhidmatan yang baik dan masih dapat berfungsi berbanding umurnya, tetapi dari segi tahap sokongan sudah tiada, maka kita perlu membuat perubahan itu. Kalau kita masih tidak membuat perubahan, maka kebencian akan timbul dan rakyat akan meluat.

Mereka meluat dengan kita akibat tingkah laku kita yang masih tidak berubah. Sedangkan kita tahu rakyat tidak boleh menerima soal peribadi seseorang atau mereka yang tidak mempunyai kualiti. Keberanian untuk melakukan perubahan sangat penting bagi UMNO, kalau mahu terus berjaya pada masa depan. Selama ini pun UMNO buktikan berani melakukan perubahan. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), saya melihat bagaimana perubahan itu dilakukan sepanjang masa dengan memberikan ruang kepada individu yang mempunyai potensi memberi kemenangan kepada BN dan UMNO.

Tetapi masalahnya masih ramai dalam kalangan pemimpin UMNO merasakan mereka masih relevan sedangkan rakyat sudah memberikan isyarat yang jelas dalam pilihan raya umum lalu?

Kita perlu keberanian untuk penilaian sebenar, maksudnya etika kita membuat penilaian terhadap orang, kita juga perlu membuat penilaian terhadap diri sendiri. Kita jangan lupa, kita sangka bahawa kadang kala orang suka pada kita dengan melihat dari segi sambutan yang diberikan kepada kita, sedangkan sama ada sokongan tersebut bersifat ceremonial atau tidak atau menggambarkan kita disukai atau tidak, yang itu pun perlu diambil kira.

Ketika mana kita membuat tafsiran penilaian orang itu sudah tidak diterima dan sebagainya, kita sendiri tidak membuat penilaian terhadap diri kita. Seperti mana kita membuat pentafsiran tentang faktor umur umpamanya, kadang kala kita lupa, kita pun sudah sepatutnya sampai ke peringkat persaraan, tapi kita tidak menerima hakikat itu. Kita mengatakan orang lain, kita tidak. Fenomena ini sebenarnya agak bahaya kepada survival parti apabila kita merasakan tafsiran tentang perubahan-perubahan ini hanya untuk orang lain.

UMNO perlu melihat aspek ini iaitu apabila kita bercakap tentang agenda perubahan, kita perlu melihatnya dalam konteks menyeluruh. Saya tiada masalah dalam konteks saya, saya sudah sebut berkali-kali, kalau sudah dianggap sudah tua, kalau dianggap tidak berfungsi dan kepimpinan UMNO sendiri merasakan saya tidak lagi boleh melaksanakan tugas dengan efisien, tidak efektif, maka saya akan mengundurkan diri. Saya tiada masalah.

Tetapi masalahnya ada orang terus merasakan dia tetap relevan. Ini yang jadi masalah apabila seseorang menjadikan agenda perjuangan peribadi. Yang sebenarnya dia tutup, dia selaputi perjuangannya dalam konteks atas nama perjuangan Melayu. Kononnya dialah pejuang itu, pejuang ini, tetapi di belakang, orang kata ibarat ‘telunjuk lurus, kelingking berkait’. Ini amat berbahaya kepada parti.

Pemimpin UMNO sering bercakap meremajakan UMNO, memberikan peluang kepada golongan muda, tetapi sejauh mana perkara ini boleh direalisasikan?

Kita perlu mempunyai keberanian kerana zaman ini mahu tidak mahu adalah zaman generasi muda dan UMNO perlu memberi ruang. Dan perkara ini kita cakap berkali-kali. Tiap-tiap kali Perhimpunan Agung UMNO, kita kata bagi peluang kepada orang muda. Tapi bagi saya tidak salah. Jangan kita kecewa. Harapan itu perlu terus diberikan kerana zaman ini zaman orang muda, bukan lagi kita mengambil pendekatan ‘orang muda tunggu dulu’. Ini zaman pendekatan ‘orang muda sekarang.

Ini adalah zaman mereka, jadi berilah ruang kepada mereka lebih luas. Kalau dahulu zamannya mengikut proses evolusi kepimpinan kerana suasananya yang ada berlainan, tetapi hari ini dengan kebangkitan kesedaran politik dunia yang ada, kita melihat pelaku-pelaku utamanya adalah orang muda. Bayangkan sesebuah parti kekeringan orang muda, apa akan berlaku? Parti itu akan kehilangan idealismenya. Proses peremajaannya tidak berlaku dan ia akan kering kontang. Orang muda akan lari, takut, merasakan parti ini tidak ada harapan bagi mereka. Saya yakin UMNO perlu bersedia dalam menyediakan ‘talent scouting’.

Mungkin selama ini kita membi­carakan beri ruang, tapi bagaimana? Sekarang ini UMNO perlu berfikir bagaimana untuk memberi ruang itu. Saya tidak menyalahkan pemimpin di peringkat Bahagian atau Cawangan. Mungkin mereka mencari apa pendekatan bagaimana caranya. Saya harap pihak pimpinan pada kali ini mencari dan memberikan jawapan persoalan ‘bagaimana’ itu dan ‘bagaimana’ ini. Itu tidak bermaksud segala-galanya untuk orang muda. Dan kita kena tentukan orang muda itu siapa? Dalam lingkungan siapa? Umurnya berapa? Apa pengalamannya? Apa kemahirannya? Semua persoalan ini perlu kita ketengahkan dan diperhalusi dan mesti ada satu tindakan yang konkrit daripada pihak kepimpinan pusat dan negeri untuk menyediakan satu pelan tindakan yang menyeluruh supaya UMNO menjadi tempat golongan muda.

UMNO adalah tempat di mana orang muda menyandarkan harapan. Saya fikir kalau kita lihat dalam konteks kepimpinan BN masih ada ruang kepada orang muda, tetapi kita kena jawab persoalan yang saya sebutkan tadi iaitu ‘bagaimana’, itu sangat penting.

Sejak kebelakangan ini ada keberanian yang agak luar biasa dalam kalangan komponen BN sendiri mempertikaikan perkara berkaitan orang Melayu dan agama Islam? Apa pandangan Datuk Seri?

Apabila orang melihat kita lemah, itulah jadinya. Sebab itu tiba-tiba ada pihak yang nak menunjukkan jalan kepada kita. Apa yang perlu kita buat? Apa yang tak perlu kita buat? Apa yang sepatutnya kerajaan negeri buat? Dan ini termasuk dalam hal ehwal yang menyentuh Islam dan Melayu.

Puncanya mudah sahaja, ialah kerana orang melihat orang Melayu hari ini kedudukannya semakin lemah, berpecah-pecah, sama ada perpecahan parti atau di peringkat dalaman. Inilah bagi saya yang merupakan antara perkara yang menyebabkan perkara itu berlaku. Sepatutnya mereka memahami sensitiviti ini. Saya pergi ke satu peringkat lagi di mana orang boleh melakar dalam bentuk karikatur, dalam bentuk super-impose gambar-gambar dengan meletakkan gambar seseorang duduk di atas Kaabah. Ini menggambarkan penghinaan sampai begitu sekali. Kalau kita bertindak, ada yang mengatakan kita tak sepatutnya bertindak begitu.

Seperti dalam isu program menyentuh anjing, kita tahu dia mungkin perkara berpandangan mazhab, tapi kita perlu lihat sebaliknya, sehingga berlakunya satu perdebatan terbuka antara sesama kita, bukan sahaja dengan golongan yang menganjur. Orang melihat ini kelemahan yang ada pada orang Islam sehingga orang melakukan apa sahaja. Malah ada orang boleh menegur apa yang UMNO boleh bicarakan ‘mind your words’ umpamanya. Siapa dia untuk menegur UMNO untuk membicarakan perkara yang mereka sewajar­nya bicarakan dalam perhimpunan agung mereka? ‘Who is he’? Apakah selama ini UMNO bersidang menjadi platform ‘membalun’ orang, kita mengkritik golongan bukan Melayu?

Setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, seluruh perbahasan tidak pernah diselaputi dengan unsur perkauman, mengkritik orang bukan Melayu. Kadang kala mungkin ada satu dua tersasar, tapi yang tersasar itu digambarkan UMNO ini sebagai parti paling rasis. Kita tahu itu bukan cara UMNO dan itu dijadikan sebagai landasan kononnya ‘mind your words’ kali ini.

Mungkin tindakan seumpama itu disebabkan mereka mahu menjadi juara untuk kaum mereka?

Bagi saya permainan untuk menjuarai kaum dengan menghentam rakan dalam komponen atau mahu menjadi juara kaum tak kira dari parti komponen atau tidak, ini tidak boleh pakai lagi. Orang mahu melihat setiap parti dalam komponen pergi jauh memikirkan isu-isu lebih besar. Kalau kita bermain dengan sentimen-sentimen, ia akan menyebabkan satu penyakit yang kita cipta dalam diri sendiri dan kita percaya itu sahaja jalan penyelesaiannya. Sedangkan dunia di luar sudah berubah.

Pendekatan sudah berubah, sedangkan cara orang mengkritik UMNO pun sudah berubah. Cara orang mengkritik dan berwacana pun sudah berubah, Apakah dengan mengkritik sesuatu kaum akan mengembalikan semula sokongan kepada BN? Saya fikir ia tidak akan berlaku kerana isunya lebih besar dan komprehensif yang berhubung kait antara satu sama lain.

Ruang dan harapan kepada profesional, orang muda

SEKALI lagi minggu ini, anggota UMNO dari seluruh negara akan ‘berkampung’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai esok dan berakhir Sabtu ini. Anggota UMNO terutama yang dipilih sebagai perwakilan harus bersyukur kerana terus berpeluang memasuki Dewan Merdeka kerana kuasa masih di tangan mereka. Ingatlah apabila kuasa sudah beralih, walaupun itu menjadi milik UMNO, belum pasti berapa lama ‘harta’ itu mampu bertahan. Bagi anggota UMNO yang mempunyai pengalaman berada di negeri-negeri yang sudah beralih tangan, pastinya sudah terasa bagaimana banyak kemudahan yang dahulunya boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pelbagai aktiviti semakin sukar untuk dimasuki. Jika untuk disewa pun semakin sukar, inikan pula secara percuma. Itu hanyalah sekelumit pengalaman bagi anggota UMNO di negeri-negeri berkenaan. Mungkin lain pula apa yang dirasai oleh mereka yang bergelar orang Melayu. Apakah nasib atau kedudukan Melayu di negeri-negeri berkenaan?

Siapakah golong profesional muda melayu dalam UMNO ...
cha habag mai ....




Baju Merah Kotak: Hang kaghut memang tak ada patriotisme ...
Baju Kunin: Mu pom samo gok, siket-siket meghajuk ...

Bercakap mengenai Melayu, semalam berlangsung Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan bertemakan Ke mana arah Melayu Bandar. Satu tajuk yang memberi maksud yang amat besar kepada orang Melayu bandar. Adakah mereka masih mampu hidup di bandar yang serba mencabar dengan kos sara hidup dan peluang memiliki kediaman yang selesa? Tidak kira di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan, masyarakat bandar di negeri-negeri lain juga perlu diberi perhatian. Ke mana mereka? Adakah terpaksa berhijrah ke pinggir bandar, luar bandar atau ke negeri-negeri lain yang berhampiran? Bagaimana dengan kedudukan ekonomi mereka? Melayu tidak mungkin mampu hidup di tengah bandar jika untuk membeli rumah mampu milik pun mereka tidak mampu. Mungkin kisah Melayu ini boleh dibawa oleh perwakilan dari Pulau Mutiara atau Pulau Pinang. Adakah masih ada ‘mutiara’ Melayu di negeri itu? Sejauh mana kebenaran kisah perkampungan Melayu semakin ‘tenggelam’? Seriuskah apa yang berlaku di Pulau Pinang? Jika ya, apa tindakannya terutama dalam kalangan UMNO dan pertubuhan Melayu? Keadaan jauh berbeza jika penempatan orang lain yang tergugat. Setakat ini jarang kedengaran kawasan bukan Melayu ‘terancam’ atau ‘diancam’ atas nama pembangunan. Maaf jangan dianggap kenyataan ini rasis kerana Selak hanya melontarkan pertanyaan. Sebagai anak Pulau Pinang dan pernah bertugas di negeri itu ketika era kepemimpinan Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Koh Tsu Koon, sedikit sebanyak saya tahu apa yang berlaku kepada Melayu di situ. Adakah Melayu Pulau Pinang kini lebih bernasib baik? Tidak kiralah di mana sahaja ada Melayu, sesetengah Melayu tidak ambil peduli mengenai soal masa depan. Golongan ini kononnya sudah bersedia untuk bersaing dengan kaum lain dalam semua bidang. Dalam beberapa isu, banyak Melayu yang tidak sekata berbanding isu yang diperjuangkan oleh bukan Melayu. Disebabkan tidak sekata, tidak hairanlah ada bukan Melayu yang boleh menegur orang Melayu supaya tidak membangkitkan isu-isu yang dianggap sensitif.

Setiap kali mahu berhimpun dan berbahas, Melayu UMNO diperingatkan supaya tidak membangkitkan isu-isu yang kononnya bakal menyentuh orang lain. Ada pula garis panduan. Masihkah kita ingat bagaimana keris yang dihunus disalah tafsir? Hakikatnya, entah berapa banyak tindakan dan kenyataan di pihak sebelah sana yang seperti ‘menghiris dan menikam’ jantung orang Melayu dan Islam dibangkitkan. Kesannya lebih pedih berbanding keris yang ketika ini sekadar menjadi hiasan dinding, diselitkan di pinggang pengantin atau penerima pingat kebesaran. Adakah kita terpaksa membisu seribu bahasa dalam mempertahankan sesuatu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Sebagai pentas membincangkan pelbagai isu, kritik dan bercakaplah mengenai apa yang tersurat dan tersirat demi kepentingan bangsa Melayu dan Islam. Kenapa harus disembunyikan sesuatu kononnya untuk menjaga hati pihak tertentu? Perasaan sensitif yang dikatakan mampu menggugat perpaduan adalah disebabkan pihak berkenaan tidak memahami isu-isu yang dibangkitkan berlandaskan Perlembagaan. Memang kerana mulut badan binasa. Sudah tentu ketika membahas, pembahas sedikit terbabas dalam memberi hujah. Itu perkara biasa lebih-lebih lagi bagi orang politik. Diharapkan pelbagai hujah yang akan dilontarkan pada perhimpunan kali ini benar-benar bernas yang mampu mengembalikan perpaduan umat Melayu dan menilai semula kekuatan yang ada pada hari ini. Mungkin juga lebih ramai orang muda diturunkan sebagai barisan pembahas usul sebagai langkah pendedahan kepada barisan pelapis melontarkan pandangan mereka. Jangan sekat golongan ini.

Jika Presiden UMNO, Najib Tun Razak sudah menyuarakan supaya golongan muda harus diberi peluang untuk melakukan proses peremajaan parti, maka lakukanlah. Jangan kita sekadar bercakap tetapi tidak menyokong, enggan memberi laluan dan berlaku pelbagai sekatan yang merumit dan membosankan di setiap peringkat. Tanpa mempertikaikan peranan golongan veteran, orang muda perlu diberi ruang secukupnya untuk menjadi pelapis. Dalam keadaan tertentu jangan sampai UMNO tercari-cari untuk meletak orang muda atau pelapis yang setanding dengan pemimpin pembangkang. Jika ada pun, belum cukup matang, masih memerlukan bimbingan. Keadaan ini disebabkan veteran terlalu lama berada di atas tanpa memberi ruang untuk orang muda. Penyakit inilah yang perlu disingkirkan. Jika diambil contoh di Selangor, siapakah dalam kalangan ‘orang muda’ UMNO di negeri itu sudah bersedia menyaingi usia, pengalaman dan keupayaan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali?

Seperti kata Najib, golongan muda perlu diberi panduan dan bimbingan untuk memimpin supaya UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang inklusif, moden, progresif dan dinamik. Biar di negeri mana sekali pun, sama ada yang di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau pakatan DAP, PKR, Pas, cukuplah pemimpin bercakaran untuk jawatan, kuasa atau kedudukan. Tidak ke mana perebutan itu jika akhirnya jawatan di dalam parti kita peroleh tetapi negeri terlepas ke tangan orang lain. Kata orang, yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Berubahlah supaya anggota UMNO kekal bersama UMNO dan mereka yang di luar UMNO menghormati dan menyokong UMNO. Inilah yang dapat mengekalkan kuasa UMNO. Elok diselak kembali sedutan ucapan Najib pada perhimpunan yang sama pada 2009, iaitu selepas pilihan raya umum 2008. Katanya: ‘’Kita tahu rakyat masih sayang UMNO. Apa yang mereka inginkan hanyalah agar UMNO berubah. Nyata kita mendengar hasrat rakyat ini. Kita akan berubah’. Itu kata pemimpin. Bagaimana pula penerimaan di peringkat bawah?

Adakah kekalahan teruk calon-calon UMNO terutama di Selangor pada pilihan raya umum lalu disebabkan tidak ada perubahan? Begitu juga dengan penampilan golongan profesional. Sudah banyak kali diperkatakan mengenai peluang kepada golongan ini tetapi isu ini juga umpama perjuangan yang belum selesai. Isu peremajaan dan golongan profesional ini perlu diselesaikan. Berilah ruang dan harapan kepada golongan muda dan profesional. Semoga ada cahaya di hujung terowong bagi UMNO untuk meneruskan agenda perjuangan sebagai sebuah parti yang terus relevan dan menawarkan kerajaan yang terbaik kepada rakyat. Ingat pesanan Najib ketika menyambut Ulang Tahun UMNO ke-66 pada 2012. katanya: Sesungguhnya UMNO sudah berjalan begitu jauh, setiap inci tanah sudah dimakmurkan. Jangan sesekali kita biarkan kita dibinasakan. Biar putih tulang, jangan biar rakyat dan bangsa dibinasakan, kelak anak cucu terbangsat hidup mereka,’’

Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO.

Antara yang bercakap dan bekerja

Dalam minggu ini, parti yang terulung dalam negara kita, UMNO, akan sekali lagi, mengadakan perhimpunan agung tahunannya, didahului oleh mesyuarat ketiga-tiga komponennya, iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

" ... menjadi jaguh berpidato, walaupun tiada isi bernas dalam hujah-hujah berapi-api dan penuh emosi ... "



Saya tidak pernah menyebut pergerakan-pergerakan tersebut sebagai ‘sayap’, oleh kerana tiada ciptaan Allah SWT di dunia ini yang mempunyai lebih dari sepasang sayap, iaitu dua. Maka istilah ‘komponen’ UMNO digunakan, untuk menekankan bahawa setiap satu daripada pergerakan itu adalah sebahagian daripada tubuh badan UMNO. Kalau lemah dan cacat cela mana-mana satu pergerakan, maka ia akan melemah dan menjejaskan UMNO.

Sebaliknya jika semua pergerakan kukuh, bertanggungjawab, serta aktif berusaha di semua peringkat, khususnya di akar umbi, maka UMNO akan terus kukuh dan diterima baik oleh bukan sahaja ahli-ahli parti, tetapi sama pentingnya, lebih ramai orang Melayu dan bumiputera, dan juga rakyat Malaysia lain. Payung UMNO akan diterima sebagai tempat berlindung oleh rakyat berbilang kaum, yang mengharap untuk bersama-sama mendapat manfaat dari sebuah kerajaan Malaysia , di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), yang mana UMNO merupakan parti tunjang di dalamnya.

Maka, Perhimpunan Agung UMNO ini dilihat dalam konteks ke mana UMNO, sebagai tunjang kerajaan, akan membawa negara ini ke hadapan. Dan apakah tanda-tanda yang mencerminkan dasar-dasar dan langkah-langkah yang mungkin akan dilaksanakan, kesan daripada segala desakan kuat oleh mereka yang membahas usul-usul; serta haluan dan kecenderungan yang dapat disimpulkan oleh rakyat di luar dewan perhimpunan, melihat dan mendengar tepuk sorak kepada hujah berapi-api, dan gesaan-gesaan penuh emosi dan menggegar dewan.

Sejak saya mula menghadiri perhimpunan agung sebagai wakil atau pembawa usul, 43 tahun dahulu , itulah pesanan-pesanan yang diberikan oleh pucuk kepimpinan. Mereka sentiasa memperingatkan supaya berhati-hati bila berhujah, dan mengelakkan salah faham dan salah tafsir mana-mana pihak, dan lebih buruk lagi, membawa retak belah sesama sendiri dan dengan pihak lain, terutama sesama rakyat Malaysia.

Pesanan-pesanan tersebut bukan untuk menyekat kebebasan bercakap dan memberi pendapat oleh mana-mana pihak. Atau menghalang daripada sesiapa menyuarakan apa jua yang mereka hendak perkatakan. Tetapi sebaliknya, berpesan supaya kita sentiasa menghayati dan ingat akan hakikat bahawa Perhimpunan Agung UMNO diberi pelbagai tafsiran oleh banyak pihak, di dalam dan di luar negara, antaranya:-

- Sebagai suara kerajaan dan penentu haluan dasar-dasar akan datang, terutama dalam konteks rakyat berbilang kaum

- Sebagai suhu, kesihatan dan hala tuju politik orang Melayu dan bumiputera

- Tahap kematangan politik dalam UMNO, berlatar belakangkan masyarakat berbilang kaum dan perlunya perpaduan antara kaum serta persefahaman yang erat

- Sejauh mana parti yang mencerminkan hasrat dan harapan orang Melayu dan bumiputera, mengamalkan kesederhanaan, dan menerima bahawa negara ini mesti mampu menaungi rakyat berbilang kaum dan keturunan, yang juga menganggap Malaysia tanah air, serta tempat tumpah darah mereka.

- Dan sejauh mana mereka yang dianggap lambang kepimpinan UMNO di peringkat atasan dan bahagian, berjaya, secara matang dan berhemah, mengutarakan isu-isu dan perkara-perkara yang benar-benar merupakan suara rakyat, dan kepentingan negara.

Maka tidak wajar sesiapa yang berpeluang bercakap dan berhujah berbuat demikian didorong oleh motivasi yang terpesong jauh daripada apa yang diharapkan, seperti:-

- Didorongi oleh keghairahan untuk meraih tepuk sorak gemuruh, yang ditafsir sebagai hebat dan popular

- Untuk menjadi jaguh berpidato, walaupun tiada isi bernas dalam hujah-hujah berapi-api dan penuh emosi

- Semata-mata untuk mendapat perhatian, terutama bila berhujah menjurus kepada memuji-muji secara keterlaluan pemimpin-pemimpin sehingga tidak lagi kredibel, dan boleh ditafsir sebagai meraih perhatian baik pemimpin. Ini sebaliknya boleh menjejaskan pemimpin, jika keterlaluan pujian dan mengundang kritikan pihak lain.

- Membawa hujah-hujah yang akan mencacatkan imej perhimpunan agung, kerana ia mencerminkan pemikiran sempit, kurang keupayaan berfikir secara mendalam, atau pun tiada arah haluan dan ketentuan, hujah dan perbahasan. Lebih-lebih lagi jika cara perbahasan kasar, tidak tertib dan hanya setakat menjadi penglipur lara sementara.

Apatah lagi jika antara yang diperkatakan termasuk perkara-perkara yang nampaknya pada sepintas lalu adalah lucu, tetapi sebenarnya merendahkan maruah, seperti maruah kaum wanita, dan maruah bangsa sendiri.

Tetapi yang perlu sangat dielakkan ialah hujah-hujah yang akhirnya akan membawa unsur-unsur syak wasangka dan selisih faham. Terutama yang akan menggagalkan usaha membina satu Malaysia yang rakyatnya bersefahaman, benar-benar saling menghormati antara mereka, dan mementingkan perpaduan secara berterusan.

Kebebasan berhujah dan bercakap ada hadnya. Dan had-had ini wajar disedari dan dihayati oleh setiap daripada kita, dengan disedarkan sentiasa oleh kematangan kita, serta keazaman kita untuk menjadikan UMNO, dalam BN, sebagai parti pilihan dan harapan untuk majoriti rakyat Malaysia berbilang kaum.

Berhujahlah untuk menambah nilai kepada UMNO dan negara. Berbahaslah, supaya pendapat-pendapat dan idea-idea bernas dapat menjadi panduan kepada pemimpin , dalam menentukan dasar-dasar serta langkah-langkah yang sememangnya diharapkan oleh rakyat.

Bercakaplah dan menegurlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat untuk memperbaiki dan untuk membina. Dan jangan sekali-sekali bercakap sehingga terjadinya menang sorak kampung tergadai...

Selamat bersidang kepada para perwakilan!

TAN SRI RAFIDAH AZIZ pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama 35 tahun, menteri selama 28 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO selama 38 tahun. Beliau kini ialah Profesor Adjung di Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM) selain menjadi Pengerusi AirAsiaX, Megasteel dan Pinewood Iskandar Malaysia Studio

Remove English teachers not up to the quality

I REFER to “Barking up the wrong tree” by Wong Chun Wai (Sunday Star, Nov 23) who quoted our Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh having said that two-thirds of our English Language teachers are classified as incapable or unfit to teach the subject.

If you don't quit on your own ... I'll take it you the underworld !

We would expect the Education Ministry to be shocked into action. One measure would be to replace the “incapable” and the “unfit” with those who can teach English well.

I know two students from Kedah who graduated with Second Upper Class from credible British universities earlier this year, still waiting to be posted as English teachers.

So much for the planning of our educational management team!