November 25th, 2014

Antara OPEC dan RON95: Harga terus rendah 2 tahun lagi?

Ramai teruja dengan pengumuman mengenai kaedah pengapungan terkawal untuk menentukan harga semasa RON95 dan diesel, mulai 1 Disember ini. Memandangkan trend penurunan harga minyak dunia, orang ramai terutama penganalisis industri percaya harga dua komoditi itu dijangka turun.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, sependapat meramalkan harga minyak RON95 dijangka turun tiga sen kepada RM2.27 seliter bermula 1 Disember ini jika purata harga pasaran minyak mentah dunia berada sekitar AS$80 (RM268.40) hingga AS$85 setong (RM285.20) sepanjang November ini.

Sehingga kelmarin, harga kontrak hadapan minyak West Texas berada pada paras AS$76.28 (RM251.70) satu tong bagi penghantaran Januari depan manakala minyak mentah Brent North pada AS$$79.64 (RM262.80) satu tong bagi penghantaran sama. Berdasarkan trend semasa, kemungkinan harga minyak mentah dunia sekarang berterusan untuk jangka masa dua tahun lagi, kata pakar industri. Ini bermakna, pengguna boleh mengharapkan harga bahan api itu lebih murah sehingga tahun 2016.

Mana satu OPEC , Mana Satu RON95 ...

Persoalannya, andai harga minyak mentah dunia naik atau naik mendadak selepas ini, apakah harga runcit bagi RON95 dan diesel akan turut dinaikkan? Walaupun jangkaan penurunan harga minyak mentah dunia untuk terus berlaku dalam tempoh dua tahun akan datang, negara pengeluar semakin risau.

Apakah Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang bermesyuarat di Vienna, Khamis ini, mencapai konsensus untuk menyekat penurunan harga minyak mentah dunia? OPEC, yang mengeluarkan kira-kira satu pertiga daripada minyak mentah global, boleh menaikkan harga minyak yang jatuh 30 peratus sejak Jun, dengan cara mengurangkan bekalan.

Laporan agensi berita asing menyebut, konsensus minimum yang mungkin dicapai dalam mesyuarat OPEC minggu depan adalah komitmen untuk memenuhi sasaran pengeluaran rasmi sebanyak 31 juta tong sehari. Pada masa ini, ia menghasilkan 30 juta tong sehari, iaitu kurang sejuta tong berbanding sasaran rasminya.

Oleh itu, seluruh dunia termasuk Malaysia memerhati dengan penuh minat mesyuarat OPEC itu nanti. Ahli OPEC dari negara Teluk, diterajui Arab Saudi. Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait secara bersama mengeluarkan 16.2 juta tong sehari.

Berbalik kepada isu sama ada RON95 dan diesel akan turut naik harga jika OPEC nanti berjaya menaikkan sedikit harga minyak mentah dunia atau harga komoditi itu naik mendadak selepas tahun 2016 seperti diramal, menarik untuk diperhatikan.

Menurut pakar industri, mekanisme pengapungan terkawal adalah bermaksud untuk mengawal kenaikan harga RON95 dan diesel naik andai harga minyak mentah dunia naik misalnya melebihi AS$80 satu tong, iaitu kerajaan perlu melaksanakan rasionalisasi subsidi. Apa yang kerajaan lakukan sekarang ialah supaya pengguna menikmati harga rendah ketika harga minyak dunia menurun.

Pengguna, kerajaan manfaat pengapungan RON95

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa harga minyak RON95 dan diesel akan ditetapkan melalui sistem pengapungan terkawal yang mana ianya telah pun diguna pakai di dalam penetapan harga minyak RON97 sejak Julai 2010. Melalui mekanisme terbaharu ini, harga runcit minyak akan ditentukan oleh harga minyak di pasaran minyak mentah dunia yang mana purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.

Ini bererti harga minyak di negara ini akan terdedah kepada turun naik harga pasaran minyak mentah dunia yang sememangnya bergantung kepada permintaan dan penawaran. Melalui lensa sebagai penganalisis ekonomi, mekanisme penetapan harga minyak seperti ini adalah amat dialu-alukan kerana ianya akan memastikan sumber ekonomi yang terhad iaitu minyak mentah akan diagihkan secara cekap di dalam sistem ekonomi negara.

Harga minyak berubah


Perkara ini berikutan perubahan harga minyak akan memberikan suatu isyarat yang tepat kepada pengguna bahawa harga minyak adalah berubah dari semasa ke semasa dan bukannya bersifat kekal. Sebagai pengguna yang rasional, perubahan harga minyak mentah ini akan mendorong tabiat berbelanja yang lebih efektif memandangkan mereka mampu untuk merancang kewangan mereka berikutan mekanisme penetapan harga minyak yang lebih telus.

Tidak seperti pada waktu yang lalu yang mana pengumuman kenaikan harga minyak sering kali berlaku dalam keadaan yang tidak dijangka dan mengejut. Lantaran daripada pengumuman kenaikan harga minyak maka pengguna akan lebih cenderung untuk berpusu-pusu ke stesen minyak bagi memenuhi tangki minyak mereka dengan harga lama.

Disamping itu, pelaksanaan mekanisme yang terbaharu ini di lihat sebagai tepat pada waktunya berikutan harga minyak mentah dunia yang dijangka akan kekal stabil bagi tempoh terdekat ini berikutan lebihan penawaran yang sedang berlaku di pasaran. Faktor ini banyak didorong oleh peningkatan pengeluaran minyak dan gas Shale di Amerika Syarikat serta kelembapan ekonomi- ekonomi utama di Asia seperti di China yang dilihat akan menyebabkan permintaan minyak yang berkurangan.

Dari sudut kewangan kerajaan pula, mekanisme harga minyak yang baharu bermakna tiada lagi subsidi akan diberikan terhadap harga minyak runcit. Perkara ini sudah tentu akan membawa penjimatan yang besar terhadap pihak kerajaan kerana jumlah perbelanjaan terhadap subsidi minyak agak signifikan dari segi saiznya.

Jika dilihat pada tahun-tahun yang lalu, purata perbelanjaan subsidi minyak adalah sekitar RM23.9 bilion atau 2.5 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tiga tahun kebelakangan ini. Manakala, saiz defisit fiskal untuk tempoh sembilan bulan pertama pada tahun ini adalah pada kadar 2.7 peratus. Oleh itu, secara kasarnya kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaan mereka sebanyak RM23.9 bilion.

Implikasi hasil perubahan

Ada beberapa implikasi hasil daripada perubahan kepada sistem pengapungan terkawal ini. Pertamanya adalah dari sudut penarafan kredit bagi kerajaan Malaysia oleh agensi penarafan antarabangsa. Dengan penjimatan perbelanjaan kerajaan melalui rasionalisasi subsidi ini, kedudukan kewangan kerajaan dilihat akan lebih kukuh dan mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk melunaskan hutang kerajaan yang sedia ada.

Selain itu, kualiti pertumbuhan ekonomi akan lebih baik kerana peranan kerajaan di dalam enjin pertumbuhan ekonomi dilihat berkurangan dan sumber pertumbuhan akan lebih tertumpu kepada sektor swasta.

Oleh itu, berkemungkinan kerajaan akan menikmati kenaikan didalam penarafan kredit yang sekarang berada pada paras A3/A-. Dengan jangkaan ini, sudah tentu akan menarik minat terhadap pelabur asing berikutan potensi ekonomi negara yang dijangka akan lebih berdaya saing pada masa akan datang.

Selain itu, hasil daripada penjimatan ini juga mampu memberi ruang kepada kerajaan untuk merangka program bayaran pindahan kepada golongan sasaran seperti golongan berpendapatan rendah dan pertengahan bagi meminimumkan kesan daripada kenaikan kos sara hidup. Bagaimanapun, program seperti ini perlulah dikaji dari semasa ke semasa supaya ianya akan kekal dinikmati oleh golongan yang sepatutnya.

Kesan limpahan positif

Untuk itu, pemantauan yang berterusan perlu dijalankan kerana berkemungkinan golongan berpendapatan rendah telah pun 'berpindah' kepada golongan berpendapatan tinggi hasil dari pertumbuhan ekonomi yang baik di masa-masa akan datang.

Di samping itu, juga penjimatan ini juga boleh disalurkan kepada perbelanjaan pembangunan yang akan membawa kesan limpahan yang positif industri pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan. Akhir kata, sebagai pengguna kita perlu bersifat berlapang dada di dalam menangani isu ekonomi ini kerana adalah tidak adil sekiranya bebanan untuk menjana pertumbuhan terletak hanya semata-mata di bahu kerajaan.

Setiap rakyat juga mempunyai peranan di dalam sektor ekonomi masing- masing dan kita perlulah sentiasa berfikir dan bertindak dengan sewajarnya bagi menambah baik keadaan yang sedia ada.

Deraf Manuskrip Panduan E-Dagang 2014

Today is Nur Aliyah's birthday. She's 29 today. Few years back I promised her a writing for her and my grand daughter Ummu Nazeeha. Ummu Nazeeha will 2 years old next year and as a grand father who has nothing in terms of wealth what could I give them. To date, I had 4 books and a module written and it would be nice for at least a book each for my siblings.

I started writing this manuscript about a month before Ummu Nazeeha was born, I had no idea on the subject matter but knowing Nur Aliyah should be teaching this in the polytechnic at the least a co-authoring may help her career. Though in Bahasa Malaysia, I do think it will be a good writing, a good source, a good scribling for the later generations.

One has to start from nothing, one has to act and not just thinking and talking; I have to act, I have to walk the talk. All sources are from books, journals, articles and not forgetting the dictionaries and the 'kamus'. All the terms are ICT and technical, I had to suit the writings. I may be poor in my languages (Bahasa Melayu and English) but I do believe and have faith in what I am doing. I believe Allah wants me to write, to share, to disseminate. All I can do is write and write and pray that the writings can be seen.

Allhamdulillah after about two years and on this day 25.11.2014, the same day my eldest sibling was born, I managed somehow to complete my writing and submitted he manusript to Dewan Bahasa and Pustaka at about 1.50pm to 1.59pm. My prayers is that it will accepted to be published, in sya Allah.

I am keeping this first, let's pray that it will be a success, in sya Allah. Time 9.12pm.





December 5, 2014, 10:13 pm, received WhatsApp message from NurAliyah. Alhamdulillah, the manuscript was received by Dewan Bahasa Pustaka for evaluation. Let's pray that it will be consider for publishing, in shaa Allah.


But where's the second writer's name and copy?


As usual Dewan Bahasa Pustaka has problem with this link
:




Rekod Pertanyaan Soalan
Bil Tarikh Soalan Soalan Jawapan Lampiran Tarikh Jawapan Status
1 05/12/2014
11.50pm
Assalamualaikum Tetuan, Pohon perhatian dan tindakan untuk membantu saya menyemak deraf manuskrip di laman http://aapw05.dbp.gov.my/login_penulis.asp dan/atau http://aapw05.dbp.gov.my/login_penulis.htm . Harap maklum. Terima kasih. Wasalam. Dalam Proses
1

Follow me on Academia.edu

Eksklusif: Perangkap pautan emel

KUALA LUMPUR: Satu klik pada pautan yang diterima menerusi e-mel boleh menyebabkan seseorang menjadi mangsa sindiket penipuan siber yang mencuri data peribadi.

Kaedah itu menjadi taktik terbaharu penjenayah siber bagi menggodam e-mel tanpa disedari oleh mangsa.

Antara cara dikesan ialah penghantaran e-mel tertera arahan 'klik di sini jika tidak dapat membaca mesej' yang mengandungi pautan khusus.

Apabila mangsa menekan pautan itu, penggodam mendapat akses kepada maklumat senarai kenalan mangsa, termasuk alamat e-mel dan data peribadi.

Eksklusif: Jual murah, harga mahal

Pelbagai taktik dikesan digunakan pemilik pasar raya dan syarikat pengedar jenama terkenal untuk memperdaya pelanggan sempena kempen jualan murah.

Malah, peningkatan jumlah kes yang dikesan berlaku ketika musim jualan murah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menunjukkan ada peniaga mengambil kesempatan setiap kali tiba kempen anjuran kerajaan ini.

Untuk membuktikan berlaku penipuan harga seperti diperkatakan beberapa pihak, wartawan BH membuat tinjauan ke beberapa pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur bersama Timbalan Presiden Gabungan Persatuan- Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman.

Contoh Cubaan Menipu :NOTIS RASMI HADIAH DARI TELEKOM MALAYSIA melalui email

Telekom Malaysia Berhad kalau klik Telekom Malaysia Berhad akan keluar telekom@oms.vnu.edu.tw
               Today at 4:43 PM
                                                                                                                             [email diatas bukanlah email telekom malaysia berhad]
Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa,
Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50088 50250 Kuala Lumpur  ..... alamat Telekom Malaysia Berhad adalah Level 51, North Wing, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 50672, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

NOTIS RASMI HADIAH DARI TELEKOM MALAYSIA.

The TELEKOM MALAYSIA ® MEMENANGI program-program yang diadakan pada 24th of November, alamat e-mel peribadi anda bertugas untuk memenangi Tiket nombor: 2-4-16-37-89-40-85 dengan Nombor siri 2268/02, yang akibatnya menang anda Ringgit Malaysia $270,000.00 dalam kategori kedua TM khas keluarga loteri, tuntutan anda Telekom khas keluarga Pakej memenangi Hadiah, anda dikehendaki menghubungi Jabatan tuntutan melalui e-mel untuk pemprosesan dan kiriman wang Hadiah anda kepada anda.

Kami berterusan Telekom keluarga Khas Hadiah Program yang diadakan di ibu pejabat kami di sini di Kuala Lumpur program beliau Jumlah RM $270,000,00 (dua ratus dan Tujuh puluh ribu Ringgit Malaysia) adalah bonus tunai yang diberikan kepada anda dari Telekom Malaysia 2014 keluarga Special pakej untuk anda dan keluarga anda kepada kami tentang ini hanya diraikan Hari Raya ini tahun 2014.

Ini jumlah MYR270, 000.00 ditaja oleh Perodua Malaysia dan Tenaga Nasional yang terlibat dalam penajaan Telekom 2014 khas keluarga pakej dan anda perlu tahu bahawa e-mel ini adalah 100% asli dan legit kerana program kami menang biasanya datang 5Years setiap jadi sila maklum dan faham bahawa e-mel ini adalah 100% asli.
>
Sila hubungi kami tuntutan ejen;

ENCIK.SHAFFIE BIN HASSAN (Pengarah Jabatan tuntutan)
E-mel: telekom-my@outlook.com mana ada telekom malaysia guna @outlook.com
==================================
Untuk diproses, sila hubungi kami
Tuntutan agen dengan syarat-syarat tuntutan
Di bawah ini:
==================================
Syarat-syarat tuntutan:
1. Penuh nama...
2. Umur:...
3. Pekerjaan:...
4. Telefon:...
5. Negeri/bandar:...

Sila ambil perhatian bahawa 2014 di Telekom Malaysia diberikan kepada keluarga anda sepenuhnya dan ia perlu dituntut daripada Jabatan tuntutan kami sebelum 23rd of Disember kerana di Telekom Malaysia 2014 khas keluarga pakej adalah sah sehingga 23 Disember 2014

PN.Nadia Binti Raffik.
Telekom Malaysia Anugerah Pengurus Eksekutif.
Malaysia ibu pejabat.

---
This email is free from viruses and malware because avast! Antivirus protection is active.
http://www.avast.com

Arshad arkitek ITM majukan Bumiputera

Bagi kebanyakan generasi pelajar dan lepasan Universiti Institut TeknologiMARA (UiTM) sekarang, Tan Sri Arshad Ayub (gambar) mungkin dikenali pada nama tanpa membawa sebarang makna. Malah, generasi UiTM seangkatan saya pada awal 1980- an pun hanya mengenali Arshad melalui cerita lisan daripada 'senior' dan pensyarah yang sempat belajar atau berkhidmat ketika beliau menjadi Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM).

Bagaimanapun, bagi generasi sedekad pertama ITM, sejak ia bermula sebagai Kolej Pengajian Perniagaan dan Profesional MARA pada 1965, bertukar kepada ITM pada tahun 1967 sehingga pengarah baharu mengambil alih pentadbiran pusat pengajian itu pada tahun 1975, jasa dan gaya kepemimpinan Arshad tidak mungkin dilupai.

anak kelahiran Parit Keromo, Muar


Tan Sri Arshad Ayub

Sekadar menyebut beberapa nama, Naib Canselor UiTM, Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor sebelum beliau, Senator Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah; bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Dr Hashim Yaacob, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Tan Sri Salleh Sulong, Tan Sri Hamad Kama Piah, Allahyarham Datuk Salleh Majid, Datuk Seri Md Zin Mohamad dan Datuk Ibrahim Ali, adalah tokoh akademik, korporat dan politik, yang mendapat pendidikan awal di ITM.

Kisah pelajar makan roti

Kepada generasi ini, yang menjejak kaki ke ITM di Jalan Othman, Petaling Jaya, Arshad bukan setakat pengarah yang tegas dan garang, tetapi juga seorang bapa penyayang yang mahu melihat semua anak-anaknya berjaya. Ketegasannya ketika itu amat digeruni pelajar, apalagi beliau sering muncul di asrama membuat pemeriksaan pada waktu malam.

Mereka juga tidak mungkin lupa, pada zaman 'rejim Arshad Ayub' menu makanan harian pelajar ITM berubah daripada nasi kepada roti untuk sarapan pagi dan sandwic untuk tengah hari. Alasannya ialah nasi menyebabkan pelajar mudah mengantuk di dalam kelas, sekali gus menjejaskan pendidikan. Walaupun mendapat bantahan sehingga pelajar berdemonstrasi, beliau tegas melaksanakan peraturan baru itu.

Kisah pelajar ITM makan roti ini menjadi antara tajuk perbualan pada Majlis Perjumpaan Keluarga ITM/UiTM Ayahanda Arshad Ayub anjuran Persatuan Alumni UiTM bagi meraikan hari jadinya ke-86 minggu lalu. Sebahagian besar daripada kira-kira 300 hadirin adalah bekas pelajar ITM pada zaman itu, kebanyakannya memegang jawatan penting dalam sektor korporat dan awam negara.

Menu pembuka selera untuk majlis makan malam yang turut dihadiri Arshad dan isteri, Puan Sri Zaleha Mohd Arshad itu ialah sekeping roti dengan sejemput telur dadar. Seorang bekas pelajar kemudian meminta hadirin bangun menyanyikan dua baris lagu yang pernah diamalkan mereka ketika di asrama dulu, 'semboyan sudah berbunyi, mari kita makan roti'.

Jadi pelopor

Namun, kisah makan roti itu hanyalah aspek kecil daripada pelbagai perubahan besar diperkenalkan oleh Arshad untuk kemajuan ITM yang hasilnya menjadi kebanggaan bangsa Melayu hari ini. Sebagai arkitek penubuhan ITM bagi memberi peluang kepada anak Bumiputera yang tidak mendapat tempat ke universiti ketika itu, Arshad memperkenalkan kursus Sains Gunaan, Komunikasi Massa, Pengurusan Perniagaan, Seni Rekabentuk, Pentadbiran Awam, Pengurusan Perladangan dan Sajian/ Perhotelan, subjek yang amat asing di negara ini ketika itu. Semua kursus ini diajar dalam bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar di ITM, dasar yang kemudian diubah selepas Arshad meninggalkan institusi itu.

Lama sebelum pusat penggajian lain mengadakan program berkembar, ITM pada zamannya sudah mempelopori kerjasama tu dengan Universiti Ohio dan Kentucky. Arshad juga menjadikan ITM sebagai institusi pengajian pertama di negara ini memperkenalkan program undang-undang dan p erakaunan profesional United Kingdom seperti LLB, ICSA dan ACCA pada akhir 1960-an. Ketika pembukaan kampus cawangan pusat pengajian di kawasan pedalaman dilihat tindakan pelik, Arshad menubuhkan kampus cawangan ITM di Arau, Perlis dan Dungun, Terengganu. Sekarang bukan sahaja UiTM mempunyai kampus cawangan di seluruh negara, tetapi juga institusi pengajian lain. Tidak ramai tokoh berpandangan jauh sempat melihat hasil daripada usaha diperkenalkan mereka.

Arshad bagaimanapun bertuah kerana bukan sahaja masih dikurniakan kesihatan dan ketajaman fikiran, malah sempat melihat benih yang ditanamnya menjadi pokok rendang dan berbuah. Bagi anak kelahiran Parit Keromo, Muar ini, pengalamannya belajar di Kolej Pertanian Serdang menjadi falsafah perjuangan dalam mendidik anak bangsa yang suatu ketika dahulu dianggap malas dan mundur. "Dalam bidang pertanian, benih tak berapa elok pun, jika ditanam, dibaja, disiram dan sentiasa diberi perhatian, ia mampu mengeluarkan hasil yang baik, Begitu juga anak kita," katanya ketika berucap di depan sebahagian daripada hasil kejayaannya membina UiTM setengah abad lalu.