December 1st, 2014

Teks Penggulungan Presiden UMNO 2014

Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillahirabilalamin wabihinastain, Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Yang Amat Berhormat sahabat saya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno, barisan naib-naib presiden, ketua Jawa, ketua lanun dan ketua Turki, minta maaf yang saya hormati Tan Sri Pengerusi Tetap dan Tan Seri Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Wanita, Pemuda Puteri, barisan pimpinan tertinggi Umno, Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Badawi (terima kasih Pak Lah hadir) dan Tun Jane, sidang perwakilan,pemerhati, mahasiswa ,mahasiswi seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.



'look with the past with gratitude, look to the future with confident' ~ Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Alhamdulillah, kita sudah sampai kepada penghujung Perhimpunan Agung bagi tahun 2014. Kalau kita lihat dalam masa empat hari ini, dalam semua media cetak, dalam semua saluran televisyen dan media sosial, memang cerita Perhimpunan Agung ini menjadi berita utama. Apakah ini bukan tanda dan bukti bahawa platform politik yang terpenting, platform politik yang amat dinanti-nantikan pada saban tahun, tidak lain dan tidak bukan ialah Perhimpunan Agung parti UMNO kita ini?

Ini membuktikan bahawa walaupun kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, tidak ada siapapun yang dapat menafikan gah parti UMNO kita sehingga pada hari ini. Saya ingin memulakan ucapan penggulungan saya dengan menunjukkan edisi surat khabar, salinannya yang telah diterbitkan pada tanggal 1 September 1957. Kalau Pengerusi Tetap tunjuk surat khabar, saya pun nak tunjuk surat khabar. Tajuknya ialah pada masa itu, dalam bahasa Inggeris, 'look with the past with gratitude, look to the future with confident', (lihatlah masa lampau dengan kesyukuran, lihatlah masa depan dengan keyakinan) kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Pada pendapat saya kata-kata ini masih relevan dan masih tepat sehingga pada hari ini. Melihat masa lampau dengan penuh kesyukuran dan memandang masa depan dengan penuh keyakinan dan inilah hasil perjuangan parti keramat, parti UMNO kita. Saya berterima kasih pada sidang perwakilan dan saya berterima kasih pada semua jurucakap yang hampir semua telah menyambut tema ucapan dasar saya, saya memilih perkataan...apa dia? So-li-da-ri-ti!

Saya boleh pilih perkataan lain, satu, muafakat, ada wakil yang tanya, nak balik kampung macam mana nak cerita pada orang kampung, nak cerita pada mak long, pak long, mak ngah, pak ngah, macam mana nak terangkan apa dia itu solidariti? Solidariti bermakna bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu, itu dia solidariti, dan bila saya lihat akhbar tahun 1997 yang dimuatkan dengan cerita kisah sambutan hari kemerdekaan, bagaimana kemerdekaan itu telah dicapai, asas dia apa? Asas British bagi kita kemerdekaan dengan agak mudah kerana kekuatan yang kita telah memperlihatkan atas semangat solidariti.

Saya tengok wakil dari Permatang Pauh, dia gunakan perkataan keautentikan tetapi keautentikan itu belum masuk lagi dalam Kamus Dewan tapi solidariti sudah masuk, dan kalau kita sebut dengan intonasinya solidariti kita akan masukkannya dalam jiwa, dalam roh kita kerana inilah yang akan menjamin kita akan terus berjaya dalam masa pilihan raya akan datang dan selanjutnya.

Saya ucap terima kasih pada sidang perwakilan kerana menyentuh banyak perkara. Oleh kerana Pengerusi Biro Agama tidak berucap, Datuk Seri Jamil Khir, dia minta saya mengulas sedikit tentang maqasid syariah. Saya pernah berkata bahawa jika kita menganggap Malaysia ini di bawah pimpinan UMNO, berada di atas landasan perjuangan, mengikut syariat Islam dan hukum syarak dan ada orang kata sebaliknya pula, bagaimana kita hendak cari satu penilaian yang boleh menggambarkan bahawa negara Malaysia ini, hala tuju yang dibawa oleh UMNO dari dulu sampai sekarang ini adalah berpandu kepada tuntutan Islam yang sebenarnya, maka lahirlah cadangan supaya kita buat satu indeks syariah. Indeks syariah ini akan membuat penilaian sejauh mana negara ini bawah UMNO menjaga agama kita, menjaga akal, menjaga keturunan, menjaga nyawa dan menjaga harta benda. Lima tuntutan maqasid syariah.

Saya sudah meminta supaya satu task force ditubuhkan dikendalikan oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan JAKIM jadi urusetianya terdiri daripada pakar agama dan Indeks Syariah ini untuk Malaysia. Ia akan dibentangkan pada Februari tahun depan tidak lama lagi. Apabila kita sudah bentangkan Indeks Syariah ini untuk Malaysia, kita boleh juga berbuat demikian untuk negara Islam yang lain supaya dengan ini mudah-mudahan kita boleh gambarkan dan tunjukkan supaya tidak ada sesiapa boleh sangkal sama sekali bahawa negara yang di bawah pimpinan UMNO ini adalah benar-benar menegakkan dan mengembangkan Islam di bumi yang bertuah ini.

Bercakap sedikit tentang soal ekonomi, ada orang kata apabila ekonomi negara kita pertumbuhannya 6.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, kadar pencapaian Malaysia adalah tertinggi di kalangan negara Asia. Satu pencapaian yang boleh kita banggakan tapi ada juga orang kata dia tidak rasa angka 6.1 peratus, angka ini tapi tidak ada apa-apa relevan kepada dia.

Saya hendak beritahu bahawa kalau tidak dapat 6.1 peratus...kata dapat dua atau tiga peratus, tentu sekali kita semua akan merasai tekanan apatah lagi dalam tahun 1997... kalau kita masih ingat lagi apabila ekonomi merudum masa itu apa berlaku kita terpaksa potong peruntukan semua kementerian jabatan kerajaan sampai elaun sara hidup untuk penjawat awam pun terpaksa kita hadkan. Kalau tidak ada kadar pertumbuhan yang tinggi, macam mana kita boleh mengagihkan kekayaan, macam mana kita boleh beri peruntukan yang amat diperlukan untuk kawasan luar bandar yang mesti kita utamakan, untuk bidang pendidikan yang harus kita utamakan, untuk aspek yang penting kerana hasil negara, amat wajar kita tokok tambah. Dan dengan ini maka kita bolehlah melaksanakan termasuk apa yang amat dihasratkan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputra.

Ramai yang bercakap tentang GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Apabila kita tambah GST, saya tak dapat ramalkan lagi dengan rasionalisasi subsidi, kita tidak tahu tahu mungkin RM5 bilion atau RM10 bilion tambahan tahun hadapan. Kalau ada rezeki dan kalau ada peruntukan tambahan saya ambil semangat dan hasrat daripada Perhimpunan Agung UMNO ini. Hasrat perhimpunan agung ini apa? Supaya peruntukan ini dibelanjakan untuk kawasan luar bandar. Ini mesti kita utamakan untuk bidang pendidikan yang disebutkan oleh Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tadi mesti kita tambahkan. Pendapatan rendah orang Melayu kerana apa? Ini kerana kebanyakan berkelulusan SPM perlu diberikan latihan meningkatkan kemahiran. Kita tambah. Untuk perumahan orang muda, minta tambah rumah transit. Wakil daripada bahagian Kuala Kedah minta rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) lagi. Ini semua kita perlu tambah peruntukan melalui tambahan GST. Saya nak buktikan bahawa GST tidak bebankan rakyat dan GST akan membela rakyat.

Siapa kata GST tak menguntungkan? 160 lebih negara sudah laksanakan GST. Takkan mereka semua ini salah. Betul atau tidak? Takkanlah negara Burkino Faso yang miskin itu buat GST, yang kaya buat GST. Sebab apa kita perlu GST? Sebab ramai orang yang berniaga tidak bayar cukai. Apakah adil tuan-tuan bayar cukai? Tuan-tuan yang kerja tiap-tiap bulan ada penyata gaji. Tidak boleh elak bayar cukai. Yang berniaga kadang-kala ada satu, ada dua, ada tiga buku, yang dikatakan black economy ini, tidak bayar sampai ada jarak cukai sampai 30 peratus dalam negara kita. Mereka dapat perkhidmatan daripada kerajaan secara percuma. Maknanya mereka tidak bayar apa? Tak adil! Mereka patut bayar cukai kerana mereka perlu menampung perbelanjaan untuk rakyat. Inilah konsepnya. Sebab itu kita jangan politikkan GST ini. Kalau GST tidak baik tuan-tuan, saya tidak buat. Saya tidak buat. Cerita GST ini, sudah 20 tahun punya cerita. Berapa menteri kewangan termasuk ketua pembangkang, dia pernah cadangkan buat GST tarik balik lepas itu. Oleh itu, yakinlah bahawa niat kita tidak lain dan tidak bukan. Macam mana saya hendak cari hasil tiap-tiap kali perhimpunan minta lagi pembangunan luar bandar ditambah kerana di luar bandar adalah kubu kuat UMNO.

Tiap-tiap kali saya pandang pada muka Menteri Pembangunan Luar Bandar (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal), saya sudah nampak bukan saja muka lanun...dia tak nak sebut tapi dia segan tapi saya sudah boleh baca dia nak dan bila saya dengar perbahasan MARA mesti kita tambah peruntukan kerana MARA apa? Kerana MARA itu institusi lambang Melayu Bumiputera. Banyak lagi anak-anak kita nak pergi luar negara tidak ada biasiswa. Anak sebahagian daripada saudari sekalian tidak ada biasiswa negeri. Nak pergi ke MARA, MARA kena tambah peruntukan. Daripada mana? Takkanlah kita hendak pinjam lagi. Kalau kita pinjam daripada institusi kewangan luar negara, kita akan kehilangan kedaulatan sebagai sebuah negara. Ini kita tak boleh benarkan. Kita mesti berdiri di atas kaki kita sendiri. Ada wakil yang bercakap tentang ramai graduan yang tidak ada pekerjaan. Dia tidak ada pekerjaan ini ada beberapa sebab. Antaranya sebab kebolehan dia berkomunikasi umpamanya bukan saja kelulusan ijazah tapi kebolehan dia berkomunikasi umpamanya kurang dan mungkin personalitinya dan sebagainya. Jadi apa caranya? Saya hendak minta supaya Skim Latihan 1Malaysia untuk graduan yang tidak ada pekerjaan ini ditambah 100 peratus lagi.

Saya sudah bercakap pagi tadi dengan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar. Saya kata semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) kalau tahun depan rancangan 4,000 kita jadikan 10,000 untuk graduan kita yang tidak ada pekerjaan. Saya buat ini sekali lagi kerana apa? Kerana hasrat para perwakilan dalam perhimpunan. Lagi apa? Rizab Melayu? Tanah Rizab Melayu mestilah kita pertahankan. Jadi saya minta semua menteri besar negeri yang dikuasai oleh kita, memastikan tanah rizab itu jika dibuka untuk pembangunan digantikan dengan yang lain.

Keduanya, saya nak sebut tanah rizab ini jangan rizab saja. Ia mesti dibangunkan. Apabila hendak dibangunkan mesti ada sumber kewangan. Sekarang ini saya diberitahu bahawa ada kesukaran dari segi perundangan, National Land Code dan juga enakmen negeri untuk membolehkan akses kepada instrumen. Daripada Islamic Instrument pinjaman memajukan Tanah Rizab Melayu. Satu jawatankuasa ditubuhkan dan laporannya pun sudah disediakan dan saya hendak minta bahawa semua undang-undang yang perlu dipinda. Dibuat pindaan supaya Tanah Rizab Melayu ini boleh dibangunkan dengan nilai yang menguntungkan pemilik. Kita tidak boleh bangga dengan jumlah tanah tapi yang penting pulangannya kepada pemilik Tanah Rizab Melayu.

Saya tertarik dengan ucapan, YB Zahidi Abidin. Dia kata kalau tengok pada pembangkang, dia jaga pemimpin dia macam nak rak. Pemimpin tidak betul dia bela habis-habisan sampai sudah nampak spender (seluar dalam) besar pun, masih terlepas. Sampai kalau kata Ku Nan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) spender besar tak terlepas. Apalagi setiausaha kerja kita...lagi besar. Tapi saya jamin dua-dua tak buat kerja ini. Dah keluar video dia boleh kata, "eh itu bukan saya, perut saya tak boroi." Bukan boroi, terlepas, senang je.

Kalau kena pada orang UMNO, bukan saja pembangkang, orang UMNO sendiri kecam. Sudah lama terjun lombong dan terbongkang kita. Itu saya hendak kata, kalau hendak kuat, jagalah pemimpin kita. Kalau hendak buat, jagalah pemimpin kita. Kalau dia bersalah tegurlah dengan baik supaya parti kita kuat, kita boleh ke depan. Kita semua manusia biasa, tiada yang sempurna. Semuanya, mana-mana pun tiada. Orang yang kata kita, dia pun tidak sempurna. Jadi, kita sama-samalah jaga antara kita. Bantu parti kita kuat. Kita nak menang tak? Kita hendak menang pilihan raya.

Kita mesti faham, pembangkang lebih teruk daripada kita. Saya nak bawa satu maksud solidariti. Dalam akhbar dua hari lalu, Datuk Seri Anifah Aman, ditawarkan RM100 juta, lompat parti pada pilihan raya ke-12, 16 September 2008. Ditawarkan RM100 juta untuk bawa 10 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) masuk pembangkang hendak tubuh kerajaan. Cerita ini sudah keluar dalam mahkamah. Saya petik dalam akhbar. Jangan kata saya subjudis. Tidak. Saya sudah periksa dengan peguam. Sebab sudah keluar, saya petik apa yang ditulis dalam akhbar. Datuk Seri Anifah Aman sudah diikat jamin, bebas daripada RM100 juta, nak tubuh kerajaan. Ini Mother of Corruption (Ibu segala rasuah). Kita, UMNO dituduh macam-macam tetapi yang buat angkara, parti pembangkang.

Sebab itu, saudara saudari, kita teruk, pembangkang lagi teruk. Boleh suruh wakil rakyat letak jawatan sebab isteri hendak bertanding. Suruh pula Menteri Besar (MB) yang tidak bersalah letak jawatan sebab isteri kena jadi MB. Cuba bayangkan kalau saya suruh MB Negeri Sembilan letak jawatan sebab isteri saya hendak jadi MB. Mati saya. Dia (isteri) tidak akan jadi MB. Jadi, Ketua Wanita UMNO Bahagian pun tidak mahu.

Apa yang kita boleh katakan, inilah 'Nepotisme' yang terbesar. Kenapa kita tidak salahkan mereka? Jangan serang kita, seranglah pembangkang. Saya setuju dengan kata-kata Datuk Seri Zahid Hamidi. Dia kata blogger, kadang-kadang tembak kita. Mana ada! Friendly fire is not friendly. Blogger kita, dia cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang! Itu cara kita untuk menang dalam peperangan.

Jangan berperang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang namanya! Saya belajar perkataan daripada isteri saya (bahasa minang).

Ini semua menyebabkan kita lemah. Kita lemah kerana kita sendiri buat masalah pada kita. Cuba kita tidak buat masalah, menghayati solidariti! Parti UMNO akan sentiasa kuat. Insya-Allah.

Saya hendak cakap sedikit tentang peremajaan. Saya setuju dengan cakap Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaludin. Saya tahu, saya bekas Ketua Pemuda Malaysia dulu. Saya tahu. Zaman saya pun ada puluhan bahagian ada masalah dengan Ketua Pemuda bahagian. Kita tahu semua ini belaka. Sampai apabila UMNO diharamkan, ada rombongan datang mendesak supaya tidak lantik jadi ketua Pemuda bahagian. Saya tahu ada banyak masalah. Sebab itu, kita kata peremajaan parti.

Meremajakan parti, kita mesti faham bahawa kita ada tiga golongan dalam UMNO. Kita perlukan ketiga-tiga golongan, untuk bentuk kerjasama sebagai satu haluan. Kalau duduk sekeliling, kita diserang ke, tidak diserang ke, tidak akan wujud keadaan solidariti. Dalam pada itu, berilah peluang. Mana yang patut kita beri peluang, kita beri. Orang muda kita akan beri lebih banyak peluang, tapi mesti layak, ada merit dan mesti layak sebagai ahli UMNO. Perlu menepati kriteria, bukan sembarangan orang. Hari ini masuk UMNO, terus mahu bertanding. Tidak boleh. Kita uji dulu, jadi perdana felo, setiausaha politik, atau apa saja! Barulah sampai masa kita ambil.

Ada masa kita perlu kepada orang lama. Macam di Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubur, kita pilih orang lama, Ustaz Md Radzi. Menang besar, orang lama. Ada masa kita perlu pada orang muda. Kita tengok Irmohizam (Datuk) di Kuala Selangor bertanding dengan Dr Zul, kalah dia. Pergi kenduri, beri RM30. Dalam UMNO, RM30 tidak dipandang. Dia beri kerana dia tidak mampu, tetapi cara dia menampakkan dia, autentik. Orang kesian, dia menang. Biarlah. Cara dia lain. Itu stail dia. Dia tidak pakai stokin merah, merah berbelang-belang. Bukan merah tapi merah berbelang, seluar bukan main ketat lagi. Masing-masing ada stail. Saya tidak berani ikut stail dia. Jangan ya. Sebab itulah saya hendak kata, kita perlukan pada seseorang.

Apabila berlaku peremajaan, banyak panggilan yang saya terima, sms. "Saya ini patut berhenti ke? dan macam-macam lagi. Kalau dari Utara, dia kata, "Najib, hang sudah tidak mahu kami hak tua-tua ni kah? Dia kata macam itu pada saya. Yang dari Kelantan, "Demo, tokse doh ke ore tuo ni? Tidak mahu ke? Saya kata sabar, sabar. Bila pula chek tidak mahu? Semua kita mahu. Yang dari Pantai Timur pula, "Buke lagu tu, dok eh kita nak semua. Hendak belaka". Yang penting, kita remajakan jasad. Satu jasad. Jasad remaja macam mana? Jangan ada penyakit, jangan ada kencing manis, darah tinggi, jaga 'perkakas'. Maaf, ini pengaruh tuan pengerusi pada saya. Kita remajakan akar, strategi baru, ada pelan, moden mesti ada, sosial media, pandai guna sosial media dan remajakan roh perjuangan UMNO.

Saya tertarik pada dua orang dalam perhimpunan. Yang pertama, Datuk Hajah Rahmah Haji Kassim, 90, yang menyerahkan gelang membiayai rombongan Tunku (Abdul Rahman Putra). Dia selalu datang ke perhimpunan. Maknanya, roh dia kuat. Spirit of UMNO strong (semangat UMNO kuat). Sampai dia ingatkan Tunku, menitiskan air mata. Inilah peremajaan yang kita maksudkan, roh kita.

Lagi seorang, Dr Mohd Nawar, wakil Kedah, orang Pokok Sena. Apa dia kata?. "Setiap butir nasi yang dia makan itu hasil perjuangan UMNO. Saya tersentuh perasaan. Setiap kali sesuap nasi yang dia makan itu, dia rasa itu hasil perjuangan UMNO. Sebab itu, dia merasa nasi. Disebabkan UMNO, dia jadi pakar bedah, sebab UMNO dia dapat menyara keluarga, terhutang budi. Inilah peremajaan UMNO hari ini.

Bukan orang dapat kekayaan, lupa UMNO. Dapat kekayaan lupa pada UMNO, dapat jawatan dari UMNO tinggalkan UMNO, dapat serba serbi tinggalkan UMNO. Ini bukan peremaajan UMNO tapi pengkhianat UMNO.

Oleh itu, saudara saudari marilah kita bersama-sama meneruskan perjuangan kita, perjuangan kita ini, ingatlah jika rosak UMNO maka tersingkirlah kita, jika terbuangnya UMNO maka hanyutlah kita. Percayalah jika kuatnya UMNO pasti terjaminlah kita, jika hebat UMNO pasti berjayalah kita, maka yakinlah dengan mata hati kerana segala tindakan sudah diperhalusi. Usahlah dipertikai dan diragui. Berilah kepercayaan sepenuh hati hilangkan resah dan gelisah, janji yang dilafazkan tiada dimungkiri. Segala keputusan dan tindakan Melayu dan Bumiputera tidak pernah kita dilupakan.

Tariklah nafas kita, tarikan bersama roh perjuangan, tariklah bersama nafas keberanian, tariklah bersama nafas keyakinan, jadilah kita barisan hadapan untuk mempertahan tindakan dan keputusan yang dibuat parti, jadilah kita barisan hadapan untuk mempertahan maruah parti dan usah biar ia dicemari. Berjanjilah selagi hayat dikandung badan, selagi mentari masih menyinar parti UMNO kita kukuhkan, Melayu dan Bumiputera kita pertahankan, agama Islam dimuliakan, Malaysia kita makmurkan, maju UMNO, maju Melayu, maju Bumiputera.

Lihat juga  ... Jangan Pertikai Hak Melayu

Teks Penggulungan Naib Presiden UMNO 2014

Bismillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum WHT

Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi Tetap

Yang Berhormat Tan Sri Timbalan Pengerusi Tetap

Yang dikasihi Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak Presiden UMNO

Yang dikasihi Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Presiden UMNO

Rakan - rakan Yang Berhormat Naib - Naib Presiden

Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri

Ahli - Ahli Majlis Tertinggi

Sidang Perwakilan yang dihormati sekalian.

Najib panggil saya 'lanun' ...


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama- sama hadir pada petang ini.

Dua perkara yang akan saya timbulkan di dalam ucapan saya pada persidangan kali ini adalah pertama, mengenai isu pendaftaran ahli dan daftar pemilih dan keduanya bagaimana kita harus menangani dan mengurus perbedaan di dalam negara ini.

ISU : PENDAFTARAN KEAHLIAN & DAFTAR PEMILIH

• Jumlah terkini keahlian UMNO mencecah 3.47 juta

• Bagi daftar pemilih pula, statistik menunjukkan:

- Dari Jun 2013 hingga September 2014, sejumlah 5,939 pendaftaran pengundi telah dibuat oleh UMNO seluruh Malaysia,

MCA - 256

MIC - 266

Gerakan - 373

- Perbandingan dengan Pembangkang,

PAS - 1775

PKR - 2103

DAP - 9309

Dalam hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa gerak kerja daftar pemilih bukanlah satu perkara "one off" atau "touch & go".

Setiap pengundi yang didaftarkan mestilah diikuti dengan gerak kerja dan engagement.

Justeru, saya mencadangkan agar gerak kerja kita perlu berdasarkan kepada 2 strategi utama :

Pertama, RETAIN di mana kita fokus kepada kawasan yang perlu kekal kemenangannya

Dan kedua, REGAIN di mana kita fokus kepada kawasan yang perlu ditawan kembali dalam PRU14.

Kedua - dua gerak kerja ini membawa pendekatan yang berbeza namun kedua-duanya perlu bergerak berasaskan kepada cawangan di bahagian dan negeri.

Lebih banyak cawangan dan ahlinya, maka lebih banyaklah jentera kita di bawah.

GAME OF NUMBERS

KITA TIDAK ADA MASA LAGI

MEMASTIKAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL PRU 14

MENANGANI DAN MENGURUS PERBEDAAN

Sidang perwakilan sekalian,

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan bangsa, adalah penting bagi kita untuk menangani dan mengurus perbezaan yang ada.

Saya ingin memetik surah Al -Kaafiruun.

Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem

Qul yaa ayyuhal kaafiruun


Laa 'abudu maa t'abuduun


Walaa antum 'aabidunna maa a'abud


Walaa ana 'aabidun maa 'abadttum


Walaa antum 'aabiduuna maa a'abud


Lakum deenukum wa liya deen

Yang bermaksud :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Begitu juga dalam pembinaan di kota Madinah. Sebagai langkah pertama terhadap penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum Muhajirin :

i. Muahahjirin dengan Muhajirin.

ii. Ansar dengan Ansar.

iii. Muhajirin dengan Ansar

Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam. Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.

Apa yang terkandung di dalam surah Al - Kafiruun tadi, semangat ayat tersebut juga dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

Di mana Perlembagaan Persekutuan juga meletakkan bahawa:

• Perkara 3 (1) Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

• Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.

• Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain.

ISU: AGAMA ISLAM DI PERINGKAT NEGERI DAN PERSEKUTUAN, KEDUDUKAN ISLAM DAN RAJA-RAJA

- Fatwa berbeza-beza antara negeri.

- Penguatkuasaan lemah.

- Tiada penyelarasan dalam hal ehwal agama Islam terutamanya melibatkan keputusan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil

- Rakyat keliru dan beranggapan institusi agama lemah.

- Terdapat sesetengah pihak yang sengaja bersikap provokatif, tidak menghormati perlembagaan.

PENYELESAIAN:

Pertama, kita perlu ada penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan jangan biarkan ada pihak yang mengambil kesempatan

Kedua, kita perlu mewujudkan penyelarasan dan koordinasi antara institusi agama sebagai contoh Majlis Fatwa Kebangsaan bersama majlis agama Negeri.

Ketiga, memantapkan penguatkuasaan majlis agama dan Mahkamah Syariah

Ini semua, mengikuti saranan ahli sunnah wal jamaah, Imam Shafie

ISU : PEMBASMIAN KEMISKINAN

- Pembasmian kemiskinan merupakan perkara yang penting dan perlu dilaksanakan dalam mencapai status negara maju.

- Ketika ini terlalu banyak agensi pembasmian kemiskinan yang menjalankan tugas yang sama. Sebagai contoh setakat ini terdapat 18 agensi yang bertanggungjawab membasmi kemiskinan.

- Oleh kerana terlalu banyak agensi menyebabkan tidak ada koordinasi dan fokus pembasmian kemiskinan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan efektif.

PENYELESAIAN

Justeru saya melihat satu perubahan struktur / structural change perlu dilakukan.

Kita perlu mengkaji semula peranan kesemua agensi dan keberkesanan program sedia ada.

Dan saya ingin mencadangkan agar satu badan khusus diwujudkan bagi mengkoordinasi sekali gus memantau program - program pembasmian kemiskinan. Badan ini akan bertanggungjawab menyelaras, menetapkan KPI dan sebagai monitoring body kepada agensi-agensi ini.

ISU: PEMBIAYAAN KEUSAHAWANAN

- Dalam konteks keusahawan, ramai di kalangan usahawan yang menghadapi masalah. Antaranya, kesukaran mendapatkan pembiayaan kewangan, kurang pengetahuan mengenai kemudahan pembiayaan, terlalu banyak dokumentasi dan syarat yang dikenakan.

- Masalah kedua adalah terlalu banyak agensi yang melaksanakan inisiatif yang sama. Antaranya TEKUN, MARA, MITI, KKLW dan lain-lain lagi.

- Ada di antara kemudahan yang disediakan bertindih di antara satu sama lain yang mana telah menyebabkan sumber peruntukan kewangan yang disalurkan tidak digunakan secara maksimum.

- Tiadanya koordinasi dalam penawaran pelbagai kemudahan yang telah menyebabkan para usahawan keliru.

PENYELESAIAN

- Oleh itu, satu koordinasi dan penstrukturan semula berkenaan kemudahan pembiayaan kewangan ini perlu diwujudkan.

- Saya mencadangkan agar Bank Pembangunan Luar Bandar / Rural Bank diwujudkan dengan mengambil alih peranan lembaga / agensi sedia ada khusus dalam penyediaan suntikan modal perniagaan di luar bandar.

- Bank ini berperanan mengkoordinasi dan menstruktur semula pelbagai kemudahan keusahawanan sedia ada.

- Dengan kewujudan bank ini, sudah pasti para usahawan terutamanya di luar Bandar mendapat manfaat besar melalui perubahan struktur kemudahan yang diurus dengan efisien.

ISU: PERUMAHAN LUAR BANDAR

- Daripada tahun 2001 hingga 2014 iaitu daripada Rancangan Malaysia ke-8 hinggalah ke Rancangan Malaysia ke-10, sejumlah 117 ribu buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah telah dilaksanakan.

- Pada masa ini, rakyat luar Bandar menikmati Program Bantuan Rumah (PBR) dengan peruntukan RM 40,000 bagi sebuah rumah.

- Walau bagaimanapun, program ini adalah bersyarat iaitu pemohon perlu mempunyai tanah/tapak bagi membina rumah tersebut.

- Namun begitu, hakikatnya ramai orang luar Bandar yang layak tetapi tidak mempunyai tanah yang akhirnya menyebabkan mereka tidak berpeluang menikmati program ini.

PENYELESAIAN

Sehubungan dengan itu, saya menyarankan agar :

Pertama : Peruntukan Program Bantuan Rumah ini dinaikkan. Melalui inisiatif ini, kos tersebut bukan sahaja bagi membina rumah tapi turut meliputi kos memiliki tanah kepada mereka yang layak.

Kedua : Saya ingin menyarankan agar Program PRIMA turut diperluaskan kepada penduduk luar bandar bagi membolehkan mereka yang layak turut mengecapi kemudahan serupa dengan masyarakat bandar.

ISU: JURANG BANDAR & LUAR BANDAR

• Jurang Pendapatan antara isi rumah bandar dan kampung juga meningkat sejak 1990. Jika pada tahun 1990 isi rumah purata bulanan bandar adalah 67% lebih dari luar Bandar, peratusan ini meningkat kepada 86% pada tahun 2012.

• Dari segi pemilikan aset, sebanyak 63% isi Rumah luar Bandar tidak mempunyai apa apa aset Kewangan, dan dari segi simpanan, 90% isi Rumah luar Bandar tidak mempunyai simpanan.

• Sabah dan Sarawak hanya menerima 14% daripada bajet persekutuan bagi tempoh RMK-3 hingga RMK-9 berbanding kawasan utara dan pantai timur Semenanjung (44%) serta pantai barat Semenanjung (44%)

• Ini tidak menghairankan, memandangkan median gaji di luar Bandar masih rendah, iaitu RM 1040 sebulan pada tahun 2013 berbanding gaji di Bandar yang 61% lebih tinggi.

PENYELESAIAN

Saya mencadangkan agar Rancangan Pembangunan Malaysia Ke-11 mewujudkan :

Pertama : Satu dasar yang komprehensif untuk pembangunan desa dan luar Bandar secara mapan.

Kedua : Mewujudkan beberapa institusi baru serta memperkemas institusi sedia ada untuk melaksanakan tugas-tugas pembangunan luar Bandar.

Ketiga : Menetapkan projek-projek yang berdaya maju untuk dilaksanakan dalam meningkatkan mutu hidup desa dan luar Bandar.

Keempat : Menyediakan beberapa KPI pelaksanaan dasar pembangunan luar Bandar yang baru supaya ianya tidak diabaikan kelak.

Teks Penggulungan Ketua Puteri UMNO 2014

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Tetap

Yang Berbahagia Tan Sri Timbalan Pengerusi Tetap

YAB Presiden UMNO

YAB Timbalan Presiden UMNO

YB Naib-naib Presiden UMNO

Yang Berbahagia Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

YB Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

YB Setiausaha Agung UMNO,

YB Bendahari UMNO Malaysia

YB Ketua Penerangan UMNO Malaysia

YAB, YB, Yang Berbahagia Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

Para-para Perwakilan, Dif-dif Jemputan, Para-para pemerhati, Rakan-rakan Media yang saya hormati sekalian.

Tinggi Terbang Burung Kenari

Hinggap Menyanyi Di Pohon Jati

Buat Pejuang UMNO Sejati

Doa dipanjat diberkati Illahi

Ayahanda Pengerusi Tetap dan sidang perwakilan sekalian,

Hari ini saya berdiri di dalam dewan yang mulia, sebagai anak bongsu dalam keluarga besar UMNO. Namun, saya sedar dan insaf bahawa saya punyai satu tanggungjawab yang besar kepada bukan sahaja kelangsungan survival parti keramat ini, tetapi adalah juga untuk memastikan lebih 375 ribu ahli Puteri Umno diseluruh negara menjadi benteng yang ampuh mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini.

Para soldadu merah jambu muda ini sudah semakin matang, bijak dan pastinya juga mampu untuk melangkah seiringan dengan anggota lain dalam keluarga kita ini. Sudah terbukti juga, berjaya melaksanakan tanggungjawab yang lebih penting, khususnya sebagai jentera pilihanraya.

Sejak dari awal penubuhan, Puteri telah diletakkan satu harapan yang tinggi bukan sahaja oleh pucuk pimpinan parti, penyokong umno malah rakyat diluar sana yang mengharapkan Puteri memberi nafas baru kepada Umno.

Sekaligus membawa maksud soal meremajakan parti telah diperkatakan sejak dari pasca PRU yg ke 11 lagi dan telah dipandang serius oleh Presiden Parti ketika itu iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohammad, lantaran dari itulah telah menubuhkan sayap Puteri pada tahun 2001.

Sejak itu, Puteri telah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam setiap PRU dan PRK. Saya masih ingat lagi pesanan Ayahanda Tun dalam Ucapan Dasar nya pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002 iaitu Perhimpunan Agung UMNO yang pertama menerima kehadiran para perwakilan Puteri secara rasmi.

Pesan beliau berbunyi "Tugas Umno, tugas kepimpinan Umno, juga semua ahli Umno ialah untuk menyeru dan memberi panduan serta contoh teladan kepada semua orang Melayu"

Pesanan ini masih terngiang-ngiang ditelinga saya sehingga hari ini dan ianya menjadi panduan.

Sidang perwakilan yang dihormati sekelian,

Dalam soal peranan dalam parti, Puteri telah di asuh sejak awal lagi untuk menggunakan kepakaran yang ada dalam mengendalikan teknologi maklumat. Hari ini, seperti yang telah dijangkakan, dunia siber telah pun berkembang dengan begitu meluas sekali dan telah menjadi gaya hidup orang dimasa kini menggunakan IT (hyperconectivity).

Setiap maklumat, kini bukan sahaja boleh diperolehi sekelip mata dihujung jari malah telah mula membimbangkan kita semua dengan perkembangan penyebaran fitnah dan jenayah siber yang berleluasa. (Dah sebut pasal hyperconectivity, saya nak ucapkan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Dulu semasa Perhimpunan Agung, capaian internet E tetapi tahun ini jangkauan 4G dan wifi percuma lagi).

Menyedari hakikat itu, soldadu merah jambu mengorak langkah untuk menjadi soldadu di alam maya dengan mewujudkan Barisan Semut Api. Barisan Semut Api akan menggabungkan jentera penerangan dan IT Puteri bukan sahaja menangkis dakyah yang disebarkan di alam maya, tetapi juga menggunakan setiap inci ruang dialam maya itu kearah yang lebih positif. Terima kasih kepada Wakil dari Negeri Kedah yang juga menyebut tentang semut api.

Semut Api ini akan membina jaringan yang luas dikalangan wanita muda diseluruh negara, bukan sahaja menyampaikan maklumat yang sahih dan benar bagi menolak fitnah-fitnah yang disebarkan kepada rakyat malah akan menjadi mata dan telinga kerajaan bagi membendung gejala yang tidak sihat yang tersebar melalui alam maya. Barisan Semut Api akan menyelinap masuk ke dalam setiap rumah rakyat di negara ini untuk memastikan agenda kerajaan barisan nasional ke arah perpaduan dan keharmonian kaum dapat dipertingkatkan.

Kecil-kecil cili padi, sekali semut api mengetip, usahkan harimau gajah dapat ditumbangkan TETAPI kami bertekad...berazam Pakatan Pembangkang, KITA BENAMKAN!

SOLDADU MERAH JAMBU

Soldadu Merah Jambu

Bukan satu perjuangan baru

Soldadu Merah Jambu

Perjuangan wanita muda melayu

Soldadu Merah Jambu

Tanda Melayu itu bersatu

Soldadu Merah Jambu

Demi Negara Malaysia yang maju

Soldadu Merah Jambu

Kepada ALLAH dipohon restu

Sidang perwakilan sekalian,

YAB Presiden Parti yang kita semua kasihi, sewaktu menyampaikan amanat beliau dalam Taklimat Presiden pada hari Selasa yang lepas, telah mengingatkan kita semua untuk sentiasa membuat Pemeriksaan Realiti ataupun Reality Check. Realitinya hari ini, rakyat diseluruh negara merungut, mengeluh dan merasa terhimpit dengan keadaan ekonomi. Walaupun pelbagai usaha dan insentif telah diperkenalkan tetapi REALITINYA, kadar pengangguran dikalangan siswazah masih tinggi, dan kemiskinan bandar semakin meningkat. Pada tahun lepas sahaja, lebih 34,641 Graduan wanita dilaporkan gagal mendapat peluang pekerjaan. Dimanakah silapnya?

Mereka ini adalah dari kalangan anak muda yang berpendidikan, alangkah ruginya jika kebijaksanaan dan kebolehan yang ada dalam diri mereka ini tidak dipotensikan, ini juga keresahan yang dilahirkan oleh wakil Kelab UMNO Luar Negara. Justeru itu, Puteri akan membantu graduan-graduan wanita bukan hanya di Bandar tetapi graduan di Luar Bandar sudah pastinya akan turut serta dalam Program Aspirasi Graduan yang bukan sahaja membantu mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan tetapi juga, bagaimana untuk merebut peluang bagi mendapatkan dana perniagaan RM 50 juta melalui Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Professional yang diumumkan dalam Bajet Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Kami bersedia untuk menjadi pemudahcara dalam melaksanakan Program tersebut.

Ayahanda Tan Sri Pengerusi Tetap,

Keadaan ekonomi hari ini juga seperti mana yang telah saya katakan diawal tadi, memaksa kaum wanita turut menjadi penyumbang utama kepada pendapatan keluarga. Realitinya, ramai juga wanita diluar sana yang nasibnya tidak terbela dan tidak mendapat nafkah yang sewajarnya dari suami mereka. Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pertahanan yang telah memperkenalkan Peruntukan Keluarga, daripada suami kepada isteri...Diwajibkan kepada semua pegawai yang telah berkahwin, sebanyak 10% dari gaji pokok akan terus masuk ke dalam buku bank isteri. Selain itu ada juga peruntukan sukarela dimana potongan gaji dibuat kepada ibu. Jumlah potongan tersebut adalah mengikut berapa banyak yang hendak dipotong. Ini baru lah boleh kita kata Hero Tuan-tuan...macho, perkasa dan budiman (Menterinya tak tahulah pulak saya,dia potong 10% atau tidak untuk Datin Seri....hehehe)

Oleh yang demikian, saya berpendapat mungkin boleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bersama Kementerian Kewangan duduk berbincang kemungkinan untuk Peruntukan Keluarga ini dapat satu hari nanti di laksanakan juga diseluruh sektor awam dan swasta! saya yakin, Menteri Kewangan yang juga Presiden Yang kita kasihi akan mempertimbangkan saranan ini kerana beliau tahu bahawa wanita lah yang bukan sahaja menjadi tulang belakang ( pandang kak ijat ), atau menjadi penyejuk belaian jiwa ( sambil memandang kearah datin sri rosmah )

MALAH wanita jugalah penyumbang kepada undi majoriti yang memungkinkan BARISAN NASIONAL memerintah sehingga kehari ini.

Ayahanda pengerusi tetap dan sidang perwakilan sekalian....

Pergerakan puteri ingin merakamkan ucapan tahniah di atas ketegasan YAB Presiden Parti bagi mengekalkan Akta Hasutan 1948 serta jaminan penambahbaikan dan penambahan akta yang bakal dilaksanakan. Ini adalah kerana, betapa penting bagi kita semua, agar dapat memastikan keharmonian kaum dapat kita nikmati bersama.

SEBAGAI PENUTUP BICARA, izinkan saya memetik kata-kata BAPA KEMERDEKAAN NEGARA, Almarhum Tunku Abd Rahman Putra Al Haj sewaktu merasmikan perhimpunan Agung UMNO lebih 50 tahun yang lalu..iaitu dengan lebih tepat lagi pada 6hb September 1964, setahun selepas penubuhan Malaysia. Beliau, ketika itu menyifatkan Malaysia yang baru terbentuk sebagai seorang anak yang baru dilahirkan, beliau telah pun berpesan...

"Kita tidak boleh membiarkan anak kita yang baharu lahir ini lemah,dan dihinggapi penyakit. Ia mesti dipelihara dan dididik sama seperti tiap-tiap seorang dari kita mendidik dan memelihara keluarga kita sendiri. Anak kecil kita ini, tidak ternilai harganya. Ia muncul sebagai satu benda yang kita sama-sama pusakai, dan sama-sama kita bergantung harapan.

Kesejahteraannya bergantung kepada cara bagaimana ia dididik dan dipelihara supaya sentiasa sihat dan bertambah kuat dari masa ia masih kecil sehingga kepada masa meningkat umur dewasa. Oleh itu, masa hadapannya bergantung kepada panduan dari jagaan yang diberi oleh rakyat negeri ini sendiri."

"Malaysia ini ialah anak yang bertuah, anak yang diturunkan kepada kita oleh Allah yang Maha Kuasa yang kiranya dapat hidup dengan subur sehingga menjadi orang dewasa yang kuat sebagaimana yang telah saya sebutkan. Akan menjadi Bapa yang boleh memberi rahmat kepada kita semua dan akan menjadi satu kebanggaan kita yang berkekalan dan kepada semua mereka yang akan datang kemudian dari kita.

Hendaklah menjadikan kewajipan kita dan cita-cita kita yang besar untuk memberi perlindungan dan menjaga anak itu dengan segala kuasa yang ada kepada kita sekalipun dengan jiwa kita. Kita rasa negara dan bangsa kita ini ialah pemberian Allah SWT yang telah dianugerahkan kepada kita setelah mula-mula sekali orang melayu memohonnya, dan kemudian dari itu di ikuti oleh org cina, india dan lain-lain. Kita semua mestilah melindunginya, membersihkannya dari segala pengaruh yang jahat, menjauhkannya dari sebarang penyakit yang mengancam atau membahayakan nyawa".

"Malaysia pada ketika itu sebagai SEBUTIR bintang yang memancarkan harapan...hari ini, selepas 50 tahun...bintang itu telah membuktikan bahawa ianya telah bukan sahaja menyinari harapan orang melayu dan seluruh rakyat malaysia tetapi bintang itu jugalah yang telah menjadi penyuluh daripada kegelapan."

Ayahanda Presiden, Para Perwakilan Sekelian, Sahabat-sahabat Puteri dan seluruh pejuang keluarga UMNO ku,

Demi mempertahankan amanat ini, walaupun beribu tohmahan datang menghujani, jutaan, sindiran menusuk sanubari, kami barisan Puteri masih teguh berdiri. Kami terima semua ini dengan hati terbuka, walau betapa perit hakikatnya, untuk memperbaiki diri agar terus gagah menjulang panji-panji parti keramat ini. Dugaan ini kami jadikan cabaran yg akan depani bersama. Bak kata peri pujangga, sesuatu yang tidak membunuh kamu hanya akan menjadikan kamu lebih kuat.

Berbekal kecekalan hari, berperisai semangat perjuangan sejati, bersenjatakan akal kurniaan Ilahi, kami akan bangkit dengan kesatuan hati dan kepaduan azam untuk membuktikan Puteri masih tangkas di medan juang.

PUTERI akan mempertingkatkan komitmen dengan hala tuju yang jelas dalam mengharungi dinamika politik abad ke 21. Saya selaku Ketua Puteri UMNO Malaysia akan memastikan amanah yang telah diberi oleh pucuk pimpinan parti akan disempurnakan dalam meneruskan obor perjuangan.

Akan saya pertahankan pergerakan ini selarat kederat!!

PUTERI

PUTERI

KAMI TAK AKAN GENTAR

AKAN KITA KEJAR

PUTERI UMNO AKAN TETAP SETIA...PUTERI UMNO AKAN TERUS MARA.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.

Perspective: Journey of social science in Malaysia

WHEN I met Professor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid recently he revealed that he was writing on the origins and stories behind the birth of communication departments in Malaysia — specifically at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) and Universiti Teknologi Mara.

A former International Islamic Universiti Malaysia (IIUM) rector and present doyen of Public Opinion and Electoral Studies in the country, Syed Arabi should perhaps also be recognised as a scholar on electoral behaviour.





Over the years, Syed Arabi — a former UKM professor and head of the Department of Communication, and later deputy dean of the Faculty of Social Sciences and Humanities — has conducted numerous studies on the general elections.

His other interests include public relations, journalism and international communications.

In 2003 I contacted Syed Arabi to write a paper on the beginnings of communication as a field of study in Malaysia. It was for a colloquium I was organising on communication and the human sciences.

He was obliging but cautioned me that there was not much to write then because communication (and journalism) was only studied in the early 1970s, and therefore “quite recent”. It could not be appropriated well.

The recent launch of his books — Syed Arabi Idid: Scholarship in Transformation and Syed Arabi Idid: Transformasi Pemikiran Komunikasipublished by UKM’s Media and Democracy Research Group — in Bangi was attended by UKM and IIUM academic staff, former students, the public relations fraternity, his family and several former vice chancellors who were his schoolmates in Kedah.

Syed Arabi has influenced many, challenging our thoughts and perspectives.

Going through the two books, one gets a wealth of corpus from a multitude of fields in communication and mass communication, ranging from media studies, public opinion and public relations to communication education, from a social science perspective.

Based on a selection of papers and writings over the years, the books are in honour of the professor who celebrated his 70th birthday on Sept 28. In a career spanning more than 40 years, Syed Arabi’s work depicts the progress of communication, public relations and journalism in Malaysia, even during colonial times.

Kudos to Professor Faridah Ibrahim and Dr Change Peng Kee, who “had to sieve through thick volumes of papers”, some of which they could trace the soft copies, but mostly they had to scan.

It is social science rarely depicted through literature in the country. Economics and political science form the bulk of social science which has been published.

But Syed Arabi’s books centre on communication studies and its various fields, and the empirical work produced so far, providing insights into media usage and its routinisation in daily life.

Syed Arabi writes as a social scientist, who had carved his path in the larger field of communication studies.

In one chapter, he provides a survey of the origins and development of public opinion studies in Malaysia.

In recent times, the dynamism of public opinion has taken centre stage in the national political landscape, a sociological theme that Syed Arabi has been involved in throughout his academic life.

Led by Syed Arabi, UKM academics have conducted several public opinion surveys for almost three decades now.

But in hindsight, he admitted “we did more than just conduct mere polling as the academic drive in use called us to bring in more academic input and some theoretical perspectives in our study”.

Public opinion activity is not new in Malaysia. It was conducted among and by British administrators to gauge our (the natives) thoughts on several issues.

The then scholar-administrators needed to comprehend the culture, religion, language, eating habits, beliefs and taboos, especially of the Malays, as natives of the peninsula.

Fusing both sociology and anthropology, social science approaches and methodologies gained much usage in penetrating the psyche of colonised subjects, both in Asia and Africa.

Malaya and Malay society were, in a sense, a living laboratory for knowledge production. The colonial ideology and paradigm dominated. But it was only with the setting up of University of Malaya in Kuala Lumpur in 1958 (parting with its sister university, University of Singapore, set up in October 1949) that gave impetus to the development of social science in Malaysia.

From then, research was geared towards meeting the needs of the new nation.

Later, with the setting up of USM, Universiti Putra Malaysia and UKM, social science research gained academic and scholarly visibility.

Although several related studies were conducted earlier in Malaya, the first known survey related to media consumption was undertaken in 1937 by Radio Singapore (then catering for Malaya) to understand the listening habits of its audience.

Syed Arabi provided a glimpse of how it was conducted. Some three questions were placed in the daily, Straits Times, on April 14, 1937, asking the readers’ thoughts on Radio Station ZHL.

The questions were repeated on April 19 of the same year. The questions were:

1. What do you think of Singapore Radio Station ZHL?

2. What programme do you like the most?

3. What is your comment with regard to:

a. Local artistes

b. Foreign recordings

There was feedback. Replies were made by General Manager G.S. Dumeresque on April 21 and 28, 1937.

Interestingly, the second episode concerning public opinion was in 1954 when the United States Information Agency sponsored the study,Communications and Public Opinion in Malaya, conducted by the Bureau of Social Science Research at the American University in Washington. The Cold War then dominated the agenda.

Syed Arabi noted that the outcome comprised opinions of Malayans on the colony’s economic conditions, of the government, and of the various races in Malaya. Since then, numerous studies have been conducted by institutions such as Survey Research Malaysia and the Department of Statistics (both in the 1960s) and individual academics.

Now there is the Electoral Studies Unit at IIUM, University Malaya’s Centre for Democracy and Elections and Merdeka Center, among others.

Public opinion survey of elections came on-board in 1986 — as a challenge by the then director general, Department of Information, Ministry of Information.

That year, Othman Said challenged the academics at UKM’s Department of Communication to conduct a public opinion poll of voters and voter intention “like what were being done in the United States”.

Syed Arabi took the challenge. Together with fellow academic Mohd. Safar Hasim and lecturers from the Department of Communication, studies on voter behaviour were conducted, and have continued for close to 30 years now.

And it was more than just polling. Syed Arabi is also concerned with voter perceptions on political personalities, political parties, national issues and problems, and the media.

Apart from conceptual, methodological and categorical problems, the representation of the findings in the media is also problematic.

Both the books chronicle Syed Arabi’s thoughts and provide a facet of the journey of social science in Malaysia, without which the vastness of the ocean of knowledge would be without that single drop from the humility of the good scholar.

Penamaan Semula Nama Jalan Di WIlayah Persekutuan

Assalamualaikum Tetuan Pengarang Hari Metro

Sila ambil maklum Info Grafik Penamaan Semula Nama Jalan Di WIlayah Persekutuan yang boleh dilayari di http://www.hmetro.com.my/node/12316 perlu (rasanya) di semak semula.

2. Saya dapati bahawa gelaran DYMM Tuanku Syed Sirajuddin telah diletakkan sebagai 'Sultan Perlis'. Dalam pengetahuan saya, gelaran bagi DYMM Tuanku adalah 'Raja Perlis'.

3. Gambar DYMM Tuanku Syed Sirajuddin juga di letakkan sebagai Sultan Azlan Shah Sultan Perak (lihat Jalan Ipoh -> Jalan Sultan Azlan Shah) dan bukannya gambar Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah.

Bertarikh 28 November 2014

Selepas di maklumkan kepada Harian Metro

Harian Metro Infografik 28 November 2014

Hina sangatkah Umno?

BERMULA dari sebelum, semasa dan selepas Perhimpunan Agung Umno 2014, boleh dikatakan tidak ada sedikit pun berita baik yang dilaporkan oleh media sosial anti-establishment.


Hina * Penulis ialah pensyarah di Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam, UniSZA

Semuanya buruk, seolah-olah Umno ini sangat hina, yang suci adalah ultra kiasu. Ini tidak termasuk kejian, makian dan hinaan melalui komen pembaca.

Saya tidak kata Umno itu semuanya baik. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, terutama dari sudut integriti. Tetapi liputan yang dibuat amat tidak adil. Kenapa tidak dibuat perkara yang sama kepada parti ultra kiasu? Berita sengaja diputar-belitkan untuk lariskan perniagaan.

Ketika semua parti yang ada memperjuangkan kaum masing-masing, apakah parti Melayu (Islam) perlu keluar dari kepompong itu? Siapa akan mempertahankan Melayu dan Islam jika Umno dan Pas menjadi liberal? Selama ini pun ultra kiasu tidak pernah percaya kepada Umno dan Pas.

Jika PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi presiden selepas ini. Saya yakin parti ini akan terkubur. Seperti BN, bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan Exco dalam negeri-negeri yang ditawani.

Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu. Trend pengundian membuktikan bukan Melayu memberikan undi kepada DAP ultra kiasu.


DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya. Malang sekali ada Melayu Islam yang tergoda dengan gula-gula ini.

Saya tidak nampak Perdana Menteri sebelum ini hingga kini, bertindak terlalu kepartian atau kemelayuan sehingga meminggirkan bangsa lain. Jika tidak sudah lama bangsa lain merempat.

Mereka tahu membezakan tanggungjawab selaku ahli politik dan negarawan. Apabila mereka telah memenangi pilihan raya dan menjadi pemimpin utama, maka ketika itu mereka adalah negarawan.


Peliknya, kenapa ultra kiasu menjadikan Umno (tidak ketinggalan Pas) sebagai sasaran?

Jawapannya mudah, kedua parti ini tidak dapat lari daripada Melayu dan Islam. Kedua parti tidak mahu negara ini diterajui ultra kiasu yang mahu meliberal dan mempluralkan bumi ini agar tidak beridentiti.

Mereka tidak mahu agenda Islam, Melayu dan Bumiputera mengakar. Lebih serius lagi, ada yang mahukan sejarah kemerdekaan negara ini ditulis semula, dengan menekankan sumbangan kaum secara sama rata. Tanpa memberikan lebih kredit kepada bangsa Melayu.

Sedangkan sejarah membuktikan, orang Melayulah paling banyak berkorban bermula dari negara ini dijajah sehinggalah mencapai kemerdekaan. Tidak dinafikan ada juga sumbangan kaum lain.
Sumbangan dan pengorbanan bukan Melayu terhadap kemerdekaan, muncul setelah Malayan Union dimansuhkan pada tahun 1946, hasil penentangan orang Melayu sehingga melahirkan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.

Untuk makluman, PTM 1948 adalah cerminan kepada PTM 1957 yang dipersetujui British, yang masih mengekalkan kedudukan Islam, Melayu (termasuk bahasa), Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Unsur-unsur tradisi inilah yang mengikat dalam kontrak sosial.

Sebab itu, saya amat pelik, kenapa dan mengapa sehingga ke hari ini ultra kiasu sengaja tidak mahu memahami hakikat ini. Terus-terang, saya amat mengagumi Henry Sackville Barlow, Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad, yang kini dimiliki oleh PNB.

Barlow dan Sime Darby tidak dapat dipisahkan, kerana pertalian rapat ahli keluarganya. Sejarah Sime Darby bermula pada tahun 1910, ketika Tanah Melayu dijajah. Peniaga British William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co.

Bermula dengan sektor perladangan getah, kemudian berkembang kepada sawit, koko dan pelbagai sektor, sehinggalah diambil alih PNB. Selaku orang yang tinggal lama di sini dan memahami budaya politik Melayu, Barlow sentiasa mengingatkan Sime Darby agar tidak melupakan agenda Melayu dan Bumiputera dalam setiap rancangan ekonomi. Nyata sekali Barlow amat memahami sensitiviti dan budaya politik negara ini.

Peliknya anak penjajah British sangat sensitif dengan agenda Melayu dan Bumiputera, kenapa mereka yang sekian lama tinggal di sini sengaja tidak mahu memahaminya, malahan mendesak supaya ia dihapuskan. Lebih pelik lagi, kalangan kita sendiri turut bersekongkol?

Saya amat mengharapkan perhimpunan kali ini benar-benar memberikan keinsafan kepada Umno dalam usaha memartabatkan dan memperkasakan pembangunan negara bangsa tercinta ini.

Magna Carta, asas kedaulatan

PADA awal kurun ke-13, England diperintah oleh Raja John. Raja John adalah adik kepada King Richard I, yang juga dikenali sebagai Richard the Lionhearted yang terkenal kerana penglibatannya dalam Perang Salib dan pertempurannya dengan Sallehudin-al-Ayubi. Apabila King Richard I mangkat, King John dinobat menjadi raja.

Semasa baginda dinobatkan, England masih mempunyai beberapa jajahan di Perancis. Namun demikian, tanah jajahan tersebut telah jatuh ke tangan Raja Perancis. Baginda cuba untuk merampas semula tanah jajahan tersebut melalui suatu ekspedisi perang pada tahun 1214, tetapi selepas suatu pertempuran di Bounvines, Perancis, Raja Philip II akhirnya menamatkan ekspedisi tersebut.

Ekspedisi perang King John di Perancis mendapat tentangan oleh pemilik-pemilik hartanah di England yang dikenali sebagai barons. Mereka antara lain tidak berpuas hati dengan dasar kewangannya yang antara lain meninggikan cukai dikenakan terhadap mereka dan selepas kekalahan King John di Bouvines, baron-baron tersebut memberontak. Peperangan akhirnya tercetus di antara baron-baron yang memberontak dan King John serta mereka yang masih setia dengannya.



* Penulis seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.

Baron-baron yang memberontak membuat beberapa tuntutan kepada King John bagi melindungi apa yang mereka lihat sebagai hak-hak mereka. Rundingan damai diadakan dan bagi mengelakkan daripada peperangan menjadi lebih teruk, King John telah menandatangani suatu piagam yang dikenali sebagai ‘Magna Carta’.

Magna Carta merupakan suatu piagam yang begitu penting dalam sejarah England dan undang-undang common law di seluruh dunia. Buat pertama kalinya, kuasa seorang raja di England telah dihadkan melalui sebuah perjanjian di antara golongan pemilik hartanah dan pemerintah.

Antara klausa yang paling penting, dan masih mempunyai kuat kuasa undang-undang di United Kingdom adalah klausa 39 yang menyatakan bahawa tidak ada orang yang bebas boleh dihukum penjara atau dirampas harta tanpa melalui suatu proses undang-undang. Inilah yang dikenali sebagai kedaulatan undang-undang atau ‘rule of law’.

Manga Carta menjadi asas kepada prinsip yang masih diguna pakai sehingga kini bahawa kuasa pemerintah tidak mutlak. Ia dilihat sebagai suatu piagam yang menjanjikan hak-hak individu di England, yang mana sebelum ini hak-hak individu tersebut tidak terjamin mahupun terpelihara.

Sebenarnya mereka yang memeterai Magna Carta tidak pun memikirkan hak atau kebebasan golongan biasa. Golongan serf di England pada masa itu tidak mempunyai hak. ‘Orang bebas’ yang disebut dalam Magna Carta adalah golongan yang berada, bukan golongan serf yang sering ditindas.

Magna Carta itu sendiri tidak dapat menyelesaikan kemelut di antara Raja John dan baron-baron yang memberontak. Piagam itu telah dimungkiri oleh Raja John, sama seperti janji baron-baron untuk setia kepada Raja John.

Tetapi kesan Magna Carta jauh melangkaui pihak-pihak yang memeterainya. Magna Carta menjadi titik permulaan kedaulatan undang-undang dan keperlembagaan; kontrak sosial pemerintah dan yang diperintah.

Tanggapan asas bahawa seorang individu tidak boleh dihukum kecuali melalui proses undang-undang ini akan dikembang dan diperhalusi menjadi hak-hak asasi yang dijamin dalam sesuatu dokumen seperti perlembagaan.

Magna Carta telah mempengaruhi pengasas negara Amerika Syarikat dalam merangka perlembagaan mereka selepas mendapat kemerdekaan daripada British. Dan ‘bayang’ Magna Carta dapat dilihat dalam perlembagaan negara-negara bekas jajahan British yang lain.

Tahun depan merupakan ulang tahun 700 tahun termeterainya Magna Carta. United Kingdom dan seluruh dunia akan meraikan apa yang dikatakan oleh hakim tersohor England, Lord Denning, sebagai “...dokumen perlembagaan yang terhebat sepanjang zaman – batu asas kebebasan individu terhadap kuasa arbitari pemerintah zalim.”