December 30th, 2014

Banjir laman 
sosial terburuk

Ketika negeri ini dilanda banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak lebih tiga dekad lalu, kerajaan negeri bersama seluruh jenteranya dan Pusat berusaha melakukan yang terbaik agar aspek kesejahteraan rakyat terus terjaga.

Namun di sebalik segala persiapan dan persediaan de­ngan menghadap rutin ketibaan fenomena alam ini, cabaran yang dihadapi sukar diduga, apatah lagi ketibaan bencana itu luar biasa sifatnya.

Ternyata semua ini cukup mencabar kemampuan ketika anggota-anggota yang dikerah bagi memastikan keselamatan mangsa di samping menjaga kebajikan terjaga mereka manakala yang tidak ditimpa musibah, emosi mereka mungkin turut terapung dengan rasa resah.

Seakan terlepas daripada perhatian, terdapat di kala­ngan anggota petugas yang keluarga mereka juga turut diancam bencana dan berada dalam kebimbangan namun terus bertugas menunaikan tanggungjawab mereka bersama sepanjang 24 jam.

Segala kepayahan yang dilalui suatu dugaan untuk semua, menghadapinya dengan penuh sabar bukan sahaja bagi mangsa apabila seluruh keselesaan, kesenangan diragut dan harta benda musnah, dengan hari-hari depan dirasakan makin sukar.

Bencana tentunya datang dengan segala kepayahan, lalu kita akan tetap terdengar tangisan, jeritan, kegelisahan di samping cercaan, tohmahan dan fitnah ketika tanggungjawab kemanusiaan ini harus dipikul bersama oleh sesiapa yang mampu.

Dalam keadaan sebegini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengajak semua untuk saling membantu.

“Mungkin kecil (bentuk bantuan) bagi sesetengah daripada kita tetapi besar makna­nya bagi mereka yang berdepan dengan bencana ini.

“Ini bukan masanya bagi sesetengah pihak untuk menyebarkan segala tohmah untuk meningkatkan keri­sauan rakyat, seronok me­nuding jari untuk me­nyalahkan sesiapa dan mengambil kesempatan bagi meraih kepenting­an politik,” ujarnya yang turut menjadi mangsa serangan.

Seorang teman yang mendokong parti pembangkang turut menyatakan kekecewaannya tentang ‘banjir’ di laman sosial yang dianggapnya lebih buruk daripada bencana yang melanda, sarat dengan kutukan, mencari salah dan menimbulkan rasa cemas, membakar emosi mangsa dan umum dengan paparan foto dan kisah yang tidak benar.

“Perasaan kecewa melanda apabila melihat ramai sahabat yang suka menulis dengan tujuan mengutuk dan bukan membantu.

“Persoalan-persoalan seperti: “Kenapa begitu tidak begini?”. “Orang ini tak pandai, orang itu jahil.” “Parti ini gitu parti itu gitu” atau “Aku belum terima arahan” dan macam-macam lagi,” katanya.

Beliau mempersoalkan, dalam keadaan sebegini kenapa tidak menyatakan apa yang mereka boleh buat atau bersama mengajak orang lain mengerah tenaga dan dana, berdoa dan bersolat hajat dan sekurang-kurangnya berterima kasih kepada pasukan penyelamat.

“Duduk di hadapan komputer mencari salah dan silap orang dan berlagak pandai memang senang. Jadilah manusia yang berjiwa besar dan bersama sama berusaha membantu mereka yang sedang menghadapi ujian Allah ini,” ujarnya.

Wan Zulkifli Wan Yaacon Utusan Malaysia Rencana 30 Disember 2014

Kalau tak boleh nak tolong, 
tolong duduk diam boleh tak?

“MEMBACA komen-ko­men di Facebook (FB) boleh buat kita rasa sedih dan marah. Nampak sungguh ada kalangan rakyat Malaysia yang tak tahu erti bersyukur langsung. Ada saja yang tak kena. Bila sudah diberi cuti...tanya perlu ke bagi cuti...tak cukup seminggu cuti patut sebulan...kenapa tak sebulan...kenapa cuti untuk semua? Bila tak bagi cuti...mengata pula menteri bebal, tak sensitif...tak tahu kesusahan mangsa (banjir). Bila dah turun padang, tanya pula kenapa nak datang...kenapa tak naik bot...kenapa cuma datang Kelantan...kenapa tak mere­dah air...kenapa tak guna kapal selam (arghh). Cukup-cukuplah...”

Demikian status yang dimuat naik oleh seorang sahabat penulis yang cukup geram dengan fiil orang Malaysia yang kini menjadi antara masyarakat paling tidak bersyukur di dunia.

Pengumuman penangguhan per­mulaan sesi persekolahan daripada 5 dan 6 Januari kepada 11 dan 12 Januari depan ekoran banjir buruk yang melanda beberapa negeri di Semenanjung khususnya di Pantai Timur, yang sepatutnya disambut baik mengambil kira kesusahan dan kepayahan dialami mangsa banjir rupa-rupanya tidak disambut de­ngan dada terbuka oleh rakyat Malaysia khususnya para ‘pengkritik siber’.

Sebagaimana dinyatakan dalam status FB sahabat penulis itu, lebih ramai yang mengutik daripada berterima kasih.

Walaupun mengetahui betapa teruknya banjir yang melanda kali ini sehingga mengakibatkan lebih 150,000 penduduk di Kelantan sahaja terpaksa dipindahkan, banyak rumah musnah dan harta-benda hilang dihanyutkan air bah, mereka tetap mempersoalkan, “Perlukah diberi cuti (sekolah tambahan se­minggu lagi)?”

Hanya kerana mereka bukan mangsa banjir, rumah mereka tidak dilanda bah dan kehidupan mereka tidak terjejas sedikit pun, mereka mempertikai; “Kenapa cuti untuk semua?”

Puak-puak yang mempersoal dan mempertikai ini sebenarnya hanya mementingkan diri dan menutup mata daripada melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka tidak mampu membaca rasional di sebalik keputusan menangguhkan sesi persekolahan untuk semua termasuk di negeri-ne­geri Pantai Barat yang tidak terjejas.

Hal ini kerana bagi puak-puak pengkritik ini dunia mereka sebenarnya tidak jauh dari laman dan belakang rumah mereka. Mereka tidak terfikir yang rakyat Malaysia kini boleh bekerja di Kuala Lumpur tetapi berasal dari Kelantan dan Terengganu, begitu juga sebaliknya.

Sepanjang cuti sekolah ini bukan sedikit yang menghantar anak isteri balik kampung, yang mungkin sahaja ‘terperangkap’ sama di pusat-pusat pemindahan sementara dan ‘terganggu’ jadual pulang ke rumah masing-masing di ibu kota kerana banyak jalan ditutup atau ‘terputus’ gara-gara banjir yang melanda.

Justeru keputusan Kementerian Pendidikan mengisytiharkan cuti sekolah seminggu lagi untuk semua termasuk negeri-negeri yang tidak terjejas dengan banjir, sudah tentulah dibuat setelah mengambil kira faktor berkenaan, faktor yang tidak dapat dilihat oleh para pengkritik dan `penyerang siber’ ini.

Mereka ini yang kebanyakannya hanya duduk-duduk di hadapan papan kekunci komputer atau berbaring sambil mendakap telefon mudah alih, cukup ligat dan proaktif ‘membuat ulasan selari’ tentang banjir yang melanda negara khususnya di Pantai Timur, lengkap dengan analisis hasil ‘fakta’ yang dikongsi daripada kumpulan WhatsApp `rumah sebelah’ atau status FB rakan yang dikongsi daripada rakan lain yang kenal dengan saudara rakan tadi yang kebetulan sekampung dengan rakan tempat kerja dan...(rantaian infiniti yang tidak diketahui siapa sumber asalnya).

Peliknya ramai yang menganggap ‘maklumat’ yang dikongsi dan diulang kongsi berkali-kali itu benar dan sahih belaka walaupun tidak ada sumber berwibawa mengesahkannya.

Bahkan ‘maklumat’ itu lebih dipercayai daripada berita yang di­siarkan dalam media arus perdana sama ada akhbar mahupun media elektronik yang mempunyai wartawan dan jurugambar yang turun sendiri ke lokasi kejadian, melihat dan merasai sendiri kesan bencana alam itu malah menemuramah sendiri mangsa-mangsa terlibat.

Maka timbullah kisah bayi mati kesejukan dan kelaparan di atas bukit di Kelantan lengkap `puisi nukilan ibu mangsa’ yang kononnya dikongsi di laman sosial. Secara logiknya bila si ibu yang baru kehilangan bayi itu hendak menulis puisi dalam keadaan sekarang? Walaupun ada status penafian dibuat juga di laman sosial, ‘puisi nukilan ibu mangsa’ sudah tersebar dan menjadi viral.

Tanpa rasa bersalah, puak-puak ini juga mereka-reka cerita itu dan ini, yang kalau dikaji niatnya tidak lain tidak bukan mahu mencetuskan kegemparan dan huru-hara.

Penat-lelah anggota pihak berkuasa seperti polis, tentera, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Rela di samping petugas dan sukarelawan parti politik yang bertungkus-lumus menghulur bantuan, usahkan hendak dihargai tetapi diperlekeh pula.

Lebih menjengkelkan apabila ada juga pengguna laman sosial ini yang terlebih kreatif mengeluarkan kenyataan ‘bagi pihak agensi tertentu’ atau ‘pemimpin tertentu’ sehingga menimbulkan kegusaran dalam masyarakat.

Menjadi satu kerja tambahan pula kepada agensi kerajaan dan pihak berkuasa yang menjadi mang­sa tohmahan dan fitnah untuk membuat penafian dan menepisnya daripada berleluasa, sedangkan masa yang ada sepatutnya ditumpukan sepenuhnya untuk menyelamat mangsa banjir, membantu mereka dan memulihkan prasarana yang terjejas akibat bencana alam itu.

Alangkah baiknya jika golongan ‘penyerang siber’ ini sama-sama turun padang menyingsing seluar membantu petugas dan para sukarelawan menyumbang tenaga dan masa jika tidak pun wang ringgit kepada mangsa-mangsa banjir yang sedang dihimpit kesedihan dan kepayahan.

Namun kalau itu pun tidak hendak dilakukan, suka saya memetik kata-kata seorang rakan yang baru sahaja berhijrah menjadi insan lebih baik selepas cemuih dengan sikap manusia di Malaysia yang suka menjadikan amalan umpat keji dan fitnah sebagai budaya: “Kalau tak boleh nak tolong, tolong duduk diam boleh tak? Itu saja aku nak kata.”

Catatan Marhaen Utusan Malaysia Rencana 30 Disember 2014

Menegakkan Kesaksamaan

Sayu dan sebak menatap gambar-gambar bencana banjir yang sedang melanda negara kita. Lebih sayu menatap gambar-gambar rumah mangsa-mangsa banjir yang rosak teruk seperti dilanda tsunami kecil. Tiada siapa yang dapat menjangkakan banjir yang melanda kali ini begitu dahsyat sekali dalam sejarah Malaysia moden.

Banyak pengajaran yang boleh diambil ekoran bencana banjir yang berlaku. Apa yang penting, permudahkan segala bantuan kepada mangsa-mangsa banjir selain memperbaiki kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengurusan krisis dalam menghadapi senario banjir.

Kita semua mempunyai peranan masing-masing dalam membantu mangsa banjir. Usahlah terlalu mudah menyebarkan berita palsu dan fitnah yang mengeruhkan lagi keadaan dan menjejaskan kerja-kerja bantuan pihak berkuasa. Bersikaplah sebagai seorang yang berakhlak baik dalam sebuah negara yang menuju ke arah negara maju.

Tiada sikit pun manfaat daripada berita-berita fitnah, palsu dan adu domba kecuali boleh menjerumus diri seseorang mendapat dosa ke­ring.

Di saat negara dilanda banjir, dilaporkan bahawa pesawat QZ8501 milik Air Asia Indonesia yang menuju ke Singapura dari Surabaya hilang dari radar menutup tirai tahun 2014. Sebelum ini, tiada siapa yang dapat melupakan dua tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17. Kedua-duanya adalah episod duka yang sudah tentu menjadi lipatan sejarah Malaysia. Setiap tragedi dan bencana yang berlaku pada tahun ini sungguh menginsafkan kita.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia moden tragedi-tragedi besar yang menggemparkan seluruh dunia sebagaimana yang berlaku pada tahun ini. Namun, inilah yang dikatakan takdir yang wajib diterima oleh kita sebagai makhluk yang lemah di sisi Allah SWT. Apa yang penting, tragedi-tragedi yang telah dan sedang berlaku ini mendekatkan diri kita kepada Allah SWT Yang Maha Esa. Eloklah selepas ini dihentikan sahaja segala aktiviti hiburan tidak bermoral.

Bukan setakat konsert menyambut tahun baharu 2015. Usahlah hanya ketika musibah dan bencana berlaku baharulah aktiviti-aktiviti hiburan yang merosakkan akhlak ini dihentikan. Apabila ia merosakkan akhlak sudah tentulah ia merupakan aktiviti yang melampaui batas.

Melampaui batas pula sinonim dengan perkataan ekstrem. Acapkali pada masa kini, kita mendengar dan membaca istilah ekstrem dan ekstremis. Malang sekali, apabila ada pihak yang menggelar pihak lain ekstremis sedangkan mereka sendiri pun berideologi kebaratan bersifat liberal dan sekular.

Mereka ini mungkin tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham bahawa sekular itu menyimpang sama sekali daripada ajaran agama Islam. Jauh sekali maksudnya berbanding istilah kesederhanaan dalam erti kata sebenar ajaran agama Islam. Sekular itu sendiri mengasingkan agama dalam kehidupan seharian. Ini adalah perbuatan manusia yang melampaui batas.

Kenapa perlu mengagung-agung­kan ideologi barat yang te­rang-terangan salah mengikut aja­ran agama Islam? Malang juga kerana yang berjuang untuk mempertahankan ideologi sebegini ialah mereka yang dikategorikan sebagai golongan elit. Banyak lagi perkara yang sewajarnya diperjuangkan.

Cuba turun ke bawah, lihat sendiri apa yang berlaku. Usah setakat memerhatikan keadaan masyarakat dari puncak keelitan yang berpaksikan kemewahan. Ramai lagi rakyat yang susah dan mereka ini perlu dibantu. Dalam konteks banjir yang sedang me­landa negara pun kita boleh lihat seterang-terangnya mereka yang mengalami kesusahan. Kenapa tidak mahu memperjuangkan nasib mereka?



MUSNAH…Beberapa buah kereta rosak teruk akibat dihanyut arus deras dari limpahan air Sungai Kelantan di Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan. Manik Urai antara kawasan yang teruk dilanda banjir, ditambah dengan terputus hubungan dengan kawasan luar. – BERNAMA

Malang juga mereka yang berideologi kebaratan mengalahkan orang barat itu sendiri terlalu taksub dengan agenda hak asasi individu. Kesaksamaan di­se­lewengkan men­­jadi kesamarataan.

Kesaksamaan bersifat keadilan, manakala kesamarataan tidak tentu adil. Misalnya, adakah adil golongan kaya diberikan bantuan wang ringgit sebagaimana orang susah atas landasan ingin menyamaratakan bantuan?

Kenapa golongan elit ini tidak berjuang untuk mengurangkan jurang kekayaan dalam kalangan rakyat Malaysia? Tidakkah itu lebih diutamakan kerana jurang kekayaan yang melebar boleh memberi impak yang besar terhadap pelbagai permasalahan sosial rakyat?

Mereka yang kononnya menjadi pejuang hak asasi individu, liberal dan sekular ini kelihatan seolah-olah mewakili suara rakyat Malaysia. Benarkah begitu atau digembar-gemburkan atas sokongan dan promosi yang keterlaluan dan ekstrem oleh segelintir media yang mudah difahami agenda tersirat dan tersurat mereka.

Beralaskan perjuangan kesederhanaan, mereka ini sengaja tidak nampak betapa berlaku kepincangan ekonomi apabila hartanah dan perniagaan dikuasai oleh segelintir pihak sahaja. Kalau benar-benar ingin menegakkan kesederhanaan, keadilan adalah tunjangnya.

Jadi, dalam hal ini, kesaksamaan untuk semua golongan rakyat menguasai kekayaan dan ekonomi negara. Itu baharulah dikatakan adil dan saksama. Tetapi apa yang berlaku dan jelas kelihatan, berprinsipkan satu lagi ideologi barat iaitu kapitalis, yang kaya bertambah kaya.

Lihatlah di bandar-bandar besar di negara kita, kawasan perumahan mewah yang dikuasai oleh segelintir kapitalis yang terlalu kaya dikelilingi oleh majoriti perumahan kos rendah. Tidakkah situasi sebegini juga bersifat ekstrem. Sekali lagi, ideologi barat jelas pincang dan memudaratkan masyarakat. Jadi, kenapakah masih ingin menegakkan benang yang basah yang memudaratkan rakyat Malaysia?

Itu belum lagi melibatkan per­soalan kenapa dalam proses pe­ngambilan pekerja di sektor swasta terdapat banyak tindakan yang jelas menggambarkan ketidakadilan. Peluang untuk mendapat pekerjaan jelas sekali dikuasai oleh segelintir pihak meskipun calon-calon lain juga mempunyai merit yang sama. Itu belum menyentuh mengenai gaji yang jelas berbeza dan syarat bahasa tertentu untuk pengambilan pekerja yang jelas mengamalkan diskriminasi.

Mana perginya pejuang-pe­juang hak asasi manusia yang bercirikan liberal dan sekular untuk menentang penganiayaan dan kezaliman ini? Tidakkah itu hak yang wajib diberikan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira siapa mereka? Justeru, kembalilah berjuang pada landasan yang betul seperti menegakkan keadilan dan kesaksamaan ekonomi agar tidak menganiaya orang lain bahkan Insya-Allah boleh memberi kesejahteraan kepada rak­yat Malaysia.

Rohami Shafie ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan (SOA) Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia

Melaksanakan setiap azam 
tahun baharu

MASA berlalu begitu pantas dan tahun 2014 akan digantikan oleh 2015. Akan ada di antara kita yang bertanya, ke manakah perginya tahun 2014? Ke­rana masih ada kerja yang tertunggak, urusan yang belum selesai dan masih terdapat azam tahun baharu 2014 yang belum dilaksana atau ditunaikan.

Malangnya masa tidak menunggu kita. Waktu tetap berlalu. Dan waktu yang pergi itu tidak akan berganti atau berulang lagi. Ia semuanya telah menjadi catatan sejarah hidup kita. Jika ada yang tidak ditunaikan, maka hanya kekesalan yang akan dirasai. Jika masa telah dibiarkan terluang begitu sahaja, maka akan dirasa kerugiannya, kerana sesuatu yang baik, produktif dan yang berfaedah telah tidak dilakukan mungkin kerana kita menunda untuk me­lakukannya ke hari esok atau lusa.

Lazimnya, apabila awal tahun baharu akan tiba maka kita akan membuat azam baharu. Pelbagai janji akan dibuat pada diri. Pelbagai perkara akan disenarai untuk dilakukan menjelang tahun baharu. Antaranya kita berazam bahawa dalam tahun yang akan datang:-

* Kita tidak akan ulangi apa yang tidak elok yang telah diamalkan atau dilakukan dalam tahun sebelumnya.

* Kita akan memperbaiki gaya hidup, contohnya, akan mengamalkan gaya hidup sihat, mengelak makanan yang memudaratkan, melakukan senaman atau mengamalkan berjalan kaki dan sebagainya.
* Bermacam lagi azam yang dijanjikan akan dilakukan dalam setahun yang akan datang. Semuanya yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

* Masalahnya ialah ada di antara kita yang tidak menyu­suli setiap azam yang dibuat dengan tidak secara proaktif me­nyemak secara berkala, daripada setiap azam tersebut, untuk mengenal pasti yang mana belum dilaksana, yang mana hanya ditunaikan sebahagian atau yang sememang­nya telah dike­tepikan daripada senarai.

* Meneliti apa sebabnya tidak dilaksanakan mana-mana azam tersebut. Mungkin azam yang dibuat tidak rea­listik, seperti menurunkan berat badan pada tahap yang terlalu tinggi.

Mungkin azam yang realistik ialah berjanji pada diri untuk melakukan apa yang termampu sahaja. Dan dengan meletakkan jangka masa pelaksanaan yang munasabah. Dan berazam untuk memastikan setiap azam ditunaikan. Yang penting ialah azam tahun baharu membawa kita pada tahap yang lebih tinggi dalam kehidupan harian serta membantu kita menghasilkan prestasi yang lebih baik dalam urusan seharian kita.

Sewajarnyalah setiap daripada kita membuat azam untuk sentiasa me­laksanakan tanggung­ja­wab kita sebaik mungkin, lebih baik di tahun akan datang daripada ta­hun lalu. Wajar kita merenung kembali di manakah terdapat sa­lah dan silapnya yang menghalang kita ber­pres­tasi seperti sepatutnya. Di manakah ke­cuaian dan kelalaian ki­ta? Apakah yang telah meng­halang? Apabila ki­ta merenung kembali akan dapat dikesan dan difikirkan, bagaimana keadaan boleh diperbetulkan. Dan bagaimana boleh diperbaiki.

Ibu bapa mesti masing-masing berazam untuk menjadi pengasuh dan pendidik anak-anak yang lebih baik. Petugas-petugas awam mesti berazam memberi khidmat terbaik seperti yang diharap dan dijangkakan oleh masyarakat. Peniaga-peniaga pula wajar berazam berniaga dengan beretika dengan rasa tanggungjawab supaya tidak didorong oleh keuntungan semata-mata.

Para guru dan pengajar perlu berazam mengajar dengan penuh komitmen, supaya sekolah dan maktab dapat melahirkan warganegara berilmu, berkeperibadian yang baik dan merupakan aset kepada masyarakat dan negara.

Begitu juga mereka yang telah diamanahkan dengan jawatan dan kuasa dalam pelbagai bidang, wajar membuat azam untuk tidak mengabaikan tanggungjawab masing-masing dan berpegang teguh kepada khidmat dengan beramanah, berintegriti dan dengan akauntabiliti menunaikan harapan mereka yang dipimpin, serta mengetepikan kepentingan diri dengan meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya.

Tahun 2014 menyaksikan pelbagai pergolakan dan masalah. Dan kita tidak boleh menyalahkan tahun tersebut. Sebahagian besar daripada masalah berpunca daripada manusia iaitu kita. Tahun 2015, atau pun tahun-tahun selepas­ itu, pasti akan dibelenggu oleh masalah dan kelam-kabut sekiranya kita masih tidak menyedari dan mengakui kekurang­an dan kesilapan-kesilapan. Bahkan apa-apa kemelut akan berlipat ganda menjelang tahun baharu, jika tidak diuruskan penyelesaian masalah-masalah.

Wajarlah kita bersama-sama berazam, menjelang tahun 2015 untuk melaksanakan di peringkat kita masing-masing, apa yang sepatutnya untuk memastikan Malaysia tidak terus diganggu-gugat oleh polarisasi di antara masyarakat, sikap dan minda sempit yang boleh mencetuskan perbalahan sesama sendiri, kepentingan peribadi mana-mana pihak yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan oleh masyarakat dan suasana serta arah aliran politik yang bertentangan dengan apa yang sewajarnya untuk Malaysia terus maju.

Marilah kita memperbetulkan apa yang tidak betul, memperbaiki apa yang kurang elok dan menokok tambah kepada apa yang jelas baik supaya 2015 tidak semata-mata menyambung masalah-masalah 2014. Azam tahun baharu 2015 sewajarnya azam secara kolektif kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada kesejahteraan tanah air kita ini. Selamat menyambut tahun baharu!

Tan Sri Rafidah Aziz pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama 35 tahun, menteri selama 28 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO selama 38 tahun. Beliau kini ialah Profesor Adjung di Kolej Perniagaan 
Universiti Utara Malaysia (UUM) selain menjadi Pengerusi AirAsiaX, 
Megasteel dan Pinewood Iskandar Malaysia Studio. Utusan Malaysia Rencana 30 Disember 2014

25 Tokoh lawan 33 Pemikir

SEHARI dua lagi tahun 2014 akan berlalu – satu tahun penuh suka-duka dan pelbagai peristiwa yang pasti terpahat dalam memori kita untuk selama-lamanya.

Dalam tempoh 12 bulan yang lalu ini banyak isu yang sempat saya sentuh dan ulas – bukan hanya dari sudut perundangan, tetapi lebih penting lagi dari sudut kemanusiaan.

Sepanjang beberapa minggu lalu, disebabkan perhatian terpaksa diberi kepada isu bencana alam (dari peristiwa tanah runtuh di Cameron Highlands pada November lalu membawa kepada banjir luar biasa yang masih berlarutan hingga hari ini), saya tidak kesempatan membuat ulasan mengenai surat terbuka oleh 25 tokoh ‘elit’ Melayu dan memorandum jawapan oleh 33 pemikir Islam.

Hendaknya ulasan ringkas saya kali ini mengenai isu penting masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini menjadi penutup tirai untuk minggu terakhir tahun ini.

Surat terbuka 25 tokoh elit Me­layu bertarikh 8 Disember 2014 itu mengandungi lebih sedikit daripada 1000 perkataan, disusun dalam hampir 20 perenggan. Perenggan 15 (perenggan terpanjang surat terbuka ini) menyebutkan lima ‘isu penting’ yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan diselesaikan segera.

Memorandum jawapan yang dibuat oleh 33 pemikir Islam bertarikh 15 Disember pendek sahaja, mengandungi kurang daripada 700 perkataan, disusun dalam hanya 12 perenggan. Memorandum ini menjawab beberapa isu yang dibangkitkan dalam surat terbuka 25 tokoh tersebut.

25 tokoh yang menandatangani surat terbuka 8 Disember itu terdiri daripada antaranya bekas ketua setiausaha pelbagai kementerian, bekas duta negara ini, seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan, bekas Pesuruhjaya Suhakam dan bekas Presiden Majlis Peguam. Ada beberapa individu yang saya pernah kenal (tapi tidak begitu rapat) pada satu waktu dulu.

33 pemikir Islam yang menandatangani memorandum 15 Disember itu terdiri daripada antaranya Mufti Perak, Mufti Pulau Pinang, Ketua Pengarah DBP, mantan Ketua Pengarah JAKIM, mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, beberapa tokoh akademik pelbagai bidang dari universiti tempatan dan Pengerusi Penasihat Syariah Bank Islam. Ada beberapa individu dalam kumpulan pemikir ini yang saya kenal secara peribadi hingga sekarang.

Kandungan 
surat terbuka

Surat ini menyatakan kumpulan ini “berasa bimbang dan amat kecewa dengan perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan amalan undang-undang Islam di negara ini”.

Katanya lagi, perbalahan ini tidak memberi “gambaran dan pemahaman yang jelas mengenai kedudukan undang-undang Islam dalam kerangka demokrasi berparlimen”, bahkan mencerminkan “keruntuhan pembahagian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.”

Surat terbuka ini juga mendakwa “institusi-institusi agama kelihatan bertindak di luar bidang kuasa mereka” iaitu dengan mengeluarkan “pelbagai fatwa yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan”.

Surat ini juga mendakwa ‘sema­kin banyak’ NGO berhaluan kanan, “sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak yang berani bersuara sebagai anti-Islam, anti-institusi Beraja dan anti-Melayu.”

Surat ini juga melahirkan kebimbangan kumpulan 25 tokoh ini tentang ‘penggunaan Akta Hasutan sebagai alat untuk menggertak dan mendiamkan’ mana-mana pihak yang ‘mempunyai pandangan yang berbeza’.

Dalam perenggan sembilan surat terbuka ini, kumpulan ini menyatakan bahawa ‘sebagai Muslim yang moderat’ mereka merasa ‘amat bimbang’ dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung keputusan Mahkamah Rayuan (kes lelaki berpakaian wa­nita, yang kini menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan) baru-baru ini.

Seterusnya, surat terbuka ini menggesa agar tindakan segera dibuat untuk ‘menilai kembali undang-undang jenayah syariah di Malaysia’. Mengikut kumpulan ini; “undang-undang berkenaan yang mengkanunkan pelbagai ‘dosa peribadi’ sebagai jenayah telah membawa kepada kekeliruan dan percanggahan dari aspek substantif serta pelaksanaan”.

Lantaran itu, kumpulan ini men­dakwa bahawa undang-undang jenayah syariah kita ini; “bercanggah dengan prinsip perundangan Islam dan melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi rakyat.”

Kumpulan ini juga menegaskan bahawa, “perbahasan secara rasional dan ilmiah tentang undang-undang Islam di Malaysia bukanlah satu penghinaan terhadap Islam dan pihak berkuasa agama di negara ini”.

Memorandum kumpulan 
pemikir Islam

Dalam memorandum jawapannya, kumpulan pemikir Islam menyatakan mereka setuju dengan pandangan yang disuarakan oleh 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air bahawa jalan penyelesaian perlu dicari bagi menangani ‘pelbagai pertikaian yang berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini’.

Mengikut kumpulan ini, perti­kaian itu berpunca daripada ‘ke­­tegangan yang lahir daripada mar­­ginalisasi undang-undang dan pen­tadbiran Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara Negeri yang mempunyai bidang kuasa yang sangat terbatas’.

Mengikut kumpulan ini lagi, situasi begini ‘bercanggah dengan hasrat orang Islam, yang merupakan majoriti penduduk, untuk hidup di bawah undang-undang syariah’.

Kumpulan ini selanjutnya menyatakan; “Tidak ada negara yang boleh mengabaikan hasrat sebahagian besar rakyatnya tanpa kesan buruk terhadap kestabilan dan keamanan.” Lantaran itu, kumpulan ini mencadangkan agar kerajaan segera tubuhkan satu jawatankuasa tertinggi untuk menyemak semula Perlembagaan Persekutuan. “Perlembagaan bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah. Ia merupakan dokumen kehidupan dan perlu berkembang selaras dengan perubahan yang diinginkan oleh rak­yat,” katanya lagi.

Kumpulan ini juga menyatakan bahawa dalam kritikan mereka terhadap undang-undang dan pentadbiran Islam, 25 tokoh elit Melayu; “..tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana ia terlalu umum untuk diulas.”

Misalnya 25 tokoh ini mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia; “..adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting”, tetapi mereka “tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut”, kata kumpulan pemikir Islam ini.

Menunggu reaksi dari kerajaan

Barangkali disebabkan Putrajaya terpaksa berdepan de­ngan pelbagai isu negara yang dianggapnya lebih penting dan kritikal (antaranya kejadian bencana alam di Cameron Highlands pada November lalu dan kini banjir luar biasa yang melanda negara), hingga hari ini kita belum lihat reaksi kerajaan mengenai apa yang disuarakan oleh tokoh 25 Me­layu ini dan jawapan oleh 33 pemikir Islam.

Seperti diduga, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah mengambil ke­sempatan daripada ‘kesunyian’ Putrajaya ini. Dia menuduh Perdana Menteri sengaja ‘memekakkan te­linganya’ dan tidak mengindahkan ‘seruan 25 tokoh Melayu ini’, sebaliknya ‘membiarkan dirinya terus dikawal kelompok ekstremis, suara-suara tidak moderat dan tidak bertoleransi’.

Saya kira sebaik sahaja keadaan negara kembali tenteram dan kedua-dua dokumen bertarikh 8 dan 15 Disember ini selesai dikaji dengan teliti, Putrajaya akan menyatakan sesuatu sebagai jawapannya.

Salleh Buang ialah pakar perundangan. Utusan Malaysia Rencana 30 Disember 2014.

Lese Majeste, mencaci raja

Orang Thai, Jepun paling monarkis dalam demokrasi berparlimen di abad ini

BANGKOK, Hari Krismas 2014: Berpekan di sini sempena cuti Krismas. Thailand, selain dari Jepun, negara beraja perlembagaan yang amat menghormati dan memuja monarki.

Di negara ini, yakni Thailand wujud undang-undang yang dikenali sebagai Lese Majeste (asalnya bahasa Perancis) yang sangat tegas, keras atau strict melindungi keluarga diraja- King dan Queen atau Raja dan Ratu khasnya- daripada kecaman dan kritikan. Pesalah menerima hukuman berat termasuk penjara.

Lese Majeste, hurai Speaking, “is the insulting of a monarch, a presumptous behaviour” iaitu tutur kata/tindakan mencela, menghina raja, tabiat yang memandai-mandai (juga terlalu berani).

Dalam politik Thai yang sentiasa bergelora, warna kuning simbol puak pro-raja, merah dilihat sebagai mereka yang tidak senang dengan monarki tetapi menerimanya satu kenyataan, satu realiti.

Awal bulan (5 Disember), Thailand menyambut hari jadi King Bhumibol Adulyadej (naik takhta 1946) yang ke-87 tahun, seorang raja yang amat popular bahkan dianggap kebanyakan masyarakat Thai semi-divine iaitu taat mereka kepadanya seolah-olah baginda dewa-Tuhan.

Hingga hari ini tanda-tanda sambutan perayaan hebat dan meriah itu masih kelihatan di merata bandar raya Bangkok.

Thailand, hingga rampasan kuasa oleh tentera, adalah sebuah demokrasi yang 'vibrant'  kata Speaking atau sebuah demokrasi yang bersemangat.

Kini kerajaan Thai diketuai General Prayuth Chan-o-cha yang mengambil alih kuasa dari Perdana Menteri Yingluck Shinawatra pertengahan tahun ini.

Satu kelaziman dalam sejarah Thailand semenjak absolute monarki dihapuskan pada tahun 1932. Nampaknya elemen kebebasan terus wujud walaupun tidak segar dan vibrant seperti dulu. Pilihan raya umum mungkin diadakan pada 2016.

Bangkok, Singapura dan Jakarta antara kota raya Asean yang saya sering melancong.  Penduduk Bangkok berjumlah lebih sembilan milion terdiri 83 peratus orang Buddhis, Islam-Melayu antara 4%-5%; Kristian 3%-4%. Majoriti orang Thai keturunan Siam, Lao dan Cina.

Ketegasan kerajaan militer Thailand menjalankan undang-undang Lese Majeste daripada kerajaan terlebih dahulu tidak memeranjatkan. Kesalahan dan insiden di bawah Artikel atau Bab 112 penal code Thailand telah meningkat semenjak rampasan kuasa Mei lepas.

Jeneral Prayuth Chan-o-cha telah menegaskan fugitives, yakni pelarian atau orang buruan dari undang-undang ini akan diburu walaupun mereka berada di luar negara.

Mengikut sesetengah sumber, ramai yang mencaci monarki Thailand sudah lari atau berada di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis dan juga di negara lain. Kritikan berjalan terus dari tempat perlindungan sementara mereka.

Hubungan dua hala KL-Bangkok memuaskan, terus baik, bersahabat dalam semangat setia kawan dua jiran dekat dan kekeluargaan Asean. Thailand meminta kerjasama kita membantu menyelesaikan masalah pemberontakan pemisah di selatan Siam yang berlanjutan itu.

Penduduk di selatan Thailand majoritinya Melayu-Islam-Thai menghayati kebudayaan Melayu-Islam dan bercakap selain dari Thai pada amnya bahasa Melayu loghat Kelantan. Masalah di selatan Thailand bisa diselesaikan jika prinsip give-and-take kedua belah pihak atau protagonis wujud.

Tanpa ada semangat muhibah kemungkinan masalah ini berpanjangan.

Seperti ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri Thailand Anand Panyarachun dalam akhbar The Bangkok Post hari ini, that society will be at peace if people respect religious and ethnic diversity because it would prevent conflicts.

Maknanya satu bangsa atau masyarakat akan aman jika semua menghormati kepelbagaian atau diversiti agama dan bangsa. Saya bersetuju dengan pendapat ini dan saya telah pun memberi tahu awal 2002 kepada Perdana Menteri Thailand waktu itu, Takshin Shinarwatra, abang Yingluck.

Sebarang usaha, perundingan, reformasi di mana pun sukar apalagi jika reformasi yang jujur hendak dilaksanakan; menamatkan kisah lama dan memulai sejarah baru yang akan memanfaatkan semua pihak memang leceh dan kompleks.

Menyelesaikan konflik tidak mustahil- contohnya Aceh, Ireland Utara dan Selatan Filipina.

Reformasi politik, sosial biasanya berlaku tatkala sebuah negara menghadapi krisis besar; mencari penawar atau panacea yang akan mengembalikan keamanan, kestabilan, perpaduan dan mengatasi masalah sesingkat masa mungkin.

Realitinya reformasi politik dan sosial, bahkan transformasi apa pun bukan satu slogan. Ia satu proses. Proses transformasi atau reformasi lazimnya mengambil masa untuk berjaya dan ia berkehendak banyak muhibah dan tolak ansur; juga persekitaran bebas dan demokratik bagi memenangi minda dan jiwa rakyat.

Pada saya, kuncinya satu isu, satu reformasi, satu transformasi seperti yang ditegaskan oleh Speaking, “must resonate with the people that will have an immediate, stabilising impact upon them should be agreed and implemented straight away.” Ertinya satu isu, satu subjek jika mahu diterima oleh rakyat dan impaknya memanfaatkan mesti dilakukan segera; adil dan saksama.

Lepas makan tengah hari, saya dan keluarga melawat rumah memorial M.R. Kukrit. M.R. Kukrit nama penuhnya Mom Rajawongse Kukrit Pramoj adalah bekas Perdana Menteri Thailand yang berpendidikan Oxford University dalam bahagian philosophy, politik dan ekonomi atau PPE.

Kukrit adalah keturunan bangsawan daripada kedua belah pihak- bapa dan ibunya. Saya berkesempatan berjumpanya bersama Tun Razak dalam tahun 1975 waktu dia melawat Kuala Lumpur.

Kukrit adalah antara enam perdana menteri Thailand yang saya pernah bertemu. Yang akhir adalah Abhisit juga bekas peraja Oxford, seperti Kukrit juga dalam bidang PPE.

Kukrit paling masyhur kerana dia juga seorang wartawan dan pengarang akhbar yang menubuhkan Siam Rath, sebuah harian dalam bahasa Thai yang berpengaruh.

Dia juga seorang public intellectual, budayawan dan aktor. Mereka yang ingat filem The Ugly American melihatnya bersama Marlon Brando mengambil peranan utama dalam cerita yang membuat skit atau satu drama penuh jenaka memperolokkan kisah serius dan benar dasar Amerika Syarikat semasa Cold War atau Perang Dingin dalam 1960an.

Rumah Kukrit sekarang adalah heritage house atau rumah warisan, satu memorial yang popular di Bangkok mengenang jasa bekas pemimpin negara itu. Abang Kukrit iaitu Seeni Pramoj juga bekas pelajar Oxford dan Perdana Menteri Thailand.

Kemenangan Thailand dalam final Piala AFF Suzuki 2014 melawan Malaysia di Kuala Lumpur disambut penuh gembira dan hebat oleh rakyat Thailand. Setakat ini lebih kurang RM4 juta atau Baht 40 juta telah terkumpul atau dijanjikan sebagai hadiah kepada wira bola Thailand yang menumpaskan Malaysia di Kuala Lumpur dengan agregat 4-3.

Thailand kini menjuarai Piala AFF Suzuki empat kali seperti Singapura. Malaysia baru sekali menjulangnya. Apabila Thailand 3-0 di belakang Malaysia, Raja Thailand Bhumibol Adulyadej yang mengikuti perlawanan kejuaraan itu melalui televisyen telah memberitahu  timbalan ketua setiausaha sulitnya untuk menelefon pengurus pasukan Thailand menitahkan agar pemain diberitahu baginda menonton perlawanan itu dan memberi sokongan kuat untuk kemenangan Thailand.

Saya yakin selain daripada kepintaran pemain Thailand, ketahanan dan stamina yang kuat, sokongan baginda telah memperkuatkan lagi azam pemain Thailand hingga mereka berjaya menutup perlawanan dengan 3-2 gol. Amat wajar pasukan terdiri daripada  remaja Thailand ini menjuarai Piala AFF Suzuki 2014.

Saya menumpang sedih dengan banjir yang buruk berlaku di Malaysia terutama di Pantai Timur termasuklah Kelantan. Saya berharap banjir tidak akan menjadi lebih buruk dari sekarang. Banjir juga melanda selatan Siam. Tan Sri Abdullah Ahmad Sinar Harian Kolumnis 28 Disember 2014

Saudi larang guna 50 nama

RIYADH - ARAB SAUDI . Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengharamkan  50 nama kerana bercanggah dengan agama dan budaya negara itu.

Jurucakap kementerian berkata, nama Barat seperti Sandy, Linda dan Elaine diharamkan termasuk Malika yang bermaksud permaisuri dan Amir bermaksud putera.

“Nama menghina tuhan seperti Malaak yang bermaksud malaikat, nama Nabi atau Jibril juga diharamkan," katanya.

Menurutnya, nama seperti Abdul Nabi dan Abdul Hussain termasuk dalam senarai pengharaman kerana mirip kepada gelaran dalam puak Syiah dan boleh disalah tafsir.


“Nama pemimpin Revolusi Mesir 1952, Gamal Abdel Nasser turut tersenarai diharamkan,’ katanya, dipetik dari laporan Gulf News.

Bagaimanapun, Mesir memandang sinis pengharaman nama itu kerana berpendapat Raja Farouk yang digulingkan ketika revolusi itu mempunyai kaitan dengan Saudi.  

Berikut adalah nama diharamkan: Abdul Aati, Abdul Musleh, Nabiyya (nabi wanita), Sumuw (yang mulia), Al Mamlaka (negara), Tabarak (diberkati) Nardeen, Maya, Randa, Basmala (dengan nama ALLAH), Taline, Aram, Nareej, Rital, Alice, Rama (Tuhan Hindu), Maline, Inar, Maliktina, Lareen, Kibrial, Lauren, Benjamin, Naris, Yara, Sitav, Loland, Tilaj, Barrah, Abdul Nabi, Abdul Rasool, Abdul Mu’een, Abrar, Iman, Bayan, Baseel dan Wireelam. Sinar Harian Rencana 17 Mac 2014

Misi lahirkan pelajar serba boleh

Sepanjang 2014, dunia pendidikan negara tidak lekang dilanda isu panas yang sedikit sebanyak mencalarkan institusi pendidikan negara.

Biarpun ada beberapa isu kurang menarik dalam pendidikan negara, masih ada peristiwa sebaliknya.

Antaranya, kejayaan semua Universiti Penyelidikan memperbaiki kedudukan dalam QS World University Rankings, sekali gus menutup episod sedih kejatuhan kedudukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Turut tercatat ialah usaha bersungguh-sungguh KPM mentransformasikan sektor pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Pelbagai pembaharuan bakal dilaksanakan antaranya peningkatan profesionalisme guru baru dan sedia ada serta penggunaan sistem pembelajaran dalam talian.

Turut mewarnai dunia pendidikan negara ialah isu pemansuhan UPSR dan PMR namun akhirnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan UPSR tidak akan dimansuhkan manakala PMR diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang tidak hanya memberi fokus pada pencapaian akademik semata-mata.

Mungkin belum nampak impak yang Kementerian Pendidikan inginkan tetapi tokoh pendidikan yakin PT3 akan menjadikan pelajar lebih fokus kepada bidang lain, tidak hanya kepada mata pelajaran semata-mata.






Gem Lake Reflections, #1.
Marilah mari kita mengundi - Gambar hiasan



Gem Lake Reflections, #2.
SEBAHAGIAN pelajar masih mampu mencerna keputusan cemerlang kepada pelajar. - Gambar hiasan



Gem Lake Reflections, #3.
PT3 yang pertama kali diadakan mengundang pelbagai kontroversi kepada semua pihak. - Gambar hiasan


Gem Lake Reflections, #4.
KPM bersungguh - sungguh melaksanakan anjakan dunia pendidikan negara menerusi PPPM. - Gambar hiasan


Vernon at Gem Lake
WALAUPUN terpaksa menduduki UPSR dua kali, namun keputusan pelajar tetap membanggakan. - Gambar hiasan



Gem Lake Reflections, #5.
BIARPUN dianggap sebagai kes terpencil, namun kes buli yang berlaku di sekolah menyebabkan ramai pihak semakin gusar dengan masalah disiplin pelajar. - Gambar hiasan



Polemik yang berlaku sejak PT3 diperkenalkan membuktikan ibu bapa dan guru amat prihatin dengan sebarang perubahan yang dilakukan kerajaan untuk kebaikan pelajar.

Walaupun penukaran nama baru kepada PT3 berlaku pada saat akhir, ia akhirnya diterima semua pihak termasuk ibu bapa dan guru.

Cuma apa yang berlaku ialah ibu bapa kurang mendapat maklumat mengenai PT3 sehingga mereka membuat pelbagai andaian yang kurang tepat.

Memang diakui keputusan dalam PT3 yang diumumkan, baru-baru ini sedikit 'meresahkan' ibu bapa dan guru tetapi mereka yakin itu hanya diperingkat permulaan dan selepas ini, keputusan menjadi lebih baik.

Cuma dikesalkan, ada menggunakan isu PT3 sebagai modal politik padahal mereka sepatutnya memberi buah fikiran dan idea bagi meningkatkan sistem pembelajaran di negara ini.

Kementerian Pendidikan turut menafikan PT3 dijadikan medan uji kaji pelajar terhadap sistem peperiksaan baru itu.

Kebanyakan ibu bapa di negara ini terlalu berorientasikan pendidikan, mereka tidak boleh menerima idea baru yang lebih baik untuk kepentingan anak-anak mereka. Jika terlalu mementingkan pendidikan saja, akhirnya pelajar akan menjadi jumud.

Inilah falsafah yang cuba dirungkaikan PT3 untuk melahirkan pelajar serba boleh dalam bidang pendidikan, sahsiah, kepemimpinan dan jati diri.

Memang tidak dinafikan, kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam dua subjek iaitu Sains dan Bahasa Inggeris menjadi isu nasional.

Kebocoran itu menyebabkan 460,407 calon terpaksa mengambil semula peperiksaan hingga ada pihak beranggapan ia mampu menjejaskan emosi serta tumpuan pelajar.

Pencapaian keseluruhan keputusan UPSR sedikit merudum dengan hanya 36,305 calon memperoleh Gred A.

Selain isu panas akademik, isu salah laku pelajar turut meningkatkan keperihatinan masyarakat terhadap tahap disiplin serta keselamatan golongan berkenaan.

Antaranya, kes buli membabitkan pelajar di sebuah asrama anak yatim di Perlis yang menjadi viral di media sosial.

Justeru, 2015 diharap lebih memberi kejayaan kepada sektor pendidikan negara, sekali gus 'memadamkan' memori pahit sepanjang 2014.

Selfie paling bodoh


Memang tidak dapat disangkal bahawa berselfie sudah menjadi fenomena budaya, membanjiri Internet dan laman sosial setiap waktu.

Namun, masih ada segelintir peminat selfie yang keliru mengenai masa atau tempat yang sesuai untuk mengeluarkan telefon kamera dan merakam potret mereka sendiri.

Dari seorang yang bergaya di tempat kejadian penawanan tebusan di Sydney baru-baru ini hingga ke seorang remaja yang merakam gambar solo di depan keranda anggota keluarganya, berikut ialah antara selfie paling bodoh dimuat naik ke media sosial.











Hantar kan gambar selfie
bodoh anda disini

Selfie Bodoh Saya









SEORANG lelaki kelihatan gembira ketika bergaya di luar kafe di Sydney, tempat beberapa orang ditawan menjadi tebusan awal bulan ini.









SEORANG remaja berselfie dengan tersengih sedangkan mayat neneknya baru saja dimasukkan ke dalam keranda di belakangnya.









REMAJA di belakang hampir lemas tetapi lelaki di depan sempat bergaya.








SEORANG kakitangan perubatan di Amerika Syarikat ini menyangka ini gambar terbaik untuk dirakam ketika satu pembedahan dilakukan.








MASIH bertenang dan bergaya untuk berselfie walaupun ketika pesawat berkenaan dipenuhi asap.

10 atlet menerima bayaran lumayan sepanjang 2014

MAJALAH Forbes mengeluarkan senarai 10 atlet di dunia yang menerima bayaran tertinggi sepanjang tahun ini:

1. Floyd Mayweather
Jumlah keseluruhan : AS$105 (RM337.24 juta)
Pendapatan: AS$105 juta
Tajaan: -
Sukan: Tinju

2. Cristiano Ronaldo
Jumlah keseluruhan: AS$80 juta (RM256.94 juta)
Pendapatan: AS$52 juta
Tajaan: AS$28 juta
Sukan: Bola sepak








Floyd Mayweather
Jumlah keseluruhan : AS$105 (RM337.24 juta)


Rafael Nadal
Jumlah keseluruhan: USD$44.5 juta (RM142.89 juta)


Roger Federer
Jumlah keseluruhan: USD$56.2 juta (RM180.46 juta)

3. LeBron James
Jumlah keseluruhan: USD$72.3 juta (RM232.1 juta)
Pendapatan: USD$41.7 juta
Tajaan: USD$53
Sukan: Bola keranjang

4.Lionel Messi
Jumlah keseluruhan: USD$64.7 juta (RM207.75 juta)
Pendapatan: USD$41.7 juta
Tajaan: USD$23 juta
Sukan: Bola Sepak

5. Kobe Bryant
Jumlah keseluruhan: USD$61.5 juta (RM197.47 juta)
Pendapatan: USD$30.5 juta
Tajaan: USD$31 juta
Sukan: Bola keranjang

6. Tiger Woods
Jumlah keseluruhan: USD$61.2 juta (RM196.52 juta)
Pendapatan: USD$6.2 juta
Tajaan: USD$55 juta
Sukan: Golf

7. Roger Federer
Jumlah keseluruhan: USD$56.2 juta (RM180.46 juta)
Pendapatan: USD$4.2 juta
Tajaan: USD$52 juta
Sukan: Tennis

8. Phil Mickelson
Jumlah keseluruhan: USD$53.2 juta
Pendapatan: USD$5.2 juta
Tajaan: USD$48 juta
Sukan: Golf

9. Rafael Nadal
Jumlah keseluruhan: USD$44.5 juta (RM142.89 juta)
Pendapatan: USD$14.5 juta
Tajaan:USD$30 juta
Sukan: Tenis

10. Matt Ryan
Jumlah keseluruhan: USD$43.8 juta (RM134.86 juta)
Pendapatan: USD$42 juta
Tajaan: USD$1.8 juta
Sukan: American Football

Sumber: Forbes

Bahaya sebar maklumat palsu ketika banjir

KUALA LUMPUR - Penyebaran maklumat palsu terutama melalui aplikasi WhatsApp ketika banjir besar melanda negara menimbulkan suasana panik masyarakat malah boleh menjejaskan usaha menyelamat yang sedang diatur.
 
Pensyarah Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata tindakan tersebut menimbulkan persoalan sama ada ia bermotifkan politik atau bertujuan menguji kredibiliti kerajaan dalam menguruskan bencana yang berlaku.
 
Ia juga dilihat sebagai usaha terancang pihak tertentu untuk memburukkan lagi keadaan dan imej kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM.
 
Katanya keadaan ini menguji toleransi individu yang terdedah kepada akses Internet supaya bijak menilai maklumat atau berita yang tidak tentu kesahihannya.
 
Terbaharu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa membuat penafian berhubung maklumat kononnya ATM mengarahkan penduduk di Pekan, Pahang agar segera pindah kerana limpahan air banjir. 
 
Mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
 
Berikut antara maklumat yang tersebar semasa musim banjir yang telah  disahkan palsu;


* Kematian 10 sekeluarga di Kampung Guchil, Kuala Krai
 
* Seluruh Kota Baharu terputus bekalan elektrik
 
* Kematian 40 pesakit di Hospital Kuala Krai akibat ketiadaan oksigen
 
* Gelinciran pada Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Baharu
 
* Pengisytiharan darurat di Kelantan
 
* Empangan Kemubu akan dibuka yang memungkinkan banjir lebih besar di Kok Lanas, Kelantan
 
* Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan
 
* Empangan Batu di Selangor berada diparas bahaya dan mengalami rekahan serta akan dibuka untuk melepaskan air
 
* Pelepasan air dari Empangan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu kononnya akan menenggelamkan Bandar Kuala Berang
 
* Seorang remaja Tahfiz mati lemas di Rantau Panjang

* Tiga petugas Petronas meninggal dunia dalam kemalangan ketika misi menghantar bantuan ke Kelantan
 
* Pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Manek Urai runtuh
 
* Angkatan Tentera Malaysia (ATM) arahkan penduduk di Pekan, Pahang supaya keluar dai daerah itu kerana limpahan air sungai Temerloh sedang menuju Pekan. -Bernama

Sorotan 2014: Malaysia jadi hab pendidikan serantau makin menyerlah

Sektor pengajian tinggi melakar pelbagai kecemerlangan yang menyumbang kepada usaha menjadikan negara sebagai hab pendidikan serantau sepanjang tahun 2014. Antara pencapaian membanggakan apabila institusi pengajian tinggi (IPT) tertua negara, Universiti Malaya (UM) memperoleh penarafan lima bintang daripada QS Intelligence Unit iaitu dalam kelompok kumpulan yang sama dengan universiti terkemuka dunia seperti New York, Duke dan Columbia.

Secara keseluruhan, lima universiti penyelidikan negara melonjak kedudukan dalam Penarafan Universiti Dunia QS dengan UM mendahului pada kedudukan ke-151 berbanding tempat ke-167 tahun lalu. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-269 tahun lalu kepada tempat ke-259 tahun ini selain kedudukan ke-19 terbaik dunia dalam kategori universiti yang berusia bawah 50 tahun.


Majlis Penganugerahan APACC oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Tan Chee Kiang (empat dari kiri),
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching (empat dari kanan)
dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar
(tiga dari kanan) pada majlis di Politeknik Seberang Perai.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada di tangga ke-294, naik 60 kedudukan berbanding tahun lalu, manakala Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) masing-masing berada di tangga ke-309 dan ke-376.

USM turut menduduki tempat ke-38 terbaik di dunia dalam bidang kejuruteraan kimia dan ke-28 dalam bidang sains alam sekitar.

Politeknik Malaysia dapat anugerah emas

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara juga mula mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk Politeknik Malaysia yang menjadi institusi politeknik pertama di dunia menerima anugerah emas menerusi akreditasi Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, ketika mengumumkan perkara itu berkata, politeknik juga menerima pengiktirafan daripada Canadian Technology Accreditation Board (CTAB) bagi tujuh program kejuruteraan dikendalikan.

Satu lagi institusi kemahiran negara, kolej komuniti, tidak ketinggalan mencatat transformasi terutama dalam aspek penawaran kursus termasuk menerusi pengenalan program Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik.

Pusat teknologi itu juga diiktiraf sebagai pusat bertauliah bertaraf antarabangsa oleh IMI Awards United Kingdom (UK) yang juga sebuah badan pengiktirafan antarabangsa bagi industri automotif yang tersohor di UK.

Penambahbaikan TVET itu sejajar usaha mentransformasi ekonomi negara daripada berasaskan pengeluaran kepada perkhidmatan kerana lebih ramai tenaga mahir tempatan berkelayakan sijil kemahiran dan diploma yang diperlukan bagi menjana pelbagai idea baharu serta mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing.

Justeru, tidak hairan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion pada tahun depan bagi program transformasi vokasional dan teknik serta menaik taraf kolej untuk meningkatkan pengambilan pelajar di kolej vokasional dan kolej komuniti dalam pembentangan Bajet 2015.



Idris ketika merasmikan Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid & Elektrik pada program Lebaran Qaseh 2014 Kolej Komuniti Bersama Industri, Usahawan dan Komuniti di Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang.


Perubahan dasar mantapkan kualiti pengajian tinggi

Beberapa inisiatif perubahan polisi dan dasar turut dilaksana bagi memantapkan kualiti pengajian tinggi termasuk penjenamaan semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang diperkenalkan sejak 2007 kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pengajian Tinggi).

Susulan penggabungan Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi, penjenamaan semula pelan itu dianggap usaha penting bagi menjajarkan antara perancangan pada peringkat sektor pelajaran dan pengajian tinggi.

Antara perkara penting diberi perhatian adalah kualiti graduan, penarafan universiti, penerbitan jurnal penyelidikan, teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran, pendidikan teknikal dan vokasional, kelestarian kewangan, tadbir urus universiti serta sistem penyampaian kementerian.

Dalam usaha meningkatkan keberkesanan pemantauan serta pengurusan kebajikan pelajar antarabangsa pula, penggunaan i-kad menggantikan pasport diwajibkan bagi pelajar luar negara yang melanjutkan pengajian ke negara ini mulai 1 Julai lalu.

Kad yang dikeluarkan Jabatan Imigresen itu mengandungi maklumat peribadi pelajar seperti nama, tarikh lahir, nombor pasport, maklumat institusi pengajian tinggi, tarikh tamat belajar serta gambar.

Negara kini mempunyai 123,000 pelajar antarabangsa daripada 163 negara yang mengikuti pelbagai jurusan di institusi pengajian tinggi di sini dan kerajaan menetapkan sasaran mahu menjadi hab pendidikan global keenam terbesar menjelang 2020.

Dalam pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengusulkan peningkatan tahap minimum band Malaysian University English Test (MUET) bagi syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan bergraduasi.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan, menyarankan supaya mewajibkan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lulus kursus bahasa Inggeris sebelum menamatkan pengajian. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan masih lagi membuat penilaian berhubung cara ia dilaksanakan.

Pemegang PhD termuda

Sementara itu, kejayaan pelajar UTM, Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim, bergelar pemegang Ijazah Ijazah Doktor Falsafah (PhD) jurusan Matematik Tulen pada umur 24 tahun wajar dijadikan inspirasi.







Sepanjang tempoh pengajiannya, Hazzirah Izzati menyumbang dalam penerbitan buku, jurnal berindeks dan tidak berindeks selain membentangkan hasil penyelidikannya pada persidangan antarabangsa termasuk Seminar Algebra Iran di Sabzevar, Iran, Persidangan Teori Kumpulan Antarabangsa Biennial di Istanbul, Turki, Persidangan Matematik Asia di Busan, Korea Selatan dan Seminar Algebra di University of Brasilia, Brazil.

Beliau menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai pemegang PhD termuda negara dan bercadang menghasilkan kajian sendiri berkaitan teori kumpulan Aljabar.

Di sebalik pelbagai kegemilangan yang dicapai itu, timbul juga isu pelajar dan masalah berbangkit yang mencacatkan senario pengajian tinggi.

Kealpaan lebih 170,000 peminjam tegar melunaskan bayaran tunggakan pinjaman pelajaran berjumlah RM1.23 bilion sejak lebih 10 tahun lalu memaksa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil langkah drastik menyenaraikan mereka dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) tahun depan.

Tindakan terhadap peminjam tegar yang tidak membayar selama tiga tahun selepas tamat pengajian itu hanya akan diambil jika mereka masih enggan memulakan pembayaran tunggakan pinjaman dalam tempoh tiga bulan diberikan berakhir 31 Disember ini.

CCRIS kendalian Bank Negara Malaysia (BNM) adalah rekod dirujuk semua institusi kewangan tempatan dalam proses semakan mereka terhadap pelanggan yang mahu membuat pinjaman, bagi menentukan kelayakan dan kemampuan individu tertentu membayar balik pinjaman.

Isu mahasiswa yang tercalit dengan kontroversi juga tidak kurang sepi dan paling mencuri tumpuan adalah kes lapan pelajar UM yang menganjurkan jelajah reformasi serta meneruskan program `40 Tahun: Dari UM ke Penjara' meskipun mendapat bantahan pengurusan universiti.

Mereka dikenakan tindakan tatatertib oleh pengurusan UM selain turut dikenakan pendakwaan mengikut Akta Hasutan.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda bagi memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik tetapi ia harus dimanfaatkan berasaskan penilaian yang bijak, bukan merosakkan masa depan dan memusnahkan harapan keluarga.

Apapun cabaran mewarnai pengajian tinggi, kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi menanganinya supaya tidak menjejaskan usaha memperbaiki kedudukan Malaysia sebagai destinasi pendidikan pilihan utama ke-11 sebagaimana disenaraikan dalam Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Why different sets of questions?

IT is very interesting to hear what the Education Ministry’s views are on the recent PT3 results.

Parents are not supposed to compare the exam with the PMR, give time for the new system to be in place and the list can go on.

What saddens me most is the lack of understanding on the student’s predicament.

They are not given a right to voice their dissatisfaction on the manner the exams were conducted and how they were made to sit for the exams. They are asked their opinion after the results are given. Satisfied or not, you have to accept the damage.

For the last three years, the students were in a limbo. They were not tested and taught how to answer HOT questions.

Teachers did not know how to teach the students. It was not their fault.

They were bogged with unbelievable workload. Teachers were stressed up and students were not tested on an exam format.

Suddenly, three months before the exam, the ministry announced that there would be an exam. Teachers, students and parents scrambled to prepare the students for an unknown format. Books were not available then.

Students were caught off guard. No average student can prepare for the exam mentally in this short duration.

Can PT3 be classified as a national exam? I don’t think so.

There are sets of questions for different schools and states. When the questions are different, how can you have national grades?

Why different sets of questions? Our examination board is centralised but the exam questions are not.

Bad grades for PT3. Does this mean our students are not smart? No, it simply means that the ministry has failed our students.

They are now not only traumatised but also frustrated. Yet, the ministry says their objective is not to stress the students.

We, parents, have many times indicated to the ministry through our letters to the press and also via peaceful gatherings.

It has all gone to the dustbin. We have said time and time again, start from the base which is the teachers training.

These newly trained teachers can help with the new batch of students in primary school. Do not disturb the secondary students or introduce something in the middle. Simple solution but not done.

These suggestions do not require millions of ringgit from taxpayers for any blue print. Just plain common sense.

We want to teach our children to think outside the box, yet we do not do it ourselves.

We do not have the skill to handle the HOT situation in a real life scenario, so how are we going to gauge our children in their education, especially for HOT questions?

Talk is cheap but at the end of the day, it is the students, teachers and parents who are on the receiving end of a bad decision. Sarala Poobalan Kuala Lumpur The STAR Home News Letters 30 December 2014

Developing higher-order thinking

HIGHER-order thinking (HOT) has been a hot issue since the introduction of the school-based assessment.

Parents were assured that through the new assessment system students could be developed to think critically and creatively.

But the results of PT3 has proved otherwise.

One of the reasons for the poor performance, as most parents argued, was that students were not familiar with the new format of questions.

But the fact is that generally teachers were never ready to teach content knowledge along with HOT ever since these students were in Form One. Examples of HOT skills are, critical thinking and creative thinking. The two types of thinking skills sound quite familiar with many educators and even the laymen.

But to infuse thinking skills or any HOT skills into content instruction is not as simple as attending a course in critical thinking or teaching the courses.

Critical thinking can be taught in several ways. It can be taught in non-curricular context, that is without reference to any specific domain knowledge.

It can also be taught through specific domain knowledge by designing instructions so as to enhance thinking skills.

But there is another approach in teaching thinking where HOT, such as critical and creative thinking, is infused into content instructions.

One of the pedagogical approaches used is through TBL (Thinking-Based Learning), an idea initiated by Prof Robert Swarts.

TBL teaches not just the ability to know what HOT is all about, but also how those HOT skills can be infused into content knowledge.

In other words, teachers should be able to plan their lessons using subject matter knowledge to make thinking visible, both to the learners and the teachers themselves.

The learning outcomes would then be not only in terms of the students understanding of their content knowledge but also their ability to use this type of thinking skill in problem solving, visible both to the learners and the teachers.

Prof David Perkins (Harvard Graduate School of Education) insisted that visible thinking could also be developed through the language of thinking , that is, by teaching students to understand such terms as hypothesis, inductive reasoning, deductive reasoning, specialising, generalising and their applications.

Being aware of their thinking skills will enable students to better understand their thinking, reflect and evaluate on their thinking strategies used and would help to develop their metacognitive skills which is another important aspect of HOT.

Learning will then be more meaningful and exciting and students can see connections between their classroom activities to real life situations.

How do we achieve the goal of creating “thinking students”?

It is not merely giving them HOT questions. Rather, students must be taught how to make thinking visible and teachers should be taught how to infuse HOT into their content instruction.

It demands HOT approach on things like who should train the teachers and the mode and duration of training programmes.

With HOT planning and implementation, our students would then be ready for HOT questions, that is, paving the way for our Malaysian students to be ready for the PISA and TIMMS.

Zahari Othman Institute of Education International Islamic University Malaysia The Star Home News Letters 30 December 2014

Allow the PT3 to evolve

THE public should not be alarmed by the drastic drop of straight As students in the recently released PT3 (Form Three Assessment) results.

This is an authentic indication of the students’ mastery as the PT3 employs the fixed grading format as explained by the Education director-general of in “Ministry: TP3 not be-all and end-all” (The Star, Dec 25).

For any school-based assessment, the criteria-based reference testing is appropriate so that we can see where the shortfall is, and parents need to be educated on this.

The recent misplaced outcry about the drop will do a great disservice to the future authenticity of our school-based assessment.

Our greatest fear would be that schools would make adjustments to silence the outcry by artificially inflating marks during their marking process by being extra lenient or by any other means beyond the radar of moderators from the Education Department.

Worse still, the moderators would be instructed to do so, and there would go whatever confidence the public has for school-based assessment.

Our country has been plagued by the crisis of confidence for our public schools for many years.

The assessment of the Practical PEKA Science is a case in question.

Integrity would be tested to the hilt and my fear is, we will fail miserably.

The fact remains that we often do not have the right people at the right place in schools and the education system.

My appeal is: allow the PT3 to evolve itself to fulfil its objectives.

Outcries which are selfish and very often baseless would only result in reverting to the bad old ways.

It would be sad to see that in order to silence an outcry, which is always a biased reaction, we sacrifice the high ideals of a good and effective schooling process and climate. Teng Chuan Wan Pontian Home Opinion Letters 30 December 2014