January 5th, 2015

PT3 semua pihak harus terima

BEBERAPA orang rakan bertanya kepada penulis tentang keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan baru-baru ini. Ternyata bahawa keputusan peperiksaan kali pertama itu telah mendapat pelbagai reaksi yang berbeza daripada pelajar dan ibu bapa.

Bagi penulis, PT3 merupakan suatu pentaksiran atau penilaian yang dinanti-nantikan sejak sekian lama. Pelaksanaannya bertujuan menguji kebolehan dan keupayaan pelajar secara menyeluruh atau holistik. Ketiga-tiga aspek pembelajaran utama pelajar diukur iaitu bidang kognitif, psikomotor dan sahsiah. Hingga kini belum ada lagi pentaksiran yang menilai ketiga-tiga bidang itu dalam satu peperiksaan kecuali, PT3.

Sejak tahun 1990-an lagi ramai tokoh pendidikan berpendapat sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Menurut mereka pendidikan di negara ini seolah-olah bermatlamatkan peperiksaan. Maka berlumba-lumbalah guru berusaha menghasilkan seramai mungkin pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang. Ironinya sekolah yang dianggap baik diukur hanya melalui berapa ramai bilangan pelajarnya yang memperolehi keputusan A.

Sistem peperiksaan sedemikian akan menyebabkan pelajar terdorong untuk menggunakan kaedah menghafal dan meramal soalan sekiranya ingin mendapat keputusan cemerlang. Peperiksaan ini juga menyebabkan minda pelajar kurang tercabar untuk mengeluarkan idea baru atau berfikir di luar kotak pemikiran biasa.

Oleh itu tokoh-tokoh tersebut menyarankan agar dibina suatu sistem peperiksaan yang lebih holistik supaya pelbagai bakat dan kebolehan pelajar dapat diukur dan diuji. Sudah tentu melalui kaedah ini pelajar akan berusaha untuk meningkatkan pencapaian bukan sahaja aspek akademik tetapi melibatkan sikap, persepsi dan kegiatan kokurikulum. Dengan itu diharapkan kita berupaya melahirkan modal insan yang memiliki berbagai-bagai kemahiran yang diperlukan pada masa kini.

Bagi mengatasi isu tersebut maka pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan berusaha mencari suatu kaedah peperiksaan baharu terutama membuat perbandingan dengan sistem yang diamalkan di negara-negara maju. Objektif mereka ialah mewujudkan sistem peperiksaan baharu yang benar-benar dapat menguji bakat, kebolehan dan keupayaan pelajar dalam pelbagai bidang. Bagi penulis, PT3 itu adalah jawapannya.

Hakikatnya peperiksaan bentuk baharu ini juga berkaitan dengan usaha bersungguh-sungguh Kementerian Pendidikan mengangkat kualiti pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Ternyata Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilihat agak ketinggalan kerana menguji pelajar hanya dari aspek kognitif sahaja. Soalannya pula lebih berbentuk objektif dan aneka pilihan tanpa memberi peluang kepada pelajar menjawab soalan lebih mencabar seperti ‘problem solving.’

Justeru PT3 diperkenalkan me­ngandungi soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), tahap kesukaran tinggi dan menekankan pendekatan penyelesaian masalah. Dalam masa yang sama tumpuan kepada bidang tersebut membolehkan dalam penilaian peringkat antarabangsa ujian PISA dan TIMMS kedudukan ran­king negara akan dapat ditingkatkan.

Ada perbezaan yang besar antara PT3 dengan PMR. Peperiksaan PMR dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Bermula daripada menetapkan jadual peperiksaan, pembinaan soalan, menyediakan skor pemarkahan, pemeriksaan kertas jawapan hinggalah kepada pengumuman keputusan PMR semuanya dikelolakan oleh LPM.

Sementara itu PT3 mengambil kira penilaian daripada empat komponen iaitu melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan PT3. Format soalan PT3 adalah berbentuk subjektif atau respon terbuka.

Tidak benar jika dikatakan PT3 ini dilaksanakan secara tergesa-gesa. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan PBS sejak tahun 2012 iaitu ketika mereka berada di Tingkatan 1. Ini bermakna pelajar telah melalui PBS selama tiga tahun. Kaedah ini memberi ruang dan tanggungjawab kepada guru untuk menguruskan sendiri peni­laian pelajar melalui penyediaan soalan, memeriksa kertas jawapan dan menetapkan skor pemarkahan.

PBS bukanlah suatu yang asing kepada guru. Penilaian terhadap pelajar telah dilaksanakan sejak sekian lama melalui ujian bulanan serta peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Walau bagaimanapun rekod pencapai­an pelajar dalam ujian dan peperiksaan itu hanya tinggal dalam buku rekod mengajar dan kad laporan sahaja. Tetapi pentaksiran baharu ini memberi nilai tambah apabila keputusan tersebut turut diambil kira dalam menyediakan keputusan PT3.

Pada pendapat penulis isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak terhadap PT3 itu adalah lebih kepada aspek pelaksanaan. Sudah tentu pengenalan kepada satu sistem baharu akan berhadapan dengan berbagai kelompangan. Kefahaman yang le­bih jelas perlu diberikan kepada guru dan pelajar tentang falsafah, matlamat dan pelaksanaan PT3. Taklimat secara berkala perlu diteruskan dari masa ke masa kepada pengetua dan guru agar pelaksanaannya bagi tahun kedua akan menjadi lebih berkesan.

Bagi pelajar pula sudah tentu merasa kecewa jika matlamat untuk mendapat keputusan banyak A tidak tercapai. Mereka perlu diberi penjelas­an tentang perbezaan PT3 dan PMR. Apakah perkara penting yang diambil kira jika ingin mendapat keputusan cemerlang dalam PT3? Melalui kefahaman itu sudah tentu mereka akan membuat persediaan lebih awal bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Sementara itu ibu bapa melalui usaha sama PIBG hendaklah mendapat penjelasan terhadap perubahan format peperiksaan. Ramai menyatakan kebimbangan anak mereka sukar memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Difahamkan bahawa keputusan PT3 boleh diguna pakai di samping menduduki pe­periksaan khas yang akan diadakan untuk memasuki sekolah berkenaan.

Penulis yakin bahawa ketika ini pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan sedang mengambil tindakan mengatasi segala isu yang disuarakan oleh pelajar dan ibu bapa.

Natijahnya usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan perlu mendapat penerimaan semua pihak. Oleh itu semua kita harus menerima sistem peperiksaan baharu iaitu PT3 itu.

Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA. Alimuddin Mohd. Dom Utusan Malaysia Rencana 05 Januari 2015 12:59 AM

Ops pasca banjir 
bangunkan semula Kelantan

RUMAH tinggal tapak. Hanya anak tangga yang kelihatan. Tidak ada harta benda yang mampu diselamatkan. Pilunya hati pemilik yang kehilangan rumah selepas kembali ke kampung halam­an sesudah air banjir surut. Jika rumah sudah hanyut, apa lagi yang boleh diselamatkan? Ada rumah yang ‘hinggap’ di rumah orang lain. Almari baju dan perabot tersangkut di pokok. Begitulah suasana yang dapat dirasai semasa pasca banjir di Kelantan. Mereka yang kehilangan rumah ini terpaksa membina khemah sementara atau tidak ada pilihan lain kecuali berteduh di penempatan sementara yang diwujudkan. Di Kelantan mangsa yang kehilangan rumah atau rosak teruk akibat banjir akan menduduki kediaman sementara sebelum sesi persekolah­an bermula 11 Januari ini.

Bagi mereka yang masih ada rumah, terpaksa membaiki pelbagai kerosakan yang berlaku. Sekarang masa untuk mereka bertungkus lumus membersihkan lumpur atau selut yang menerjah rumah mereka. Bukan mudah untuk membersihkan kawasan rumah supaya pulih seperti biasa. Tanpa air dan peralatan yang mencukupi, kerja menjadi berat, apa lagi bagi yang tidak mempunyai keluarga besar atau warga emas. Seorang sahabat yang rumahnya dilanda banjir di Pahang memberitahu, bagai nak patah pinggang menyodok selut dan lumpur di rumahnya. Itu baru lumpur, belum lagi ternakan yang mati bergelimpangan serta sampah sarap.

Bayangkan juga, di hadapan rumah mereka tiba-tiba ‘berkumpul’ balak yang hanyut dibawa arus banjir. Kalau kepingan papan atau zink yang `singgah’ di halaman, boleh juga digunakan untuk membuat atau membaiki rumah. Ini ba­lak. Tidak mudah mengalihkannya. Jelaslah, derita pasca banjir lebih mencabar mangsa. Syukurlah kepada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman agama dan politik yang prihatin menghulurkan bantuan makanan dan pakaian. Apa yang perlu dipastikan bantuan itu sampai kepada sasaran. Berdasarkan keprihatinan rakyat Malaysia, rasanya, tidak ada yang kebuluran atau tidak mampu bertukar pakaian.

Diharapkan cerita pihak-pihak yang dikatakan ‘mengaut keun­tungan’ ketika banjir hanya sekadar laporan palsu. Kita tidak mahu, ketika banjir ini, kawasan tertentu menjadi tempat longgokan pakaian terpakai kerana terlalu banyak yang disumbangkan. Pada masa yang sama tidak ada penyelarasan dilakukan supaya setiap helai yang disumbangkan dimanfaatkan oleh mangsa banjir. Kita juga tidak mahu makanan dibolot oleh satu-satu pihak sahaja atau ‘dilarikan’ oleh orang tertentu. Misi kemanusiaan ketika bencana ini memerlukan penyelarasan yang tersusun. Mungkin orang di luar Kelantan boleh menge­tuai penyela­rasan ini kerana kebanyakan penduduk tempatan terlibat dalam banjir. Biarlah orang tempatan bertindak sebagai ‘pemandu arah’ yang dapat memberi panduan mengenai lokasi atau jumlah penduduk setempat. Jika semasa pilihan raya kecil, setiap kawasan peti undi menjadi kawasan angkat parti-parti politik, mungkin kaedah ini juga boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir. Datanglah sebagai sekumpulan masyarakat mewakili Parlimen atau Dewan Undangan Ne­geri (DUN) ter­tentu, bukan atas nama parti politik.

Peranan wakil rakyat juga amat perlu kerana beliau mungkin lebih tahu mengenai kawasannya. Begitu juga dengan ketua kampung. Merekalah yang lebih tahu, ada rumah di hujung kampung. Penduduk yang tinggal terpencil ini walaupun ada motosikal atau kereta, sudah tentu tidak dapat menggunakannya untuk keluar mencari bantuan setelah ken­deraan berkenaan turut tenggelam bersama banjir. Ketika ini, kenderaan yang pa­ling perlu ialah pacuan empat roda (4WD). Kenderaan inilah yang mampu masuk ke kawasan berkenaan membawa bantuan. Dalam hal ini aset dan pelan kecemasan perlu dalam keadaan siap siaga jika berlaku malapetaka pada skala lebih besar seperti dilalui baru-baru ini.

Menjelang persekolahan ming­gu depan, diharapkan anak-anak mangsa banjir juga akan dibekalkan dengan pakaian seragam dan peralatan sekolah yang lengkap. Walaupun mereka boleh berpakaian biasa tetapi sudah tentu ada yang sedia tampil ke hadapan untuk menyediakan pakaian lengkap ke sekolah. Lupakan seketika soal yuran dan bayaran lain yang bakal dikenakan sebaik sahaja anak-anak itu ke sekolah. Selain itu, kelas atau bilik darjah perlu dibersihkan menjelang seminggu persekolahan bermula. Pulihkan sekolah yang ditenggelami banjir. Sama ada pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan sukarela perlu digerakkan untuk membantu membersihkan sekolah-sekolah berkenaan. Jangan biarkan anak-anak yang masih trauma banjir melakukan kerja-kerja pembersihan sebaik sahaja mereka ke sekolah. Biarkan anak-anak itu memasuki persekolahan seperti biasa.

Pengli­batan syarikat swasta juga dialu-alukan supaya mereka dapat menyediakan peralatan yang cukup untuk membersihkan sekolah berkenaan. Banyak peralatan penting diperlukan bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan seperti waterjets, waterpumps, set generator, kasut but, sarung tangan dan sebagainya. Mungkin pihak kerajaan boleh memikirkan untuk memberi pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mereka yang membeli dan menyumbang peralatan berkenaan untuk kegunaan hari ini dan masa depan. Diharapkan selepas ini tidak timbul lagi masalah mendapatkan peralatan seumpama ini.

Banjir ini banyak mengajar kita untuk lebih bersedia dengan peralatan menyelamat yang lengkap untuk menggerakkan bantuan secepat mungkin. Misalnya, banyak pemilik 4WD yang dihujani panggilan telefon untuk membantu menghantar bantuan ke kawasan terlibat banjir. Mungkin kebanyakan kereta jabatan dan agensi kerajaan sukar atau tidak mampu memasuki kawasan-kawasan berkenaan.

Pembangunan semula juga melibatkan kemudahan infrastruktur. Kawasan banjir yang musnah sukar dihubungi apabila jalan raya, jambatan dan landasan kereta api musnah. Lebuh raya yang dilanda banjir juga menyukarkan lagi perhubungan. Akhirnya bot atau sampan menjadi keperluan di samping 4WD. Sesuatu perlu dilakukan supaya infrastuktur seperti lebuh raya yang menjadi penghubung utama dinaik taraf bagi mengelakkan ia ditenggelami banjir.

Paling terkesan tentunya pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Sejak banjir melanda, hu­bungan kereta api ke Pantai Timur hanya berakhir di Gemas. Gerabak, landasan dan jambatan kereta api rosak. Bangunan stesen juga dihanyutkan air. Di Manek Urai, hanya papan tanda dan peti besi yang kekal di situ. Setakat ini, anggaran kerugian yang dialami KTMB ialah RM100 juta. Tidak dapat dibayangkan bagaimana sesaknya jalan raya dan lebuh raya menje­lang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha selepas ini apabila perkhidmat­an kereta api ke Pantai Timur dijangka pulih dalam tempoh setahun. Setiap kali perayaan, kebanyakan tiket kereta api dan bas ke Pantai Timur paling laris dan habis lebih awal. Eloklah dalam pembinaan semula ini, KTMB mengambil langkah untuk menge­lakkan infrastuktur musnah seperti dialami sekarang.

Mungkin banjir besar kali ini dapat membantu Kelantan ‘bangun’ semula selepas kemusnahan. Banjir ini dapat membawa masyarakat luar melihat lebih dekat apa sebenarnya yang berlaku di Kelantan terutama di peda­laman. Kelantan perlu dibangunkan semula. Lihatlah Aceh yang musnah semasa tsunami tetapi mampu bangun seperti hari ini. Apa yang pen­ting keazaman semua pihak untuk berbuat demikian. Lupakan sengketa demi rakyat Kelantan. Usahlah diberi alasan yang tidak masuk akal bagi mewajarkan malapetaka ini. Sekarang adalah masa untuk membersihkan segera kesan banjir yang melanda bagi mengelakkan bencana lain pula ‘menyapa’ penduduk negeri itu.

- Hassan Mohd Nor Utusan Malaysia Rencana 5 Jan 2015

Empati yang hilang

TAHUN 2014 kita tinggalkan dengan pelbagai pencapaian dan tidak kurang juga dengan kegagalan. Pencapaian harus diraikan dengan menambah baik perancangan untuk 2015 dan kegagalan harus dijadikan pengajaran supaya tidak diulang kesilapannya.

Jika kita renung dan perhatikan tahun 2014 penuh dengan pergolakan yang menggoncang perpaduan antara kumpulan etnik di negara ini. Rata-rata pemimpin masyarakat dilihat memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik masing-masing kerana boleh dikatakan semua kumpulan etnik merasakan mereka adalah kumpulan yang terpinggir. Mereka merasa bahawa mereka terpinggir dari segi ekonomi, tertindas dari sudut kebebasan beragama dan dikekang dari sudut hak untuk bersuara.

Perpaduan seperti sesuatu yang hanya wujud pada ketika dan ke­adaan sahaja, tatkala kita bersorak menyokong pasukan bola negara, melihat Nicol David berjuang di lapangan skuasy, bersama memilih barangan jualan murah di pusat beli-belah, bermain di pusat rekreasi atau taman tema atau makan di bawah satu bumbung di kedai mamak atau nasi kandar.

Semangat bersepadu menyo­kong wujud pada saat dan ketika itu sahaja dan setelah selesai akti­viti tersebut maka berbondong-bondonglah kita pulang ke pangkuan komunal masing-masing dan secara langsung kembali ke keadaan sediakala yang penuh rasa ketidakpuasan malah kebencian yang ada.

Malah perpaduan tampak wujud ketika negara menghadapi bencana. Di saat MH370 hilang , MH17 ditembak jatuh di Ukraine dan tragedi banjir yang sedang berlaku kini yang membawa semua lapisan masyarakat untuk keluar menghulurkan bantuan sama ada moral atau wang ringgit dan tenaga sukarela.

Sekali lagi pada saat dan ketika ini semua nampak bersatu hati tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik sama-sama cuba sedaya mampu untuk membantu. Yang pasti setelah semuanya kembali kepada sediakala, kita juga akan kembali kepada perasaan ketidakpuasan dan kebencian.

Jika kita merenung kembali tatkala negara darurat, perkara yang sama juga berlaku di mana kita semua bersama-sama bersatu melindungi antara satu sama lain daripada kekejaman Jepun dan Komunis. Setelah Jepun dan Komunis dikalahkan, kita bersama-sama berjuang untuk memerdekakan negara ini daripada British.

Agaknya apakah rahsia perpaduan perjuangan kemerdekaan ketika itu yang mana semua bangsa bersatu di dalam matlamat yang sama untuk memerdekakan negara ini? Kita sama-sama mencorak intipati dan kandungan Perlembagaan negara yang secara nyata dan jelas memberi hak kepada semua bangsa demi negara bangsa Malaysia merdeka. Perlembagaan yang menjadi panduan kepada negara semenjak merdeka sehingga sekarang masih utuh dan padu kerana penghasilannya berlandaskan empati dan bukan simpati.

Penghasilan Perlembagaan negara tidak berlandaskan simpati kepada bangsa Melayu yang berjuang bermati-matian untuk merdeka atau simpati kepada bangsa Cina dan India yang tiada kerakyatan setelah dibawa secara paksa dari negara asal sebelum merdeka tetapi ia adalah kerana empati.

Semua bangsa berjuang dengan berlandaskan empati di mana hak dan kepentingan semua etnik diambil kira secara holistik. Sifat kefa­haman yang tinggi terhadap kehendak dan keperluan semua pihak yang merangkumi isu-isu sensitif seperti agama dan budaya. Mereka memahami keperluan dari kedua-dua sudut dan menilai apa yang perlu dipertahankan dan apa yang perlu dilepaskan. Maka terhasillah persetujuan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang memasukkan semua hak orang Melayu dan keperluan semua etnik lain di dalamnya demi mewujudkan negara bangsa.

Sifat empati yang tinggi daripada bukan Melayu terhadap hak bangsa Melayu sebagai rakyat di bawah naungan Raja Melayu sebelum merdeka yang mempunyai hak yang khusus. Mereka sedar mereka yang dibawa oleh British datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat di bawah naungan Raja Melayu, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu ketika itu.

Atas kefahaman empati juga orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat di bawah naungan Raja Melayu dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

Tatkala British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal maka perkara-perkara tersebut dimasukkan sebagai intipati Perlembagaan.

Justeru, rakyat khususnya kaum-kaum lain dengan semangat empati sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, bangsa Melayu juga bersetuju de­ngan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut, termasuk kewarganegaraan untuk bukan Melayu; hak mempelajari dan menggunakan bahasa mereka untuk tujuan-tujuan bukan rasmi; dan hak untuk mengamalkan agama masing-masing.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuat kuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Maka dengan pendekatan empati Melayu dan bukan Melayu, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut perun­tukan perkara ini diwartakan.

Dengan semangat empati untuk mencari ekuilibrium atau keseimbangan juga menjelaskan kenapa Perlembagaan Persekutuan perlu mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Ketika itu semua pihak melihat dari lensa empati tulen yang memikirkan keperluan ke arah ke­seimbangan keperluan semua pihak dan negara bangsa. Tetapi sejak 2014 terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan Perlembagaan negara terutama Artikel 153 adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah hilang sifat empati.

Ramai yang tidak mahu melihat Perlembagaan dari sudut empati akan jahil tentang apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, apa yang boleh dibincangkan dan apa yang tidak perlu dibahaskan lagi mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting undang-undang sedia ada telah diguna pakai sejak dulu dan sudah dipersetujui bersama.

Panggilan terhadap pindaan Perlembagaan yang tidak berlandaskan empati akan mencorak jalan kemusnahan negara bangsa. Malah kenya­taan menggesa kerajaan agar memansuhkan Artikel 153 juga memperlihat dengan jelas empati yang hilang.

Empati hilang bukan sahaja dalam perkara yang serius seperti hak dan tanggungjawab sebagai rakyat malah juga dalam kehidupan harian. Hal-hal hubungan kekeluargaan yang mana nilai murni sema­kin terhakis dengan peristiwa seperti penderaan anak, keganasan rumah tangga dan kadar penceraian yang tinggi mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan yang menjadi asas kekuatan masyarakat dan bangsa.

Empati di kalangan jiran tetangga dan masyarakat setempat menjadi luntur akibat fahaman politik, kepentingan ekonomi, semangat komunal yang tinggi dan kepenting­an diri. Ia mengakibatkan wujud­nya perasaan kendiri yang memupuk semangat tidak ambil tahu dan ambil peduli hal orang lain.

Hak dan tanggungjawab terhadap undang-undang seperti undang-undang jalan raya amat menyedihkan ketika ini kerana rata-rata pengguna jalan raya tidak meng­endahkan langsung hak pengguna lain. Tiada empati di jalan raya kita kerana pengguna hanya takut pada penguat kuasa. Tiada rasa hormat mengikut hierarki siapa yang lebih besar sepatutnya memberi laluan kepada yang lebih kecil seperti pemandu kenderaan berat memberi laluan kepada kenderaan kecil seperti kereta dan motosikal. Pejalan kaki dan yang berbasikal perlu diberi keutamaan di jalan raya.

Sifat tidak bertanggungjawab terhadap alam telah mengakibatkan bencana alam yang dahsyat di negara ini seperti tanah runtuh di Cameron Highlands dan gejala hakisan tanah akibat pembalakan tanpa batasan. Oleh kerana tiada sifat empati juga banjir melanda negara akibat kerakusan pembangunan yang tidak terkawal yang memusnahkan alam semula jadi. Kemarau panjang yang berlaku juga adalah kerana ketidakprihatinan pembangunan di kawasan tadahan air yang merosakkan sistem ekologi.

Kita hilang pertimbangan untuk memahami bahawa kita dan alam sekitar perlu wujud seiringan dan keseimbangan di dalam kepelbagaian.

Empati pemimpin kepada rakyat terhakis apabila kepentingan politik mendahului segalanya. Kerosakan kepada negara akibat sifat tamak dan gila kuasa menyebabkan hak rakyat dinodai dan memporak-perandakan negara bangsa. Kegilaan individu dan kumpulan yang bergerak secara komunal memecahbelahkan rakyat hanya dari sudut politik malah kumpulan-kumpulan kecil berbentuk ideologi yang ekstrem.

Empati mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka bererti daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Sifat melihat keperluan dan kepentingan kedua-dua pihak adalah perlu kerana akan membuka minda ke arah penyelesaian holistik yang tidak individualistik atau komunalistik. Kembalilah menyelami roh pewujudan Perlembagaan negara. Marilah kita menjadikan empati sebagai budaya hidup negara bangsa Malaysia pada tahun 2015.

Raflly Nann ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan 1 Malaysia. Utusan Malaysia Rencana 5 Januari 2015

Learning is not just about being able to answer exam questions

A student worries that a teacher's unconventional methods of teaching might affect his exam results.

I am a secondary school student. I just finished Penilaian Tingkatan 3 (PT3) and I’m very worried about my results.

Throughout the year, I had an English teacher who was new to the school. She was a nice teacher all around, but I started to worry about her teaching at the start of this year. By March, she had not touched the textbook or reference book even once in class, and she kept saying that we did not need to follow books to learn the language.

At this time, all my friends at my tuition centre told me that their schools had already finished with their syllabus and were starting to practise for the exams. When I told my teacher about this, she simply said that she had her own way of teaching her students.

We often did things that were not actual learning. For example, she played games which took up the whole 40 minutes of class. She often split us into groups and made us do activities that involved doing nothing but having discussions. This was useless when we could have been doing past-year paper questions or revision instead.

Once, she made us act in class, and the preparations and presentations took up English classes for the whole week. She did not use the reference books and didn’t give exercises to us, and this made me worried over whether I had done well in the actual exams because I felt I was not prepared at all.

When I asked her about possible exam questions, she refused to give us hints. She didn’t do extra classes either, unlike my aunt who is also a teacher. She was not doing anything that a teacher is supposed to, in my opinion, and it was bad for her students.

I see how my aunt teaches, and all the things she does for her students, like train them with past year exam papers to make sure they are prepared. My teacher did not do this at all, so how am I expected to do well?

When I came home from school, my mother would ask me if I had homework. When I said no, she would worry. I didn’t want to tell my parents about this teacher, because I didn’t want them to go to school and jeopardise my good relationship with this teacher.

I also didn’t want my friends to dislike me because I caused them to do more work in class. Yet, I also do not want to disappoint my parents with my results. — Worried Student

Thelma's advice:

Your anxiety about your exam results is understandable. Any student would have such concerns. However, your assertion that your teacher’s methods have been useless is a bit unfair.

What is the essence of a discussion? It is communication. And, what do you need to communicate? Language and its skills. Surely the activity was not useless. You must have learnt, aside from critical thinking skills, how to communicate to others what you are thinking. Also, you would have learnt how to understand social cues that would tell you when it is your turn to speak.

Last, but not least, it would have given you the confidence to speak up and speak in public.

The acting exercise would have done the same thing. And, your teacher had the good sense to set you an exercise that tests your public speaking skills as it is the number one fear afflicting people in many parts of the world.

Learning is not just about being able to answer exam questions. It is about acquiring knowledge and skills that you did not have before, or improving what you already know. Learning a language, especially, is about appreciating its beauty in the spoken and written word. Learning is not only about knowing how to answer exam questions.

So your teacher did not focus on the syllabus. The question is, did you learn anything? Looking at the very articulate letter that you have sent in, it can be said that you have learnt plenty. Instead of comparing yourself to other students, perhaps it is better to compare what you know now with what you knew before this teacher.

Or, compare who you are now and the person you were before this teacher taught you. Be honest. How much have you grown? What new skills and abilities do you have now compared to before?

Without brushing aside your anxiety, it has to be said that it is refreshing to see a teacher who was not focused on teaching students to answer exam questions. Instead, she was focused on actually teaching students.

This is not to undermine your aunt’s teaching style. She has her own way, as does your teacher. It is hard to say which is better. But, in this very exam-focused environment that we are in today, it is no wonder that you doubt your teacher’s ability.

You want to do well in your studies, and no one can fault you for that. However, you must realise that doing well is not just about getting A’s. It is also about improving yourself – knowing something new; gaining a new skill.We always see reports about employers lamenting the poor language ability of those just entering the work force. Could this be the case because schools are too focused on getting students to get through exams rather than actually teaching them the language, and the skills required to use it properly?

Think about it and reflect upon yourself. Chances are that your year with this teacher has made you a new and better person. Then, you can judge your results when you get it.

Learning to give and receive

While the ‘taking culture’ has become a norm especially among young people, they need to realise that there are rewards to be gained in carrying out a good deed, even if they are not in cash or kind.

MANY of you must have witnessed or have been approached for donations to charitable causes when you are in a public place.



You could be in a restaurant and about to tuck into your favourite bowl of prawn noodles when a person comes up to you with photographs of a children’s home which is in a sorry state, and asks if you would like to contribute towards the repairs.

It could also be a folder containing information about a shelter for the homeless which runs mostly on donations from the public.

Most of the time, even though your meal is interrupted and you are not entirely sure about whether these causes are genuine or otherwise, but you are touched by the pictures you see.

Also, you feel that you ought to do your bit for the less fortunate and so you dig into your wallet or handbag to give them your .

However, when this happens each time you sit down to have a meal in a restaurant or are in another public place, you do tend to become a little suspicious about the authenticity of such causes.

You even begin to wonder whether it is legal for people to solicit funds this way from the public even if it was for a really worthy cause.

“I never give anything when people solicit funds this way,” said an ex-colleague somewhat brusquely.

“I don’t trust any of these people soliciting funds for supposed charitable causes in restaurants, train stations ... unless the charity or organisation is an establishedone.

“Even then, I’d rather give my donations through the right channels ... you know, the proper way. That way I am more certain about where my money is going.”

Another friend said that the orphanage or home for the aged, may turn out to be the mansion belonging to the head of a donation-soliciting syndicate and that the contributions may have been used to pay for its luxury cars instead of wheelchairs.’

A teacher friend was less cynical. “I must admit that I do have these thoughts,” she said.

Real reasons

“What if it is genuine? What if the man in tattered clothes and kid with sad eyes in tow is telling the truth when he says that they are homeless and haven’t eaten for three days? What if the old folks’ home really is in dire need of funds just to shelter the homeless and the elderly?

“Call me naïve, call me simple but because of the many ‘what ifs’ in my mind, I give what I can and just pray that it will be channelled in the right direction to help someone who needs help.

“I guess there are many things beyond our control,” she added with a shrug, “but I like to think that I have contributed in some way” she added.

It is also the same in school when sometimes envelopes are passed around the staffroom soliciting contributions for a well- deserved cause.

Most of the time teachers give readily especially when it is for victims of a natural disaster, tragedy, or for those who have been recently bereaved.

We also seldom hesitate to contribute to funds for the needy students in our school.

Some teachers even go so far as to “sponsor” their students’ lunches, uniforms or revision books.

Other times however, when we are not convinced about the legitimacy of the cause, we give a minimal amount just to be able to put a tick next to our name which indicates that we have contributed, before we pass the envelope to someone else.

But then again, true giving is giving from the heart and this is also what the Christmas season is all about, beginning of course from God’s gift to mankind.

There are some who go on to say that you haven’t really given if no sacrifice is involved, and that when you do give something to someone, it should be something that you still need or cherish and not what you have no use for anyway.

Giving merely to fulfil an obligation or to ease a conscience certainly has some form of merit but is nowhere near as meaningful as giving sacrificially.

Worse still is giving in order to flaunt your “generosity” or to look good in public.

And yet, sometimes when we think about it, the act of receiving may be just as important as giving, and one that may be overlooked in all the preoccupation with giving.

Being a gracious recipient is also important, and while some of us have mastered the art of giving, we may have a long way to go when it comes to receiving something.

Perhaps receiving is also something to do with pride – you have always been the one who gives, or perhaps it is just because you have been giving so much all your life that it has become a label stuck wih you.

Taking advantage

In schools sometimes there are

teachers who take advantage of this by artfully shoving some of their own duties to the shoulders of the ones who can’t say “No”, the ones who feel obliged to be always on the giving end.

On the other extreme there are those who have no qualms about laying claim to things that aren’t really theirs and generally behave as if the whole world owes them something for just existing.

I used to wonder where this kind of attitude stemmed from. How do people come to a stage where they believe that others should hand something over to them just because they ask for it?

I remember feeling a little shocked the first time when a child of walked near the aisle and asked for money to buy a particular snack he wanted while his well-heeled mother smiled indulgently above her full shopping cart.

Although I have become more used to such blatant acts of people asking for cash since then, I have always wondered how parents allow their children to approach complete strangers and ask for belanja (treat).

Teachers will also be accustomed to the familiar “Cikgu, belanja Cikgu” from students asking them for a treat for the most trivial reasons at times; if they have helped you to carry a pile of books for instance, if they have done well on a test or if it is Teachers Day.

One teacher even said that her students asked her for a treat when they found out that it was her birthday.

“It seems to have become a kind of culture ...this demanding for treats, for handouts, for freebies.

“I remember the days when I was a student. We felt so privileged to be able to help our teachers and how we saved up money to give our teachers a treat for her birthday.

“The satisfaction we got from being able to give was a reward in itself,” she added.

Things have definitely changed over the years and the spirit of selflessness, the giving of time, energy and substance may have dimmed somewhat in our schools.

In a world where qualities like sacrifice, thoughtfulness and generosity are not always as highly esteemed as status and material wealth, we have to perhaps allow our students to experience the rewards of doing something without expecting anything in return.