January 27th, 2015

GST belum bermula, peniaga naikkan harga

Apabila tiba sahaja tahun baharu, kita sebagai rakyat berhadapan dengan cabaran seperti kebimbangan menghadapi era cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan 1 April nanti.

Alasan diberikan sebagai persediaan hadapi GST

Pada minggu pertama sahaja kita mula sedar bahawa terlalu banyak barang naik daripada segi harga atau berkurangan kuantiti penawarannya.

Rata-rata kita lihat kedai-kedai kegemaran mula menaikkan harga atas nama persediaan menghadapi GST.

Kita sedar akan kenaikan harga tersebut kerana ini adalah kedai-kedai kegemaran yang selalu kita kunjungi untuk makan, minum, mencuci kenderaan, membeli barangan rumah dan lain-lain lagi.

Bagaimana pula dengan kedai-kedai bukan kegemaran kita?

Kita tidak tahu mungkin mereka juga menaikkan harga.

Melalui laman Facebook saya, ramai mengeluh apabila saya paparkan isu ini di laman peribadi saya.

Ramai mengakui bahawa kebanyakan kedai kegemaran mereka menaikkan harga antara 10 ke 30 peratus.

Sebagai contoh, kedai minum kopi kegemaran saya menaikkan harga kopi termurah mereka sebanyak 20 peratus RM2.50 ke RM3.



KAKITANGAN Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberi penerangan tentang cukai di kaunter penerangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) JKDM sempena Expo dan Persidangan GST di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kedai kegemaran saya untuk mencuci kereta telah menaikkan harga sebanyak 33 peratus dari RM6 ke RM8.

Sementara itu kedai kegemaran isteri membeli barangan RM5 akan menaikkan harga sebanyak 13 peratus ke RM5.65 dengan alasan yang tidak logik untuk diterima akal supaya harganya dapat diselaraskan menjadi RM6 selepas ditambah dengan percukaian GST.

Bukankah sewajarnya kadar GST enam peratus dikenakan kepada harga asal RM5 dan menjadi RM5.30.

Kedai tersebut berkeras ingin menjadikan harganya genap RM6 kerana ingin mengekalkan konsep harga genap.

Secara peribadi saya merasakan bahawa kedai konsep RM5 ini amat biadab dan mengambil untung atas angin sebanyak 65 sen.

Isteri saya sering menyatakan kepada saya bahawa dengan gaji sebagai pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA), keluarga kami sudah mula merasakan impak tidak langsung daripada demam pra GST ini.

Bagaimanakah dengan mereka yang berpendapatan rendah atau tidak berpendapatan tetap?

Apabila saya mencerminkan wajah kewangan keluarga saya, saya akan terbayang refleksi keluarga yang berpendapatan rendah.

Bagaimanakah wajah kewangan keluarga mereka selepas GST?

Apakah pendinding kita sebagai rakyat untuk melawan kebiadaban peniaga-peniaga seperti ini?

Apakah Akta 723 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan akan menjadi penyelamat kita?

Adakah golongan peniaga ini kebal daripada akta tersebut?

Setelah saya meneliti akta tersebut dan juga pengetahuan para peniaga mengenai akta itu bolehlah saya simpulkan bahawa mereka tidak tahupun mengenai kewujudan akta tersebut.

Peniaga kecil juga adalah pengguna. Maka reaksi mereka pun sama.

Mereka takut dan panik menanti kedatangan GST dan atas alasan ketidaktentuan hala tuju perniagaan maka mereka menaikkan harga sebagai persediaan menghadapi GST.

Sekelumit di hati, mereka tidak tahu akan masa depan selepas GST kerana sebenarnya lebih terdedah kepada ketidaktentuan pasaran berbanding dengan syarikat-syarikat besar yang berdaftar di bawah program GST.

Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu mengambil dua langkah proaktif iaitu memberi pendedahan kepada peniaga mengenai akibat menaikkan harga barangan dan memperteguh penguatkuasaan dalam menghukum peniaga yang mengambil kesempatan.

Selain itu, Jabatan Kastam Dir­aja Malaysia juga perlu memainkan peranan penting dengan memberikan maklumat tepat kepada peniaga mengenai persediaan mereka menghadapi GST.

Apabila kedua-dua agensi ini memainkan peranan dengan lebih serius, maka ini akan dapat mengurangkan kes-kes peniaga dengan sembrono menaikkan harga.

Kenaikan harga barangan dan GST

MASUK sahaja tahun baru, kita sebagai rakyat berhadapan dengan banyak cabaran seperti kebimbangan menghadapi era GST yang akan dilaksanakan pada April nanti.

Pada minggu pertama sahaja, kita mula sedar bahawa terlalu banyak barang naik dari segi harga atau berkurangan dari segi kuantiti penawarannya.

Rata-rata kita lihat kedai-kedai kegemaran kita mula menaikkan harga atas nama persediaan menghadapi GST. Kita sedar kenaikan harga tersebut kerana ini adalah kedai-kedai kegemaran yang selalu kita kunjungi untuk makan, minum, mencuci kenderaan, membeli barangan rumah dan lain-lain lagi.

Bagaimana pula dengan kedai-kedai yang bukan kegemaran kita? Kita tidak tahu mungkin mereka juga menaikkan harga. Di laman Facebook, ramai mengeluh apabila isu ini dipaparkan.

Ramai mengakui bahawa kebanyakan kedai kegemaran mereka menaikkan harga antara 10 ke 30 peratus. Sebagai contoh, kedai minum kopi kegemaran saya menaikkan harga kopi termurah mereka sebanyak 20 peratus dari RM2.50 ke RM3.

Kedai kegemaran saya untuk mencuci kereta juga telah menaikkan harga sebanyak 33 peratus dari RM6 ke RM8. Sementara itu kedai kegemaran isteri membeli barangan RM5 akan menaikkan harga sebanyak 13 peratus ke RM5.65 dengan alasan yang tidak logik untuk diterima akal supaya harganya dapat diselaraskan menjadi RM6 selepas ditambah dengan percukaian GST.

Bukankah sepatutnya kadar GST enam peratus dikenakan kepada harga asal RM5 dan menjadi RM5.30? Kedai tersebut berkeras ingin menjadikan harganya genap RM6 kerana ingin mengekalkan konsep harga genap.

Secara peribadi saya merasakan kedai konsep RM5 ini amat biadab dan mengambil untung atas angin sebanyak 65 sen.

Dengan gaji sebagai pensyarah IPTA, keluarga kami sudah mula merasakan impak tidak langsung daripada demam pra-GST ini. Bagaimanakah agaknya mereka yang berpendapatan rendah atau tidak berpendapatan tetap?

Justeru, apakah pendinding kita sebagai rakyat untuk melawan kebiadaban peniaga-peniaga seperti ini? Apakah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan akan menjadi penyelamat kita? Adakah golongan peniaga ini kebal daripada akta tersebut?

Setelah saya meneliti akta tersebut dan berdasarkan pemerhatian bolehlah saya simpulkan bahawa para peniaga tidak tahu pun mengenai kewujudan akta tersebut.

Peniaga kecil juga ialah pengguna. Maka reaksi mereka pun sama. Mereka takut dan panik menanti kedatangan GST dan atas alasan ketidaktentuan hala tuju perniagaan maka mereka menaikkan harga sebagai persediaan menghadapi GST.

Sekelumit di hati, mereka tidak tahu akan masa depan mereka selepas GST kerana mereka sebenarnya lebih terdedah kepada ketidaktentuan pasaran berbanding syarikat-syarikat besar yang berdaftar di bawah program GST.

Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlulah mengambil dua langkah proaktif iaitu memberi pendedahan kepada peniaga mengenai akibat menaikkan harga barangan dan memperteguh penguatkuasaan untuk menghukum peniaga yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST dengan menaikkan harga.

Selain itu, pihak Kastam Diraja Malaysia perlu memainkan peranan penting dengan memberikan maklumat yang tepat kepada peniaga mengenai persediaan mereka menghadapi GST.

Apabila kedua-dua agensi ini memainkan peranan dengan lebih serius, maka ini akan dapat mengurangkan kes-kes peniaga dengan semberono menaikkan harga. Mohammad Noorizzuddin Nooh ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Utusan Malaysia Rencana 27 Jan 2015

Nasib guru pelatih selepas graduan

Saya mempunyai anak yang masih belajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam bidang pemulihan.

Dia memang seorang murid yang pintar sejak dibangku sekolah menengah lagi.

Dia menyahut seruan Kementerian Pendidikan untuk men­yertai bidang perguruan, walaupun dalam masa sama amat meminati bidang farmasi.

Baru-baru ini, dia menyuarakan kepada saya tentang masa depan mereka yang belajar dalam bidang perguruan.

Kerisauan ini timbul kerana masih ramai lagi senior mereka masih belum diberi penempatan dan mungkin mengambil masa lama ditempatkan di sekolah-sekolah.

Sebagai bapa, saya cuba me­nyakin dia.

Mungkin kelewatan berlaku kerana kementerian itu mendahului opsyen yang lebin kritikal untuk diisi.

Sebagai orang Islam kita harus bersabar dan yakin sebagai pelaja­r tajaan Kementerian Pendidikan rezeki masing- masing akan sampa­i, biar pun mungkin berlaku kelewatan.

Saya berkeyakinan penuh, unjuran yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan adalah berdasarkan keperluan dan kajian menyeluruh.

Tambahan pula program pemulihan ini sedang diperluas ke sekolah menengah.

Akhir sekali saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian, cabaran untuk menarik mina­t pelajar cemerlang memasuki bidan­g perguruan akan terencat sekiranya isu kelewatan penempatan ini masih menjadi faktor kerisauan pelajar.

Bapa Risau 194 Langgar Utusan Malaysia Forum 27 Jan 2015

Salahkah wujud Malay Town di Kuala Terengganu?

DARI dulu lagi ramai dalam kalangan kita terta­nya-tanya dan mempersoalkan mengapa perlunya diisytihar atau dizonkan satu-satu kawasan di pusat-pusat bandar dengan nama China Town atau Little India di negeri dan negara majmuk yang berbilang kaum ini.

Dicurahkan pula dengan begitu banyak peruntuk­an bagi menjayakan segala pelan perancangan bagi mengekal, mempertahan dan menyuburkan segala bentuk warisan dan kegiatan.

Seolah-olah dijadikan kawasan khusus pula untuk satu kaum yang sebenarnya juga warga tempatan dan mereka sudah begitu lama mencorak wajah bandar dan menguasai segala bentuk perniagaan termasuk batu nisan.

Mungkin atas nama pelancongan dan perpaduan sebagai alasan paling kukuh tetapi ironinya yang kecil dan little di hampir semua bandar ialah orang Melayu termasuklah di Kota Bharu dan Kuala Terengganu, di negeri-negeri yang dikatakan tunjang Melayu.

Apa yang kelihatan besar hanyalah akiviti Melayu di pasar-pasar besar seperti Pasar Siti Khadijah dan pasar Kedai Payang yang entah apa bentuk wajahnya kini. Hanya tidak lebih daripada itu.

Namun tidak pula pernah kedengaran sebarang perancangan tersusun dan dite­ruskan dengan usaha yang konkrit untuk mengekalkan atau mencambahkan warisan Melayu di tapak yang pernah dan sedang mereka warisi.

Menjelang pilihan raya umum lalu, jalan di Kebun Sultan Kota Bharu diisytiharkan sebagai China Town manakala Kampung Cina di pusat bandar raya ini, kerajaan negeri mengumumkan pembangunan fasa kedua bagi menaik taraf persekitaran sepanjang satu kilo­meter.

Mengapa tidak turut diwujudkan Malay Town atau Little Malay kerana mereka sebenarnya juga bukan pendatang, yang masih berada di pinggir apatah lagi ketika bebeberapa perkampungan Melayu dalam keadaan masih tidak menentu, makin sukar dipertahankan dari arus pembangunan.

Justeru apabila Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menyentuh sepintas lalu mengenai hasrat untuk menyusun dan membangunkan semula kawasan Tanjung di negeri ini bagi memancarkan keunikan wa­risan Melayu dalam Bajet Terengganu 2015, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Mungkin ini permulaan baharu dalam usaha menterjemahkan imej Kuala Terengganu yang diberi pengenalan sebagai Bandar Raya Warisan Pesisir kerana selain Kampung Cina yang diwartakan tapak warisan dan muka kuala serta laut yang kekal di sini, Melayu juga warisan yang bertapak sekian lama di bandar raya ini.

Beberapa perkampungan sudah lenyap dihakis ombak dan selebihnya terpaksa diberi laluan atas nama penyusunan semula pusat bandar raya dengan rancangan pembangunan yang gah, sambil mengharapkan Melayu menumpang tuah dan kuah de­ngan pengambilan balik tanah atau sekadar melangut bangga.

Ahmad Razif menyentuh mengenai penyusunan semula kawasan sekitar Tanjung ketika membentangkan Bajet 2015 yang kelak akan dijadikan pusat sehenti bagi segala produk tradisional Terengganu.

“Bukan sahaja dalam bentuk makanan tetapi hasil seni, kraf muzik, tarian, permainan dan sebagainya. Kita perlu semarakkan identiti kita sebagai anak Terengganu yang bangga dengan jati dirinya,'' ujar Ahmad Razif.

Pengumuman oleh Menteri Besar itu disambut baik oleh kalangan pendukung dan pencinta budaya di negeri ini walaupun gambaran sebenar belum diperincikan. Mereka menyifatkannya sebagai usaha yang tepat pada masanya ketika segala aspek warisan semakin terhakis.

Malah sebilangan daripada mereka memberikan cadangan agar kawasan itu dikhususkan sebagai satu ‘Jalur Melayu’, bukan sahaja melibatkan kalangan peniaga Melayu tetapi juga reka bentuk premis yang memancarkan simbol tradisional dan bentuk-bentuk perniagaan khusus serta kegiatan di sekitarnya.

Ketua II Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita), Abdul Mubin Ismail berpendapat, bagi memastikan hasrat Abdul Razif itu tercapai adalah wajar kawasan itu diwartakan agar usaha ke arah itu dengan konsep yang jelas akan berlaku dan diperkukuhkan secara berterusan sebagai satu citra warisan.

“Kita mula nampak kesungguhan yang diperlihatkan (Ahmad Razif) ketika satu demi satu penempat­an Melayu di pusat bandar raya makin lenyap dan dilepaskan kerana tidak mampu bertahan dalam arus pembangunan.

“Kita mahukan kawasan ini juga bukan sekadar suatu lagi projek oleh kontraktor untuk dilihat dari sudut pelancongan tetapi menjadi satu simbol ke­giatan ekonomi orang Melayu kerana pada masa silam, mereka juga dalam kalangan pedagang,” kata­nya.

Bagi Abdul Mubin, tradisi keilmuan dan ketinggian warisan seni budaya sentiasa diberi penekanan oleh masyarakat yang tinggi tamadunnya sebagaimana yang diucapkan oleh Ahmad Razif yang mahukan agar turut menjadi lambang identiti orang Melayu Terengganu yang akhirnya berbangga, penuh yakin dan berani mendepani pentas dunia.

Beliau berharap satu jawatankuasa khas dibentuk di peringkat negeri dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi memperincikan pelan tersebut agar apa yang dirancang benar-benar dapat diterjemahkan.


Wan Zulkifli Wan Yaacob Ketua Biro Utusan Malaysia Terengganu Utusan Malaysia Rencana  27 Jan 2015 1.25AM

Pas di ambang krisis, dilemahkan faktor dalaman ....

SEJAK ditubuhkan pada 1951 hingga sekarang, Pas dikatakan telah melalui empat tahap iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990 hingga sekarang).

Bagaimanapun persoalan bermain di fikiran banyak pihak sekarang apakah tahap kebangkitan semula yang bermula pada tahun 1990 itu akan berakhir tahun ini? Pandangan itu dilontarkan kerana berbanding dengan dua lagi sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Pas dilihat berada dalam kedudukan paling tidak selesa.



ABDUL HADI AWANG menandatangani buku Amanat Haji Hadi antara Fitnah dan Fatwa semasa pelancarannya di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada 2013. – UTUSAN

Pas berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cende­rung menyebelahi kedua-dua parti tersebut. Dalam masa yang sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu.

Keadaan kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP.

Namun begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.

Walaupun pelbagai hujah dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Pasma bagi menegakkan perjuang­an mereka namun dalam kalangan pemimpin Pas mereka benar-benar tidak selesa dengan kewujudan Pasma.

Dan semalam, Abdul Hadi yang selama ini dilihat tidak begitu gemar bercakap soal Pasma memberi kiasan meminta mereka yang menyokong NGO tersebut meninggalkan Pas dengan menegaskan;

“Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. Pasma ni ibarat mereka yang menebok kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO.’’

Menuju Putrajaya adalah destinasi yang paling diharapkan oleh Pas sebelum ini. Atas semangat itulah Pas dilihat bersedia mengorbankan segala-galanya termasuk dasar menubuhkan negara Islam. Pas terpaksa bertindak demikian kerana tidak mahu ‘ditinggalkan’ oleh PKR dan DAP.

Malah demi kesetiaan kepada ke­dua-dua parti itu juga Pas sentiasa sahaja bersedia menggerakkan ribuan penyokong turun ke jalanan jika ada demonstrasi yang dianjurkan.

Tetapi kesudahannya Pas tidak dilayan sewajarnya. PKR dan DAP tetap menganggap mereka paling berkuasa dalam pakatan pembangkang. Kata Pas disanggah, rancang­an Pas ditegah.

Keadaan itu tidak menguntungkan politik Pas dan ia semakin rumit apabila di dalam parti itu sendiri terdapat beberapa pemimpin yang begitu taksub mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Sedikit demi sedikit dalaman Pas berpecah. Pertembungan antara dua kumpulan yang sebelum ini dibanggakan oleh kepimpinan Pas sebagai satu gabungan yang akan memperkukuhkan parti itu sebaliknya semakin meretakkan Pas.

Segalanya berlaku kerana Pas membuka laluan terlalu luas untuk ‘orang luar’ menyerap masuk mengucar-ngacirkan parti itu dari dalam. Sememangnya diakui Pas pernah berkawan dengan UMNO dan Parti Melayu Semangat 46 (S46) tetapi ia tidak pernah melemahkan parti tersebut.

Ini memandangkan kedua-dua parti itu tidak pernah mahu mengganggu apa juga dasar perjuangan dan perancangan Pas dalam mencapai cita-citanya. Tetapi kajilah apa yang berlaku sejak Pas berkawan de­ngan PKR dan DAP. Pas dilayan seolah-olah parti yang baru berusia setahun jagung sedangkan dari segi sejarah rekod pencapaian Pas jauh lebih hebat daripada kedua-dua parti berkenaan.

Setakat ini sukar dipastikan bagaimanakah Pas akan memperkukuhkan semula parti itu yang kini berada di ambang perpecahan. Suara ulama yang semakin tenggelam atau sengaja dipinggirkan menyukarkan lagi laluan untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku.

Bagaimanapun ketegasan yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi dalam berhadapan dengan isu Pasma dan keangkuhan DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan memberikan sedikit cahaya kepada ahli dan penyokong Pas bahawa parti itu bukan ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang.

Sememangnya ketegasan seum­pama itu diharapkan kerana bukan sahaja penyokong Pas malah orang Melayu yang tidak mempunyai fahaman politik pun berasa bosan melihat cara Pas dilayan sepanjang menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP.

Namun begitu apa yang diharap­kan, Abdul Hadi dengan disokong oleh kumpulan ulama dalam Pas akan terus tegas mempertahankan pendirian dalam berhadapan de­ngan Pasma, PKR dan DAP.

Ketegasan DAP yang disokong penuh oleh PKR menentang hasrat Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan seharusnya memberikan pengajaran kepada Pas bahawa mereka tidak dilayan secara adil dalam pakatan pembangkang.

Sebenarnya, layanan seumpama itu bukanlah perkara baharu tetapi memandangkan Pas terlalu ingin bersama PKR dan DAP ke Putrajaya, mereka sanggup menerima apa sahaja waima `kepala diketuk’ sekalipun.

Tetapi Abdul Hadi sudah menyatakan dengan tegas kalau mana-mana ahli Pas mahu cepat ke Putrajaya sertailah ‘bahtera lain’ kerana Pas tetap akan meneruskan perjuang­an ke destinasi berkenaan dengan memperjuangkan Islam.

Sama ada ketegasan ini akan memartabatkan kembali Pas atau tidak, hanya masa akan menentukannya tetapi yang pasti benarkah Pas kini di ambang krisis?

Pas dilemahkan faktor dalamannya sendiri

KRISIS Menteri Besar Selangor tahun lepas berakhir dengan Pas menghadapi krisis dalaman yang parah.

Dalam kepimpinan tertinggi Pas sendiri lebih 80% ahlinya semacam berbeza pendirian dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Majlis Syura dan ulama Pas. Mereka ini sering dianggap sebagai kelompok Erdogan dalam Pas dan oleh setengah pengkritik sebagai parasit.

Mereka dikatakan lebih banyak mendengar cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendukung Abdul Hadi dan kepimpinan ulama.

Tiba-tiba lahir Pasma yang dikatakan didukung oleh Datuk Husam Musa dan Datuk Dr. Daeng Sanusi Mariok. Baru-baru ini Pasma bertemu dengan Lim Guan Eng di Komtar, Pulau Pinang. Husam diketahui memang rapat dengan Anwar.

Orang Pasma umumnya ialah orang Pas. Mereka menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan ulama. Majlis Syura membuat keputusan supaya orang Pas jangan menyertai Pasma, malangnya 15 pemimpin Pasma membuat janji untuk membantu Pakatan dalam PRU-14. Gambaran yang ada seolah-olah Pasma tidak bersama dengan kepimpinan Abdul Hadi. Keadaan ini mencerminkan wujud masalah etika dan disiplin dalam parti kerana terdapat orang dalam parti yang bertindak menyongsong arus.

Anwar berjanji bahawa Mesyuarat Tertinggi Kepimpinan Pakatan dapat berlangsung pada awal Januari. Sehingga kini mesyuarat itu tidak berlangsung. Ia cuba memujuk Abdul Hadi tetapi Abdul Hadi sibuk dengan strategi program Liqa’ Fikri Pas Pusat. Apakah Abdul Hadi sudah mengambil sikap tertentu sehingga mesyuarat tersebut gagal terjadi?

Pemecatan Datuk Tarmizi Md. Jam, Roslan Hamid dan Ahmad Lutfi Othman daripada sidang redaksi Harakah adalah suatu perubahan yang serius kerana mereka mengambil sikap anti-Abdul Hadi dan ulama selain membenarkan tulisan Dinsman (abang Lutfi) mempertikai kepimpinan Abdul Hadi dan ulama. Harakah adalah akhbar berpengaruh bagi ahli Pas. Adakah tindakan ini bertujuan menyekat usaha memperlecehkan Abdul Hadi dan ulama daripada terus berlaku?

Muktamar pemilihan kepimpinan Pas bakal berlangsung sekitar Jun 2015. Sudah tentu Pasma dan kelompok Anwariyyun mempunyai strategi sendiri untuk mengambil alih kuasa. Abdul Hadi dan kepimpinan ulamanya tidak akan berdiam diri dan sedang mengatur strategi juga.

Mengenali Pas, pengaruh akar umbinya sangat kuat menyokong kepimpinan Abdul Hadi dan ulama. Takdirnya Abdul Hadi dan kepimpinan ulama menang, Pasma bakal bertukar menjadi parti politik alternatif yang bernaung di bawah Pakatan. Ianya tidak mustahil terjadi.

Ternyata jika suatu ketika dulu Pas terlalu membenci UMNO dan menghalakan serangannya kepada UMNO dengan ceramah-ceramah yang panas kini Pas sedang berantakan sesama sendiri dan ikatan tahaluf siyasi kelihatan semakin longgar. Apakah hikmah di sebalik semua ini?

Adakah Pas akan berjuang sendiri tanpa Pakatan Rakyat? Kalau dahulu kemenangan Pas dibantu oleh DAP dan PKR. Kemenangan DAP dibantu oleh Pas dan PKR manakala kemenangan PKR dibantu oleh DAP dan Pas, adakah persefahaman yang sama boleh berlaku lagi menjelang PRU-14 nanti?

Sekiranya jodoh Pas dan dua lagi parti itu tidak ada lagi, mampukah Pakatan melakukan lonjakan untuk menawan Putrajaya?

Abdul Hadi pernah menyebut Pas tidak boleh bersendirian untuk memerintah Malaysia melainkan dengan kerjasama pihak lain. Takdirnya Pas meninggalkan Pakatan, politik Selangor akan bergolak lagi.

Politik Pas di Kelantan pascabanjir belum tahu. Sidang Khas Enakmen Hudud belum berlangsung lagi. Pas mempunyai pilihan yang tidak banyak untuk membangunkan kembali negeri kesan musibah banjir sehingga memerlukan Kerajaan Pusat.

Dan untuk membawa Enakmen Hudud di Parlimen juga, dukungan UMNO dalam Parlimen adalah perlu. Quo vadis Pas?

- Jendela Tok Ki Utusan Malaysia Rencana 27 Jan 2015

Betulkah kita memang mahu merotan anak?

BUKAN sedikit komen, kritikan dan pandangan yang dilontarkan oleh orang ramai khususnya pengguna laman sosial terhadap kenyataan menteri yang menjaga hal ehwal wanita, keluarga dan masyarakat berhubung cadangan penggubal­an undang-undang kesalahan jenayah yang akan dikuatkuasakan terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka.

Walaupun diperjelaskan bahawa undang-undang itu hanya akan terpakai untuk tindakan merotan yang mendatangkan kecederaan fizikal dan trauma namun ramai yang melenting dan tidak kurang pula resah menge­nangkan; “Semakin naik tocanglah budak zaman sekarang selepas tidak ada apa pun yang mereka takutkan.”

Ada juga yang sinikal memberi reaksi; “Eh! Sekarang ini dasar pandang ke Sweden pulakah?” - merujuk kepada kes pasangan rakyat Malaysia yang dikenakan hukuman penjara di negara itu kerana merotan anak mereka yang tidak solat.

Memandangkan kes ini baru berlaku dan masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia, reaksi sebegitu memang sudah diduga. Apatah lagi ba­nyak pandangan daripada pihak berkepentingan di negara kita termasuk tokoh dan pemimpin masyarakat pada masa itu me­nyatakan hukuman berkenaan tidak wajar memandangkan tindakan pasangan terbabit merotan anak mereka adalah untuk mengajar dan bukan hendak mencederakan.

Mahu buat marketing sepenggai lagi ka nih ?


Mengkalu anak ang kena 'tibai' ang maghah dak ....

Walaupun ada juga ‘menasihatkan’ agar warga Malaysia yang merantau ke negara orang belajar menyesuaikan diri dengan kea­daan dan budaya tempatan, ramai yang mahu mempertahankan tindakan merotan itu sebagai cara mendidik anak yang betul.

Lantas diperturunkan pelbagai senario bagaimana anak remaja sekarang semakin terdedah dengan gejala sosial gara-gara perlakuan mereka kini yang tidak terkawal oleh orang dewasa termasuk ibu bapa.

Dikongsikan juga oleh orang dewasa, pengalaman mereka dirotan atau hampir-hampir dirotan oleh ibu bapa atau guru dulu-dulu (tidak semestinya dengan rotan kerana boleh sahaja menggunakan getah paip, tali pinggang atau hanger, apa yang sempat dicapai) kerana nakal dan tidak mendengar kata.

Menariknya, setiap kenangan yang diimbau itu diakhiri dengan rumusan; “...tidak pula aku berdendam sebaliknya sebab itulah aku jadi orang.”

Namun dahulu tidak sama dengan sekarang.

Dahulu tidak ada konvensyen antarabangsa yang akan menyebabkan sesebuah negara tersenarai dalam ‘kelompok tidak bertamadun’. Dahulu juga tidak ada ranking hak asasi manusia.

Walaupun kita seboleh mungkin mahu mempertahankan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat kita termasuk cara mendidik anak mengikut acuan budaya dan adat resam kita, hakikatnya kita tidak dapat mengelak daripada ‘dinilai’ oleh sistem nilai kehidupan masyarakat antarabangsa.

Maka janganlah kita marah sangat dengan menteri atau pihak berkuasa ekoran pengumuman cadangan undang-undang baharu itu.

Tidak salah kita bernostalgia dengan pengalaman lampau. Kenangan zaman kanak-kanak memang indah namun kita perlu menerima hakikat yang zaman sudah berubah.

Zaman kita dulu-dulu zaman rounders, baling tin dan galah panjang. Zaman anak-anak kita zaman gajet, PS2, XBox dan Nintendo DS.

Jika dahulu kita lari keliling kampung dihambat kerana leka mandi sungai dan main pasir sampai tidak ingat hendak balik rumah, budak-budak sekarang lain pula.

Mereka terperuk di dalam bilik sehinggakan tidak mahu keluar kerana asyik melayan gajet (yang dibelikan oleh ibu bapa juga). Kadang-kadang terbalik, ibu bapa pula yang jenuh hendak mengajak mereka keluar rumah.

Mungkin ada anak-anak yang agak nakal, gemar berpeleseran dan melepak di pusat beli-belah atau kafe siber, namun wajarkah ibu bapa merotan anak-anak ini untuk mendidik mereka?

Dalam Islam pun, hukuman merotan anak mempunyai prosedur atau langkah yang spe­sifik iaitu untuk mengingatkan mereka agar tidak meninggalkan solat. Yang dirotan pun bukan sebarangan sebaliknya budak lelaki yang sudah berumur 10 tahun dan ke atas.

Justeru persoalannya di sini, kenapa kita beria-ia marah dan berang apabila ‘perbuatan ibu bapa merotan anak sehingga mendatangkan kecederaan fizikal dan mental’ hendak dika­tegorikan sebagai satu kesalahan jenayah?

Betulkah kita memang mahu merotan anak apabila mereka berbuat salah?

Peliknya dalam pada ramai menentang hukuman merotan anak dijadikan kesalahan jenayah, dalam senafas juga ramai mengakui tidak tergamak merotan anak sendiri.

Jadi kenapa pula hendak dijadikan isu? Adakah kita mahu merotan dibolehkan tetapi terhadap anak orang lain bukan anak kita. Anak orang lain tidak apa asalkan bukan anak kita?

Kenapa? Kerana anak kita baik atau kerana kita ibu bapa yang penyayang, yang tak mungkin sanggup merotan anak? Atau pun kerana pendekatan kita cara psikologi dan kasih sayang?

Kita merasakan merotan bukan cara terbaik untuk mendidik anak kita atau untuk memperbetulkan kesilapan mereka, tetapi kita tidak kisah anak orang lain dirotan jika berbuat silap?

Undang-undang dibuat sebagai deterrent atau benteng untuk menghalang orang daripada melakukan kesalahan jenayah. Namun jika sudah berbuat salah, undang-undang dikuatkuasakan sebagai hukuman.

Sebagaimana zaman kanak-kanak kita tidak sama dengan zaman anak-anak kita, zaman kita menjadi ibu bapa juga tidak sama dengan zaman emak bapa kita dahulu. Di zaman ini, saban waktu kita mendengar kisah ibu bapa yang ‘hilang kewarasan’ sehingga sanggup mendera anak sendiri.

Apakah jaminan yang semua ibu bapa mempunyai sifat penyayang seperti kita lantas tidak akan tergamak mence-derakan anak darah daging sendiri?

Justeru cadangan memper­untukkan kesalahan jenayah terhadap ibu bapa yang merotan anak sehingga ke tahap mence­derakan memang wajar dipertimbangkan. Namun penulis sendiri tidak bersetuju jika perbuatan merotan anak diharamkan sama sekali.

Hal ini kerana sebagaimana hukuman di bawah undang-undang mampu menakutkan orang daripada melakukan kesalahan, rotan juga boleh menjadi simbol yang menggerunkan anak-anak daripada berbuat salah apatah lagi dalam soal melalaikan solat.

Asalkan penggunaannya mengikut prosedur sebagaimana diperincikan dalam hukum Islam.

Sementara undang-undang baharu ini diperincikan, tidak usahlah kita mencetuskan polemik yang tidak keruan seolah-olah anak-anak kita akan hanyut ke kancah dosa dan maksiat hanya kerana kita tidak boleh lagi merotan mereka. Adakah kita tidak yakin akan didikan dan kasih sayang yang kita curahkan terhadap mereka selama ini?

Penulis percaya kebanyakan daripada kita tidak lagi menyimpan rotan di rumah. Dan kalau ada pun hanya sebagai hiasan dinding atau modal bercerita mengimbau kisah kenakalan lama kepada anak-anak.

-

Court caning of minors may end

PETALING JAYA: The Women, Family and Community Development Ministry says that there is no proposal to outlaw the caning of children by parents and teachers.

It was clarifying some newspaper reports that quoted Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Rohani Abdul Karim as saying that parents who use the cane on their children could be jailed under a new Act to be tabled in June to replace the Child Act 2001.

The ministry issued a statement yesterday saying that it had only proposed to abolish caning of minors in court.

It said as Malaysia was a signatory of the CRC, the country was obligated to end corporal punishment for children.

“At present, Section 91 (1) (g) of the Child Act 2001 allows a male child to be caned no more than 10 times if convicted with a criminal offence. In this case, caning as carried out in court differs from caning at schools or at home. Caning carried out in court follows a procedure according to the law. However, in light of psychological development and in accordance with CRC, the ministry has proposed to abolish the punishment.

“In line with the suggested abolition of caning in court, the ministry has observed the act of caning children among Malaysians. At this time, the proposal in the new Bill does not mean that each act of caning becomes a criminal offence.

“Only when the act of caning causes physical and mental injuries, then it becomes an offence under the existing law. Currently vicious injury is already an offence under Section 31(1) of the Child Act 2001. One can be jailed up to 10 years or fined up to RM20,000 or both,’’ it said.

The ministry added that it was studying the proposal to add in more detailed provisions to cover acts of physical and emotional violence against children, with longer jail terms or higher fines.

“The ministry is considering alternative punishments such as community service, attending parenting courses or counselling.”

In spite of Rohani’s clarification that there was no proposal to criminalise the caning of children by parents and teachers, many parents still felt that corporal punishment should be done away with.

National Association of Early Childhood Care and Education Malaysia president Datin Radziah Mohd Daud said parents often tended to cane children out of anger and frustration.

“In Islamic thinking, a parent is allowed to hit a child to educate him in instances such as when a child aged above seven refuses to perform the solat or prayers.

“Even in the religious sense, there are restrictions as to how and where to hit the child and most importantly, it should be fuelled by a desire to educate and not to vent anger,” she said.

Radziah, who has three children, said she did not use corporal punishment to raise them, but used negotiation and justification instead.

She said parents often denied a child’s request for something, without explaining why.

“It is a matter of negotiation between parents and children. Don’t just say no to a child without a valid reason. When you reason with children, they will listen to you.

“However, this process must be instilled in children in the early years, otherwise it will be difficult to make them conform to acceptable behaviour,” she added.

Radziah said parents could still be strict with their children without resorting to caning.

“For example, they can maintain eye contact with the child when telling them not to do something and then justify why they should not be doing it,” she added.

Parent Action Group for Education (Page) Malaysia chairman Datin Noor Azimah Abdul Rahim said it had never been in favour of corporal punishment in schools.

“Corporal punishment is the old way of thinking. Research and studies have shown that there is no benefit,” she said.

The mother-of-four said there were other, more effective ways of disciplining children.

All views needed before caning children is made criminal

PUTRAJAYA: The Government will get the views of all parties, including Wanita Umno and the public, regarding a proposal by the Women, Family and Community Development Ministry to make caning children a criminal act under the Child Bill 2001.


Muhyiddin speaking to reporters during the press conference
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the polemics which arose from various parties on the proposal was healthy and should be studied.

"Some say it is better to amend, some say it is not suitable. There are some who say that from the point of view of Islam, there are no objections to us caning the children, but in a suitable manner so as not to abuse and lead to bad consequences.

"There are some non-Muslims who say we should cane as that is the best way if the child is too naughty. But there should not be abuse as to cause pain or destroy them," he told reporters after chairing a special meeting on the Cameron Highlands flash floods and landslide.

Muhyiddin, who is Education Minister, said the issue was still at the proposal stage and had yet to be tabled in the Cabinet.

"The Government can accept the views before the amendments are made," he said.

The Women Ministry had proposed to include more detailed provisions on actions which could cause physical or mental injury to a child including caning under the Child Bill.

The move was in line with a proposal to abolish Section 91(1)(g) of the Child Act 2001 which currently allows the court to impose caning on a child who has been found guilty. - Bernama