February 19th, 2015

Cabaran memperkasa BM di sekolah

MENURUT Kamus Dewan, memperkasakan bermaksud menjadikan sesuatu hebat. Frasa memperkasakan bahasa Melayu bermakna menjadikan bahasa Melayu hebat. Untuk menjadikan bahasa Melayu sedemikian, keyakinan rakyat terhadap keupayaan bahasa itu memainkan peranan sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, dan bahasa perpaduan amat penting.

Pada masa sama, usaha untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul perlu dilakukan agar bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa rojak yang boleh menjejaskan kewibawaannya.

Di sekolah, guru Bahasa Melayu (BM) berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik pelajar agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Apa tidaknya, ketika guru BM berbuat demikian, terdapat sesetengah guru mata pelajaran bukan BM tidak mempedulikan langsung tentang aspek kebahasaan.

Bagi mereka, soal binaan ayat, penggunaan imbuhan, dan ejaan yang betul tidak penting asalkan perkara yang disampaikan itu difahami pelajar.

Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, memang terdapat segelintir pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam BM bagi peperiksaan bertulis, tetapi pelajar yang berkenaan amat lemah apabila berkomunikasi secara lisan. Penggunaan dialek yang berterusan, termasuk di sekolah adalah antara faktornya.

Di sekolah, memang terdapat segelintir guru yang cenderung menggunakan dialek ketika mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dan juga semasa menyampaikan ucapan dalam perhimpunan pagi di sekolah.

Kecelaruan semakin ketara apabila akhir-akhir ini terpampang pelbagai slogan atau nama program yang tertulis dalam dialek tertentu dengan pelbagai kesalahan bahasa dan ejaan. Lebih aneh lagi, perkara ini turut dilakukan oleh unit-unit tertentu dalam organisasi pendidikan.

Selain menampakkan ketidakfahaman pihak yang berkenaan terhadap konteks penggunaan bahasa rasmi, tindakan tersebut seolah-olah menggalakkan penggunaan dialek dalam kalangan pelajar. Mampukah pelajar menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya mereka berada dalam persekitaran penggunaan dialek yang berterusan?

Penggunaan bahasa rojak, sama ada oleh media cetak atau media elektronik turut mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu pelajar dan masyarakat. Kini, kebanyakan pelajar gemar sekali meniru individu tertentu yang barangkali berasa hebat apabila berbicara dengan menggunakan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris.

Penggunaan bahasa slanga oleh rakan-rakan dan amalan menggunakan bahasa SMS pula tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu pelajar di sekolah, termasuk ketika menjawab soalan peperiksaan. Perkara ini merupakan satu lagi cabaran kepada guru BM dalam usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu di institusi yang mulia itu.

Masalah kesalahan bahasa, khususnya pada papan tanda kerap diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu, terutama apabila musim Kempen Bahasa tiba. Dari segi realitinya, masalah ini bukan sahaja tidak diambil peduli oleh pihak-pihak yang berkenaan, malah kadangkala lebih banyak kesalahan ditonjolkan.



Sebagai contoh, ketika pencinta bahasa kebangsaan mempersoalkan penggunaan nama tempat, misalnya presint, waterfront, dan yang seumpamanya, pihak lain pula dengan bangganya memperkenalkan nama kereta kebangsaan Proton Preve, Perodua Myvi dan cogan kata “lagi power lagi best”. Jika demikianlah sikap kita, wajarkah kita berbicara tentang memperkasakan bahasa Melayu?

Tindakan sedemikian menampakkan bahawa bahasa Melayu tidak mempunyai nilai ekonomi. Demikianlah sikap segelintir rakyat negara kita yang mulai kehilangan jati diri tanpa disedari.

Situasi ini juga mengingatkan penulis tentang bijaknya penjajah membebaskan negara kita setelah menyedari bahawa minda rakyat negara ini sudah terjajah kukuh. Dari aspek yang lain pula, situasi ini secara tidak langsung memperkecil usaha pihak yang memperjuangkan bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, usaha untuk memperkasa bahasa Melayu perlu diteruskan. Sehubungan itu, guru BM dan pencinta bahasa kebangsaan hendaklah menangani cabaran tersebut dengan berbekalkan keyakinan bahawa kita melaksanakan tindakan yang wajar. Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok warganegara yang merosakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini.

Langkah bijak guna guru Sabah, Sarawak

SHAH ALAM - Rancangan Kementerian Pendidikan untuk menambah lebih ramai calon guru pelatih dari Sabah dan Sarawak sendiri untuk berkhidmat di dua negeri itu merupakan langkah bijak bagi memastikan pelajar di negeri berkenaan tidak ketinggalan dari sudut pendidikan.



Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, perkara berkenaan wajar dilakukan kerana guru dari negeri-negeri berkenaan lebih mengenali budaya masyarakat di sana.

"Sebahagian guru-guru dari semenanjung Malaysia tidak dapat dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana dan ada segelintir yang hanya menganggap perkhidmatan mereka di negeri-negeri tersebut hanyalah sementara.

"Keadaan ini sememangnya berlaku dan apabila mereka (guru dari semenanjung) bertukar pulang ke semenanjung, akan berlaku kekurangan tenaga pengajar di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya bercadang mengambil lebih ramai calon guru pelatih dari Sabah dan Sarawak mulai tahun ini bagi memenuhi kekosongan di sekolah di negeri berkenaan.

Katanya, calon dari dua negeri tersebut penting untuk mengisi kekosongan guru memandangkan bilangan mereka terpilih sebelum ini tidak dapat menampung keperluan di negeri itu.

Calon Sabah, Sarawak diutamakan isi kekosongan

BESUT - Rancangan untuk mengambil lebih ramai calon guru pelatih dari Sarawak dan Sabah mulai tahun ini adalah bagi memenuhi kekosongan tempat di sekolah-sekolah di negeri berkenaan.
Menteri Pendidikan Kedua,  Datuk Seri Idris Jusoh berkata, calon dari kedua-dua negeri berkenaan penting bagi pengisian kekosongan tersebut kerana bilangan mereka yang terpilih sebelum ini tidak dapat lagi menampung keperluan di negeri-negeri berkenaan buat masa ini.
“Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengambil lebih ramai calon guru pelatih dari Sarawak dan Sabah seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini diharapkan tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu kerana usaha itu ikhlas bagi membantu negeri-negeri berkenaan,” katanya kepada pemberita di Jerteh di sini malam tadi.
Menurutnya, KPM akan meletakkan sasaran bagi menentukan bilangan yang akan diambil agar ia bersesuaian dengan keperluan Sarawak dan Sabah untuk pendidikan masa depan.
Idris berkata, sebelum ini KPM menetapkan syarat calon bagi pelatih guru sekurang-kurangnya memperoleh kelulusan 7A bagi calon Semenanjung dan 5A bagi calon Sarawak dan Sabah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam perkembangan lain, Idris berkata sebuah lagi politeknik baharu bernilai lebih RM180 juta akan dibina di Bukit Keluang, Besut, tahun depan.
Katanya buat permulaan Politeknik Besut akan mula beroperasi di Alur Lintang Besut dengan menyewa beberapa buah bangunan kedai bagi membolehkan para pelajarnya memulakan sesi pengajian mulai pertengahan tahun ini.
Idris berkata setakat ini terdapat 32 politeknik di seluruh negara termasuk lima buah Politeknik Metro yang beroperasi khususnya secara online dan pendidikan jarak jauh bagi golongan pekerja industri. - Bernama

SInar Harian Rencana 16 Feb 2015

Minyak turun, kencing pun turun , Perlu turun secara menyeluruh

SHAH ALAM - Keengganan pengilang-pengilang di Malaysia menurunkan harga barang bukan bermaksud untuk mengaut keuntungan yang lebih, sebaliknya terdapat kekangan lain menyebabkan perkara itu tidak berlaku.

Naib Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia, Mohd Ghazali Abu Bakar berkata, penurunan harga minyak bukan faktor utama yang membolehkan pengilang menurunkan harga barangan.


Menurutnya, harga bahan mentah, pengangkutan dan lain-lain kos tidak diturunkan secara menyeluruh menyebabkan pengilang tidak dapat mengikut kehendak pengguna.

"Faktor-faktor seperti bahan mentah, kos pengangkutan dan penghantaran adalah antara sebab mengapa kebanyakan pengilang enggan menurut kemahuan pengguna.

"Sebagai pengilang roti, bahan utama yang kami gunakan adalah tepung. Beberapa tahun lalu, kerajaan telah memberikan subsidi tepung pelbagai guna, tetapi tepung itu bukanlah bahan utama kepada pembuatan roti. Roti dibuat menggunakan tepung khusus dan harganya tidak pernah turun. Tiada subsidi untuk tepung ini. Jadi, bagaimana pengilang mahu menurunkan harga roti? Harga tepung sekarang adalah RM69.00 untuk 25 kilogram. Ia sangat mahal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, bahan mentah seperti gandum juga perlu diimport dari luar negara untuk mendapatkan kualiti yang baik.

"Sudahlah tepung mahal, gandum juga kami import. Bukan tidak ada yang tempatan, tetapi tengok musim juga. Ada yang menjadi, cantiklah gandumnya, kalau tidak, roti pun boleh jadi tak sedap. Jadi, untuk kepuasan pelanggan, kami terpaksa import," katanya.

Mohd Ghazali berkata, kos import gandum juga sangat tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Kos untuk ini tidak pernah turun. Ada sahaja masanya mereka akan naikkan. Sebagai pengilang, apa daya kami untuk menolak. Perniagaan mesti dijalankan, jika tidak bagaimana?," katanya.

"Kalau kerajaan buat sesuatu dan membantu kami pengilang, bolehlah kami turun harga," katanya.

Jelasnya, kerajaan seharusnya mempunyai mekanisme untuk memantau harga bahan mentah dan bukannya barang sedia siap.

"Ini adalah langkah terbaik. Kerajaan harus mencari punca mengapa harga naik dan mengawal perkara ini.

"Jika mahu pengilang turunkan harga, bahan mentah, kos penghantaran dan pengangkutan perlu diturunkan terlebih dahulu," katanya.

Ditanya mengenai kesediaan untuk digempur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Ghazali berkata, perkara itu sukar untuk berlaku.

"Kita hormat pada mereka, tetapi kerajaan khususnya KPDNKK perlu memahami masalah kami. Kalau kerajaan boleh memberi jaminan akan pantau harga bahan mentah, tiada masalah pengilang menurunkan harga," katanya.

Semalam, KPDNKK menerusi menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kesediaan kementeriannya untuk menggempur kilang atau syarikat pemborong yang enggan menurunkan harga barangan keluaran mereka sebaik menerima laporan daripada pengguna atau peniaga kecil.

Hasan mengulas desakan persatuan pengguna, pemborong dan peruncit supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pembekal yang bukan sahaja enggan bekerjasama menurunkan harga barang keluaran mereka, malah makin menghimpit pengguna dengan menaikkan harga.

Desakan itu dibuat secara bersama oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pasar raya terkenal Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) dan My Hero Hypermarket, Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia dan beberapa pertubuhan lain.


Minyak turun, kencing pun turun Abd Jalil Ali SInar Harian Rencana  19 Februari 2015

HARAP-harap harga minyak turun lagi, supaya pengguna dapat menikmati penurunan harga barangan dan perkhidmatan. Setakat ini beberapa pasar raya mega telah menurunkan harga banyak barang keperluan harian, membuatkan ramai suri rumah tersenyum.

Tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) pun akan diturunkan. Seperti yang diumumkan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015, pengguna di Semenanjung akan menikmati penurunan tarif elektrik sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj).

Tambah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu, purata kadar tarif bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula diturunkan sebanyak 1.20/kWj.

Seperti yang dilaporkan media, dengan tarif baharu itu pengguna domestik dijangka menikmati pengurangan bil elektrik pada lingkungan RM13.50 hingga RM45 dalam bil bulanan.

Kalau harga minyak dunia terus jatuh, ramai mengandaikan barangan dan perkhidmatan lain pun akan ikut turun. Api sudah turun, maka pengguna berharap tarif air pun akan turun. Bagus lagi sekiranya tarif Telekom pun ikut turun.

Apakah itu juga bererti kadar bayaran Indah Water Konsortium (IWK) akan turun? Kita tunggu dan lihat. Tetapi kalau mengikut kenyataan menteri sebelum ini, syarikat pembetungan negara itu belum membuat keuntungan. Kos prasarana dan kerja-kerja yang dilakukan jauh lebih besar dari kadar yang dibayar oleh pengguna.

Lagi pun pada hemat saya, kadar bayaran perkhidmatan pembetungan di rumah kita masih rendah, hanya RM8 sebulan. Kalau kira hari, hanya 27 sen sehari. Kalau kongsi satu keluarga lima orang campur seorang pembantu rumah, setiap orang hanya perlu membayar 4 sen sehari.

Apalah RM8 sebulan untuk kerja-kerja kotor di rumah kita? Kalau diupah RM100 sebulan pun rasanya tuan atau penghuni rumah tidak sanggup melakukan kerja-kerja busuk itu. Kot-kot seminggu hilang selera makan. Maka lebih baik bayar tidak sampai RM10, boleh terus tidur lena, dan makan pun tiada gangguan perasaan.

Tetapi ada pula sesetengah orang kompelin, kadar sama yang dikenakan oleh IWK pada setiap rumah sekarang macam tidak adil. Pada kadar sekarang, tidak kira buang air 10 kali atau 100 kali sebulan, setiap rumah kena bayar RM8.

Hatta sekiranya dalam sebulan penghuni tidak kencing walaupun sekali – sebab bercuti di luar negara, atau diwadkan di hospital kerana penyakit kronik – tetap dia kena membayar pada kadar yang sama.


Sebab itu dicadangkan supaya diperkenalkan satu sistem bil yang lebih adil dan saksama. Apa yang dikenali sebagai Tarif Volumetrik mungkin lebih munasabah untuk pengguna yang lebih banyak buang air – kecil atau besar – di luar rumah, seperti di tempat kerja, di R&R sepanjang lebuh raya, atau di tandas-tandas awam.

Di bawah kaedah ini bil atau tarif tidak lagi dikenakan berasaskan jenis atau nilai harta, tetapi setiap rumah akan dikenakan caj berdasarkan penggunaan sebenar. Ertinya, lebih banyak air kumbahan @ sisa kekotoran dicurahkan ke dalam tangki septik, lebih tinggi bayaran yang dikenakan.

Melalui kaedah sekarang, pelanggan domestik mencurahkan air ke dalam tangki septik sebanyak mana pun tetapi bayar tetap. Contoh rumah murah bayar RM2 sebulan, rumah biasa dikenakan RM8 sebulan.

Sekiranya tarif baharu ini dikuatkuasakan penghuni setiap rumah akan lebih berhati-hati dan berjimat dalam penggunaan air. Mereka tahu setiap titik air yang digunakan di bilik mandi, tandas, mesin basuh, singki di dapur dan lain-lain yang disalurkan ke tangki septik, akan dicaj. Lagi banyak mereka melimpahkan air dan sisa, lagi tinggi bil akan dibayar.

Sebenarnya orang kita terlalu banyak melepaskan air kotor @ air sisa kumbahan, iaitu 65 juta liter sehari di seluruh negara, atau 1.95 bilion liter sebulan, atau 23.4 bilion liter setahun.

Bayangkan sekiranya air kotor dan kumbahan yang banyak itu tidak dirawat dengan sempurna dan dilepaskan begitu sahaja ke sungai kita, pasti kehidupan kita terdedah kepada pelbagai penyakit bawaan air. Apabila sumber air terjejas kehidupan menjadi tidak sempurna, tidak selesa.

Mujur ada syarikat pembetungan yang menangani tugas-tugas kotor dan busuk sepanjang 24 jam, tujuh hari seminggu, untuk membolehkan kita tidur lena, bernafas dengan nyaman, dan hidup sempurna. Jadi, bayarlah bil IWK.

Kokurikulum mengajar erti cinta

Falsafah daripada tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2014, ‘Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ diterjemahkan oleh mahasiswa menerusi bantuan tenaga, masa dan wang kepada mangsa-mangsa banjir. Seramai 42,000 mahasiswa telah menabur bakti di negeri-negeri yang terlibat de­ngan banjir, terutamanya Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak. Penglibatan mereka bukan sahaja didorong oleh rasa simpati mahupun empati tetapi juga atas dasar cinta kepada masyarakat dan negara. Dari mana lahirnya perasaan cinta yang mendorong mahasiswa menghulurkan bantuan secara sukarela kepada mangsa-mangsa banjir? Cinta itu lahir, antaranya hasil daripada penglibatan mereka dalam kokurikulum.

Kokurikulum, antara pengerti­an­nya ialah aktiviti pendidikan dan latihan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Antara matlamat kokurikulum ialah mengembangkan potensi diri mahasiswa secara seimbang dan berintegrasi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dalam proses mencapai matlamat tersebutlah, lahirnya perasaan cinta mahasiswa kepada insan yang memerlukan bantuan dan pertolongan.


Para peserta Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan atau SUKNES@U 2015 bergambar beramai-ramai sempena majlis perasmian sukan itu di Universiti Sains Islam (USIM) yang berlangsung tiga hari bermula semalam. Temasya sukan itu dianjurkan Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) dengan kerjasama Pusat Sukan USIM dan sokongan Kerajaan Negeri Sembilan serta Yayasan Negeri Sembilan (YNS). – BERNAMA

Proses menyemai nilai cinta ter­hadap sesama insan dalam kalang­an mahasiswa dimantapkan menerusi transformasi falsafah dan strategi pelaksanaan kokurikulum, khususnya di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Kokurikulum bukan sahaja untuk menjadi pelengkap kepada kurikulum, mengisi masa lapang, mengukuhkan perpaduan dan bersosial tetapi menjurus kepada membangunkan kemahiran insaniah mahasiswa. Kokurikulum menjadi pemangkin melahirkan graduan holistik, seimbang dan berintegrasi dari segi ilmu dan kemahiran yang dipelajari dengan nilai-nilai kemanusiaan dan kenegaraan.

Mengapa kokurikulum yang di­pilih sebagai wadah pembangunan seimbang dan holistik mahasiswa? Diperjelaskan dalam Pelan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-2015) kokurikulum sesuai untuk dijadikan platform pembangunan holistik mahasiswa kerana kokurikulum mempunyai ilmu praktikal dan ilmu falsafah yang menyokong kepada pembangunan mahasiswa secara menyeluruh.

Di universiti-universiti awam di Malaysia, secara umumnya terdapat lapan teras kokurikulum: Teras Kesukarelawanan, Teras Khid­mat Komuniti, Teras Pengucapan Awam, Teras Keusahawanan, Teras Sukan, Teras Kebudayaan, Teras Daya Usaha dan Inovasi dan Teras Kepemimpinan. Menerusi teras-teras tersebut mahasiswa digilap potensi mereka untuk menguasai kemahiran memimpin, beretika dan bermoral, menyelesaikan masalah, bekerja dalam kumpulan, berkomunikasi dan pembelajaran sepanjang hayat. Dalam konteks inilah, lahir­nya cinta kepada masyarakat dan negara di sanubari mahasiswa.

Bagi merealisasikan pembangun­an seimbang antara pengetahuan, kemahiran dan nilai cinta dalam kalangan mahasiswa, mereka diwajibkan untuk melaksanakan University Community Engagement (UCE). Terdapat dua strategi dalam melaksanakan UCE oleh pusat kokurikulum IPTA. Pertama melaksanakan projek khidmat masyarakat dan transformasi pengetahuan oleh Teras Khidmat Komuniti. Kedua pula melaksanakan projek UCE merentas teras kokurikulum. Contoh­nya walaupun teras yang diikuti mahasiswa ialah Teras Sukan, mereka juga dipimpin untuk me­laksanakan aktiviti kemasyarakatan dan transformasi pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat.

Menerusi UCE, mahasiswa di­bimbing untuk merancang dan mengenal pasti sumber dalam menentukan kejayaan projek-projek yang dilaksanakan. Mahasiswa ber­hadapan dengan masalah sebenar yang menguji potensi intelek mereka. Mahasiswa perlu mengaplikasikan teori kepada praktikal, menganalisis, menilai dan membuat keputusan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Mahasiswa digalakkan untuk mencari dana untuk melaksanakan UCE. Mereka digalakkan untuk menemui individu dan organisasi tertentu seperti tokoh korporat dan syarikat-syarikat perniagaan untuk memohon sumbangan dan penajaan. Pengalaman yang dilalui mengajar mahasiswa untuk turut menghulurkan bantuan dan derma kepada mereka yang memerlukan.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila Malaysia dilanda banjir, ramai mahasiswa yang bukan sahaja memberi bantuan tenaga tetapi turut berkongsi emosi simpati dan empati dengan menghulurkan derma dari segi harta dan wang ringgit kepada mangsa-mangsa banjir.

Seterusnya apabila mendapat wang atau barangan penajaan, mahasiswa diingatkan membelanjakannya dengan penuh berhemat dan amanah serta tidak membazir. Dalam hal ini, pembangunan rohani mahasiswa dipupuk untuk menjadi insan yang berintegriti, saksama dan bertanggungjawab.

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS), Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Pengakap telah mendedahkan mahasiswa dengan latihan bercorak fizikal, semangat kerja berpasukan dan mencintai negara. Mahasiswa berpanas dan berhujan ketika berkawad. Latihan fizikal yang berterusan membolehkan mahasiswa mencintai kerja-kerja yang melibatkan tulang empat kerat.

Menerusi latihan kawad, mereka juga menyedari peri pentingnya bekerja secara berpasukan manakala ceramah-ceramah kemasyara­ka­t­­an dan kenegaraan telah mening­katkan rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara.

Apabila mahasiswa berada da­lam lingkungan masyarakat menerusi program UCE, mahasiswa berlatih untuk berbual de­ngan mereka yang berlainan usia, berbincang dengan berhemah, bergurau dengan kesopanan dan mempamerkan peribadi mulia. Ele­men sosial dalam diri mahasiswa dapat dikembangkan.

Di samping itu, perasaan cinta kepada permasalahan masyarakat turut dapat dirasai. Perasaan cinta itulah yang membawa mahasiswa mencurahkan bakti menolong mangsa-mangsa banjir tanpa me­ngira sempadan geografi, agama, bahasa, bangsa dan negara.

Selari dengan tujuan kokurikulum iaitu menjadi pelengkap kepada kurikulum, pengalaman mereka membantu mangsa banjir dapat melengkapkan lagi ilmu mereka dalam bidang pengajian yang mereka ikuti.

Dalam erti kata lain, bantuan yang mereka hulur kepada mang­sa banjir juga merupakan aktiviti kokurikulum yang dapat meningkatkan kecintaan mereka terhadap disiplin ilmu yang dipelajari.

Penyertaan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum telah merubah identiti mahasiswa masa kini daripada mahasiswa elit kepada mahasiswa massa, daripada mahasiswa milik universiti kepada mahasiswa milik masyarakat dan daripada mahasiswa yang menyendiri kepada mahasiswa yang ikut serta. Pas­tinya rasa cinta kepada masyarakat dan negara yang dipupuk menerusi kokurikulum akan melahirkan modal insan seimbang, holistik dan mempunyai Prof Madya Dr Ahmad Esa  Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tahun Baharu Cina 
Di China, Malaysia , lebih ramai yang tidak mahu gaduh-gaduh

SEMASA Tahun Baharu Cina lazimnya makanan adalah bahagian penting pesta ke­ramaian tradisi ini dalam kalangan masyarakat Cina di seluruh dunia.

Bagi orang Cina di Malaysia, Yu Sang atau Yee Sang, salad ikan mentah cara Teochew yang berasal dari Selatan China adalah salah satu makanan popular yang biasa dihidangkan.




TANGLUNG merah digantung di sepanjang jalan di Wang Fujing, Beijing, China, yang menjadi tumpuan pelancong sempena sambutan Tahun Baharu Cina. – BERNAMA

Makanan ini yang terdiri daripada hirisan sayur-sayuran pelbagai warna serta ikan mentah biasanya dihidangkan sebagai pembuka selera sebelum makan tengah hari atau makan malam.

Ketika menggaul Yee Sang ini, masing-masing akan berkata de­ngan suara kuat apa yang mereka ­inginkan pada tahun baru agar semua dapat mendengar ucapan mereka dan tercapailah impian masing-masing. Namun, makanan ini hanya dikenali di Malaysia dan Singapura.

HIDANGAN UTARA CHINA

Le Gao, berusia 26 tahun dari bandar Dalian, utara China tidak tahu langsung tentang Yee Sang apabila penulis bertanya mengenainya.

“Dengar macam menarik tapi baru kali ini saya dengar,” katanya kepada Bernama.

Menurut Le, di Dalian, makanan yang mesti ada untuk sambutan Tahun Baharu Cina terutama sekali pada petangnya termasuk dumpling atau ladu, ladu pulut, salad kurma, kuih pulut dan ikan.

“Kami juga ada meletakkan duit syiling yang bersih, biasanya 50 sen emas di dalam beberapa ladu (jiaozi dalam bahasa Cina),” katanya, sambil menambah duit syiling adalah tanda nasib baik untuk menikmati tahun yang baik juga.

Di samping ladu, makanan yang dihidangkan pada petang Tahun Baharu Cina semuanya membawa makna yang simbolik. Contohnya, kuih pulut simbol menjadi lebih meningkat atau lebih kaya setiap tahun; ikan bermakna mempunyai lebih banyak wang, salad simbol harta yang bertambah sementara ladu pulut memperoleh banyak wang setiap tahun.

Le memberitahu, semua ahli keluarganya akan berkumpul di rumah untuk makan ladu dari waktu makan tengah hari hingga tengah malam sambil bermain kad dan bersama-sama menonton program televisyen.

TRADISI DI BAHAGIAN TENGAH CHINA

Di Malaysia, satu daripada pantang larang Tahun Baharu Cina ialah menyapu rumah pada hari pertama. Hal ini kerana orang Cina bimbang akan menyapu untung baik.

Bagaimanapun, masyarakat Cina di wilayah Hubei, bahagian tengah China tidak mengamalkan pantang larang ini.

“Sudah tentu kami menyapu rumah pada hari pertama Tahun Baharu Cina. Mestilah sapu, ramai yang akan datang ke rumah, lantai mudah kotor,” kata Yang Jing yang berusia 32 tahun.

Sehingga 50 orang saudara-mara Yang akan berkunjung ke rumahnya pada perayaan Tahun Baru Cina.

“Pada petang Tahun Baharu Cina, biasanya kami makan ikan, spring roll dan teratai. Sudah tentunya wain juga dihidangkan,” katanya sambil menambah sejak tahun-tahun kebelakangan ini, wain ala-Barat disajikan berbanding wain tradisi.

“Hari ini semuanya ala-Barat. Malahan tidak ada lagi makan besar di rumah. Sebaliknya kami makan di restoran pada petang Tahun Baharu Cina sehingga hari ketiga atau keempat,” katanya.

Bagaimanapun, masyarakat di Hubei masih mengamalkan tradisi seperti membakar mercun, menghias rumah dengan tanglung merah, main mahjung dan berkunjung ke tokong.

MEMBERI ANGPAU

Mendapat angpau atau wang dalam sampul merah antara yang paling dinanti-nantikan pada perayaan Tahun Baharu Cina. Bagi kanak-kanak Cina, angpau ini seolah-olah idaman mendapat hadiah Krismas.

Bagi masyarakat Cina di Malaysia, angpau biasanya diberi oleh pasangan yang sudah berkahwin kepada rakan yang masih bujang dan ahli keluarga mereka. Pemberian angpau ini sebagai simbol mendapat rahmat sementara ibu bapa pula akan memberi angpau kepada anak mereka yang belum berkahwin.

Bagaimanapun, lain pula halnya di Beijing, ibu negara China. Di sini, orang dewasa yang sudah bekerja, sama ada yang berkahwin atau bujang, perlu memberi angpau kepada generasi muda dalam keluarga mereka yang belum ada pendapatan.

“Ibu bapa kami tidak akan memberi kami angpau selepas kami mula bekerja. Sebaliknya kami akan memberi mereka angpau sebagai tanda sayang dan untuk mendapat restu mereka,” kata Zhang Zhe.

Menurut Zhang, seperti masyarakat Cina di wilayah lain, masyarakat di Beijing akan menikmati makanan seperti ladu, kuih pulut dan ikan ketika menyambut Tahun Baharu Cina.

“Biasanya, masyarakat tempatan akan berkunjung ke tokong pada hari besar itu,” tambah Zhang.

Pesta tokong adalah satu daripada kegiatan tahunan yang popular di China semasa perayaan Tahun Baharu Cina.

Banyak pesta diadakan membabitkan beratus-ratus gerai menjual pelbagai jenis kudapan, makanan, kraftangan serta barangan antik. - Niam Seet Wei ialah Koresponden Bernama di Beijing, China.

Lebih ramai yang tidak mahu gaduh-gaduh

SEORANG rakan Facebook (FB) saya, Zee Kin Tai menulis dalam laman sosialnya itu memberitahu, sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut esok, jirannya yang dipanggil Mak Ngah telah memasak kek Brownie untuknya sekeluarga.

Katanya, Mak Ngah dan suaminya yang dipanggil Tok Haji mempunyai ikatan yang sangat baik dengan keluarganya. Ketika dia kecil lagi setiap pagi selepas solat Subuh, Mak Ngah akan memasakkannya nasi lemak sebagai bekal untuknya ke sekolah.

Tambah Kin Tai, banyak ‘pengalaman pertamanya’ dengan jiran itu - Rumah pertama Melayu/Muslim yang dia kunjungi, perbualan pertama Melayu/Muslim yang diikuti dan rumah pertama sempena Hari Raya yang dia pergi.

Sehingga hari ini, katanya, Mak Ngah tetap dengan sikap pemurahnya, iaitu sentiasa memberi keluarganya kuih muih yang sedap-sedap. ‘Good neighbours are better than distance relatives’, itu pepatah Cina sebagai menggambarkan hubungan baiknya dengan jiran Melayunya itu, tambahnya.

Gambar Kin Tai, bersama Mak Ngah dan kek Brownie itu dimuat naik dalam akaun FB miliknya. Ramai yang memberi komen. Membaca komen-komen tersebut, semuanya terasa begitu muhibah!

Membaca status sebegini dalam laman sosial, membuatkan hati saya rasa sejuk. Pada saya ini adalah jauh lebih baik daripada berbalah pasal isu-isu yang membabitkan fahaman politik yang membuatkan kita rasa semak kepala.

Kita biasa lihat, apabila sesuatu status mengenai politik dimuat naik, ramailah pakar penganalisis politik yang tidak bertauliah memberi komen-komen yang tidak matang. Yang menyebabkan pergaduhan sesama mereka.

Ada yang bukan saja memenangkan mana-mana pemimpin politik, tetapi menyentuh juga tentang sensitiviti kaum dan agama dengan mencaci cerca sesiapa saja yang tidak bersetuju dengannya. Maka hilang semua budi bahasa walaupun mereka ini kebanyakannya berpelajaran dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat.

Hakikatnya, walaupun banyak pihak yang cuba bermain dengan isu perkauman tetapi pada saya lagi ramai dalam kalangan rakyat di negara ini seperti Zee Kin Tai. Yang mahu hidup selesa dengan semua kaum di negara bertuah ini. Tidak mahu gaduh-gaduh.

Ini sebenarnya boleh sahaja dinikmati dengan mudah, iaitu hanya dengan mempunyai sikap hormat-menghormati semua orang. Tidak perlu bayar apa-apa pun. Kita lihat saja, anak-anak kita. Mereka tidak kenal apa itu erti rasis. Di sekolah mereka gembira belajar dan bermain bersama dan suasana itu tidak sepatutnya diracuni oleh orang dewasa yang sepatutnya bertindak lebih matang dan bijaksana daripada kanak-kanak.

Saya yakin semua kita mempunyai kawan daripada bangsa lain. Saya sendiri mempunyai kawan baik berbangsa Cina. Boleh kata hari-hari kami berhubung jika tidak sempat menelefon, kami akan berbual dalam aplikasi WhatsApp atau pun WeChat. Dalam pada itu, kawan semasa saya sekolah dulu Esther Chia, masih lagi menghubungi saya sehingga kini. Kami berkongsi hobi yang sama. Membela kucing. Macam-macam maklumat kami kongsi mengenai penjagaan kucing.

Hakikatnya pun di mana saja kita lihat, rakyat di negara ini tiada masalah hidup bersama. Yang bermasalah ialah segelintir pemimpin parti politik tertentu yang gemar memainkan isu kaum dan agama sebagai modal politik mereka sedangkan banyak isu lain membabitkan kepentingan rakyat yang dibiarkan.

Sempena Tahun Baru Cina ini saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada rakan saya, Foo Mei Ling, Esther, Datuk Ti Lian Ker, Au Yong Heow, Yang Chin Mee, Chong Choon Hau dan semua pembaca Utusan Malaysia berbangsa Cina. - Fauziah Arof Utusan Malaysia Rencana 18 Februari 2015 12:58 AM

Pendekatan Baru Urus Hubungan Kaum

SEJAK berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, pelbagai usaha dilaksanakan oleh kepimpinan negara untuk mening­katkan perpaduan dan hubungan antara kaum di negara ini.

Di ruang ekonomi, dilaksanakan Dasar Ekonomi (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Di ruang sosial dilaksanakan Rukun Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan banyak lagi. Di ruang politik pula diamalkan perkongsian kuasa oleh Barisan Nasional (BN).

Di ruang pendidikan, dianjurkan program RIMUP dan Sekolah Wawasan. Tentulah ada usaha yang berjaya, ada yang gagal dan ada yang masih dipersoalkan kejayaannya. Apa pun, atas semua usaha ini sejak merdeka ikatan hubungan kaum sentiasa dalam keadaan stabil disulami beberapa ketegangan.

Sejak perang dunia kedua, perhatian pemerintah terhadap mengurus hubungan antara kaum diperhebatkan. Bermulanya Akta Hasutan 1948 adalah titik tolak langkah pa­ling awal dalam menguruskan isu ini.

Profesor Ulung, Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin, Pengarah Pe­ngasas Institut Kajian Etnik UKM di dalam kertas kerjanya bertajuk, Interpreting Malaysia as A Form of Knowledge menegaskan wujud tiga pendekatan dalam menguruskan hubungan kaum di negara ini.


Cikgu Yasmin bersama pelajar-pelajarnya dalam kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, disini, hari ini. – UTUSAN/Hafiz Johari

Pertamanya, Pendekatan Kon­flik yang merujuk kita seringkali diperingatkan jika tidak berhati-hati dalam soal hubungan kaum, akan pasti berlaku lagi konflik etnik se­perti 13 Mei 1969 dan juga peristiwa Kampung Medan pada 4 Mac 2001.

Pendekatan konflik ini dipenuhi dengan peringatan yang disampaikan di rumah, sekolah, media dan ucapan para pemimpin masyarakat. Pendekatan ini menjadi satu cara untuk rakyat kembali tenang apabila berlaku ketegangan dalam isu-isu sensitif yang melibatkan pertikaian antara kaum.

Keduanya, Pendekatan Krisis yang merujuk kepada peringatan yang selalu dizahirkan walaupun rakyat dalam keadaan aman, tenang dan stabil. Rakyat diperi­ngatkan peri pentingnya hubungan kaum dan cuba mengelak krisis. Diperingatkan juga bahawa kea­daan hubungan kaum yang tegang sepanjang masa tidak baik untuk pembangunan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Pendekatan ini digunakan sebagai nasihat dan terbukti mampu meredakan ketegangan atau rasa tidak puas hati antara kaum di negara ini.

Ketiga adalah Pendekatan Ke­sepaduan. Pendekatan ini dirujuk sebagai meraikan kepelbagaian dan sentiasa mengingatkan kita bahawa sepanjang lebih 58 tahun merdeka, kita sebenarnya lebih banyak mengecapi keharmonian dan keamanan. Kita harus melihat betapa berjayanya kita menguruskan hubungan kaum berbanding negara lain yang mempunyai latar sejarah dan kepelbagaian budaya yang hampir sama dengan kita.

Sri Lanka misalnya berada dalam konflik perkauman lebih 20 tahun dan sehingga kini masih dilanda insiden hubungan kaum sejak merdeka pada 1948. Pendekatan kesepa­duan mengajak kita sebagai sebuah masyarakat majmuk melihat tanda-tanda positif yang berjaya kita capai dalam menguruskan perkauman di negara ini.

Ternyata tiga pendekatan ini banyak membantu kita memahami dan kemudiannya menguruskan hubungan kaum di negara ini. Persoalannya, jika kita sudah ada tiga pendekatan ini, yang dalam kea­daan tertentu sentiasa digabung jalin pelaksanaannya, mengapakah sehingga kini gelodak perkauman masih ‘panas’ dan seperti tidak berkesudahan? Walaupun sudah ada pendekatan berkaitan me­ngurus hubungan kaum, rakyat se­perti tidak mampu menguruskan pe­rasaan dan ada ketikanya seperti mula melabelkan kaum lain mahu cuba memusnahkan kepentingan budaya, bahasa, agama dan identiti mereka?

Penulis berpendapat ada yang masih tidak berkesan dengan cara kita mengurus hubungan kaum di negara ini mutakhir ini. Betul dulunya mungkin berkesan dan berhasil tetapi apabila masyarakat, perseki­taran budaya dan teknologi berubah, secara langsung banyaklah perkara lain juga kena ikut berubah selari dengan masa dan keadaan.

Jika dulu di zaman penjajahan British, kuasa penjajah percaya cara yang paling baik untuk uruskan hubungan kaum di negara ini ialah dengan memisahkan setiap kaum mengikut tempat tinggal, sekolah, jenis pekerjaan dan juga aspirasi bernegara. Maka berlakulah pemisahan secara fizikal antara Melayu, Cina, India dan kaum lain yang bermastautin di negara ini.

Bagi mengukuhkan pemisahan fizikal ini, setiap kaum diberi amaran agar tidak melukakan hati kaum lain. Pada 1948, Akta Hasutan diperkenalkan selari dengan usaha memerangi ancaman komunis ketika itu bagi memastikan ketenteraman awam dijamin. Akta itu kemudiannya dikemaskan pada 1969 dan terus dikuatkuasakan sehingga ke hari ini.

Jika dulu dalam persekitaran ruang fizikal yang jelas terpisah antara kaum akta ini berjaya dikuatkuasakan, apakah dalam ruang sosial yang sudah berbaur sekarang, akta itu masih berkesan?

Hari ini, masyarakat semakin berkembang dan giat berubah. Jika dulu penjajah melakukan pemisahan kaum secara fizikal, hari ini pemisahan itu semakin tidak jelas. Taman-taman perumahan sudah dihuni oleh pelbagai kaum. Ruang pekerjaan juga begitu. Ruang pendidikan jika pun tidak di sekolah rendah, peringkat menengah dan tinggi sudah mula bercampur sebagai sebuah masyarakat majmuk.

Oleh itu, pendekatan konflik, krisis mahupun kesepaduan dalam mengurus hubungan etnik harus diisi dengan teliti dan lebih dinamik. Kita tidak lagi boleh ‘menyem­bunyikan’ apa-apa. Perkembangan ilmu pengetahuan,kemajuan pendidikan, kepesatan Internet dan teknologi maklumat menyebabkan kita tidak lagi boleh mengurus hubungan kaum seperti penjajah mengurus hubungan kaum satu ketika dulu.

Hari ini, rakyat dan kerajaan harus lebih terbuka dan bersedia menerima pemikiran baharu me­nguruskan hubungan kaum. Sebagai contoh, jika dulu isu sensitif tidak boleh diperbincangkan apatah lagi diperdebatkan, hari ini sudah perlu untuk hal-hal sebegini dianjurkan untuk melalui proses keterbukaan. Tetapi dengan syarat, rak­yat terlebih dahulu diberikan didikan dengan kemahiran maklumat, faham makna meraikan kepelbagaian pandangan dan keupayaan berfikir yang baik.

Pengurusan emosi menjadi semakin penting dan kritikal. Rakyat perlu ada keupayaan untuk membezakan kepelbagaian pandangan sebagai satu proses keterbukaan dan bukannya satu produk akhir.

Generasi muda yang sudah terdedah dengan pelbagai maklumat dan informasi mesti juga ada kemahiran menguruskan maklumat tersebut. Bukan semua maklumat di Internet benar dan tidak juga semuanya salah. Rakyat perlukan kemahiran mengurus kebanjiran maklumat ini dengan bijak.

Oleh itu, proses meraikan kepelbagaian pandangan dan perspektif harus dimulakan. Kerajaan harus berani membenarkan rakyat berdiskusi secara terbuka dan pada masa sama bersedia memberikan pendidikan bagaimana untuk rakyat khususnya generasi muda dapat menguasai kemahiran bagi menguruskan keterbukaan baharu ini.

Anak-anak muda harus dilatih untuk membicarakan isu-isu yang sensitif secara berpedoman, me­raikan kepelbagaian, menghormati pandangan pihak lain, tidak me­nyalahkan mana-mana pihak sebaliknya berupaya mencadangkan agenda baru demi kebaikan, tidak menerima bulat-bulat pemikiran orang lain sebaliknya sentiasa mahu berfikir dan bertanya untuk mendapat jawapan yang lebih meyakinkan.

Misalnya kita tidak mampu lagi membiarkan anak muda Malaysia bukan Melayu tertanya-tanya tentang hak bumiputera. Kita juga sudah tidak mampu untuk terus membiarkan anak Melayu Malaysia tertanya-tanya mengapa sebilangan bukan Islam sentiasa cuba menimbulkan hal-hal berkaitan Islam jika kita tidak membenarkan mereka berjumpa, berdialog dan berbincang secara bersemuka dengan rakan-rakan bukan Islam.

Jika kita tidak terbuka, mereka tetap juga akan mula mencari jawapan yang mereka inginkan. Dan jika tidak diberikan kemahiran menguruskan kebanjiran maklumat ini, pasti akan ada pihak berkepentingan cuba memberikan perspektif yang salah kepada anak-anak muda ini.

Maka keterbukaan menjadi lebih kritikal sekarang berbanding dahulu dalam mengurus hubungan kaum di negara ini. Keterbukaan adalah intipati kepada pengurusan hubu­ngan kaum masa kini. Tanpa keterbukaan, mustahil kesepaduan dan keharmonian dapat kita capai.

Apa yang jelas, kita tidak mampu lagi menguruskan hal-hal berkaitan hubungan kaum dengan melarang rakyat menyentuh isu-isu sensitif. Memang menjadi fitrah manusia pasti akan sentiasa mencari jawapan, termasuk kepada perkara yang dilarang. Jadi adalah lebih baik ke­teraturan dalam mendidik rakyat membincangkan isu-isu sensitif secara terbuka dan berhemah dianjurkan.

Forum, debat, pidato, rencana dan sebagainya harus dibenarkan asalkan rakyat diberi kemahiran untuk meraikan kepelbagaian panda­ngan. Itu lebih baik daripada membiarkan mereka membincangkan isu-isu sensitif secara tidak teratur, tidak bertanggungjawab dan tidak amanah. Anuar Ahmad ialah Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

You can’t be ‘partly’ free

Contrary to recent ratings, freedom may not be absolute in reality but the aspiration of freedom is.

IN the Freedom House report entitled “Freedom in the World 2015”, Malaysia was classified as “partly free”.

Now I am certain that if this report is noticed by the powers that be (highly unlikely), then the usual claptrap will come pouring forth like “the researchers are biased”, “this is a foreign plot to destabilise us” and for good measure, “the Freedom House is sponsored by Israel”.

I read the report and it says absolutely nothing that we don’t already know. Although I imagine if you have zero knowledge about this country, then it might be a useful taster on the realities of political and civil liberties in Malaysia.

I just wonder how useful these kinds of reports are to us here on the ground. Freedom House has been active in international human rights for 40 years and they describe themselves as an advocate group.

I like advocate groups, but I think their usefulness is more applicable to the national or local level.

Let’s be frank, the only international bodies that can influence a country are other governments. This can take the form of United Nations-authorised activities like sanctions or individual pressure.

However, individual pressure only works if the one that is asserting the pressure is far more powerful than the one being pressured.

Freedom House is an American organisation and seeing as how its president is golfing buddies with our Prime Minister and it wants us to be on board with it for its free trade agreement, I seriously doubt that Freedom House is capable of influencing its government.

Any pressure from the US government would be little more than lip service.

This is no big deal – realpolitik is the way of the world. Besides, I have always felt that for sustainable change to happen, it must come from within and not externally.

It’s nice to get international support, but it would be foolish to place too much hope on it.

Anyway, what I really want to know is how can we be “partly” free? Is freedom something that can be subdivided? I mean, you can’t be “partly” pregnant or “partly” bald. You either are or you are not.

I suppose freedom is conceptual and therefore you can classify a nation as “partly” free. The thing is that all nations are only “partly” free. This is because there is no such thing as absolute freedom.

Hey, can you feel that? I think the ground is shaking because the Inspector-General of Police is doing a jig. “Freedom is not absolute” is exactly the kind of thing that he and his ilk like to say and here I am endorsing their view.

But hold your horses, big boy. Freedom may not be absolute in reality, but the aspiration of freedom is. No one can be absolutely free, but if the aspiration of freedom is not there, then any limitations on it will be excessive.

And that is what happens here. We have men and women in power who appear to have no appreciation of the aspiration of freedom at all.

They seem to treat freedom as a hindrance to them. What should occur instead, from my not-so-humble point of view, is that freedom ought to be the ideal and therefore any limitation on it would have to be very carefully considered to ensure that the ideal is disturbed as little as possible.

This does not appear to occur in our country, either in the making of law or the implementation of law. That is why we are “partly” free.

Be that as it may, I hope that you will have “absolute fun” this holiday season. Happy Chinese New Year, everyone!

Azmi Sharom (azmi.sharom@gmail.com) is a law teacher. The views expressed here are entirely the writer’s own. The STAR Home News Opinion 18 Feb 2015

One boat, one direction in peace and harmony

THE Horse gallops off at midnight for the Goat to make its grand entrance. We must be the only country in the world where so many different calendar years are celebrated. And we should rejoice in that.

Today, most of those who celebrate Chinese New Year will take part in the traditional reunion dinner, a time of reflection and thanksgiving as family members return to their hometowns.

It is interesting to note that many of the traditions of the various races passed down by their ancestors have been transformed into unique Malaysian practices that are also subsequently shared by others.

Firecrackers and fireworks are no longer the monopoly of the Chinese community, and even the ang pow shows up, in different colours, at the festivals of the other communities.

Today is also Ash Wednesday, which marks the beginning of the season of Lent. For those of the Christian faith, this 40-day season leading to Easter Sunday is a time of penance, reflection and fasting.

Most Malaysians tend to focus on the major festivals as a time of celebration. Some may even forget the original rituals behind a particular festival.

It is just as important to understand their significance because there have been occasions when confusion arise because certain celebrations are themed religious when they are simply cultural or commercial.

But we should all rejoice in the open house, a truly Malaysian tradition which allows all of us to celebrate with one another whatever our faith, our ethnicity, and even our political beliefs.

When we come together, we are reminded, once again, that Malaysia’s most priceless asset is our “peace and harmony”.

It is an asset that we must guard with great care because careless words and actions can jeopardise harmony and good relations among the races.

As Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said in his Chinese New Year message, the diversity that makes our country extraordinary is woven by the various ethnicities, languages and faiths.

“It is this diversity that we celebrate, cherish and protect,” he said.

But we have seen in recent times how an insensitive remark here and there, or the tarring of a whole community with the same brush, can lead to unnecessary tension.

Former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi put it so clearly in the interview with Sunday Star (Feb 15), when he stressed the need for moderation:

“We must always think about how to get the people together, because we are all in this ship, and we must make sure our ship does not sink.

“We cannot think, for example, that only the Malays have a place here and others do not, so goodbye to them. No such thing. We all are in this together.”

Pak Lah referred to Mahatma Gandhi, about how “honest disagreement is often a good sign of progress”.

The key here is that we must be honest and fair in our arguments. We can disagree without being disagreeable. And most important of all, we should not play the racial or religious card to gain the upper hand.

Festive occasions such as Chinese New Year provide opportunities for us to discard our differences and focus on the fact that we are all in the same boat. And we should all row in the same direction, through good or bad weather, or risk the boat sinking. The STAR Home News Opinion the STAR says 18 Feb 2015

That speech from the dock

Datuk Seri Anwar Ibrahim’s well-chosen words aimed to show that he is a victim of continuous oppression but also a fighter extraordinaire.

THE decision on Datuk Seri Anwar Ibrahim’s case has drawn worldwide publicity and even condemnation in some countries. In Malaysia, it would have drawn wider coverage and publicity, if not for the demise of a personality more towering than Anwar, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

What many people did not comment on is the flowery and well-rehearsed statement from Anwar about the judges who convicted him. Did he know in advance that he was going to be convicted? Was his tirade against the judges on the spur of the moment, fuelled by pain and fear of many more years of confinement, or was it prepared in advance by a good speechwriter who was preparing for posterity?

He attacked the judges in a flurry of well-chosen words. He described the judges as cowards bowing to the dictates of political masters

.He questioned why they had to take the “dark side” and drown their morals and scruples in a sea of subterfuge and falsehood. He asked why they did not take the opportunity to redeem the judiciary, to right the wrongs of the past and put the judiciary on a clean slate. He lamented the lost opportunity by the Chief Justice and his brother judges to carve their names in posterity as defenders of justice.

The speech, although short, was crafted to sound like those historic speeches by Nelson Mandela, Mahatma Gandhi or Socrates.

Anwar sees himself on the same level as those historic figures, a victim of continuous oppression but also a fighter extraordinaire. He needed to assure the public that he would not give in, hence borrowing Winston Churchill’s immortal words, “I will not surrender”, in the dock.

Here, I think, Anwar has gone too far. It’s one thing to disagree with the findings of the judges, or to criticise their sloppy reasoning, but to accuse them of being complicit and active players in the political scheme to imprison him is without basis and deserves condemnation.

If Anwar and the defence team had ample proof that these judges were in cahoots with the political leaders to oust and imprison him, then they should have applied to remove the Judges earlier. These judges could not possibly become traitors to the cause of justice in an instant, because of their decision against Anwar alone.

Our judges are decent and honest characters; and our Chief Justice Tun Arifin Zakaria is a man of the highest integrity and honour. I believe all the five judges decided to convict because they honestly believed the evidence warranted such a decision.

We can find fault with their finding, but that does not mean they were colluding with the powers-that-be.

The public needs to remember these judges were not responsible for deciding to frame charges against a 67-year-old man for consensual sex with another man. They had no say in determining if it was in the public interest to do so. They just had to decide based on what was presented to them.

Was there some kind of soft pressure put to bear on them to decide in a certain way? Perhaps so, and I would not rule out the possibility that such pressure existed, but I believe the judges were not influenced in any way by those political pressure if any.

I even heard suggestions that large sums of money were paid to persuade them to decide in a certain way.

If the accusers have some evidence to support such allegations, then at least I can understand Anwar’s attack on the judges, but in their absence the attack was simply because the decision was not to his liking.

It’s true that our judiciary has suffered to some extent from judges lacking in expertise in some areas of the law. Their grasp of the law, especially in complex financial and business transactions, is sometimes wanting.

It’s also true that as humans they have their preferences and prejudices, stemming from their education and the environment they come from (as we all do). Many of them were from the civil service and naturally there is this tendency to view the thinking of the Government more favourably.

They tend to allow greater latitude for Government discretion and to be more sympathetic towards Government decisions and actions. That, however, does not mean that they disobey the law or concoct false principles to justify their actions.

That’s why, when framing the Judicial Appointments Commission law in 2008, I wanted more judges to be appointed from the private practice, as in other Commonwealth countries, but I was not successful.

Those from private practice tend to experience law in its raw form and are therefore able to apply the principles to the cases more correctly. They tend to be more in tune with the practicalities of the law. They will make better judges from these experiences. However, there are good people from the civil service as well and all we need is the right mix to improve the judiciary.

The danger of making incessant and unjustified attacks on the judiciary, as well as on other institutions of Government, is the backlash the opposition will get from the civil servants. The more outlandish the accusations against them, the more severe the repercussions.

They might be ultimately willing to become agents and servants of the politicians. If now, say only 10% of them are “agents and complicit partners furthering the agendas of the politicians”, reckless attacks on them will just bring more and more to the side of the ruling Government.

Even those who are proud to be professional servants of the country and distance themselves from the politicians will not be encouraged to remain neutral after this. The opposition must learn to respect the civil servants, even if they continue to expose the wrongdoings of some of them.

In any event, there have been many times when unpopular causes and cases involving the opposition have been decided by the courts in their favour. In fact, the record of success by the Attorney-General’s Chambers or the Government has not been impressive at all.

It would be unfortunate to paint the judiciary in one broad brush just because the decision on Anwar did not meet with our expectations. He won on several occasions himself and if the judges were all “tools of the government”, there would not have been an acquittal at all.

Let’s work towards a better government and judiciary by making constructive and justifiable criticism for the public good. The country will not be able to achieve good governance if we alienate good civil servants and destroy the trust of the people in public institutions just because we are politically motivated.

Datuk Zaid Ibrahim wishes Chinese readers Gong Xi Fa Cai. He can be reached a carbofree@gmail.com. The views expressed here are entirely his own. The STAR Home News Opinion All Kinds of Eveything 19 Feb 2015

Taksub, mitos dan nilai ikhlas

Alam dan ciptaan ini memang indah pada permukaannya. Kita melihat bukit yang hijau, katanya mampu memberi tenang jiwa dan mendamaikan perasaan. Siang kita disinari cahaya mentari, malam pula berteman bulan. Segalanya indah yang nampak di mata, maka bermainlah perasaan.

Persona alam memang begitu, kita mudah terpesona. Cuba kita daki bukit yang kita kata indah dan mendamaikan itu. Kenyataannya semua hanyalah panorama yang sekadar memukau mata pandang kita. Kita mungkin akan tersesat dan bergelut dengan berbagai masalah dan kesukaran apabila kita berada di bukit yang kita kata indah itu.

Nyatalah sebuah lukisan itu hanya indah ditatap dalam jarak yang tertentu sahaja. Jika kita menghadap jarak 2 kaki, yang kita tatap hanyalah campuran warna yang digaulkan untuk membentuk nilai kesempurnaan dan keindahan.

Kita menatap awan, memang mengasyikkan dengan alunan dan belaian, pun bila kita sampai ke sana ia hanya sekadar wap yang berkepul. Selepas awan, kita mencari langit. Di mana langit? Adakah ia seperti awan juga? Atau untuk memupuk nilai percaya ke dalam diri kita langit itu tidak ada tetapi ada?

Begitulah juga apabila saya menatap watak dan lakonan manusia di dunia ini. Perlakuan menjadi acuan sehingga kita sebati dengan imej kita atas kepercayaan siapa dan di mana kita berada.

Sedang cerita sebenarnya adalah tentang roh, yang semua kita memilikinya, walau siapa pun kita. Roh adalah rahsia alam dan kejadian yang paling misteri dan tidak akan terungkap tabir rahsianya. Yang akan menghadap pencipta adalah roh seperti yang termaktub dalam firmannya sejak azali lagi.

Jadi untuk menilai baik dan buruk seseorang itu, kita tidak tahu sebenarnya, sebab itu termasuk dalam bab ‘sirr’ yakni rahsiaNya.

Cerita dunia ini penuh dengan nafsu dan kehendak, kita memuja juga atas dasar nafsu yang mudah menghukum dan menilai mengikut hukum logik perasaan.

Nilai paling tinggi dalam hidup insan adalah tahap ikhlasnya dalam mengenal dan menggauli makna hidup dan kepercayaan.

Ia mungkin dalam bentuk yang konvensional mahu pun non konvensional. Bagi saya yang konvensional itu penzahiran dalam membentuk nilai-nilai baik untuk kita melihat dan menjadikan panduan dan pedoman, namun tahap ikhlas biasanya lebih dari itu.

Yang nyata pada kita adalah perlakuan watak di dunia ini. kita lihat mereka begitu, kita semudahnya akan menganggap akan begitulah hasilnya.

Jika begini pula, akan beginilah biasanya. Sedang perlakuan hanyalah sekadar sifat yang baharu. Ia tidak punya makna di sisi pencipta yang sifatnya bersalahan dengan segala yang baharu.

Saya menilai setiap watak di dunia ini walau siapapun mereka, hanyalah sekadar watak yang sedang menjalani kehidupan dengan skrip dan amanah di dunia ini untuk mereka galas. Tidak kira siapapun mereka, samada ulama, pemimpin, perompak, pemuzik atau apa saja watak mereka, mereka berhak mendapat rahmat dari kasih dan sayangNya.

Kita melakukan benda yang baik di dunia ini, dan kita akan dilihat baik. Itu cerita biasa tentang dunia kerana memang biasanya begitulah cara kita menilai.

Permukaan yang memukau bisa menjadikan kita taksub, sebab itu yang akan masuk ke dalam otak fikir. Sehinggalah apabila si baik itu meninggal, terciptalah mitos dan karamah kesan kebaikannya di dunia ini.

Presiden Korea Utara pun apabila meninggal dunia, mereka mencipta mitos sehingga dikatakan burung-burung dan alam pun turut berdukacita atas pemergian pemimpin mereka.

Saya ada sebuah cerita, dari seorang kawan yang berpengalaman menjaga bapanya yang menghidap penyakit kencing manis yang kronik sehinggalah saat bapanya meninggal dunia.

Kawan saya ini dalam waktu beberapa tahun menghabiskan masanya di kampung menjaga dan berbakti pada bapanya, termasuklah memandikan, membasuh luka yang berulat di kaki ayahnya dan banyak lagilah perkara baik yang dibuatnya.

Semasa hidup, arwah dari segi syariat dan pelaksanaannya agak kurang sehingga kawan saya yang waktu itu merupakan seorang anak yang warak dan taat, tetapi di benaknya mudah pula menghukum bapanya kerana bapanya dilihat tidak sewarak dia.

Sehinggalah bapanya meninggal dunia setahun yang lalu. Apa yang pasti, jasad arwah katanya sangat ringan dan segalanya berjalan dengan lancar selain jernih dan seri di wajahnya masih jelas terpancar walau sudah bergelar jasad.

Ditakdirkan bertemulah kawan saya ini dengan seorang yang mengenali arwah semasa hidupnya.

Katanya, “Bapa kamu pesan supaya aku simpan rahsia ini supaya jangan diceritakan pada sesiapa pun. Sesudah 9 tahun aku rasa kamu anaknya perlu tahu sesuatu tentang bapa kamu semasa hidupnya.”

“Bapa kamu orang susah, bekerja di kilang papan untuk menyara hidup kamu sekeluarga. Aku pula orang miskin. Setiap hari apabila pulang dari kerja, bapa kamu akan singgah ke pondok buruk aku sekeluarga untuk memberi beras dan barang keperluan dapur. Itu yang dilakukannya selama 9 tahun, setiap hari.”

Maka jelaslah pada kita, nilai ikhlas itu sangat tinggi nilainya di sisi pencipta kerana ia  ‘connection’ yang paling tepat antara khaliq dan pencipta.

Kita tidak tahu apa cerita dan rahsia di sebalik tabir rahsia itu jika kita enggan untuk menyingkapnya.

Maka mungkin selamanya kita akan mudah tertipu dengan persona indah dunia.

Saya hormati ulama, tetapi tidaklah taksub. Wali keramat saya hanyalah ke dua ibu bapa yang melahirkan saya ke dunia ini.

Taksub tidak perlu ada dalam kamus seorang pencari. Bersederhana dalam segala hal dan perkara, itu sudah mencukupi. – Meor Yusof Aziddin Malaysian Insider 19 Februari, 2015

Makcik Felda pun dah faham…

Umno kini seperti terperangkap dengan jeratnya sendiri. Setelah selama ini bermati-matian menafikan tiada konspirasi politik dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, kini segala-galanya bagaikan terdedah satu persatu.

Jika sebelum ini, bermula dengan kunjungan Saiful ke rumah Datuk Seri Najib Razak untuk mengadu diliwat sebelum membuat laporan polis dan perlantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya sudah pun dikaitkan dengan motif politik, namun selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun, unsur politik itu semakin tidak mampu disembunyikan lagi.

Kesediaan Shafee mengiklankan dirinya dan bercakap secara terbuka serta terperinci mengenai kejadian liwat yang didakwa berlaku antara Anwar dengan Saiful setelah hukuman dijatuhkan, akhirnya menyedarkan rakyat itulah antara tujuan utama perlantikannya.

Sudah tentu jika pasukan daripada Jabatan Peguam Negara yang mengetuai pendakwaan kes liwat itu, adalah mustahil mereka boleh terus bercakap dengan media atau tampil di forum anjuran parti politik sebaik kes berakhir dan hukuman sudah dijatuhkan.

Mereka pasti akan tutup buku dan menumpukan kepada kes yang lain pula. Tetapi kerana Shafee yang yang dilantik, semuanya jadi berbeza. Beliau melakukan apa yang tidak mungkin dilakukan jika Tan Sri Gani Patail misalnya mengetuai pendakwaan.

Setelah mengadakan pelbagai temubual dengan media dan bercakap di forum anjuran Pemuda Umno, Shafee juga bersetuju untuk turun ke seluruh negara bersama Pemuda Umno untuk terus bercakap lagi mengenai keburukan Anwar.

Sebagaimana yang beliau bercakap dalam dialog anjuran AKHI tempohari, yang dikisahkannya dalam jelajah itu nanti tentunya lebih kepada cerita-cerita dalam seluar yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan peribadi serta untuk mengasingkan lagi Anwar daripada sokongan rakyat.

Tidakkah ia sebenarnya bersifat politik?

Tidak cukup dengan itu, Shabery Cheek pula tampil menyatakan kesediaan RTM menyediakan ruang di televisyen bagi forum terbuka atau debat yang melibatkan Shafee itu. Sudah tentu tujuannya ialah supaya lebih ramai dapat mengetahui cerita-cerita sensasi yang didakwa melibatkan Anwar dan Saiful.

Sekali lagi, pastilah tujuannya untuk manfaat politik Umno juga.

Kenapakah ketika ini RTM pihak begitu pemurah dan ghairah mahu memberi ruang kepada agenda membelasah Anwar sedangkan beliau sudah pun dihukum penjara?

Tidak cukup lagikah kejayaan memenjarakannya selama lima tahun itu?

Tetapi dengan AJK Pas Pusat, Hanipa Maidin sudah menyahut cabaran untuk ikut serta dalam forum atau debat itu, kita tentu ingin mengetahui sama ada ruang di RTM itu masih terbuka atau sebaliknya.

Di sisi yang lain, jika Umno selama ini mengatakan kes liwat ini adalah hal peribadi antara Anwar dengan Saiful, kenapakah setelah beliau dipenjara dan tidak mampu melawan lagi, serangan dan belasahan yang bertujuan mengaib dan memburuk-burukkannya lebih dahsyat dan tersusun lagi?

Bukankah ia sepatutnya dibiarkan berakhir seadanya saja? Apa lagi yang mahu dibuktikan kepada rakyat dengan pemenjaraan itu?

Kalau alasan adanya pertikaian banyak pihak mengenai hukuman yang diterima Anwar menjadi sebab perlunya Shafee terus diheret dan dijadikan "model produk iklan", pembebasan Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya juga dipertikaikan?

Dalam masa yang sama, hukuman mati yang diterima Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar atas tuduhan membunuh model Mongolia itu sedangkan tiada motif diketahui dan siapa yang memberi arahan juga masih misteri, turut menjadi pertikaian ramai?

Kenapa tiada program jelajah atau penerangan ke seluruh negara mahu diadakan?

Berbuih sekali pun mulut pemimpin Umno berhujah mengatakan tiada unsur politik dalam kes Anwar ini, tetapi yang nyata dan makin difahami ramai orang adalah sebaliknya. Semuanya tersingkap satu demi satu perjalanan masa.

Tidak ada sesiapa lagi, termasuk makcik Felda atau pengundi tua di hujung kampung yang tidak memahami kepentingan politik adalah segala-galanya kerana setelah jasad Anwar di penjara, rupa-rupanya pengaruh politiknya juga yang ditakuti. – – Shahbudin Husin Malaysian Insider shahbudindotcom.blogspot.com, 19 Februari, 2015.