February 27th, 2015

Latih pelajar fasih bertutur

DALAM lebih kurang be­berapa hari lagi ke­pu­tusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan di­umumkan. Pada masa itu, pelajar-pelajar terlibat ada yang gembira menerima keputusan yang baik seperti mendapat 10 A+ dan ada juga sebaliknya.

Cabaran yang dihadapi pada masa itu nanti adalah untuk mendapat biasiswa ke institusi pengajian tinggi (IPT) atau bagi mereka yang mendapat keputusan kurang memuaskan harus bersedia untuk terus memasuki alam pekerjaan. Selepas mendapat kerja, mereka yang mempunyai keazaman, cita-cita yang tinggi dan sikap yang terpuji akan belajar daripada kesilapan yang mereka lalui. Justeru mereka boleh menyambung pengajian menerusi Open University atau IPT-IPT lain hingga mendapat setinggi-tinggi ijazah yang mereka ingini.

Hampir dalam kesemua temuduga, sama ada untuk mendapat biasiswa pengkhususan dari IPT pilihan mereka, mahupun bagi mereka yang ingin memasuki pasaran pekerjaan, kefasihan bertutur dalam bahasa Inggeris masih diperlukan demi peningkatan kerjaya mereka.

Dasar Kementerian Pelajaran mewajibkan lulus bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris bermula pada 2016 adalah tepat sekali. Ini bermakna pelajar yang berada di Tingkatan 4 pada tahun ini ialah kumpulan perintis kepada dasar berkenaan.



Seramai 21 pelajar Sekolah Tun Fatimah yang memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013, meraikan kejayaan mereka dengan Pengetua SBP itu, Kamisah Aziz (tengah) di Johor, pada Mac tahun lalu.

Menjelang tahun 2020, kita hendaklah memastikan graduan kita, bukan setakat mendapat kelulusan A dalam penulisan bahasa Inggeris di tahap SPM; malah tidak kurang juga pentingnya graduan mempu­nyai keyakinan diri dalam kefasihan bertutur serta kepetahan untuk berhujah dan berbincang dalam bahasa Inggeris.

Bagi lebih 14,000 pelajar SPM keluaran sekolah berasrama penuh (SBP) yang mempelajari bahasa ketiga pula sepatutnya mereka boleh berkomunikasi dalam salah satu daripada tujuh bahasa asing yang diajar di sekolah-sekolah cemerlang tersebut.

Menjadi visi dan impian pe­juang-pejuang kemerdekaan dan tokoh-tokoh pendidikan kita untuk melihat anak bangsa mereka fasih bertutur, berhujah dalam pelbagai bahasa, merantau di serata dunia menimba ilmu serta pengalaman berdagang dan membawa pulang pelaburan serta berketerampilan mempengerusikan dan mengepalai berbagai-bagai syarikat multinasional, agensi, kajian serta seminar bertaraf antarabangsa.

Visi dan impian itulah juga diharapkan oleh pemimpin dan tokoh pendidikan kita sekarang.

Persoalannya adakah kita sudah bersedia?

Sebenarnya untuk lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris tidaklah susah. Namun berdasarkan keputusan peperiksaan SPM yang lepas-lepas, masih ada pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Bayangkan apa akan terjadi kepada mereka yang gagal ini, apabila dasar ‘mewajibkan lulus Bahasa Inggeris’ dikuatkuasakan mulai 2016. Seandainya masalah ini tidak ditangani segera, para pelajar yang berada di Tingkatan 4 pada tahun ini mungkin menghadapi kesulitan ketika menduduki SPM 2016.

Apa yang akan terjadi kepada pelajar dari pinggir dan luar bandar atau pedalaman apabila dasar ini dikuatkuasakan? Apakah mereka tidak akan mendapat sijil SPM setelah mengikuti sistem persekolahan kita selama 11 tahun, iaitu 2/3 daripada usia mereka. Tanpa sijil SPM, bermakna mereka sukar untuk mendapat sebarang pekerjaan.

Menyedari betapa penting dan mendesaknya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran bertutur dan menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah sewajarnya dengan memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Ing­geris (MBMMBI).

Pelaksanaannya meliputi transformasi dalam pengajaran dan pem­belajaran kedua-dua mata pelajaran berkenaan di samping peningkatan kapasiti guru serta penyediaan alat bantu mengajar yang diintegrasi dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pada masa yang sama, untuk menangani masalah pe­nguasaan bahasa Inggeris atau tujuh bahasa asing yang diajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), penulis mencadangkan kaedah untuk menguasai bahasa tersebut hendaklah diperbaharui dengan menggunakan jalan pintas seperti diguna pakai dalam latihan US Peace Corps University of Hawaii dan Northern Illinois University pada satu ketika dahulu.

Universiti-universiti tersebut bertanggungjawab melatih pelatih sukarelawan Peace Corps menguasai sesuatu bahasa, hanya dalam masa 12 minggu sahaja. Begitu juga dengan 12 bahasa lain yang dilatih di pusat la­tihan Peace Corps di Universiti Hawai.

Bagi Malaysia, sukarelawan Peace Corps ini merupakan perintis yang memulakan sistem pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu pada 1965 di beberapa SBP yang terpilih. Kejayaan mereka meyakinkan Tun Abdul Razak dan Datu Patinggi Rahman Ya’akob untuk mempelopori sekolah menengah kebangsaan aliran Melayu sepenuhnya pada 1971.

Demi masa depan negara, pelajar dan graduan kita hendaklah dibekalkan dengan kefasihan bertutur dalam bahasa Inggeris di samping kemahiran dalam penulisan. Setiap tahun, bagi lebih 14,000 pelajar keluaran SBP hendaklah dibekalkan dengan kepetahan bertutur dalam salah satu daripada tujuh bahasa ketiga yang diajar sekarang.

Penulis mencadangkan pelajar-pelajar cemerlang SBP ini diberi peluang agar mereka boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa ketiga sehingga ke tingkatan lima, dan tidak seperti sekarang iaitu terhenti di tingkatan empat sahaja.

Penulis yakin pelajar-pelajar ini boleh menguasai bahasa kedua dan ketiga dengan mudah jika diubah cara pendekatannya kepada jalan pintas yang diguna pakai oleh American Peace Corps dan beberapa agensi kerajaan yang bersangkutan dengan hubungan luar negara.

Guru bahasa-bahasa tersebut perlu dilatih melalui pendekatan mengajar menggunakan kaedah jalan pintas yang diguna pakai oleh American Foreign Service dan Defense Language Institute serta beberapa institut swasta lain seperti Berlitz, Modern Language Institute yang terdapat di Amerika Utara dan Eropah. Penulis mencadangkan program perintis dijalankan di empat lima buah sekolah terpilih sahaja dahulu. Fauzy Halim ialah Pengarah Centre of Mo­dern Languages (CML) yang pernah bertugas lebih 12 tahun di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Afrika sebagai jurulatih guru pelbagai bahasa.

Langkah ke arah perpaduan ummah

AKHIRNYA Majlis Terti­nggi (MT) UMNO mena­matkan segala teka-teki dan spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini apabila membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat pada 18 Februari lalu memutuskan bahawa Hari Penamaan Calon PRK DUN Chem­paka adalah pada 10 Mac dan jika ada pertandingan pilihan raya akan diadakan pada 22 Mac. PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, baru-baru ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perpaduan ummah menjadi antara alasan utama kenapa UMNO tidak meletakkan calon dalam PRK ini di samping mahu memberi tumpuan kepada usaha-usaha pemulihan banjir dan kerja-kerja kebajikan.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menyerahkan watikah pelantikan Pegawai Pengurus Pilihan Raya kepada Ibrahim Bakri Mat Deris (kanan) selepas mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka di Putrajaya, baru-baru ini. -

Walaupun tindakan tidak ma­suk bertanding dalam PRK bukanlah suatu perkara baharu bagi BN mahupun UMNO kerana pernah mengambil keputusan sama pada PRK Parlimen Bukit Gelugor tahun lalu namun keputusan kali ini dilihat cukup signifikan, besar maknanya dan bakal merintis jalan ke arah mencapai impian yang le­bih besar iaitu perpaduan ummah. Jelas keputusan ini dilihat oleh banyak pihak bakal mencetuskan gelombang baharu dalam inisiatif untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Cakap-cakap tentang perpaduan ummah, orang Melayu mahupun gabungan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukanlah perkara baharu. Sudah sekian lama kita dengar pelbagai usaha dilakukan oleh pihak tertentu supaya kedua-dua parti terbesar orang Melayu dan umat Islam ini dapat duduk semeja berbincang mencari jalan ke arah menyatupadukan ummah demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

Hal ini penting kerana andai orang Melayu dan penganut agama Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini mampu bergabung tenaga dengan mengetepikan segala perbezaan pendapat mahupun ideo­logi politik, bakal memberi impak yang cukup besar kepada kemajuan negara dan masyarakat secara ke­seluruhannya.

Maka penulis percaya langkah UMNO tidak meletakkan calon pada PRK DUN Chempaka perlu dilihat secara positif dalam spektrum yang lebih luas.

Jelas ini bukan soal politik lagi. UMNO sudah mula memikirkan secara serius langkah untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam di negara ini. Kejujuran dan keikhlasan itu jelas terbayang melalui usaha-usaha seperti ini. Maka harapan kita sekarang agar Pas menyahut seruan tersebut dengan hati terbuka, meletakkan kepentingan perpaduan ummah melebihi perjuangan dan kepentingan politik kepartian.

Sekali lagi ini bukan lagi soal ideologi kepartian yang sempit. Kita mengharap­kan ahli politik kita akan berfikiran lebih terbuka, matang dan profesional dengan meletakkan kepen­tingan agama, bangsa dan negara sebagai asas perjuangan utama mereka.

Jangan juga kita lupa betapa ajaran agama Islam itu sendiri melarang umatnya bercakaran sesama sendiri. Perpaduan adalah tonggak dan tiang seri agama Islam dan jangan kita membelakangkan mahupun menghancurkannya.

Sudah sampai masanya kedua-dua pihak duduk semeja berbincang ke arah menyatukan orang Melayu dan umat Islam. Sudah-sudahlah segala persengketaan, perbalahan, tuduh-menuduh, marah mahupun benci.

Zaman sudah berubah. Generasi hari ini mahukan perubahan yang drastik dan kematangan dalam landskap politik negara. Maka carilah titik persamaan dalam perbezaan yang ada. Jangan terus berdegil dan mencari pelbagai alasan untuk bercakaran sesama sendiri kerana akhirnya kita juga yang rugi.

Sedarlah betapa perbalahan kita semakin hari semakin merugikan agama, bangsa dan negara sekali gus menguntungkan pihak lain yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan. Percayalah memang ada pihak yang cukup seronok melihat perpecahan orang Melayu dan umat Islam di negara ini dengan sentiasa menangguk di air keruh bagi memenuhi pelbagai agenda peribadi mereka.

Pelbagai kejadian mutakhir ini yang membabitkan hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu serta kedudukan agama Islam yang terus dijadikan polemik dan pertikaian secara terbuka adalah bukti jelas dan kukuh umpama sudah terang lagi bersuluh di mana andai orang Melayu tidak bersatu maka semuanya akan hilang dan tergadai begitu sahaja.

Kenapa kita masih belum sedar dan terus leka? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jangan esok segalanya hilang baru hendak menyesal.

Walaupun segala hak dan keistimewaan orang Melayu mahupun umat Islam sudah jelas dalam Perlembagaan Persekutuan namun peruntukan itu tidak membawa sebarang makna andai kita tidak bersatu mempertahankannya.

Apatah lagi sudah ada orang Me­layu yang berfikiran liberal dan sanggup bersekongkol dengan pihak yang bijak memanipulasi si­tuasi untuk kepentingan dan agenda peribadi.

Apapun percayalah bahawa perpaduan ummah akan merintis jalan ke arah perpaduan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Maka diharapkan orang bukan Melayu juga menyokong penuh hasrat perpa­duan ummah yang dipelopori oleh UMNO ini demi kebaik­an bersama dan jangan sama sekali melihat ini sebagai ancaman kepada kaum dan agama lain.

Dan kita juga berharap agar tidak ada lagi mana-mana pihak yang te­rus melontarkan pelbagai tohmah­an mahupun berprasangka buruk terhadap inisiatif UMNO ini dengan mempertikaikan keikhlasan mahupun kejujuran di sebalik langkah untuk menyatupadukan ummah.

Jangan pula ada yang menuduh UMNO tidak meletak calon bukan kerana perpaduan ummah sebaliknya takut masuk bertanding kerana pasti kalah memandangkan kerusi tersebut menjadi kubu tradisi Pas sejak sekian lama. Tohmahan dan pandangan sebeginilah yang selalunya menjadi batu penghalang ke arah perpaduan ummah.

Percayalah negara memerlukan ahli politik yang berfikiran matang dan jauh yang mampu melihat kedudukan agama, bangsa dan negara untuk 50 tahun yang akan datang. Apakah kita mahu terus bercakaran sebegini selama-lamanya?

Jadikan PRK Chempaka ini sebagai lambang kebangkitan dan perpaduan ummah yang pasti dan nyata yang ditunggu-tunggukan selama ini oleh semua pihak.

Apa yang pasti kita wajar memuji inisiatif dan langkah yang telah di­mulakan UMNO ini dan berharap agar semua pihak yang terlibat menyahut seruan perpaduan ummah dengan hati terbuka demi kemajuan dan survival agama, bangsa dan negara. Noor Mohamad Shakil Hameed Utusan Malaysia Rencana 27 Februari 2015 1:05 AM - See more ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia

Understanding the GST

The maths component is essential when one wants to fully understand the workings of the soon-to-be implemented goods and services tax.

IN this article, the spotlight is on the mathematics component of science, technology, engineering and mathematics (STEM) and the importance of mathematical knowledge in understanding the goods and services tax (GST) and how GST ultimately affects the jobs, products, services and the country’s economy.

The formal announcement on the plan to introduce Goods and Services Tax (GST) to replace the existing Sales and Services Tax in Malaysia was made by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak last year during the tabling of Budget 2014 in Parliament. This was further reaffirmed in the tabling of Budget 2015 last month with the announcement of more items that will be either exempted from GST or would fall under the zero-rated (0%) category.

Effective April 1, 2015, all parties, individuals, businesses and entities must be prepared for the commencement of GST.

Despite the concerns among consumers, there are several benefits that GST can offer to Malaysian consumers and businesses:

l Improved standard of living

The revenue derived from GST may be used for development purposes for social infrastructures (health facilities/institutions), educational infrastructure and public facilities that contribute to the improvement of the standard of living in Malaysia.

l Lower cost of doing business

Currently, many businesses pay multiple taxes and higher levels of tax-on-tax (cascading effect). With GST, businesses can benefit from recovering input tax (this means that businesses can claim back the GST paid by businesses when making purchases), thus reducing the cost of doing business.

l Fairness and equality

With the GST, taxes are levied fairly among all the businesses involved, whether they are in the manufacture, wholesale, retail or service sectors.

l Increase global competitiveness

Prices of Malaysian exports will become more competitive globally as no GST is imposed on exported goods and services. At the same time, GST incurred on inputs can be recovered along the supplies chain. This will strengthen Malaysia’s export industry and contribute towards the enhancement of the Malaysian economy.

l Enhanced compliance

The current sales and service tax (SST) system has been criticised for having many weaknesses, causing difficulties in its administration. The GST system is said to be more efficient with an in-built mechanism to make the tax administration self-policing and will thus enhance compliance.

l Fair pricing to consumers

GST eliminates double taxation under SST. Consumers will thus pay fairer prices for most goods and services compared to SST.

l Greater transparency

Relative to the existing system, under the GST regime, consumers would benefit as they will know whether the goods they consume are subject to tax and the amount of tax they would have to pay.

l Getting to the basics

Businesses (also known as the “registered person”) producing taxable supplies are required to be registered under GST if their annual turnover for taxable supplies for past 12 months or future 12 months exceeds the prescribed threshold of RM500,00 per annum.

Only a registered person (e.g. individuals, partnerships, firms etc) for GST can charge and collect GST on the taxable supplies of goods and services made by the entity. GST shall be charged on the value (selling price) of the products or services.

The amount of GST incurred on input (input tax) by a business can be deducted from the amount of GST charged (output tax) by the registered person.

If the amount of output tax is more than the input tax in the relevant taxable period, the difference shall be remitted to the government. However, if the input tax is more than the output tax, the difference will be refunded by the government.

The tax computations depends on the type of supply of goods or services, and they are classified as follows:

l Standard-rated supplies

These are taxable supplies of goods and services which are subject to a rate of 6%. Any goods or services that do not belong to the zero-rated or exempt supplies lists would automatically be considered a standard-rated supply. A taxable entity that is registered under GST has to collect GST on the supply and is eligible to claim input tax credit on its business inputs in making taxable supplies.

l Zero-rated supplies

These are taxable supplies of goods and services which are subject to GST at 0% rate. Businesses do not collect any GST on their supplies but are entitled to claim credit on inputs used in the course or furtherance of the business.

l Exempt supplies

These are supplies of goods or services that are not subject to GST. Businesses under this category do not collect any GST on their supplies and are not entitled to claim credit on business inputs.

l Supplies not within the scope of GST:

Supplies which do not fall within the charging provision of the GST Act include non-business transactions, sale of goods from a place outside Malaysia.

GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services made in the course or furtherance of business in Malaysia by a taxable person. GST is also charged on the import of goods and services.

A taxable supply is a supply which is standard-rated or zero- rated. Exempt and out of scope supplies are not taxable supplies.

GST is to be levied and charged at the rate of 6% on the value of the supply. GST can only to be levied and charged if the business is registered under GST (as mentioned earlier). A business is not liable to be registered if its annual turnover of taxable supplies does not reach the prescribed threshold of RM500,000 per annum. Therefore, such businesses cannot charge and collect GST on the supply of goods and services made to their customers. Nevertheless, businesses can apply to be registered voluntarily.

l Updates from Budget 2015

The finalised GST exemption list has finally been released. Basic food items, education, childcare and healthcare services will not be subjected to GST.

During the Budget 2015 session, the Prime Minister announced that there will be no GST on RON 95, Diesel and LPG fuel while the GST exempt for basic food list, medicine and education has also been expanded.

Similarly, the GST zero-rated finalised list has also been released. There are a total of 900 basic items (including sheep, cattle, goats, poultry, fish, crustaceans, fruits and vegetables and many more) and 2,900 medicine items which will be zero-rated.

The list of items that falls under the categories of exempt and zero-rated supplies may be found in the website for GST by the Royal Malaysian Customs Department.

The GST is not a new system and it will replace the sales and services tax in Malaysia. Experience from other countries has shown that the GST system is a good system for a better taxation system in Malaysia. As explained earlier, the GST indeed will bring many benefits to Malaysia since it will facilitate the government by creating “fiscal space” (financial well-being of the government).

There will be greater portions of funds available for the government to spend on the Malaysian citizens, in particular, areas such as education, transportation, health, facilities and so on. In turn, many of the government’s ambitious plans under the Economic Transformation Programme may then be implemented.

The fact of the matter is that Malaysians must no longer doubt whether GST will be implemented. The answer is: YES, it will indeed be implemented.

Accordingly, it is indeed useful and important for all parties in each and every field of study to be aware of GST, in terms of:

How it works; the computations required; the returns that businesses need to make on a regular basis in each reporting period and the amount of GST that should rightfully be remitted to the Government.

There is also the need to be aware of the penalties that businesses would be subject to arising from failure to comply with the rules of the GST Act.

Students also need to know and understand the challenges that businesses face when GST is implemented.

It’s crucial that they have a good foundation in mathematics in order to understand the concepts, and to sustain interest in the subject for further studies in accounting and finance and learn to compute figures in financial reporting.

Since the GST will impact various sectors of the industry in the country, students seeking employment will need to understand the basics in GST.

There would also be a high demand for graduates who are familiar with the various GST Accounting softwares, and be able to contribute towards decision-making, reporting and filing the correct returns.

Businesses in turn have to conduct impact studies to understand the areas (in particular the business areas) that would be affected by GST and make preparations for GST implementation.

Most importantly, GST and its impact cuts across all types of businesses, whether it is manufacturing, construction, services and so on. Students must learn to understand the importance of having the right knowledge on the subject and how such knowledge can contribute towards enhancing one’s career, besides complying with the GST requirements. Ng Kean Kok is deputy dean while Tuam Kwok Choon and Dr Aik Nai Chiek are both assistant professors at the Department of Accountancy, Faculty of Accountancy and Management, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). This article is the seventh in a series of STEM for life-themed articles. The STAR Home News Education November 16, 2014

Principals who contradict the DPM

WE refer to the letters “Where have the textbooks gone?” (The Star, Jan 26), “Science using ‘Sains’ books” (The Star, Feb 23) and “Pupils have a right to PPSMI” (The Star, Feb 17).

At the start of every year, students and parents are confronted with directives by principals of national schools, both primary (Year Six still applies) and secondary (all years), who disregard the “soft landing” circular (www.moe.gov.my/cms/upload_files /circularfile/2011/circular_file_000933.pdf) to ensure that students who started (Science and Mathematics) in English can finish in English, which have inadvertently put the Deputy Prime Minister (DPM) in a tight spot.

The reasons usually given are that there are no more books in English; examination questions will be in Bahasa Malaysia only; there is a new circular over-riding the soft landing; the district education office wants to streamline its medium of instruction; teachers cannot teach in English; new principals pretend they are unaware of the soft landing; and a host of other creative excuses. These are all untruths.

In an exclusive interview on Nov 5, 2011 with the then Education Director Datuk Seri (now Tan Sri) Abdul Ghafar Mahmud had said, “What we don’t want is for some school heads to insist that everyone learns in Bahasa Malaysia only. They cannot do that because that is not in keeping with the spirit of the circular which is to allow them to continue to learn the two subjects in a language of their choice.”

We have brought this matter up with the Education Minister II who appears unaware of the situation and has kindly offered for parents to raise their complaints with him through his office at Putrajaya.

In addition, we urge all affected parents to raise this matter with their respective schools at the upcoming PTA annual general meeting and realise your rights for your children.

We again appeal to the DPM to allow Science and Mathematics to be taught in English as an option in 2017 for Form One and beyond.

This will augur well for our children who endeavour to pursue careers in STEM and high finance in the future on a global platform.

For a start, parents of 16 year-olds are encouraged to organise teams to register for the prestigious National Science Challenge 2015 (www.nsc.my), the nation’s premier science competition open to Malaysian students, immediately between Feb 17 and March 16.

Each respective team will comprise one teacher-mentor and three student participants. The winning team will enjoy the grand prize which is the opportunity to go on a study visit to Stockholm, Sweden and witness the prestigious Nobel Prize Award ceremony held each year on Dec10. While the challenge is conducted in English, teams are allowed to express themselves in the language most comfortable to them. DATIN NOOR AZIMAH ABDUL RAHIM Chairman Parent Action Group for Education Malaysia (PAGE) The STAR Home News Education25 Feb 2015