April 14th, 2015

Dokumentasi cara hidup lampau untuk mendidik

Kemajuan yang pesat mengubah cara hidup masa lampau. Teknologi moden serta gaya hidup urban terutamanya, sudah menyebabkan cara hidup masa lampau sebagai suatu tinggalan sejarah. Ada orang yang ingin melupakan sejarah. Tetapi ada orang atau institusi yang mahu memanifestasikan semula sejarah untuk tujuan mendidik.

Muzium didirikan di seluruh dunia, menempatkan artifak, kehebatan atau gambaran cara hidup masa lampau, untuk tujuan mendidik generasi baharu. Begitu juga dokumentasi dan dokumentari dihasilkan, untuk tujuan merakam budaya masa lampau itu yang boleh dihayati semula oleh generasi kini dan akan datang. Cara hidup lampau itu tidak mungkin diulang.

Bagaimanapun, melalui dokumentasi atau dokumentarinya kita dapat melihat hubungan manusia dan alam dalam sesuatu era. Kita juga dapat menyaksikan kerja tangan yang fungsional, serta memahami falsafah mereka terhadap penggunaan sumber alam. Cara hidup masyarakat Melayu juga sedang berubah dengan pantas. Oleh itu, wajar dibuat penelitian mengenai hubungan cara hidup orang Melayu terhadap fauna di sekitar mereka.

Tuhan menjadikan makhluknya, termasuk manusia, untuk menyembah-Nya, tetapi dalam masa sama Tuhan juga memberikan fauna dan flora di alam ini untuk manfaat manusia juga, sebagai makanan dan sebagainya.

Cara hidup lampau

Generasi muda Melayu masa kini, terutama yang tinggal di bandar, tidak lagi mengenal cara hidup lampau bangsanya.
Sebagai contoh, mereka tidak mengetahui jenis serta proses pembuatan alat memerangkap fauna oleh orang Melayu, sama ada untuk tujuan makanan atau hobi, atau sebahagiannya mungkin dijual bagi menambah pendapatan keluarga. Pembuatan alat ini berkembang sejak zaman purba, dengan teknologi serta ilmu yang mudah.

Bagaimanapun, apabila zaman berkembang dan teknologi semakin canggih, pembuatan serta penggunaan alat memerangkap fauna itu kian terpinggir, kecuali di kawasan yang masih terpencil atau di pedalaman. Memerangkap fauna atau haiwan yang halal dimakan oleh orang Melayu Islam adalah suatu fenomena yang lumrah. Oleh itu, orang Melayu merekacipta peralatan yang sesuai dengan haiwan yang ingin diperangkap. Ia dipadankan dengan saiz haiwan, bentuk serta bahan alat perangkap yang harus digunakan.

Fauna yang boleh dimakan bukan sahaja hidup di atas darat. Malah ada yang hidup di dalam air. Oleh kerana Semenanjung yang menjadi kediaman utama orang Melayu ada banyak parit, sungai, tasik, paya dan malah laut yang mengelilinginya, maka orang Melayu mencipta alat perangkap hidupan air ini. Orang Melayu amat mahir mencipta alat menangkap ikan, belut, udang dan sebagainya.

Menangkap haiwan yang hidup di darat, atau yang hidup di dalam air mungkin lebih mudah, jika dibandingkan dengan menangkap burung. Sedangkan banyak jenis burung halal dimakan. Ini suatu cabaran kepada orang Melayu tradisional dalam usaha mencipta alat perangkap burung yang sesuai.

Ada juga sesetengah orang Melayu menangkap burung bukan untuk dimakan, tetapi untuk dipelihara, atau dijual kerana harganya yang mahal. Burung tekukur dan merbuk adalah dua spesies yang ingin diracik oleh pemburu burung biasa. Kemudian timbul minat yang agak luar biasa terhadap spesies burung yang lebih eksotik dan mahal seperti murai batu, kelicap kunyit, candik, punai mas dan sebagainya.

Peralatan tradisional

Pembuatan dan peranan peralatan tradisional menangkap fauna dalam kehidupan masyarakat kita sudah hampir lenyap. Zaman berubah dan gaya hidup masyarakat juga sudah berbeza dari aspek latar alam, pendidikan, sosial dan ekonominya. Penternakan moden dalam kandang atau sangkar juga sudah mencapai kemajuan yang pesat.


Kemajuan serta kemodenan yang dilalui oleh masyarakat Melayu khasnya, menyebabkan kita tidak dapat mempertahankan segala yang indah dan fungsional dari masa lampau - umpamanya adat resam, cara hidup akrab berjiran, dan gotong-royong. Malah hubungan antara manusia dengan landskap alam, flora dan faunanya juga semakin membina jurang luas, terutama bagi mereka yang tinggal di kota besar.

Banyak yang sudah hilang daripada kehidupan lampau bangsa kita. Dokumentasi atau dokumentari mengenainya menjadi amat berharga. Ia menemukan semula pengetahuan dan ingatan kita terhadap cara hidup generasi sebelum kita. Ia menjadi sumber pendidikan sosiobudaya lampau yang berkesan.
Anwar Ridhwan Berita Harian Kolumnis 14 April 2015

“Menang jadi arang, kalah…”

SAYA berada di kota London ketika ditunjukkan paparan muka depan Mingguan Ma­laysia terbitan 12 April 2015 me­lalui WhatsApp. Berada nun jauh di sebuah negara yang men­jadi penjajah terakhir Tanah Me­layu - kemudian dikenali Malaya, seterusnya Malaysia - atas urus­an perniagaan, sebaik sahaja mem­besarkan paparan peringatan ter­kini Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah itu, saya terpana seketika.

“Tolak golongan tak beradab”, memang ketara  sekali ketegasan yang berbaur kebimbangan tuanku Sultan, yang diiringi latar belakang tajuknya warna kuning keemasan diraja. Walaupun cuma melalui WhatsApp, merenung tajuk itu saya seolah-olah berada di Malaysia. Sedih, risau dan mahu dekat, mahu menyelami rasa hati tuanku di negeri kelahiran saya, Perak.

Memang wajar sekali peringatan tuanku ini diluahkan, diserlahkan dalam titah ucapan dalam  Mesyuarat Dewan Negara Negeri Perak ke-163 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Sabtu lalu. Walaupun insiden kontroversi  ‘baju hitam’ di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini tidak dikaitkan dalam peringatan ini, namun rakyat cukup maklum akan suara hati tunku Sultan itu.

Hakikatnya, peringatan tuanku ini muncul daripada rentetan beberapa insiden yang dicetuskan pihak pembangkang di negeri itu dalam beberapa tahun ini. Ini memang melukakan hati sesiapa, terutama orang Melayu.

Dan apatah lagi Sultan sendiri yang menjadi payung kepada kesejahteraan seluruh rakyat negeri ini.

Dalam hal ini, baik UMNO mahupun sebuah lagi parti Melayu, Pas mesti membantu meredakan kegusaran tuanku Sultan Perak. Perbuatan mahu mengetepikan adab sehingga memijak adat semakin ketara oleh mereka yang longgar pegangan adatnya dan kosong fahaman adabnya, mesti dikekang.

Insiden ‘baju hitam’ misalannya,  walaupun ada kalangan ADUN-ADUN Pas, yang menjadi sekutu DAP dalam pakatan pembangkang merasakan diri mereka ‘ditekan’ untuk menurut kehendak rakan sekutu,  pokok pangkalnya takkanlah soal maruah diperjudikan sedemikian rupa.

Malah, apabila diimbas semula semasa insiden upacara angkat sumpah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 2009, dek kerana ikutkan`telunjuk’ pihak lain, sekumpulan penyokong Pas sanggup berbaring di atas jalan raya dan menghalang perjalanan Sultan Perak ke istana. Bahkan, ada yang turut membaling kayu dan botol air kepada polis.

Yang tidak enaknya, nasib kumpulan 13 individu penyokong Pas ini berakhir di mahkamah. Ini apabila mereka didapati bersalah kerana cuba menghentikan proses undang-undang dalam pelantikan Dr. Zambry sebagai menteri besar yang baharu. Mereka terpaksa meringkuk dalam penjara selain didenda. Tetapi di mana kelibat parti sekutu dalam memperjuangkan nasib mereka?

Ahli dan penyokong Pas mesti peka dan ambil kisah senario hubungan DAP-Pas kebelakangan ini yang seakan-akan ada yang tidak kena. Sehinggakan soal adat, maruah diri, kepentingan Melayu dan institusi raja ditolak tepi.

Kalau diperhatikan, pada 18 Mac lalu pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) atau dikenali hukum hudud diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan,  pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Empat hari kemudian, diadakan mesyuarat CEC DAP untuk menentukan pendirian DAP terhadap kelulusan hudud itu. Namun, pada malam 22 Mac itu dikatakan  telah berlangsung mesyuarat pra council CEC DAP yang dipengerusikan Penasihatnya, Lim Kit Siang untuk membincangkan ‘apa tindakan DAP terhadap hudud’.

Di sebelah kiri Kit Siang, kelihatan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan di kanan pula, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Wakil PKR lain ialah timbalannya, Mohamed Azmin Al; seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa serta empat lagi ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, Dr. Mohd. Hatta Ramli, Khalid Samad dan Datuk Dr. Mujahid Yusof.

Persoalannya, adakah kehadiran wakil-wakil Pas ini di bawah pengetahuan Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas? Pendirian DAP dalam isu hudud ini hanya diumumkan sehari selepas mesyuarat 23 Mac ini dengan keputusan hanya memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak bermaruah dan jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Bahkan, Lim Guan Eng menarik perhatian lagi bahawa pengkhianatan Abdul Hadi bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan negeri Selangor. Siapa yang memberi idea kepada Guan Eng agar jangan membabitkan Pas secara makro dalam penolakan hudud oleh DAP ini?

Jika berbalik kepada insiden baju hitam dalam DUN Perak pada 31 Mac lalu, adakah perlakuan semua wakil Pas termasuk ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin di bawah pengetahuan pesuruhjaya Pas Perak. Setakat hari ini, apa pendirian Pas Perak dalam insiden yang menyebabkan Sultan murka ini? Pas Perak, kalau tidak setuju dengan ‘kumpulan baju hitam’ mesti buat sidang akhbar terbuka.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mempunyai hubungan baik dengan pembangkang Perak dan sesekali kelibat wakil pembangkang ada dalam istana baginda. Namun, sikap terbuka ini tidak dihargai.

Menjelang pemilihan Presiden Pas pada Muktamar Jun tahun ini nanti, kemungkinan terjadi senario luar jangka tidak boleh ditolak. Kalau kumpulan ulama menang, apa akan jadi kepada geng Anwarinas. Adakah geng Anwarinas akan menggunakan platform Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) diterajui Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi, untuk diaktifkan sebagai parti politik. Difahamkan, kumpulan ulama akan membariskan Abdul Hadi calon Presiden; Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden) manakala untuk Naib Presiden menampilkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan ajk Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

Grup Anwarinas pula dengan Husam selaku calon Presiden; Mohamad Sabu (timbalan) berserta barisan naib presidennya, Salahuddin, Hanipa dan Mujahid. Tetapi bagaimana pula andai kata kumpulan ulama tewas?

Sebab itu ada kemungkinan besar pemilihan Pas kali ibarat ‘peperangan’ yang bakal menyaksikan yang ‘kalah jadi abu, menang jadi arang’.Apatah lagi, dengan cara kempen yang kedengaran dahsyat sekali sehingga mencaci dan mencerca kumpulan ulama parti itu.

Dengan DAP enggan berurusan dengan Abdul Hadi, adakah ini bermakna parti itu sudah campur tangan dalam menentukan pucuk pimpinan Pas? Guan Eng tentu sekali tidak mahu ‘bakar jambatan’ dengan Pas kerana kedudukannya di Pulau Pinang pun bergantung kepada Pas.

Di kota London, saya memanjatkan doa, barang dijauhkan “menang jadi arang, kalah jadi abu”  dalam mana-mana perjuangan politik Melayu. Selami, hayati dan laksanakan peringatan Sultan Nazrin. - Datuk Ahmad Faris Abdul Halim Utusan Malaysia Rencana 14 April 2015

Khairy says Malaysia’s drop in FIFA World Ranking from 153 to 164 ‘alarming’

PUTRAJAYA, April 14 — Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin did not mince his words when informed that Malaysia have dropped from 153rd to an alarming 164th in the FIFA World ranking list within a period of two months.

The National team’s current FIFA ranking does not make sense, because in February, Malaysia were in 153rd position.

Khairy said Malaysia’s position in the FIFA ranking list defies logic because Malaysia are ranked lower than some Asean countries although the squad under Dollah Salleh were able to reach at least the semifinal or final in the SEA Games or the AFF Suzuki Cup.


Khairy said the current focus for the country was however, not the ranking but rather the achievement at major events like the SEA Games, AFF Suzuki Cup and AFC Cup. ― Picture by Choo Choy May

“We can’t say Malaysia are the worst ranked country in Asean but rankings are based on the kind of tournaments chosen to play. The Football Association of Malaysia (FAM) has its own plans.

“Maybe the tournaments chosen by the FAM are tough tournaments that resulted in losses and affected the ranking. FAM had clarified that choosing better teams to play against was intentional, so that the players can gain exposure and experience,” he told reporters, here today.

Khairy said the current focus for the country was however, not the ranking but rather the achievement at major events like the SEA Games, AFF Suzuki Cup and AFC Cup.

Malaysia’s 0-6 loss to Oman in an international friendly on March 26, saw the country’s position drop 11 places, the worst recorded this year, since it put Malaysia on par with Bhutan (163), Grenada (165), Puerto Rico (166), Hong Kong and Bangladesh (167). — Bernama