May 9th, 2015

Buku tulisan profesional masih kurang

SATU ciri graduan yang akan dilahirkan menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) (Pendidikan Tinggi) PPPM (PT) ialah yang mempunyai kemahiran, mampu memasarkan diri dan mencipta pekerjaan.

Ini bermakna mereka bukan lagi golongan yang mengharapkan pekerjaan datang bergolek, ibarat 'bulan jatuh ke riba'. Ilmu yang dipelajari ketika di universiti adalah sekadar bekalan asas untuk membolehkan mereka menempa kejayaan dalam bidang lebih menguntungkan.

Pekerjaan yang mereka peroleh mungkin tiada kaitan dengan bidang yang dipelajari di universiti. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan keghairahan untuk mendapatkan pekerjaan. Setiap graduan akan menerima apa juga tawaran pekerjaan sebaik tamat pengajian walaupun tiada kaitan dengan bidang pengajian.

Pilihan pekerjaan

Ramai graduan belum mendapat pekerjaan sesuai tidak ada kena mengena dengan salah padan antara bidang pengajian dan pekerjaan tetapi adalah suatu pilihan. Bagi yang tidak memilih, mereka cepat keluar daripada alam pengangguran.

Jika mereka ada kemahiran, pekerjaan awal itu akan dijadikan asas untuk mereka cipta kejayaan baharu. Keadaan ini hanya akan berlaku jika graduan ada kemampuan holistik dan serba boleh. Mereka adalah daripada golongan kreatif yang mempunyai daya cipta tinggi seperti direncanakan mengikut PPPM (PT).

Universiti tidak boleh selama-lamanya jadi 'kilang' mengeluarkan pekerja kerana fungsi universiti adalah menyediakan graduan berilmu dan mempunyai semangat daya saing tinggi.

Graduan dalam bidang perubatan tidak semestinya menjadi doktor, graduan perakaunan tidak semestinya menjadi akauntan, graduan undang-undang tidak semestinya menjadi peguam, graduan senibina tidak semestinya menjadi arkitek dan sebagainya. Mereka boleh terbabit dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan pengajian.

Graduan kejuruteraan tidak semestinya menjadi jurutera tetapi menjadi pengimport bahan kejuruteraan, seorang graduan perubatan tidak menjadi doktor tetapi membuka farmasi atau membuka makmal memproses ubat-ubatan, seorang graduan pertanian mungkin menjadi pembekal baja dan sebagainya.

Sudah banyak contoh kejayaan rakyat negara ini yang terbabit dalam bidang tertentu sama ada yang berkaitan atau tidak berkaitan dengan bidang pengajian di universiti. Beberapa tahun akan datang, peluang untuk mendapatkan pekerjaan mungkin menjadi cabaran kepada ramai graduan.

Dengan 20 universiti awam dan puluhan kolej dan universiti swasta, bermakna lebih ramai graduan setiap tahun. Apa yang dibimbangkan peluang pekerjaan yang terhad. Tanpa menentukan arah masa depan, ramai graduan akan menganggur. Kadar pengangguran tinggi khasnya graduan akan menimbulkan suasana tidak sihat.

Graduan serba boleh

Graduan yang serba boleh sangat diperlukan untuk mereka membebaskan diri daripada kepompong pergantungan kepada pekerjaan tradisi mengikut kelulusan pengajian masing-masing. Satu bidang yang boleh diceburi mereka ialah bidang penulisan.

Tidak kira sama ada mereka mengambil bidang kejuruteraan aeroangkasa sehinggalah kepada sains politik, mereka boleh menjadi penulis. Menjadi penulis bukan hak mutlak graduan bidang komunikasi dan media semata-mata. Bidang penulisan sesuai untuk apa juga bidang pengajian.

Dalam dunia penulisan dan kewartawanan, wujud kekurangan penulis pakar dalam bidang kritikal dan baru di negara ini. Apabila berlaku tragedi pesawat MH370, wujud kesedaran betapa kurangnya penulis pakar dalam bidang penerbangan awam, kejuruteraan yang membabitkan pesawat udara dan bidang berkaitan.

Walaupun ramai yang mahir atau pakar dalam bidang berkenaan, mereka bukanlah penulis. Mereka hanya memberi pandangan atau ulasan kepada media mengenai ilmu yang ada. Ketika di universiti, mereka belajar dalam bidang berkenaan sekadar mahu mendapatkan pekerjaan.

Selepas menjawat jawatan berpandukan kepada kelulusan pengajian, mereka bekerja mengikut tugasan yang diberikan. Seorang doktor tidak sepanjang masa merawat pesakit di hospital. Mereka boleh berkongsi maklumat mengenai penyakit dan ilmu kedoktoran menerusi penulisan.

Tulisan seorang doktor atau pakar perubatan mengenai penyakit atau bidang perubatan lebih dipercayai daripada seseorang yang tiada latar belakang bidang perubatan. Di Malaysia, banyak ilmu tidak dapat dikongsi ramai kerana tidak didokumenkan untuk dijadikan bahan bacaan umum.

Berbeza dengan di negara maju, budaya penulisan mereka sangat tinggi. Apa juga bahan yang difikirkan sesuai untuk dibukukan, mereka mengambil daya usaha membukukannya.

Jika tidak ramai penulis yang berminat menulis buku fiksyen khasnya novel, buku agama dan bahan bacaan ringan, negara ini ketandusan buku tulisan rakyat tempatan. Sebagai negara yang bakal menempa nama sebagai negara maju, Malaysia perlukan ramai penulis buku yang bermutu, penuh dengan ilmu dan fakta. Mior Kamarul Shahid Berita Harian Kolumnis 9 Mei 2015

The honourable profession

If law students can remember three simple truths, they will be well on their way to set right what has been done wrong.

LAST week, I spoke to law students at the University of Malaya. It was the first time I had been invited to speak at a public university since I left the Government six years ago.

It was an honour for this 64-year-old man and I wish to thank the students and the faculty members for the kind opportunity.

I could have made a more inspired and longer speech but I knew the students had a busy programme drawn up for the night. I felt that their time would be better spent not listening for too long to an ex-legal practitioner.

So I told them of three simple truths: the first was my regret that I never had the chance to be a student of the University of Malaya because there was no law faculty there during my time.

I reminded them that they were blessed, as lawyers-in-the-making, because they would be in a position to make a difference for the betterment of society: to fight for the poor, for justice, and set right what has been done wrong. The law is an occupation that is unique and special.

It’s an honourable profession, but I stressed that the profession could not make them honourable. Rather, it was the other way around: they had to make the profession honourable.

I also gave them the usual advice about having to work hard if they wanted to be successful. There are, however, varying degrees of “hard work” and they just have to be smart at figuring out the way that suits their needs.

I talked about the quickly changing global legal environment and how legal practitioners must learn to adapt. Even the Bar Council must adapt and improvise quickly if it is to keep being useful to members.

Students, especially, must not have a blinkered view of the profession and must be willing to see the challenges posed, for example, by international law firms especially with regard to keeping legal talent within our country.

As lawyers, we are trained to do justice: the human kind of justice. We have received no training in theology and must endeavour to craft laws to serve humanity and the myriad problems people face in their daily lives.

If there are weaknesses in the legal system, we just have to try and work harder. Justice is within our reach if all of us work for it. If there are injustices, it’s not the answer to seek the implementation of God’s laws.

If society has failed to do justice, then we have to do more. God’s laws are for God to implement, as Allah has promised on the Day of Judgement.

We are not All-Knowing and All-Compassionate. We are fallible and prone to error because we are human. Perfection is not what we are made of. Perfect justice is an idea that is pointless to strive for. If we can together offer human justice to society, that will be good enough an ambition to live for.

Finally, I told them that they must not be afraid. Fear is not a useful tool to have as a lawyer. If they work for the Government, then they must not fear the Government. If they work for a corporation, then they must not fear the bosses. Truth is fearless.

Every one of us is capable of making a positive change for the country. It’s wrong to say that because we are “nobody” and have no influence, we can therefore make no difference. The only thing we need is the willingness to speak up, and to stand up and be counted.

The dinner was held at a posh five-star hotel, and I suppose the law firms must have sponsored payment of the hefty bills. They probably had an opportunity to scout for the best talent that night.

While that’s a fair quid pro quo and a perfectly practical arrangement, I hope there will be students from that night who will not be too enamoured by the success of the big law firms.

I hope there are those who will be willing to work for smaller firms or even start their own outfits so they can fight for justice, for the poor and the ordinary Malaysian in the street.

They can be successful too, and even grow big, but in their own special way. The STAR Home Opinion Columnist All Kinds of Eveything May 8, 2015

> Datuk Zaid Ibrahim, true to his Kelantan roots, is highly passionate about practically everything, hence the name of this column. Having established himself in the legal fraternity, Zaid ventured into politics and has been on both sides of the political divide. The former de facto Law Minister at one time is now a legal consultant but will not hesitate to say his piece on any current issue. He can be reached at carbofree@gmail.com. The views expressed here are entirely his own.

Miliki falsafah tersendiri

Masyarakat Melayu jarang terbabit dalam menghasilkan topeng. Penghasilannya dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang lebih menjurus kepada elemen semangat, pemujaan dan kebudayaan.

Topeng ialah sesuatu yang unik kerana menampilkan wajah luaran dan mencipta watak serta wajah berbeza si pemakai.

Kewujudan topeng dianggap sesuatu yang misteri kerana pelbagai tafsiran diberi mengikut kepercayaan masyarakat yang mengamalkannya.

Setiap perwatakan topeng memiliki falsafahnya yang tersendiri.


Topeng jenih apa ni ?

Ia mempunyai kemampuan menunjukkan pelbagai emosi seperti wajah manusia iaitu gembira, sedih, sengsara dan kedamaian.

Topeng dengan telinga besar digambarkan sebagai pendengar yang baik, topeng dengan mulut terbuka memberikan makna kerakusan atau bijak berkata-kata manakala topeng dengan pipi penuh pula menggambarkan kerakusan atau kekayaan.

Untuk itu, masyarakat berpeluang menghayati satu persatu lebih daripada 100 topeng yang dipamerkan di Muzium Perak menerusi pameran Seribu Wajah.

Kajian secara teliti dilakukan kerana setiap topeng mempunyai kepentingan, jalan penceritaan tersendiri dan digunakan untuk tujuan tertentu.

Malah, ia mampu menyingkap rahsia dan misteri sesuatu perkembangan tamadun sesebuah masyarakat.

Penggunaan topeng sinonim dengan suku kaum di Malaysia khususnya masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, topeng yang dibuat si tukang Melayu digunakan dalam persembahan seperti tarian atau lakonan pentas dan jika dihasilkan masyarakat Orang Asli, ia lebih bersifat pelaksanaan upacara ritual, keagamaan dan perubatan.


MENGENALI topeng memberi maklumat tertentu berkaitan penggunaannya.

Sebahagian masyarakat turut mengaitkan topeng dengan kematian, kesuburan tanaman dan gangguan penyakit.

Topeng digunakan sejak berabad lamanya dalam acara dan majlis tertentu.

Di negara ini, beberapa suku etnik di Sarawak seperti Orang Ulu masih mengamalkan pemakaian topeng dalam upacara keagamaan dan ritual.

Malah, masyarakat dapat menyaksikan pelbagai jenis topeng warisan dan tradisi kaum Iban membabitkan Dayak Darat, Dayak Laut, Murut dan Melanau.


BENTUK topeng makyung yang terkenal di Kelantan.

Penggunaan topeng juga dilakukan melalui persembahan tradisional masyarakat Melayu tradisi seperti menora dan makyung yang terkenal di Kelantan selain mek mulung di Perlis.

Keunikan budaya pemakaian dan ukiran topeng dalam kalangan masyarakat Orang Asli Suku Mah Meri dan Jah Hut antara bahan yang menarik perhatian.

Bagi suku Mah Meri dan Jah Hut, ukiran topeng lebih tertumpu kepada ciri-ciri dan watak roh nenek moyang mereka.

Mereka dipercayai menggunakan topeng untuk membolehkan berhubung dengan nenek moyang melalui ritual tertentu.

Topeng kaum di Sarawak pula membawa tiga ciri penting membabitkan bentuk, corak dan warna yang turut berkaitan dengan makhluk halus.

Bahan berkualiti serta tahan lama digunakan bagi menghasilkan topeng berkualiti dan memiliki nilai estetika yang tinggi.

Antara bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, kulit haiwan dan bahan pelengkap lain seperti benang, kain, manik atau badan haiwan tertentu seperti kuku, bulu, gigi, tanduk dan cangkerang.

Khabarnya, bukan semua orang mempunyai kemahiran dan mampu membuat topeng. Malah, si pemilik topeng mempunyai hubungan rapat dengan topeng yang dihasilkan, selain menggambarkan prestij dan gambaran peribadi pemiliknya.

Melihat kepada sejarah penghasilan topeng, bahan warisan itu kini bukan lagi dipandang sebagai produk yang bersandarkan mitos dan dongeng semata-mata tetapi peranannya berkembang kepada pembabitan dalam industri kreatif.

Buktinya, topeng yang dihasilkan suku Mah Meri dan Jah Hut berpotensi dikembangkan ke pasaran antarabangsa.

Untuk pameran yang berlangsung sehingga akhir Jun ini, semua topeng diletakkan dalam bingkai kaca bagi memastikan bahan itu terpelihara dan tidak rosak.




TOPENG Harimau (kiri) ditempatkan bersama topeng Dayak (kanan).


TURUT digunakan dalam upacara ritual.

HAMPIR menyerupai wajah manusia.

PENGUNJNG mendalami kepentingan topeng bagi sesuatu kaum.