May 10th, 2015

8 sebab ke Terengganu

TERENGGANU merupakan salah satu negeri di Malaysia yang dikurniakan dengan pelbagai landskap semula jadi yang menarik dan menyegarkan. Negeri ini mempunyai pantai, pulau-pulau eksotik, hutan tropika yang subur, perkampungan nelayan dan air terjun yang mempesonakan. Batu-batu serta pantai berpasir putih dengan air jernih umpama kristal sedia ada terbentang luas di sepanjang pantai 244 kilometer (km), bermula dari Besut di sebelah utara dan Kemaman di sebelah selatan. Tidak salah, sekiranya .com melabelkan pulau-pulau di Terengganu adalah antara yang paling indah dan menarik di negara ini. Mari teruskan pengembaraan bersama .com ke sebuah lagi kawasan pelancongan popular di Pantai Timur, Malaysia - DHIYA’ZULHILMI DAUD / TOURISM MALAYSIA

Muzium Negeri Terengganu:

DIAKUI ramai sebagai muzium terbesar di rantau Asia Tenggara, Kompleks Muzium Negeri Terengganu menempatkan artifak dan hasil seni yang merupakan warisan berusia beberapa kurun lamanya.

Terletak di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini kelihatan hebat dari segi seni binanya, berdasarkan reka bentuk istana lama Terengganu.


TERLETAK di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini kelihatan hebat dari segi seni binanya,
berdasarkan reka bentuk istana lama Terengganu.

Ia terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, empat buah rumah tradisional dan taman botani serta herba. Muzium Utama mempamerkan tekstil dan teknik menenun, senjata tradisional, seni kraf, sejarah, alat kebesaran diraja, alam semula jadi, pembangunan petroleum, seni Islam, seni generasi baru dan kontemporari.

Empat blok bangunan yang lain bersambung bagi mewakili keluarga besar. Di pintu masuk utama kompleks utama, dipamerkan Batu Bersurat Terengganu asli yang terkenal.

Pulau Perhentian

JANGAN lupa untuk melawat Pulau Perhentian. Terletak 21 kilometer dari pantai Terengganu, ia terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.


TERLETAK 21 km dari pantai Terengganu, ia terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk nelayan, burung penghijrah dan sudah tentu mereka yang menghargai keindahan alam semula jadi. Terletak di hujung Taman Marin Pulau Redang, kawasan terumbu karang Pulau Perhentian yang indah mampu menarik minat penyelam dasar laut.

Pelancong juga boleh membuat perancangan untuk melakukan aktiviti penjelajahan ke pulau-pulau. Bot boleh disewa untuk meninjau kawasan sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kewajipan bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam.

Antara dua pulau ini, Pulau Perhentian Kecil lebih digemari oleh ‘backpacker’. Di sini, anda akan menemui pelbagai pilihan makanan dan penginapan bajet. Manakala, Pulau Perhentian Besar, lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik. Namun begitu, terdapat juga calet, asrama dan tapak perkhemahan di kedua-dua pulau ini.

Pulau Redang

PULAU REDANG terletak 45 kilometer (km) di luar pesisir pantai Kuala Terengganu, merupakan sebuah pulau terbesar di antara sembilan buah pulau yang berada di Laut China Selatan.

Pulau ini menawarkan air laut sejernih kristal dan banyak tempat menyelam untuk pelancong. Pada waktu tengah hari apabila cahaya matahari menyinari laut, terumbu karang yang cantik dan ikan jelas dapat dilihat.


PULAU REDANG terletak 45 km di luar pesisir pantai Kuala Terengganu, merupakan sebuah pulau terbesar
di antara sembilan buah pulau yang berada di Laut China Selatan.

Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam yang tertulis dalam lipatan sejarah negara iaitu H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse, yang karam sewaktu permulaan Perang Dunia kedua, di mana ia diserang oleh tentera Jepun ketika memulakan pendudukan di Malaya.

Pulau syurga ini sempurna untuk aktiviti snorkel, berenang, menyelam skuba, menjelajah hutan, menaiki bot dan berkayak. Bagaimanapun, aktiviti memancing tidak dibenarkan di dalam jarak 3.2 km dari pulau kerana telah diwartakan sebagai taman marin, secara langsung melarang pelancong mengumpul terumbu karang dan hidupan akuatik.

Pasar Kedai Payang

PASAR utama yang digelar Pasar Kedai Payang oleh penduduk tempatan terletak di pinggir Sungai Terengganu. Ia dianggap sebagai salah satu tarikan utama pelancong di Kuala Terengganu.

Terletak di dalam sebuah bangunan moden, ia menawarkan pelbagai barangan kraftangan seperti batik, sutera, songket, barangan tembaga serta hasil barangan segar. Pelawat pasar ini akan merasai pengalaman hebat membeli-belah barangan tempatan pada harga berpatutan. Ia tempat terbaik untuk memahami budaya tempatan kerana pasar ini turut menjadi tempat penduduk tempatan berbelanja.

Tasik Kenyir

TASIK Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.

Ia juga merupakan empangan hidroelektrik yang dilitupi konkrit terbesar di Malaysia. Apabila kawasan itu dibanjirkan, kebanyakan bukit berada di atas paras air lalu membentuk kira-kira 340 pulau buatan manusia. Hutan hujan yang mengelilingi kawasan tasik mewujudkan pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan.

Ini termasuk paku-pakis, orkid eksotik, burung kenyalang, gajah, dan harimau kumbang. Ia turut menjadi rumah kepada lebih 8,000 spesies bunga dan 2,500 spesies tumbuhan dan pokok serta ratusan spesies ikan air tawar seperti baung, toman, kelisa, lampam dan kelah.

Tasik Kenyir adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi hutan hujan tropika tebal. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik buatan manusia ini terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, pemanduan pacuan empat roda (4WD) dan golf.

Pelbagai jenis penginapan disediakan bermula dari bertaraf tiga bintang meliputi calet di atas pulau, resort terapung atau bot rumah (house boat) di mana bilik dan makanan disediakan. Bot rumah yang menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun dan kawasan memancing memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.

Pulau Lang Tengah

PULAU Lang Tengah ialah sebuah pulau kecil yang terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Perjalanan ke pulau ini mengambil masa 30 minit dari jeti Marang. Menurut penduduk tempatan, nama Lang Tengah diambil sempena nama ‘Lang’ atau burung helang, dan tengah. Oleh itu, Lang Tengah bermaksud helang yang berehat di tengah pulau.


MENURUT penduduk tempatan, nama Lang Tengah diambil sempena nama Lang atau burung helang, dan tengah.
Oleh itu, Lang Tengah bermaksud helang yang berehat di tengah pulau

Pulau ini sangat kecil. Perjalanan mengelilingi pulau dengan bot mengambil masa 10 minit. Pantainya sempit dengan daratan yang terhad. Walaupun begitu, Pulau Lang Tengah memiliki empat buah resort yang menjanjikan penginapan mengujakan.

Pulau Kapas

KIRA-KIRA enam kilometer dari pantai Marang, terletak Pulau Kapas, sebuah pulau yang terkenal dengan pantainya yang memutih, air laut yang jernih dan lambaian pohon palma.

Pulau Kapas mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dengan bot biasa atau 10 minit dari jeti Marang menggunakan bot laju. Agak terpencil dari kesibukan tanah besar, pulau ini tempat terbaik untuk mereka yang ingin merehatkan minda.


Pulau Kapas mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dengan bot biasa atau 10 minit dari jeti Marang menggunakan bot laju.

Pulau kecil ini merupakan sebuah pulau yang cantik, sunyi dengan pantai yang bersih, air laut jernih membiru, pepohon kelapa yang melambai dan gua dengan sarang burung layang-layang. Perairannya menjadi habitat kepada ikan, penyu, terumbu karang dan lain-lain.

Seperti pulau-pulau lain, pulau ini merupakan destinasi yang harus dilawati terutamanya kepada peminat sukan menyelam dan skuba untuk menikmati keindahan terumbu karang dasar laut, ikan, kerang-kerangan dan penyu. Pelbagai jenis penginapan tersedia, daripada calet bajet hingga mewah dengan penghawa dingin atau kipas.

Masjid Tengku Tengah Zaharah

MASJID Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) dibina di atas pelantar terapung, memberikannya sebuah pemandangan unik dari semua aspek.

Ia terletak di atas muara Sungai Terengganu dan seni bina modennya merupakan idea seorang putera Terengganu. Masjid putih berkilau ini menggabungkan seni bina moden dan Moorish, simbolik kepada modenisasi baru di negeri ini, secara tidak langsung menjadikannya ikon Islam di negara ini.


MASJID Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) dibina di atas pelantar terapung, memberikannya sebuah pemandangan unik dari semua aspek.

Keindahan seni bina masjid ini dikelilingi oleh tasik, kelihatan sungguh menawan seperti istana dalam kisah 1,001 malam. Ketenangan masjid ini diserlahkan lagi dengan pemandangan semula jadi Laut Cina Selatan, menjadikannya tarikan pelancong yang menarik dan unik di Terengganu.

Umno dan Rakyat

Esok, 11 Mei 2015 maka genap usia UMNO 69 tahun – satu usia yang agak lanjut kalau ia dipadankan dengan seorang manusia. Namun dalam usia 69 tahun ini, UMNO telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan; cabaran sejak penubuhan, peralihan kuasa, dugaan mencapai kemerdekaan, rusuhan kaum, pengemblengan membina negara bangsa Malaysia, pembasmian kemiskinan, pengharaman parti, pergolakan kepimpinan parti, kekalahan pilihan raya. Namun, UMNO masih terus berjaya memperjuangkan dasar-dasar yang bermanfaat kepada seluruh rakyat negara ini.

Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, dan PRU-2013 memperlihatkan bahawa UMNO yang dahulunya dianggap kebal, gagah dan penuh karamah dicabar oleh pakatan pembangkang yang bertekad dan mempunyai perjuangan terfokus iaitu menumbangkan UMNO.

Orang Melayu yang dulunya totok penyokong tegar UMNO kini sudah berubah kepada pakatan pembangkang. Dulunya orang Melayu cukup yakin dengan UMNO, kini keyakinan itu kian pudar. Kita boleh memberikan senarai panjang cabaran yang UMNO harus hadapi, tetapi saya ingin berkongsi lima cabaran utama yang membuatkan UMNO terumbang-ambing seperti sebuah bahtera yang sedang dilanda badai yang cukup kuat.


PERTUBUHAN Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar atau UMNO ) ditubuhkan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Perhimpunan pertama diadakan di Dewan Singgahsana Takhta Kerajaan, Istana Besar dengan Dato’ Onn Jaafar dipilih sebagai pemimpinnya yang pertama. Tujuan utama UMNO ialah menentang Malayan Union dan mengelak orang Melayu daripada tenggelam di bawah arus politik dan ekonomi yang menguntungkan golongan lain yang lebih maju.

Cabaran Pertama: UMNO sedang berhadapan dengan dunia politik yang berbeza. Landskap politik negara berubah begitu drastik apabila teknologi dicipta oleh Barat yang diguna pakai secara menyeluruh oleh rakyat Malaysia. Rakyat sekarang tidak seperti dahulu. Rakyat tidak lagi boleh dibeli dengan pengumuman-pengumuman yang berbentuk laba-laba ekonomi atau dasar-dasar kepada mereka. Walaupun baik tetapi rakyat tidak lagi mahu mendengar tetapi mereka ingin merasa. Keyakinan mereka akan terbentuk dan wujud hanya apabila mereka dapat melihat dan merasa manfaat dasar UMNO yang menerajui Kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat mahu UMNO menjadi pembela bukan pencipta krisis kehidupan mereka. Persepsi rakyat kini berubah kerana adanya peralatan teknologi yang digunakan untuk mengubah persepsi rakyat kepada UMNO. Jika UMNO tidak berjaya membendung dan mengurus fitnah yang dibuangkan ke dalam Internet melalui Facebook, Twitter, Whatsapp, Wechat, Telegram dan sebagainya, maka UMNO akan menghadapi perubahan gelombang polar pemikiran yang tidak terkawal. Ia akan bermula melalui rekaan suasana low Intensity Conflict yang diwujudkan oleh pembangkang maka tsunami besar akan mengoyak-rabakkan UMNO dan kekuasaannya. Akhirnya UMNO akan kehilangan kesemuanya.

Cabaran Kedua: UMNO harus walk the Talk jika UMNO mahu menjalankan peremajaan maka harus dizahirkan peremajaan tersebut. Tetapi UMNO hanya mengeluarkan janji-janji plastik kepada orang yang sedang menilai UMNO. UMNO harus berani membuat perubahan drastik dalam meremajakan parti UMNO itu sendiri. Janganlah bila tiba Perhimpunan Agung UMNO maka pelbagai janji plastik dilemparkan sehingga memualkan orang yang mendengar.

Apabila rakyat sudah merasakan UMNO ini gagal maka mereka akan bergerak untuk memilih pakatan pembangkang. Sebab itu ramai anak muda lepasan universiti, golongan profesional dan golongan yang berpendapatan menengah telah berubah angin – dulunya menyokong UMNO kini sudah bersedia untuk memberikan peluang kepada pakatan pembangkang untuk memerintah. UMNO harus melakukan deep rooted operaton dan melahirkan satu blue print peremajaan dengan telus. Golongan profesional hendaklah mewarnai kepimpinan UMNO dari peringkat negeri, bahagian dan cawangan. Mungkin mereka tidak mempunyai pengalaman, tetapi jika tidak diberi peluang sampai kiamat pun mereka tidak akan mendapat pengalaman tersebut.

Dasar UMNO telah berjaya menghantar ribuan anak Melayu ke luar negara menjadi anak-anak Melayu profesional. Tetapi di manakah mereka dalam UMNO. Bahagian mengetepikan mereka yang dianggap sebagai ancaman; cawangan takut mengetengahkan mereka kerana takut mereka ini akan mengambil jawatan. UMNO harus insaf kerana itulah kehendak golongan muda masa kini. UMNO wajib melakukannya jika tidak UMNO akan menghadapi masalah besar apabila PRU-14 nanti.

Cabaran Ketiga: Persepsi rakyat secara keseluruhannya tidak diurus dengan baik. Permasalahan yang ditimbulkan dan dipropagandakan oleh pihak pembangkang tidak dikendalikan dengan baik. Semua kepimpinan atasan dan bawahan dari peringkat negeri, bahagian dan cawangan tiada yang mengurus persepsi ini dengan berkesan. Unit Pengurusan Propaganda tidak diwujudkan maka segala dakyah fitnah dan propaganda yang dibuat tidak dapat dibalas semula dengan berkesan. Dulu UMNO tidak menghadapi dunia siber; dunia akhbar maya; komuniti diskusi siber, di mana segala tindak-tanduk UMNO akan dibincangkan secara terbuka oleh rakyat. Ini ditambah pula dengan pakatan pembangkang yang sangat aktif dan tersusun strategi mereka dalam membedal UMNO melalui dunia siber.

Hampir setiap hari ada saja isu baru yang diketengahkan. Bukan bererti segala isu yang dibawa itu benar tetapi tujuan utama pakatan pembangkang adalah untuk mewujudkan satu pola pemikiran pendapat yang akhirnya mengelabukan pemikiran rakyat sehingga keyakinan rakyat kepada UMNO menjadi negatif. Jika UMNO mahu menawan semula hati rakyat, UMNO harus dan wajib mempunyai kemahiran dan kekuatan untuk mengubah persepsi ini melalui dunia siber. Apakah UMNO tidak boleh mewujudkan portal akhbarnya sendiri. Apakah UMNO hanya berharap dengan blogger?

Cabaran Keempat: UMNO harus dibarisi oleh pemimpin yang boleh dipercayai dan diyakini. Apabila mulut pemimpin dibuka, maka tidak ada lagi perkataan dan kenyataan yang diperlihatkan “bodoh” oleh rakyat sehingga kepemimpinan UMNO diperbodohkan dalam dunia siber. Apakah UMNO berani melakukan perubahan dan pengubahan? Apakah sistem feudal masih kuat dalam UMNO? Pemimpin UMNO harus memperlihatkan dirinya sebagai bijaksana. Bila memberi kenyataan, biarlah bijaksana dan berhikmah tetapi akhir-akhir ini ada saja kenyataan yang tidak bijak keluar dari mulut pemimpin membuatkan kredibiliti pemimpin itu dipersoalkan.

UMNO harus membina pasukan yang baru daripada kalangan pemimpin yang bijaksana. Kekuatan UMNO bergantung pada dua perkara penting. 1. Ahli UMNO yang berkualiti dan 2. Pemimpin yang bijaksana dan amanah. Hilangnya kekuatan UMNO apabila UMNO gagal melahir dan menzahirkan kepimpinan sebegini di mata rakyat.

Cabaran Kelima: UMNO harus sedar bahawa dirinya sedang diasak oleh persepsi rakyat dan kepimpinan UMNO dipertikaikan kerana tindakan dan keputusan yang tidak menguntungkan rakyat. Walaupun, ia dijelaskan secara teknikal bahawa apa jua tindakan dan keputusan diperlihatkan akan memberikan faedah yang besar kepada rakyat namun demikian rakyat tidak mahu tahu jawapan berbentuk teknikal. Mereka mahu tahu apa yang “aku boleh dapat,” “adakah dasar ini akan mengurangkan kantungan aku sebagai ketua keluarga;” “adakah keputusan itu akan menjamin masa depan aku.” Rakyat mahu diri mereka terjamin.

Jika UMNO masih lagi melakukan tindakan dan keputusan yang tidak menyebelahi rakyat maka saya percaya UMNO akan ditolak dan rakyat akan menghukum mereka. UMNO harus tahu bahawa apa yang perlu dipertahankan ialah UMNO dan sistem UMNO itu sendiri. Kita bukan dalam dunia perniagaan, kita berada dalam dunia pemerintahan. Manusia boleh ditukar ganti tetapi yang harus terus wujud ialah UMNO. Ingatlah bahawa tanggungjawab yang UMNO pikul itu berat dan lagi berat bila amanah itu digalas demi rakyat Malaysia.

Memahami makna sebenar "raja berjiwa rakyat"

Ungkapan "raja berjiwa rakyat" bukan sahaja menjadi sangat klise tetapi tidak menggambarkan keadaan sebenar. Ia digunakan secara melulu oleh mereka yang tidak berfikiran kritis, barangkali kerana kata-kata ini lunak disebut, didengar atau ditulis. Tetapi kita harus berhati-hati untuk memetik ungkapan manis ini kerana tidak semua membawa maksud yang manis kepada rakyat.

Bagi saya ungkapan ini tidak boleh digunakan sembarangan kecuali benar-benar kena kepada sikap dan sifat individunya. Oleh kerana itu kita kena berhati-hati supaya tidak memperemehkan ungkapan yang keramat ini kecuali kepada individu yang sememangnya "raja berjiwa rakyat." Dalam keadaan institusi raja di negara ini yang ada kalanya dicemarkan sendiri oleh dalam kalangan istana, maka ungkapan "raja berjiwa rakyat" sewajarnya bernilai tinggi sama seperti tingginya raja kepada rakyat.

Tetapi raja atau sultan tidak perlulah menjadi rakyat untuk menepati "raja berjiwa rakyat." Memadailah memahami denyut nadi dan kesusahan rakyat apabila menganjurkan acara-acara tertentu yang menjurus kepada pembaziran. Lagi pun orang tua-tua ada berpesan, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Raja yang menghayati kesusahan rakyat dan tidak membazir, tidak akan menjejaskan kedudukannya yang tertinggi itu malah akan lebih dihormati.

Oleh yang demikian saya dan sekalian rakyat sangat terharu apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah meminta supaya acara pertabalan baginda sebagai Sultan Perak ke-35 dibuat secara sederhana. Baginda menekankan perubahan pemikiran dalam kalangan pentadbir dan rakyat bahawa istiadat pertabalan bukan satu pesta untuk bersuka-suka. Sebaliknya untuk memperingatkan tentang sejarah negara bangsanya yang memiliki dan telah membina tamadun bangsa, berlandaskan adab yang bertiangkan adat.

Difahamkan baginda menitahkan supaya menggunakan apa yang ada untuk acara pertabalan supaya tidak membazirkan duit rakyat. Sebab itulah pintu gerbang yang lama terus digunakan bukan mendirikan yang baharu yang sudah tentu menelan belanja yang bukan kecil sekalipun kerajaan negeri mempunyai peruntukan untuk itu.

Sultan Nazrin memperlihatkan sosok peribadinya sebagai seorang yang berjimat cermat dan memilih kesederhanaan dalam berbelanja. Baginda tidak memperagakan kemewahan seperti sesetengah dalam kalangan orang istana. Semua ini tentunya lahir daripada keinsafan baginda terhadap kesusahan hidup sesetengah dalam kalangan rakyat.

Inilah "raja berjiwa rakyat" dan semua ini tidak perlu dijaja oleh media kerana rakyat sendiri dapat menghayati prinsip baginda yang mendahulukan rakyat berbanding kepentingan peribadi dan acara gilang gemilang yang menjurus kepada pembaziran. Ungkapan ini dirasakan sendiri oleh rakyat tanpa dipaksa-paksa.

Baginda menitahkan, “Pada era tahap li­terasi rakyat sudah semakin tinggi dan sumber pengetahuan sudah bertambah luas, dalam perse­kitaran demokrasi yang menuntut kepada amalan ketelusan dan ke­terbukaan, menegaskan penting­nya sifat integriti yang tidak memberikan sebarang imuniti kepada perbuatan salah laku, salah guna kuasa dan korupsi oleh sesiapa sekalipun.”

Penegasan Sultan Nazrin memperlihatkan baginda cuba menyuntik satu sudut pandangan yang dinamik bahawa dalam memperjuangkan kebolehpercayaan, tidak ada siapa pun yang terkecuali waima dalam kalangan golongan istana. Ini sangat penting kerana terdapat tanggapan banyak pihak mengatakan golongan istana kebal daripada tindakan dan undang-undang hanya untuk rakyat marhaen. Bagi saya ungkapan "raja berjiwa rakyat" kepada Sultan Nazrin sangat tepat pada tempatnya. Malah kalau tidak diungkapkan sekalipun rakyat dapat merasakan inilah raja yang menjiwai denyut nadi mereka.

Institusi raja perlu terus diper­tahankan dan dimurnikan pada era permodenan dalam pemikiran politik dan sosial di negara ini. Dan golongan istana sendiri perlu melakukannya supaya institusi ini tidak tercemar dengan perlakuan-perlakuan yang tidak sepatutnya. Malah perlu menjadi contoh insan yang berpekerti mulia dalam usaha membina masyarakat yang berperadaban tinggi.

Dalam hubungan ini Sultan Nazrin dilihat memainkan pera­nan sangat penting untuk menggerakkan perubahan. Dalam masa sama baginda juga menyuntik satu tang­gapan baharu terhadap institusi raja supaya tidak terpisah dengan rakyat jelata di sebalik tembok istana. Dengan pengalaman yang diterokai dan pemikiran intelektual yang dimiliki, adalah sangat meyakinkan bahawa baginda mampu memberikan contoh yang baik dalam kalangan istana supaya institusi raja terus dihormati.   - Ku Seman Ku Hussain Utusan Malaysia Rencana 10 Mei 2015

Analisis Mingguan

Sultan Johor 1

Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada majlis perasmian Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru-baru ini menarik perhatian Awang. Gesaan baginda agar Malaysia mencontohi Singapura bagi melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi membentuk perpaduan seawal sekolah rendah, sesuatu yang perlu dilihat dengan serius. Lebih-lebih lagi ketika negara-negara lain sudah lama melaksanakannya sedangkan Malaysia masih di takuk lama.  

"Sekiranya di peringkat kanak-kanak lagi pendidikan dibuat secara berasingan berasaskan kaum dan bahasa maka sampai bila-bila pun akan wujud ruang perbezaan dalam masyarakat majmuk di Malaysia,'' titah baginda.
Awang setuju 100 peratus. Cabarannya ialah kesediaan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia untuk lebih mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan kaum dan bahasa masing-masing dalam soal pendidikan.
Sudah terlalu lama Malaysia terperangkap dalam isu ini tetapi belum ada jalan keluar yang meyakinkan. Awang merasakan perlu ada iltizam baharu untuk semua kaum melihat pentingnya sekolah satu aliran tanpa mengorbankan bahasa ibunda masing-masing.
Sesuatu perlu digerakkan termasuk perbahasan yang sihat berhubung usaha ke arah merealisasikan sekolah satu aliran, setidak-tidaknya  secara berperingkat-peringkat. Awang yakin, jika gerakan kesedaran diperhebatkan dan pendekatan yang elegan diambil, nescaya akan memberikan perkembangan yang positif. Jika tidak, segala gesaan dan rumusan serta pelbagai resolusi persidangan berkaitan integrasi kaum di negara ini, hanya tinggal retorik.  
Dalam konteks Malaysia, sudah tentulah Bahasa Kebangsaan menjadi pilihan tunggal sesuai dengan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Tidak sepatutnya ada sebarang masalah terhadap penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat di tanah air ini ketika jutaan pekerja warga asing ghairah menggunakannya tanpa curiga. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, yang selalu sangat Awang ungkapkan dalam ruangan ini. Cukup jelas mesejnya.

Sultan Johor 2

Terlebih dahulu Awang menjunjung kasih ke atas Sultan Johor dengan niat mahu memberi maklum balas sehabis baik. Titah baginda mahu kerajaan negeri mengkaji semula Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang diluluskan di DUN Johor pada tahun lalu, menjadi bualan ramai.
Secara terbuka Sultan Ibrahim menyatakan tidak bersetuju dengan rang undang-undang LPHJ kerana dipinda mengikut "desakan orang luar yang cetek akal dan tidak faham'' kuasa raja di dalam undang-undang tubuh kerajaan Johor.
"Sekiranya rang undang-undang itu saya luluskan maka tidak selaras dengan beberapa enakmen lain (yang digunakan pakai di Johor). Oleh demikian saya harap Ahli-Ahli Dewan mengkaji semula dan membuat pindaan supaya selaras dengan enakmen lain.
"Johor mesti jadi Johor, ini adalah prinsip yang saya mahu tekankan dan menjadi asas kerajaan dan pembangunan negeri. Hanya orang Johor tahu keadaan dan keperluan rakyat Johor. Jangan biarkan orang luar mencampuri urusan negeri kita,'' titah baginda.
Pada Awang, ini adalah titah yang keras dan padat dengan mesej lalu  menuntut perhatian serius daripada Kerajaan Pusat, kerajaan negeri mahupun rakyat di Johor. Persoalannya, wajarkah LPHJ yang sudah diluluskan di DUN Johor mahu dipinda sebagaimana kehendak Sultan Johor? Tidakkah nanti akan mencetuskan polemik baharu jika tidak ditangani dengan hati-hati? Malah dikhuatiri ia akan mengheret kepada krisis perlembagaan kerana Malaysia adalah negara Raja Berperlembagaan dan bukan beraja mutlak? Walaupun baginda mahu rang undang-undang LPHJ diselaraskan dengan enakmen lain seperti Enakmen Perbadanan Johor 1968 tetapi ia mempunyai implikasi yang bukan kecil.
Isu rang-undang LPHJ pernah panas ketika ia tercetus pada Jun tahun lalu ekoran kebimbangan pelbagai pihak terhadap kuasa sultan secara langsung dalam pentadbiran LPHJ. Ia kemudian dibentangkan di DUN Johor dengan pindaan terhadap kuasa Sultan, bagaimanapun sehingga hari ini baginda masih enggan menandatanganinya. Atas sebab itu, LPHJ yang ditubuhkan bagi mempermudahkan perancangan dan penyelarasan pembangunan perumahan serta hartanah di Johor, belum dapat direalisasikan.
Inilah antara cabaran kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Mohamed Khaled Nordin dan seluruh ADUN sama ada mahu akur kepada titah baginda atau mengekalkan rang undang undang LPHJ seperti yang sedia ada. Ikutilah nanti jika ia dibahaskan pada sidang DUN Johor yang bermula hari ini dan berakhir 18 Mei. Dalam pada itu, Awang tertarik dengan reaksi Khaled yang komited untuk memperhebatkan penyediaan rumah rakyat walau tanpa LPHJ. Apa pun, diharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik. Awang percaya Sultan Ibrahim sedia mendengar segala maklum balas dengan hati yang terbuka dan melihat isu ini dalam gambaran lebih besar. Juga diharap baginda sedia menimbang untuk menukar pendirian demi kepentingan rakyat Johor selain memelihara institusi raja daripada terdedah kepada sebarang kritikan dan tohmahan.
Dalam satu pertemuan tidak lama dulu, Sultan Johor pernah menyatakan baginda sedia menerima apa sahaja pandangan atas prinsip berkata benarlah walaupun pahit. Maka inilah yang Awang sampaikan.

TH: Iktibar dan keyakinan

Isu pembelian lot tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) yang mencetuskan kontroversi, mulai reda dengan keputusan untuk menjualnya semula.

Ramai lega dengan keputusan tersebut yang diambil oleh TH semalam selepas mendapat nasihat Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.
Awang percaya ia langkah terbaik bagi kepentingan semua pihak termasuk penyimpan dan pengurusan TH. Lagipun ternyata sentimen umum tidak memihak kepada TH walaupun pengurusannya menegaskan pembelian itu adalah pelaburan strategik atas pertimbangan komersil, bukannya bailout atau menyelamat 1MDB.
Dengan perkembangan terbaharu ini, marilah melihat ke hadapan dengan menjadikan isu tersebut sebagai iktibar bernilai buat semua terutama kepada TH. Di sebalik tercetusnya isu itu, keyakinan Awang dan ramai lagi kepada TH tidak tergugat. Prestasi TH bukan diukur dengan satu dua isu semata-mata. Banyak kisah kejayaannya yang mungkin tidak disedari atau diambil mudah.
TH diiktiraf dunia atas reputasi terbaik dalam pengurusan dan kebajikan jemaah haji. Syukur. Kos untuk menunaikan haji kekal RM9,980 sejak 2009, walaupun setiap tahun kos sebenar meningkat. Bagi tahun 2015, TH memberikan subsidi haji berjumlah RM7,290 bagi setiap jemaah untuk menampung kos sebenar haji RM17,270.
Tahun lepas, TH membayar bonus tertinggi sebanyak RM3.2 bilion  iaitu 6.25 peratus bonus tahunan + 2.0 peratus bonus haji. Semua itu bukan datang bergolek. Semoga pencapaian TH demi kepentingan penyimpan dan jemaah haji makin melonjak. Sekali lagi, Awang ada keyakinan.

Azmin ada kelas?

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sewajarnya memohon maaf kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar kerana menghamburkan kata-kata kesat.

Walaupun Azmin cuba menafikan tetapi ternyata istilah 'barua UMNO' yang ditujukan kepada Khalid, disebut oleh beliau dalam satu ceramah di Pulau Pinang baru-baru ini.
Sama ada ia berbentuk hamburan atau soalan, istilah itu tetap  digunakan. Juga, walaupun menafikan ungkapan itu, hanya ditujukan kepada Ketua Polis Negara dan bukan pasukan polis tetapi jawatan itu adalah institusi kepada keseluruhan pegawai dan anggota.
Awang tidak faham mengapa seorang Menteri Besar boleh menunjukkan sikap seperti itu. Kata-kata mencerminkan keperibadian. Jagalah adab, janganlah bawa budaya tandas rumah kongsi ke pentas ceramah politik.
Menteri Besar mesti ada kelas. Jika tidak mahu jaga imej parti yang selalu buat kecoh termasuk dalam pemilihan dan demonstrasi jalanan, jagalah imej negeri Selangor. Lagipun kalau sudah buat salah, janganlah malu untuk mengaku dan memohon maaf. Itu hanya menambah penghinaan buat diri sendiri.

- Pengarang Utusan Malaysia Rencana 10 Mei 2015

E-Learning is here to stay

Computers can never take the place of the teacher, but they improve work efficiency in class.

OVER the last few decades, many scholars have attempted to learn more about how information and communication technologies (ICT) have changed our lives and more importantly, how they can be effectively used for teaching and learning.

Many studies have reported about student and teacher behaviours, pedagogies, assessment tools, virtual learning environments and issues related to online instruction.

Researchers are curious about the new opportunities and challenges that lie in ways to employ technology to enhance the process of teaching and learning.

Using ICT in education is not out of the ordinary. In fact, usisng LCD projectors to display our PowerPoint slides and playing video or audio files in the classroom, are some of the many ways of using technology for teaching and learning.

Scholars and researchers predict that teachers will not have their jobs taken over by computers, but they will have their jobs enhanced in terms of efficiency in administration, assessment, teaching delivery, knowledge sharing and student participation.

The right tools

A paper in the March 2015 issue of the The Social Science Journal, the official journal of the Western Social Science Association reported that students prefer interactive animations and videos in their learning. The study carried out in a Malaysian university indicated that it was important for us to understand the students’ attitudes and acceptance of using technology in learning as it would greatly affect their learning outcomes.

For a start, to support the basic teaching of lessons in class, teachers could use Microsoft OneNote, One Drive, Office Mix and PowerPoint to design lesson plans and self-directed contents. The use of self-directed content with the Office Mix is quite easy. For example, an ordinary PowerPoint presentation can be enhanced with voice over or video of the teacher speaking to help demonstrate or explain formulae and concepts.

This would be helpful as supplementary materials to tackle the difficult or complicated topics require more detailed explanations. Students can then use them to replay, revise or learn at their own pace.

OneNote enables the teacher to incorporate files such as video clips, spreadsheets, hyperlinks into a file and organise them according to dates or chapters or topics. Students could be engaged in interactive activities using OneNote by responding to quizzes and interactive exercises to make lessons more appealing.

E-learning is powerful and influential in the classroom and eleswhere, as long as there is a computer and internet access.

Learners can replay, repeat and forward at will on any aspects of the structured learning content, as long as they are in front of the computer.

The idea is to have students love learning and get them to actively participate in the process. Educators not only need to use technology to deliver lessons, there is a need to engage students in interactive activities, make way for them to use their creativity, allow them to construct their own understanding and give them time to reflect on their learning experiences. All these could be possible if educators change their ways and mindsets.

This approach is what scholars call the constructivist approach. Using the constructivist approach in education is suitable for today’s blended learning model where technology is incorporated into traditional teaching methods to open boundaries. Students themselves could be the knowledge developers.

Therefore, teachers are not necessarily the epitome of knowledge as students themselves are trained to to develop knowledge using materials which they could manipulate to create dynamic learning experiences.

The role of a teacher has gradually shifted from that of a provider to facilitator. Reflective teaching requires teachers to develop themselves professionally by reflecting on their teaching styles, student feedback, student behaviour and technology use with the purpose of improving the students’ learning outcomes. To become a reflective teacher, those who teach may even need to break old habits, learn new tricks and adopt new technologies.

Free Online Resources

The birth of the Massive Open Online Courses (MOOCs) and Open Learning Resources (OLRs), and later a tuition-free university called University of the People have shaken the world and to a certain extent, broken down boundaries.

MOOCs are free online courses open to all. Usually, for a small fee, the user could also earn a certification as proof of course completion. The online courses are designed by reputable experts and offered by various universities. One example of a giant MOOC provider is Coursera (http://www.coursera.org/) which has about 109 partner universities and organisations with 12 million registered users at press time.

Meanwhile two of the the world’s top universities the Massachusetts Institute of Technology and Harvard University founded Edx (http://www.edx.org/).

Such online resources are not only credible, but serve as a reference source for students, teachers and adult learners. These are suitably used for blended learning in today’s classrooms. If students have basic Internet access, teachers could use online applications to engage the students in active learning, online discussions and post materials online. Besides that, teachers could also encourage learners to access online content and tools, collaborate and discuss with peers worldwide. Therefore, the teacher is instrumental in creating this opportunity to open up the borders of the classroom or what scholars describe as “flattening the classroom”.

To drive home the point, universities are accountable for the quality of graduates they produce. Churning out thousands after thousands of graduates without a good employment rate to show, may indicate that we have not trained them to power a knowledge-driven economy and to meet industry needs. With the latest inventions and production of gadgets and equipment to make work easier and faster for us, universities must train graduates to do what machines cannot.

Dr Cheah Phaik Kin is an Assistant Professor in the Faculty of Arts and Social Science, Universiti Tunku Abdul Rahman Perak Campus. She is undertaking research projects in online instruction and e-learning to investigate the integration of technology in education. She can be reached at cheahpk@utar.edu.my.

This is the first in a series of articles on Science, Technology, Engineering and Mathematics from Universiti Tunku Abdul Rahman. The STAR Home News Education 10 May 2015