May 17th, 2015

Kekang ketagihan internet

SEBILANGAN besar pembaca yang segenerasi dengan saya semasa bermulanya dasar langit terbuka pada awal 1990-an, pasti terkesima melihat penggunaan Internet dalam kalangan generasi millenials hari ini.

Awal 1990-an ialah era kritikal bagi kebanyakan pejabat akhbar kerana memerlukan syarikat mengeluarkan modal untuk menukar mesin taip kepada komputer, serta peralatan lain untuk tujuan percetakan. Pada Mei 1992, saya memulakan kerjaya sebagai pemberita.

Di pejabat akhbar The People’s Mirror di Kuching, terdapat empat komputer disediakan untuk lapan wartawan. Tolak satu yang "dimilik negara" oleh pemberita kanan, maka tinggal tiga. Waktu maha genting ialah selepas jam 2 petang kerana hampir keseluruhan pasukan pulang daripada "menangkap ikan". Siapa berkenderaan sendiri, lazimnya akan dapat menggunakan lebih dulu berbanding kami yang naik bas yang pusing sejam sekali.

Jadi apa yang dibuat oleh empat lagi sementara menunggu rakan lain menyiapkannya? Ke kantin, makan mi segera kari! Komputer yang digunakan adalah besar "bagak" dengan sistem operasi OS/2 dan teks disimpan dalam floppy disc atau disket. Kami kena mencetak teks untuk diserahkan kepada pengarang, yang akan hanya menerima floppy disc jika teks benar-benar bersih dari segi ejaan dan jawatan subjek.

Bagaimana dengan sambungan ke Internet? Tidak wujud sama sekali. Komputer hanyalah peng­ganti kepada mesin taip. Hanya selepas berhijrah ke Bernama pada 1993, baharulah mengenali lebih dekat apa itu Internet. Ketika itu, enjin carian Yahoo bagaikan pintu ke langit ketujuh!

Itu cerita 23 tahun lalu. Hari ini Internet adalah segalanya. Ia boleh diakses dalam komputer dan apa sahaja gajet elektronik yang ada seperti telefon, tablet dan entah apa lagi. Ini menjadikan Generasi Y sememangnya "lahir saja terus disuakan dengan Internet" iaitu ibu bapa mengambil gambar dan diposkan ke Instagram, Facebook dan Twitter.

Paling terbaharu, satu kaji selidik tentang Gen Z oleh INTI International University and Colleges (INTI) merumuskan generasi ini bukan sahaja hyper-connected tetapi juga “berusaha sendiri”, dengan aspirasi untuk menjadi usahawan berbanding kerjaya tradisional seperti doktor, jurutera dan peguam.

Dilahirkan antara 1995 dan 2009, Gen Z juga “peka media sosial,” memiliki akses kepada maklumat tentang isu global dan sosial pada usia muda yang melahirkan minat dalam kerja-kerja sukarela sosial. Antara inti patinya ialah:

1 Generasi ini menghabiskan purata lapan jam sehari melayari Internet, dengan kira-kira 41 peratus merasakan tidak sempurna bila tidak berbuat demikian.

2 Kira-kira 42 peratus mahu melakukan sesuatu yang serba baharu apabila membuat pilihan kerjaya, 37 peratus berharap untuk menukar hobi mereka menjadi kerjaya dan 31 peratus mahu menjadi usahawan.

3 Hampir 94 peratus Gen Z melayari laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter setiap hari dan 41 peratus Gen Z merasakan tidak sempurna diri mereka apabila tidak berbuat demikian, adalah jelas Gen Z, yang “bimbang tidak dalam talian”, sangat bergantung tinggi kepada rangkaian maya.

4 Internet dan media sosial telah menjadi kaedah bagi Gen Z menzahirkan diri mereka kepada kehidupan sebenar dan rangkaian sahabat dalam talian dan kepada sesiapa sahaja yang bersedia menjadi audiens. Maka, teknologi hari ini telah menjadi alat bagi meningkatkan ciri-ciri personaliti. Mereka yang dalam Gen Z dengan personaliti suka bergaul adalah lebih ramai menggunakan media sosial untuk meningkatkan rangkaian sahabat mereka selain meraih populariti dengan rakan sebaya.

5 Sebanyak 26 peratus Gen Z merasa sedih apabila tiada sesiapa memberi komen atau likes terhadap status atau gambar mereka. Dalam dunia maya hari ini, meraih komen dan likes ke atas gambar dan pernyataan boleh meraih suatu perasaan kuat merasakan diri mereka diterima dan diiktiraf oleh rakan sebaya atau rakan digital.

6 Gen Z juga akan menggunakan kesempatan daripada pelbagai platform untuk mempamerkan kreativiti dan bakat mereka kepada dunia. Lima platform utama digunakan oleh Gen Z ialah Facebook (92%), WeChat (70%), YouTube (66%), WhatsApp (66%) dan Google+ (33%).

7 Gen Z amat menyukai gajet mereka, melihat kepada hampir tiga paparan gajet yang berlainan setiap hari.

8 Sebanyak 49 peratus Gen Z menyukai mesej ringkas dan segar dan memiliki tempoh perhatian pendek kerana mereka mudah dipesongkan perhatian.

Apa implikasi kepada generasi ini? Sebagaimana saya merrepak awal di atas, generasi saya mendakap Internet dengan condong kepada keperluan kerja, bukan bersosial.

Pakar terapi perkahwinan dan keluarga, Charis Wong yang juga ahli psikologi dan Pengarah Pusat Terapi Perkahwinan, Keluarga dan Kanak-kanak KIN & KiDS berkata, penemuan kaji selidik itu menggariskan kepentingan ibu bapa kepada Gen Z untuk sentiasa mengikuti perkembangan teknologi digital moden dan sumber-sumber Internet yang ada supaya mereka lebih bersedia untuk menangani isu-isu keibubapaan baharu.

Ini termasuk melaksanakan keselamatan asas dalam talian bagi anak mereka, belajar bagaimana untuk memantau kegiatan Internet anak mereka, melindungi anak mereka daripada pemangsa dalam talian dan pembuli siber serta menetapkan had terhadap masa penggunaan Internet anak mereka.

Dinamik baharu ini yang wujud dalam kehidupan di era digital yang pesat dengan maklumat mudah diakses hanya di hujung jari mereka menjadikan tugas ibu bapa hari ini lebih mencabar daripada sebelum ini, kata Wong.

Ringkasnya, kita sebagai ibu bapa kena berubah cara kawal selia aktiviti maya anak-anak ini. Tidak boleh sewenang-wenangnya Log out.

-  Johardy Ibrahim Utusan Malaysia Rencana 17 Mei 2015

Guru dikenang kerana kebaikannya

Guru ialah orang yang memberi atau menyampaikan ilmu, secara formal di sekolah. Secara profesionalnya, gelaran guru hanyalah dikhususkan kepada individu yang mengajar di sekolah. Jika terdidik guru akan terdidiklah negara, kerana anak-anak kita banyak masanya berada dalam pengawasan guru, iaitu sejak anak-anak kita dihantar ke taman didikan kanak-kanak (tadika).

Guru tadika, merupakan guru yang paling penting dalam pembangunan insan bagi anak-anak kita. Sebab guru tadika mendidik anak-anak kita semasa mereka berumur 4 - 6 tahun, iaitu pada satu fasa usia, anak-anak sedang menerima apa-apa sahaja yang diajar oleh guru tanpa ada tapisan minda.

Kanak-kanak pada usia itu, ibarat span yang menyerap apa-apa sahaja jenis cecair yang datang kepadanya, tidak kira bersih atau kotor. Kalau sistem nilai yang dimasukkan oleh guru tadika selain ibu bapa negatif, maka anak-anak akan menerima kesan negatif hingga mereka besar. Keyakinan diri anak-anak, cara mereka melihat diri mereka dan personaliti diri mereka, akan bergantung kepada persekitaran yang disediakan oleh guru-guru dan ibu bapa semasa mereka kecil.

Disebabkan hal tersebutlah, maka tugas seorang guru itu amat penting, maka kerana itulah Hari Guru disambut setiap tahun pada 16 Mei. Namun begitu, seandainya seorang guru itu, menjadi guru bukan kerana berminat hendak menjadi guru, bukan menjadi guru untuk mencari tujuan hidup, dan menjadi guru bukan untuk mendapatkan reda Allah dan mengharapkan "pencen kubur", alangkah sia-sianya masa dan usia yang dihabiskan sepanjang menjawat jawatan itu.

Lebih rugi lagi kepada masyarakat dan negara, jika seseorang itu menjadi guru kerana pilihan terakhirnya, setelah beberapa kali gagal mendapat kerja yang dimahukannya, atau memilih profesion perguruan itu kerana berasa stabil dapat bekerja dengan kerajaan, atau suka kerana bekerja sekerat hari dan dapat bercuti panjang apabila cuti sekolah.

Jika kita bekerja, hanya fokus apa yang kita patut dapat, kita tidak akan berusaha lagi untuk mempertingkat dan memperbaiki usaha kita dalam kerjaya. Kita tidak akan hiraukan sama ada cara kita mengajar bagus atau tidak bagus, murid/pelajar faham atau tidak faham, kerana kita tahu apa pun yang kita buat, setiap bulan kita akan mendapat gaji yang tetap. Sama ada kita bertungkus-lumus mengajar atau kita mengajar ala-kadar, gaji yang kita terima tetap sama; jika semua guru berfikiran begini, alangkah ruginya negara dan kasihan anak bangsa kita.

Manfaat

Hakikatnya, semua guru berjaya melaksanakan tugasnya untuk mengajar, tetapi tidak semua guru berjaya mendidik murid/pelajarnya. Mengajar hanya setakat melibatkan akal, tetapi mendidik melibatkan sahsiah, emosi rohani, cara guru bercakap dan berinteraksi dengan murid/pelajar. Yang kuat dalam diri manusia itu ialah rohaninya. Keintelektualan mengajar untuk mereka faham sahaja, bukan menanamkan pada roh dan jiwa mereka suka kepada ilmu yang dipelajari.

Sebab itu apabila guru mengajar dan mendidik, kita bukan sekadar mengajar untuk orang faham dan tunjuk betapa bijaknya kita, tetapi berniat hendak memberikan semaksimum manfaat kepada murid/pelajar, berdasarkan ilmu yang kita miliki. Semoga dengan ilmu yang kita berikan itu, akan menjadi "modal" untuk mereka berjaya dalam hidup pada masa hadapan.

Sayangilah murid/pelajar dan pandang mereka dengan kasih sayang, macam anak kita sendiri. Guru pun bermula daripada tidak pandai suatu masa dahulu. Apabila kita menjadi guru, bayangkan ketika kita di dalam darjah satu dahulu; macam mana kita hendak cikgu melayan kita, begitulah kita perlu melayan murid darjah satu kita. Mesti ada perasaan empati, iaitu letakkan perasaan kita dalam perasaan orang, barulah kita boleh bekerja dengan jiwa.

Kalau guru berkasar dengan murid/pelajar, macam manalah mereka hendak berlembut dengan guru. Budaya memberi dan menerima mesti ada; kita baik dengan murid/pelajar di sekolah, mereka juga akan baik dengan kita. Atas keredaan Allah SWT kerana kita ikhlas mengajar, anak kita di rumah pun selamat, dijaga Allah daripada musibah. Sebab itulah daripada (pengamatan), didapati biasanya anak seorang guru akan berjaya dalam hidupnya, kerana keberkatan kerjaya seorang guru.

Guru, jadikanlah sekolah itu ladang pahala dan pasanglah niat menjadi guru untuk memberi manfaat dan mendapat reda Allah. Apakah benih yang hendak kita taburkan di ladang pahala, sama ada benih kehidupan atau racun kehidupan? Sebagai guru, kita menjadi ejen pengubah, untuk membina jati diri murid/pelajar kita, dan lihat setiap individu dengan potensi dirinya yang tidak ada had. Janji kepada diri kita, sebagai guru, kita akan tentukan dengan ilmu yang kita ada dan persekitaran sekolah, murid/pelajar kita semua akan berjaya, tidak kira sama ada mereka dalam kalangan pelajar cerdik ataupun tidak.

Kita tidak akan menjadi guru yang melebihkan murid/pelajar pandai sahaja, yang boleh mendapat banyak A dan akan menaikkan prestasi sekolah, serta menilai kecemerlangan berdasarkan pencapaian akademik sahaja. Sepatutnya kita seimbangkan antara pencapaian akademik dengan kawalan emosinya, iaitu dari segi budi pekerti. Ubah paradigma bahawa kecemerlangan seseorang bukan hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik. Ini kerana ilmu akademik akan membuatkan kita pandai, tetapi ilmu wahyu membuatkan kita menjadi baik. Bukan baik dari segi akal intelek semata-mata, tetapi hendak didik murid/pelajar menjadi baik dari segi hati budi.

Jangan membunuh keyakinan murid/pelajar dengan memberikan komen negatif dan fokus kepada kelemahan mereka sahaja. Janganlah menjadi guru yang hidupnya hanya mencari dan menyerlahkan kesalahan orang, kerana tanpa kita sedari murid/pelajar kita itu juga, sedang belajar daripada apa yang kita lakukan kepada mereka. Kalau kita sentiasa mencari kesalahan mereka, sebenarnya kita sedang mendidik mereka, hidup ini untuk menunjukkan kita hebat, kita cari kesalahan orang dan lupakan kebaikan orang.

Kita mesti fikir apa yang kita buat, apakah kebaikan yang pelajar kita dapat, bukan sebagai satu hukuman. Kalau kita mendenda mereka, bagi tahu sebab kita hukum dia. Kita bukan marah dia sebagai insan tetapi kita marah kepada akhlaknya. Jangan keluarkan komen yang membunuh keyakinan mereka, yang akan menjadi parut sampai mereka besar. Guru yang kita sayang ialah guru yang baik dan pandai mengambil hati kita, memuji kita dan sentiasa senyum.

Jangan sampai menjadi guru, semasa muda garang, apabila tua, nanti pelajar lari enggan menegur kita. Biarlah sebagai guru kita dikenang kerana kebaikan kita, bukan kerana kegarangan kita. Biarlah ramai yang menangis pada hari bersara kita, bukan orang di sekeliling kita mengira tahun, bulan dan hari menanti hari persaraan kita. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.

- Dr Muhaya Muhamad Utusan Malaysia Rencana 17 Mei 2015

Amanah dan "kepimpinan melalui teladan"

Menyemai, menyubur dan memperkukuhkan sifat amanah dalam kalangan sesetengah pemimpin bukanlah semudah mewujudkan Pelan Integrasi Nasional (PIN) dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM). Tidak amanah kini menjadi penyakit kronik sesetengah pemimpin dan pelaksana dasar di sektor awam. Tetapi untuk menjadikan amanah sebagai penimbang dalam setiap tindakan, IIM bukanlah sandarannya. Sebagai sebuah negara Islam, yang menjadi agama Persekutuan dan sebahagian pemimpin politik dan sektor awam beragama Islam, kita tidak memerlukan PIN atau IIM untuk mengamanahkan pemimpin kita.

Sebagai negara Islam kita mempunyai banyak kelebihan berbanding Barat. Dalam Islam semua aturan hidup telah digariskan termasuk amanah. Maknanya kesedaran agama boleh menghalang perbuatan yang tidak amanah. Apabila amanah, dengan sendirinya ada ketelusan yakni tidak menyembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Tidak perlu membuat kerja "untuk rakyat" secara sembunyi-sembunyi.

Memperkasakan amanah mesti bermula daripada pemimpin. Ini ditekankan oleh bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad menerusi kempen Kepimpinan Melalui Teladan.

Dr. Mahathir juga memperkuatkan penekanan kepada amanah apabila menjadikan "Bersih Cekap Amanah" sebagai asas penting dalam pentadbiran beliau. Tiga perkataan yang mudah disebut, senang ditulis tetapi amat payah dilaksanakan kecuali mempunyai iltizam yang tinggi.

Sebab itulah orang Melayu ada berkias, kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Orang bawahan selalu akan mengikut perangai orang di atas. Kalau orang di atas boleh buat, kenapa pula orang bawahan tidak boleh buat? Apabila ini menjadi pegangan, punah ranahlah negara.

Orang tua-tua kita berpesan lagi, jangan menjadi ketam yang mengajar anak berjalan dengan betul sedangkan seumur hidup ibu ketam tidak pernah berjalan betul. Kalau tidak percaya, cuba lihat perangai anak-anak ketam yang berjalan mengiring walaupun ibu ketam mengajar anak berjalan dengan betul sejak berkurun-kurun lamanya.

Tetapi sifat ibu ketam begini terdapat juga dalam kalangan sesetengah pemimpin kita. Bagaimanapun oleh kerana tidak mengamalkan "kepimpinan melalui teladan" maka ibu dan anak-anak ketam terus berjalan tidak betul. Lama-kelamaan yang tidak betul itu sudah sebati dan dianggap sebagai "betul".

Oleh sebab itu, kita jangan mengukur indeks amanah daripada jumlah kes. Sebabnya bukan semua kes menjadi "kes". Malah yang sudah didakwa kerana ada wang berjuta-juta ringgit melampaui kemampuannya pun terus senyap tetapi rakyat tidak lupa.

Memikul

Tetapi apabila pemimpin memperlihatkan contoh terpuji, orang bawahan dengan sendirinya akan berasa malu sekiranya mempunyai sifat yang bertentangan dengan ketuanya. Ini amat bertepatan yang dititahkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bahawa memikul amanah tidak dikecualikan waima terhadap seorang pemimpin.

Harap pemimpin-pemimpin kita menghayati titah Sultan Nazrin. Bagaimanapun ada kecenderungan dalam kalangan kita menganggap perbuatan yang tidak baik dibolehkan asalkan mempunyai tujuan yang baik. Ini kekarutan yang tidak boleh dimaafkan.

Tidak amanah boleh disamakan dengan arak. Apabila seseorang itu dikuasai arak, ini mendorong dia melakukan pelbagai kesalahan lain yang lebih besar dan menjejaskan kesejahteraan awam misalnya membunuh, merogol atau mendera.

Maknanya jika seseorang yang ada kuasa tetapi tidak amanah, ini bukan sahaja mendorong rasuah tetapi jauh lebih teruk lagi rasuah itu mematikan semua sistem yang memberikan keadilan kepada rakyat.

Saya fikir rintihan orang kampung yang kemudahan asas di kampung mereka yang mundur dan ketinggalan ada kaitan dengan sifat tidak amanah. Ini kerana dalam sesetengah kes, bukanlah tidak ada peruntukkan daripada kerajaan.

Masalahnya peruntukkan itu ada kalanya tiris kepada pemimpin-pemimpin di peringkat kawasan. Dapat peruntukkan tiga jambatan, tetapi satu jambatan sudah hilang, yang ada cuma dua sahaja.

Sekali lagi kepimpinan perlulah menunjukkan teladan dengan memastikan wujud elemen-elemen bersih, cekap dan amanah. Pemimpin yang amanah seperti Muhammad al-Fateh semasa Empayar Uthmanniyyah di Sepanyol telah membuktikan negaranya bebas daripada penyelewengan dan rasuah. Itulah ‘kepimpinan melalui teladan’ dan bukan ketam yang cakap tidak serupa bikin.

Janganlah membazir

Tidak lama dulu sebuah laman sesawang mema­parkan jam tangan yang dipakai oleh bebe­rapa pemimpin negara ini. Pemaparan laman sesawang itu dalam istilah kewartawanan ialah human interest’, suatu paparan ringan yang menarik orang untuk tahu. Yang lebih penting lagi paparan itu ada nilai berita kerana tokoh-tokoh itu orang ternama.

Pengendali laman itu tidak mengulas apa-apa kecuali memaparkan harga, jenama dan model jam tangan berkenaan hasil penye­lidikan dilakukan dalam masa yang lama. Cuma rakyat marhaen mungkin terkejut apabila ada antara harga jam tangan itu sama dengan sebuah rumah PR1MA.

Mereka terkejut dan macam tidak percaya kerana itu daripada sudut pandang golongan yang tidak berkemampuan. Tetapi bagi golongan yang mampu, tidak ada peliknya membeli jam tangan mahal. Bagi saya, membeli jam tangan atau apa sahaja yang harganya macam tidak percaya bukanlah satu kesalahan.

Tengoklah berapa banyak golongan selebriti sama ada dalam dunia hiburan atau sukan di Barat yang boros berbelanja hingga ke peringkat tidak masuk akal. Semua itu tidak menjadi kesalahan.

Tetapi dalam hidup ini bukan perkara yang salah sahaja dihindari. Yang tidak digalakkan oleh agama juga patut dielakkan. Islam agama yang melarang pembaziran.

Walaupun sesetengah orang berkata definisi membazir itu sendiri adalah suatu yang subjektif, yang marhaen anggap membazir tetapi yang kaya anggap biasa sahaja. Cuma kita mengambil jalan tengah, kalau terlampau mahal anggap itu membazir.

Seorang ulama berkata kepada saya, janganlah membazir walaupun duit yang kita miliki itu kalau disusun panjangnya boleh sampai ke Mekah.

Memanglah banyak orang politik kita yang kaya dan hidup mewah. Seperti kata Usman Awang, “Gajiku sepasang kasut menteri." Itu rezeki masing-masing dan tidak dipertikai. Cuma tidak elok kalau membazir. Itu bukan teladan yang baik kepada rakyat. Apa lagi mereka sering menyuruh berjimat padahal rakyat tidak tahu apa lagi yang hendak dijimatkan.

- Ku Seman Ku Hussain Utusan Malaysia Rencana 17 Mei 2015

Mengembalikan Guru Kepada Tugas Hakiki Mereka

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Program Pengawaman Polis melalui pendekatan NBOS telah dilaksanakan dengan penjajaran tugas perkeranian Anggota Polis kepada Anggota Kumpulan Sokongan (AKP).

Anggota Polis yang melaksanakan tugas perkeranian telah diarahkan untuk melakukan tugas hakiki mereka iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di luar pejabat.

Melalui program ini, negara telah dapat mengurangkan kadar kes jenayah. Susulan daripada kejayaan ini, pendekatan tersebut telah diperluaskan kepada perkhidmatan perguruan supaya guru dapat memberi fokus kepada tugas hakiki mereka iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Bermula dengan kejayaan Program Rintis Pemantapan Profesion Guru (PPG) di Melaka pada tahun 2013, di mana pembantu guru yang terdiri daripada Pembantu Tadbir (Pentadbiran/Operasi) Gred N17 (PT N17) dan Juruteknik Komputer Gred FT17 (JK FT17) telah ditempatkan di sekolah untuk mengurangkan beban tugas operasi dan pentadbiran serta teknikal ICT Guru Tugas Khas iaitu Guru Data (GD), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta Guru Penyelaras Bestari (GPB).

KPM telah mengorak langkah kepada usaha menangani beban tugas guru secara komprehensif dan mencakupi pelbagai aspek melalui pendekatan NBOS merangkumi Beban Tugas Pentadbiran dan Operasi Guru, Ketidakpadanan Opsyen Guru, Kemasukan Pelbagai Data dan Saiz Kelas Yang Ideal bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kepakaran dalaman yang melibatkan pelbagai pihak termasuk JPA dan KPM yang terdiri daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah serta guru-guru di sekolah terpilih turut digunakan.

HASIL PROGRAM NBOS

Penjajaran tugas pentabiran dan operasi serta teknikal ICT guru kepada pembantu guru telah membawa impak dalam usaha menangani beban tugas guru yang telah lama diperkatakan.

Di Melaka, penempatan PT N17 bagi membantu GD telah dapat mengurangkan secara purata 7.4 jam seminggu untuk tugasan berkaitan data, 6.9 jam seminggu untuk tugasan GPM dan purata 3.0 jam seminggu untuk tugasan guru akademik yang lain.

Penempatan JK FT17 di sekolah pula telah dapat mengurangkan secara purata 5.2 jam seminggu bagi tugas berkaitan teknikal dan ICT sekolah yang dilaksanakan oleh GPB sebelum ini.

Pengurangan masa ke atas tugas yang tidak berkaitan dengan tugas hakiki membolehkan fokus dan persediaan PdP yang lebih berkualiti dapat diberikan oleh guru.

Berdasarkan kajian pada Julai 2013, dapatan data Educational Management Information System (EMIS) menunjukkan seramai 21,175 guru mengalami ketidakpadanan opsyen daripada jumlah keseluruhan bilangan guru di Selangor iaitu seramai 59,772.

Maklumat dari kajian tersebut telah dijadikan asas kepada penggunaan instrumen 12 Kriteria Pelabelan Guru untuk mengatasi permasalahan ketidakpadanan opsyen guru di Selangor.

Penggunaan instrumen ini secara teknikalnya telah berjaya mengurangkan bilangan ketidakpadanan opsyen di Selangor iaitu seramai 1,193 guru kepada tiada guru yang tidak memenuhi opsyen di sekolah-sekolah.

KPM mempunyai pelbagai sistem yang dibangunkan dan berfungsi secara terpisah bagi mengumpul data dari sekolah iaitu lebih 28 aplikasi antaranya Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM), e-kerja, e-nazir dan e-Perlu.

Sebagai jalan penyelesaian bagi menangani isu beban tugas guru dalam membekalkan data pendidikan, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dijadikan sebagai satu mekanisme kemasukan data tunggal (single entry) telah dilaksanakan di semua sekolah di bawah KPM melibatkan tiga sistem utama kementerian yang disatukan iaitu EMIS, Sistem Maklumat Guru (SMG) dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk pengisian maklumat sekolah, guru dan murid.

Masalah duplikasi kemasukan data bagi item yang hampir sama telah dapat dikurangkan sebanyak 718 medan yang tidak perlu dikunci masuk semula oleh pihak sekolah di samping dapat meningkatkan integriti data melalui perkongsian data dari satu sumber sahaja.

Data EMIS pada tahun 2013 menunjukkan sebanyak 40,240 buah kelas daripada 171,508 buah kelas yang melebihi 35 orang murid setiap kelas di seluruh negara.

Negeri Selangor mencatat lebihan murid tertinggi sebanyak 12,620 buah kelas daripada 26,549 buah kelas di negeri Selangor.

Sehubungan itu, dalam usaha untuk mengurangkan limpahan murid di negeri Selangor terutamanya di kawasan bandar, pembinaan sekolah dan bangunan baharu telah dan sedang giat dilaksanakan.

Hasilnya pada tahun 2015, sebanyak tujuh buah sekolah telah siap untuk beroperasi di Selangor merangkumi empat buah sekolah di daerah Hulu Langat, dua buah sekolah di daerah Petaling Perdana dan sebuah sekolah di daerah Kuala Langat.

Selain itu, KPM turut menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta termasuk semakan semula peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan pembinaan sekolah baharu yang dibina oleh pihak pemaju perumahan.

PENGALAMAN PENULIS

Pelbagai sesi 'engagement' telah dilakukan seperti sesi dialog bersama warga institusi pendidikan yang diadakan di Melaka dan Sabah dengan kerjasama pihak JPA.

Majlis ini adalah sesi perjumpaan khas KPPA, KSU dan KPPM dengan kumpulan guru dan AKP terlibat dan telah dilaksanakan pada 31 Okt, 2013 di Melaka dan 5 Nov, 2014 di Sabah.

Tujuan penganjuran sesi dialog adalah untuk mendekati dan mendengar maklum balas daripada pihak guru sebagai saluran untuk pihak KPM mendapatkan pandangan dan cetusan buah fikiran warga pendidik itu sendiri, demi menjana usaha yang lebih proaktif dalam pembangunan pendidikan Negara keseluruhannya.

Penganjuran majlis ini dilihat menepati falsafah NBOS yang menyarankan pendekatan kerjasama erat di antara agensi pusat, kementerian dan pejabat kerajaan negeri.

KAITAN DENGAN DASAR KERAJAAN

Pelaksanaan 'Inisiatif Repositioning of Teachers' Core Duties' adalah selaras dengan Transformasi Kerajaan melalui Anjakan Keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu memberi tumpuan untuk mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

Bagi memastikan inisiatif ini tercapai, hasrat dan aspirasi dalam menyediakan suasana kerja yang kondusif adalah perlu bagi guru sebagaimana yang telah digariskan dalam dua tindakan utama menangani beban tugas guru yang keterlaluan dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Artikel ini ditulis oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.

-- BERNAMA Rencana 17 Mei 2015

Repositioning Teachers To Their Core Duties

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- It all began with the realignment of clerical duties of police personnel to the Support Group (AKP) within the Royal Malaysia Police (PDRM).

The initiative has reduced the crime rate significantly as more police personnel are deployed to perform the essential task of maintaining public order and security on the ground.

Taking a cue from PDRM's success, the Teachers' Profession Enhancement Pilot Programme was launched in Malacca in 2013. The placement of administrative assistants in schools duplicated PDRM's success as it reduced the workload of teachers and enabled them to focus on their primary duty of teaching.

Computer technicians were also placed in schools to reduce the operations and administrative workloads of special task teachers, namely Data Teachers, the Library and Media Teachers and the Bestari Coordinator Teachers.

The ministry has comprehensively addressed the issue of teachers' administrative workload, teachers' option mismatch, multiple data entry and overcrowded classrooms through collaboration with the Public Service Department (JPA), State Education Departments, Educational Technology Division, Teacher's Activity Centre, District Education Offices, teachers and non-teaching staff in selected schools.

PROGRAMME OUTCOME

The programme has shown significant results, particularly in reducing the number of man-hours of non-teaching related tasks.

The placement of administrative assistants to help Data Teachers has helped reduce an average of 7.4 hours per week on data-related tasks, 6.9 hours per week for Library and Media Teachers and an average of 3.0 hours a week for other teachers.

Technical assistants placed in schools had also reduced an average of 5.2 hours per week for technical and ICT-related tasks previously performed by Bestari Coordinated Teachers.

Teachers will now be able to focus more on students' academic progress without being hindered by the administrative workload.

Based on the findings from the Educational Management Information System (EMIS), as of July 2013, a total of 21,175 out of 59,772 teachers in Selangor had mismatched options.

The pilot study conducted applied 12 Labelling Criteria Instrument for teachers which proved successful in eliminating the number of mismatched options for 1,193 teachers in the state.

The ministry also had multiple systems that were developed and functioned independently to collect data from schools. This included over 28 apps including e-Kerja, e-Nazir and e-Perlu.

To ease the teachers' task of keying in data on education, the ministry launched the Sistem Pengurusan Sekolah app and implemented it in all schools under it.

The single data entry mechanism combines three core systems namely EMIS, Sistem Maklumat Guru (SMG) and Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), all of which require regular updates from the schools.

With the move, the ministry has managed to reduce as many as 718 fields to key-in while improving the integrity of data sharing from a single integrated source.

In terms of overcrowded classrooms, a total of 40,240 classes out of 171,508 classes nationwide were experiencing a spillover of enrollment of 35 students per class, based on a 2013 finding from EMIS.

The problem is most prevalent in Selangor. Of 26,549 classes in Selangor, 12,620 were overcrowded.

Hence, more school buildings are being built, particularly in urban areas, to cater to the overwhelming increase of student enrollment.

In 2015, seven new schools were opened in Selangor. Four are in Hulu Langat, two in Petaling Perdana and one in Kuala Langat.

In addition, the Ministry has also partnered with private developers to revisit the local authorities ruling on the construction of new schools.

LINKED GOVERNMENT POLICY

Various consistent engagements with education personnel have been conducted by the Ministry.

Dialogue sessions were held on Oct 31, 2013 in Malacca and Nov 5, 2014 in Sabah, helmed by the Director General of Public Service as an outreach programme to solicit feedback from teachers in garnering better insights and ideas in improving the ongoing initiatives.

The Repositioning of Teachers to Their Core Duties initiative is in line with the Government Transformation Programme through the Malaysia Education Blueprint (PPPM) 2013-2025, which focuses on transforming the teaching profession into a profession of preference, for the betterment of the Malaysian education system as a whole.

This article was written by the Education Ministry Secretary-General Tan Sri Dr Madinah Mohamad and the Education Director General Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.

Tema Hari Guru 2015 ~Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Huraian Tema Hari Guru 2015

Definisi

Guru: merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta menjadi pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupay menjadikan dirinya suri teladan.

Membina Ilmu: individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif).

Menyempurnakan: menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menghasilkan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Akhlak: budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

Huraian

Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengetahuan agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insaf bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting  dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus didalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak kearah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan didalam PPPM 2013-2015, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen kearah merealisasikan hasrat tersebut.

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Surat Edaran Tema Hari Guru 2015 oleh Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia  Surat Rujukan KP(JNJK) 900-20/13 (36) bertarikh 27 Februari 2015

Seeking an end to academic dishonesty

Students in India have resorted to cheating out of desperation, and experts blame the nation’s education system for its overemphasis on exams and memory-testing.

FIFTEEN-year-old schoolgirl Payali knew she was doing wrong when she scribbled mnemonics on her hands before entering one of India’s thousands of examination rooms.

But like many other students, the pressure to pass her annual exams was too intense and so she used the memory prompts to cheat.


An Indian shopkeeper places a ‘spy pen’ - a pen with a camera fitted - in his shirt at a store in New Delhi. Tiny bluetooth earpieces, “spy bras” and hidden camera glasses: these are just some of the hightech gadgets available for students in India where cheating on high-pressure exams is rampant. – AFP

Failure would jeopardise her chances of climbing out of poverty which had long shackled her family.

“There’s too much to memorise and pressure from parents, teachers and even competition with friends,” said Payali, who did not want to use her last name, as she walked home from school in New Delhi.

“If you can’t handle it all, you fail,” Payali, 17, who still has a year to go before graduation.

Using methods ranging from old-fashioned crib sheets to high-tech spy cameras, cheating is common in India, where government schools place an extraordinary emphasis on exams in all grades, according to experts.

Television footage last month showed dozens of relatives scaling school walls to try to give information to students in northern Bihar, one of India’s poorest states.

Staff and police officers were seen ignoring relatives who passed cheat sheets through the windows of exam rooms.

The footage made international headlines, forcing embarrassed authorities to round up parents and issue them with fines, but education experts said they were unsurprised.

Cheating underscores the poor state of many of India’s schools which are overcrowded and underfunded, their classrooms packed with children learning mostly by rote.

System fails students

Arjun Dev, former head of a government body that plans and promotes schools, said an “endless overemphasis on memory-testing exams” has stubbed out creativity and logical reasoning.

“The system has failed students. It doesn’t equip them with necessary qualifications and then overplays the importance of exams, whose certificate is hailed as the ultimate ticket to success,” he said.

“Until the system changes, cheating will remain a common feature during exams. It’s as simple as that.”

Anxiety levels soar in the months leading up to the exam season – this year’s has just ended -- with students pinning hopes on high scores: the only way to get a decent job or a place in college.

With the system stacked against them, many poor families feel compelled to do whatever they can to help their child get a foothold in a better life.

This -- along with India’s all-pervasive culture of corruption -- have been largely blamed for the cheating.

Rakesh Kumar, who left school in 2008, makes no apologies for his efforts, including smuggling notes into the exam, hidden under his watch and in his socks.

“There weren’t many teachers or chairs, sometimes no electricity. I lost interest slowly, so I didn’t study,” said Kumar from Bihar.

“Sometimes the invigilators wouldn’t care much, they turned a blind eye ... that helped. Honestly, I had no choice. I had to cheat,” said Kumar, who earns 25,000 rupees ($400) a month running a store in east Delhi selling traditional Hindu ayurvedic health products.

For better-off students, cameras hidden in buttons, ties, pens and bras accompanied by Bluetooth technology are available online and in shops tucked away in the backstreets of Delhi’s old quarter.

“Sometimes kids come by to check out the items,” shopkeeper Rocky Binwal said, adding that his policy is “not to ask” questions.

No sense of shame

Prime Minister Narendra Modi, who swept to power last May, has called for a paradigm shift in education – from rote learning to modern, skills-based training.

“Our education apparatus cannot be one that produces robots. That can happen in a laboratory,” Modi said at a university event in December. “There has to be overall personality development.”

Education Minister Smriti Irani has vowed to increase spending on education and pledged a new national policy by December that will link “education to employability”.

Experts applaud the promises but fear for the millions of young people on the verge of pouring into India’s job market.

Indian education research group Pratham published a survey in January that found half of 570,000 students surveyed could not read simple sentences or solve easy arithmetic after six years of schooling.

India has a literacy rate of 65%, lagging far behind neighbouring China, where the rate is 95%.

“We have students who don’t know the basics and that is frightening,” said Ranajit Bhattacharya, Pratham’s communications head..

Anand Kumar, who teaches maths to students from poor families in Bihar, said plenty of students were working hard against the odds, rather than resorting to cheating.

In a blog on the NDTV channel website shortly after the Bihar scandal, Kumar said teachers needed to work harder to help neglected students.

“Also, there needs to be a sense of shame that accompanies cheating – and not just when the person gets caught. It should not be considered the done thing.” – AFP

Of sweet and bitter memories

MEMORIES have a way of evolving, becoming either more gentle with the passing years or taking on added dimensions of intensity. At times we may also need to sieve through our memories of people whom we have known in the past to determine their degree of accuracy.

When I asked several people about the teachers they remembered best, there were two categries of responses. The first category consisted of teachers who were remembered fondly by their former students. The second category of “most remembered” teachers which emerged after much probing, were those who had left painful memories in the lives of those they had taught.

The response from Jess who left secondary school almost 15 years ago was so immediate it seemed that she was just waiting to spill out.

“Puan Siti ... my Standard Three English teacher of course was my favourite. We simply adored her, all the nine-year-old girls in class. “We loved English lessons because of Puan Siti . She would teach us songs and we’d play games.

“I remember once when there was a storm raging outside, Puan Siti brought a large straw mat and placed it on the floor in front of the class. We all sat huddled listening to the rain outside, while she told us really scary ghost stories. She was the best,” said Jess .

“Were her lessons effective?” I asked.

“Depends what you mean by effective,” said Jess.

“If you mean did our grades improve ... well it’s hard to say. For some of us it did, while for some it did not,” she shrugged.

“Many of the stories I tell my own kids now are those I learnt from her... even the songs. She made primary school life really enjoyable for me.

“I guess that is why I encourage my own children to speak and read English story books now. Its Puan Siti’s influence across the generations,” said Jess. There were more such stories. These tales were usually accompanied by fond expressions mostly when they were in primary school, and even if it was some 30 years ago, the memories of teachers who helped them deal with various issues were almost as fresh, as if it had just happened the day before.

Little deeds like helping them deal with washroom “accidents” or times when they had lost their lunch money, may seem trivial now, but these were pretty important issues to the children they once were. They were important enough to be remembered even after several decades.

But there were other memories too that were shared with far less enthusiasm and with a trace of leftover bitterness.

“I have never forgotten my Form One maths teacher,” said Kay, now in her forties.

“She made her lessons a nightmare for most of us. I hated her lessons and there were times I even feigned a tummy ache. just to get out of going to school whenever there was a double mathematics period.

“She yelled at us and said we were all stupid when we didn’t know how to solve maths problems. If that was not bad enough, each time we made a mistake she would hit us with a thick wooden ruler. It really hurt you know ... but those were the days when we didn’t go back and complain to our parents about being punished in school.

“Do you know till today I hate anything to do with maths because of her...I mean seriously!

“It’s like I have a mental maths block. Maybe it’s partly my fault ... I shouldn’t have let her get to me but you know we were so young then,” added Kay.

There were again more stories about teachers who judging by the recounts of those who remembered them, seemed like monsters bent on making school a nightmare and ripping their students’ self-esteem to shreds.

Undoubtedly the passing of time has played a role in either making teachers seem more angelic or monstrous than they really were.

Were there memories associated with good classroom teaching, I wondered.

After some thinking, those I asked went on to speak admiringly of certain teachers who had conducted their lessons particularly well.

However, what was more significant was that while pedagogical skills and expertise were held in high regard, these aspects were not given much importance in their recollection of “teacher” memories.

Perhaps it was because of the time that had lapsed since they left school, and the lack of relevance now.

While efficient impartation of knowledge and academic skills may be important to teachers, it may not be all they are best remembered for.

What people remembered most about their teachers was not the knowledge they received. In fact, it was the way they were made to feel in their classrooms.

Most teachers encouraged their students to become better learners while there were some who killed their enthusiasm.

The qualities that were best remembered were kindness, empathy, and the affirmation teachers gave their students.

Sometimes, we teachers don’t realise the impact we can have on our students by our words and actions, and more importantly how long that impact can last in their lives.

It would probably be good for teachers to decide the kind of memories they would want their students to have of them, long after they have left school and become adults.

It is definitely a wonderful feeling to know that your students remember you with affection and kindness even after all those years.

Happy Teachers Day !

Students young and old, distinctly remember their cikgus for their personalities, more than their teaching skills and styles.

Take OECD education report as a wake-up call

IT does not feel good to know that a new report by the Organisation of Economic Cooperation and Development places us at 52nd among 76 countries in terms of our students’ grasp of basic skills.

Singapore takes the top spot, thus reinforcing the recent call by Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar that we emulate the island nation’s single-stream education system, which uses English as the medium of instruction.

He said having schools in only one stream would unite Malay­sians and boost their competitiveness.

These developments tell us that our education system can be a lot better. Then again, we all know that.

The fact that Malaysia has two education blueprints – one focusing on preschool education and primary and secondary schools, and the other on higher education – shows that the Government is already taking steps to transform our education system.

The blueprints’ plans stretch until 2025, which means we should not hope for many overnight improvements.

Meanwhile, it is wise for us to keep enhancing our understan­ding of exactly how our shared prosperity is built on education.

New ideas and insights in this area are valuable because they help us to shape and refine policies and practices relating to the education system. At the very least, they encourage us to see things in a different light.

It is clichéd to say education is the cornerstone of development, but what if somebody comes up with projections of how much economies can benefit if school enrolment and education quality go up?

In fact, the OECD has done just that in a report titled “Universal Basic Skills: What Countries Stand to Gain”. Published on Wednesday, it is the same report that has Malaysia in the bottom third of the class based on our teenagers’ mathematics and science scores in international tests.

Let us not get hung up on these rankings. The report is 116 pages long and has a lot more to offer than bragging rights and naming-and-shaming opportunities.

For instance, it makes abundantly clear that an underperforming education sector costs a country dearly. The OECD warns that poor education policies and practices will result in a loss of economic output amounting to a permanent state of economic recession.

The organisation also points out that high-income status does not automatically eliminate shortco­mings in education.

It is also interesting that the OECD argues that when there is universal achievement of basic skills in a country, its economic growth will be more inclusive.

The report suggests that there is still much to learn about how we can strengthen our education policies. We should be open to fresh thinking and approaches.

At the same time, we must not waver from the commitment and noble intentions reflected in the blueprints.

The STAR Home News Opinion May 17, 2015