June 20th, 2015

Cari pahala bukan cari dosa

Awang ucap tahniah kepada pasukan keselamatan yang berjaya menemui semula kapal MT Orkim Harmony selepas ia hilang sejak Khamis minggu lalu. Penemuan itu menamatkan penantian pelbagai pihak yang tertanya-tanya bagaimana kapal tersebut boleh hilang.

Segalanya terbongkar apabila pasukan keselamatan Malaysia mengesan kapal itu di Telok, Siam di perairan Kemboja. Kelicikan lanun menukar nama dan mengecatkan semula beberapa bahagian kapal tersebut tidak bertahan lama.

Awang sentiasa yakin dengan keupayaan pasukan keselamatan Malaysia sebab itulah Awang tidak terkejut apabila ‘rahsia’ lanun itu berjaya dibongkar.

Bagaimanapun, Awang berharap siasatan rapi dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian. Ini memandangkan terdapat banyak persoalan yang belum terjawab.

Antara yang menjadi persoalan bagaimana kapal itu boleh ditukarkan nama dengan begitu mudah, begitu juga bila masa pula kerja-kerja mengecat dijalankan. Awang seperti juga pihak lain hendak tahu betulkah ada penglibatan orang dalam? Semuanya perlu dijawab bukan didiamkan begitu sahaja.


Cari pahala bukan cari dosa

DUA peristiwa mendapat tumpuan minggu ini. Pertama, kapal MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis minggu lalu telah ditemui dirompak oleh lanun. Kedua pula, kerajaan mengumumkan pelbagai imbuhan kepada kakitangan awam sempena Ramadan.

Kedua-dua peristiwa ini seharusnya disambut dengan seribu kesyukuran, apatah lagi kita berada dalam bulan yang memberikan ruang seluas-luasnya kepada umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Maksud ibadah itu bukan hanya berkaitan soal solat, puasa dan melakukan ibadah sunat lain tetapi juga menjaga tingkah laku dan tutur kata kita. Tiada gunanya kalau kita berpuasa pada siang hari, berqiamulai pada sebelah malam tetapi perangai buruk tidak ditinggalkan.

Begitulah juga dalam menyentuh kedua-dua peristiwa itu. Dalam kes kapal MT Orkim Harmony dirampas, ada dalam kalangan umat Islam di negara kita masih belum mahu insaf daripada melakukan `kerja-kerja bodoh’ melalui laman-laman sosial.

Pagi semalam penulis mendengar siaran Bernama Radio24 yang memaparkan bagaimana seorang lelaki menulis dalam facebook mempertikaikan kenapakah pihak berkuasa Malaysia tidak menggunakan Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menamatkan peristiwa rompakan kapal MT Orkim Harmony. Macam-macam dia kata.

Berdasarkan apa yang dicoretkan oleh lelaki itu jelaslah, dia hanya sekadar menulis tanpa mengetahui apa-apa, dalam bahasa mudah `ilmu kurang tapi nak tunjuk pandai.’

Ini memandangkan TLDM sememangnya mengerahkan pasukan khasnya bagi mengendali kes itu dengan bantuan agensi-agensi keselamatan lain.

Perbuatan lelaki itu hanya mendatangkan dosa pada bulan suci ini kerana menuduh sesuatu yang dia sendiri tidak ada pengetahuan mengenainya. Oleh itu, sempena Ramadan ini janganlah sesiapa mahu menjadi keyboard warrior dengan menyebarkan perkara yang menjuruskan kepada tohmahan dan fitnah.

Sepatutnya dalam isu kapal tersebut, kita berdoa agar Allah SWT mempermudahkan usaha menyelamatkan anak-anak kapal bukannya membuat `kerja-kerja bodoh’ melalui laman-laman sosial kerana impian kita adalah mencari pahala bukannya menambah dosa.

Menyentuh soal mencari pahala itu juga, ia turut ada kaitan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan awam. Sudah pasti imbuhan yang diumumkan oleh kerajaan diharapkan akan meningkatkan semangat dan mengubah sikap buruk yang ada dalam kalangan sesetengah mereka.

Penulis teringat cerita anak teman penulis yang belajar di sebuah institut pengajian tinggi di Segamat, Johor. Dia telah dipanggil oleh pengurusan kolej dikatakan tidak layak tinggal di asrama. Alasannya tidak aktif di kolej.

Sebenarnya, anak teman penulis itu tidak kisah jika penerangan atau penjelasan diberikan secara penuh berhemah kenapa dia dianggap tidak layak, namun apa yang berlaku dua pegawai yang diberi tanggungjawab mengendalikan `temuduga’ itu bukan sahaja tidak berhemah malah angkuh seolah-olah asrama pusat pengajian itu mereka yang punya.

Apa yang paling dikesalkan sepatutnya menjelang Ramadan budi bahasa kita dijaga sebaik-baiknya tidak kira dengan siapa pun kita berurusan. Tetapi malangnya dua kakitangan awam itu tidak bersikap demikian.

Paling memualkan apabila membuat andaian tidak cerdik apabila menganggap semua penduduk di Shah Alam adalah terdiri dalam kalangan orang berada. Penulis membangkitkan perkara ini untuk mengingatkan kita, sedikit kuasa yang diberi bukanlah untuk bermegah.

Mungkin kes seumpama itu adalah kes terpencil tetapi kakitangan awam seperti inilah yang akan memburukkan imej perkhidmatan awam kepada orang ramai. Keadaan itusudah tentulah bertentangan dengan kesungguhan kerajaan untuk melahirkan kakitangan awam yang berhemah, jujur dan amanah serta ikhlas dalam pekerjaan mereka.

Rumusannya, penulis berpendapat adalah wajar di bulan suci ini, keyboard warrior menghentikan perbuatan sia-sia mereka khususnya yang beragama Islam. Gunalah jari jemari yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk berwirid dan menyelak kitab suci al-Quran. Begitu juga kakitangan awam, berusahalah memperbaiki dan mempertingkatkan lagi budi bahasa dan komitmen khususnya bagi mereka yang berurusan dengan orang ramai. Ingatlah, kerja itu ibadah dan kita akan mendapat pahala berlipat ganda. - Zul Bakar Utusan Malaysia Rencana 20 Jun 2015 1:04 AM

Puasa bukan alasan malas kerja

Kelmarin, Khamis 18 Jun umat Islam mula puasa. Kunta Kinte ucap selamat berpuasa dan minta izin kepada pengarang kita nak ubah ejaan Ramadan balik jadi Ramadhan.

Minta maaflah kalau bunyi remeh, tapi Kunta Kinte rasa Ramadhan lebih tepat dari segi bunyi daripada Ramadan. Dulu kita memang eja Ramadhan.

Ini adalah masalah bila kita kongsi istilah dengan Indonesia dan Brunei. Kadang-kadang ejaan dan sebutan yang kita guna turun temurun dan betul diubah pasal nak ikut Indonesia atau Brunei.

Ramadhan daripada bahasa Arab dan dieja guna abjad Arab. Kita guna pakai dan kita kata Jawi. Ikut ejaan Jawi, bunyinya Ramadhan bukan Ramadan. Minta maaflah kalau Kunta Kinte kata, Ramadan bunyi macam sebutan orang Jawa.

Syawal betul pula. Nasib baik tak dieja sawal. Soal bahasa ini pun boleh buat kita pening, bingung dan sasau. Itu belum lagi bahas cadangan setengah orang nak ganti bahasa Melayu dengan Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Balik kepada puasa Ramadhan, kita di Malaysia ni senang. Waktu kita puasa boleh kata sama pasal panjang malam dan siang tak berubah. Kalau berubah pun dua tiga minit saja.

Kunta Kinte ambil contoh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini, Jumaat 19 Jun. Waktu imsak 5.31 pagi dan waktu Maghrib 7.26 petang. Hujung Ramadhan nanti, imsak 5.38 pagi dan buka 7.30 petang.

Jadi waktu puasa dalam 14 jam. Itu pun ada yang bersungut. Di Makkah, waktu puasa antara jam 5.38 pagi dan 7.05 petang.

Tempoh puasa berbeza

Sekarang musim bunga di hemisfera utara. Siang panjang, malam pendek. Anak Kunta Kinte di Switzerland bagi tahu, waktu puasa dari 5.30 pagi sampai 9.30 malam, selama 16 jam.

Di Norway, kalau musim panas pukul 10 malam baru masuk Maghrib. Pukul 3 pagi dah Subuh. Jadi waktu puasa 20 jam atau lebih.

Tapi orang Islam di hemisfera selatan macam di Australia dan New Zealand puasa mereka pendek.

Kalau di Sydney, Australia, dari pukul 7 pagi sampai 4.45 petang dan di Wellington, New Zealand dari pukul 7.45 pagi sampai 4.58 petang, dalam sembilan jam.

Kalau di kutub pula, ada hari dalam musim panas matahari di langit 24 jam dan pada musim sejuk pula matahari tak terbit langsung.

Sekarang ni ramai orang Islam, termasuklah orang kita, berjalan jauh. Tentulah dengan kapal terbang. Kalau kita terbang dari Timur ke Barat, hari kita jadi panjang sebab kita kejar matahari turun.

Tapi kalau kita terbang dari Barat ke Timur, hari kita pendek sebab kita menuju ke arah matahari naik. Waktu datuk dan nenek Kunta Kinte pergi Makkah pada akhir tahun 1940-an, mereka naik kapal laut.

Berbulan-bulan di laut pergi balik. Mereka makan biskut yang mereka panggil roti kapal atau dalam loghat Utara, roti kapai.

Waktu itu jarang orang kampung guna jam dan tak ramai ada radio. Jadi kita bergantung pada gendang raya masjid. Bila hujan dan guruh, tak dengar. Jadi kita agak-agak bila masuk Maghrib dan buka puasa.

Nenek Kunta Kinte sangat teliti dengan waktu berbuka. Kalau tak dengar gendang raya, dia ikut bunyi burung tukang atau dalam loghat Utara, kita kata burung malas.

Selagi burung tukang tak berbunyi, kami tak buka puasa dan bila ayam berkokok sebelah pagi, kita berhenti sahur.

Dulu seksa nak siapkan sahur sebab guna dapur kayu. Ambil masa tak macam dapur gas dan elektrik sekarang.

Dalami ilmu agama, sains

Inilah keajaiban alam ciptaan Ilahi dan nostalgia masa lampau yang kadang-kadang kita tak ambil peduli sebab ia tak sentuh kehidupan kita atau kerana kita tak berminat nak dalami ilmu.

Kekayaan ciptaan Allah ini akan kita fahami, hargai dan manfaatkan hanyalah dengan kita mendalami ilmu agama dan sains. Tuhan cipta alam semesta dan Tuhan suruh kita kaji supaya kita faham keagungannya.

Satu hal lagi. Puasa bukan bermakna tak payah kerja kuat atau kerja sambil lewa saja. Allah Taala tak suruh macam itu. Letih tu adalah. Tapi Kunta Kinte rasa lebih banyak orang mati kerana terlebih makan daripada kerana letih berpuasa.

Kita selalu dengar khatib kata, kerja yang baik dengan niat yang baik adalah sebahagian daripada ibadat. Bila orang Islam taksub dengan cuti hujung minggu atau mana-mana jenis cuti, Kunta Kinte selalu kata, dalam Islam tak ada konsep cuti.

Sebaliknya, dalam Islam kita disuruh solat dan cari kejayaan. Konsep cuti atau tak boleh kerja pada hari-hari tertentu bukan konsep Islam. Ia adalah amalan Yahudi yang mereka panggil 'sabbath'.

Jadi kita kenalah faham apa yang kita buat. Kunta Kinte tak kata tak boleh cuti atau tak boleh rehat. Boleh. Tapi kita kena faham bahawa bekerja dengan tekun dan dengan niat yang baik adalah ibadah.

Malah Kunta Kinte dapati kerja pada bulan puasa lebih tenang sebab kita tak fikir makan dan benda bukan-bukan. Satu lagi, mintalah kepada jawatankuasa masjid dan surau. Tolonglah fikir masalah orang tua dan wanita.

Kita sembahyang jemaah dan kita buat sunat tarawih macam dulu-dululah.

Janganlah berlumba-lumba nak habiskan Quran sampai orang tua tak larat dan orang perempuan susah nak ke masjid dan surau sebab habis lewat sangat.

Kita utamakanlah tarawih. Nak khatam Quran boleh, tapi buat masa lain.

Berat sikitlah bila guna sembahyang tarawih. Kunta Kinte minta banyak-banyak ampun. Wallahuaklam. Kunta Kinte Berita Harian Rencana 20 Jun 2015

Time for a total football shake-up

WHAT a shame it was that our national team lost to Palestine by 6 goals to nil. An ardent fan commented that he could not believe how the standards of our football had deteriorated that much.

But, on reflection, it was no surprise, he had said. The Palestinians are known for their determination and commitment in whatever they do, and playing football for their country is no exception.

They will go all out to win and keep their nation’s flag flying high because to them, tomorrow is always uncertain. They may not be there because they may be shot and killed by their enemy when they return home.

In their hearts, whatever they can do for their country, they will do the best, even though deep inside, they are always thinking of life and death. Our players are totally different in mindset.

Uppermost on their mind is what new car they are going to drive and own, especially when they get rewarded each time they win. Our players are very highly paid, each earning between RM20,000 and RM80,000 a month.

They are very comfortable, thanks to the continued generosity of the powers that be. Regardless of their performance, they still get rewarded.

We don’t blame the players for becoming too complacent, comfortable and behaving like fat cats. It is the system that has made them like that.

Many believe the way we scout and develop our talent and skills are not right. We need to find new ways, shift our thinking or think outside the box to bring back the glory days of our football.

Our footballing standard is going south and what is more pathetic is that it is affecting even our Harimau Muda team. The future of football in our country is bleak.

Unless there is a total shake-up and self-reassessment at all levels, we will continue to be caught in the present trap of feathering one’s nest, which will only bring us further and further down in our football ranking.

We don’t have to follow the United Kingdom or Europe when rewarding our players. That is not the way to encourage our young talents.

It is even more important to inculcate a deep sense of commitment and discipline. Not by dangling dollars. Money is not everything.

Based on the standard of football our professional players have today, they should be paid, at most, in the range of RM7,000 to RM25,000 per month.

Even that is considered generous. We do not think Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia and Singapore reward their players as generously as we do. Yet they get better results all the time.
A.B. Sidek, Petaling Jaya, Selangor. The NST Letters to the Editors 20 June 2015

Malaysia: Losing glitter by 2017

It is best not to host the SEA Games if we embarass ourselves by making a fuss over the outfits athletes wear.

IN 2017 Malaysia hosts the SEA Games. But will we disgrace ourselves?

No, not because we may not top the table of gold medals as Singapore almost did in the excellent games organised by the city-state that ended recently.

Rather it is by the potential controversy – perhaps even disturbance – over the attire athletes wear to compete in the sport they contest.

If this is going to happen, it is best that we do not host the Games. The authorities had better not blandly say this will not happen as they have not come out to say categorically that any contention against what gymnasts wear in their sport is unacceptable. On the contrary, a Minister of the Government has conceded to the recalcitrants by stating that a dress code will be issued on what should be worn.

Rest assured it is not likely that Malaysia will win any gold medals if its team played hockey wearing the flowing jubah, or competed in the swimming pool fully clothed – if they are allowed on the pitch and in the pool.

Doing Malaysia proud: National bodybuilder Sazali Samad has won the Mr Universe title without an uproar over his attire,

Malaysia’s most successful body-builder Sazali Samad has won the Mr Universe title 10 times in nothing more than a tanga, revealing his six-pack and muscles without – rightly – a squeak about the barely hidden parts of his anatomy.

Clearly he could not have become Mr Universe dressed in a loose Baju Melayu. But, of course, he is male.

When the athlete is female, it would seem, the only focus is on parts of her anatomy that arouse impure thoughts in the male mind which then has the audacity to pin the blame on the innocent woman. Men cannot control themselves, but get on a hypocritical higher plane to obscure their base instincts.

When the XVI Commonwealth Games were organised in Kuala Lumpur in 1998 – the first in Asia and the last in the last century – we did not have the kind of nonsense and stupidity that followed Farah Ann Abdul Hadi’s superb gold medal performance in gymnastics in Singapore.

We have slipped further backwards since the last century. It is, however, complacent to describe the judgmental and holier-than-thou attitude on Farah Ann’s leotard as just nonsensical and stupid.

That attitude, along with the machinery that has been dangerously allowed to ride roughshod over Malaysian lives, has become pervasive and highly invasive.

How I wish my fellow Muslims will stop playing God. They must understand they should never judge the faith of others, especially of other Muslims, which is Allah’s remit.

These invasive Muslims also advise – indeed ordain – that their co-religionists not mix, even laugh, with others, that they do not venture out or open up to protect the sanctity of their faith.

Not venturing out is a sign of meekness, of not having self-belief. In the outcome you are diminished. The Chinese, for example, will go anywhere, meet anyone, be in any social or cultural circumstance. Yet, when they go home they remain Chinese. I wish that all Malays and Muslims would have the same strength.

Faith is strong when it is deep and internalised, not when it is loudly and aggressively proclaimed, like whistling in the dark, by someone afraid and uncertain.

I do wish our leaders would engage our people in sensible ways, to tell them about the depth yet simplicity of Islam. I fear they have also become afraid.

The current political situation is not likely to give them any courage to check the dangerous extremist and violating phenomenon in the Malaysian body politic, and to lead without short-term calculation for survival.

The zero-sum open political warfare now taking place in our country is causing extensive damage to Malaysia, and so does neglecting to address extremist religious threats which will overturn all the progress this country has made.

More than the personal animosity in this conflict, there is a distrust of normal processes of the political and administrative system. This is a damning indictment of whoever may have caused that system to be so distrusted.

More than that, there is a cry for change outside of that system.

This can take many forms – at worst, violent revolution – but the upshot is that, if there was a replacement of the incumbent Prime Minister, his successor would be equally subject to the same kind of political insurrection. This prospect does not provide for political stability.

Others will follow. He who lives by the sword dies by the sword.

This is not about one-man, one-shot, one-time. It is about political change and political change management.

The spectacle we are witnessing must shame the Malays. It does me. How we run and now threaten to ruin the country. How we pay little attention to detail because we are king of the castle. How we are now about to bring the house down.

If the threats of exposing past and present misdeeds are true, the ske­letons falling out of the cupboard will bury Umno – and the Malays.

While not all will mourn this, let us not forget it is this Malay foundation that gave Malaysia its stability.

What is different from the days of Tun Razak and Tun Dr Ismail is that the honour and justice that characterised the Malay leadership of this country seem to have been lost.

I cannot look into the eyes of a prospective investor at a roadshow and say: You can be assured of Malaysia’s political stability. Not long ago, that was our country’s strongest point above everything else.

When that everything else is also under considerable strain, in a challenging global economy, in the currency and volatile capital flows, there is all the more reason to work together and negotiate our way out of these dangerous straits.

Otherwise we will arrive in 2017 in a worse state than we are in now.

Tan Sri Munir Majid, chairman of Bank Muamalat and visiting senior fellow at LSE Ideas (Centre for International Affairs, Diplomacy and Strategy), is also chairman of CIMB Asean Research Institute.

Penguatkuasaan biar munasabah

RANG Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015 sudah diluluskan Dewan Rakyat kelmarin. Dengan adanya undang-undang tersebut, Malaysia menyertai beberapa buah negara lain seperti India, New Zealand, Australia dan United Kingdom yang sudah mempunyai undang-undang khusus berkaitan kebajikan haiwan.

Undang-undang ini bertujuan mempromosi dan mempertingkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kebajikan semua jenis haiwan kecuali hidupan liar termasuk burung, haiwan akuatik, reptilia dan serangga. Tidak terkecuali juga haiwan yang digunakan untuk hiburan, pameran, sukan dan pertunjukan haiwan.


PEMERGIAN kucing kudung bernama Hero pada 24 November 2013 akibat penyakit leukemia meninggalkan kesan yang mendalam kepada pencinta haiwan di negara ini. Sebelum itu, kisahnya menyentuh hati jutaan rakyat Malaysia selepas sepasang kakinya dipotong tanpa kasihan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Salah satu bab yang terkandung dalam rang undang-undang ini ialah berkaitan penganiayaan terhadap binatang. Contoh yang disebut pula ialah kerja-kerja menangkap dan menembak anjing liar. Di Malaysia ini kerja-kerja menembak haiwan terbiar biasanya tertumpu kepada anjing liar dan burung gagak. Kucing terbiar yang banyak dibuang di kawasan pasar pula tidak ditembak, tetapi dikutip oleh pencinta kucing yang bersimpati.

Dengan adanya undang-undang tersebut, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi dibenarkan menggunakan kaedah tangkap dan tembak kecuali jika binatang itu berpenyakit. Penentuan sama ada haiwan terbiar itu berpenyakit atau tidak pula akan dinilai oleh Lembaga Kebajikan Haiwan yang akan dibentuk tidak lama lagi.

Maksudnya mungkin lebih kurang begini. Jika ada aduan anjing liar yang mengganggu atau menjadi ancaman kepada satu-satu kawasan penduduk, haiwan itu tidak boleh ditangkap dan dibunuh sewenang-wenangnya sebagaimana amalan sekarang.

Binatang-binatang seumpama itu setelah ditangkap akan diperiksa terlebih dahulu sebelum ditentukan statusnya berpenyakit atau tidak, bahaya atau tidak bahaya. Jika tidak PBT terlibat dikira menganiaya atau mendera. Mereka boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kerja-kerja membanteras anjing liar tidak lagi semudah seperti sebelum ini. Ada satu proses panjang yang terpaksa dilalui. Sementara menunggu Lembaga Kebajikan Haiwan bermesyuarat dan membuat keputusan, haiwan terbiar itu barang kali sudah beranak-pinak menjadi berlipat kali ganda jumlahnya! Dari satu segi kuranglah sedikit beban kerja pasukan penguat kuasa PBT yang sebelum ini penat `memburu’ kumpulan anjing liar yang jumlahnya bukan sedikit.

Ada beberapa lagi perincian definisi kesalahan penganiayaan yang disebut dalam rang undang-undang itu antaranya memukul dengan kejam, menyepak, melebihkan muatan, mendera atau menakutkan mana-mana haiwan; Terlebih naik atau terlebih tunggang mana-mana haiwan, kecuali untuk aktiviti berhubungan dengan sukan ekuestrian; Tidak menyediakan makanan, minuman atau tempat perlindungan yang mencukupi bagi haiwan di dalam kurungan; Secara kejam atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan, menyebabkan kesakitan atau penderitaan ke atas haiwan;

Penderaan turut meliputi perbuatan-perbuatan seperti membenarkan mana-mana haiwan dikurung, diangkut, diangkat atau dibawa mana-mana haiwan dengan apa-apa cara atau kedudukan yang menyebabkan haiwan itu mengalami kesakitan atau penderitaan yang tidak perlu; Membiarkan mana-mana haiwan dirantai atau ditambat dengan menggunakan rantai atau tali yang pendek atau berat atau mengikat kaki haiwan itu; Menyimpan atau mengurung mana-mana haiwan di dalam sangkar atau bekas lain yang ukuran tinggi, panjang dan lebarnya tidak mencukupi bagi membenarkan pergerakan semula jadi haiwan itu;

Jika dilihat kepada jenis-jenis penderaan dan penganiayaan yang disentuh dalam rang undang-undang itu, selain isu anjing liar, Lembaga Kebajikan Haiwan tidak dapat tidak kena memberi perhatian kepada kedai menjual haiwan peliharaan atau pet shop, pusat jagaan haiwan atau hotel haiwan.

Sesetengah kedai atau pusat seperti itu tidak mempedulikan tempat tinggal haiwan yang dijual. Kucing, anjing, arnab, unggas dan pelbagai lagi haiwan peliharaan diletakkan di dalam sangkar yang sempit, tidak selesa dan kotor. Jika rajin ke kedai sedemikian, perhatikan wajah-wajah haiwan yang dijual.

Sekali tengok sudah tahu betapa tertekan dan stress binatang-binatang ini. Tidak ada riak ceria terutama pada wajah anjing, kucing atau arnab. Renungan matanya seolah-olah mengharap dan meminta orang ramai yang berkunjung ke situ cepat-cepat membeli sekali gus membebaskan diri daripada tekanan hidup di situ.

Selain itu juga pemantauan perlu dibuat ke atas pusat-pusat penjagaan haiwan yang cuai sebagaimana yang pernah berlaku sedikit masa dahulu. Kucing yang ditinggalkan kerana para pemiliknya kerana bercuti raya tidak dijaga dengan sempurna sehingga ada yang sakit dan mati kebuluran.

Akta ini nampaknya benar-benar melindungi nasib haiwan peliharaan serta haiwan terbiar. Jangan sesekali menyepak sesuka hati seekor kucing yang datang menggesel-gesel badannya di kaki anda walaupun anda tidak menyukai kucing dan baunya. Jangan juga cuba bertindak nakal membaling seekor kucing dari tingkat tiga bangunan semata-mata mahu membuktikan `kucing ada sembilan nyawa’ dan mampu bertapak dengan elok ketika jatuh! Di bawah akta baharu ini, perbuatan itu salah dan boleh didenda.

Semoga perbuatan sesetengah pemilik lembu atau kambing di kawasan luar bandar yang mengambil jalan mudah mengisi binatang ternakan mereka di dalam but belakang kereta masing-masing tidak berlaku lagi selepas ini.

Begitulah juga dengan binatang tunggangan seperti kuda, keldai, kerbau atau lembu pula tidak dibenarkan terlebih naik, terlebih tunggangan, terlebih muatan dan terlebih kerja kerana perbuatan itu adalah satu bentuk penderaan.

Bagaimanapun undang-undang ini harapnya tidaklah terpakai kepada pesawah padi tradisional di kampung-kampung yang masih menggunakan kerbau dan lembu sebagai jentera pembajak. Mereka `mendera’ lembu dan kerbau peliharaan secukup-cukupnya setiap hari!