July 5th, 2015

Jom baca ... Dia melamar sahabat baik saya

JODOH perlu diusahakan walaupun ketentuannya milik Allah. Yang penting berusahalah agar anda ditemukan dengan pasangan yang sesuai.

Kisah ini dikirim oleh seorang wanita yang menamakan dirinya sebagai Naima (bukan nama sebenar) mengenai pengalamannya putus cinta setelah teman lelakinya bernikah dengan sahabatnya sendiri.

Kita ikuti kisah Naima seterusnya.

“Saya berusia awal empat puluh tahun. Masih belum bertemu yang serasi, bukan memilih tetapi keserasian atau sekufu juga perlu diambil kira.

“Pelbagai kategori insan telah saya temui, dari yang sederhana sehinggalah ke peringkat atasan. Namun Allah belum menyingkap lelaki yang sesuai untuk saya.

“Alhamdulillah dalam masa mencari saya akhirnya diperkenalkan dengan seorang teman baharu oleh seorang sahabat yang saya anggap seperti saudara sendiri.

“Perkenalan dengannya menjadikan diri saya berubah daripada seorang yang pendiam dan pemalu kepada seorang yang peramah dan boleh dibawa ke majlis.

“Tanpa disedari saya mula jatuh cinta dengan lelaki itu yang saya panggil Zami. Orangnya sangat baik, peramah dan penyayang.

“Hubungan kami sangat manis. Saya tahu dia sayangkan saya begitulah saya. Namun ujian Allah datang tanpa henti. Saya diuji dengan pelbagai perkara termasuk daripada sahabat baik yang memperkenalkan Zami kepada saya.

“Dalam diam dia juga menaruh hati kepada Zami. Maka jadilah cinta tiga segi antara kami, itupun saya tidak tahu. Pandai mereka menyimpan rahsia.

“Permainan cinta yang saya lalui amat menggerunkan, malah meninggalkan kenangan pahit dalam pencarian jodoh saya.

“Sedih dan hiba apabila mendapat tahu sahabat saya, Nadia (bukan nama sebenar) memang bercinta dengan Zami, lelaki yang telah memberi harapan kepada saya.

“Menyedari keadaan akan menjadi sulit saya bertekad mengundur diri. Saya maklumkan kepada Zami yang kami tidak ada jodoh dan saya minta diputuskan hubungan tanpa memberi alasan saya sudah tahu akan kisah cintanya dengan Nadia.

“Saya mengalah kerana tidak mahu kehilangan sahabat. Saya rela menjauhkan diri dari Zami kerana mahu melihat mereka bahagia.

“Satu hari Zami menghubungi saya. Dia ingin berjumpa dengan saya dan menjelaskan perkara sebenar tentang apa yang berlaku dalam hubungan kami.

“Tidak disangka di dalam pertemuan itu Zami membuat kejutan kepada saya dengan memaklumkan yang dia dan Nadia sudah bertunang.

“Bayangkan dalam masa bercinta dengan saya dia melamar Nadia. Patutkah saya diperlakukan begitu? Apa salah saya?

“Saya kecewa. Air mata yang tumpah tidak dapat mengembalikan hati saya yang sudah ranap. Nadia sepatah pun tidak beritahu saya yang dia telah bertunang dengan Zami sedangkan kami hari hari berjumpa.

“Mungkin itulah istimewanya insan yang bergelar lelaki, pilihan di tangan mereka dan malang bagi wanita yang terpaksa akur dengan keputusan lelaki seperti Zami walaupun pedihnya umpama luka tertikam sembilu.

“Hari dilangsungkan pernikahan mereka, saya hadir menjadi pengiring kepada Nadia yang bakal bergelar isteri pada Zami. Saya gagah hadir sebab tidak mahu menyinggung hati mereka atas dasar persahabatan.

“Saya cuba untuk tersenyum tetapi hati saya sangat sakit melihat pengantin begitu riang. Macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Menarik sungguh drama mereka.

“Malah Zami langsung tidak rasa bersalah dengan apa yang dia telah lakukan. Untuk pertama kali hajat saya memiliki seorang teman yang boleh dijadikan pelindung hidup musnah kerana rakusnya hati seorang sahabat yang tamak dan pentingkan diri sendiri.

“Sehingga kini saya terfikir, apakah untuk memiliki sesuatu yang kita hajati kita perlukan keberanian yang luar biasa, jika kita terlalu berlembut atau bertolak ansur kita akan kecundang, sudahnya, milik kita dirampas orang!

“Saya banyak belajar tentang hidup terutama setelah apa yang berlaku dalam hidup saya. Kerana tidak mahu terus terganggu dengan drama Zami dan Nadia saya akhirnya memohon untuk berhenti kerja dan berpindah ke tempat lain.

“Sejak itu saya tidak pernah tahu lagi hal mereka. Malah mereka juga tidak berusaha untuk mencari dan bertanya khabar saya. Saya doakan mereka bahagia.

“Dalam hidup ini saya percaya kepada ketentuan Allah. Mungkin jodoh saya belum sampai. Walau ramai yang mencuba tetapi saya sangat berhati-hati. Bimbang pisang berbuah dua kali.

“Sesungguhnya tidak mudah untuk kita menegakkan tugu cinta dan mempertahankannya. Kerana kehadiran cinta belum pasti menjanjikan kebahagiaan, saya telah melaluinya dan saya sakit kerana cinta. Semoga Allah bagi saya kekuatan untuk terus hidup,’’ Naima menutup ceritanya.

Saya sangat bersimpati dengan masalah Naima. Menjadi lumrah dalam kehidupan apa yang kita sayangi, tidak semestinya menjadi milik kita.

Sabarlah Naima. Jangan ikutkan hati. Anda telah 
membuat keputusan bijak dengan 
mengalah dan merestui pernikahan mereka.

Bertabahlah Naima menghadapi cabaran hidup. Mungkin jodoh belum ada. Mungkin juga Allah S.W.T sedang menguji anda untuk menghadiahkan seorang lelaki yang lebih baik daripada Zami.

Pesanan saya sebelum menamatkan catatan, apapun, dulukan diri sendiri daripada perkara lain demi masa depan anda.

Insya-Allah satu hari anda pasti ketemu lelaki idaman yang serasi dan dapat melindungi anda di dunia dan akhirat.

Salam

Jom baca ... Yang buruk memang pahit tetapi ada manis akhirnya

“SETIAP wanita yang berkahwin, tidak pernah terfikir apa lagi berniat untuk bercerai kemudiannya. Semua mengharapkan istana yang dibina akan berakhir hingga ke liang lahat. Tetapi apabila hati sudah terluka, fikiran bercelaru dan kesabaran sudah hilang, maka keadaan mengubah segalanya, kerana ketika itu cinta dan kasih sudah hancur berdebu.

“Kejadian yang baru menimpa diri saya rasanya tidak boleh ditarik balik. Namun saya tak kesal  leburnya pengorbanan yang saya curahkan selama ini kepada Ifan dan saya doakan dia bahagia bersama kekasihnya.” Itu curahan hati NurEzzaty dalam e-melnya.



“Kami bercinta ketika saya mula diterima bekerja di syarikat di mana Ifan bekerja. Mulanya dia menunjuk ajar saya bekerja, akhirnya saya diajak makan-makan dan akhirnya terus bercinta. Oleh kerana saya orang baru di pejabat itu, saya tak berani bercerita pasal hubungan kami, sebab saya terasa malu kepada rakan lebih senior, saya baru bekerja dah bercinta.

“Oleh kerana itu saya banyak tak tahu tentang perangai Ifan sebelum ini. Mungkin kalau saya bercerita dengan kawan lain, mungkin saya dapat gambaran perangai Ifan, malangnya Ifan mengingatkan saya jangan banyak bercerita tentang hubungan kami kepada teman lain, takut saya termakan fitnah. Kerana percayakan Ifan  maka saya ikut cakap dia.

“Ketika hubungan kami berada di puncak, banyak teman telah tahu, tetapi mereka tidak pula bercakap tentang Ifan. Mungkin sudah terlewat. Mungkin juga mereka tidak mahu  campur hal peribadi kami, genap setahun berkawan kami bertunang. Memang ramai terkejut, Lepas seminggu bertunang barulah saya dapat panggilan telefon daripada seorang wanita mengenalkan dirinya sebagai bekas tunang Ifan.

“Mulanya dia ucapkan tahniah atas pertunangan saya, lepas itu baru dia beritahu dia bekas tunang Ifan. Menariknya dia beritahu bahawa dia bukan tunang Ifan yang pertama, tetapi yang kedua. Sebelumnya Ifan pernah bertunang tetapi putus juga. Dia mengharapkan dapat jejakkan kaki ke pelamin, tetapi harapannya hancur sebab keluarga Ifan tak sukakan dia.

“Katanya mak Ifan tak datang meminang, yang datang cuma saudara mara dan kenalannya sahaja. Setelah dirisik baru dia tahu, emak Ifan mahukan menantu orang sama negeri dengannya, supaya tak susah nak balik kampung, seorang utara seorang lagi di timur, susah. Walaupun dia cuba pertahankan, tetapi gagal, dan mereka putus dengan baik atas nasihat emak wanita itu sendiri. Kata emaknya, kalau keluarga tak setuju, jodoh tak panjang, kalau kahwin juga banyak masalah timbul kemudian hari.

“Cerita wanita itu sama dengan apa yang berlaku ke atas diri saya, emak Ifan tak datang cuma adik-beradiknya saja. Tetapi setelah bertanya pada Ifan, dia menafikan, katanya wanita itu yang putuskan pertunangan sebab keluarganya tak setuju.

“Oleh kerana ketika itu hati di ambang kegembiraan, cerita dan nasihat siapa pun saya tak pakai, saya tetap percayakan kata-kata Ifan. Setelah berkahwin barulah saya tahu segalanya. Perkahwinan kami tak ada majlis bertandang, malah majlis doa selamat pun keluarganya tak buat. Kata Ifan, dia tak mahu membazir, dah buat majlis di rumah saya sudah memadai. Duit boleh digunakan untuk benda yang lebih berfaedah. Saya ikut saja.

“Reaksi emak Ifan tak sukakan saya, jelas dapat saya rasakan, tetapi saya tebalkan muka dan tetapkan iman. Walau apa pun dia cuba lakukan, saya tetap akan taat kepada Ifan dan emaknya. Dan saya berjanji akan berbuat yang terbaik untuk menawan hati emak Ifan.

“Lepas lahirkan anak pertama saya masih tidak disukai mentua. Adik-beradiknya memang baik, mahu bertegur sapa.  Kadangkala sedang kami berbual bila emak Ifan melintas, semua orang terdiam senyap macam malaikat lalu.

“Saya tanya pada Ifan mengapa saya tidak disukai, adakah emaknya sudah ada calon menantu lain untuk Ifan, tapi Ifan nafikan. Katanya buatlah yang terbaik, satu hari nanti saya akan diterima juga dalam keluarganya. Jadi sekarang saya tak diterimalah?

“Pelbagai cara saya lakukan untuk memenangi hati emaknya. Kalau pasal hadiah memang selalu saya beri seperti kain batik, karpet, baju kurung, jubah, tudung, semua saya berikan. Tapi saya tak nampak dia pakai pun. Kalau hari raya kuih muih saya beri, rendang daging saya buatkan demi menarik hati emak Ifan, tapi dia buat acuh tak acuh saja.

Hilang sabar

“Setiap tahun kami beraya rumah emak Ifan dulu, sebelum balik ke rumah emak saya. Memang adik-beradik kecil hati, tetapi emak saya tenangkan keadaan, biarlah saya di rumah mentua dulu yang penting saya akan balik juga.

“Masuk anak kedua keadaan yang sama juga berlaku. Apa yang buat saya hilang sabar bila saudara mara emak Ifan datang, saya dikata tidak bertegur sapa dan dibuat seperti pembantu rumah. Kalau saya tak ada anak bolehlah sabar lagi, tetapi dengan anak kecil dan mengandung lagi, saya sendirian di dapur sedangkan mereka cuma menanti makanan terhidang di meja, memang saya kecil hati. Kalau terlambat  muncung emak Ifan mulalah panjang.

“Walaupun emak Ifan tak sukakan saya, saya boleh sabar, tapi bila Ifan buat hal, bercanda dengan wanita lain itu membuat saya hilang sabar. Kalau dulu kawan pejabat tak banyak buka mulut kepada saya tentang perangai Ifan yang “ligat” dengan perempuan, tetapi setelah mereka lihat sendiri keadaan saya, maka ada kawan kasihan dan ceritakan apa yang pernah Ifan lakukan sebelum dan selepas berkahwin dengan saya.

“Biasalah bila saya nasihatkan dan tanya Ifan tentang perangainya, dia nafikan tetapi setelah ada bukti, bukan Ifan berubah kepada kebaikan, sebaliknya dia mencabar saya. Katanya perangai saya buruk itulah antara sebab emaknya tak sukakan saya. Bila saya minta bukti mulalah buat tuduhan serkap jarang. Sapa yang tak sakit hati.

“Saya boleh sabar dengan perangai emaknya, tetapi kalau dia menambah siksaan hati saya, maka saya tak boleh sabar lagi. Perangai Ifan semakin kita tunjukkan bukti, dia semakin mencabar kesabaran saya. Kalau sebelumnya senja baru sampai rumah, sekarang dah mula mencecah jam 12 malam. Alasannya dia ada latihan senaman.

“Memang hidup saya senang tak payah masak untuk makan malam, kerana memang tak balik makan, tetapi sampai bila? Dia balik ketika anak sudah tidur, dan bangun ketika anak sudah saya hantar ke rumah pengasuh. Hujung minggu lebih aktif lagi.

Pagi-pagi dah keluar joging. Nak kata bohong tak mungkin, sebab bajunya memang basah dek peluh. Tetapi dengan siapa dia berjoging?

“Satu lagi dia suka buat perangai sengaja suruh emaknya bencikan saya. Kalau sebelumnya dia sering balik kampung bila ada cuti panjang. Sekarang tidak lagi dia buat alasan saya tak mahu balik, atau saya balik ke rumah emak saya. Pembohongan itu terbongkar bila biras saya telefon bertanya kenapa saya dah lama tak balik. Mentua selalu tanya.

“Pembohongan Ifan terbongkar juga, bila satu hari saya nampak dia berjoging dengan seorang wanita muda. Saya tak serang Ifan atau perempuan itu di taman, saya cuma lihat dari jauh cuma anak-anak saya yang terkejar-kejar bila nampak ayah mereka. Saya tahu Ifan malu. Sepantas kilat Ifan datang ke arah saya dan suruh saya balik rumah.

“Kerana hati saya pun panas ketika itu, saya katakan saya sengaja bawa anak-anak berjalan ambil angin sebab selalu terperuk di rumah. Dengan muka bengis Ifan suruh saya balik. Tetapi saya degil, saya tetap duduk di taman itu bersama anak-anak, kerana kami baru setengah jam berada di taman tersebut. Kerana kedegilan saya dia mengajak wanita tersebut balik dengan keretanya. Saya punyalah baik, saya tak serang wanita tersebut. Pertama saya tak pasti itu kekasihnya, kedua mengapa saya mesti marah wanita tersebut, sebab Ifan lebih bersalah, sudah ada anak isteri masih buat perangai.

“Kerana sakit hati, saya tak balik tengah hari itu, sebaliknya saya ke rumah saudara jalan-jalan. Petang hari baru balik. Sampai di rumah kami bertengkar. Ifan tuduh saya mengintip. Saya nafikan, tetapi untuk mencari kebenaran apa yang saya dengar selama ini tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Setahun lamanya saya bersabar selepas peristiwa di taman itu, tetapi hubungan kami sudah tidak mesra dan harmoni lagi. Kebencian menjadi-jadi terutama bila Ifan mula kurangkan belanja dapur dan susu anak. Semua saya kena uruskan sendiri. Dalam tempoh yang sama hubungan saya dengan mentua tambah meruncing bila Ifan tidak mahu lagi bawa saya balik kampung. Dia sengaja cari jalan supaya saya terus dibenci oleh ibunya.

“Apabila hubungan keluarga tidak harmoni lagi, kebahagian sudah berkubur, maka tidak ada sebab saya berdiam diri. Setelah berfikir panjang tentang nasib dan masa depan saya bersama anak-anak, satu hari saya beritahu Ifan saya tak sekat kalau dia ingin kahwin lagi, tetapi saya tidak mahu dimadukan. Sebagai isteri saya reda dengan keputusannya.

“Sebelum buat keputusan maha berat itu, saya tanya dengan ibu bapa sendiri, saya ingin tahu pandangan mereka. Sebaliknya mereka serahkan kepada saya, kerana saya yang pikul beban, maka sayalah lebih patut buat keputusan.

“Enam bulan lamanya baru Ifan buat keputusan, ketika itu hubungan kami sudah jauh terpisah, masing-masing buat hal sendiri, walaupun tinggal di bawah satu bumbung. Dengan rasa berat hati saya terima keputusan Ifan, tetapi saya rasa lega selepas itu.

Pada saya tidak ada gunanya bergelar  isteri jika hidup tidak sehaluan.” Itu cerita NurEzzaty, harapannya supaya wanita yang senasib dengannya jangan takut membuat keputusan. Setiap yang buruk memang pedih ditelan, tetapi ada ada manis akhirnya.

Bagaimana identiti negara maju kita?

Kalau dihitung, bukan jauh sangat jarak masa untuk Malaysia berada di ambang tahun 2020. Sudah dekat. Kira-kira empat tahun enam bulan sahaja lagi. Sekarang sudah separuh tahun 2015 kita harungi.

Apa pun, denyut nadi politik negara ini belum nampak tanda-tanda akan reda. Masih berterusan dalam keadaan "tegang". Jadi, bolehkah kita capai status negara maju?

Perkara ini yang jadi bahan bualan saya bersama tiga orang rakan sewaktu berbuka puasa di sebuah restoran nasi Arab. Entah berjaya, entah gagal. Ada faktor penentu untuk negara kita mampu capai status maju atau tidak.

Lihat sahaja dalam aspek pemikiran kita sebagai rakyat negara maju. Masalah sikap masyarakat kita dalam penggunaan tandas awam pun masih di takuk lama. Masih ada tandas kotor dan berbau busuk.

Masalah ini mungkin tidak berubah kerana hal ini pun disumbangkan oleh pengguna dari negara Dunia Ketiga. Barangkali di negara mereka tiada sistem tandas moden seperti di kompleks beli-belah Kuala Lumpur City Center (KLCC), jadi mereka tidak tahu menggunakannya. Mereka peduli apa. Tinggalkan saja sebab ada tukang cuci. Namun, lokasi inilah yang berpuluh ribu pengguna dari negara Dunia Ketiga berkumpul dan mengguna segala kemudahan yang ada.

Kita tidak boleh halang mereka terutama pekerja asing, sama ada yang ada permit kerja atau tidak daripada ma­suk ke bangunan yang menjadi mercu kebanggaan Ma­laysia itu. Apabila ada cuti umum, merekalah yang akan memenuhkan ruang di dalam dan kawasan sekitar Menara Berkembar Petronas. Hinggakan orang tempatan pun naik "seram" apabila berkunjung ke kawasan yang menjadi tumpuan mata seluruh dunia.

Inilah apa yang pelancong luar nampak terhadap Malaysia melalui suasana di KLCC. Hal ini ditambah buruk dengan sikap pemandu teksi di sana. Sekarang tersebar seluruh dunia mengatakan perkhidmatan teksi Malaysia paling teruk di dunia.

Saya ingatkan kisah pemandu teksi mengenakan tam­bang melampau yang heboh dilaporkan beberapa ta­hun dahulu sudah tiada lagi, tapi semakin tidak dapat di­bendung. Pemandu teksi tamak seperti itu masih ber­keliaran di bandar raya Kuala Lumpur ini untuk "me­nyembelih" pelancong asing.

Sebenarnya, Kuala Lumpur ini siapa punya?

Lubuk rezeki

Kawasan Chow Kit sekarang bagaikan bandar orang Indonesia, sekitar Jalan Silang sudah di­kuasai oleh warga Myanmar, Ne­pal dan Bangladesh, kawasan Ja­lan Tuanku Abdul Rahman men­­jadi tumpuan peniaga Pa­kis­tan dan India, kawasan Cheras pula kawasan Awang Hitam. Pusat-pusat hiburan pula penuh dengan pelayan wanita dari China, Viet­nam, Thailand, Filipina dan Indo­nesia.

Kuala Lumpur sekarang menja­di lubuk rezeki untuk warga ma­na? Entahlah...

Kalau menaiki pengangkutan awam seperti bas, LRT dan komu­ter pada waktu puncak, rakyat tem­patan "terseksa". Separuh tem­pat sudah dipenuhi oleh pe­ker­ja asing. Pengangkutan mo­den yang Malaysia majukan itu ru­pa-rupanya dimanfaatkan sepe­nuhnya oleh pekerja asing.

Malaysia sudah ada rakyatnya yang berbilang bangsa, agama dan bahasa, kini ditambah dengan perangai dan sikap pekerja asing yang tidak putus-putus datang ke negara ini. Imej yang dibawa oleh pekerja asing meletakkan Kuala Lumpur bagaikan hilang identitinya.

Berkecamuk jadinya rupa bentuk budaya dan gaya hidup orang Kuala Lumpur. Tidak tahulah saya, apa yang hendak kita banggakan dengan kemajuan dan pemodenan yang dibina jika terlampau banyak sangat ternampak muka pekerja asing.

Sesungguhnya pekerja asing membawa bersama penyakit dari negara Dunia Ketiga yang sudah Malaysia basmi seperti batuk kering, TB. Mereka juga pamerkan budaya hidup yang sudah kita tinggalkan pada tahun 1970-an apabila mandi secara terbuka di kawasan kongsi.

Pasukan keselamatan kita kini berdepan cabaran untuk membanteras jenayah yang dilakukan warga asing. Kalau dibuat operasi menahan pendatang tanpa izin pun tak ke mana akhirnya.

Penempatan di pusat tahanan sementara lebih menyenangkan mereka apabila kerajaan kita terpaksa mengeluarkan belanja untuk menyediakan makanan dan minuman mereka.

Apakah kita tidak belajar peristiwa lepas dan kesan kehadiran terlampau ramai warga asing. Walaupun untuk tempoh sementara, namun kesannya ke atas sosiobudaya, keselamatan dan ekonomi rakyat tempatan adalah besar.

Ingatlah, berapa ramai "pelancong" yang masuk melalui lapangan terbang, tidak pulang selepas tamat tempoh lawatan. Mereka boleh bergerak bebas dan melakukan apa sahaja tanpa gangguan daripada pihak berkuasa. Sebab mereka tahu pihak berkuasa kita hanya sedia memberi amaran akan bertindak, tetapi tinggal gertakan sahaja.

Kita tidak lakukan seperti negara maju bertindak ke atas warga asing yang tamat tempoh lawatan. Kalau diambil tindakan tahanan pun, proses menghantar pulang pun lambat.

Jika begini, susah negara kita untuk bergerak menguat­kuasakan undang-undang. Atas kertas undang-undang ne­ga­ra kita lengkap dan menggerunkan, tetapi sayang tidak disertai penguatkuasaan dan pelaksanaan yang bersungguh-sungguh.

Oleh sebab itu, dengan suasana politik dan ekonomi negara kita sekarang, ditokok-tambah dengan kemelut pekerja asing, entah macam mana agaknya rupa atau identiti negara maju Malaysia pada tahun 2020. - Azman Anuar Utusan Malaysia Rencana 5 Julai 2015

Sejarah Pulau Pinang: Antara Mitos dan Realiti

Sungguh mengecewakan apabila sebahagian daripada masyarakat Malaysia masih percaya pada mitos bahawa - “Sejarah Pulau Pinang bermula dalam tahun 1786, apabila Kapten Francis Light membuat perjanjian dengan Sultan Kedah.” Mitos ini dipaparkan dalam laman web rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sumbernya ialah Biro Penerangan Pulau Pinang.

Saya menganggap ini sebagai suatu mitos kerana Pulau Pinang telah pun dibuka dan diduduki oleh beberapa kumpulan dari Kepulauan Melayu beberapa dasawarsa sebelum tibanya Light.


ADA pihak mendakwa sejarah Pulau Pinang bermula apabila Francis Light menandatangani perjanjian dengan Sultan Kedah, sedangkan kajian-kajian arkeologi menunjukkan bahawa penghunian di Pulau Pinang sudah berlaku beribu ribu tahun dahulu.

Kumpulan dari Sumatera Barat yang diketuai oleh Datuk Nakhoda Intan telah membuka pelabuhan Batu Uban pada 1734.

Beliau telah diberi kebenaran oleh Sultan Kedah ketika itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah 11.

Pulau Pinang seperti Seberang Perai, adalah sebahagian daripada wilayah pemerintahan Kesultanan Kedah.

Saudara-saudara Nakhoda Intan membuka kawasan-kawasan lain di Bayan Lepas dan Jelutong.

Tidak sah

Seorang lagi yang bertanggungjawab atas pembukaan Pulau Pinang sebelum Light ialah Datuk Janatun yang telah dihadiahkan “100 ekar tanah di pantai barat Pulau Pinang oleh Sultan Kedah.”

Pengikut-pengikut Janatun dan Nakhoda Intan terlibat dalam kegiatan pertanian dan perdagangan.

Fakta-fakta tentang asal-usul Pulau Pinang telah dikaji dan dikemukakan kepada khalayak ramai oleh beberapa sarjana tempatan, antaranya Muhammad Haji Salleh, Md. Salleh Yaapar dan Mahani Musa.

Malah, ahli sejarah, mendiang Rollins Bonney, dalam bukunya tentang sejarah Kedah berhujah bahawa pengambilan Pulau Pinang oleh Light tidak sah dan merupakan rampasan daripada Sultan Kedah.

Ahli arkeologi, Mokhtar Saidan, bersandarkan kajian-kajian arkeologi menunjukkan bahawa penghunian dan penempatan di Pulau Pinang termasuk Seberang Perai sudah berlaku beribu-ribu tahun dahulu dan kedatangan Light hanyalah riak kecil dalam lautan sejarah.

Kenapa fakta-fakta tentang sejarah Pulau Pinang tidak diketahui umum dan tidak menjadi sebahagian daripada pengetahuan arus perdana?

Mungkin kerana kejahilan sebahagian besar golongan-golongan yang berpengaruh dalam masyarakat kita.

Mungkin kerana pendidikan sejarah dalam sistem persekolahan kita yang meminggirkan sejarah sebenar Pulau Pinang.

Memutarbelit

Ini adalah kerana sebahagian daripada subjek sejarah yang masih dipelajari oleh generasi kontemporari diwarisi daripada zaman kolonial British.

Kolonialisme dengan sengajanya menyebarkan beberapa mitos tentang negara-negara dan bangsa-bangsa yang dijajahnya antaranya mitos tentang sejarah.

Mitos yang dimaksudkan saya dinamakan dalam pengajian kolonialisme sebagai mitos penemuan (myth of discovery).

Mitos penemuan ini memutarbelitkan kebenaran sejarah dan cuba memberi gambaran palsu bahawa pihak kolonial yang menemui sebuah negeri atau wilayah dan membukanya, dan secara langsung, membawa “ tamadun” kepada tempat itu.

Pendustaan terhadap sejarah ini mempunyai dua motif yang jahat.

Pertama, untuk mengesahkan penjajahan dan penguasaan kolonial agar semua pihak terutamanya mangsa penjajahan menerima penguasaan terhadap mereka sebagai sesuatu yang memanafaatkan mereka.

Dalam lain perkataan, pengambilan tanah atau perampasan wilayah atau pulau adalah untuk kebaikan mangsa itu sendiri kerana sebelum penjajahan, tidak wujud masyarakat atau budaya atau tamadun!.

Kedua, melalui mitos tersebut, penjajah secara langsung merendahkan martabat, kedudukan dan kemuliaan bangsa atau negara yang dijajah.

Menafikan sejarah

Gambaran yang dicipta adalah seolah-olah tiada sebutir nilai dalam budaya, agama, politik, mahupun ekonomi mangsa kolonialisme.

Segala-segalanya yang wujud sebelum kolonialisme adalah hodoh dan mundur.

Dua motif yang jahat ini begitu ketara dalam beberapa peristiwa yang jauh lebih dahsyat daripada kes Pulau Pinang.

Dalam menonjolkan Kapten James Cook sebagai pengasas Australia, penjajah menafikan sejarah dan tamadun masyarakat pribumi Australia yang telah menghuni benua itu ribuan tahun lamanya.

Penafian ini memudahkan pembunuhan dan penghapusan pribumi Australia tanpa perikemanusiaan.

Begitu juga, pengisytiharan Christopher Columbus sebagai pengasas Amerika bermakna bahawa sejarah tamadun-tamadun pribumi yang kaya seperti Incas dan Aztec dipencil dan dipinggirkan.

Sedangkan hakikatnya sebahagian daripada penduduk pribumi di utara dan di selatan benua Amerika dibunuh dan dihapuskan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Itulah sebabnya kita wajib memahami mitos penemuan ini dan implikasinya dan jangan hanya percaya tanpa usul periksa.

Kita harus membebaskan minda kita daripada unsur-unsur pemikiran kolonial yang bertentangan sama sekali dengan kemuliaan insan dan keutuhan bangsa.

Unsur-unsur pemikiran kolonial ini lebih bahaya dalam konteks negara kita atas satu sebab lagi.

Penghayatan

Sebahagian daripada masyarakat Malaysia tidak menganggap peminggiran sejarah Melayu Pulau Pinang sebagai isu kerana mereka sendiri kurang menghargai dampak sejarah Melayu khususnya dalam pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia.

Bagi mereka ini, penerimaan sejarah Melayu akan menjejas kedudukan mereka sebagai warganegara. Mereka akan menjadi "warga kelas kedua", kononnya, kerana mengiktiraf latar belakang kemelayuan negara.

Ini adalah satu pendapat yang tidak berasas sama sekali.

Sebagai contoh, warga keturunan Cina generasi kedua dan ketiga di negara Filipina menghargai dan menghayati perjuangan nasionalisme Filipina dan wira-wira nasionalis seperti Jose Rizal dan Andres Bonafacio walaupun mereka adalah daripada masyarakat pribumi.

Warga keturunan Cina di Filipina menerima sejarah pribumi negara itu sebagai sejarah mereka sendiri.

Penghayatan mendalam tentang sejarah negara kita adalah pra-syarat dalam usaha kita mencapai perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara tercinta kita.

Budak Melayu dalam DAP hanya pemegang tombak

Sekarang ini wujud satu fenomena di mana anak muda Melayu diberi peluang memegang jawatan di peringkat cabang dalam parti Cina DAP. Semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan dulu, DAP mempertaruhkan Dyana Sofia sebagai calon. Walaupun tewas tetapi DAP berjaya membina persepsi bahawa parti itu terbuka kepada semua kaum. Ini berjaya memadamkan imej rasis DAP terhadap orang Melayu dan juga Islam.

Politik adalah persepsi. DAP menangani persepsi umum dengan membuka laluan kepada orang Melayu terutama anak-anak muda yang terpesona dengan janji "demokrasi". DAP telah berjaya dalam perang persepsi tanpa menjejaskan dasar dan ideologi parti ini menolak hak-hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam.

Mereka tahu bahawa banyak anak muda Melayu telah dirasuk demokrasi yang dipergayakan pada era imperialisme media oleh Barat. Demokrasi menjadi kata kunci perjuangan kepada anak muda ini yang tanpa sedar mereka adalah mangsa penjajahan cara baharu. Mereka terpesona dengan perjuangan hak asasi manusia yang juga menjadi produk penting Barat untuk menjajah dunia pada era neokolonialisme.

Maka apabila melihat di negara ini ada tertulis "hak keistimewaan orang Melayu", bagi mereka ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Apabila ada tertulis "Islam sebagai Agama Persekutuan", mereka tanya kenapa menganaktirikan agama lain? Kalau penceramah Islam boleh mempromosikan Islam di media, kenapa agama lain tidak boleh? Ini tidak demokratik, kata mereka.

Kerana menggunakan neraca akal yang dipengaruhi oleh Barat, maka semua yang dilihat tidak kena kepada mereka. Maka DAP yang mempotretkan parti itu melangkaui batas kaum dan agama dilihat sebagai pilihan terbaik memperjuangkan demokrasi. Maka anak-anak muda Melayu ini juga bersetuju menentang undang-undang jenayah Islam kerana dianggap tidak bertamadun dan melanggar hak asasi manusia.

Inilah generasi yang paling malang kerana mereka membesar dalam lingkaran pendemokrasian maklumat dari pelbagai sumber dan sudut pandangan. Banyak etika hidup yang menekankan nilai-nilai agama dan budaya telah dihancurkan oleh gelombang liberalisme dan sekularisme, digantikan dengan kebebasan bersuara dan hak asasi yang mutlak. Kehancuran ini tidak dirasakan kerana sebahagian besar daripada mereka sendiri telah hancur peribadinya.

UMNO dianggap hanya memperjuangkan kepentingan Melayu sementara Pas pula hanya memperjuangkan Islam. Mereka mahukan parti yang memperjuangkan semua kaum dan agama. Dengan kompas idealisme yang herot dan kecetekan pengalaman politik, yang nampak hanya DAP yang berjaya menyembunyikan warnanya yang sebenar.

Saya tidak berminat untuk berkempen supaya mereka menyertai UMNO atau Pas. Malah UMNO atau Pas juga tidak memerlukan budak-budak Melayu seperti ini. Barangkali budak-budak Melayu yang terpelajar dan juga yang tidak cukup diajar menyertai DAP kerana menolak UMNO dan Pas. Kalau mereka memilih DAP kerana menolak UMNO, mereka kena bertanya beberapa perkara kepada diri sendiri apakah lebihnya DAP dan kurangnya UMNO?

Kalau faktor DAP kerana melampaui batas kaum dan agama, yang menonjol dan berkuasa dalam DAP hanya satu kaum sahaja. Beberapa pemimpin Melayu kanan satu demi satu keluar kerana tebalnya cauvinis Cina dalam DAP. Cakap sahaja untuk semua kaum tetapi Cina sahaja yang berkuasa. Maknanya kaum menjadi keutamaan DAP. Cuma budak-budak Melayu ini sahaja yang bengap untuk memahaminya.

Semua yang menyertai parti politik untuk berjuang ke aras perubahan. Untuk membuat perubahan kenalah ada kedudukan, lebih tinggi lebih besarlah pengaruhnya kepada orang bawahan. Kalau sekadar pak turut, lebih baik tidak masuk mana-mana parti politik.

Tetapi kalau sekadar diberi jawatan pemegang tombak dalam DAP kemudian menyerang pula bangsa sendiri, tidak usahlah masuk DAP. Tidak sepadan dengan "dosa" mengkhianati agama dan bangsa sendiri. Kalau bermimpikan jawatan kanan dalam parti samalah menunggu bulan berwarna biru. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, Melayu paling kanan dalam DAP pun tidak boleh memutihkan DAP yang sangat hitam politik perkauman. Jadi, kalau setakat menjadi pemegang tombak, faham-faham sajalah. Kalau saya menjadi kamu, saya tidak membiarkan diri dilembukan untuk kepentingan pihak lain.

Pasma ibarat  "reject shop"

Apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serpihan Pas merancang untuk menjadi sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum, persoalan yang bermain di fikiran saya apakah yang hendak ditawarkan oleh Pasma? Apakah nilai tambah untuk memungkinkan rakyat memilih Pasma dan bukan Pas atau UMNO?

Adakah Pasma mensasarkan khalayak di luar parti Melayu yang sedia ada iaitu UMNO dan Pas apabila membuka penyertaan kepada semua kaum? Mampukah Pasma memikat khalayak penyokong Cina dari DAP dan MCA atau India dari MIC dan beberapa parti India yang lain?

Banyak yang melihat Pasma tidak keluar daripada lingkungan Melayu, yakni masih mengintai penyokong-penyokong Pas untuk beralih arah kepada parti baharu yang digerakkan oleh tokoh-tokoh tersingkir dalam muktamar yang lalu. Pasma lebih kepada parti reject shop yang mengumpulkan calon-calon yang ditolak oleh perwakilan.

Apabila berdiri sebagai parti politik, Pasma wajar realistik bahawa mereka tidak ada gagasan besar untuk dijual ke pasar politik. Tidak ada idealisme. Yang ada hanya dendam dan kecewa dengan Pas. Maka sekiranya Pasma ditolak sekali lagi jangan menyalahkan pihak lain. Mereka yang tidak menawarkan suatu yang tidak ada pada Pas dan UMNO.

Saya sangat setuju dengan reaksi Presiden Pas, Hadi Awang bahawa Pasma akan hilang begitu sahaja. Pasma bukanlah Semangat 46 yang pengaruhnya jauh lebih besar, malah mampu memikat beberapa orang menteri bersama-samanya. Cuma yang mengaut keuntungan daripada kelahiran Pasma ialah DAP kerana parti ini "mesra DAP" dalam semua perkara.

Pasma akan menjadi jambatan DAP untuk mendekatkan diri dengan pengundi-pengundi Melayu yang sekarang dimulakan dengan membawa budak-budak Melayu dan diberi jawatan dalam parti. Pasma tidak mendapat apa-apa kerana tidak ada nilai tambah yang boleh menggugat kesetiaan penyokong UMNO atau Pas. Kesimpulannya Pasma akan diingati kerana memecahkan politik Melayu. Itu saja. - Ku Seman Ku Hussain Utusan Malaysia Rencana 5 Julai 2015

Bisik Awang Selamat ~ Dugaan Najib, Teksi dan Maruah

Lagi dugaan Najib

Perdana Menteri, Najib Tun Razak diuji lagi dalam isu 1MDB. Kali ini tuduhan oleh Wall Street Journal (WSJ) kononnya dana hampir RM700 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah dimasukkan ke akaun peribadinya.

Seperti dakwaan terdahulu berkaitan 1MDB, tuduhan terbaharu ini juga tiada sebarang bukti konkrit setakat ini. Inilah dugaan sebagai pemimpin, yang mudah terdedah kepada apa sahaja serangan peribadi, fitnah, tohmahan dan disalahertikan.

Dalam tempoh 48 jam, isu itu menjadi panas. Meskipun Najib telah menafikan hal tersebut, serangan oleh WSJ berterusan. Tuduhan itu mengundang reaksi pelbagai pihak dan pemimpin yang mahu tindakan undang-undang diambil ke atas WSJ, juga bagi membersihkan nama Perdana Menteri.

Awang bersyukur, meskipun isu tersebut hangat diperkatakan, rakyat Malaysia nampaknya tenang dan tidak melatah. Itulah yang sebaik-baiknya, biarkan pihak berkuasa termasuk Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan menjalankan siasatan ke atas dakwaan tersebut. Apa sekali pun cabaran, isu seperti itu akan ada penyelesaiannya. Namun pada tahap ini, berilah keyakinan kepada Najib untuk membela diri serta membuktikan beliau di pihak yang benar serta menjadi mangsa tohmahan. Lebih-lebih lagi bagi umat Islam pada bulan Ramadan yang mulia ini, dituntut lebih banyak bersabar, tidak mudah percayakan spekulasi dan bersangka buruk selagi sesuatu dakwaan itu tidak dibuktikan kesahihannya.

Sebagaimana peringatan Allah SWT dalam kitab suci al-Quran, Surah Al Hujurat, ayat 6 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti (untuk menentukannya), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu.'' Renungkan.

Dalam pada itu, sudah ada pihak menangguk di air keruh dalam isu tuduhan terbaru ke atas Najib. Ini termasuklah portal pembangkang, Malaysiakini yang mengagung-agungkan WSJ seolah-olah mereka berkongsi agenda yang sama. Setelah gagal menjatuhkan kerajaan pada pilihan raya umum lalu, ini kesempatan untuk memburuk-burukkan kepimpinan negara. Semua reaksi pembaca yang negatif dimainkan secara sensasi seperti menonton filem lucah, reaksi positif pula disekat. Awang sudah lama tak percayakan Malaysiakini, kredibilitinya rendah. Maka tidak mengejutkan jika portal itu agresif untuk terus menggugat kerajaan pimpinan Islam yang ada. Sama juga dengan Sarawak Report, yang Awang tahu apa muslihatnya. Bukankah ada anasir asing dan tangan ghaib di belakang mereka?

Teksi

Laporan laman web LondonCabs (londoncab.co.uk) yang menyenaraikan Kuala Lumpur antara 10 bandar raya yang mempunyai perkhidmatan dan pemandu teksi paling teruk di dunia, tidaklah mengejutkan.

Awang sudah menjangkakan hal ini. Untuk kesekian lama banyak pihak membangkitkan isu tersebut. Awang sendiri sudah kerap menulis mengenainya tetapi tiada usaha meyakinkan diambil, menjadikan imej perkhidmatan teksi kita buruk di kaca mata awam dan pelancong.

Masalah paling besar adalah kelemahan penguatkuasaan yang kini di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Akibatnya, walaupun segelintir pemandu teksi yang membuat onar, seluruh pemandu dan perkhidmatan teksi terpalit.

Bercakap soal pemandu teksi yang bermasalah ini memang menyakitkan hati. Sebahagiannya berlagak samseng, menipu meter, caj keterlaluan, memilih penumpang, biadap, berpakaian selekeh dan keadaan teksi kotor serta berbau selain isu teksi uzur. Itulah kebanyakan aduan yang diterima.

Pernah ada satu kajian mendapati pada dekad 1970-an dan awal 1980-an, perkhidmatan teksi kita antara yang terbaik di Asia Tenggara tetapi kini paling teruk.

Awang tidak faham mengapa sukar sangat SPAD hendak selesaikan isu ini, berapa puluh tahun masa diperlukan dan apa lagi alasan mahu disumbatkan kepada orang ramai.

Siapa perlu bertanggungjawab kerana apa yang berlaku ini adalah sabotaj kepada ekonomi dan imej negara. Rakyat dan pelancong berhak mendapat perkhidmatan teksi yang berkualiti kerana Malaysia bukan negara mundur.

Belajarlah dengan agensi negara serantau yang mempunyai budaya penguatkuasaan berkesan. Janganlah terus memalukan negara dan juga SPAD.

Antara berita yang menarik perhatian ramai minggu ini adalah keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mendapati Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersalah kerana memfitnah Ketua Pembangkang negeri itu, Jahara Hamid dengan gelaran "nenek rasis", dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Noordin Hassan, memerintah Guan Eng membayar ganti rugi RM500,000 kepada Jahara yang juga ADUN Teluk Air Tawar, kos guaman RM40,000 beserta faedah lima peratus, selain menarik gelaran tersebut.

Tidak silap Awang, ganti rugi itu antara yang tertinggi dalam kes fitnah melibatkan pemimpin politik. Jahara dalam reaksinya bersyukur dan gembira kerana maruahnya sebagai wanita dikembalikan melalui keputusan tersebut.

Betul kata Jahara, keputusan itu seharusnya membuka mata Guan Eng supaya tidak lagi mengeluarkan gelaran yang memalukan kepada sesiapa sahaja.

Awang berharap ia menjadi pengajaran sangat bernilai kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu betapa pemimpin seharusnya menunjukkan teladan akhlak yang baik, bukan sebaliknya. Kuasa dan kedudukan, bukan lesen untuk memfitnah dan menghina orang lain.

Kepada Jahara, tahniah atas kejayaan dalam perbicaraan tersebut. Begitu juga kepada peguamnya, Jaharbadeen Mohamed Yunos. Ini satu lagi kejayaan beliau dalam mengendalikan perbicaraan yang menjadi perhatian awam.

Tuah badan

Satu lagi berita yang menjadi bualan ramai minggu ini datangnya daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memuat naik gambar hadiah yang diterima sempena hari ulang tahun kelahiran ke-31.

Hadiahnya bukan sembarangan, sebuah jet peribadi daripada ayahanda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Inilah dikatakan tuah badan. Bukan semua putera raja akan dianugerahkan hadiah seperti itu.

Pemberian tersebut dilihat betapa baginda mahu menzahirkan kasih sayangnya kepada TMJ pada hari yang istimewa. Bagi Tunku Ismail, sudah tentu amat gembira sehingga mahu berkongsi gambar majlis penyerahan pesawat tersebut pada laman Facebook Johor Southern Tigers.

Awang seperti orang biasa lain, sekadar teruja membacanya tetapi usahlah bermimpi untuk mendapat hadiah berupa jet peribadi. Apa pun, ia menjadi kisah hadiah hari jadi yang paling diperkatakan.

Harapan baharu Cameron Highlands

Dua bulan lepas, seorang aktivis alam sekitar mengeluh kerana tiada sebarang perubahan kepada isu ancaman alam sekitar di Cameron Highlands. Kawasan peranginan itu sudah terjejas teruk dan tidak mungkin dapat dipulihkan, katanya kepada Awang. Walaupun isu tersebut pernah gempar ekoran pendedahan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia, disusuli komitmen semua pihak untuk mengatasinya pada awal tahun ini, aktiviti pencerobohan tanah secara haram masih berterusan. Amaran juga berulang kali diberi, pihak tentera turut dikerah dan struktur kebun haram dirobohkan - ia bagai menyiram air di daun keladi. Dengan kata lain, tidak menggerunkan mereka yang terlibat.

Bagaimanapun awal minggu ini, beberapa hari selepas satu lagi siri laporan khas Utusan disiarkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertindak menahan 22 individu termasuk beberapa tauke dipercayai pemberi rasuah. Barulah semua pihak membuka mata betapa seriusnya ancaman tersebut. SPRM dijangka melakukan beberapa tangkapan lagi, kali ini sasarannya penjawat awam dan penguat kuasa pula.

Para aktivis alam sekitar dan penduduk di situ sangat lega dan berterima kasih kepada SPRM dan MKN sambil mengharapkan pendakwaan diteruskan tanpa gentar. Tanggapan bahawa terdapat golongan dan individu yang "tidak boleh disentuh" kerana menggunakan pengaruh pihak tertentu, adalah tidak benar. Awang ucap tahniah kepada kedua-dua organisasi berkenaan. Langkah tegas itu yang tepat pada denyut nadi permasalahan, memberi harapan dan sinar baharu bahawa isu ancaman alam sekitar mampu diatasi jika ada kemahuan tinggi. Pasif bererti kita sama-sama bersubahat memusnahkannya, yang turut dibuktikan dengan insiden tanah runtuh dan banjir meragut nyawa.

Awang sangat berharap daerah tersebut bukan sahaja dibersihkan daripada penjenayah dan pemerkosa alam sekitar malah gejala rasuah serta salah guna kuasa. Semoga kali ini, Cameron Highlands benar-benar dapat diselamatkan - menamatkan cerita duka dan memalukan negara.

Maruah di kembali

Antara berita yang menarik perhatian ramai minggu ini adalah keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mendapati Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersalah kerana memfitnah Ketua Pembangkang negeri itu, Jahara Hamid dengan gelaran "nenek rasis", dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Noordin Hassan, memerintah Guan Eng membayar ganti rugi RM500,000 kepada Jahara yang  juga ADUN Teluk Air Tawar, kos guaman RM40,000 beserta faedah lima peratus, selain menarik gelaran tersebut. Tidak silap Awang, ganti rugi itu antara yang tertinggi dalam kes fitnah melibatkan pemimpin politik. Jahara dalam reaksinya bersyukur dan gembira kerana maruahnya sebagai wanita dikembalikan melalui keputusan tersebut. Betul kata Jahara, keputusan itu seharusnya membuka mata Guan Eng supaya tidak lagi mengeluarkan gelaran yang memalukan kepada sesiapa sahaja. Awang berharap ia menjadi pengajaran sangat bernilai kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu betapa pemimpin seharusnya menunjukkan teladan akhlak yang baik, bukan sebaliknya. Kuasa dan kedudukan, bukan lesen untuk memfitnah dan menghina orang lain. Kepada Jahara, tahniah atas kejayaan dalam perbicaraan tersebut. Begitu juga kepada peguamnya, Jaharbadeen Mohamed Yunos. Ini satu lagi kejayaan beliau dalam mengendalikan perbicaraan yang menjadi perhatian awam. - Awang Selamat Rencana 5 Julai 2015

Tiga dekad lawan persepsi

MUKADIMAH : PADA 7 Julai ini, Proton Holdings Berhad (Proton) akan menyambut ulang tahun ke-30 tahun penubuhannya sebagai pengeluar kereta nasional. Tidak ramai menyedari Proton sudah mengeluarkan sebanyak 4 juta buah kenderaan dalam tempoh tiga dekad ini.

Tidak ramai juga yang ingat bahawa Proton memiliki kelengkapan pembuatan automotif berkelas dunia iaitu Proton City di Tanjung Malim, yang menjadi antara faktor utama mengapa banyak syarikat automotif global mahu "meminang" Proton.

Sebaliknya, ramai yang memilih untuk mengingati perkara negatif, sekali gus mengakibatkan Proton berterusan berada di bawah awan gelap persepsi.

Faktor persepsi ini menyebabkan jualan Proton menyusut sedikit demi sedikit, sehingga kehilangan kedudukannya sebagai peneraju segmen kereta nasional kepada Perodua, yang merupakan kenderaan dijenama semula dari Daihatsu. Proton kini hanya memegang 17 peratus penguasan pasaran.

Keadaan menjadi agak memeranjatkan apabila data bulan April menunjukkan Proton menurun ke tangga keempat, selepas Perodua, Toyota dan Honda. Walaupun memiliki model terbaik Proton Iriz, jualannya masih lemah. "Persepsi adalah puncanya. Saya pun tidak tahu apa lagi hendak dilakukan. Kami berikan kereta bagus, pada harga bagus. Malah lebih nilai berbanding kereta lain,’’ kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini merupakan pengerusi Proton yang beliau sangat instrumental dalam penubuhannya 30 tahun lalu.

Ikuti wawancara wartawan Mingguan Malaysia, Johardy Ibrahim bersama Tun Dr. Mahathir sempena ulang tahun ke-30 Proton, yang antara lain beliau turut menyentuh tentang fokus beliau kepada Proton yang tidak pernah lentur, hala tuju syarikat dan pelancaran tiga model baharu tahun depan.

MINGGUAN : Bagaimana menangani isu "persepsi" yang membelenggu Proton?

Dr. Mahathir: Kami menyedari isu kualiti pada model-model sebelum ini menjadi punca kepada persepsi ini. Kereta Proton sentiasa diingati kerana tingkapnya yang tidak boleh naik. Bila sampai di Plaza Tol, pemandu yang kena buka pintu untuk membayar tol ialah pemilik kereta Proton. Itu kata mereka.

Orang tidak mudah lupa. Benda-benda buruk mereka tidak akan lupa. Benda-benda baik, mereka mudah lupakan.

Memanglah, masalah persepsi ini tercetus kerana kita sendiri. Contohnya model Preve yang dilancarkan ke pasaran agak tergesa-gesa, menyebabkan banyak aduan diterima. Selepas beberapa ketika, kami berjaya mengatasinya dan jualan Preve semakin baik.

Begitu juga dengan Iriz yang terjejas akibat persepsi walaupun memiliki ciri keselamatan dan elektronik yang setanding dengan model kereta import.

Soal kualiti kini menjadi tumpuan utama Proton. Dalam kilang pengeluaran, diwujudkan stesen kualiti untuk memeriksa kenderaan di banyak bahagian pemprosesan. Jika ditemui sesuatu yang tidak mencapai standard, ia akan diperbaiki.

Sebelum ini, pemeriksaan terhadap kereta dibuat secara rawak iaitu satu daripada 40 kereta. Sekarang, setiap kereta diperiksa dan dipandu uji bagi menilai kualiti.

Apakah komen Tun tentang pencapaian Proton sehingga 30 tahun ini?

Dr. Mahathir: Ya, sudah 30 tahun. Kita sudah mencapai kemajuan yang sewajarnya. Kereta pertama Proton hanya ada 18 peratus kandungan tempatan. Hari ini, kereta Proton adalah 100 peratus kandungan tempatan, malah bermula dari reka bentuk, ujian, model tanah liat – semuanya dibuat oleh jurutera Proton sendiri.

Pada masa ini, prestasi kami kurang memberangsangkan, atas pelbagai faktor. Sekarang, kami mahu merubah imej Proton. Ia tidak akan lagi merupakan pengeluar kereta murah, sub standard. Kami mahu mengeluarkan kereta yang boleh dijual di seluruh dunia, dan mematuhi segala piawaian termasuk di Eropah.

Pada masa ini, kita bergantung kepada pasaran tempatan. Jika pasaran asing mengadakan halangan (untuk kereta Proton) daripada segi teknologi, maka kita akan mendapatkan teknologi itu. Kami akan memperkenakan model baharu tahun depan, dan ia akan sangat berbeza dengan model sedia ada.

Dari segi kepakaran, Proton sudah memiliki jurutera-jurutera automotif untuk membawa syarikat memacu masa depan?

Dr. Mahathir: Kesilapan masa lalu ialah mereka tidak memberikan tanggungjawab kepada jurutera kami. Ini kerana dalam pengurusan sekali pun, mereka beranggapan jurutera tidak memiliki kecekapan untuk mengurus. Hari ini, polisi kami ialah jurutera harus melakukan tugas mereka sendiri, mempelajari serba-serbi. Jika kami mahu menghantar mereka ke luar negara, kita akan lakukan.

Jurutera Proton adalah sangat cekap. Kami belajar dari kesilapan. Percayalah cakap saya. Saya sangat bangga dengan mereka. Mereka bekerja kuat, sehingga lewat ke tengah malam. Terdapat suatu semangat pada mereka. Mereka mahu bersaing, berjaya dan membina kereta yang bagus.

Antara model baru yang akan dilancarkan Proton ialah model pengganti Perdana. Apakah yang menarik tentangnya?

Dr. Mahathir : Semasa proses penyelidikan dan pembangunannya, kami menjemput bendor dan pengunjung tempatan serta asing. Apabila kereta itu ditunjukkan, reaksi yang diterima ialah 'wow! Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (pemilik Kumpulan DRB-Hicom yang menguasai Proton) telah mengambil alih sebuah syarikat pembinaan pesawat, yang juga mempunyai kapasiti untuk mereka bentuk kereta. Jadi, mereka bekerjasama dengan kami. Semua dibawa untuk membantu Proton menghasilkan kereta berkualiti.

Jurutera Proton memiliki kemahiran dan kapasiti. Masalahnya mereka tidak diminta melakukannya. Cara mudah ialah meminta orang luar buat. Misalnya kereta yang direka oleh Italdesign Giugiaro – yang kita belanja wang yang banyak. Sekarang, kami lakukan sendiri.

Dalam segmen kereta mewah, Nissan memiliki Infiniti, Toyota ada Lexus. Perdana akan menjadi kereta mewah bagi Proton.

Jalinan kerjasama Proton dengan Suzuki baru-baru ini, apakah ia menandakan Proton tidak akan menjalin kerjasama dengan syarikat lain yang berminat, misalnya dari Eropah?

DR. Mahathir: Proton ada kerjasama dengan Honda, dan sekarang Suzuki. Ada lagi syarikat yang menawarkan kerjasama dan kita tengah mengkajinya. Cuma kita tidak mahu ada pertindihan.

Hakikatnya, orang datang kepada kami, mahu menjadi rakan kongsi kami, mahu mengadakan usaha sama, membuka kilang di negara mereka. Jika benarlah sebagaimana persepsi orang mengatakan Proton adalah syarikat yang buruk, mengapa orang luar datang kepada Proton?

Kami memerlukan rakan kongsi teknologi yang bersesuaian. Kami tidak mahu rakan kongsi yang mahu mengambil alih syarikat. Proton adalah syarikat Malaysia. Saya rasa Suzuki akan memberikan teknologi tertentu yang tidak dimiliki Proton sekarang. Kami memerlukan kepakaran dari segi pengeluaran kereta kecil. Kami bukan sahaja memikirkan pasaran Malaysia atau bersaing dengan Perodua. Kami mahu menghasilkan kereta Malaysia yang boleh dieksport.Ia tidak akan menjadi sebuah kereta Suzuki, seperti formula Perodua dengan Daihatsu. Ia mungkin sebuah kereta serba baru Proton tetapi komponennya dari Suzuki.

Bagaimana pula dengan usaha sama Proton untuk membina kereta nasional Indonesia?

Dr. Mahathir: Kedua-dua pihak telah bertemu dan menghalusi pelan tindak iaitu apa yang perlu dilakukan dan sumbangkan. Mereka telah membeli sebuah kilang pembuatan kereta sedia ada di Indonesia, dan Proton akan mereka cipta kereta. Usaha sama ini adalah bagi menghasilkan kereta nasional Indonesia tetapi Proton tetap memasuki pasaran republik itu untuk menjual kereta Proton.

Apakah wawasan Tun terhadap masa depan Proton?

Dr. Mahathir: Kami yakin, Proton akan berjaya kembali mencatat keuntungan dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun.

Kami menjangka, model-model baharu Proton akan diterima baik. Daripada segi bilangan, kami mahu menghasilkan sehingga 200,000 buah setahun. Kami kini memberi tumpuan kepada pasaran eksport. Misalnya di Indonesia, kenderaan tujuh tempat duduk sangat disukai. Di Eropah, mereka suka transmisi manual. Kami akan mengeluarkan kereta yang memenuhi cita rasa pasaran.

Pada masa yang sama, kami akan mengeluarkan kereta Proton yang dipulih semula (reconditioned) untuk eksport supaya ia mempunyai nilai kereta terpakai.

Kami juga mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan kereta berpemanduan sebelah kiri (LHD) bagi Preve, Persona dan Suprima. Pasaran LHD adalah lebih besar. Kami juga sudah membeli enjin Petronas, yang akan dipasang pada kereta Proton.

Mengapa Proton sentiasa dekat di hati Tun?

Dr. Mahathir: Ia adalah permulaan kepada langkah negara bertukar menjadi negara perindustrian. Pada satu ketika, Proton sangat menguntungkan. Ia ada rizab tunai sebanyak RM4 bilion. Kilang di Tanjung Malim dibina tanpa bantuan sesiapa.

Orang mungkin tidak melihatnya sebagai suatu kejayaan. Tetapi bagi saya, ia adalah kejayaan dan saya sangat berbangga dengannya. Inilah sebab, bila saya bersara sebagai perdana menteri, saya minta menjadi penasihat kepada Proton.

Setiap Selasa, saya mengadakan pertemuan dengan pengurusan. Saya turut terlibat dalam memandu uji semua kereta baharu, termasuk yang diubah suai. Saya pandu di litar ujian dan juga di bandar, untuk mengetahui sama ada kereta itu memenuhi jangkaan saya.

Saya tahu orang kata pada usia 90 tahun seperti saya tidak sepatutnya memandu. Tetapi saya suka memandu dan masih boleh memandu uji dengan baik. Ia menyeronokkan pada saya.

Proton adalah syarikat Malaysia. Kami memerlukan kepakaran dari segi pengeluaran kereta kecil. Kami bukan sahaja memikirkan pasaran Malaysia atau bersaing dengan Perodua. Kami mahu menghasilkan kereta Malaysia yang boleh dieksport. - Utusan Malaysia Rencana 5 Julai 2015

Let’s not be enslaved to smartphones

TECHNOLOGY has taken a toll on human well-being. Despite the long-term effects of the excessive use of technological devices, many people are obsessed with their gadgets.

Unless something bad befalls gadget lovers or their family members, advice and reminders will fall on deaf ears. Smartphones and tablets offer great advantages, but we should not turn a blind eye to their drawbacks.

Since the young are more exposed to the negative effects of smartphone and tablet use, it is the responsibility of adults to remind and them. Education starts at home.

Hence, it is vital for parents to teach their children the dos and don’ts in life. However, many parents would rather coddle their children and buy them mobile devices as they want their children to be sophisticated, trendy and tech-savvy.

Although this will create a win-win situation as parents and children make each other happy, there are health problems parents may fail to foresee.

Children’s inability to think maturely will result in grave repercussions. Worse, parental indulgence could lead to bad habits such as staring at screens all day and bad posture while texting.


Students taking a selfie in Mumbai, India, recently. Youngsters can be informed about
the side effects of smartphones and tablets through formal and informal approaches. AFP pic

American author Joyce Maynard said: “As much as we watch to see what our children do with their lives, they are watching to see what we do with ours.”

Parents should present a good example to children and ensure that they practise what they preach. This will make children admire, and emulate them as role models.

Youngsters can be informed about the side effects of smartphones and tablets through formal and informal approaches. For instance, workshops, talks and activities can be held in schools and varsities.

Teachers, lecturers and administrators should act as facilitators or speakers in the programmes. Medical experts can focus on the short- and long-term risks of being obsessed with gadgets.

In addition, case studies and incidents of users experiencing tragedies caused by gadgets may serve as evidence and eye-openers for participants to take this matter seriously.

Smartphones are invented by geniuses for smart people, who should control themselves and not be enslaved by such devices. Let us stop loving them to death, for, chances are, they will lead us there.

Why the high prices?

WE are constantly reminded and encouraged to buy and eat local fruits. Malaysians, by and large, have always enjoyed eating the many varieties of local fruits.

Malaysian fruits taste better than most of the imported ones and their nutrient content is greater. Who would dispute the unique aroma and excellent taste of the durian, the king of fruits?

It is time the Federal Agricultural Marketing Authority (Fama) make efforts to ensure that local fruits are sold at a price affordable to the lower-income group.

Our orchards abound with fruits throughout the year, even though some of them are seasonal. Despite the fact that there are many varieties to choose from, the most disappointing aspect of our local fruits is their price tag.

Gone are the days when the pisang emas, jambu air, jambu batu, langsat, duku, manggis, papayas and others were sold at less than a ringgit a kilogramme.

Customers often look for less-sweet pisang rastali at supermarkets and night markets, but hardly find them nowadays.

Even the longer-sized yellow-skinned beranang is difficult to get because many varieties of similar types are sold at exorbitant prices.

The price of local fruits is being raised gradually, to the extent that some are twice as expensive than they were a few years ago.

It is time the Federal Agricultural Marketing Authority (Fama) make efforts to ensure that local fruits are sold at a price affordable to the lower-income group.

The Agriculture and Agro-Based Industry Ministry is in a better position to control the price of fruits. It has all the resources at its disposal to call up the parties concerned to determine prices to eradicate unreasonable price hikes. It is not enough for Fama to organise farmers’ markets at certain centres on specific days.

Of late, prices at farmers’ markets are on the increase and on a par with night markets. The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry should exercise regular price checks for the benefit of consumers. Do not deprive our ordinary people from eating local fruits. Otherwise, the “Eat Local Fruits” campaign will be a farce.

Lebih sihat dengan berpuasa dan Rahsia ulam-ulaman

Bagi penyakit kardiovaskular ini, tidak ada kaedah rawatan yang lebih baik selain mencegahnya. Ini dapat dilakukan dengan mengamalkan gaya hidup sihat, melaksanakan pola pemakanan sihat dengan mengambil lebih banyak makanan berserat dan sayur, serta tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak dan kolesterol tinggi, serta mengamalkan senaman ringan yang teratur,

Berpuasa jelas Dr. Beni akan melatih seseorang, untuk hidup lebih teratur, serta mengelakkan makan secara berlebihan. Kajian yang dijalankan di beberapa negara Timur Tengah mendapati puasa dapat menyihatkan tubuh kerana makanan berkaitan rapat dengan proses metabolisme tubuh.



PENGAMBILAN lebih banyak makanan berserat dan sayur digalakkan dalam bulan Ramadan.

“Ketika berpuasa paras kolesterol baik HDL meningkat manakala penurunan LDL yang ternyata sangat bermanfaat bagi kesihatan jantung dan pembuluh darah. Beberapa kajian menunjukkan berpuasa pada bulan Ramadan mempengaruhi terhadap ritma penurunan seperti suhu tubuh, hormon kortisol, melatonin dan glisemia.

Pelbagai perubahan yang walaupun kecil tetapi berperanan dalam meningkatkan kesihatan manusia.

“Keadaan psikologi yang tenang dan tidak dipengaruhi rasa marah semasa berpuasa ternyata dapat menurunkan adrenalin. Ketika marah jumlah adrenalin meningkat beberapa kali ganda,” katanya.

Puasa juga boleh menurunkan kadar gula dalam darah, kolesterol dan mengendalikan tekanan darah. Itulah sebabnya, puasa berpotensi dalam membantu mengawal penyakit diabetes, kolesterol tinggi, obesiti dan darah tinggi.

Ini adalah antara sebab mengapa selain bulan Ramadan, Islam juga menggalakkan umatnya untuk meneruskan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Ini membolehkan manfaat dari berpuasa itu boleh dicapai secara konsisten bukan sahaja dalam bulan Ramadan malah juga untuk sepanjang tahun.

Sepanjang bulan Ramadan ini juga adalah peluang keemasan bagi mereka yang merokok supaya dapat mengurangkan pengambilan rokok secara perlahan-lahan dan berpotensi untuk berhenti terus daripada merokok.

Klinik berhenti merokok juga ada disediakan di IJN. Bagi mereka yang berminat boleh bertanyakan melalui operator IJN di talian 03 – 26178200.

Menurut Dr.Beni lagi, bagi mereka yang ingin meneruskan gaya hidup yang sihat selepas bulan Ramadan sambil membuat pemeriksaan tahap kesihatan jantung mereka dan saringan penyakit jantung, diabetes, darah tinggi dan hiperlipidemia boleh menghubungi ‘Wellness Centre IJN’ no. telefon 03 26006421 atau e-mel heart@ijn.com.my untuk temu janji dengan pakar-pakar jantung IJN.

Rahsia ulam-ulaman
Generasi muda yang tahu makan ulam-ulaman mungkin boleh dibilang dengan jari. Hal itu membuatkan diet harian masyarakat Melayu sejak dahulu itu semakin terhakis daripada kehidupan masyarakat hari ini.


Petai

Ada diantara mereka yang tidak menyukai rasa, bau, warna malah merasakan makanan seperti itu tidak mengikut trend sekarang yang lebih bergantug dengan makanan tambahan seperti vitamin, pemutih dan sebagainya.

Mereka sebenarnyanya tidak mengetahui rahsia yang terkandung dalam ulam-ulaman ini yang mampu mencegah pelbagai jenis penyakit selain kebaikan lain seperti awet muda, baik untuk kulit dan sebagainya.

Ia juga adalah salah satu cara untuk kekal muda dan sihat secara alami selain daripada mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli set makanan tambahan yang terdapat dipasaran.

Ulam boleh dikategorikan kepada keseluruhan tumbuhan iaitu dari pucuk, daun, batang, biji, buah, umbut dan sehinggalah ke bahagian bunga boleh dimanfaatkan dalam diet seharian.

Setiap dari bahagian itu punyai pelbagai khasiat yang mungkin kita tidak tahu tetapi boleh dikatakan menjadi penawar pelbagai penyakit sejak turun-temurun.

Untuk itu, mari kita kenali jenis-jenis ulam yang terdapat di negara ini. Di sini ada beberapa ulam yang popular dan terdapat banyak lagi ulam-ulaman yang boleh didapati dengan bacaan lain.

Jering


  • Ulam yang mempunyai bau yang kuat seperti petai tetapi mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

  • Kaya dengan protein, karbohidrat, lemak, serat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, C.

  • Ia dipercayai dapat membantu memberi rangsangan untuk memudahkan proses membuang air kecil.

Daun selom


  • Berkhasiat untuk mengubati demam panas dan mengawal penyakit tekanan darah tinggi.

  • Memberi kesan sebagai ejen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.

Cekur


  • Mengandungi provitamin akarotena terutama pada daun yang baru dipetik.

  • Mengandungi vitamin B, C, protein dan mineral yang tersenarai di bawah keluarga halia tetapi kurang popular

  • Mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam serta mempunyai bahan antibakteria, antikulat dan antikeradangan.

Ulam raja


  • Mengandungi protein, lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

  • Bertindak sebagai pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.

Pucuk gajus


  • Daun gajus muda berwarna merah atau merah perang dan rasanya yang kelat dan masam.

  • Membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah.

  • Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.

Daun kaduk


  • Mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan secara dimasak atau mentah.

  • Ulam ini mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.

Petai


  • Ulam dari jenis kekacang paling popular

  • Mengandungi protien, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C

  • Mampu merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang

Pegaga


  • Sejenis tumbuhan suka menjalar.

  • Mempunyai kesan antioksida yang mampu memberikan kesihatan dan kecantikan buat wanita.

  • Kajian WHO mendapati pegaga mampu menjana kecergasan fikiran, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.



Time to check integrity units' activities

TWO years have gone by since the Government decided that all its agencies, at Federal and state levels, would have integrity units.

The Public Service Department circular issued in July 2013 said these units would be the agencies’ focal points in addressing integrity-related matters.

The aim of setting up these units is to ensure that civil servants work in an environment underpinned by morality, ethics and patriotism.

This initiative is also meant to curb indiscipline and criminal misconduct in the public sector.

These units fulfil their role by promoting good governance, strengthening integrity, dealing with complaints of wrongdoings, monitoring compliance with the law, and functioning as secretariats of the Public Service Disciplinary Board.

And not just anybody can head a government agency’s integrity unit. He has to be a Certified Integrity Officer, which means he must be trained by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

According to the 11th Malaysia Plan (11MP), 746 integrity units have been formed in ministries, departments and agencies in 2013 and 2014.

These units have a part to play in the efforts over the next five years to achieve the 11MP objective of making the Government more citizen-centric and focused on improving the efficiency and productivity of the public service.

“Service delivery will be further enhanced and executed with speed and accuracy through innovative and creative approaches while upholding integrity,” said the Government in the development plan.

It is a good time to review the effectiveness of the integrity units and to identify weaknesses in the implementation of the initiative.

We know, for example, that some organisations have been slow in responding to the 2013 circular.

On Thursday, StarMetro reported that the local councils in Selangor had yet to act firmly despite a state government’s directive two weeks ago that they set up integrity units.

It is possible that it is not easy to get the right people to run these units. At a breakfast talk early last month, MACC chief Tan Sri Abu Kassim Mohamed said the integrity units in enforcement agencies needed more manpower to better fight graft.

We also need to recognise that these integrity units cannot be a cure-all.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) was ahead of the curve when it set up an integrity unit in October 2012. And yet, it now faces allegations of impropriety in property deals in Australia involving Mara Inc.

To be fair, Mara chairman Tan Sri Annuar Musa said Mara’s integrity unit was already part of an internal probe into the deals before an Australian newspaper began publishing stories on the controversy.

What is most important at this stage is to assess the performance of the hundreds of integrity units.

There should be a review of their activities, findings and recommendations. A consolidated report on this would be useful and it should be made public.

It is a great idea to have integrity units in government agencies. But if we are in the dark about what they do or do not do, it remains only an idea in our heads.

The STAR Home  Opinion  Columnists The Star Says Sunday July 5, 2015 MYT 12:00:00 AM