July 7th, 2015

Berdakwah menerusi Pelayaran Islamik

WALAUPUN dihina dan dikutuk, ia sedikitpun tidak melemahkan semangatnya sebaliknya Pengarah Urusan IntraTama Travel Consultant & Tours Sdn Bhd (IntraTama), Suhaimi Abd Ghafer nekad untuk membuktikan konsep dakwah itu luas dan tidak terhad kepada ceramah di masjid atau surau sahaja.

Bermula dengan program Kembara Ustaz Kazim Elias (Kembara UKE) yang kini ditukar kepada Pelayaran Islamik, konsep penganjuran program agama di atas kapal mewah sudah boleh diterima dan mendapat sambutan daripada mereka yang ingin menikmati pelayaran sambil menuntut ilmu.

Memasuki siri keenam baru-baru ini, peluang belayar membelah lautan luas dengan kapal mewah Star Cruise Libra bersama assatizah jemputan, peserta bukan sahaja dapat mengikuti sesi majlis ilmu malah turut menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

Cantik sekali atur cara yang dirancang penganjur iaitu mengajak peserta menunaikan ibadah di atas kapal untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dan menjalinkan silaturahim dengan saudara Islam di dua destinasi dituju iaitu Phuket serta Krabi di Thailand. Bagaimana tercetusnya idea itu, dengan rendah diri Suhaimi memberitahu idea itu milik Allah SWT dan beliau hanya memikul amanah untuk menterjemahkannya dalam bentuk program dakwah sebagai alternatif kepada program sedia ada dianjurkan selama ini.

"Awalnya saya dihina dan dikutuk kerana kapal ini ada kasino serta menghidangkan arak. Namun bagi saya ia adalah satu kejayaan apabila rumah milik bukan Islam disamak serta dibersihkan untuk memenuhi keperluan umat Islam. "Kita berjaya berdakwah kepada syarikat pengurusan untuk menyamak kapal mengikut tuntutan hukum Islam, membina surau sementara di atas kapal untuk menunaikan solat, menghentikan jualan arak sepanjang program dijalankan.

"Malah, kita juga mampu meminta kapal yang sedang belayar dikemudikan ke arah kiblat. Bukan mudah kerana ia memerlukan persetujuan pihak maritim dua negara tetapi berkat kesungguhan serta pertolongan Allah SWT, semua itu dapat dilakukan," katanya.

Oleh itu, beliau tidak perlu terkesan dengan kritikan atau cemuhan pihak lain kerana niatnya adalah untuk berdakwah dan caranya ialah menerusi percutian Perlayaran Islamik yang menawarkan pakej belayar sambil menuntut ilmu.

Program pelayaran bersama Ustaz Kazim Elias (Kembara UKE) yang pertama dianjurkan pada 24 hingga 27 Ogos 2014 membabitkan 760 peserta, diikuti UKE 2.0 pada 25 hingga 28 Januari 2015 bersama 1045 peserta. Kemudian ditukar kepada Pelayaran Islam 3.0 (1 hingga 4 Februari), Pelayaran Islamik 4.0 (8 hingga 11 Mac),

Pelayaran Islamik 5.0 (3 hingga 6 Mei) dan terkini ialah Pelayaran Islamik 6.0 yang dianjurkan pada 7 hingga 10 Jun lalu. Menurut Suhaimi, asalnya beliau dijemput untuk memberi idea bagaimana untuk mempromosikan pelayaran kapal mewah untuk orang Islam kerana Star Cruise Libra mendapat pengesahan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Melihat kepada impak dakwah menggunakan kemudahan yang ada itu, IntraTama mengambil inisiatif menganjurkan program berkonsepkan keagamaan dan pihak pengurusan kapal menyambut baik cadangan itu serta bersedia memenuhi keperluan ditetapkan.

Walaupun sudah memasuki siri keenam, beliau mengakui masih ada penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan kelancaran perjalanan program dan peserta berpuas hati dengan pengisian sepanjang empat hari tiga malam mereka mengikuti Pelayaran Islamik.

"Bagaimanapun, manfaat ilmu menjadi keutamaan dalam program ini dan sebab itu saya terpaksa menolak cadangan untuk memasukkan acara membeli belah kerana untuk pelayaran membeli belah mereka boleh ikut pakej lain.

"Harga yang ditawarkan tidak tinggi malah kita mengambil sedikit daripada bayaran dikenakan itu untuk disumbangkan kepada sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan masjid atas nama Pelayaran Islamik.

Sambil belayar, belajar, peserta turut menyumbang kepada pihak memerlukan," katanya. Katanya, pihaknya berurusan dengan Majlis Agama Islam tempatan untuk mendapatkan nasihat mereka seperti pihak berkuasa agama di Phuket dan Krabi yang menjadi destinasi pelayaran kapal mewah berkenaan.

Sebelum menubuhkan IntraTama, Suhaimi yang berasal dari Selangor pernah bekerja di Bank Islam sebelum berhenti pada 1996 untuk membuka syarikat menjual kereta terpakai. Namun perniagaan itu tidak berjaya, maka beliau beralih menjadi perunding untuk syarikat jualan langsung.

Pernah bekerja di agensi pelancongan serta menjadi penyelia resort, beliau menggunakan pengalaman yang ada untuk menubuhkan IntraTama pada 2003 yang menawarkan khidmat penganjuran serta program korporat.

Mengenang liku-liku kehidupan dilalui, beliau bersyukur kerana mendapat kasih sayang Allah SWT yang memudahkan urusan penganjuran Pelayaran Islamik yang turut mendapat sokongan anak, isteri, keluarga serta kakitangan IntraTama yang komited. "Allah beri rahmat untuk saya menjadi insan yang lebih baik, oleh itu saya perlu istiqamah. Ini bukan idea saya, ia datang daripada Allah SWT dan saya diamanahkan untuk merealisasikannya.

Saya buat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT, jadi niat kena betul. "Saya tidak tinggi agama tetapi itu tidak bermakna saya tidak boleh menjadi pendakwah.

Kita buat apa yang kita pakar dan menggunakan kreativiti yang berbeza. Syurga milik Allah dan Allah pilih hamba-Nya yang bertakwa. Saya pikul amanah ini untuk mencari keredaan Allah," katanya.

Berurusan dengan peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan warga emas, memang tidak dinafikan memerlukan kesabaran serta daya tahan yang tinggi.

Justeru, Suhaimi sentiasa mengingatkan krew pelayaran supaya melayan peserta seperti ibu bapa sendiri. Bercerita lanjut mengenai perancangan akan datang, Suhami memberitahu sedang mengusahakan program pelayaran yang seratus peratus Islamik menggunakan kapal yang benar-benar patuh syariah.

Andai semua berjalan seperti dirancang, usaha itu dijangka bakal dilaksanakan pada tahun 2016. Beliau turut mensasarkan untuk menganjurkan pelayaran kapal mewah ke Makkah bagi menunaikan umrah dan kursus diadakan di atas kapal.

Gadis Sabah catat nama dalam sejarah Liverpool

SEORANG pereka grafik muda dari Sabah, Diana Michelle Culey, 24, mencipta sejarah apabila menghasilkan plat peringatan untuk meraikan 175 tahun sejak pelayaran menyeberangi Lautan Atlantik, yang pertama dalam tahun 1840.

Sabtu lalu, pada hari kapal Queen Mary 2 berlabuh di Liverpool sebelum memulakan meneruskan pelayaran ke Halifax, Boston dan New York (perjalanan serupa yang dilalui 175 tahun lalu), plat peringatan karya Diana menjadi rebutan.

Malah, Diana menjadi tumpuan apabila beliau diminta menandatangani 300 plat edisi terhad yang tercatat singkatan namanya, DMK.

Plat itu dikeluarkan oleh syarikat pembuat cenderahati, Winston Elizabeth & Windsor of London. Diana meninggalkan kediamannya di Kota Kinabalu untuk mencari pengalaman bekerja di Liverpool dan beliau sama sekali tidak menyangka akan menjadi sebahagian daripada warisan dan sejarah bandar Liverpool.

"Ya, saya gembira dan sungguh tidak percaya yang semua ini berlaku," kata Diana ketika dihubungi.


DIANA bersama plat peringatan meraikan 175 tahun pelayaran menyeberangi Lautan Atlantik.

Menceritakan bagaimana perkara itu berlaku, Diana berkata, ia bermula apabila beliau bertemu dengan kakitangan Winston Elizabeth & Windsor of London, yang memintanya bekerja dengan mereka selepas syarikat tempat Diana bekerja sebelum itu, tutup.

Syarikat itu amat berminat dengan hasil kerja Diana dan meminta beliau untuk menghasilkan rekaan plat meraikan 175 tahun pelayaran seberang Atlantik oleh syarikat perkapalan Cunard.

Pada 4 Julai 1840, kapal MS Britannia belayar meninggalkan pelabuhan di Mercy, Liverpool menuju Halifax dan Boston di Amerika Syarikat. Pada 4 Julai, baru-baru ini, kapal Queen Mary 2 memainkan semula acara bersejarah itu dan akan melakukan pelayaran seperti 175 tahun lalu.

Diana berkata, beliau mengambil masa kira-kura dua hingga tiga minggu untuk menghasilkan rekaan pada pinggan itu. "Bila saya mula bekerja, idea akan datang mencurah-curah.

Saya juga membuat penyelidikan mengenai Queen Mary 2 sebelum menghasilkan rekaan," katanya sambil menambah ibu bapanya tidak tahu mengenai kejayaannya itu.

Bapa Diana bekerja sebagai mekanik di negeri kelahirannya, manakala ibunya adalah suri rumah sepenuh masa.

Datuk Diana pula seorang bekas anggota tentera British yang berasal dari Newcastle.



PLAT peringatan untuk kapten pasukan bola sepak Liverpool, Steven Gerrard.

Berkongsi kejayaannya, Diana juga membantu menghasilkan syiling peringatan untuk Obama dan menghasilkan plat peringatan untuk kapten pasukan bola sepak Liverpool, Steven Gerrard.

Diana kini dalam penerbangan pulang ke Sabah untuk bersama keluarganya. Wanita muda ini akan pulang ke Liverpool untuk memulakan projek yang menunggu, yang antara lainnya ialah hadiah peringatan untuk Hilary Clinton, dipercayai menggunakan kristal Swarovski.

Maurice Alexander dari Winston Elizabeth & Windsor of London, berkata syarikatnya menawarkan Diana kerja apabila mengetahui syarikat tempat Diana bekerja menghentikan operasi.

"Diana seorang yang sangat rajin dan tidak berhenti-henti menghasilkan pelbagai rekaan yang menarik. Dia seorang yang begitu pintar dan berbakat, " katanya.

Kapal Queen Mary 2 berlabuh di Terimal Cruise Liner Terminal berhampiran dengan Hotel Crown Plaza di Liverpool sebelum belayar ke Halifax, Boston dan New York.

Plat peringatan yang direka oleh Diana mempunyai gambar asal kapal Britannia, yang membuat pelayaran pertama dari Sungai Mercy pada 4 Julai 1840.


DIANA di hadapan kapal Queen Mary 2, yang mengulangi pelayaran menyeberangi
Lautan Atlantik ke Halifax, Boston dan New York.

Gambar kedua adalah gambar Queen Mary 2, yang dihiasi emas 22 karat. Ia diserahkan kepada Kapten Queen Mary 2 setibanya ia di pelabuhan di Liverpool, Sabtu lalu dan Diana sendiri menghadiahkan sebiji plat kepada Datuk Bandar Liverpool, Tony Concepcion.

Tiga biji plat serupa kini dalam pelayaran untuk disampaikan kepada Datuk Bandar Halifax, Boston dan New York. Kata Alexander:

"Saya rasa wanita dari Sabah ini akan terus berjaya. Seorang pelukis di Liverpool, Stefan Adamache Michael Angelo, begitu kagum dengan hasil tangannya dan ingin bekerjasama apabila dia pulang ke Liverpool nanti".


DIANA bersama Datuk Bandar Liverpool, Tony Concepcion.

Wujudkan persatuan sejarah di IPT

SARANAN Presiden Universiti Islam Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor supaya diwujudkan persatuan sejarah di semua institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mendapat perhatian semua pihak.

Beliau berpendapat penubuhan persatuan itu akan membolehkan kelangsungan minat generasi muda terhadap bidang sejarah. Pandangan itu dikemukakan ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis ke-60,Persatuan Sejarah Malaysia di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.

Menurutnya, ketika ini kebanyakan anggota persatuan sejarah terdiri dalam kalangan mereka yang telah berusia. Beliau bimbang tiada golongan pelapis yang akan menyambung usaha dan kerja-kerja berkaitan bidang itu pada masa akan datang. Terdapat juga dalam kalangan anggota masyarakat yang menganggap bidang ini hanya layak didampingi pihak tertentu seperti golongan warga emas dan mereka yang pernah bergiat dalam bidang itu sahaja.

Oleh itu, bagi menarik minat dan penglibatan golongan muda maka sudah tiba masanya setiap IPT menubuhkan kelab atau persatuan sejarah. Walaupun melalui aktiviti kecil-kecilan seperti sesi ‘bicara sejarah,’ penulisan esei, melawat ke tempat bersejarah atau bertemu tokoh-tokoh tertentu, ini akan dapat menyemai minat dalam kalangan mereka. Diharapkan mereka terus bergiat dengan lebih cergas selepas meninggalkan kampus nanti.

Sesungguhnya isu berkaitan sejarah sering mendapat perhatian masyarakat. Misalnya, pada tarikh perasmian itu sahaja terdapat dua isu sejarah yang dimuatkan dalam akhbar.

Pertama, gesaan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya diperbetulkan fakta tentang pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light dan keduanya kewujudan sebuah tempat yang bernama Bandar di kawasan luar bandar di daerah Perak Tengah.

Dalam berita pertama, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak menggesa agar fakta sejarah Pulau Pinang diperbetulkan. Beliau membangkitkan isu ini apabila informasi Biro Penerangan negeri memuatkan maklumat yang dianggap tidak tepat yang boleh mengelirukan golongan muda dan pelancong.

Fakta itu menyatakan bahawa sejarah negeri itu hanya bermula pada tahun 1786 apabila pegawai Inggeris bernama Kapten Francis Light tiba selepas membuat perjanjian dengan Sultan Kedah. Informasi itu tidak mencatatkan apa-apa kejadian yang berlaku sebelum kedatangan Inggeris ke negeri itu. Seharusnya dinyatakan peristiwa penting khususnya antara tahun 1734 hingga 1786 yang membawa kepada penyerahan negeri itu kepada pihak Inggeris.

Berita kedua yang disiarkan dalam akhbar ialah rencana tentang sebuah kampung yang bernama Bandar terletak di Pasir Salak daerah Perak Tengah. Jika merujuk kepada buku Misa Melayu hasil tulisan Almahrum Raja Chulan, terdapat sebuah pulau dikelilingi Sungai Perak dan Sungai Kinta yang bernama ‘Pulau Indera Sakti’ dan pekannya dipanggil ‘Bandar Makmur.’ Kini dikenali sebagai Kampung Bandar atau ‘Bandor’ dalam dialek masyarakat tempatan.

Apa yang menariknya tentang Bandar ini ialah pada suatu ketika dahulu dikatakan sebagai kawasan termaju dalam Perak. Bandar mempunyai pelabuhan yang sibuk dengan aktiviti perdagangan dan terdapat beberapa deretan rumah kedai. Kawasan itu juga didiami oleh ramai penduduk dan sering dikunjungi pedagang daripada luar.

Kemakmuran dan kemajuan Bandar tercatat dalam lipatan sejarah kerana kewujudannya dianggap sebagai ‘zaman keemasan’ negeri Perak sewaktu pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain iaitu Sultan Perak ke 15. Kemajuan kawasan tersebut menyebabkan ia pernah dijadikan pusat pemerintahan kerajaan sebelum berpindah ke hulu Sungai Perak.

Menurut Penasihat Persatuan Keluarga Warisan Bandor, Tun Mohammed Hanif Omar, suatu ketika dahulu Bandar adalah sebuah kawasan yang maju. Perkataan Bandar itu sendiri bermaksud ‘pelabuhan’ dalam bahasa Parsi dan Belanda. Banyak kapal dagang datang daripada luar negara berdagang di situ. Ketika itu Perak terkenal dengan hasil bumi dan hutannya seperti bijih timah, rotan, damar dan kayu gaharu.

Kemerosotan kawasan Bandar bermula apabila berlaku Perang Perak selepas kejadian pembunuhan JWW Birch, Residen Perak pertama pada 2 November 1875. Dikatakan pihak Inggeris telah menghantar armada lautnya ke Pasir Salak lantas menembak dengan menggunakan meriam ke arah bangunan dan rumah kediaman terutamanya di Bandar kerana marah akibat pembunuhan residen tersebut. Ironinya, kini Bandar adalah sebuah kampung tradisional kecil yang hanya dihuni oleh beberapa buah rumah sahaja.

Penulis berpendapat di sinilah peranan yang boleh dimainkan oleh pencinta sejarah untuk mengkaji semula peristiwa lalu bagi tatapan generasi akan datang. Sebagaimana yang diketahui sebahagian besar penulis awal sejarah negara adalah terdiri daripada orang barat juga dikenali sebagai ‘orientalis.’ Mereka terdiri daripada para akademik, pegawai penjajah yang sedang berkhidmat dan pendakwah Kristian.

Tidak dapat dinafikan mereka menulis melalui pendekatan sudut kaca mata mereka sendiri dan usaha menonjolkan misi penjajahan. Kesannya, ada kecenderungan untuk mereka mencatatkan peristiwa yang menggambarkan kebaikan dan kehebatan sebagai kuasa penjajah. Sebaliknya kelebihan dan sumbangan besar rakyat tempatan akan dipadam atau tidak diberi keutamaan.

Hakikatnya, di sinilah peranan yang boleh dimainkan oleh kelab atau persatuan sejarah IPT bagi mendorong ahli-ahlinya untuk menghasilkan pelbagai bentuk penulisan. Sebagai generasi muda yang mempunyai semangat yang kuat dan wawasan yang tinggi dijangka mereka berupaya menilai, mengkaji dan menulis secara mendalam apa sahaja peristiwa berkaitan sejarah tanah air.

Sesungguhnya dengan kemudahan infrastruktur yang terdapat di IPT dan bimbingan daripada para pensyarah, penulis yakin suasana ini akan membolehkan siswa-siswi kita melaksanakan tugas dan peranan mereka dengan lebih berkesan. Sumbangan mereka itu akan memperkayakan lagi khazanah penulisan sejarah tanah air. - Alimuddin Mohd Dom Utusan Malaysia Rencana 7 Julai 2015

Pengguna Internet semakin matang

MEMANG diakui ba­nyak pihak kewujudan me­dia sosial se­per­­­ti Facebook, Whats­App dan Twit­ter telah memudahkan pi­hak ti­dak ber­tanggungjawab untuk me­lakukan pro­vokasi bagi mencetuskan ke­te­gangan kaum di negara ini.

Bagaimanapun, provokasi tersebut tidak akan memberi sebarang kesan jika pengguna media sosial mengambil sikap tidak melayan dan mengelak berkongsi dengan pihak lain segala apa yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.

Setakat ini, pengguna media sosial di negara ini boleh dikatakan semakin matang kerana sebahagian besar daripada mereka tidak menghiraukan provokasi sedemikian.

Buktinya tidak berlaku rusuhan secara besar-besaran yang berpunca daripada berita tidak benar yang disiarkan dalam media sosial seperti tragedi berdarah pada 13 Mei 1969.

Hakikat itu diakui sendiri Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang menegaskan, rata-rata rakyat negara ini lebih memikirkan tentang survival hidup seharian dan mobiliti sosial (mencari kehidupan lebih baik) serta tiada masa memikirkan untuk membenci dan bertindak ganas terhadap kaum lain.

“Apa yang lebih difikirkan oleh orang Malaysia ialah tentang yuran taska anak-anak dan bil-bil yang perlu dibayar pada setiap hujung bulan serta rancangan televisyen kegemaran mereka yang ingin ditonton setiap minggu.

“Tidak berlakunya keganasan antara kaum di Malaysia kerana kita sibuk melihat masa depan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Wacana Meja Bulat Peranan Media Sosial dalam Hubungan Etnik: Cabaran dan Harapan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini.

Mengulas perkara sama, Ketua Pegawai Kandungan MCIL Multimedia Sdn. Bhd., Tan Lee Chin yang mengurus laman web dan Facebook milik Sin Chew Daily berkata, rata-rata pembaca akhbar itu kini bersikap rasional.

“Apabila tersiar berita-berita yang boleh mencetuskan ketegangan hubungan antara kaum kebanyakan komen yang kami terima daripada pembaca adalah untuk mendapat kepastian adakah berita berkenaan benar.

“Jika ada gambar, mereka akan bertanya adakah gambar yang tersiar asli dan tidak diubah suai menggunakan perisian Adobe Photoshop.

“Walaupun ada komen yang bersikap provokasi tetapi tidak banyak dan selalunya akan ada pembaca yang memperbetulkan maklumat salah yang disebarkan,” ujarnya ketika menjadi salah seorang panel dalam wacana berkenaan.

Menurut beliau, berita dan gambar yang sering menjadi viral dan dibaca oleh banyak pihak dalam laman web dan Facebook syarikat akhbar itu bukan bersifat perkauman sebaliknya yang menonjolkan keakraban hubungan masyarakat berbilang kaum.

“Antaranya berita seorang wanita Melayu di Kedah yang melangsungkan perkahwinan dengan berpakaian tradisi Cina dan turut sama melakukan adat minum teh pengantin.

“Satu lagi yang mendapat sambutan pembaca ialah kisah seorang wanita Cina beragama Buddha di Sabah yang berusaha mendapatkan bantuan pelbagai pihak untuk mendidik dua anak angkat yang dibela sejak kecil dengan ajaran Islam kerana mahu mereka mengikut agama asal ibu bapa kandung,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli panel yang juga Timbalan Pengarah Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran UKM, Profesor Madya Dr. Supyan Hussin berkata, soal selidik tentang isu etnik dan media sosial yang dibuat beliau pada Jun mendapati separuh daripada responden percaya media sosial yang menggunakan teknologi Web 2.0 boleh membantu meningkatkan keharmonian hubungan kaum di negara ini.

“Pada masa sama responden percaya media sosial boleh menjadi medan perdebatan isu perkauman tetapi menegaskan mereka tidak mudah terperangkap dengan provokasi yang cuba disebarkan segelintir pihak melalui media sosial,” katanya.

Jelasnya, dengan pengenalan Internet versi Web 3.0 dan 4.0 sedikit masa lagi, adalah mudah berita palsu untuk dikenal pasti kerana setiap artikel yang dimuat naik dalam media sosial akan dihubungkan secara automatik dengan berita lain yang mempunyai kaitan dengan topik berkenaan daripada sumber lain yang lebih sahih.

Bekas Ketua Pengarang Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Baid Shahid berharap, orang ramai mengambil sikap berhati-hati untuk menyemak kesahihan setiap berita yang dimuat naik dalam media sosial terutama jika tidak menyebut sumber maklumat berkenaan.

“Internet ini boleh mencetuskan pelbagai suasana sama ada tegang atau tenang, jadi rakyat perlu bijak untuk memastikan mereka tidak memberikan reaksi yang keterlaluan sehingga merugikan diri sendiri dan negara,” katanya.

Blogger, Irwan Abdul Rahman pula berharap lebih banyak kempen penerangan dilakukan bagi mengubah minda masyarakat supaya menjadi lebih skeptikal dan sentiasa menyemak kesahihan maklumat yang mereka terima.

Beliau yang banyak menulis berita berbentuk satira terkejut kerana ramai yang masih percaya dengan cerita rekaannya walaupun fakta yang dimuatkan itu jelas sekali tidak benar.

“Saya sendiri hairan apabila berita satira yang saya reka seperti Perdana Menteri akan memindah Sabah dan Sarawak secara fizikal untuk berada di sebelah Semenanjung Malaysia untuk mempromosikan 1Malaysia dipercayai banyak pihak,” katanya.

Pada 2010, Irwan menjadi blogger pertama didakwa di mahkamah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 setelah memuat naik artikel dalam blog beliau kononnya Tenaga Nasional Bhd. (TNB) akan menyaman Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) kerana menganjurkan kempen Earth Hour selama sejam yang merugikan syarikat itu. - Nizam Yatim Utusan Malaysia Rencana 7 Julai 2015

Excess of Teachers in Malaysia: An Evaluation

Malaysia is now entering a second phase of 15 years to achieve Vision 2020. Accordingly, one of the important agendas of the government is to develop a world class education system.

As such, the Ministry of Education has a huge responsibility in developing a human capital that is comprehensive, progressive, high in morals and also ethics.


Based on this, the Ministry of Education plans to implement policies for educational development in order to achieve educational goals such as by expanding the overall potential of the individual, to produce a balanced person physically, emotionally, spiritually and intellectually, and to enhance creativity, innovation and cultural knowledge of students, providing a more efficient, effective and world class education system.

Education plays a key role in developing a human capital that has a strong identity, competent, noble in personality, knowledgeable and highly skilled to fill the need to reach the status of a developed nation by 2020.

Teachers are an important element in the success of this mission because teachers are seen as an agent in producing a civilised generation in a country.

The role played by teachers in the building of society is not small, especially so in the stream of modernisation. In an effort to provide the ideal education, the Ministry of Education has developed and plans to upgrade and improve the quality of education in accordance with changes in the socialisation of society today.

However, if depending on the education system alone, I feel it will not guarantee the success of this noble intention. It should be viewed in a broader scope, including about the influx of teachers in Malaysia from time to time.

Statistics today show a high level of wanting to be a teacher as a career choice in the future. It can be seen on the quota of college courses offered at public and private higher education institutions in Malaysia.

The tendency of graduates who have just completed their undergraduate studies in public and private institutions choosing to become teachers after graduation is also increasing.


For some, this may represent a positive improvement to education in Malaysia. However, I have opinions and different ideas on where I see the uncontrolled influx of teachers can also have negative impacts on the country in the long run.

This is based on several in-depth evaluation of this issue. The mentality widely believed that the teaching profession as a career that is easy and can save themselves from the risk of unemployment causes many people choosing to become teachers as a way out from being haunted by the problem of getting a job.

In addition, it seems to have become a trend, especially among graduates who graduated from the arts. This may be influenced by several factors, some of which is having no employment opportunities after graduation, family choices in selecting courses at the university, an urgent situation, and so forth.

These factors will contribute and determine the effectiveness and success of those really ingrained with the value of an educator than those who choose the profession of a teacher due to having been thrust upon it.

Number of too many teachers in Malaysia is seen to give less of an impact on the realities that shape the educational process. Hence, the objective of development and consolidation of human capital should be corrected.


I have no problem with a large number of teachers if these teachers have a strong identity as an educator and shaper of the nation because I am sure they have a clear vision and mission as educators.

However, what needs to be questioned is that of many teachers but not having the actual identity of true teachers will affect those educated by them. This is because I think that teachers are the icons of self-identity for the society.

If teachers fail to act accordingly, educational institutions will not be able to produce a nation high of morals for the society and country. Thus, too many teachers in Malaysia is feared would reduce the overall effectiveness and focus on building the nation of Malaysia.

In addition, the lack of skilled teachers has also become an issue in the implementation of effective education. According to statistics released by the Planning Division of Education Development (Ministry of Education) in 2000, 61.8% of the teachers consist of female teachers and the Ministry of Education face the problem of placing them in rural areas, particularly in remote areas and islands.

Many schools in remote areas and islands get less experienced teachers or those lacking in training. This will also lead to a mismatch in the distribution of teachers by choice. Then a situation will take place in which most teachers in schools are only teaching because they were thrust into the situation.

Teachers who are not of the primary choice have to teach critical subjects like Mathematics, Science and English to meet the needs of students. Due to the lack of experience and knowledge of the subject, the integrity of the teacher in delivering knowledge to students starts to be disputed.

Based on these factors I feel that the taking of too many teachers should be reviewed on the effectiveness of educating and forming a young generation of Malaysia, thoroughly balanced in all aspects.

I fear that the passion to be a teacher without a better understanding of the education system and the purpose of education in the long term would not bring a positive input to the Malaysian society

. I therefore recommend that the Ministry of Education take a wise step in preparing the required number of teachers in schools, presenting a curriculum appropriate with the current needs and focusing on the welfare of teachers. In addition,

I propose that the Ministry of Education to improve the teacher selection system, such as tightening the conditions and criteria for a teacher candidate recruitment. It is hoped that these recommendations will be taken seriously by the government in improving the quality of the education system in Malaysia.