July 10th, 2015

Kenapa sukar bertutur bahasa Inggeris?

KENAPA anak-anak Melayu malah kebanyakan rakyat Malaysia sukar bertutur dalam bahasa Inggeris? Sebagai contoh, mentaliti anak-anak Melayu yang mengatakan bahasa Inggeris itu adalah subjek yang susah, mengelirukan dan memeningkan perlulah diubah kerana mulai tahun hadapan, wajib lulus Bahasa Inggeris untuk mendapat sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Anak-anak Melayu lazimnya fasih bertutur dan menggunakan bahasa Melayu kerana sejak dari kecil lagi mereka berulang kali mendengar kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul daripada ibu bapa dan persekitaran sekeli­ling.

Kunci utama menguasai bahasa atau apa jua bahasa adalah menerusi pendengaran berulang kali dan diikuti dengan bertutur dan akhir sekali membaca dan menulis.

Apabila kanak-kanak itu berumur 6 tahun, sebelum mereka pergi ke sekolah, mereka telah pun menguasai lebih kurang 70% hingga 80% tatabahasa dan sebutan bahasa ibunda mereka. Mereka tidak pun diajar undang-undang tatabahasa seperti fungsi imbuhan ‘me’ dan sebagainya. Secara semula jadi, sistem bahasa itu akan meresap dengan sendirinya. Sebab itu, kita tidak pernah mendengar anak Melayu berkata: ‘mak, saya nasi makan mahu’.

Mereka belajar hanya menerusi mendengar berulang kali dan mencuba menuturkannya. Mulanya bercakap agak pelat tapi lambat-laun bunyi sebutannya menjadi sempurna jika alam persekitarannya bertutur dengan betul.

Begitu juga jika seseorang kanak-kanak Melayu yang berumur antara 3 hingga 10 tahun yang mengikut ibu bapa mereka melanjutkan pelajaran atau bertugas di seberang laut sama ada di England, USA, Kanada atau Australia.

Kita dapati, mereka yang mempunyai kawan-kawan sebaya dengan penutur jati, native speakers negara tersebut, tanpa disedari mereka boleh bertutur dengan kosa kata, tatabahasa dan sebutan mengikut telor, gaya atau accent penutur jati negara tersebut.

Oleh kerana kita bukanlah penutur jati bahasa Inggeris maka kita bolehlah menggunakan sebagai pengganti dengan menonton cerita-cerita, dokumentari berbahasa Inggeris dari TV seperti National Geographic dan Animal Planet.

Jika kita mahu mendapatkan ketepatan sebutan makna menerusi tekanan, inflaksi dan intonasi suara maka kenalah kita banyak menonton filem, drama dan yang paling berkesan sekali adalah dengan memperbanyakkan menonton kartun terutama keluaran Walt Disney.

Proses untuk mempelajari apa jua bahasa adalah seperti berikut: mendengar, menuturkan, membaca dan menulis. Kesemua empat proses ini perlu dipelajari mengikut turutan.

Apabila seseorang itu fasih bertutur secara betul, kecepatan 120 - 150 perkataan seminit dengan keempat-empat kemahiran di atas, maka penulisan, kecepatan 15 – 25 perkataan seminit menjadi mudah.

Pelajar, graduan, malah pemegang PhD menghadapi masalah untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih dan spontan kerana semasa di alam persekolahan, terutama di sekolah rendah dan menengah, guru-guru terlampau mementingkan untuk menghabiskan silibus daripada memastikan para pelajar telah menguasai dan boleh menggunakan sepenuhnya apa yang telah diajar. Guru-guru acap kali melangkau atau meneruskan tanpa mempedulikan sama ada sesuatu kemahiran atau skill telah dikuasai sepenuhnya.

Dalam bahasa Inggeris, jika seseorang itu tidak kuasai asas tatabahasa itu seperti is, are, was, were, atau has, have, will have, had bagaimana mereka boleh kuasai topik seterusnya seperti has been, have been, will have been, had been, would have been, had had been dan seterusnya. Ini menyebabkan pelajar, graduan malah pemegang PhD semakin keliru dan bosan untuk mempelajari bahasa Inggeris.

Dan mereka menjadi takut-takut, tiada keyakinan diri untuk bertutur, berbincang inikan pula untuk berhujah dalam bahasa Inggeris.

Seperti mata pelajaran Matematik, tanpa menguasai sifir, teori-teori atau formula asas algebra dan geometri, seseorang itu tidak akan boleh menguasai matematik seterusnya kalkulus.

Untuk menguasai kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris, selain dari menonton dokumentari, drama dan kartun keluaran Walt Disney, mereka juga boleh menguasai bahasa Inggeris dengan menerusi lagu.

Lagu dapat membantu mereka menambah kosa kata. Secara tidak langsung, mereka akan mula berfikir dan menguasai makna setiap patah perkataan yang dilafazkan. Cara ini lebih menarik minat sesiapa juga dan berasa seronok untuk meneruskan penguasaan bahasa Inggeris.

Hakikatnya untuk menguasai bahasa Inggeris atau apa jua bahasa adalah mudah, cepat dan lebih berkesan dengan memperbanyakkan latihan mendengar dan bertutur menggunakan pendekatan American Peace Corps. - Fauzy Halim Utusan Malaysia Rencana 10 Julai 2015

Weed out rotten apples

TEACHING is a noble profession. Teachers dedicate the best part of their lives to imparting knowledge and moulding students’ character. Their invaluable contribution to society and the nation is immeasurable.

Of late, there have been a few unpleasant incidents that tarnish its public image. Though these are few and far between, we cannot take them lightly.

Raping and molesting their charges, physical abuse, making uncalled for remarks and such are perpetrated by sick minds. These give rise to anger and frustration among the people, particularly parents.

The unsavoury episodes have a deep and lasting impression on young minds. Though they may not express their feelings outwardly, the harm perpetrated will continue to linger in their minds.

They may even silently harbour contempt for the teachers concerned. This is bad for the students as well as the teachers. Such an unhealthy situation should be not be allowed to prevail.

Teaching is a calling, not merely a job. Candidates should be properly vetted before entry into the service.

I remember the deputy prime minister and education minister Tan Sri Muhyiddin Yassin once urging the Education Service Commission to administer psychometric tests to ensure a prospective teacher’s suitability.

Besides adhering to the minister’s advice, the ministry must weed out rotten apples from this highly respected profession. S. Sundareson,Petaling Jaya, Selangor NST Letters to the Editor 9 July 2015

Let teachers continue higher studies

LIFELONG learning is one of the underlying philosophies in our education system. It focuses on a holistic perspective on the role of education, either formal or informal, in an individual’s life cycle.

It confirms that learning, seen as a continuous process in life, plays an essential role in enabling individuals to adapt to and to deal with new opportunities and challenges in their lives and the environment they live in. In 2011, the then-Higher Education Ministry launched a blueprint on Enculturation of Lifelong Learning for Malaysia 2011-2020.

The blueprint acknowledges lifelong learning as the third pillar of human capital development, after the school and tertiary education system.

One of the crucial questions here is how many individuals buy into the idea of lifelong learning? Do educators in schools ensure that they venture into formal and informal lifelong learning as their vocation, other than disseminating knowledge and educating the students in their classrooms? How much support do educators obtain when they decide to continue their studies and obtain more knowledge?

I have come across dozens of educators who yearn to continue their formal tertiary education, but face obstacles and challenges, such as not approved by the school headmaster, family commitment, challenging physical wellness and weak inquisitive mind to conduct research, among others.

In the last one and a half decade, several of my postgraduate students struggled to complete their master’s or doctoral studies due to the challenges they receive from their headmasters.

In any system, if the headmaster does not support the educators to go for higher education or support their study leave, then, the chances of that educator going on to the next step of lifelong learning is slim.

Many a time, I have had to counsel my postgraduate students who cried and grieved because their headmaster would not release them as they are good and productive.

So the prize for a hardworking teacher is more work and less opportunity to improve himself or herself. This situation has got to change if we want our education system to transform to a more positive climate.

Students who see their teachers passionate about learning and gaining knowledge become excited themselves, and the ripple effect is something we all look forward to. What many administrators of schools do not understand is that when their teachers continue their studies at the tertiary level and come back to serve the schools, they are going to be more equipped:

Knowledge, skills and value wise. They will be more innovative in their teaching pedagogies, use technology more extensively and face job challenges more positively.

The best learning happens on the job, which means a teacher who undergoes higher tertiary education would be able to reflect and evaluate what educational approaches work and what needs to be adapted in their own classroom.

They become creative in their daily teachings, and the students as well as the school, benefit from all the fruits that the teachers bring back.

The mindset towards learning must transform in order to create a learning society. It has to start in schools and headmasters play an important role in ensuring that teachers are provided with every opportunity to improve themselves, so that they can serve the schools and the students better.

We need educators to be a learning society where all participate in and contribute to learning throughout life, to become constructive social agents — individuals who are able to think critically, rationalise, act, reflect and respond appropriately to the multicultural, social and educational challenges they face as individuals and as a collective group.

Dr Vishalache Balakrishnan,Senior Lecturer, Faculty of Education, Universiti Malaya NST Letters to the Editors 10 July 2015

Traits that define effective leadership

I AGREE with Kedah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir’s statement that it is unfair to accuse his father, Tun Dr Mahathir Mohamad, as being involved in the latest allegations linked to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

While former prime minister Dr Mahathir has been the most vocal among the critics, that fact alone is not sufficient to single him out as the individual behind the recent allegations.


Leaders must demonstrate calmness and avoid the tendency to make ambiguous or reflex statements to confuse the public.


The burden of providing proof should apply both ways. In that regard, more Umno leaders should emulate Mukhriz’s demeanour in handling political conflicts.

Compared to some other leaders, he demonstrated calmness, was composed and avoided the tendency to make ambiguous or reflex statements to confuse the public.

He clearly stated that his support for the current Umno leadership remained steadfast, but cautioned that the people’s concerns must be addressed effectively.

There should not be any ambiguity in answering questions pertaining to issues highlighted by the critics. Having said that, the issues at hand are more urgent.

The credibility of our prime minister has to be restored swiftly or confidence in the leadership will erode. More importantly is the manner in which all relevant authorities and governing institutions of the country are being run.

The issues under scrutiny, if further delayed and not answered satisfactorily, will render all efforts worthless, as inaction will speak louder than words. On that note, all leaders must heed the lessons from this incident.

Transparency is a double-edged sword which is not easily withdrawn once wielded. It has to go all the way.

Hesitations or wanton disregard in utilising transparency will not produce the positive results it is supposed to derive.

The people want their leaders to be honest, clear and committed to what they say they want to do.

Double standards, ambiguity, and anything short of clarity and conviction will trigger anxieties leading to fear, suspicion and speculation.

These pitfalls must be avoided by leaders if they wish to be effective in carrying out their duties.

Secondly, delays are deadly. Information is not only disseminated at the speed of light, but from thousands of sources, complete with analysis, simultaneously.

Slow reaction, with unintelligent factors added, does not help in extinguishing anxieties; rather, it further fuels the vicious cycle of negativity.

Finally, almost contradictorily, though lightning speed and huge volumes of information are inevitable and a given factor, leaders must not take it all for granted.

They need to digest and understand both the need to handle issues swiftly, and at the same time, demonstrate that their actions or words do not originate from haste, and without careful thought and consideration.

At the end of the day, what really matters is that the sincerity and conviction of a leader must genuinely reach out to the people and give them comfort and confidence, signalling with clarity that their well-being and the nation’s will be safeguarded diligently and not forsaken wantonly.

Kenyataan negatif singgung sentimen rakyat

DALAM masyarakat demokratik, setiap orang bebas bersuara melalui pelbagai saluran atas tujuan tertentu. Ahli politik menggunakan pentas media cetak dan elektronik untuk menyatakan sesuatu berhubung isu semasa yang menarik perhatian umum, ahli akademik memberi pandangan berasaskan kajian dan penemuan saintifik, pakar dalam bidang tertentu diminta memberikan pendapat mereka mengenai bidang kepakaran, manakala tokoh motivasi memberi semangat dan motivasi masyarakat atau memberi nasihat mengenai sesuatu perkara.

Mereka yang sering mendapat tempat dan ruang di media adalah golongan yang popular. Mereka boleh dianggap sebagai 'selebriti' walaupun bukan artis.

Di Malaysia, tidak ramai golongan yang boleh dianggap 'selebriti.' Itulah sebabnya, orang yang sama mendapat tempat di media.

Walaupun Malaysia tidak ketandusan cendekiawan atau mereka yang boleh mengupas sesuatu isu atau permasalahan, ramai yang 'malu kepada kamera.' Mereka tidak mahu menonjolkan diri atas sebab tertentu.

Baru-baru ini seorang tetamu dalam satu program di televisyen bercakap mengenai fenomena balik kampung pada hari raya. Beliau mencadangkan supaya bagi perayaan hari raya tahun ini, umat Islam tidak perlu balik kampung atas alasan untuk menjimatkan wang.

Menurutnya, jika tidak balik kampung, mereka boleh menjimatkan kos petrol, tol dan sewa hotel. memandangkan ramai yang tidak tidur di rumah keluarga kerana tidak selesa dengan kehadiran saudara mara yang ramai.

Sedutan daripada rancangan talk show itu menjadi viral dalam media sosial. Orang ramai yang memberi komen kepada sedutan kenyataannya itu mencecah ratusan ribu orang.

Hampir semua komen dalam media sosial itu mencemuh pendapat tetamu itu.

Walaupun tetamu rancangan televisyen itu berniat baik, disebabkan kenyataannya itu dianggap bertentangan dengan semangat raya, beliau menerima kutukan yang hebat.

Pandangan tak popular dicemuh Inilah akibatnya jika seseorang memberi pandangan tidak popular dalam media khasnya yang bertentangan dengan pandangan umum.


Ada juga pandangan pemimpin politik, masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak memberi kesan kepada umum disebabkan tidak ada idea baharu atau idea yang berulang-ulang.

Pandangan supaya rakyat jangan balik kampung berhari raya itu bukan saja dianggap tidak wajar dan tidak bijak, malah ia menyinggung perasaan umat Islam.

Balik kampung pada hari raya adalah tradisi yang berterusan sekian lama. Dengan menyarankan supaya umat Islam tidak balik kampung pada hari raya atas alasan untuk menjimatkan belanja dan menyesuaikan diri berikutan kenaikan kos hidup, ia hanya menimbulkan kemarahan mereka yang menonton program berkenaan.

Jika sebahagian besar umat Islam tidak pulang berhari raya di kampung, kemeriahan raya akan hilang. Di Malaysia, pulang berhari raya di kampung ibarat suatu pesta.

Lebuh raya dan jalan raya menjadi sesak tetapi meriah. Bila ada pihak cuba menyuarakan pandangan untuk mengubah tradisi pulang berhari raya di kampung, pandangan seperti itu dikecam.

Pada umat Islam, pada hari raya inilah mereka berkumpul bersama keluarga setahun sekali. Walaupun mereka sering pulang ke kampung pada hujung minggu, biasanya mereka tidak disertai keluarga yang lain.

Pada hari rayalah sebahagian besar atau semua anggota keluarga berhimpun menyambut hari lebaran bersama ibu dan bapa.

Pada hari baik ini jugalah ibu bapa menunggu kehadiran anak mereka. Hanya mereka yang bertugas mungkin dikecualikan daripada balik kampung pada hari raya.

Rakyat makin bijak menilai

Kebelakangan ini, banyak kenyataan tidak popular disuarakan oleh seseorang di media arus perdana dan media sosial.

Pandangan tidak popular biasanya bertentangan dengan hasrat dan cita rasa majoriti masyarakat.

Tidak kira sama ada menteri, timbalan menteri, pegawai tinggi kerajaan, ahli korporat, NGO atau pemimpin politik, mereka tidak boleh membuat sebarang kenyataan tanpa memikirkan implikasinya.

Dalam dunia kebebasan media hari ini, setiap kenyataan perlu difikirkan semasak-masaknya sebelum diutarakan kepada umum.

Mereka perlu tahu sentimen majoriti rakyat berhubung isu yang mereka cakapkan. Jika kenyataan itu bertujuan untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran rakyat, alasan yang hendak disampaikan mestilah kukuh.

Mereka tidak boleh menganggap pemikiran rakyat hari ini sama dengan pemikiran 20 atau 30 tahun lalu.

Mereka tidak seharusnya bercakap berasaskan pemikiran sendiri tanpa mengambil kira sikap rakyat terhadap sesuatu isu.

Jika mahu memberi maklumat mengenai sesuatu isu, mereka mesti arif dalam bidang berkenaan.

Jika tidak, kenyataan mereka itu akan dipermainkan di media sosial.

Tokoh yang boleh mempengaruhi pendapat umum adalah mereka yang mempunyai pengikut dan mempunyai kewibawaan tersendiri.

Mereka yang tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap mengenai sesuatu isu, tidak memberi kesan kepada pemikiran masyarakat.

Pusat Tingkatan Enam ubah persepsi pelajar

PEMBELAJARAN Tingkatan Enam bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga mampu memberi ruang dan peluang terbuka yang terbaik kepada pelajar melonjak prestasi mereka.

Setiap pelajar juga masih mempunyai ruang luas menjejakkan kaki ke menara gading selepas menamatkan dua tahun di Tingkatan Enam.

Persepsi individu, keluarga dan masyarakat yang memandang 'sinis' terhadap pelajar Tingkatan Enam perlu dikikis segera kerana apa yang diperkatakan itu sememangnya tidak benar sama sekali.

Pengalaman saya melanjutkan pelajaran Tingkatan Enam yang juga dikenali Prauniversiti (pra-U) amat menarik untuk dikongsi bersama bagi memberi suntikan semangat kepada pelajar seluruh negara. Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan Pusat Tingkatan Enam (PTE) juga dilihat mampu meningkatkan kedudukan sistem pendidikan itu setaraf dengan program lanjutan pembelajaran peringkat matrikulasi dan diploma di semua universiti awam dan swasta.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melancarkan PTE baru-baru ini juga mempunyai hasrat sama memberikan ruang pembelajaran arus perdana selesa, kondusif dan terbaik kepada pelajar.

Lima fokus utama diberi perhatian iaitu imej dan anjakan minda, infra dan info struktur, pengurusan pentadbiran, mod pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta kurikulum.

Ia selaras bagi memastikan pelajar Tingkatan Enam dapat mengembangkan bakat serta kreativiti mereka untuk menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal yang membawa kesejahteraan kepada negara.

Guru terbaik dan pakar

Ada 13 PTE yang diwujudkan bagi menyediakan ruang kepada 44 sekolah bergabung bersama untuk menempatkan pelajar terpilih.

Kementerian menyediakan guru yang terbaik dan pakar dalam setiap mata pelajaran untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada pelajar mereka.

Apa yang penting ialah pelajar perlu ikhlaskan diri, tekun dan cekal hati meneruskan pengajian mereka di Tingkatan Enam bagi mencapai kecemerlangan dengan skor gred purata mata penuh (4.0) bagi semua pelajaran diambil itu.

Pastinya medan perjuangan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mampu memberikan dimensi baharu yang lebih terbuka kepada pelajar melanjutkan pengajian bidang khusus peringkat ijazah di semua universiti pilihan.

Kini 'satu nafas baharu' mampu dinikmati oleh ruang pembelajaran PTE yang lebih menarik dan berdaya maju secara holistik. Ramai pelajar lebih berminat memilih pembelajaran Tingkatan Enam.

Banyak manfaat dan kelebihan diperoleh pelajar yang menduduki kelas Tingkatan Enam ini berbanding mereka yang memilih pengajian peringkat diploma di beberapa universiti dan kolej awam dan swasta.

Pelajar tidak perlu membayar yuran pendaftaran awal (kira-kira RM1,000) dan yuran pengajian sekitar RM15,000 hingga RM20,000 secara keseluruhannya.

Selain itu, mereka tidak perlu membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang perlu dibayar semula untuk peringkat diploma.

Sistem pendidikan berubah

Perlu diingatkan juga bahawa STPM adalah setaraf dengan program matrikulasi dan diploma bagi syarat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti. Sijil peringkat pengajian itu diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sistem pendidikan di Tingkatan Enam mengalami perubahan sekitar tahun 2012. Sistem pendidikan ini beralih dari sistem STPM Terminal kepada sistem STPM Baharu (Modular).

Sistem STPM baharu ini membahagikan pengajian di Tingkatan Enam kepada tiga penggal iaitu bermula dari penggal pertama, penggal kedua, dan penggal ketiga.

Setiap satu penggal mengambil masa selama sekitar enam bulan dan di akhir setiap penggal, calon wajib menduduki peperiksaan STPM.

Contohnya, penggal pertama bermula pada Jun 2015 dan berakhir pada November 2015, calon akan menduduki peperiksaan STPM penggal satu pada akhir pengajian penggal satu.

Beri pendedahan kepada pelajar

Sistem penggal yang diperkenalkan secara umumnya adalah untuk mendedahkan pelajar Tingkatan Enam mengenai kehidupan sebenar ketika melangkah ke universiti.

Sistem penggal ini lebih mudah kerana tidak perlu menunggu masa selama satu setengah tahun bagi menduduki peperiksaan.

Sebaliknya, hanya enam bulan belajar dan diakhiri dengan peperiksaan pada setiap penggal.

Namun, ramai pelajar yang agak terkandas pada peperiksaan STPM penggal satu dengan alasan kurang bersedia dan sebagainya. Oleh itu, tumpuan dan fokus pada awal pengajian amat penting kerana tempoh pengajian bagi satu-satu penggal adalah pendek berbanding STPM dulu.

Peperiksaan STPM setiap penggal diadakan untuk menilai sejauh mana pemahaman pelajar pada penggal berkenaan. Keputusan peperiksaan STPM akan dikeluarkan pada setiap awal bulan penggal yang seterusnya.

Pelajar yang gagal atau mendapat keputusan kurang memuaskan boleh mengambil peperiksaan ulangan sekali lagi untuk memperbaiki gred dan 'pointer' peperiksaan.

Setiap penggal akan menyumbang 'pointer' yang akan dikumpulkan dan dikira pada akhir ketiga-tiga peperiksaan ini untuk mendapatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) peperiksaan STPM yang sebenar.

Kerja Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan di Tingkatan Enam turut menyumbang peratusan yang akan mempengaruhi keputusan keseluruhan STPM.

PBS harus dilaksanakan dengan sebaiknya agar ia dapat membantu meningkat markah peperiksaan STPM. Penjenamaan semula PTE juga menyaksikan beberapa perubahan lain termasuk pelajar tidak perlu memakai uniform sekolah tetapi berpakaian kemas seperti pelajar Diploma dan Matrikulasi.

Dapat dijelaskan bahawa pelajar yang memilih memasuki Tingkatan Enam mendapati program pengajian itu mampu membentuk mereka menjadi lebih dewasa dan mempunyai pemikiran kreatif, selain bersedia memasuki institusi pengajian tinggi selepas memperoleh keputusan baik dalam STPM.

Berdasarkan statistik pada tahun 2008, bilangan calon yang menduduki SPM adalah 442,936 dan daripada jumlah itu, 12.2 peratus mendapat tempat di tingkatan enam, 9.16 peratus di politeknik, 2.07 peratus di kolej komuniti dan 4.02 peratus di matrikulasi KPM.

Sejumlah 72.53 peratus lepasan SPM tidak dapat dikesan sama ada melanjutkan pengajian ke institusi swasta, agensi kerajaan lain, ke luar negara atau tidak meneruskan pengajian.

Data itu jelas menunjukkan bilangan pelajar ke Tingkatan Enam rendah jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan lepasan SPM tahun 2008.

Walaupun bilangan lepasan pelajar SPM tahun 2008 besar dan meningkat setiap tahun, mereka yang mahu meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam sangat kurang.

Mengikut kajian dilakukan pada tahun 2011 oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), antara faktor mengapa Tingkatan Enam kurang mendapat perhatian ialah tiada galakan keluarga, suasana Tingkatan Enam yang masih seperti sekolah, faktor guru tidak menggalakkan, tanggapan orang luar, tiada kebebasan dan gaya hidup tidak sama seperti di kolej.

Melalui kajian itu, cadangan penambahbaikan turut dicadangkan termasuk membuat perbandingan dan contoh dengan negara luar, mewujudkan institusi pusat Tingkatan Enam, menyelaraskan minda termasuk guru mengenai Tingkatan Enam, kaedah pembelajaran mengikut sistem universiti, menukar pada sistem semester dan mengubah cara penampilan berpakaian.

Dalam konteks ini, pembaharuan dibuat tepat pada masanya bagi membantu mengubah persepsi yang sudah lama membelenggu Tingkatan Enam.

Tingkatan Enam perlu melalui anjakan perubahan, selain pelajar dan masyarakat juga perlu mengubah minda dengan melihatnya sebagai peluang terbaik menyambung pelajaran.

Pelajar dulu sudah membuktikan mereka berjaya melalui Tingkatan Enam. Justeru, melalui penambahbaikan ini diharap mengembalikan semula kegemilangan Tingkatan Enam.