July 13th, 2015

Kuih tradisional batang buruk masih menjadi pilihan

PASIR MAS: Biarpun pelbagai aneka kuih dan biskut moden diperkenalkan namun kuih tradisional seperti batang buruk, bahulu dan rempeyek masih menjadi pilihan masyarakat untuk hidangan pada Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun kuih Melayu tradisional ini dikatakan kurang diminati golongan muda berbanding kek dan biskut yang lain, namun permintaan terhadap kuih ini terutama batang buruk dilihat semakin tinggi terutama pada musim perayaan.

KUIH batang buruk.


Kuih batang buruk diperbuat daripada tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras dan kelapa kemudian diuli menjadi doh sebelum dibentuk menjadi silinder bulat berongga dan diisi dengan serbuk kacang hijau yang digoreng.

Pengusaha kuih berkenaan, Maizatulakma Abdul Aziz, 27, berkata setiap tahun permintaan terhadap kuih itu semakin meningkat terutama pada musim perayaan.

"Tahun ini permintaan terhadap kuih ini sebanyak 140,000 biji berbanding 96,000 biji pada awal pembabitan saya dalam pembuatan kuih ini kira-kira enam tahun lalu," katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Kelar di sini.

"Ini menunjukkan kuih ini masih menjadi pilihan masyarakat kita pada hari ini," kata wanita yang mewarisi kebolehan membuat kuih itu daripada ibunya, Siti Khalijah Awang, 52.

Maizatulakma berkata, minatnya terhadap kuih itu timbul apabila selalu membantu ibunya memenuhi permintaan pelanggan.

"Pada mulanya ia hanya untuk memenuhi tempahan penduduk setempat dan ketika itulah minat timbul apabila selalu membantu ibu," katanya yang kini mempunyai empat pekerja.

Katanya, setakat ini pengeluaran kuih tradisional itu hanya untuk pasaran di negeri ini dan beliau bercadang mengembangkannya ke pasaran luar.

Penggemar kuih batang buruk, Fathin Afika Alias, 23, berkata sejak kecil setiap kali hari raya sama ada Aidilfitri atau Aidiladha ibunya tidak pernah lupa untuk menyediakan juadah ini kepada keluarga dan tetamu.

"Ia dinikmati hanya pada hari raya, sebab itulah kami tidak jemu dengan kuih ini walaupun dah berbelas tahun berlalu," katanya. - BERNAMA

Pulang beraya tidak seriang dahulu

Empat hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri dan mulai kelmarin, sudah ada warga kota yang mula pulang untuk beraya di kampung halaman.

Menjelang dua hari sebelum raya nanti, lebuh raya dan jalan utama dari ibu kota ke seluruh pelosok tanah air sekali lagi menghadapi kesesakan teruk.

Walaupun jalan semakin besar dan lebuh raya semakin lebar, tahap kesesakan dan tempoh perjalanan juga semakin teruk saban tahun.

Daripada hanya beberapa jam untuk tiba ke destinasi, waktu perjalanan meningkat sehingga ada yang lebih sehari. Tahun lalu misalnya, ramai yang berada di dalam kenderaan sehingga 17 jam untuk perjalanan biasa enam jam dari ibu kota ke Kuala Terengganu.

Dari Shah Alam untuk melepasi Plaza Tol Gombak sahaja, ada yang mengambil masa empat jam.

Tempoh perjalanan hampir sama juga dialami oleh mereka yang pulang ke utara dan selatan tanah air, bergantung kepada nasib dan waktu bertolak.

Jika tidak merangkak di lebuh raya, kebanyakan pengguna pasti menunggu berjam-jam untuk melepasi plaza tol.

Mengingatkan pengalaman berbelas jam terperangkap dalam kesesakan itu, memandu pulang untuk beraya di kampung tidak lagi seriang dan seindah dulu.

Tetapi apakan daya, bagi kebanyakan warga kota yang kewangan dan cuti terhad, pulang pada Aidilfitri bukan sekadar beraya tetapi lebih untuk bersama ibu bapa setahun sekali, ketika mereka masih hidup.

Bayangkan 'penderitaan' mereka yang mahu menggunakan tandas, anak kecil kelaparan atau pengguna yang diserang sakit di tengah-tengah kesesakan berbelas jam itu. Ini belum mengambil kira kereta lama yang kepanasan enjin, malah ada yang kehabisan minyak.

Tiada tindakan berkesan

Anehnya, saban tahun juga, pihak berkuasa dan pengendali lebuh raya dilihat belum mempunyai tindakan yang benar-benar berkesan untuk mengurangkan masalah itu selain melakukan pemantauan dan menghebahkannya melalui radio dan media sosial.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu untuk mengurangkan kesesakan pada waktu puncak di sepanjang lebuh raya kendaliannya ternyata tidak mencukupi.

Apa yang berlaku, selain menuju plaza tol, kesesakan berkilometer sebelum hentian rehat sehingga menyekat laluan dan kelancaran kenderaan lain yang tidak memasuki kawasan itu.

Masalah itu mungkin boleh dikurangkan jika pihak berkuasa atau pengendali lebuh raya meletakkan kakitangan mencukupi untuk mengawal lalu lintas.

Pengalaman pengguna Lebuhraya Pantai Timur tahun lalu lebih menyakitkan hati. Berbeza dengan Lebuhraya Utara-Selatan yang menampung jumlah kenderaan jauh lebih banyak, kesesakan dialami pengguna Pantai Timur kerana pengguna LPT1 yang ingin meneruskan perjalanan ke LPT2 terpaksa membuat bayaran tol di Plaza Tol Jabor dan membuat pusingan U untuk ke LPT2.

Kesannya, pengguna terpaksa menunggu sehingga berjam-jam untuk membayar tol di plaza yang menyediakan hanya tiga lorong itu. Belajar daripada pengalaman tahun lalu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memulakan operasi 10 plaza tol di sepanjang jajaran LPT2 sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun, penggunaan tol di LPT2 masih percuma sehingga satu tarikh diumumkan nanti. Menurut LLM, pengguna boleh menikmati perjalanan tanpa henti dari LPT1 ke LPT2 dan hanya perlu membuat bayaran tol untuk keluar di mana-mana plaza tol LPT2 dengan kadar bayaran dikenakan mengikut jarak perjalanan yang dilakukan di LPT1 sahaja.

Sementara kita memuji langkah LLM dan berharap ia mengatasi kesesakan di Jabor sebelum ini, kita juga berharap sistem laluan dan penyuraian trafik lebih berkesan dilakukan di plaza tol terutama di pintu keluar ibu kota seperti Gombak, Sungai Besi dan Jalan Duta.

Kelemahan ketara yang menyebabkan kesesakan berlaku di plaza tol ialah berebut laluan antara pengguna 'Smart Tag/Touch & Go' dengan mereka yang tidak mempunyai kemudahan itu.

Barangkali laluan khusus untuk memisahkan dua golongan ini perlu dimulakan lebih jauh dari plaza tol.

Pengguna kena main peranan

Sementara mengharapkan pihak berkuasa dan pengendali lebuh raya mengambil langkah lebih berkesan untuk mengurangkan kesesakan, bukannya mengaut untung kutipan tol semata-mata, kita sebagai pengguna juga perlu memainkan peranan.

Selain memastikan tangki minyak penuh dan kenderaan berada dalam keadaan baik, pengguna jalan raya harus banyak bersabar serta mematuhi peraturan terutama larangan menggunakan lorong kecemasan. Ia hanya memerlukan seorang dua pemandu yang kurang ajar melalui lorong itu sebelum dituruti kenderaan lain.

Dalam hal ini, lebih banyak kereta peronda polis 'menunggu' mereka yang menggunakan lorong kecemasan bukan sahaja boleh mengatasi masalah itu tetapi turut menyedapkan hati pengguna lebuh raya jika mereka ditimpa kecemasan di tengah kesesakan itu.

Op Selamat 2015 selama dua minggu yang dilancarkan polis kelmarin seharusnya bukan setakat memastikan peraturan dipatuhi dan penguatkuasaan ditingkatkan, tetapi memberi keyakinan kepada pengguna jalan raya bahawa bantuan kecemasan tersedia bila-bila masa. Selamat pulang beraya. Manja Ismail Berita Harian Kolumnis 13 Julai 2015

ETS mula beroperasi

KUALA LUMPUR 11 Julai – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral ke Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak ke Padang Besar telah bermula hari ini. KTMB dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua perkhidmatan tren tersebut dikendalikan oleh KTM Intercity.

“Buat permulaan KTMB hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi dua ETS ini dan kekerapan tren akan ditambah apabila ETS baharu mula beroperasi.

“Perkhidmatan ETS Ekspres ke Padang Besar hanya akan berhenti di 15 hentian bermula dari KL Sentral.



“Laluan tren dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pada pukul 9.30 pagi dan tiba 3 petang manakala perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral pula bertolak pada pukul 4 petang dan sampai 9.15 malam. Harga tiket untuk perjalanan sehala adalah RM80,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya telah bermula semalam.
Perkhidmatan transit akan berhenti di kesemua 24 stesen dari Ipoh ke Padang Besar.

Tambah kenyataan itu, sebanyak 10 stesen hentian baharu turut diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.

“Penumpang boleh membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862,” kata kenyataan tersebut.

Masa saya sudah berlalu – Shahrir Samad

JOHOR BAHRU 12 Julai – “Saya tidak mahu menganggotai Kabinet, masa saya sudah berlalu, lagipun tanpa jawatan dalam Kabinet, saya boleh mainkan peranan dan menyumbang kepada negara.”

Itulah reaksi Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad ketika diminta mengulas komentar Awang Selamat yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini kononnya nama beliau antara disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri kanan jika berlakunya rombakan Kabinet selepas Aidilfitri ini.


Shahrir Samad

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berpendapat, adalah lebih baik sekiranya peluang yang ada itu diberikan kepada pemimpin muda.

“Saya berpendapat perlu beri peluang kepada orang muda untuk menjadi ahli Kabinet. Kalau saya masuk Kabinet, maknanya usia purata jemaah menteri dan timbalan menteri menjadi meningkat, sekarang sahaja usia saya sudah mencecah 66 tahun.

“Takkan masa akan datang Kabinet Malaysia disertai oleh orang tua-tua. Jadi, ada baik dan molek­nya jawatan tersebut dilantik dalam kalangan orang muda yang bertenaga, sarat dengan idea dan panda­ngan bernas. Pemimpin muda juga memahami cita rasa masyarakat yang sebahagian besar terdiri daripada generasi muda,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau sebelum ini pernah menyertai Kabinet dengan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan pada 2008 hingga 2009 dilantik sebagai Menteri Perdaga­ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Sebagai orang tua, saya tidak perlukan jawatan, yang penting idea, pandangan dan gerak kerja kita adalah bersama-sama dengan kerajaan.

“Sejujurnya kini saya gembira dan seronok sejak tidak menjawat jawatan menteri. Kini saya tumpukan khidmat sebagai wakil rakyat Parlimen Johor Bahru serta selaku Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru,” katanya sambil mengakui menerusi BNBBC dapat membantu menyelaras 79 ahli Parlimen BN menentukan dasar dan strategi kerajaan dilaksanakan dengan berjaya.

Selain mengetuai BNBBC, Shahrir turut dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Penasihat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang menjadi pentadbir di Iskandar Malaysia.

Do not ‘shoot’ the whistleblower

There is perception, not unwarranted, that the authorities are more interested in going after those who expose wrongdoings, rather than those who actually committed the offence. In other words, the authorities are more likely to take action against whistleblowers, rather than wrongdoers.

Recently, someone cheekily tweeted a scenario where a person makes a report to a police officer about money stolen from a mosque. When asked what proof he had, the CCTV footage of the perpetrator was shown. The officer’s response was to investigate how the CCTV was obtained, ignoring the actual crime.

It is true that sometimes the disclosure of information by the whistleblower is crime. We have a whole host of laws that make it an offence for individuals to reveal information that they possess. The Official Secrets Act (OSA), for example, criminalises disclosure of information that is classified as an “official secret” by unauthorised persons.

Meanwhile, the Penal Code criminalises the unauthorised disclosure of information by those who obtain that information through their work as a public servant. For information relating to bank accounts, there are also laws, which makes it a crime for someone to give such information to others.

Whistleblowers usually are people within the organisation or structure, who came across the information in their line of work. If we do not protect these whistleblowers, they will not come forward with the information that they possess. If these people do not come forward with information that they possess, wrongdoings within the organisation may never be known.

We have a Whistleblower Protection Act (WPA), but it is an ineffective piece of legislation. For one, a whistleblower is not protected if the disclosure made by the whistleblower is contrary to any written law. So a whistleblower that discloses information classified as official secrets will not be protected since the OSA prohibits such a disclosure.

The WPA also requires the disclosure to be made to an enforcement agency. Once a disclosure is made by the whistleblower to an enforcement agency, the whistleblower shall be conferred protection under the Act. This protection comes in three forms.

The first is protection of confidential information. The whistleblower’s confidential information such as the information about identity, occupation, address or whereabouts shall not be disclosed in any civil, criminal or any other proceedings. If there are records of the confidential information contained in any documents in evidence, for example, the information can be concealed from view or obliterated to protect the whistleblower.

The second is immunity from civil and criminal action. The whistleblower shall not be subject to any civil or criminal liability for making a disclosure of improper conduct. However, the protection may be revoked if the whistleblower himself has participated in the improper conduct disclosed. This would preclude those who have seen the “error of their ways” to come forward and provide disclosure, as any protection accorded to them may be revoked.

The third is the widest form of protection, that against “detrimental action”. This includes any action causing injury, loss, damage, intimidation or harassment and any adverse treatment or action whether it is in employment, trade, business or protection of a person because the whistleblower has made a disclosure of improper conduct. So for example, an employee who has made a disclosure against his or her employer cannot be dismissed from employment by virtue of his or her whistleblowing. The Act empowers enforcement agencies to investigate into complaints of detrimental action and allows the court to order damages, compensation, injunction any order remedies against the party who makes the detrimental action.

But our enforcement authorities are suffering from a trust deficient. The public do not have faith that an investigation will be carried out openly and thoroughly on the allegations, especially if that wrongdoing is within the enforcement authority itself. When there is a lack of faith in the enforcement agencies, the whistleblowers will not report it to them and will instead choose other ways of making the information public.

We need to review the WPA and make amendments to the law in order to ensure that it can truly protect whistleblowers. At the same time, our authorities need to be clear on what should be prioritised. While it may be so that the disclosure of information by the whistleblower may run afoul of the law, the authorities should prioritise investigations on the wrongdoing that has been exposed instead of investigating and prosecuting the whistleblower. The authorities should focus on the bigger picture and the larger issue of corruption and mismanagement, instead of on smaller issues such as unauthorised disclosure.

Unfortunately, recent episodes of whistleblowing have shown that the authorities seem more intent on shooting the messenger, instead of investigating the message.