August 13th, 2015

Isu Akhbar Cina ~ Politik

BANGKIT KEMBALI?

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 6 Ogos 2015 menyiarkan artikel mengenai rombakan Kabinet baru-baru ini yang menyaksikan MCA mendapat habuan besar iaitu tambahan satu jawatan menteri dan satu timbalan menteri.

Artikel bertajuk ‘Peluang bangkitkan semangat MCA’ yang ditulis oleh Loh Han Chew disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lun halaman B9.


Habuan yang diterima oleh parti itu boleh diibaratkan seperti tangan yang sedang sejuk dapat dihangatkan kembali!



KERATAN akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 6 Ogos 2015

Jika MCA masih lagi tidak berpuas hati, mereka kena lihat nasib Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Chong Sin Woon. Disebabkan mereka ada jawatan dalam parti, maka telah dilantik sebagai senator dan dapat memegang jawatan menteri dan timbalan menteri.

Ka Chuan yang juga Setiausaha Agung MCA telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II. Jawatan itu diberikan kepada orang Cina. Perkara itu seperti sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. Bermakna impian kaum Cina sebelum ini supaya jawatan itu disandang wakil masyarakat itu benar-benar telah menjadi kenyataan.

Masyarakat Cina akan melihat sejauh mana prestasi Ka Chuan. Adakah beliau akan menjadi sehebat Superman bagi menangani kesan negatif apabila termeterainya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)?

Mereka juga mengharapkan beliau dapat membantu meningkatkan pasaran saham di negara ini dan rantau Asia serta menolong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kaum Cina untuk meningkatkan eksport mereka dan meraih lebih banyak keuntungan.

Dalam pada itu, kaum Cina juga amat gembira apabila Sin Woon yang juga Ketua Pemuda MCA dapat menjawat jawatan Timbalan Menteri Pendidikan. Mereka kini sedang memantau prestasi beliau. Hanya masa sahaja yang akan menentukan adakah pelantikan itu sesuatu yang boleh dibanggakan ataupun akan menyebabkan masyarakat Cina kecewa.

Sebelum ini, apabila MCA tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan parti komponen itu berjanji tidak masuk ke dalam Kabinet, jawatan Timbalan Menteri Pendidikan diserahkan kepada Datuk Mary Yap Kain Ching dari Malaysia Timur.

Secara ikhlas penulis ingin nyatakan bahawa prestasi Kain Ching amat mengecewakan orang Cina sehingga menyebabkan kaum itu merasakan masa depan pendidikan masyarakat Cina akan terus berada dalam kegelapan. Nampaknya orang Cina kini merasa lega setelah jawatan berkenaan akhirnya dikembalikan kepada MCA.

Walaupun Sin Woon mengaku beliau bukan Superman, masyarakat Cina tetap meletakkan harapan besar agar beliau dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Cina.

Pada masa sama, kaum itu mengharapkan beliau dapat memperjuangkan tambahan bilangan sekolah menengah Cina swasta ataupun dibenarkan sekolah berkenaan menubuhkan cawangan.

Walaupun bukan Superman, Sin Woon ketika menjadi Ketua Pemuda telah berjaya memperjuangkan supaya bilangan guru bahasa Mandarin di sekolah menengah swasta Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) ditambah dan peruntukan yang munasabah telah diberi kepada sekolah menengah dan rendah untuk kaum itu.

Dilema paling besar yang dialami kaum Cina sekarang ialah layanan tidak adil dalam bidang ekonomi dan pendidikan. MCA seperti tidak berdaya membantu bagi mengatasi dua masalah ini. Sebab itu peti undi MCA di kawasan masyarakat Cina tidak begitu memberangsangkan.

Diharapkan Ka Chuan dan Sin Woon berani memimpin orang Cina bagi mengatasi dilema ini. Jika mereka berdua dapat melakukannya, pasti MCA dapat bangkit kembali.

PAS TERUS BERPECAH

ISU perpecahan dalaman Pas turut diulas akhbar Nanyang Siang Pau dalam artikel yang disiarkan pada 11 Ogos 2015.

Artikel yang ditulis oleh Lee Yaw Ting bertajuk ‘Apabila Pas tiada keberadaan Nik Aziz’ disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lun halaman B9.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal dunia pada Februari tahun ini. Secara perlahan-lahan Pas di peringkat dalaman telah berubah dan memasuki era baharu.

Perbalahan antara puak Taliban dan puak Erdogan dalam parti itu semakin dahsyat dan ia berlaku secara terang-terangan. Kedua-dua belah pihak saling bertentangan pendapat dan semakin lama semakin hangat sehingga mewujudkan krisis terburuk sejak Pas ditubuhkan.

Puak Taliban yang menguasai semua jawatan penting Pas terlalu condong kepada fahaman keagamaan dan tetap mahu melaksanakan hukum hudud. Mereka berdepan dengan puak Erdogan yang dikatakan terdiri daripada golongan cendekiawan.

Hari ini yang menggantikan Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am ialah Datuk Dr. Haron Din. Beliau ialah orang kuat puak Taliban. Semua barisan hadapan kepemimpinan Pas juga dipegang oleh puak Taliban.

Diramal dalam masa terdekat ini, penguasaan puak Taliban dalam Pas susah untuk digugat, di mana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin puak Taliban akan terus kekal untuk memperjuangkan hukum hudud dan tidak akan mengubah tuju hala parti itu.

Kadang kala mereka akan mengusik UMNO dengan lambaian manja, itu adalah taktik biasa yang Pas mainkan. Ada pendapat yang menyatakan, selepas pemergian Nik Abdul Aziz akan berlaku satu perubahan besar dalam Pas apabila parti itu akan bekerjasama dengan UMNO.

Fakta seperti ini agak tidak kukuh kerana terdapat sangat sedikit persamaan antara kedua-dua parti. Jika hari ini Pas bergabung dengan UMNO, bermakna parti itu masuk ke jalan mati dan akan memerangkap diri sendiri.

Sementara itu, pada pemilihan Pas Jun lalu, puak Erdogan tewas teruk. Sebab itu, Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dipimpin oleh Mohamad Sabu kini wujud dan mendapat sambutan daripada golongan ini. Bagaimanapun, harapan baharu itu tidak membawa sebarang harapan, kerana jika kita lihat sejarah yang lepas, parti serpihan tidak akan berkekalan dalam masa yang panjang.

Guru berperanan lahir pelajar capai standard global

PENDIDIKAN adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan komprehensif dan mantap sejajar dengan perkembangan zaman, sesuatu bangsa atau negara boleh dianggap sebagai gagal dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyatnya.

Oleh yang demikian, transformasi dalam pendidikan perlu dilaksanakan supaya rakyat Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.

Lantas, bagi memperkasakan sistem pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dilancarkan pada 6 September 2013.

Hasrat PPPM adalah untuk meningkatkan status pendidikan negara di mata dunia supaya selaras dan sejajar dengan perkembangan yang berlaku di negara lain seterusnya dapat menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa.

Dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara, tidak dapat dinafikan peranan guru adalah paling utama. Guru umpama berlian yang memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu bernilai.

Peranan guru mencabar

Hal demikian kerana guru adalah golongan yang berada di barisan hadapan. Susulan itu, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar untuk merealisasikan hasrat PPPM.

Komitmen dan usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan adalah sebahagian tugas utama guru bagi menjamin kualiti murid yang dihasilkan serta kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa hadapan.

Bersandarkan kepada input inilah, maka guru memainkan peranan signifikan untuk merealisasikan PPPM dalam tempoh pada tahun 2013 hingga tahun 2025.

Jadi kali ini saya ingin berkongsi dengan pendidik bagaimana guru harus memainkan peranan untuk merealisasikan PPPM dalam memikul amanah dan tugasan mereka.

Guru Berperanan Melonjakkan Kualiti Pendidikan Negara Ke Tahap Global. Bagi merealisasikan PPPM, guru memainkan peranan untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia.

Dalam konteks merealisasikan hasrat PPPM ini, guru perlu memiliki satu wawasan yang unggul untuk mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi supaya mampu meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid.

Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa guru memikul amanah yang cukup mencabar untuk menjadikan anak murid mampu bersaing di peringkat global.

Lantas, sekiranya anak didik ini mampu berdiri dan duduk sama rendah dengan rakannya di negara lain di arena antarabangsa, maka guru terlebih dulu perlu mencapai standard ke tahap global supaya ilmu yang dicurahkan mengikut acuan dihasratkan dalam PPPM.

Oleh demikian, guru perlu melihat keberhasilan diri sendiri dalam konteks global kerana anak murid yang dididik pada hari ini adalah kejayaan atau kegagalan modal insan yang akan dibentuk dalam PPPM nanti.

Guru perlu memastikan diri mereka dilengkapi dengan kemahiran pedagogi bersifat holistik, meneroka penggunaan model pembelajaran pelbagai mod yang memanfaatkan teknologi supaya dapat mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi serta mengukuhkan pembelajaran murid.

Bagi mencapai tahap ini, guru perlu mencabar diri sendiri untuk memastikan pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran kritis dan penaakulan serta keupayaan belajar berjaya diasah oleh guru kepada anak murid sebagai persediaan mereka untuk menghadapi arus globalisasi.

Kementerian Pendidikan akan sentiasa berusaha dan bertanggungjawab menyediakan kepelbagaian akses kemahiran kepada guru untuk memastikan mereka sentiasa bersiap siaga mengharungi gelombang transformasi pendidikan negara.

Guru seharusnya tepuk dada tanya minda sama ada perlu mengharungi gelombang transformasi ini dengan fikiran positif atau sebaliknya.

Jelaslah peranan guru menjadi keutamaan untuk melonjakkan sistem pendidikan negara supaya mampu bersaing di arena antarabangsa.

Guru perlu memiliki iltizam tinggi untuk menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Memetik kata-kata Pendeta Za'aba yang menegaskan bahawa ilmu pengetahuan adalah asas terpenting yang menyelamatkan manusia daripada belenggu kemunduran.

Justeru, pendidikan dan penghayatan ilmu perlu dimantapkan supaya kita kekal relevan dalam persaingan menuju negara maju. Guru juga harus berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan.

Sehubungan itu, Anjakan Transformasi Ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah harus disambut dengan minda positif oleh guru.

Dalam PPPM, satu penanda aras dikenali sebagai Standard Teknologi Pendidikan Kebangsaan (NETS) memerlukan semua guru di bilik darjah mencapai standard iaitu memudah dan mencetus inspirasi pembelajaran serta kreativiti murid.

Selain itu, guru juga perlu mereka bentuk dan membangunkan pengalaman pembelajaran serta pentaksiran era digital. Oleh yang demikian, guru perlu mampu mempamerkan cara bekerja dan mengajar era digital. Dalam situasi sama, guru juga perlu mempromosikan serta menjadi model masyarakat digital yang bertanggungjawab.

Selanjutnya, guru perlu membabitkan diri dalam pembangunan dan kepemimpinan serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Situasi ini menunjukkan komitmen Kementerian Pendidikan adalah tidak berbelah bahagi dalam usaha mempersiapkan generasi muda dan guru ke tahap global.

Bagi memastikan guru menjadikan amalan terbaik dalam pedagogi, Kementerian Pendidikan telah mewujudkan satu perpustakaan video pengajaran guru melalui Video e-Guru bagi membantu guru yang memerlukan inspirasi untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru perlu jadi suri teladan

Kementerian Pendidikan telah menyediakan segala akses itu, maka guru perlulah bersedia membuka minda untuk menjadikan kemahiran ICT sebagai amalan terbaik dalam pedagogi.

Manakah mungkin ilmu boleh disalurkan kepada anak murid jika sekiranya guru dangkal dan cetek mengenai medium ilmu itu yang perlu disebarluaskan.

Justeru, guru harus membuat refleksi mengenai tahap kompetensi masing-masing supaya seiring dengan dasar langit terbuka dunia masa kini.

Lebih daripada itu, guru perlu menjadi suri teladan untuk penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid seperti mana yang ada dalam hasrat PPPM ini.

Hasrat itu telah diterjemahkan dalam Anjakan Transformasi Ketiga iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Anjakan ini tentunya menjadi keutamaan untuk membangunkan murid secara holistik.

Generasi hari ini bakal mewarisi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran hebat dari kemusnahan alam sekitar, impak globalisasi hinggalah kepada konflik pembangunan.

Kita semua menyedari bahawa penghayatan nilai rohani adalah salah satu tonggak utama dalam pendidikan. Sementara masyarakat ghairah mengejar kemajuan duniawi, pembentukan insan yang beriman dan bersahsiah mulia seharusnya tidak disisihkan.

Berdasarkan PPPM, setiap murid menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 tahun hingga 17 tahun.

Dalam tempoh ini, sekolah menjadi institusi penting untuk penghayatan nilai dan pemupukan perpaduan. Guru bukan saja harus berperanan sebagai suri teladan kepada murid dalam apa juga tindakan dan tingkah laku mereka, malah turut bersama memikul hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan murid yang dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta aspek pembangunan sahsiah murid.

Oleh yang demikian, guru perlu melihat peranan ini bukan saja sebagai amanah untuk aset pembangunan negara, malah juga turut disemai sebagai satu tanggungjawab kepada penciptaNya.

Persoalannya, apakah yang hendak dicapai daripada peranan guru untuk anjakan transformasi ini? Sudah pastilah setiap murid yang meninggalkan alam persekolahan adalah seorang warga global yang dipupuk oleh guru dan institusi sekolah dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh.

Selain itu, setiap murid yang menamatkan alam persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri, keluarga, organisasi serta negara, seterusnya bersaing di persada antarabangsa.

Bagi menghasilkan acuan ini, guru perlulah melihat betapa besarnya amanah yang harus dipikul oleh mereka kerana generasi di hadapan kita hari ini, bakal melakarkan keberhasilan negara dalam aspek landskap kepemimpinan negara dan sumbangannya di arena antarabangsa.

Sayugia diingatkan bahawa PPPM adalah transformasi pendidikan negara yang menjadi salah satu usaha untuk mencapai misi negara. PPPM akan terus kaku dan terkunci sekiranya tidak berlaku anjakan paradigma pada semua peringkat yang merangkumi pusat, negeri, daerah, sekolah, guru, ibu bapa dan murid.

Semua peringkat itu perlu memahami dengan teliti mengenai hasrat Kementerian Pendidikan supaya tidak berlaku ketirisan maklumat dan fungsi masing-masing.

Dengan usaha yang bersungguh-sungguh melalui transformasi bersepadu ke atas setiap pihak berkepentingan, sudah pasti sistem pendidikan negara mampu menangani cabaran yang sentiasa berubah pada abad ke-21.

Sesungguhnya, keghairahan untuk meningkatkan kualiti pendidikan seharusnya menjadi slogan dan iltizam kepada warga guru kerana di bahu mereka terletak anak-anak murid yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan untuk bersaing di peringkat global.

Mudah-mudahan hasrat murni sistem pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 dapat direalisasikan untuk memastikan sistem pendidikan di negara kita menjadi antara yang gemilang di dunia.

Kegawatan ekonomi bukan musibah jika berfikiran positif

MENGURUS ekonomi bermasalah adalah cabaran besar bagi mana-mana negara di dunia sama ada negara itu sudah maju, sedang membangun apatah lagi negara kurang maju.

Walaupun ia memberikan reaksi dan kesan yang berbeza bagi sesebuah negara, tetapi perasaan rakyat tetap sama kerana ia memberikan kesan negatif kepada kehidupan mereka. Dalam hal ini, misalnya, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa tidak terkecuali terkena tempias kegawatan ekonomi dunia sekitar tahun 1997.
Sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang mahasiswa pada masa itu, penulis ingin berkongsi pengalaman pahit manis mengalami sendiri suasana ketika negara ditimpa kegawatan ekonomi.

Pendedahan pengalaman berharga ini bukan bermaksud untuk mengatakan kegawatan ekonomi itu tidak baik, tetapi lebih kepada untuk menyedarkan pembaca di luar sana bahawa di sebalik kegawatan ekonomi, ada rahsia dan hikmah yang terbaik untuk sesiapa sahaja.


Pengambilan pekerja dibeku

Diharap dengan pendedahan pengalaman ini akan menjadikan pembaca di luar sana lebih bersedia dan berlapang dada jika sekiranya negara ini sekali lagi menghadapi kegawatan ekonomi. Apa yang dapat saya lihat sebagai seorang mahasiswa yang baru tamat pengajian, kegawatan ekonomi yang melanda menyebabkan banyak sektor pekerjaan membekukan pengambilan pekerja.

Pelbagai kerja saya mohon tetapi semuanya tidak berjaya disebabkan kebanyakan majikan ingin mengurangkan kos dan mereka begitu memilih setiap orang yang memohon pekerjaan. Disebabkan itu, saya memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan agar saya dapat diserap menjadi guru.

Memang saya meminati bidang perguruan sejak kecil dan saya mengakui sememangnya bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang guru. Bagaimanapun, bidang pengkhususan yang saya minati sudah penuh dan permohonan saya ditolak. Akhirnya saya ditawarkan menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di sebuah universiti awam tempatan yang juga universiti tempat saya menghabiskan pengajian peringkat Sarjana Muda.

Saya akhirnya akur, walaupun saya lebih berminat untuk menggenggam diploma pendidikan, tetapi nampaknya itu bukan rezeki saya. Bermula dari sini, saya diberikan peluang untuk menjadi tutor/pengajar dan akhirnya apabila tamat pengajian peringkat Sarjana saya telah ditawarkan pula menjadi pensyarah di beberapa IPTS dan juga universiti awam tempatan.

Hikmah kegawatan ekonomi

Seterusnya saya menyambung lagi pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dan kini saya mempunyai kerjaya yang tidak pernah saya impikan iaitu sebagai pensyarah yang mempunyai status dan tanggungjawab yang tersendiri.

Apa yang berlaku menjadi iktibar kepada saya bahawa kegawatan ekonomi yang lalu meletakkan diri saya ke peringkat lebih tinggi daripada apa yang saya cita-citakan selama ini. Sejak dari itu, saya tidak lagi melihat kegawatan ekonomi sebagai musibah tetapi ia terkandung seribu hikmah yang boleh mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Apa yang pasti masa depan adalah terletak atas kebijaksanaan seseorang itu menguruskan kehidupannya. Dalam hal ini, semasa kegawatan ekonomi, rakyat Malaysia

perlu bijak bukan saja dalam menguruskan kewangan keluarga malahan mereka juga harus bijak mencari peluang untuk menambahkan pendapatan.

Saya katakan begitu kerana masa kini tidak sama dengan zaman dulu. Dunia hari ini menuntut kita untuk bekerja keras dan perlu mencari pendapatan tambahan disebabkan taraf hidup yang semakin meningkat dan ia telah memberi kesan kepada penduduk yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar.

Sebenarnya ada banyak pekerjaan di dunia ini yang tidak memerlukan modal atau modal yang banyak tetapi boleh memberikan hasil lumayan. Di sini saya gariskan beberapa pekerjaan yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan berminat serta boleh berkorban masa dan tenaga. Langkah pertama adalah tanyalah diri anda apa minat anda atau hobi anda?

Adakah anda seorang yang suka menjahit, menulis, memasak, melukis dan sebagainya? Sebenarnya daripada hobi atau minat tersebut yang perlu kita pupuk dan jadikan ia sebagai hobi yang boleh mendatangkan pendapatan kepada anda. Rakyat Malaysia perlu bijak cari pendapatan tambahan.

Hobi boleh dikomersialkan

Saya ambil satu contoh hobi yang boleh dikomersilkan iaitu menulis. Jika seseorang itu bekerja atau bekerjaya serta mempunyai masa yang suntuk untuk mencari pendapatan sampingan, menulis adalah jalan terbaik. Ini kerana menulis tidak memerlukan masa spesifik cuma ia bergantung kepada kebolehan seseorang mengatur masa terluang untuk menulis.

Menulis membuatkan anda fleksibel, kerana anda boleh mencanai idea untuk menulis bila-bila masa di mana juga anda selesa.

Mungkin ada di antara kita tidak tahu menulis boleh mendatangkan pendapatan lumayan.

Malah, pada hari ini, sudah terdapat dalam kalangan wanita terutamanya yang sanggup berhenti kerja makan gaji semata-mata ingin menumpukan perhatian kepada kerja menulis.

-

Konflik pertindihan bidang kuasa

Konflik pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sering mendapat perhatian media. Ia merupakan dilema yang dihadapi dalam hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Dalam konteks Malaysia, ia diburukkan lagi dengan sentimen agama dan perkauman yang disulami dengan emosi dan sikap berprasangka antara satu sama lain. Jalan penyelesaian dikatakan gagal digapai walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 52 tahun. Isu satu pihak beragama Islam dan sepihak lagi tidak beragama Islam perlu ditangani dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia. Malah sejarah juga perlu ditelusuri bagi mencari kaedah terbaik penyelesaian kemelut ini.


KONFLIK pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sering menjadi dilema yang dihadapi dalam hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini. - GAMBAR HIASAN

Pada masa ini Mahkamah Sivil dalam hal pembubaran perkahwinan telah menutup pintu mereka kepada penganut Islam, begitu juga dengan Mahkamah Syariah. Hal yang demikian terpaksa dilakukan oleh kedua-dua mahkamah akibat dari peruntukan undang-undang yang ada.

Perkara ini bukan sahaja berlaku dalam hal ehwal kekeluargaan malah dalam hal lain yang memerlukan ‘determination of Islamic laws’ atau pertimbangan hukum syarak (sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan) juga telah dimonopoli oleh Mahkamah Sivil atas alasan antara lainnya kerana ia melibatkan orang bukan Islam seperti di dalam kes-kes perbankan Islam.

Justeru wujudlah penghakiman-penghakiman yang tersasar dari landasan hukum syarak kerana hakim sivil yang mengadilinya tidak dilatih di dalam undang-undang Islam, malah alat yang digunakan untuk mengadilinya pula seperti undang-undang keterangan dan undang-undang prosedur juga adakalanya tidak berteraskan syariah.

Sebagaimana kita sedia maklum, semua enakmen negeri-negeri melibatkan undang-undang Islam dalam negara meletakkan peruntukan bahawa Mahkamah Syariah berkuasa mendengar dan memutuskan perkara di mana kedua-dua pihak mestilah beragama Islam. Penulis berpendapat bahawa sudah sampai masanya peruntukan ini diubah demi menjaga kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti diperuntukkan dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Malah Butiran 1 kepada Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan juga perlu dipinda bagi maksud ini. Begitu juga mana-mana undang-undang lain yang menyanggah orang bukan Islam dari diadili di mahkamah syariah perlu dimansuhkan.

Semestinya Mahkamah Syariah sebagai mahkamah yang memperjuangkan keadilan dan mempertahankan kedudukan Islam boleh mendengar dari mana-mana pihak sama ada orang tersebut beragama Islam atau pun tidak. Mengecilkan skop keadilan hanya kepada pihak beragama Islam sebenarnya bertentangan dengan prinsip keadilan Islam itu sendiri.

Sejarah perundangan Islam sendiri telah membuktikan penghakiman mahkamah syariah tidak semestinya memihak kepada orang Islam. Banyak kes telah dilaporkan mahkamah Islam memberi penghakiman kepada orang bukan Islam, malah pemimpin Islam juga pernah dikalahkan oleh rakyat biasa bukan beragama Islam di mahkamah Islam. Ini adalah manifestasi kebebasan mahkamah Islam dan keadilannya melampaui batasan agama.

Namun begitu orang bukan Islam tidaklah perlu gusar, kerana hal ini tidaklah bermatlamat mengislamkan orang bukan Islam. Hanya dalam perkara-perkara tertentu sahaja seperti yang melibatkan orang Islam dan hukum syarak, permasalahan ini perlu ditadbir di Mahkamah Syariah.

Penulis berpendapat sudah sampai masanya pelbagai pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Negeri sama-sama membawa kedudukan Islam seperti yang tercatat di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan dengan meminda peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang sesuai dan memartabatkan kedudukan Islam kepada seluruh masyarakat supaya ia dapat difahami di samping tidak merendahkan hak orang bukan Islam di Mahkamah Syariah dalam kes-kes di mana terdapat pertindihan bidang kuasa.

Seringkali apabila isu berkaitan pemelukan Islam oleh seorang mualaf (khususnya apabila suami yang memeluk Islam) dikupas, pelbagai pihak membuat andaian dan memberi pelbagai pandangan negatif. Antaranya dikatakan orang mualaf tersebut memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan orang Islam, ingin lari dari tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga, ingin memutuskan hubungan kekeluargaan dan pelbagai kata-kata nista yang boleh memalukan mualaf tersebut.

Sedangkan menurut undang-undang Islam, mualaf menikmati jaminan dan keistimewaan sama seperti orang yang lahir Islam. Malah, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan juga menjamin hak mualaf mengamalkan agamanya.

Dalam hal penjagaan anak pula sering rujukan dibuat pada Seksyen 5 Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 yang memperuntukkan persamaan hak ibu bapa ke atas anak mereka. Namun mereka lupa dalam Seksyen 1(3)(b) akta tersebut menyebut secara jelas larangan penggunaan akta itu kepada orang yang memeluk agama Islam. Jadi apabila anak tersebut telah diiktiraf sebagai Islam, maka perkara yang menjadi subjek iaitu anak-anak yang telah memeluk Islam juga dianggap terkeluar dari naungan akta tersebut.

Oleh yang demikian, penulis berpandangan penyelesaian konflik ini ialah dengan membuka ruang kepada orang bukan Islam di Mahkamah Syariah. Mana-mana undang-undang yang menjadi halangan perlulah dipinda bagi merealisasikan maksud ini. Ia juga selaras dengan usaha Kerajaan memartabatkan kedudukan Islam sepertimana yang termaktub di dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun hal yang demikian amat mudah dikatakan tetapi amat sukar dilaksanakan jika mengambil kira kedudukan politik ketika ini. Dengan tiada komitmen daripada kalangan ahli parlimen Islam usul ini mungkin mustahil untuk dilaksanakan. Rakyat menagih ahli-ahli parlimen Islam berbalik kepada hukum syarak dan mendaulatkan agama Islam melalui ruang lingkup politik. Hanya dengan cara ini pindaan-pindaan tersebut dapat dilakukan.

Pihak bukan Islam pula perlu faham tindakan ini tidak sekali-kali merupakan cubaan untuk mengislamkan mereka.

Language on the rocks

Mixing more than one language into a cocktail could lead to a drastic linguistic decline.

ENGLISH has now become a rojak or cocktail language.

Words from various ethnic groups have been pumped into the language to make it sound more pleasant.

The English language is now a potpourri, thanks to the Asian trademark of adding various spices to provide a hot and spicy “flavour”, both in the spoken and written format.

Such a transformation has taken a turn for the worse. Even young and elderly professionals have fallen into this pit.

Compounded with the poor proficiency in the language of the younger generation, this cocktail language will be dragged further into the abyss.

Much has been spoken about the drastic decline of the language. There seems to be no remedy.

To overcome this defect, lawmakers must eradicate the nationalistic sense of belonging. There is no place for selfishness and personal gain.

Effective ideas have been put forward by various sectors. But these ideas are of little value unless they are followed by honest action.

It is now time for the nation’s administrators to chart the course by taking an effective step to put English back on the right track.

I must say, without fear or favour, that these administrators must not cling to false doctrine.

There should be no second thoughts about forming only one stream of language medium.

If we really want to aspire to and attain a high command of English, then this is the only option.

As long as we are the slaves of selfishness and cater only to one ethnic group, we are bound to move backward.

Malaysia is a multiracial country. So the thinking and action must likewise be multiracial. It is wrong to focus on one target group.

It is sheer folly to ignore English, as it is a universal language. To turn back the clock in the right direction, the administrators have to set up an honest framework.

The citizens depend on the master of the ship. There should be less talk, less personal agenda and less bickering. We want realistic action.

Back to the cocktail language. The use of ma, lah, nah, ah, ai yo yo, and ai ya are some of the glaring examples.

It is amusing to hear those using ma at the end of their sentences.

The word ma is meant as a question mark by the user. They even stress ma with a long vocal tone.

“He is a rich person, ma.” In reality, the person is trying to say “Isn’t he rich?” Short, simple and to the point.

Many Bangladeshi factory workers whom I met have also been influenced by the mausage.

They use ma not once, not twice but thrice within a short conversation with me.

It is also interesting to converse with them, due to their pronunciation and slang.

Ma is derived from the Chinese word, which has crept up into the English vocabulary lately. It has now gained popularity and gained a strong footing in Penang.

Lah has long been used in our country. “Don’t do like that, lah. No, lah.” These words are meant to stress the meaning of the statement.

Nah, ah, and lah are familiar words taken from the Malay dialect.

Nah, take this. (Well, take this).

Ah, she is so beautiful”. (Oh, she is so beautiful).

Not only English, but Bahasa Malaysia has been tainted.

One ethnic group is very fond of saying dekat (near) but they have used it in the wrong manner.

Saya cakap dekat dia. (I told him). But this expression really means, “I spoke near him.”

Inter-marriage is good. The offspring will usually be beautiful and intelligent.

But inter-marriage of language has a far-reaching effect. It becomes an element of destruction and decay.

There are also many common errors in English because of literal translation.

“Two two can go” (Both can go) is a literal translation of “Kedua-dua boleh pergi”.

Grammar is also out: “The staffs and management welcomes...” It should be: “The staff and management welcome...” This error was made by a reputable American company.

Of cancer and corruption

The number of cancer cases in the country is rising, but the even bigger cancer of corruption is also eating away the fabric of ethics and integrity in Malaysia.

TWO months ago, I was supposed to hand over a dozen copies of a book written by a colleague, who has been battling cancer for the past 16 years, to an old friend who is also a cancer survivor.

Somehow, we could not find the time to meet during my usual two-day monthly trip to Malacca.

Ironically, just as I was about to finally deliver the copies of Soo Ewe Jin’s Face to Face with Cancer book last week, my friend called to say that his rectal cancer was back.

The news came as a shock because Kerk Kim Hock had completed 13 years of remission after being diagnosed with stage 2 rectal cancer and undergoing surgery, radiotherapy and chemotherapy in 2002.

Kerk, 59, a mechanical engineer by training, retired from politics in 2004, when he was Kota Melaka Member of Parliament and the DAP’s fourth secretary-general.

After starting his political career as state assemblyman for Durian Daun, Malacca, in 1986, he went on to become MP for Pasir Pinji (now Ipoh Timor) before returning to contest in his hometown in 1999.

Since his surgery in 2002, he had been diligently sticking to the follow-up care with regular blood tests, chest x-rays and ultrasound checks.

Although he had resumed his chemotherapy treatment, Kerk looked healthy when I met him last week and he tried to be his usual jovial self.

But it was obvious that the relapse had hit him harder than in 2002, as he deals with the new questions and worries.

“Is there any chance of cure? Will the side effects be more severe? What will be the medical costs? How much time do I have?” he asked.

“I have been asking myself: was the follow-up sufficient? What additional procedures should be advised for patients?”

What he needs most now is the sharing of experiences of others who had cases similar to his, as in recurrence of rectal cancer after completing a minimum of five years remission.

In most cases of rectal cancer, recurrence is usually in the liver and chest but in Kerk’s case, it spread to the pelvis, which is rare.

Noting that surgery was not an option at all for recurrent cancers, he said the relapse only showed that life was unpredictable. He recalled the story of prominent oncologist and The Star columnist Dr Albert Lim Kok Hooi, who died of cancer two years ago.

Cancer is the biggest killer in Malaysia after heart attacks. Currently, one in four Malaysians suffer from cancer by the age of 75.

The World Health Organisation’s (WHO) GlobalCan cancer research showed that some 37,000 Malaysians are diagnosed with cancer yearly and it is estimated that the number would rise by between 3% and 5% each year.

Last week, National Cancer Society Malaysia (NCSM) president Dr Saunthari Somasundram urged the Government to formulate a comprehensive national cancer control plan to deal with detection and prevention.

She said there was no proper guideline or direction in the fight against cancer in the country, nor was there consistency and uniformity in cancer care.

“We don’t have equitable, affordable and comprehensive cancer care centres to provide support and give the right information to people,” she said, warning that cancer could kill one in three Malaysians by 2030 if steps were not taken to address the issue immediately.

Malaysia also has a shortage of cancer treatment experts. We only have 80 oncologists, for example, a shortfall of 220 people based on the needs of the existing population.

And of the 80, only 22 oncologists are in government hospitals while 34 are in universities and 24 in private hospitals.

There are now about 100,000 people in Malaysia living with cancer and the top five cancers affecting both males and females in Malaysia are breast, colorectal, lung, cervical and nasopharyngeal.

According to WHO, 14 million new cases of cancer are diagnosed around the world yearly.

In Asia, the surge of cancer is moving governments to address the growing challenge through national cancer control plans and emphasis on better healthcare systems.

Ageing populations, lifestyle choices, environmental pollution and infectious diseases are the main causes of increased cancer cases.

Experts say that about 40% of all cancers are preventable and that early detection and treatment leads to better survival rates.

With a national-level cancer prevention plan in place, perhaps Malaysia can help bring down the numbers of sufferers of this dreaded condition.

But what about the other even bigger cancer, which has been eating away the fabric of ethics and integrity in our society?

Corruption is often compared with cancer because, like the growth of malignant cells in the human body and their ability to spread, corruption can devour a nation in a similar manner.

Transparency International’s definition of corruption is “the abuse of entrusted power for private gain. It hurts everyone who depends on the integrity of people in a position of authority”.

It is undeniable that corruption is now deeply entrenched in the country, both in the public and private sectors.

Last year Malaysia was ranked 50th out of 175 countries in the Corruption Perceptions Index (CPI), rising three notches from its position in 2013.

The CPI results will be out again this year and the perception is Malaysia would fare worse.

Incidentally, one of the world’s biggest anti-corruption conferences is scheduled to be held in Putrajaya between Sept 2 and Sept 4.

Based on the proposed papers to be presented at the 16th International Anti-Corruption Conference, it promises to be an interesting event.

Associate Editor M. Veera Pandiyan likes this quote by Dutch philosopher Baruch Spinoza: There is no hope unmingled with fear, no fear unmingled with hope. M.Veera Pandiyan The STAR Home News Opinion Columnist 12 August 2015

When words don't mean a thing

Being able to read and write is a given in today's society. But what is life like for those who were never taught to?

AH Ho, 81, has never read a book in her life. Or a magazine or newspaper or a letter; not even a postcard.

It’s not because she’s indifferent to the written word, she simply can’t. She is, by official definition, illiterate.

Unesco defines a literate person as “One who has reading ability or can read”, or “One who has formal education and at least some form of informal education”.

The World Bank’s definition is one “who can, with understanding, read and write a short, simple statement on their everyday life”. It also includes “numeracy” which is the ability to make simple arithmetic calculations.

Ah Ho never went to school. Her childhood was one of collecting firewood, caring for her younger siblings and as the eldest daughter, she started cooking for the family at the age of eight.

On her own, she picked up many Chinese dialects, colloquial Malay and even an odd word or two of Tamil. She can recognise some Chinese characters and manage a very simple conversation in English, but it is quite trying to understand her pronunciation.

At 18, because of her fluency in many Chinese dialects, she worked as an interpreter in Johor for the police during interrogations of captured communists. And that was how she met her husband, a young Special Branch inspector.

The couple are such a contrast: she was and still is feisty, sociable and opinionated while he was and still is reserved and stoic.

He was a prefect at a mission school in Singapore. He went on to study in the University of Hong Kong but dropped out because of financial difficulties.

Reading was second nature to him and his children grew up surrounded by books, encyclopaedias and magazines. He was also a gifted writer in English and his command of the language was well- known in the police force.

Sadly, this love for reading and writing was something he could never share with Ah Ho.

A chasm also existed between Ah Ho and her children. Because they belonged to the generation that was educated in the English language, that became the family’s lingua franca and Ah Ho often found herself isolated and left out in many conversations.

None of this means Ah Ho is stupid. Far from it. She is very smart and shrewd and has great people skills.
I should know: Ah Ho is my mother.

The deep irony is her mum, my poh-poh, was an educated woman. Grandma was an orphan raised by nuns in Kuala Lumpur who taught her to read and write beautifully in English.

She was married into a very conservative family with a dragon of a mother-in-law who forbade her to educate her daughters.

Only my youngest aunt, born late in grandma’s life and the same age as my eldest sister, went to school and subsequently to England to train as a nurse.

With Mum, giving her written or even verbal instructions that require her to decipher words be it road signs, billboards, or shop names, is impossible.

Sometimes we resort to drawing simple pictures like a bird to show that a tin contains chicken luncheon meat and not pork, or a sun and crescent moon to indicate which of her medicines are for morning and night.

In restaurants, she relies on us to describe the dishes available. Out of pride, she sometimes pretends to peruse the menus and then tell the waiter the words are too small for her to see so she would leave the ordering to the rest of us.

Her behaviour is understandable because in this day and age, we automatically assume everyone can read and write. Unesco 2011 statistics show that 93% of Malaysian adults 15 years and older and 98% of Malaysian youth 15-24 years are deemed literate. So Mum is a bit of a rarity.

Despite that “handicap”, Mum has lived a reasonably secure and comfortable life because she has Dad who has always protected and provided for her.

Yet, there is no denying she has also been completely dependent on him. If Dad was not the good man he is, Mum could have led quite a miserable life.

Mum will be remembered as a wife, mother and an accomplished cook.

That’s not to be sneezed at but I have always believed she could have achieved much more if she had gone to school. She could have been a teacher, a celebrity chef or even a politician because she has a flair for connecting with people.

An education would have nurtured her natural intelligence and curiosity and enabled her to enjoy her life and the world much more. She has missed out on one of life’s greatest pleasures – reading – and has never penned down her thoughts and experiences.

That’s why being literate is not a privilege but a human right that must be fiercely defended.

As former United Nations secretary-general Kofi Annamn said, “Literacy is a bridge from misery to hope. It is a tool for daily life in modern society. For everyone, everywhere, literacy is the road to human progress and the means through which every man, woman and child can realise his or her full potential.”

So yes, we can be proud that Malaysia has such high literacy rates, but here’s the rub: while just knowing the 3Rs might have been adequate for Mum’s generation, these are only the first tools to realising one’s potential in today’s uber-competitive world that is flooded with information and misinformation.

We need an education system that nurtures world-class minds by teaching our people to think, to question and to empathise. Without that, it’s sham literacy. June HL Wong The STAR Home News Opinion Columnist 12 August 2015

A step in the right direction for graduates

WE have heard often enough about how our graduates lack the necessary skills to function effectively in the workplace upon graduation.

They may have the degrees but employers complain that many of them lack the basic soft skills needed in the real world.

Language proficiency aside, many struggle when called upon to make presentations to their bosses or hold face-to-face meetings with clients.

Employers understand that very few fresh graduates can be up and running from the first day of work, but they are prepared to take their chances on those who show a wide array of soft skills.

That is what the Government is planning to do with the introduction of the integrated cumulative grade point average (iCGPA) pilot programme starting next month.

The aim is to produce holistic, entrepreneurial and balanced graduates who will be readily employable.

Higher Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh announced on Sunday that some 300 first-year students at five public universities would be part of the programme.

The universities involved are Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Univer­siti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan and Universiti Malaysia Pahang.

The number – a mere 0.0075% of the 40,000 students who enrol in public universities every year – has been kept small due to the fact that only one faculty from each university will be involved.

Furthermore, the programme involves the participation of the private sector, including captains of industry and CEOs who will share their experiences, and can be better monitored for its efficacy if the numbers are not too big.

The iCGPA is in line with the first shift of the Malaysia Education Blueprint 2015-2025 (Higher Educa­tion) in producing holistic, entrepreneurial and balanced graduates.

Under the new system, students would graduate with a complete “report card”, detailing not only their subjects and performance but also the skills they picked up along the way.

These include leadership, communication, entrepreneurial, social and critical thinking skills which are much in demand in the real world.

According to Idris, the concept has been explored since 2009 with the development of the methodology since 2011.

One of the key challenges of any higher education system is to produce graduates who not only excel academically but are also equipped with the necessary soft skills, know­ledge, values, leadership and the ability to think critically.

But for the iCGPA to be a success, the Higher Education Ministry would need to decide how these students would be assessed on these skills and if the assessment would be the same at all five universities.

Students would also have to be properly briefed so that the assessment is seen as fully transparent and fair.

Some incoming undergraduates have already expressed their concerns as to how their examiners would grade them. Soft skills, after all, are not so easily quantifiable.

Employers who use the KPI (key performance indicators) to determine the employee’s performance, for example, understand that while the tangibles can be easily rated, the intangibles remain an issue come assessment time.

Be that as it may, the ministry’s iCGPA pilot project should be welcomed by all stakeholders.

This may be a small step, but it is a step forward in preparing our graduates for the real world upon graduation. And employers would surely be happy to employ them because they have the right skills.

A journey of a thousand miles begins with the first step.

The STAR Home News Opinion Columnists Wednesday August 12, 2015 MYT 12:00:00 AM