August 28th, 2015

Menghayati keharmonian Negaraku

TERASA harmoninya berdiri bersama-sama para peniaga dan pengunjung sambil menghayati dan menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku tepat pukul 10 pagi di aras bawah Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sama ada mereka yang sedang lalu lalang, sedang menikmati sarapan atau yang sedang melayan pelanggan di bistro atau cafe terus saja berdiri menghormati lagu kebangsaan itu.

Turut kelihatan berhenti menjalankan tugas seketika semasa lagu kebangsaan ke udara termasuk para pekerja pembersihan, pembantu kedai, pengawal keselamatan dan pemunggah barangan jualan. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum, keturunan dan anutan agama.

Dalam kalangan mereka bukan sahaja warga tempatan tetapi termasuk warga asing yang datang mencari makan di ibu negara Malaysia. Jelas, mereka tahu menghormati lagu Negaraku, lambang kedaulatan Malaysia. Sekali gus warga asing itu turut menunjukkan sikap ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.


PARA peniaga dan pengunjung berdiri ketika lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan di aras bawah Menara Mara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah sahabat-sahabat kita yang orang kurang upaya (OKU) turut menghormati lagu Negaraku dengan kadar keupayaan tersendiri. Bangga melihat semangat patriotisme mereka. Termasuk juga mereka yang mendukung bayi dan memimpin anak-anak kecil. Barangkali mereka mahu mengasuh anak-anak mereka menghormati lagu Negaraku. Baguslah begitu!

Namun, tidak dinafikan masih ada segelintir masyarakat yang mempamerkan sikap ‘kurang bertamadun’. Mereka terus berbual di meja tanpa menghiraukan Negaraku berkumandang. Ada yang terus berjalan tanpa rasa sekelumit malu dengan kebanyakan orang lain yang berdiri tegak menghormati lagu kebangsaan.

Kelihatan juga yang teragak-agak untuk bangun berdiri sambil melihat dahulu orang sekeliling. Kemudian, ada yang berdiri hanya seketika dan terus kembali duduk. Mereka ini termasuk golongan muda dan lebih dikesali ada juga kalangan dewasa. Pendek kata, hanya melalui berkumandangnya lagi Negaraku kita dapat mengukur sikap dan tabiat masyarakat kita. Lagu Negaraku adalah lagu kebangsaan. Lagu yang menjadi milik setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Sepatutnya setiap yang bergelar rakyat Malaysia bangga untuk berdiri menghormati lagu kebangsaan. Lebih elok kalau dapat menyanyikan bersama. Bukan lama pun. Tidak sempat pun merasa lenguh kaki atau badan. Pujian patut diberi kepada pihak pengurusan Mara kerana memasang lagu Negaraku setiap pukul 10 pagi. Seolah-olah sudah acara harian bagi mereka yang berada di sekitar Menara Mara yang turut berada di dalamnya Hotel Premiera dan Medan Mara.

Nyatanya, amalan memainkan lagu Negaraku setiap pagi itu memberi makna besar untuk menzahirkan semangat cintakan negara. Dapat menilai dengan mudah sikap masyarakat kita terhadap jatidiri sendiri. Malah dapat menguji sama ada masyarakat kita memiliki ‘roh’ yang membuktikan mereka benar-benar sayangkan negara.

Mereka yang memiliki semangat patriotisme merasa sedikit terganggu dan kurang senang dengan sesetengah warga Malaysia yang seolah-olah tidak mempedulikan Negaraku. Malah ada kalangan mereka bersuara.. “Jika lagu kebangsaan pun tidak dihormati, apa lagi nak mengharapkan mereka bersyukur dan menghargai kedaulatan, keamanan dan kemakmuran negara”.

Amat patut dan sesuai sekali jika semua gedung perniagaan seluruh negara memainkan lagu Negaraku setiap pukul 10 pagi setiap hari. Sepatutnya dijadikan rutin harian untuk memainkan lagu itu di pejabat atau semua institusi sebelum bermula tugas dan operasi kerja. Setidak-tidaknya, terdapat suatu waktu untuk mengajak rakyat Malaysia menghayati lagu kebangsaan.

Semoga dengan menghayati dan menghormati lagu Negaraku akan timbul kesedaran untuk mempertahankan kedaulatan negara, mengelakkan negara dari sebarang huru hara dan sengketa, menghimpunkan semangat saling memahami, saling menerima dan bekerjasama selain menghormati apa yang terkandung dalam prinsip-prinsip Rukun Negara.

Negaraku mungkin kecil pada ukuran durasi lagu tetapi impaknya cukup besar dan bermakna untuk rakyat dan negara. Tidak akan berkobar-kobar semangat juang jika Negaraku tidak berkumandang di padang bola sebelum bermula perlawanan dengan pasukan negara asing. Tidak mengalir air mata bangga dan terharu tanpa Negaraku bergema selepas meraih pingat emas oleh peserta negara di mana-mana temasya sukan peringkat antarabangsa.

Pentingnya setiap bait lagu Negaraku dihayati dengan mendalam apabila mengeluarkan suara mengalunkan lagu berkenaan. Dengan cara itu akan menyedarkan setiap warga negara tentang siapa mereka, tanggungjawab mereka serta nilai kehidupan mereka agar tertanam tekad menentukan Malaysia kekal aman, stabil, makmur dan sejahtera.

Malang jika ada warga yang mempersendakan lagu Negaraku. Mereka ini sebenarnya mempunyai nilai yang kosong terhadap negara. Barangkali yang mereka tahu hanya mengumpul kekayaan sebanyak mungkin atau bangga dengan pencapaian dalam kehidupan masing-masing.

Sedikit masa dulu, ada pihak yang kononnya berasa malu apabila terpaksa berdiri dengan kawan-kawan dari luar negara untuk menyanyikan lagu Negaraku apabila berada di pawagam. Betapa rendahnya nilai patriotisme yang ada pada diri mereka.

Mereka mungkin kurang sedar bahawa tanpa suasana negara yang aman, damai dan makmur, tiada tapak bagi mereka meraih kejayaan. Bayangkan jika negara sentiasa dalam huru hara atau sengketa yang tidak berkesudahan, tentu sukar untuk sesiapa pun berusaha, mengatur penghidupan dan seterusnya meneroka kejayaan dan kekayaan. Jadi, semangat dari gema Negaraku dapat menyimpul seribu hikmat bagi mereka yang sedar dan insaf tentang makna hidup bernegara.

Semoga Negaraku terus bersemarak, menjadi lambang kedaulatan Malaysia. Menyerlahkan manifestasi setiap rakyatnya supaya sentiasa cintakan negara, sanggup memelihara dan mempertahankan kedaulatannya serta menolak sebarang usaha memecah belah, menghindar tercetusnya huru hara atau mengelak daripada runtuhnya struktur kesepaduan yang sudah terjalin harmoni sejak sekian lama.

Semoga harmoni Negaraku mengiringi harmoninya cita rasa setiap warga negara menghimpunkan semangat sayangkan negara, cintakan kedamaian serta bersyukur dengan nikmat kemajuan yang ada. Lebih signifikan lagi, semangat ini terus disemarakkan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang bertemakan #Sehati Sejiwa.

Hargai nikmat kemerdekaan

Menikmati kemerdekaan adalah impian hidup setiap rakyat bagi negara yang dijajah British. Kemerdekaan tidak ternilai nikmatnya kerana ia memberi peluang kepada sesebuah negara menentukan hala tuju dan masa depan.

Kemerdekaan negara ini dikongsi oleh tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India serta lain-lain etnik di Sabah dan Sarawak.

Pelbagai suka duka dilalui rakyat negara ini sehingga kita menikmati pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan.

Kemajuan negara bukan sahaja sumbangan besar kepemimpinan negara, malah pelbagai lapisan masyarakat atau rakyat bekerja keras dalam memastikan kehidupan kita berubah.

Pelbagai dasar membabitkan aspek sosioekonomi dilaksanakan kerajaan demi menjamin rakyat menikmati keselesaan dalam mengharungi perjalanan hidup. Walaupun ia dinikmati bangsa Melayu, bangsa lain juga mendapat limpahan nikmatnya.

Bumi Malaysia sungguh bertuah buat pelbagai bangsa hasil tadbir urus negara sekian lama yang mementingkan kestabilan politik dan ekonomi. Benar kita sudah merdeka daripada penjajahan.



Namun, adakah kita benar-benar merdeka dalam erti kata sebenar-benarnya.

Penjajahan pemikiran oleh Barat dilihat menjadi kebimbangan yang tidak sedikit.

Lihat sahaja anak-anak muda kita yang menjulang kehidupan berorientasikan hedonisme, merempit, merokok, menghisap dadah, berpelesiran tanpa tujuan, meminum air daun ketum, berdemonstrasi, membuang bayi, lari dari rumah, krisis identiti, tidak menghormati guru dan pelbagai ragam lagi yang membimbangkan.

Leka dibuai mimpi

Generasi hari ini adalah pewaris hari esok. Pihak berkuasa serta ahli keluarga menghadapi senario ini saban waktu. Kita juga berdepan fenomena limpahan jutaan pendatang asing yang tidak terkawal lagi.

Mereka berjuang bermati-matian untuk memijak dan mencari rezeki di negara kita. Pelbagai gejala yang seakan boleh menghancurkan masa depan negara ini tidak mencerminkan kemerdekaan dalam konteks moral dan tata susila.

Natijahnya, kita bukan sahaja dijajah pemikiran, dan perjalanan hidup. Namun, kebanyakan daripada kita masih leka dibuai mimpi. Kerajaan menjayakan pelbagai dasar yang dizahirkan demi survival rakyat.

Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia, serta pelbagai pelan pembangunan dan transformasi bukan sahaja membantu bangsa Melayu, malah limpahannya dinikmati pelbagai bangsa lain.

Terlalu banyak kenangan suka duka kita ukirkan demi kelangsungan kehidupan sehingga ada yang berjaya menjadi insan kaya raya dan terkenal di mata dunia. Jika berlaku sesuatu terhadap tanah air kita, ke mana kita akan pergi.

Kita sayangkan negara ini. Di tanah air ini, kita dapat bertemu insan-insan tersayang tanpa sebarang halangan. Inilah tanah tumpah darah dan kelahiran kita. Hidup meniti cabaran pasti didepankan ujian yang kadang-kadang tidak kita jangka.

Realiti suasana politik yang tidak menentu menuntut kita merenung risiko dan implikasinya. Laut mana tidak bergelora, pantai mana tidak dilanda ombak.

Rakyat prihatin

Kejadian banjir, gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, dan ribut antara bencana alam yang melanda rakyat negara ini. Kita menghadapinya dengan kesedihan, kebingungan, dan bangkit saling membantu.

Ia mencerminkan keprihatinan rakyat sebuah negara bukan sahaja rakyat senegara malah melangkau sempadan. Kedukaan negara lain menerima musibah itu juga, rakyat negara ini tampil membantu tidak sedikit.

Kisah dahsyat konflik di Palestin dan peperangan insan seagama di Asia Barat harus menjadi iktibar kepada kita betapa konflik dan peperangan akan berakhir dengan tragiknya kehilangan insan tersayang.

Hari ini kita masih memiliki kuasa untuk menentukan masa depan negara. Namun, hari esok belum tentu cerah jika kita leka dan tidak berfikir secara penuh keinsafan terhadap nasib anak cucu kita.

Negara kini menghadapi konflik dan krisis dalaman yang sungguh menyedihkan. Alangkah baiknya seluruh rakyat negara ini berdoa agar Malaysia terlindung daripada malapetaka krisis yang boleh meruntuhkan keamanan.

Kita bersyukur, hari ini kita boleh bangun pagi dengan tenang, berpakaian cantik, berkereta ke pejabat, bekerja dengan selesa, petang pulang bertemu insan tersayang. Keselamatan dan kedaulatan negara dijaga pihak berkuasa.

Apa akan jadi kepada rakyat negara ini dua puluh tahun lagi atau menjelang tahun 2020? Ironisnya, semua akan terjawab bila tiba waktunya nanti.

Semoga kemerdekaan yang dimiliki tidak tergadai.

Nationalism ingrained through historical data

THERE was a group of heritage lovers who, in 2010, had a meeting with the Kedah government officials on joint measures to be taken in mounting a comprehensive inventory to elevate the Bujang Valley in Kedah to be listed into the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation’s World Heritage List.

One local historian quipped: “What for… it’s a Hindu heritage! Malaysian history should begin with Islam, in the 14th century.”

However, we begged to disagree on Malaysian heritage history starting from the 14th century. Malaysians are painfully ignorant that the present stamp of Asian-Malaysian history had been subtly presented through British colonial perspectives, as what had happened in Dutch Indonesia, Spanish Philippines and French Indo-China, as examples.

In this country, the realisation to appreciate and rewrite anew our historical syllabus has been gravely wanting, as the new digital-age generation is being less and less exposed to “historical Malaysia” in terms of heritage and tradition.

The Bujang Valley civilisation has an older archaeological heritage than Cambodia’s Angkor Wat.

Ironically, our Malaysian National Cultural Policy (1972), having its global cultural tradition rooted in Asean and Nusantara-Polynesia, is not clearly understood and appreciated by many policy implementers.

The world system and world history that brought the current understanding of our history must be known beyond written history, that is, a part that we called “prehistory”.

The Kedah heritage may be understood if we traced the Malay origins that began from 2000-1500 BC.

According to the Indonesian cleric and philosopher Professor Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah),
Prophet Abraham had three wives: Sarah (begetting Prophet Isaac and the ancestors of the Jews), Hagar (begetting Prophet Ishmael, and the ancestors of the Arabs) and Qanturah [begetting Prophet Solomon-Sheba, and the Sabaeans of the Yemen, Meluhha (Indus Valley) and Southeast Asian Malays].

Prophet Abraham was, therefore, as the Bible conceives, the “Father of Nations”. As a “Father of Nations”, the human history of the Jews, Arabs, Indo-Aryans and Malays shared the same religio-cultural tradition, that is, the “primordial religion” (Hanif in Arabic, Sanatan Dharma in Sanskrit). Subsequently, the Nepali religion, Buddhism (an offshoot of Vedicism) was a harmonious continuity of Vedic Dharma, not Hinduism as wrongly labelled.

Malaysian and Southeast Asian history was, therefore, conceptualised as “Hinduised” or “Indianised” Malaya, as presented by Coedes and Braddell.

The real religio-cultural influence that is more appropriate and encapsulated was “Sanskritised”. Dharma, with tauhidic origins in the Indus Valley, moved through the lower regions of the Himalayan mountains into Yunnan, Cambodian Tonle Sap, and the Mekong Delta, and the other “wave” through Sri Lanka and ancient Malaya called “Sudhamawati”, from Burma down to Temasik (Singapore).

The strategic point from Burma to Singapore was Kadaram (Kedah in Tamil, Kataha in Arabic). In other words, the pure tauhidic Dharma had reached Kedah and Ganga Nagara regions (Bruas, Manjung, Perak) during 1,500BC.

As a consequence, South Thailand, Kedah and the East Coast was purely “Islamic” through the Abrahamic religious tradition. The fact that later “Islam” prohibited idols and casteless society does not cancel out importance of preserving elements of Sanskritised religio-cultural Malays before 13th century Islam.

Kedah has only been five per cent excavated by local archaeologists. More excavations and professional historical updating should be done. Through these efforts, archaeological tourism can be promoted.

The Bujang Valley civilisation has an older archaeological heritage than Cambodia’s Angkor Wat, as Kedah started the lively international trade to prosper first-to-third century Funan and Champa, which ultimately bore the Angkor civilisation.

It is, therefore, imperative that we place a higher premium on historical and archaeological researches — and revised historical writing — to make meaningful what we mean by Merdeka — as nationalism is not simply gleaned through textbooks and flag waving but ingrained through richer historical data. 

45pc of students not fluent in English

NEWS that the English Language paper will not be made a compulsory pass in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination from next year took everyone by surprise.

Secondary-school English Language teachers and Form Four students would have heaved a sigh of relief on hearing the news.

Some teachers and students would have been disappointed. If the proposal had gone through, Form Four students this year would have been the pioneer batch to sit the must-pass English subject in Form Five next year.

Though many educationists expressed disappointment over the inconsistent shift of educational policies, the latest decision has to be viewed in the bigger context.

SPM is the highest secondary school education that every student goes through. It defines the path for students to higher tertiary studies or career training.

Bahasa Malaysia and Sejarah papers are compulsory pass papers in SPM. Bahasa Malaysia is taught from Year 1 in national and national- type schools.

The language is extensively used and is the language of interaction and communication among the different races in the country.

The Sejarah paper is in Bahasa Malaysia, and BM is the se- cond language of non-Malay students. Both these papers are taught and easily learnt in schools. However, making the English Language paper a compulsory pass can pose problems to teachers and students.


Let us create a level-playing field before we make the English language subject a compulsory pass.


Firstly, the status of English language in the country varies greatly.

Urban and rural students differ in their proficiency and competency of the English language.

Students can be categorised into three levels of users of the English Language:

The first level comprises 15 per cent of students, who use English as a first language.

These students come from mainly urban homes where their parents speak English and are excellent users of the language.

There are many students who have “forgotten” their mother tongue and have embraced English as their mother tongue.

The second level comprises 40 per cent of students, who use the language as a second language. They are competent and proficient in the language.

They have a genuine interest to learn the English language for its many benefits. These students make a sincere effort to learn the language to achieve their ends.

The third level comprises 45 per cent of students, who use the language marginally. They are weak and poor in the language due to limited exposure and usage of the language.

These students come from the rural areas and have no English exposure or background in their homes. The mother tongue and Bahasa Malaysia take precedence in their lives.

These students learn English because it is taught in school. They have no opportunity to use the language outside the classroom.

The school curriculum, syllabus, textbooks and examinations follow a standard that caters for the first- and second- level learners of the English language.

The third-level learners would need differentiated learning strategies that require a different set of curriculum, textbooks and testing procedures.

So, there is an unequal and unbalanced playing field for the different categories of students and it is not fair to group them together under a standard test.