September 8th, 2015

Tarik nafas 
dalam-dalam 
dan bertenang...

MULAI hari ini sehingga Khamis ini, seramai 455,929 murid Tahun Enam di seluruh negara menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) - peperiksaan besar pertama yang terpaksa dihadapi sepanjang 10 tahun usia muda mereka.

Bagi kita orang dewasa, UPSR hanyalah satu ujian kecil berbanding banyak lagi peperiksaan besar yang perlu ditempuh di peringkat menengah, tertiari bahkan setelah memasuki bidang kerjaya.

Namun dari kaca mata kanak-kanak ini, UPSR adalah peperiksaan paling besar dalam hidup, yang mungkin sesete­ngah daripadanya menganggap sebagai penentu ‘jatuh bangun’ atau ‘hidup mati’ mereka.

Penekanan keterlaluan terhadap pencapaian gred 5A dalam UPSR oleh kebanyakan ibu bapa, guru dan sekolah membentuk minda kanak-kanak ini bahawa itulah matlamatnya jika mahu menjadi yang terbaik.

Sedangkan realiti sebenar di luar sana tidak sebegitu.

Menyedari perkara ini, Kementerian Pendidikan me­lancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, yang antaranya menyenaraikan enam ciri ‘kayu ukur’ keberhasilan murid iaitu; 1) Berpengetahuan 2) Mempunyai kemahiran berfikir 3) Mahir dwibahasa 4) Berkemahiran memimpin 5) Etika dan kerohanian 6) Identiti Nasional.

Hal ini kerana, anak-anak kita yang mencapai 5A dalam UPSR mungkin telah berjaya menguasai ciri 1, 2 dan 3 namun tidak semestinya mereka menjuarai ciri 4, 5 dan 6.

Begitu juga sebaliknya mereka yang tidak berjaya mencapai 5A dalam UPSR, mungkin sahaja menunjukkan kemahiran memimpin sehingga menjadi ketua pengawas, pustakawan atau ketua pasukan bola sepak, bahkan ada yang menjadi johan tilawah al-Quran dan wakil pidato sekolah.

Justeru janganlah kita memberi tanggapan salah kepada anak-anak seolah-olah UPSR menjadi penentu sama ada mereka kelak akan menjadi doktor atau peguam, sehinggakan kanak-kanak ini tidak menoleh kiri kanan sebaliknya hanya menatap buku siang malam.

Sebab itu pengetahuan bukan satu-satunya sasaran atau aspirasi keberhasilan murid. Sebaliknya lima ciri lain turut dititikberatkan demi memastikan anak-anak kita yang lahir dari­pada sistem pendidikan negara tidak hanya cemerlang akademik bahkan baik sahsiah dan lengkap ilmu kerohaniannya.

Perlu diingat bahawa secemerlang mana pun anak kita dalam peperiksaan, sebijak mana pun dia menjawab soalan dan sefasih mana pun dia bertutur pelbagai bahasa, tidak akan menjadi hebat jika di mata guru dan rakan, dia dikenali sebagai seorang yang berlagak, tidak beradab atau kurang sopan.

Kita sudah melihat banyak contohnya dalam kalangan masyarakat sekarang. Anak-anak muda berpengetahuan dari institusi pengajian tinggi dan rakyat kita yang menjawat kerjaya hebat, tetapi berkelakuan tidak senonoh, tidak tahu adat resam bermasyarakat dan tidak menghormati budaya dan kepercayaan agama orang lain, bahkan tidak kenal panji-panji negara yang menjadi lambang identiti nasional.

Peribahasa Melayu menyebut ‘masuk reban kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak’. Namun oleh kerana ramai yang hanya berpengetahuan tetapi tidak beretika, maka jadilah ada yang menguak di reban kambing dan mengembek di kandang lembu.

Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersama-sama para pemimpin terdahulu ketika itu, mungkin sudah dapat ‘melihat’ apa yang akan terjadi jika etika atau dalam bahasa Melayunya, kesopanan dan kesusilaan tidak lagi menjadi pegangan rakyat berbilang kaum, agama dan latar belakang di negara ini, lantas ciri itu disenaraikan sebagai salah satu ciri Rukun Negara.

Bayangkan orang Melayu, Cina, India dan lain-lain berkeras mahu mengamalkan adat budaya masing-masing, tanpa tolak ansur. Sudah pasti negara kita sudah lama kecoh dan huru-hara.

Dengan menghormati etika bermasyarakat, orang Melayu, Cina, India dan lain-lain sejak sekian lama boleh mengamalkan adat dan budaya masing-masing. Dan pada masa sama, menghormati adat budaya dan kepercayaan kaum-kaum lain.

Malangnya perkembangan akhir-akhir ini menunjukkan ada segelintir daripada kita yang dengan sengaja mahu menolak ciri-ciri yang selama ini membentuk kerukunan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama. Lebih malang, ada kalangan orang dewasa sendiri yang cuba mengajar anak-anak agar menjadi kurang ajar, tidak beradab dan tidak patuh undang-undang.

Justeru bagi penulis, langkah Kementerian Pendidikan memberi tumpuan semula kepada ciri-ciri itu untuk melahirkan murid atau pelajar yang holistik iaitu bukan hanya cemerlang akademik bahkan mempunyai sahsiah baik, cukup tepat dan kena pada masanya. Lebih-lebih lagi ketika ini, di saat-saat masyarakat kita sudah terlalu bersifat materialistik atau kebendaan.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bila lagi masa yang sesuai untuk melentur sikap anak-anak kita pewaris kepe­mimpinan masa depan jika tidak dari peringkat awal persekolahan.

Justeru janganlah kita menyempitkan jurus pandang anak-anak ini ke satu hala sahaja.

Janganlah kita hanya mengukur kejayaan anak-anak kita setakat mencapai gred 5A dalam UPSR sedangkan mereka menun­jukkan potensi besar dalam bidang-bidang lain yang bukan akademik. Belajarlah meraikan kejayaan mereka dalam bidang-bidang lain juga sama ada bersukan atau berpersatuan.

UPSR hanyalah salah satu fasa sebelum mereka menyambung persekolahan peringkat menengah.

Mungkin dengan pencapaian gred 5A memberi lonjakan kepada mereka untuk memilih sekolah yang dimahukan sama ada berprestasi tinggi (SBT), berasrama penuh (SBP) mahupun Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau sekolah menengah agama terpilih. Namun UPSR masih hanya satu fasa kecil.

Keputusan UPSR tidak menentukan aliran menengah apatah lagi laluan bidang kerjaya yang mereka cita-citakan.

Memang baik untuk memperoleh 5A namun jangan sekali-kali memberi tekanan apatah lagi mahu ditanamkan di minda anak-anak ini seolah-olah mereka akan gagal dalam hidup apabila tidak mencapai sasaran berkenaan.

Jangan patahkan semangat anak-anak yang baru 10 tahun mengecap kehidupan ini. Mereka masih kanak-kanak dan perjalanan mengejar cita-cita masih terlalu jauh dan panjang.

Ajar mereka menerima apa jua keputusan dengan reda, dan pada masa sama ingatkan agar tidak berputus asa. Tanamkan keyakinan ke dalam jiwa anak-anak ini bahawa mereka masih boleh mencipta kecemerlangan pada masa depan.

Mudah-mudahan anak-anak kita membesar secara seimbang, bukan setakat bijak akademik tetapi lebih penting lagi memiliki ciri-ciri insan kamil serta kebijaksanaan yang akan membolehkan mereka berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kepada murid-murid Tahun Enam di seluruh negara, selamat menjawab soalan UPSR.

Tarik nafas dalam-dalam, lepaskan perlahan-lahan, bertenang. Insya-Allah, apa jua kemusykilan yang terbentang di depan mata akan dapat diselesaikan.

- Utusan Malaysia Rencana 08 September 2015 1:26 AM -

Malaysia komited tangani rasuah

MALAYSIA diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Kali Ke-16 pada tahun lalu. Dan pada minggu lalu, kita dengan jayanya menganjurkan persidangan itu sebagaimana diberi kepercayaan oleh Majlis IACC.

Tidak ada pihak yang menjangkakan ketika persidangan berlangsung kali ini, kita dihimpit satu isu yang masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tidak dapat dinafikan bahawa pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan mengenai isu yang semua sedia tahu. Tetapi apabila ada pihak yang menggambarkan bahawa Malaysia berhadapan dengan krisis rasuah, ia sememangnya sesuatu yang tidak dapat diterima.

Untuk mengatakan bahawa kita berhadapan dengan keadaan yang teruk juga tidak benar sama sekali. Kita faham sesetengah pihak tidak mengetahui atau mempunyai maklumat yang sebenar. Malah perkara yang sama ditegaskan oleh SPRM di mana agensi tunggal pencegahan rasuah menjelaskan bahawa Malaysia tidak menghadapi krisis ra­suah seperti didakwa oleh Presiden Transparency-International, Jose Ugaz.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali menjelaskan dakwaan seumpama itu adalah tidak benar dan adalah pandangan atau tanggapan peserta semata-mata.

“Apabila mereka membangkitkan perhatian (tentang isu ini), mungkin mereka tidak mempunyai fakta. Tetapi kami serius meme­rangi rasuah secara berkesan dan bersungguh-sungguh,” kata beliau.

Dalam ucapannya pada hari pembukaan persidangan, Ugaz berkata, Malaysia menghadapi krisis rasuah berikutan isu derma RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang belum diselesaikan.

IACC bukan platform untuk membincangkan isu 1MDB. Sebaliknya, berdasarkan tema yang dipilih, IACC kali ini membincangkan pelbagai perkara dan perkongsian amalan-amalan terbaik. IACC kali ini juga disifatkan sebagai amat berjaya dan mencapai objektif kerana Malaysia telah berkongsi 23 amalan dan mekanisme terbaiknya serta mempelajari cara-cara menangani rasuah daripada 138 negara dan lebih 1,200 peserta.

Adakah Malaysia berhadapan dengan krisis rasuah? Sekali lagi penulis berpandangan adalah tidak wajar melabel dan menuduh sedemikian. Banyak fakta dengan sendiri akan menjadi ukuran dan bukti bahawa Malaysia bukan dihimpit atau dilabel oleh pihak tertentu kononnya berhadapan oleh krisis rasuah.

Di sini, kita perlu merenung pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar ketika menyampaikan ucapan majlis penutup IACC pada Jumaat lalu di mana beliau menegaskan bahawa mana-mana negara tidak akan mencapai kemajuan menerusi kedudukan ekonomi yang mampan jika gejala rasuah kekal sebagai wabak dalam sistem pentadbiran negara.

Malah tegas beliau, rasuah mungkin mendorong kepada pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik yang lebih rendah serta percambahan ekonomi bawah tanah yang tidak memberi petanda baik kepada mana-mana negara.

“Saya yang baharu pulang dari Australia dalam memenuhi pelbagai jemputan jelas menunjukkan bahawa imej Malaysia amat tinggi dalam kalangan ahli Parlimen dan golongan akademik di negara Australia,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia tidak menghadapi masalah seperti itu kerana berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 49.3 peratus pada 1970 kepada 0.6 peratus pada 2014. Nampaknya kedudukan rasuah di Malaysia sudah mula dipolitikkan oleh beberapa pihak di peringkat antarabangsa.

Sebagai ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, penulis berpandangan adalah tidak adil untuk menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak serius memerangi rasuah sedangkan pelbagai inisiatif dilancarkan.

Selaku wakil rakyat mewakili BN dan juga Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Parlimen, penulis perlu respon kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh segelintir pihak termasuk ahli-ahli politik pembangkang di Malaysia.

Perkemba­ngan sepanjang dekad yang lalu, terutamanya sejak 2009 menunjukkan Malaysia mengambil pelbagai langkah serius dan tindakan proaktif untuk membanteras segala gejala rasuah. Penulis amat pasti pihak pembangkang tidak akan dan tidak dapat menafikan hakikat ini. Kecuali mereka enggan mengaku dan menerima­nya.

Pertama: Berikutan keperluan dan kehendak rakyat. kerajaan BN mengambil langkah untuk me­nubuhkan sebuah SPRM - sebuah suruhanjaya antirasuah bebas menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada akhir 2008. SPRM beroperasi mulai Januari 2009.

Sejak itu, ia dipantau oleh lima badan yang bertindak sebagai mekanisme check and balance. Hampir 50 ahli menganggotai badan-badan bebas ini, termasuk ahli-ahli Parlimen BN, DAP, Pas dan PKR. Pemimpin masyarakat sivil, kumpulan profesional dan bekas pegawai tertinggi perkhidmatan awam juga memantau SPRM. Kedudukan ini sahaja menunjukkan agensi pencegahan rasuah Malaysia jauh lebih bebas berbanding era sebelum 2009. Malah kewujudan badan bebas ini khususnya Panel Penilaian Operasi (PPO) diiktiraf oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Mengenai kes-kes yang disiasat dan didakwa di mahkamah, lebih 60 kes berprofil tinggi berjaya diselesaikan oleh SPRM sejak 2009. Sebagai contoh, kes Sime Darby, Operasi 2B (Ops 2B) yang menyaksikan lebih 20 pegawai Kastam didakwa dan kolonel hospital berkaitan de­ngan rasuah menyeleweng bekalan perubatan. Malah beberapa pe­mimpin politik termasuk dari BN telah didakwa di mahkamah. Apakah ini bukan petanda kerajaan BN bukan serius dan bersandiwara?

Kedua: Laporan Daya Saing Glo­bal 2014-2015 menunjukkan kedudukan Malaysia telah bertambah baik - ke paras 20 daripada 144 negara yang diukur. Ia juga mengiktiraf bahawa Malaysia telah berjaya dalam membanteras rasuah dan birokrasi. Menurut laporan itu, Malaysia yang memperkenalkan banyak perubahan besar sejak 2009, muncul sebagai salah satu daripada negara yang berjaya dalam usaha mengatasi rasuah dan menangani birokrasi - yang mana kedua-dua­nya selalu dihubungkaitkan.

Ketiga: Pelbagai inisiatif diper­kenalkan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP). Malah usaha itu diteruskan menerusi GTP 2.0. Kebanyakan inisiatif ini sudah mula menghasilkan hasil. Kita tidak perlu menyenaraikan kesemua inisiatif di bawah GTP dan GTP 2.0 di sini. Laporan GTP, yang boleh didapati secara online, akan membuktikan yang Kerajaan Persekutuan telah mengambil pendekatan berani untuk menangani rasuah.

Keempat: Perdana Menteri sendiri menunjukkan komitmen yang kuat untuk menghapuskan rasuah dan memastikan Malaysia berada dalam kalangan 30 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang tahun 2020. Tahun lepas, Malaysia bergerak ke paras 50. Walaupun sesetengah pihak kurang yakin dengan impian ini, tetapi Kerajaan Persekutuan percaya ini boleh dicapai sekiranya kita bekerjasama ke arah melahirkan sebuah negara yang bebas rasuah.

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sendiri telah meminta penjelasan daripada SPRM mengenai isu-isu yang dibangkitkan. Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah puas hati dengan respon SPRM. Malah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah telah mengesyorkan beberapa cadangan. Laporan Jawatankuasa Khas Mengenai Ra­suah ini diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen setiap tahun.

Merujuk kepada 1MDB, laporan media terkini menunjukkan bahawa SPRM masih dalam proses mengumpul data awal dan mene­liti maklumat yang diperoleh. Kes ini juga kini dalam siasatan polis, malah diteliti oleh Ketua Audit Negara ekoran arahan Kabinet.

Penulis pasti semua khususnya parti pembangkang akan bersetuju bahawa usaha melawan rasuah adalah satu pendekatan berterusan. Kita memerlukan iltizam politik yang kuat daripada semua. Ja­ngan asyik salahkan kerajaan.

Marilah kita menjuarai isu ini bersama bukannya mempolitikkan isu ini. Penulis berharap pihak yang sangsi dengan kedudukan jenayah rasuah di Malaysia supaya melihat kepada fakta dan angka yang ada di depan kita sebelum melabelkan Malaysia sedang gawat dengan jenayah rasuah.

- Irmohizam Ibrahim Utusan Malaysia Rencana 8 September 2015 1:29 AM

Bersih 4.0 kotorkan pandangan terhadap Cina

Orang Cina di Malaysia yang berfikiran rasional pada hemat penulis tidak mungkin bersama perhimpunan Bersih 4.0 kerana mereka tahu sejak sebelum merdeka banyak manfaat yang mereka terima di negara ini.

Anugerah kerakyatan suatu kurnia yang tinggi nilainya kepada mereka dan penerimaan Perlembagaan Negara menjadi kontrak sosial untuk menutup jurang yang terjadi akibat penjajahan dan bersama-sama membangunkan Malaysia.

Penulis percaya sifat muafakat amat penting bagi setiap warga Malaysia supaya saling membantu kerana kemajmukan masyarakatnya menuntut penyantunan yang tinggi. Generasi muda Cina harus dikhabarkan banyak titik hitam dalam sejarah yang patut menjadi ingatan dan pengajaran dan jangan diulangi lagi.

Kemerdekaan yang kita perjuangkan menuntut ketabahan dan kesabaran tinggi supaya ketidakseimbangan yang terjadi dapat diatasi dengan penuh pengertian. Bayangkan, apabila kelompok majoriti masih lagi terpinggir jauh, ini memberi petanda tidak baik kepada Malaysia.

Ini bukan bermakna sejak kemerdekaan orang Cina disekat daripada bergiat dalam menguasai ekuiti (pegangan) dalam ekonomi atau menghalang penubuhan kolej dan universiti swasta untuk mengukuhkan dominasi mereka dalam bidang pendidikan atau membenarkan kewujudan parti politik tetapi orang Melayu menjadi sensitif dalam hala tuju perjuangan DAP dengan impian Malaysianya dan menyebabkan rasa curiga terjadi.

Perhimpunan Bersih 4.0 adalah testimoni memperlihatkan gelagat sebahagian orang Cina yang menolak etika keMalaysiaan dengan berhimpun dan memperlihatkan watak-watak jelik yang menyinggung hati kaum lain. Memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukanlah amalan orang bertamadun. Membawa penyapu dilihat sebagai lambang yang amat menghina dan menghidupkan ingatan kepada Peristiwa 13 Mei 1969.

Gelagat ini amat menyinggung banyak pihak kerana boleh menyemarakkan semula api perkauman yang tidak mudah untuk dipadamkan. Kalau di Singapura, ini tidak mungkin dibenarkan terjadi.

Di Malaysia walaupun Bersih 4.0 diharamkan namun penganjurnya tetap melanggar undang-undang dan memberi isyarat yang tidak baik untuk negara. Bagi Pas ketidakhadiran pemimpin dan ahli-ahlinya adalah suatu kemujuran kerana ini menjadi ukuran mengenai kekuatan golongan kecewa yang diketuai oleh Mohamad Sabu. Penubuhan parti baharu bukanlah jawapan terhadap kemajuan dan pembangunan Malaysia sebaliknya golongan kecewa ini sanggup menjadi lembu-laga DAP untuk memerintah Malaysia dengan restu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam tinjauan penulis, Bersih 4.0 membuka mata kelompok majoriti dalam negara ini mengenai belang orang Cina DAP mengenai masa depan dan melemahkan MCA dan Gerakan kerana pendekatan sederhana yang diambil bersama dengan UMNO. Bayangkan kalau takdirnya Pas dan UMNO mengambil jalan kerjasama sesuatu yang paling ditakuti oleh DAP. Sebab itu, DAP amat mendukung kelompok yang kecewa dalam Pas supaya mereka boleh menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Orang Melayu yang berfikiran sederhana amat sedar tentang strategi DAP dan kumpulan kecewa ini. Malangnya, orang Melayu kononnya dari kelompok gerakan Islam dan profesional mengambil pendekatan demikian kerana membenci UMNO dan ingin menjulang Anwar, salah atau benar seperti yang dilakukan oleh DAP walaupun DAP tahu siapa Anwar sebenarnya.

Strategi dan cara DAP ini amat berbahaya kepada hari depan Malaysia seperti perhimpunan Bersih 4.0 dan menyebabkan pandangan majoriti orang Melayu terhadap orang Cina dalam kecurigaan. Hakikatnya, kecurigaan mudah terjadi tetapi membina persefahaman payah sekali. Orang Cina yang matang dan rasional harus memahami ini supaya generasi mudanya menginsafi bahawa muafakat dan kerjasama adalah jalan keluar daripada kemelut.

Jangan biarkan emosi menguasai diri dan retorik yang membakar semangat terjelma. Kebijaksanaan membangun negara amat dituntut kerana Malaysia kini masih sebuah negara yang aman dan terus membangun dengan sumbangan semua pihak.

- Utusan Malaysia Rencana Dari Jendela To' Ki 08 September 2015 1:29 AM

The star pupil who scored zero in all her exams

Thousands rallied behind a top-ranked student who not only failed her exams but was given the lowest marks possible in a potential case of injustice and corruption.

Her expectations were high - and rightfully so. Mariam Malak had achieved nearly perfect marks in previous years, results which made her one of Egypt's top performing high school students. When final exam marks were announced, she eagerly scanned the list top scores, but to her surprise, her name was not on it. Still, she was still confident she'd done enough to get into a medical school - until she saw her results, and fainted.

"I was completely shocked," Malak told BBC Trending. "I couldn't hear anyone, I couldn't speak. I thought how can that happen? How can I get zero?"

Malak scored zero out of 100 not just on one exam, but on all seven she sat. The results were so incredible that she and her family immediately suspected foul play. Initially there was speculation that Malak was failed on purpose because she's a member of Egypt's Coptic Christian minority. But that theory was quickly dismissed and now the family believes that she is a victim of corruption.


Tens of thousands liked a Facebook name set up in support of Mariam Malak

"Either the school or the examination board swapped her papers with another pupil who obviously wasn't doing as well," alleges Mariam's brother, Mina.

Stories of bribery and corruption are not unheard of in Egypt's education system. But Mariam Malak's case received a huge amount of public attention online. Thousands of Egyptians rallied behind her using the hashtag "I believe Mariam Malak" and a Facebook page set up to support her gathered more than 30,000 likes.

"It's not just that they stole her marks, they also stole her future and dreams," one Egyptian woman tweeted. Another wrote: "Imagine getting zero in 7 subjects!! It's a disaster!"

To get the minimum possible score, a pupil must more or less leave the paper blank, and whoever filled out Malak's exam papers merely wrote out the exam questions. The Egyptian Ministry of Education investigated and subjected Malak to five handwriting tests, afterwards concluding that the flunking exam papers were indeed hers. She and her supporters refuse to accept that conclusion, however, and she even did a handwriting test on live television. It showed her writing is markedly different from that on the exam papers. And since her story came to light, another top student came forward to protest her own zero grades.

Malak and her family continue to hold out hope that her marks will be reviewed. They've met with the country's prime minister who, they say, promised to look into her case. And several prominent Egyptians have stepped forward with offers of funding for her further education.

"We believe in God's justice and the law and watching the support and solidarity we've been receiving from people gives us a bit of reassurance," says Mina Malak. "We want an impartial and transparent committee to re-open the investigation and redo her handwriting test... we will continue until we do justice by Mariam."

Have more subjects in English

WE refer to the letter “No longer a colonial language” (The Star, Sept 1) and feel humbled that the writer has urged the Parent Action Group for Education (PAGE) to work closely with the Education Ministry “without any delay”.

We are glad to say that we have, over the years, finally gained the attention and confidence of the Education Ministry which has eventually opened up and have several times engaged with us on matters of English and the way forward for our children.

However, the sudden decision to postpone the English compulsory-pass policy took us by surprise and we agree that such a move will only be detrimental to the students who most desperately need it. We share the disappointment expressed by the Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) and numerous writers to The Star who are equally crushed by the regressive step yet never fail to continue to offer solutions, among them, “Have two versions for SPM” (Aug 22), “Employability and mastering of English” (Aug 26), “Revisiting Pro-ELT plan” (Aug 28) and “Create more job opportunities for Science graduates” (Sept 2).

MBMMBI (Uphold Bahasa Malaysia, Strengthen the English language) was introduced in 2011 to ensure that equal emphasis is given to both major languages and provide a follow-through from kindergarten and thereupon build a solid foundation from Primary One onwards.

At the same time, English teachers were upskilled to prime them for the challenge. Teachers were supported by the intensive Pro-ELT initiative while weaker schools were supplemented by programmes such as the Native Speakers as well as the long-standing Fulbright Teachers which was initiated in Terengganu and now has expanded to other states.

Questions posed by us on costs, effectiveness and measured outcomes of these programmes thus far have remained unanswered. We hope the annual report in 2015 on the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 will provide the answers.

It is clear that in order for students to be proficient in English there needs to be, of utmost priority, an environment of greater immersion to practise speaking English in school. There must be a shift in the mindset of the school leaders and its teachers to make students comfortable, of not being embarrassed, of having low esteem or being teased.

At a later stage, students should be proud of the ability to speak Bahasa Malaysia and English interchangeably, like in urban schools.

Break the barrier with a concerted effort.

But, of course, the next step is to have more subjects in English for the desired outcome going forward.

Datin Noor Azimah Abdul Rahim Chairman, Page Malaysia The STAR Home News Opinion 7 September 2015

In a fix over classification and rating of CGPA results

I RECENTLY graduated from a local private university with a CGPA of 3.65. I was thrilled with my results as, generally, 3.65 would be considered a first-class honours degree.

But, to my dismay, my university only recognises first-class results as above 3.75 and the students were not informed of this while we were studying.

I was upset and shocked as my friends from other universities claim that their university recognises first-class results as above 3.50. My friends studying abroad also say their universities recognise 3.50 and above as first-class.

Some may say that results don’t matter but I wanted to apply for a scholarship to do post-graduate studies. The organisation offering the scholarship only recognises candidates with a first-class degree.

I wrote an appeal stating that my results were technically first-class but the university rejected my request, explaining that they looked at classification of “classes” and not CGPA per se. So my official classification is second-class.

Some of my classmates who scored the same results were also very upset because they would not be able to convert their PTPTN loans into scholarships.

It’s unfortunate that this matter has been taken lightly and it’s affecting many deserving students who plan to pursue their dream, such as getting jobs and furthering their studies.

Results do matter, and a first-class degree would certainly have more advantages. Some companies only hire first class graduates for certain positions, for example.

So what exactly is the CGPA for first-class honours and why do different universities have different grading methods?

I hope the Government and the Malaysian Qualifications Agency can explain to the thousands of graduates out there who are affected by this. B C Puchong The STAR Home News Letters 7 September 2015

Merdekakah kita?

SABAN tahun negara meraikan satu hari yang dianggap keramat dan bersejarah iaitu seluruh negara tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit melaungkan kalimah “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”.

Apabila disebut tentang sambutan kemerdekaan, jelas terbayang pada pemikiran kita akan perbarisan kawad kaki di dataran, pameran ketenteraan lambang kepahlawanan, tembakan meriam memecah keheningan, laungan Merdeka bukti kecintaan dan aspirasi anak watan.

Makna kemerdekaan perlu difahami, dihayati

PENJAJAHAN moden bukan lagi datang bersama bala tentera, sebaliknya datang bersama sesuatu yang menggembirakan atau melalaikan. - GAMBAR HIASAN

Namun, adakah ini penghayatan merdeka yang ingin diterapkan dalam sanubari anak-anak muda hari ini? Inikah yang ingin dilihat oleh para pejuang tanah air yang mengorbankan jiwa dan raga untuk memastikan bumi tercinta ini mengecap nikmat kemerdekaan? Jika hanya ini sahajalah erti kemerdekaan yang dimaksudkan, adakah berbaloi titisan darah pejuang kemerdekaan membasahi bumi yang kita pijak pada hari ini?

Benar, dalam konteks pengisian acara sambutan, memang itulah sebahagian acara dan aktiviti yang wajar dianjurkan. Namun perlu difahami bahawa apa yang lebih besar ialah penghayatan dalam menjiwai erti sebenar kemerdekaan khususnya yang digariskan oleh Islam.

Kemerdekaan adalah pembebasan daripada penjajahan dan ikatan. Sebagai sebuah negara merdeka, kita bebas menentukan apa sahaja perancangan, matlamat dan tindakan sama ada dari sudut ekonomi, sosial mahupun politik tanpa terikat kepada sesiapa. Dalam masa yang sama, kemerdekaan yang dicapai ini perlu dikekalkan iaitu tanggungjawab kita sebagai pewaris negara merdeka.

Hakikatnya, inilah perjuangan yang lebih getir berbanding perjuangan untuk mencapai kemerdekaan itu. Dalam Islam, kemerdekaan itu suci maknanya. Islam itu sendiri membawa erti kesejahteraan, kedamaian dan keamanan.

Bagi seorang Muslim, nikmat kebebasan dalam kemerdekaan seharusnya disyukuri dan dihayati. Kemerdekaan bukan sahaja memberi lesen untuk menentukan corak hidup tetapi lebih penting adalah membebaskan diri dan pemikiran daripada syirik kepada Allah serta sifat-sifat jahiliah.

Oleh itu, seorang Muslim yang merdeka adalah yang bebas daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah. Firman-Nya dalam Surah al-Isra’, ayat 70 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

KURNIAAN WAJIB DISYUKURI

Kemerdekaan juga merupakan satu bentuk rezeki kurniaan Allah yang wajib disyukuri dengan memelihara dan menjaga negara daripada dirosakkan oleh anasir-anasir luar yang sentiasa cuba menggugat kedamaian negara ini.

Dalam keghairahan meraikan hari kemerdekaan, segala pengisian sambutan perlulah dititikberatkan meliputi acara-acara yang memberikan kesedaran dan peringatan tentang makna kemerdekaan amnya dan makna kemerdekaan diri seorang Muslim itu sendiri, khususnya.

Ini kerana, kita bukan sahaja berhadapan dengan golongan yang lupa dengan makna kemerdekaan tetapi turut berhadapan dengan mereka yang lalai tentang hakikat menjadi seorang Muslim sejati. Kelalaian ini bukan sahaja akan menyebabkan kita mempersia-siakan negara tercinta ini tetapi lebih dahsyat lagi hingga mengabaikan diri dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Oleh itu, sambutan kemerdekaan sebagai seorang Muslim harus diisi dengan lebih banyak acara kesyukuran atas nikmat kemerdekaan kurniaan Ilahi. Usah lena dibuai mimpi dan hiburan tiada henti. Usah bongkak kepada yang Maha Memberi. Ikutlah resmi padi, kian tunduk apabila berisi.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada An Nu’man bin Basyir RA, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa tidak mensyukuri yang sedikit, maka dia tidak akan mampu mensyukuri yang banyak.”

ANCAMAN 
PENJAJAHAN 
BAHARU

Wadah penjajahan moden bukan lagi datang bersama angkatan bala tentera. Sebaliknya ia datang bersama sesuatu yang menggembirakan atau melalaikan. Akibatnya kita tidak terasa dijajah kerana digula-gulakan dengan hiburan dan keseronokan luar biasa hingga terlupa akar budaya dan jati diri bangsa.

Liberalisasi dalam teknologi komunikasi terutamanya kelonggaran kawalan isi kandungan dalam media elektronik menyumbang kepada penjajahan budaya dalam bentuk baharu.

Dengan rangkaian Internet tanpa batasan, kita boleh menonton, melihat dan membaca hampir apa sahaja dengan cukup mudah. Penyebaran maklumat palsu, fitnah, caci maki dan penentangan terhadap pemerintah berlaku secara membuta tuli tanpa usul periksa.

Tanpa disedari liberalisasi dalam isi kandungan program televisyen dan filem mengajar remaja Malaysia cara hidup Barat. Kehidupan penuh tata susila ditukar kepada kebebasan tanpa batasan. Adab dan kesopanan tidak lagi menjadi pakaian anak muda hari ini. Akhirnya, imej ketimuran berjaya diubah menjadi budaya barat.

Allah berfirman dalam Surah al-A’raf, ayat 3: “(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): “Turutilah apa yang telah diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin selain daripada Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.”

Menerusi ayat ini, Allah mengingatkan kita agar sentiasa taat dan patuh pada perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Jangan sesekali kita menjadikan budaya Barat sebagai ikutan sebaliknya kembalilah kepada sunah Rasulullah SAW.

KESIMPULAN

Kemerdekaan yang sebenar bukan hanya perlu diingati dan disambut, tetapi perlu difahami dan dihayati;

Penjajahan secara moden merangkumi penjajahan budaya, penjajahan ekonomi, penjajahan sosial dan penjajahan minda

Erti kemerdekaan yang hakiki ialah dengan mensyukuri nikmat kemerdekaan kurniaan Allah dan berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman dan anasir yang tidak baik.

Karamah maknawi

Kekal manfaat untuk umat Islam . Dahulu saya kagum melopong apabila mendengar cerita para wali yang dikisahkan mampu berjalan di atas air, mampu melipat bumi, menempuh perjalanan jauh dalam masa yang singkat, mampu makan buah-buahan bukan pada musimnya dan sebagainya. Setelah lama mendalami ilmu, barulah saya faham bahawa karamah (kemuliaan) para wali rupanya bercabang dua - kelas pertama dan kedua. Tanpa sedar ramai yang cuma nampak karamah kelas kedua. Mengapa? Ia kembali juga kepada penghayatan ilmu. Ramai yang mengabaikan pintu kerana menyangka tingkap lebih utama berbanding pintu.

Karamah yang biasa dicanangkan tentang kelebihan ajaib para wali rupanya berada pada kelas kedua atau dipanggil “karamah hissi” (keajaiban yang mampu dilihat pancaindera dan tidak kekal). Nun di sana, ada karamah kelas pertama yang jauh lebih hebat dan kekal manfaatnya untuk umat Islam sejagat. Ia disebut “karamah maknawi” (keajaiban yang kekal dan meluas manfaatnya untuk seluruh umat Islam).

Para ulama ummah yang meninggalkan karya agung membimbing umat Islam dengan khazanah ilmu sebenarnya tergolong dalam kalangan para wali Allah yang besar jasanya kepada umat Islam. Jika seorang wali mampu berjalan di atas air, terbang di udara dan sebagainya, apakah manfaat yang anda peroleh selain sedap telinga mendengarnya?

Sebaliknya, seorang ulama yang menghasilkan khazanah ilmu yang mampu mendekatkan Muslim kepada Allah jauh lebih besar manfaatnya kepada umat Islam. Dengan premis ini, saya menobatkan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli yang baharu dijemput Allah baru-baru ini sebagai salah seorang wali Allah zaman ini.

Saya berjinak dan mengajar Tafsir al-Quran bermula pada tahun 2005. ‘Mabuk’ Tafsir al-Quran yang saya alami berterusan sehingga sekarang. Saya sudah mengajar sehingga juzuk 23, surah ke-36 iaitu surah Yasin. Aktiviti mingguan mengajar Tafsir al-Quran adalah sebanyak enam kelas dan rujukan utama saya dalam pengajaran adalah Tafsir al-Munir karya si wali Allah yang saya nobatkan di atas. Karya beliau menjadi pilihan kerana ia mudah, semasa dan mengumpulkan berbagai mutiara daripada pelbagai kitab tafsir muktabar. Seolah-olah beliau mengumpulkan bahan mentah daripada pelbagai kitab Tafsir muktabar lalu mengadunnya menjadi sebutir berlian untuk dihidangkan kepada umat Islam moden. Ternyata usahanya menulis Tafsir al-Munir selama belasan tahun membuahkan hasil.

Menarik untuk dikongsi, moto utama Prof. Wahbah al-Zuhayli dalam karya Tafsir al-Munir adalah firman Allah:

Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan rasul-Nya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan.” (al-Anfal [8:24]).

Subhanallah! Beliau memang seorang Wali Allah kerana mampu melihat dengan suluhan mata hati akan pedoman ayat ini. Lalu beliau menjadikan ayat ini sebagai moto utama tafsirnya. Setelah lama bergelumang dengan Tafsir al-Quran, memang al-Quran adalah suatu seruan daripada Allah yang benar-benar menghidupkan jiwa.

Saya bersyukur kerana diizinkan menumpang tuah Prof. Wahbah al-Zuhayli kerana diperjodohkan dengan kitab tafsir beliau. Semoga jodoh saya ini berterusan bersama beliau di akhirat kelak. Amin! - Utusan Malaysia Rencana 8 September 2015 1:00 PM

Jiwa merdeka hanya takut bala, azab Ilahi

Islam agama bertunjangkan kedamaian, kesejahteraan, kebahagiaan, keharmonian dan keamanan. Sejarah membuktikan kehidupan manusia sebelum diutuskan Nabi Muhammad SAW yang membawa syiar Islam berada dalam kehidupan jahiliah yang penuh dengan kezaliman, penindasan, maksiat dan kebencian.

Islam hadir membawa rahmat dan kebaikan untuk sekalian makhluk serta alam, memerdekakan mereka daripada cengkaman kehidupan jahiliah. Ustazah Muzayannah Abdullah menerusi rancangan Tarbiah yang bersiaran di IKIMfm setiap Jumaat, jam 10 pagi menjelaskan merdeka dari konteks perjuangan.

Mukmin sejati

Merdeka bermaksud membebaskan diri daripada belenggu penjajahan, manakala dalam konteks agama seseorang itu akan memperoleh kemerdekaan apabila menjadi seorang Mukmin sejati. Merdeka yang sebenar apabila seseorang Mukmin meletakkan perasaan takut hanya kepada Allah SWT.

ANAK yang dibesarkan dengan didikan al-Quran dan sunah akan menjadi Mukmin sejati. - Foto hiasan


Sungguhpun secara zahirnya manusia di bumi ini diberi kuasa, memiliki harta kekayaan, pangkat dan kedudukan tetapi kekuasaan yang hakiki adalah milik Allah SWT.

Perkara ini dijelaskan melalui firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Aku." (Surah al-Anbiya, ayat 92)

Oleh itu, sebagai seorang Muslim yang mempunyai jiwa merdeka, ketaatan dan ketakutan itu hanya kepada bala serta azab Allah SWT kerana tiada yang lebih bermakna bagi Muslim selain menambahkan keimanan untuk mendapat keredaan Allah SWT dunia dan akhirat.

Islam mendidik manusia dengan panduan al-Quran dan hadis. Al-Quran sebagai sumber ilmu yang sempurna dan lengkap mengajar umat Islam menjadi Mukmin yang memahami hukum hakam selain menjadi sumber hidayah untuk membawa manusia ke jalan diredai Allah SWT.

Hadis atau seruan sunah Rasulullah SAW pula merujuk kepada penjelasan Baginda mengenai sesuatu perkara secara lebih terperinci. Al-Quran dan hadis umpama cahaya yang menyuluh jalan kehidupan manusia supaya tidak terpesong dengan tipu daya syaitan yang menyesatkan. Manusia yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul tidak akan meninggalkan seruan kedua-duanya.

Ini juga satu bentuk dakwah dan kebajikan manusia sebagai simbol ketaatan kepada-Nya. Manusia yang menuruti perintah Allah SWT dan sunah Baginda pastinya tidak akan sesat selama-lamanya.

Ini juga adalah nilai kemerdekaan sebenar iaitu apabila manusia dapat membebaskan hatinya dengan tunduk dan taat kepada perintah Allah SWT.

Manusia yang menuruti hawa nafsu dan bisikan syaitan pasti terperangkap dengan dosa. Allah SWT memerintahkan manusia menuruti segala perintah-Nya. Harta kekayaan, pangkat dan kuasa hanya sekadar perhiasan dunia yang akan ditinggalkan kelak. Mukmin yang menuruti sunah

Baginda nescaya akan memperoleh syafaat dan dipayungi rahmat Allah SWT. Muzayannah berkata, membangun manusia memiliki jati diri tinggi, berjiwa merdeka, akhlak mulia dan budi pekerti baik hendaklah bermula dari dalam kandungan lagi.

Ibu bapa mesti memberi didikan Islam yang menyeluruh supaya pemahaman terhadap agama dipasak pada usia kecil dan akan terus menunjang dalam diri. Antaranya, mengasuh anak dengan akhlak dan sunah Rasulullah SAW.

Anak juga hendaklah dibesarkan dengan bacaan al-Quran, zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Anak yang mendapat pendidikan agama yang baik pastinya menjadi insan yang memiliki nilai manusiawi tinggi.

Didikan yang baik akan melahirkan generasi beragama seterusnya menyumbang kepada kemuliaan agama Islam itu sendiri. Anak dididik dengan agama Allah SWT yang sempurna inilah yang menentukan Islam pada masa akan datang.

Menurut Muzayannah, hidup ini adalah satu perjalanan yang sentiasa dikejar oleh waktu. Seseorang yang menghabiskan hidupnya tanpa melakukan perkara bermanfaat akan mendapat kerugian selama-lamanya.

Mukmin yang sentiasa membangunkan dirinya dengan ilmu akan memperoleh kelebihan dalam hidupnya. Cari, tambah ilmu Oleh itu, seorang Mukmin hendaklah sentiasa mencari dan menambah ilmu pengetahuan supaya dapat memperbaiki diri.

Orang yang tidak mengisi kehidupannya dengan ilmu diumpamakan sebagai 'orang yang membodohkan diri sendiri'. Melalui ilmu manusia akan mengubah nasib diri, meningkatkan pengetahuan dan membaiki akhlak.

Ilmu akan mengubah manusia menjadi lebih baik dan bertambah baik. Jika seorang yang tidak ada daya usaha belajar dan mengutip sebanyak mungkin ilmu, tidak akan berubah serta terus hidup dalam kejahilan.

Umat Islam dianjurkan menambah ilmu pengetahuan setiap masa dengan cara membaca buku bermanfaat, mengisi waktu mendengar kuliah agama atau apa juga pengetahuan yang boleh meningkatkan kualiti diri.

Menjalani kehidupan dengan mengamalkan ajaran Islam, menambah nilai diri dengan ilmu pengetahuan, menghidupkan sunah Rasulullah SAW dan istiqamah dalam amalan akan menjadikan kita umat Islam yang baik kepada Allah SWT.