October 4th, 2015

Masalah perumahan lebar jurang sosial

SEKITAR 95 peratus daripada kekayaan rakyat Malaysia adalah dalam bentuk hartanah. Malah, pemilikan hartanah beri sumbangan signifikan kepada kekayaan rakyat.

Namun, sekitar 25 peratus rakyat Malaysia tidak punya aset itu. Tetapi, jurang ekonomi melebar antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera, khususnya dengan kaum Cina beri kesan kepada pemilikan hartanah di negara ini.

Meskipun pendapatan isi rumah meningkat bagi semua etnik, jurang pendapatan antara golongan kaya, iaitu 20 peratus teratas, dengan golongan miskin, golongan 40 peratus ke bawah, semakin melebar.

Jurang besar itu, jika tidak ditangani dengan berkesan, boleh menjadi bom jangka sosial yang mungkin meledak suatu hari nanti. Siapakah mendominasi kekayaan dan pemilikan hartanah di negara ini?

Jumlah nilai pelaburan hartanah, terutama bangunan komersial di Kuala Lumpur jelas menggambarkan ketidakseimbangan ketara dalam soal pemilikan kekayaan.

Di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang misalnya, kaum Melayu hanya memiliki sekitar lima peratus, manakala kaum Cina mendominasi lebih daripada 75 peratus.

Hartanah memberi sumbangan besar kepada hutang isi rumah dan komposisi kekayaan berbanding aset lain. Rumah tidak lagi sekadar tempat perlindungan, tetapi sumber kebanggaan, kekayaan, keselamatan dan kestabilan hidup.

Justeru, pemilikan hartanah, terutama rumah kediaman, memainkan peranan penting dalam pemegangan kekayaan. Namun, dengan peningkatan harga rumah yang di luar kawalan dan kemampuan, terutama kaum Bumiputera, dapat dijangkakan bahawa, jurangnya semakin melebar.

Dalam satu pameran hartanah baru-baru ini, mengikut pempamer, kaum Cina begitu aktif membeli hartanah, termasuk rumah kediaman, rumah kedai, pejabat dan apartmen.

Dengan kekayaan dan modal yang dimiliki, mereka mampu memborong hartanah terbabit, kerana sedar bahawa nilainya akan melonjak dalam tempoh tidak sampai satu dasawarsa.

Rumah, bagi mereka, adalah pelaburan terbaik dan terpantas. Itulah sebabnya, mereka bersedia ambil risiko dan buat keputusan nekad, sedangkan kaum Bumiputera bukan saja tidak mampu, malah tidak berani ambil risiko.

Harga rumah terlalu tinggi

Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan harga rumah di Malaysia terlalu tinggi, malah 'amat tidak mampu dimiliki,' dengan harga rumah median 4.4 kali ganda pendapatan tahunan isi rumah sederhana.

Lazimnya, mengikut laporan itu, dalam pasaran mampu milik, harga rumah median ialah tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah sederhana.

Di Kuala Lumpur yang pendapatan isi rumah sederhana paling tinggi, rumah mampu milik sepatutnya sekitar RM280,000.


Dengan pendapatan tidak cukup tinggi, bagaimanakah golongan terbabit dapat membeli rumah?

Dalam keadaan sekarang, sekurang-kurangnya 75 peratus daripada golongan berpendapatan rendah di bandar, tidak mampu membeli rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beberapa hari lalu memaparkan keputusan kaji selidik bagi #Bajet2016 menerusi laman rasmi Facebooknya.

Didapati, Kos Sara Hidup: Perumahan dan Kehidupan di Bandar serta Pendidikan mengambil tempat teratas. Kos Sara Hidup mendahului carta, iaitu mendapat 5,042 markah; Perumahan dan Kehidupan di Bandar menduduki tempat kedua dengan 2,074 markah serta Pendidikan di carta ketiga dengan 1,594 markah.

Ternyata, beberapa tahun terakhir, rumah sentiasa menjadi isu penting yang sentiasa menggelegak. Justeru, kerajaan perlu fikirkan strategi ampuh, dengan bantuan dan kerjasama sektor swasta, terutama pemaju dan pemegang taruh lain dalam bidang terbabit, untuk tangani isu itu.

Jika tidak, rumah mungkin hanya jadi idaman yang sukar direalisasikan terutama golongan berpendapatan rendah. Jika masalah ini gagal ditangani, tentu ia boleh menimbulkan masalah sosiopolitik pada jangka panjang.

Kesan negatif

Peningkatan harga rumah melampau, mengundang kesan negatif meskipun untungkan pelabur. Jangan salahkan pelabur, kerana bersikap pragmatik.

Mereka mahu jana kekayaan dengan hartanah. Memang harga rumah sudah di luar jangkauan golongan berpendapatan sederhana dan pekerja.

Rumah teres dua tingkat berharga RM60,000 pada pertengahan 80-an, kini sekurang-kurangnya berharga RM400,000. Siapakah yang mampu membelinya?

Pendapatan tinggi bukan jaminan.

Dengan kemampuan beli rumah di sekitar bandar, bermakna, golongan terbabit turut dapat nikmati kemudahan terbaik disediakan, sedangkan golongan kurang mampu yang tinggal jauh dari bandar dan kota, berdepan kemudahan yang kurang memuaskan.

Peningkatan pendapatan tidak naik seiring dengan peningkatan harga rumah dalam tempoh 20 tahun lalu. Antara kesan negatif peningkatan harga rumah keterlaluan ialah jurang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan miskin.

Dasar membenarkan warga asing beli rumah, turut menyumbang peningkatan harga rumah.

Berbanding Thailand, Filipina dan Singapura, Malaysia adalah antara segelintir negara yang benarkan warga asing miliki hartanah. Dasar perumahan perlu dirombak dan dikaji semula.

Dasar perumahan yang beri tumpuan kepada permintaan perlu diubah kepada pendekatan selesaikan aspek bekalan tidak berkesan kerana bekalan di pasaran adalah tidak anjal, manakala harga tidak gambarkan permintaan. Jurang besar dari segi kemampuan beli rumah boleh wujudkan polarisasi etnik.

Perumahan menyumbang kepada kesepaduan dan kestabilan sosial jika segregasi tidak berlaku dalam penempatan dan perumahan.

Don’t judge by academic triumphs alone

BILL Gates once said, “I failed in some subjects in an exam but my friend passed in all. Now, he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft.”

Success in life is not determined by passing academic exams alone. Rather, success in life is determined by one’s attitude, principles and values.

Steve Jobs, co-founder of Apple, Albert Einstein, the renowned scientist, Britain’s Sir Richard Branson, a self-made billionaire and Thomas Edison, a famous inventor, are among many people who do not have a university degree.

My point here is, don’t underestimate one’s ability if he or she is not a graduate or does not have any qualifications.

Some people have their own ways to succeed.

I have come across certain people who like to rub shoulders only with highly qualified professionals.

For them, hanging around with professionals is a great achievement and something to be bragged about.

They usually drop names of VIPs or professionals to impress others. So what?

Sometimes, I choose to be quiet and walk away from these self-bragging people who are senseless.

Every human has got his or her true potential and that does not mean that they can achievetheir goals through the academic path alone.

Sadly, some are still in self denial mode.

I agree that having a qualification is an added bonus and it does guarantee a well-paying job but people without it also manage to prove themselves in other ways, which they should be proud of.

During a recession, many graduates are terminated and become jobless.

I think those who manage to keep the jobs are more successful.

Being an educator for more than a decade, I treat all my students equally. Almost every year, I am given the last class where students are academically weak or a class with underperforming students.

Many teachers may frown upon teaching the last class, but I feel there is a hidden joy in teaching the “weaker ones”.

And I accept it with open arms.

There are different ways of handling these students.

Mind you, some of them are really good at sports, and as educators, we must tap their talents and let them shine.

Some parents have this mindset of comparing their children with others.

Coercing their children to compete with others so much so that it has become a rat race. This is because the students chase after grades, rather than developing their full potential. Why should we compare our children with others? They each have their own strengths and limitations.

We should not be judgmental and look down on others just because they don’t excel in their studies.

I have come across some people who without qualifications have attained wealth and success.

So, how do we categorise them?

They toil hard and set up their own business despite the shortcomings.

Perseverance and sheer determination play a key role.

Instead of brooding for being school dropouts, they shine and show their hidden talents.

We need to discard the “only I am right” attitude.

We also need to reflect and see what we have achieved so far, before passing judgment on others. Many a time, I have noticed that people who like to sing their own praises are the ones who haven’t achieved anything in life.

As the saying goes, empty vessels make the most noise.

Let me end with what Bill Gates said: “Be kind to the nerds. Chances are you’ll end up working with one or under one”. Sumati Muniandy Johor The STAR Home News Opinion Letters 04 October 2015