October 8th, 2015

Pemimpin Melayu pun ada maruah

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membuat keputusan tepat apabila tetap dengan pendiriannya untuk tidak meminta maaf kepada orang Cina berhubung isu tampar.

Sebelum ini Tajuddin didakwa membuat kenyataan kononnya mahu menampar orang Cina dari Malaysia yang mencari perlindungan China. Berikutan itu, melompat-lompat puak tertentu khususnya daripada MCA yang menggesa beliau meminta maaf.

Tetapi Tajuddin sudah menjelaskan beliau tidak melakukan kesilapan sehingga perlu berbuat demikian, malah beliau juga mendakwa kenyataannya diputarbelitkan oleh media tertentu bagi mencetuskan polemik dan kontroversi. Dengan penjelasan itu, sepatutnya beliau tidak lagi didesak untuk meminta maaf, sebaliknya pihak yang membuat desakan tersebut perlu meminta maaf kerana tidak memeriksa dahulu kesahihan berita yang diterima.

Ini bukanlah kali pertama, pemimpin UMNO didesak meminta maaf terhadap kaum lain. Sebelum ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga dipaksa berbuat demikian apabila ketika menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan menggesa orang ramai memboikot mana-mana peniaga Cina yang menaikkan harga barang.

Keadaan ini mewujudkan persoalan adakah apabila kita menyebut nama kaum tertentu biarpun ia berdasarkan kepada fakta yang betul akan dianggap rasis atau perkauman?

Sama ada Tajuddin mahupun Ismail Sabri, mereka ha­nya menyatakan perkara yang betul. Tak kanlah bila bercakap benar pun kena meminta maaf, malah tindakan itu sama sekali tidak wajar jika ia hanya bersandarkan kepada laporan media yang diputar belitkan.

Oleh itu berhentilah mendesak pemimpin-pemimpin UMNO meminta maaf seolah-olah kaum-kaum tertentu terlalu sensitif untuk ditegur atau dikritik. Kenapakah hanya pemimpin parti itu sahaja menjadi sasaran? Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin parti lain termasuklah dalam kalangan bukan Melayu membuat kenyataan atau tindakan yang menyinggung orang Melayu?

Penulis tidak perlu menyenaraikan apa kes-kes itu, mereka yang terlibat boleh membuat kajian. Tetapi soalnya adakah pemimpin berkenaan meminta maaaf? Tidak ada pula mana-mana parti begitu lantang tampil mendesak permohonan maaf dilakukan.

Lebih mengecewakan, apabila pemimpin terlibat mendakwa kenyataan beliau diputarbelitkan maka ia di­terima secara terbuka oleh semua pihak tanpa banyak soal, tetapi apabila pemimpin Melayu memberi jawapan sedemikian, ia tetap tidak diterima seolah-olah sama ada betul atau salah pemimpin berkenaan mesti minta maaf.

Keadaan itu menampakkan dalam apa juga situasi hanya pemimpin Melayu dan orang Melayu sahaja yang patut beralah atau mengaku salah biarpun atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Selain itu, orang Melayu sahaja perlu diberi ingatan untuk menjaga sensitiviti kaum lain lebih daripada kaumnya sendiri.

Inilah realiti yang berlaku sekarang. Pemimpin-pe­mimpin Melayu akan `diserang habis-habisan’ kalau mereka tersilap membuat kenyataan atau melahirkan pendapat untuk kepentingan bangsanya. Mereka akan dituduh rasis dan cuba melakukan provokasi bagi memecah belah perpaduan rakyat negara ini.

Tetapi soalnya bagaimana dengan pihak lain? Apakah mereka tidak boleh dipaksa meminta maaf apabila melakukan perbuatan menyinggung perasaan orang Melayu dan umat Islam?

Bagaimana dengan peristiwa memijak gambar pe­mimpin ketika perhimpunan haram Bersih pada 29 Ogos dan 30 Ogos lalu? Kenapa tiada desakan berterusan daripada kelompok tertentu yang mahu DAP dan pemimpin Bersih meminta maaf? Kenapakah tidak ada pemimpin bukan Melayu mendesak supaya DAP Pahang meminta maaf kepada Jabatan Mufti Pahang kerana mengkritik khutbah Aidiladha? Kenapakah tidak ada perjuangan oleh kelompok tertentu untuk menggesa pemimpin pembangkang memohon maaf dalam kes-kes melibatkan tuduhan kepada badan kehakiman?

Hakikatnya banyak lagi kes atau peristiwa yang me­nunjukkan kebiadaban sesetengah pihak terhadap orang Melayu. Namun ia dilupakan begitu sahaja tetapi apabila melibatkan pemimpin Melayu gempak gempita tekanan diberikan supaya pemimpin itu tunduk kepada desakan meminta maaf. Semua ini berlaku kerana sesetengah pihak melihat orang Melayu dan kepemimpinan mereka berada dalam keadaan lemah. Oleh itu, sedikit sahaja kesilapan yang dilakukan maka tekanan akan diberikan seolah-olah pemimpin-pemimpin Melayu ini tidak ada pilihan selain tunduk kepada kehendak orang lain.

Namun begitu kita juga harus mengakui bahawa ‘keberanian’ untuk membuat desakan terhadap pemimpin Melayu berlaku disebabkan oleh sesetengah pemimpin Melayu itu sendiri. Demi menjaga hati orang lain, media yang menye­belahi mereka pun akan dikritik kononnya membuat laporan salah atau memutarbelitkan kenyataan.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada sesetengah pemimpin-pemimpin Melayu yang terlalu takut untuk me­laksanakan atau menyatakan sesuatu pendirian berkaitan kaum lain, mereka bimbang akan kehilangan sokongan politik biarpun pendirian yang hendak dibuat akan meng­untungkan orang Melayu tanpa mengambil hak kaum lain.

Oleh itu, cukup-cukuplah beralah kepada pihak lain. Pemimpin Melayu juga ada maruah. Tidak mengapa kalau betul ada pemimpin-pemimpin Melayu melakukan kesalahan atau tindakan yang menyinggung perasaan kaum lain, mereka layak meminta maaf tetapi apa yang berlaku sekarang banyak tidak betul.

Apatah lagi kalau ia dilaporkan oleh portal pro pembangkang Malaysiakini dan Malaysia Insider, tetapi hendak buat macam mana sebab dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri ada yang lebih percaya kepada laporan kedua-dua portal berita itu dan menjadikan mereka sebagai `tempat untuk melepas’ geram. Justeru apabila satu hari kenyataan mereka diputar belitkan maka tanggunglah akibatnya.

Namun apa pun sikap mendesak hanya pemimpin-pemimpin Melayu sahaja meminta maaf harus dihentikan kerana semua orang tahu ada sesetengah pemimpin pembangkang bukan Melayu jauh lebih biadab, tetapi mereka sering terlepas dan tidak diberi tekanan waima oleh musuh politik mereka sendiri, kenapa? Fikirlah sendiri.

- Zulkiflee Bakar Utusan Malaysia Rencana 08 Oktober 2015 6:25 PM

'Saya orang Melayu, Cina dan India'

MENDIANG Tan Sri Yuen Yuet Leng disifatkan sebagai seorang pegawai polis yang sangat komited dan dedikasi terhadap tugasnya, Banyak kenangan dalam perjuangannya membanteras kegiatan komunis bersemadi bersama jasad dikebumikan pada 1 Oktober lalu.

Mendiang yang pernah bertugas sebagai guru ada menyatakan bahawa ada cerita mengenai tanggungjawabnya menentang komunis yang beliau tidak mampu menulisnya.

Wartawan BH, Ziauddin Sharuddin dan Mohd Azis Ngah mengungkap perjalanan mendiang sepanjang 34 tahun berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia yang bukan sekadar berada di barisan hadapan pertahanan negara, tetapi juga mengetepikan soal bangsa dan agama demi kesejahteraan bersama.

PEGAWAI polis membawa Jalur Gemilang dan gambar ketika majlis pengebumian Yuet Leng, di Taman Memorial, Nilai.
- Foto Mohamad Shahril Badri Saali


Selama 65 tahun sejak mula berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1950, mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng tidak pernah berhenti berjuang menegakkan keamanan dan keselamatan negara sehinggalah ke nafas terakhirnya, minggu lalu.

Biarpun secara rasmi menamatkan tugas pada 1984, tetapi ikon PDRM dan bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak ini yang cukup terkenal dengan kehebatannya membantu pasukan membanteras anasir komunis tidak pernah berhenti berjuang walaupun diri sudah dimamah usia.

Dahulu, beliau berada di medan tempur menentang komunis dan banyak melakukan kerja risikan, tetapi selepas bersara, beliau lebih fokus kepada usaha menyebarkan maklumat melalui ceramah dengan berkongsi pengalaman mengenai betapa bernilai dan pentingnya nikmat keamanan.


PEGAWAI polis mengusung keranda mendiang Yuet Leng dengan penuh istiadat untuk disemadikan di Taman Memorial, Nilai. - Foto Halim Salleh

Jasa dikenang sampai bila-bila

Tidak hairanlah, Yuet Leng yang pernah menjawat jawatan Ketua Polis Perak itu cukup terkenal dengan ungkapan azimatnya; 'Saya seorang Melayu, India dan Cina. Jika ada yang memburukkan orang Melayu, ia ibarat mencederakan sebahagian daripada tubuh saya.

'Dalam polis tidak ada istilah bangsa dan kaum. Kami berjuang sebagai satu pasukan demi mempertahankan tanah air daripada ancaman komunis.'

Jika dinilai kata-kata perpaduan dan bersemangat Yuet Leng ini, memang patut beliau layak dijadikan ikon dan jasanya dikenang sampai bila-bila. Menyingkap sejarah dan sumbangan mendiang, beliau adalah bekas pegawai Cawangan Khas (SB) yang paling kerap 'diburu' komunis ketika dan selepas zaman darurat.

Yuet Leng sendiri pernah menulis di dalam Berita Minggu pada tahun 2011 dengan berkongsi pengalamannya bertentang mata dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pada tahun 1989. Ketika itu, beliau sudah bersara, tetapi turut dijemput ke majlis perjanjian damai antara Malaysia dan PKM di Thailand.

Seorang wartawan bertanya; "Datuk Seri, awak tidak marah dengan orang inikah?" "Saya tanya kepada Chin Peng siapa yang mahu jawab.... dia kata dua-dua oranglah jawab. Saya kemudian berkata, beginilah, saya begitu berusaha untuk membunuh dia (Chin Peng) dan dia pula begitu berusaha untuk membunuh saya, tetapi masa itu sudah berlalu."

Namun, beliau sempat memberitahu Chin Peng, jika mahu kembali ke Malaysia, dia perlu tinggalkan semua perjuangan komunis sama ada menerusi Perlembagaan (politik) atau cara bersenjata.

Katanya Chin Peng mula berjuang menerusi politik dan apabila gagal, melakukannya secara bersenjata, dan apabila gagal lagi, dia mahu kembali secara politik pula, sudah tentu rakyat tidak boleh terima. Sebab itulah mendiang cukup berani mengatakan dia memiliki darah Melayu, Cina dan India kerana baginya, keamanan negara adalah milik mutlak rakyat Malaysia dan perjuangan serta ideologi komunis tidak layak diterima di negara ini.

Yuet Leng akan sentiasa dianggap sebagai yang sangat cintakan negara kerana sentiasa menjalankan tugas tanpa mengira kaum kerana keutamaannya adalah berkhidmat kepada rakyat dan negara. Hakikat itu diakui bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang menyifatkan mendiang mempunyai keistimewaan tersendiri bahkan sentiasa mempunyai inisiatif tambahan dalam menjalankan tugasnya.

ANTARA pegawai polis yang hadir memberikan penghormatan kepada mendiang Yuet Leng, di Taman Memorial, Nilai. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Cemerlang cungkil maklumat mengenai komunis

Rahim yang pernah menjawat jawatan sebagai pengarah SB selepas era mendiang berkata, dalam kalangan pegawai cawangan itu, mereka akur dan sedia maklum kecemerlangan Yuet Leng terutama dalam mencungkil maklumat berkaitan pergerakan komunis.

"Beliau mempunyai hubungan erat dengan masyarakat Cina, memiliki sifat jati diri serta merendah diri. Beliau bijak bergaul dengan masyarakat, pandai mengambil hati dan cepat mendapat kawan. Kadangkala beliau menggunakan orang tengah untuk mendapatkan maklumat.

Semuanya dilakukan demi tugas. Bayangkan, ketika mula memasuki perkhidmatan PDRM pada 1950, negara diancam teruk oleh komunis. "Zaman itu memang 'panas'. Bayangkan, hingga wujud pepatah mengatakan, di sebalik setiap batang pokok getah, di situ ada komunis. Jadi, sumbangan pegawai seperti mendiang ini sangat besar kepada PDRM membanteras komunis," katanya.

Bahkan, pernah ada laporan mengatakan mendiang pernah menangkap dan membawa komunis pulang ke rumah, dilayan baik dan diberi makanan.

Beliau guna sepenuhnya peluang itu untuk menyedarkan anggota komunis itu bahawa perjuangan mereka adalah salah dan terpesong.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan pula menyifatkan seniornya itu sebagai seorang yang sangat kuat bekerja. "Ini satu kehilangan insan yang bersemangat patriotik dan taat setia kepada perjuangan menentang komunis.

Beliau adalah tokoh yang dianggap sebagai pakar dalam menangani ancaman komunis. Sangat pintar dalam mendapatkan maklumat dan rajin," katanya mengulas pemergian Yuet Leng.

Jadi, tidak hairanlah mendiang yang juga penerima Anugerah Tokoh Malaysia pada tahun 2010, diberi penghormatan rasmi mengikut istiadat kepolisan pada majlis persemadian di Pusat Xiao En di ibu negara, minggu lalu.


YUET Leng bersama isteri, Puan Sri Choy May. - Foto Asyraf Hamzah

Bergaul dengan orang Melayu

Berdasarkan penulisannya pada tahun 2011, mendiang mengakui sepanjang pembabitan dengan polis, beliau banyak bergaul dengan orang Melayu.

Kenangan terbaik sepanjang perkhidmatan ialah ketika bertugas di Perak dan Sarawak kerana perlu melakukan operasi paling mencabar menentang komunis.

Sebelum bertugas sebagai Ketua Polis Perak pada 1976, beliau adalah Timbalan Ketua Cawangan Khas Persekutuan, tetapi tidak ramai yang mengenalinya, bahkan Tun Haniff Omar (Ketua Polis Negara ketika itu) juga tidak begitu mengenali kerana posisi tugasnya yang istimewa itu menyebabkan Yuet Leng tidak bertugas di Bukit Aman, tetapi di satu lokasi istimewa.

Apabila Ketua Polis Perak (mendiang) Tan Sri Khoo Chong Kong dibunuh (pada 1975), kerajaan mahu seorang berbangsa Cina ambil alih tugas itu, jadi beliau adalah pilihan utama untuk mengambil alih jawatan itu.

Berdasarkan pengalamannya, fahaman komunis agak 'rapat' dengan corak pemikiran sosialis, sebab itu setiap parti berasaskan sosialis, SB akan siasat sama ada ejen rahsia komunis ada dalam parti itu.

Bak kata Rahim, walaupun pegawai dan anggota PDRM ketika ini tidak berdepan ancaman komunis atau hidup pada zaman darurat, mereka perlu menjadikan komitmen, sikap dedikasi dan semangat cintakan negara yang dipamerkan Yuet Leng sebagai pegangan.

Wira negara mahir taktik perang psikologi

"Anggota polis perlu bersimpati terhadap orang awam yang ditahan dan tidak sepatutnya ada dalam fikiran bahawa 'saya akan menahan kamu, baru kamu tahu'.

Tugas polis adalah menguatkuasakan undang-undang dan perlu menahan seseorang yang boleh dibuat, sama ada dengan cara baik atau kasar, tetapi mengapa perlu kasar," kata mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng dalam pertemuan di rumahnya di Ampang Jaya, Selangor, lapan tahun lalu.

Beliau sering mengingatkan anggota bawahan supaya tidak menunjukkan kuasa semata-mata bertugas sebagai polis. Selagi orang itu tidak melawan, jangan bertindak kasar dan memaki terutama apabila orang itu seorang bapa berada di hadapan anaknya.

Katanya, menjaga perasaan anak adalah penting kerana bapa adalah orang yang paling berkuasa di rumah dan tindakan memaki dan menghinanya akan menyebabkan anak berasa malu.

Ketika bertugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak, Yuet Leng menggunakan pendekatan yang sama apabila hasil siasatan polis mendapati pembabitan orang kenamaan di Sibu seperti doktor, peguam dan saudagar balak, membantu komunis dari segi kewangan.

Bagaimanapun, katanya tiada siapa berani menyentuh golongan berkenaan yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat. Yuet Leng berkata, 30 daripada 50 orang yang hendak ditahan sangat kaya dan ada pegawai polis serta tentera mahu mereka ditahan dengan digari, ditutup mata dan dibawa menaiki dengan menaiki Land Rover, tetapi ditolaknya kerana tidak mahu memalukan mereka.

Katanya, orang kenamaan terbabit bukan komunis atau prokomunis, tetapi bimbang dengan ancaman komunis jika tidak memberi sumbangan, ditangkap dan dibawa ke penjara dengan menaiki kereta mewah masing-masing.


YUET Leng memenuhi masa terluang dengan membaca. - Foto Syaharim Abidin

Tak suka herdik pegawai muda

Sebagai pegawai atasan, beliau juga tidak suka mengherdik pegawai muda seperti 'awak memang tidak guna' jika mahu mereka menjadi bagus.

"Saya tidak buat begitu ketika menjadi Ketua Polis Perak. Saya beritahu, tolong belajar daripada saya, tetapi jangan cuba bertindak seperti saya sebelum tiba masa kamu," katanya.

Sebagai bukan Islam, Yuet Leng juga mencatat sejarah apabila pernah merasmikan tilawah al-Quran di Masjid Negeri di Ipoh.

Katanya, ketika menjawab soalan terakhir dalam temu bual itu: "Islam bagi saya adalah agama yang tidak boleh dibandingkan dengan agama lain. Islam tidak bersifat perkauman. Saya sangat gembira merasmikan majlis itu."

Bekas Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan BH, Ahmad Tajuddin Baharuddin, turut mengingati peranan Yuet Leng ketika tilawah itu selain menyifatkan mendiang sebagai antara wira negara dalam erti kata sebenar.

Mesra media

Yuen adalah antara pegawai polis yang saya kagumi. Beliau memahami bagaimana melaksanakan tugas dan melakukannya dengan baik. Beliau juga mesra media dan tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan kerjasama wartawan.

"Saya berpendapat, beliau amat mahir dalam taktik perang psikologi. Oleh kerana tugasnya, beliau memang menjadi sasaran komunis.

Beliau dikawal rapi ketika pergi balik dari rumah ke pejabatnya menggunakan kereta Volvo bercermin gelap kalis peluru.

"Beliau melakukan banyak pengorbanan dan disebabkan usahanya dari segi perisikan, mungkin menyelamatkan ramai anggota keselamatan yang perlu masuk ke hutan untuk memerangi gerila komunis, selain penyiasat SB yang menjejaki musuh di bandar," katanya.

INFO

Mendiang Yuen Yuet Leng

Lahir:
15 September 1927

Asal: Larut Matang, Perak

Pendidikan: Senior Cambridge, Cambridge University, United Kingdom

Pengalaman kerja: Ketua Polis Perak (1976-1981) dan Pesuruhjaya Polis Sarawak (1981-1984)

Penerima Anugerah Tokoh Malaysia pada tahun 2010

Isteri: Puan Sri Chan Choy May, 68,

Anak: Susan Yuen Sumin, 56, dan Marina Chan Chean Gaik, 54,


PENGARAH Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah (kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada balu Yuet Leng, Puan Sri Chan Choy May, pada majlis penghormatan terakhir di Taman Memorial, Nilai. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Alasan diguna pertahan sekolah Cina tak masuk akal

REAKSI kaum Cina terhadap desakan terbaharu penutupan sekolah vernakular Cina, ekoran cadangan untuk mewujudkan sekolah satu aliran saja, banyak memperlihat sikap sejati mereka, yang boleh dianggap sebagai tidak nasionalistik, selain mementingkan diri sendiri.

Ini jelas apabila hujah dan natijah yang diketengahkan kononnya memperlihat mereka pragmatik, tetapi ia sebenarnya menunjukkan kerakusan kaum Cina.

Untuk ini, sewaktu penjajahan mereka berusaha menghantar anak ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh kelebihan daripada pemerintahan British, selain mengharapkan pulangan daripada hakikat England selaku kuasa ekonomi dunia.

Kini mereka berkata mereka mahu menyekolahkan anak di sekolah vernakular Cina untuk menguasai bahasa Mandarin kerana China dilihat sebagai bakal kuasa ekonomi terbesar dunia.

Perkara sebaliknya berlaku ketika China berada dalam segala bentuk kesusahan dahulu, ia dianggap liabiliti dan mereka tidak mahu mengaitkan diri dengannya, khususnya secara kewangan, melainkan secara budaya yang sifat nostalgia saja, iaitu mereka pernah berasal dari sana.

Perkara yang sama, iaitu dalil ekonomi ikut digunakan terhadap bahasa Melayu walaupun bahasa negara ini. Mereka tidak mahu menguasainya pada tahap tinggi, melalui ikhtiar berlebihan, kerana tiada nilai ekonomi berbanding bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris.

Tidak dapat dinafikan nilai ekonomi bahasa Melayu tidak setinggi yang dikecapi dua bahasa itu, tetapi untuk nasionalisme Malaysia, nilainya bukan sahaja tinggi, tetapi tidak terhingga, khususnya dalam bidang budaya. Ia identiti budaya kita semua!

Identiti budaya rakyat

Sehubungan ini, bahasa Melayu tunjang penting kepada identiti budaya rakyat dan negara ini. Ia bukan saja menghubungkan setiap rakyat dengan negara ini, ia ikut melindungi sejarah rakyat dan negara ini pada setiap masa.

Oleh itu, amat perlu untuk semua rakyat menguasainya dengan baik, bukan sahaja untuk nasionaliti Malaysia, tetapi juga sebagai kelompok yang memiliki budaya nasional.

Apabila mempertahan kewujudan sekolah vernakular Cina, sepatutnya hujah warisan budaya diketengahkan. Ia lebih difahami, malah boleh disokong natijahnya bukan saja atas dasar pembentukan negara, iaitu kemajmukan etnik dan kepelbagaian budaya.

Tetapi juga atas teras kesejagatan yang menggalakkan pemeliharaan warisan budaya setiap kelompok melalui saluran pendidikan, seperti disokong Perisytiharan UNESCO 2001.

Tetapi apabila dalil ekonomi diangkat sebagai hujah utama untuk mempertahan sekolah vernakular Cina, ia mengundang tanggapan bahawa kaum Cina Malaysia kelompok rakus yang mementingkan ganjaran kebendaan semata-mata.

Sepatutnya, dalil ekonomi tidak menjadi faktor utama, tetapi hanya secara kebetulan. Sekolah vernakular Cina telah lama wujud atas faktor warisan. Namun itulah hakikatnya.

Kaum Cina rata-ratanya hanya berminat dalam bidang ekonomi dan segala-galanya dilihat dari segi keuntungan kebendaan terlebih dulu. Untuk kali ini, warisan budaya Cina untuk kelangsungan etnisiti mereka dan jauh lebih penting daripada itu, iaitu nasionalisme Malaysia untuk mendukung patriotisme negara, dikesampingkan.

Dukung aspirasi negara

Sudah tiba masanya kaum Cina turut memikirkan nasionalisme Malaysia, lebih-lebih lagi dalam bentuk identiti budaya negara, dan bukan hanya menumpukan perhatian penuh kepada bidang ekonomi semata-mata.

Pembabitan aktif mereka dalam ikut mendukung identiti budaya negara bukan saja memperlihat kita semua adalah komuniti nasional, iaitu sama-sama mendukung aspirasi negara dengan memberi komitmen penuh kepada budaya negara.

Antaranya menerima bahasa Melayu untuk dikuasai pada tahap yang baik. Ia juga memperlihat kaum Cina tidak menghadapi politik identiti, yakni bersedia bersama-sama kelompok lain untuk mendukung identiti budaya negara.

Dengan ini, mereka bukan saja menerima, malah ikut dalam kehidupan harian merealisasikan budaya negara, dengan memberi nilai tinggi kepada bahasa Melayu.

Identiti budaya ini penting kerana ia memperlihat kita semua bersatu padu sebagai rakyat dalam negara berdaulat. Sesungguhnya setiap negara berdaulat berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan identiti budaya negara.

Malaysia tidak terkecuali dan untuk ini, kerjasama padu semua kaum bukan saja penting, tetapi wajib. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap rakyat negara ini untuk berasa bangga dan sayang, serta memperlihat kesetiaan kepada bahasa Melayu selaku bahasa negara ini, di samping menguasainya dengan baik. Selain untuk tujuan identiti budaya negara, bahasa Melayu adalah pemersatu kita semua! Teo Kok Seong Berita Harian Kolumnis 08 Oktober 2015

Laungan 'Soaring Upwards' suntik semangat KPT

'SOARING Upwards' (peningkatan berterusan) adalah laungan semangat ('Battle Cry') perjuangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diterajui oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi untuk semua warga KPT.

'Soaring Upwards' menjadi inspirasi dan motivasi warga KPT untuk bergerak seia sekata, serentak seirama bagi meningkatkan kualiti pencapaian serta terus mara ke hadapan.

Melalui Jelajah 'KPT: Soaring Upwards' yang sedang berlangsung, KPT akan ke beberapa negeri untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) dan pada masa sama berkongsi dan menguar-uarkan kejayaan serta pencapaian sistem Pendidikan Tinggi Malaysia.

Jelajah KPT yang bermula di Hotel Zenith Kuatan, Pahang, pada 8 Ogos 2015 dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, menerima maklum balas menunjukkan lebih 90 peratus hadirin menyokong usaha kerajaan meningkatkan sistem pendidikan tinggi selain ramai tidak mengetahui kejayaan sistem pendidikan tinggi kini mula menyedari pencapaian hebat yang boleh dibanggakan.

Laungan 'Soaring Upwards' bergema kuat dan menggegarkan lokasi diiringi alunan irama muzik warga Kolej Komuniti Rompin dan Kuantan.

Artikel penyelidikan bertambah

Dalam bidang penyelidikan, bilangan artikel penyelidikan diterbitkan lima Universiti Penyelidikan (MRU) negara meningkat lebih tiga kali ganda antara tahun 2007 dan 2012, peningkatan tertinggi di dunia.

Bilangan artikel yang diterbitkan meningkat empat kali ganda dari tahun 2005 hingga 2012. MRU turut menyumbang 70 peratus penerbitan ini dari tahun 2007 hingga 2011.

Bilangan paten difailkan universiti di Malaysia turut mencatat peningkatan 11 peratus setiap tahun, lantas meletakkan Malaysia di tangga ke-28 dunia untuk paten baharu dalam tempoh berkenaan.

Pada pertengahan September, Universiti Malaya (UM) berada di ranking ke-150 teratas dunia dengan menduduki tempat ke-146 dalam Ranking Dunia QS.

Peningkatan ini berterusan dari kedudukan ke-151 pada tahun 2014 dan 167 pada tahun 2013. Adalah harapan dan sasaran bahawa UM dapat memasuki senarai 100 dunia menjelang tahun 2020.

Lima universiti Malaysia kini menduduki tempat 100 universiti terbaik di Asia (dengan UM di tangga ke-29, dan Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga ke-59).

Tahun ini juga, dari segi ranking mengikut subjek, USM berada di tangga ke-31 dunia dalam bidang Sains Alam Sekitar, manakala UM di tangga ke-32 dalam Pengajian Pembangunan.

Universiti Awam lain turut mempunyai sekurang-kurangnya satu subjek atau fakulti dalam kelompok 100 terbaik dunia. Universiti Teknologi Malaysia, contohnya, berada dalam kelompok 100 teratas dunia bagi fakulti kejuruteraan dan teknologi.

Pencapaian penuh bermakna ini dicanang dan bergema sekuat laungan 'Soaring Upwards' ditambah lagi dengan pernyataan oleh 'Executive Director Of The Centre For World-Class Universities', Dr Ying Cheng, bahawa universiti Malaysia mempunyai penyelidik berpengaruh, menerbitkan beribu-ribu penerbitan yang diindekskan oleh 'Thompson Reuters Web Of Science.'

14 penyelidik Malaysia diiktiraf

Laungan 'Soaring Upwards' terus megah dan dihormati apabila Thompson Reuters mengiktiraf 14 penyelidik Malaysia di kedudukan satu peratus mercu tertinggi bagi penerbitan artikel berpengaruh di dunia iaitu artikel paling kerap digunakan sebagai rujukan oleh penyelidik di seluruh dunia.

Kualiti Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional (TVET) juga diberi tumpuan KPT. Menteri Pendidikan Tinggi menegaskan, TVET adalah 'masa depan pendidikan' kerana Politeknik dan Kolej Komuniti menjadi penyedia kepada pendidikan tinggi TVET yang bakal menghasilkan bakat kemahiran bagi memenuhi permintaan pasaran kerja di pelbagai industri.

Malah, Politeknik Malaysia adalah satu-satunya negara Asia Pasifik memiliki pertauliahan bertaraf Emas untuk tujuh Politeknik daripada 'Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC).' Kejayaan sebagai Juara Dunia turut dirangkul oleh Jabatan Pendidikan Politeknik di 20th FIRA Roboworld Cup Korea 2015 di Korea pada 4 hingga 9 Ogos lalu.

Manakala dalam Anugerah Perniagaan Cemerlang Asean 2014, Kolej Komuniti dianugerahkan Anugerah Asean Jenama Paling Terkemuka dalam Pemimpin Pendidikan dan Latihan Komuniti (Asean Outstanding Business Award 2014 in the Asean Most Recognized Brand Award in Leaders in Community Education and Training) daripada 'Retail & Francais Asian'.

Kini Politeknik dan Kolej Komuniti dipandang tinggi dan dihormati sebagai institusi yang menyediakan TVET sebagai laluan berdaya maju untuk memenuhi keperluan pasaran kerja seiring dengan Program Transformasi Ekonomi negara.

Sesungguhnya, Jelajah KPT akan diteruskan dari satu destinasi ke destinasi baharu dengan laungan 'Soaring Upwards' dan gerakan isyarat tangan yang menghala ke atas memberi impak besar kepada setiap orang.

Sememangnya laungan 'Souring Upwards' ini mampu menggamit hati dan minda untuk lebih fokus secara mendalam bagi merealisasikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi menjelang tahun 2020.

Mary Yap Kain Ching Berita Harian Kolumnis 08 Oktober 2015

An Attempt on the "Manuskrip MRSM PC 1973 (Memori)"

One day somewhere around December 2, 2014,  I received a call from one 'profie' a junior of mine to meet him at KL International Hotel. I posted a brief session with him "A short nite-out with Assoc Prof Haji Zaidi Md Zain " in Facebook. He was on a trip for his 'cranky sickness' together with his family. He was also my junior in Putra English School and MRSM PC  in the 70's. The moment we met he was talking about the memories way back in Pengkalan Chepa, and how he always remember the day MRSM PC beat SMS Kelantan (for the first time ever) while the rest was history.  He was also keen on my writings and would like to see 'a memoir' of the 7-men army or the '7 Samurai of MRSM PC 73'.

I am really not sure if I could remember the 70's to the near 80's where 1977 was the last time I was in the 'memorable college'. Before we left, I am still thinking of what to start with, I dont even remember the day MRSM PC was established, but I do have the feel that I do need to 'walk the mile'. When I reached home, of course my old ever faithful , my PC was the first that I looked for. I went through the pictures I kept and started to hunt for some notes (in case there are any).

The first few lines, doesn't fits well, ... off to sleep of course. The days goes by, I finally remember 'old buddies' of mine, the likes of Tuan Mohd Sahrom Gorg, Tuan Haji Subri B and few others. I talked to them and chatted for chances of ideas that may be up. I did get some hangout with Tuan Mahadzir Othman (one of my junior of 74, a veteran of script writing) who put up some ideas for me.

But still , how much can you get if it comes only from 3-4 friends, I started calling up friends of MRSM PC 73 but to no avail, It was a let down. Most will come up with 3-4 lines and expected me to finish-off with the paragraphs. It doesn't go on well too, as I was on another writing titled E-Dagang (E-Commerce) for Polytechnic students.

That's for my daughter who's teaching in one of the Poly and I wanted her to do some 'fixed-up' for her career. The E-Dagang manuscript finally made it to the Dewan Bahasa and Pustaka on her 29th birthday. But again the Dewan Bahasa and Pustaka officers, somehow rather make the manuscript dissapear and again I have to re-do the assignment.

The mind keeps ticking, I need to finished up the 'assignments', I need to do something,for no one put up writings on MRSM PC (though many are found in 'blogs'), I did found writings on MCKK (especially by Rafizi Ramli) and I must proceed, I must prove that something need to be jotted down, no matter whether the lines are good or bad, someone , somewhere, somewhat need to be done.

I went to libraries around to modelled-out writings on alumni, a bit of walking-down-the lane type of writings; days passed, still waiting from the alumunus but the saying says 'you'll have to start first'.

We met again one nite, and I put-up some messages thru but no one give a damn. Sad, broken-hearted, no way, I told myself just do it. I overheard a 55th year re-union will be held somewhere in August 2015; but finally forwarded to the 16th October, 2015 in Shah Alam.

It was the mid-semester holiday when I was on a one-week break that I finally tried out to a new 'publisher'. I met a pretty young lady and showed her 'the draft', at that time I was about 8 to 9 chapters of writing. She mentioned that it was okay and it was quite a lot for a memoir. I promised her I will finished up the chapters and by October 1st, 2015, I did submitted 'the draft' through e-mailing.

The writings were based on what I remember and know. My prayers, in syaa Allah. I am not sure how will it be, I had done what I think I had to do, be it a memoir, or maybe a short-written history, a penning of past tales, just praying.

Eventually, at about 3.30pm today, I did called up the 'lady of ITBM", asking whether she received my posting and status; all she said was 'it's now under evaluation and will take a-month' before some green or red sign will be given. I thanked her for the remarks and I did the same on E-Dagang and was told it's 70% under an officer.

As soon I reached home my daughter told me a Pos-Laju letter's on the table, and this is what I see ....

Should it be a writing, a tale or whatever I do pray it can be in the market, in syaa Allah, if not the legacy of the MRSM PC's elders will not be in the history ... Follow me on Academia.edu