December 7th, 2015

A Letter to His Son

Surat yang indah ditulis oleh seorang ayah kepada anaknya
Beautiful letter written by a father to his son ::
Mesti dikongsikan dengan anak-anak anda ...
Must send to your children...
Berikut adalah sepucuk surat dari penyiar terkenal  dan psikologi kanak-kanak TV Hong Kong  kepada anaknya …
Following is a letter to his son from a renowned Hong Kong TV broadcaster and Child Psychologist.
Kata-kata yang sebenarnya terpakai kepada kita semua, muda atau tua, anak-anak atau ibu bapa.!
The words are actually applicable to all of us, young or old, children or parents.!
Ini boleh dikongsikan dengan anak-anak perempuan juga. Semua ibu bapa boleh menggunakan ini dalam ajaran mereka kepada anak-anak mereka.
This applies to daughters too. All parents can use this in their teachings to their children

Anak ku,
Dear Son
Saya menulis surat ini kepada anda kerana 3 sebab
I am writing this to you because of 3 reasons
1.  Kita tidak tahu dan tidak boleh menentukan kehidupan kita , nasib kita  dan kejadian yang tidak diingini boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Tiada siapa yang tahu berapa lama kita boleh hidup. Kekadang adalah lebih baik menyatakan sesuatu perkara terlebih dahulu dari menunggu saatnya.
Life, fortune and mishaps are unpredictable, nobody knows how long he lives. Some words are better said early.
2.  Saya bapa kamu, dan jika saya tidak memberitahu anda, tidak ada orang lain akan.
I am your father, and if I don't tell you these, no one else will.
3.  Apa yang ditulis adalah pengalaman peribadi pahit yang mungkin mampu mengurangkan  ketidakpuasan hati kelak. Ingatlah perkara-perkara berikut dalam menjalani  kehidupan anda.
What is written is my own personal bitter experiences that perhaps could save you a lot of unnecessary heartaches. Remember the following as you go through life

1.   Jangan berdendam terhadap mereka yang tidak baik kepada anda. Tiada siapa yang bertanggungjawab untuk berbuat baik dengan anda  kecuali ibu dan bapa  anda.
Do not bear grudge towards those who are not good to you. No one has the responsibility of treating you well, except your mother and I.
Bagi yang baik dengan anda, bersyukur dan hargailah kebaikan mereka, namun anda perlu tetap berhati-hati, kerana, setiap orang mempunyai motif untuk setiap langkah. Apabila seseorang itu baik dengan  anda, ia tidak bermakna dia benar-benar suka anda. Anda perlu berhati-hati, jangan tergesa-gesa menganggap beliau sebagai seorang sahabat sejati.
To those who are good to you, you have to treasure it and be thankful, and ALSO you have to be cautious, because, everyone has a motive for every move. When a person is good to you, it does not mean he really likes you. You have to be careful, don't hastily regard him as a real friend.
2. Tiada siapa yang tidak boleh diketepikan, anda tidak perlu memiliki segala-galanyai.
No one is indispensable, nothing is in the world that you must possess.
Sebaik sahaja anda memahami idea ini, ia akan menjadi lebih mudah bagi anda untuk melalui kehidupan apabila orang di sekeliling anda tidak memerlukan anda lagi, atau apabila anda kehilangan apa / siapa yang anda paling suka.
Once you understand this idea, it would be easier for you to go through life when people around you don't want you anymore, or when you lose what/who you love the most.
3. Hidup ini singkat.
Life is short.
Apabila anda membazirkan hidup anda hari ini, esok anda akan mendapati bahawa kehidupanlah yang  meninggalkan anda. Lebih awal anda menghargai hidup anda, lebih baik anda menikmati kehidupan.
When you waste your life today, tomorrow you would find that life is leaving you. The earlier you treasure your life, the better you enjoy life.
4. Cinta adalah hanya perasaan fana, dan perasaan ini akan pudar mengikut masa dan dengan perasaan seseorang. Jika anda ditinggalkan oleh orang  tersayang  bersabarlah, masa akan mengubati kesakitan dan kesedihan anda. Jangan terlalu membesar-besarkan keindahan dan kemanisan cinta, dan jangan menokok tambah kesedihan kegagalan dalam bercinta.
Love is but a transient feeling, and this feeling would fade with time and with one's mood. If your so called loved one leaves you, be patient, time will wash away your aches and sadness. Don't over exaggerate the beauty and sweetness of love, and don't over exaggerate the sadness of falling out of love.
5. Kebanyakan  orang yang berjaya tidak menerima pendidikan yang baik, itu tidak bermakna bahawa anda boleh berjaya dengan tidak belajar dan berusaha keras! Apa sahaja ilmu dan pengetahuan yang anda dapat dan perolehi adalah bekal  anda dalam mengharungi kehidupan.
A lot of successful people did not receive a good education, that does not mean that you can be successful by not studying hard! Whatever knowledge you gain is your weapon in life.
Seseorang itu boleh menjadi kaya dari miskin, tetapi seseorang itu perlu bermula dari langkah pertama!
One can go from rags to riches, but one has to start from some rags!
6. Saya tidak mengharapkan anda memberi bantuan kewangan dan memberi balasan kepada saya apabila saya sudah tua, dan saya juga tidak akan menanggung kehidupan anda sepanjang hayat. Tanggungjawab saya sebagai seorang bapa  berakhir apabila anda sudah membesar. Selepas itu, anda membuat keputusan sama ada anda ingin menaiki  pengangkutan awam atau dalam limosin anda, sama ada kaya atau miskin.
6.I do not expect you to financially support me when I am old, neither would I financially support your whole life. My responsibility as a supporter ends when you are grown up. After that, you decide whether you want to travel in a public transport or in your limousine, whether rich or poor.
7. Anda mesti menghormati dan mengotakan kata-kata anda, tetapi jangan mengharapkan orang lain berbuat demikian. Anda boleh menjadi baik untuk orang lain, tetapi jangan mengharapkan orang lain untuk berbuat baik kepadamu. Jika anda tidak memahami ini, anda akan berakhir dengan masalah yang tidak disangka.
You honour your words, but don't expect others to be so. You can be good to people, but don't expect people to be good to you. If you don't understand this, you would end up with unnecessary troubles.

8. Saya telah membeli loteri berpuluh-puluh tahun, tetapi saya tidak pernah memenangi mana-mana hadiah. Itu menunjukkan jika anda mahu menjadi kaya, anda perlu bekerja dan berusaha keras! Tiada istilah rezeki dating bergolek atau jatuh ke riba!
8. I have bought lotteries for umpteen years, but I could never strike any prize. That shows if you want to be rich, you have to work hard! There is no free lunch!
9. Tidak kira berapa banyak masa yang saya ada dengan anda, mari kita menghargai masa yang kita ada bersama-sama. Kita tidak tahu jika kita akan bertemu lagi dalam kehidupan kita yang akan datang.
9. No matter how much time I have with you, let's treasure the time we have together. We do not know if we would meet again in our next life.
Ayah Anda
Your Dad
Baca dua kali. Minta anak-anak anda  membacanya tiga kali ...
Read it twice. Ask your son daughter to read it thrice...