January 1st, 2016

Pengkaji mahu sejarah Tok Janggut diselak semula

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Kecelaruan fakta berhubung nasib yang menimpa Tok Janggut bukan satu perkara yang baru, kata Pakar sejarah Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali.

Beliau mengambil contoh pejuang Melayu lain seperti Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor di Perak yang mengikut rekod mereka mati digantung namun maklumat daripada keluarga mereka menceritakan yang sebaliknya.

“Orang yang membuat dakwaan itu biasanya mengaku daripada keturunan tokoh itu tetapi tiada catatan sistematik. Itu yang menyukarkan pengkaji sejarah.

“Sumber lisan turun temurun boleh diterima, tak salah tetapi kita mesti teliti orang yang menyampaikan keterangan itu dan bandingkan dengan sumber-sumber lain,” katanya.


Kubur sebenar milik Tok Janggut yang bertandakan botol kaca zaman British ditemui di perkuburan lama Kampung Hutan Puteh, Machang, Kelantan. Pengesahan itu dibuat oleh cucu sepupu tokoh pejuang itu, Wan Asrul Wan Hussin. — Foto Bernama

Beliau memberi contoh, menurut rekod Tok Janggut mati di Kampung Pupoh, Jeram, Pasir Puteh dan mayatnya diusung di Kota Bharu sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat. Itulah kebenarannya hingga kini.

“Tetapi kesahihan rekod itu akan diuji jika ada kajian baru dibuat. Jadi, kajian yang dibuat oleh Abdullah Al-Qari berkenaan kubur Tok Janggut di Machang boleh dipertimbangkan dan boleh mempengaruhi sumber asal itu,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah Zakaria berkata antara penulisan terawal mengenai sejarah Tok Janggut adalah daripada Yahya Abdullah, Peperangan Tok Janggut Atau Balasan Derhaka (1955), Ibrahim Nik Mahmud, The Tok Janggut Rebellion of 1915 (1974) dan Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud, Sejarah Jeram Dan Kebangkitan Tok Janggut (1972).

Nik Anuar meneruskan penyelidikan dan menerbitkan buku Tok Janggut, Pejuang Atau Penderhaka (1999) dan kali terakhir ditulis oleh Dr Cheah Boon Kheng, To' Janggut: Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan (2006), katanya.

Majoriti pengkaji kata Tok Janggut gugur

Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Bakar pula berkata pengkaji sejarah masih dengan keputusan majoriti bahawa Tok Janggut terbunuh dalam peperangan di Pasir Puteh.

“Dokumen British jelas menyatakan beliau mati ditembak dan mayatnya digantung. Gambar yang dipaparkan itu dengan cerita tahun 50an oleh penulis-penulis Tok Janggut adalah sama.

"Begitu juga dengan cucu Tok Janggut di Pasir Puteh yang mengakui Tok Janggut mati. Namun, saya ada dengar kata beliau tidak mati tapi tiada apa-apa bukti,” katanya.

Abdul Latiff berkata pengkaji sejarah bersepakat mengangkat Tok Janggut sebagai seorang pejuang agama dan bangsa dan bukan penderhaka kepada sultan.

“Tok Janggut tidak menentang sultan tapi menentang tindakan British yang campur tangan dalam urusan pentadbiran sultan menyebabkan kemungkinan sultan tertipu dan terhutang budi kepada British.

“Padahal, beliau masih taat kepada sultan dan membela nasib orang Melayu,” katanya.

Pengkaji sejarah tidak harus diikat sumber penjajah

Sementara itu, Jawatankuasa Induk Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan Noyeens M. Noor berpendapat seseorang pengkaji sejarah tidak seharusnya terikat dengan buku dan catatan bertulis penjajah British walaupun diakui tulisan mereka lengkap daripada sudut kronologi.

Tambah Noyeens, pengkajian sejarah Tok Janggut wajib diteruskan dan tidak harus dihentikan dengan hanya bergantung kepada sumber sedia ada kerana masih banyak persoalan yang masih tidak terjawab sehingga kini.

“Semua orang tahu kubur Tok Janggut di Pasir Pekan, Tumpat itu adalah kubur palsu hatta pengetahuan ini diketahui oleh sebahagian pengkaji. Namun perkara itu hanya cakap mulut, tiada satu kenyataan khas dan lebih dipercayai dibuat.

“Malah di kalangan waris Tok Janggut sendiri berbelah bahagi. Ada kata mati dan sebaliknya. Itu menunjukkan mereka tak bersependapat.

“Tidak cukup buat seminar dan pameran sahaja. Pihak berkaitan harus keluar modal dan buat kajian, ketengahkan sumber-sumber tempatan dan cari titik persamaan.

“Sedangkan kajian sejarah Melayu yang sudah beribu-ribu tahun lamanya boleh dikaji, inikan pula sejarah Tok Janggut yang hanya berusia 100 tahun,” tegasnya.

Sejarah ditulis mereka yang menang

Dalam pada itu, penganalisis politik dan sejarah, Dr Nik Azman Nik Mustafa apabila ditanya kesahihan Tok Janggut masih hidup selepas serangan British di Pasir Puteh menegaskan, itu boleh berlaku kerana tidak mungkin British dengan mudah boleh membunuh tokoh seperti Tok Janggut.

“Tok Janggut berkemungkinan disembunyikan oleh pengikutnya bagi menjaga maruah beliau sebagai seorang pemimpin supaya tidak dipandang hina kerana ditangkap dan diseksa.

“Boleh jadi juga Tok Janggut selepas itu berperwatakan tidak seperti sebelumnya dan menggunakan nama lain serta hidup sebagai orang biasa.

“Ini sama juga dengan kisah pejuang Pahang, Mat Kilau di mana pada peringkat awal British melaporkan beliau terbunuh tetapi sebenarnya masih hidup dengan menggunakan banyak nama dan hidup seperti orang biasa,” katanya.

Nik Azman juga bersendapat bahawa Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan jabatan berkaitan perlu menjalankan kajian secara serius ke atas sumber-sumber baharu yang diketengahkan ini.

“Jika tidak percaya dakwaan kubur Tok Janggut itu di Machang dan bukannya di Pasir Pekan, gali semula dan buat kajian saintifik seperti ujian DNA.”

Bersedia kaji dan teliti sumber baharu

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Dr Nik Mohd Azlan Ab Hadi berkata pihaknya bersedia melakukan kajian terperinci dan tidak menolak bukti baharu yang dikemukakan itu.

“Dakwaan itu tentunya tidak keluar semudah itu, mesti ada sebabnya. Nak menolak bukti yang sedia ada tidak boleh juga kerana akan menimbulkan polemik.

“Bagaimanapun, proses kajian terhadap sumber baharu akan dilakukan secara teliti supaya tidak berlaku kecelaruan dan percanggahan daripada segi penerimaan maklumat,” katanya.

Buat masa ini, jelas Nik Mohd Azlan, pihaknya perlu menggunakan bukti yang sedia ada sekarang iaitu kubur Tok Janggut terletak di Pasir Pekan dan beliau terbunuh di Pasir Puteh.

Jelasnya, bukti itu berdasarkan rekod daripada Arkib Negaran serta kajian yang dilakukan pengkaji sejarah termasuk tokoh negarawan Allahyarham Datuk Prof Nik Anuar Nik Mahmud dan mereka yang ada pertalian dengan Tok Janggut.

Ditanya sama ada pihaknya bersedia melakukan ujian DNA bagi menentukan kesahihan kubur Tok Janggut, beliau tidak menolak kemungkinan itu walaupun prosesnya dianggap sukar dan menelan belanja yang besar.

“Bagi peringkat permulaan, kita akan memanggil mereka yang membawa sumber baharu ini dan perkembangan selepas itu akan diberitahu kelak.

“Cadangan ujian DNA termasuklah menggali kubur ini satu proses yang rumit termasuk perlu meminta keizinan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan terlebih dahulu,” katanya.

Dipentaskan dalam teater

Pada tahun 2014 penceritaan sejarah Tok Janggut tidak terbunuh telah diangkat ke pementasan teater dan berjaya dinobatkan sebagai johan Festival Teater Peringkat Negeri Kelantan.

Teater yang bertajuk “Iyakah Tok Janggut” dipersembahkan oleh ahli Persatuan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK).

Pengarah teater, Muhammad Zaidin Hussin berkata beliau tertarik dengan penceritaan Tok Janggut tidak mati kerana menyakini bahawa cerita itu lebih kepada kebenaran daripada versi British.

Beliau berkata, teater itu berkisarkan persoalan yang merungkai kembali apakah benar yang didakwa pejuang yang gugur semasa perang di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh itu adalah Tok Janggut atau sebaliknya.

“Saya mengajak penonton supaya berfikir dan merenung kembali mengenai fakta sejarah yang ditulis oleh penjajah sehingga Tok Janggut dilabel sebagai penderhaka.

“Lazimnya teater yang berunsurkan sejarah tiada daya tarikan sehingga menyebabkan penonton berasa bosan kerana mereka sudah tahu pengakhiran ceritanya.

“Namun berbeza dengan teater ini yang menerima sambutan yang luar biasa sehingga penonton yang hadir tidak berganjak dari tempat duduk mereka,” katanya. — Bernama

Tok Janggut tak pernah terkorban, penjajah kena tipu? Di mana sebenarnya kubur Tok Janggut?

Di mana sebenarnya kubur Tok Janggut?

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Sama ada Tok Janggut gugur dalam pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan atau meninggal dunia pada usia tua, persoalannya di mana pula jasad pejuang itu disemadikan?

Sejak sekian lama masyarakat diberitahu kuburnya terletak di Pasir Pekan, Tumpat.

Bagaimanapun, usaha penulis menjejaki sejarah pejuang ikonik Kelantan itu membawa kepada penemuan beberapa sumber baharu lokasi lain kubur Tok Janggut.

Cerita cucu Tok Janggut Ustaz Wan Asrul Wan Hussin, datuknya dikebumikan di perkuburan lama Kampung Hutan Puteh, Machang akibat sakit tua selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.


Kubur Tok Janggut yang dibina British bagi mengaburi mata rakyat Kelantan kerana mahu membuktikan mereka berjaya membunuhnya di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. — Foto Bernama

Tok Janggut memang tidak dikenali kecuali di kalangan segelintir pengikutnya dan identiti sebenarnya diminta dirahsiakan sehinggalah beliau meninggal dunia.

Pada akhir hayat Tok Janggut berpesan kepada orang-orang terdekatnya, “Kebumikanlah saya sama sebagaimana dengan mana-mana orang lain juga.”

Jelas Wan Asrul, kubur di Pasir Pekan itu dibuat-buat oleh pihak British bagi mengaburi mata rakyat Kelantan yang mahu membuktikan mereka berjaya membunuh Tok Janggut.

“Hanya kaum tua yang hidup lebih daripada 100 tahun mengetahui kisah sebenar kubur di Pasir Pekan itu,” katanya.

Kubur bertanda botol kaca zaman British

Dakwaan Wan Asrul itu dikuatkan lagi oleh dua individu lain yang penulis temui iaitu seorang penduduk di Kampung Hutan Puteh, Roslan Mustafa dan Pengkaji Sejarah Islam Kelantan Ustaz Abdullah Al-Qari Salleh.

Bertitik tolak daripada keyakinan kisah yang sama didengari oleh sebahagian penduduk di Pasir Puteh yang mendakwa Tok Janggut tidak terbunuh, Abdullah Al-Qari berkata beliau berjaya menemui bukti secara berlisan.

Pujangga Islam itu berkata beliau mendapat cerita Tok Janggut daripada pengakuan tiga orang penggali kuburnya iaitu Adam Ahmad, Pakteh Taib dan Paksu Yunus Abd Rahman yang ditemuramahnya pada tahun 2010.

Hasil temuramah itu ditulis dalam halaman terakhir bukunya bertajuk Ensiklopedia Unggul Doa Hajat Jampi Mujarab Segala Penyakit Tanpa Ubat.

Bagaimanapun, sekarang hanya Adam yang masih hidup sementara dua orang lagi sudah meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.

Dikatakan ketika Tok Janggut meninggal umur ketiga-tiga penggali kubur itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun.

Mengimbas kembali pertemuan dengan mereka, Abdullah Al-Qari berkata Tok Janggut meninggal dunia selepas menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Kota Simpul Berlubang, bersempadan dengan Kampung Hutan Puteh di mana terletak lokasi kuburnya kini.

“Kematian Tok Janggut pada tengah hari Selasa disaksikan ramai orang kampung dan jenazahnya diiringi kira-kira 30 orang.

“Mengikut adab orang kampung di situ apabila seseorang dikebumikan, kuburnya di tanda dengan botol kaca, satu di kaki dan satu di kepala.

“Di bahagian kepala kubur Tok Janggut diletakkan sebuah batu merah bersama botol, manakala bahagian kakinya kekal dengan botol kaca,” katanya.

Tinjauan penulis ke lokasi perkuburan itu yang terletak di ladang getah mendapati tidak kurang daripada empat kubur yang bertanda botol kaca.

Botol kaca di kubur yang dikatakan milik Tok Janggut tertera ayat "Bottle Made In England". Bagaimanapun, tarikhnya tidak dapat disahkan.

Penampilan Tok Janggut sesudah Perang Pasir Puteh

Rentetan daripada usia yang sudah semakin lanjut, Wan Asrul berkata Tok Janggut mengambil keputusan untuk menghabiskan masanya dengan mengabdikan diri kepada Allah selain mengajar ilmu agama dan persilatan untuk penduduk kampung.

Daripada segi fizikal dan susuk badan, Wan Asrul berkata Tok Janggut adalah seorang yang tidak tinggi, kulitnya pula bewarna cerah dan janggutnya mencecah ke dada sejak muda lagi.

Disebabkan perwatakan yang zuhud, rendah diri dan juga dikenali dengan nama lain seperti Pakcu Hj Mat Hassan, ramai yang tidak tahu beliaulah sebenarnya Tok Janggut.

Dalam hal ini, Abdullah Al-Qari juga bersependapat dengan Wan Asrul yang mengatakan penampilan Tok Janggut gemar memakai pakaian serban dan jubah yang bewarna hijau.

“Pada penelitian saya, Tok Janggut adalah seorang yang bertaqwa atau bertaraf Wali di mana setiap masa terutamanya pada waktu malam beliau mengajak orang-orang kampung bertahlil dan membentuk majlis zikir yang dibuat secara berjadual sama ada di rumah atau di masjid.

“Di sini jelas kelihatan keperibadian Tok Janggut yang mempunyai tujuan yang baik dan ikhlas semata-mata hanya kerana Allah,” kata Abdullah Al-Qari.

Waris dan cucu Tok Janggut

Apabila menghuraikan perihal waris atau salasilah, Wan Asrul mengingatkan adalah penting untuk berhati-hati dalam membuat pengakuan bahawa beliau adalah waris atau cucu Tok Janggut.

Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya sebarang fitnah.

Tok Janggut, katanya, berkahwin selepas perang di Pasir Puteh dan mempunyai dua isteri yang kemudiannya bercerai mati.

Isterinya Che Yah mempunyai tiga orang anak manakala isteri yang seorang lagi, Che Timah, mempunyai dua orang anak.

Beliau pernah berjumpa dengan salah seorang anak Tok Janggut yang dikenali Haji Ahmad berusia 68 tahun pada 1996 dan pertemuan itu berlaku di perkuburan lama Hutan Puteh, Machang.

Bagaimanapun, Wan Asrul berkata itulah kali terakhir beliau berjumpa dengannya dan tidak pasti sama ada anaknya itu masih hidup atau sebaliknya sekarang.

Selain itu, kata Wan Asrul waris Tok Janggut ada daripada kumpulan kanan dan kiri kerana kurang sepakat dan tidak tahu sejarah sebenar Tok Janggut.

“Saban tahun ada himpunan waris Tok Janggut. Saya juga turut hadir dan cerita hal ini. Tetapi hanya sekadar berkumpul, tidak ada objektif bagaimana sama-sama menjernihkan balik sejarah Tok Janggut.

“Kalau kita mengaku waris Tok Janggut, sepatutnya kena tahu ceritanya, misalnya apabila ditanya hal Tok Janggut dan kita mesti tahu untuk menjelaskannya, bukan diam sahaja,” katanya.

Diceritakan semula oleh moyangnya

Dalam pada itu Wan Asrul memberitahu Bernama, kisah pejuang itu diceritakan kembali oleh moyangnya, Allahyarhamah Che Yah Adam yang meninggal dunia pada usia 139 tahun pada tahun 2008.

Adam, bapa kepada moyangnya merupakan adik beradik kepada Munas, iaitu bapa Tok Janggut. Selain Adam dan Munas, seorang lagi ialah Minah.

Che Yah pernah berkahwin dengan Pak Do Yasin yang juga dikenali sebagai Mat Kelubi dan antara pengikut Tok Janggut.

Wan Asrul berkata, moyangnya seorang yang pendiam dan menjadi rujukan masyarakat setempat dalam hal-hal agama terutamanya yang berkaitan ilmu falak.

“Dalam keluarga, antara adik beradik saya orang yang paling rapat dengan moyang saya. Mungkin disebabkan itu, beliau kerap bercerita kepada saya sejak berusia lapan tahun.

“Meskipun pada mulanya tidak mengetahui siapa sebenar yang diceritakan itu kerana disebut tok fakir, tok fakir sehinggalah moyang saya mendedahkan cerita sebenar.

“Ada masa boleh berkunjung ke kampung Batu 8, Nilam Puri dan berjumpa dengan Tok Su Yah. Insya-Allah sampai sekarang orang tua tidak lupa pada arwah moyang saya,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Asrul memiliki beberapa barang peribadi yang dipercayai milik Tok Janggut di mana kesemuanya pemberian moyangnya.

Antara barang yang masih disimpan adalah periuk, parang calok, pisau rejam, tempayan dan tulisan tangan ayat perang. Bernama


Tok Janggut tak pernah terkorban, penjajah kena tipu?

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Tahun 2015 yang akan melabuhkan tirai pada Khamis agak signifikan daripada segi sejarah kerana ia menandakan genap 100 tahun berlakunya peristiwa Tok Janggut menentang British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan.

Kalau hendak diikutkan, sudah banyak artikel Tok Janggut diketengahkan sebelum ini.

Namun apabila diselidiki hampir kesemua berkongsi sumber yang sama dan tidak banyak maklumat catatan yang boleh diambil sebagai rujukan serta pengajaran bersama.


Kubur Tok Janggut yang dibuat pihak British bagi mengaburi mata rakyat Kelantan yang mahu membuktikan mereka berjaya membunuh penentang penjajahan British itu di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. — Foto Bernama

Pada masa yang sama masih banyak persoalan yang tidak terjawab. Ada juga pihak yang sangsi dengan banyak fakta yang didakwa mengikut acuan penjajah.

Mereka percaya kisah Tok Janggut dibunuh oleh British hanyalah dongengan bagi menggelapkan sejarah sebenar perjuangan tokoh Serambi Mekah itu.

Sebaliknya mereka beranggapan penjajah sendiri tertipu kerana Tok Janggut sebenarnya telah berjaya menyelamatkan diri.

Gambar mayat lelaki yang digantung songsang untuk tatapan umum juga bukanlah Tok Janggut.

Bukan Tok Janggut yang terbunuh

Cucu sepupu Tok Janggut, Ustaz Wan Asrul Wan Hussin, 31, mendedahkan Tok Janggut atau nama penuhnya Haji Mat Hassan Munas sebenarnya hanya mengalami cedera di bahu kirinya ketika kemuncak pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh pada 24 Mei 1915.

Tok Janggut kemudiannya disembunyikan oleh pengikutnya di Hulu Kelantan (Gua Musang) untuk menyelamatkan beliau.

“Sesudah sembuh daripada kecederaan di bahunya, Tok Janggut berpindah ke Machang sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu,” katanya.

Mengulas mengenai kononnya mayat Tok Janggut diarak di sekeliling bandar Kota Bharu dan kemudiannya ia digantung songsang separuh bogel selama tiga hari, Wan Asrul sekeras-kerasnya menolak dakwaan itu.

Tegas beliau, kisah itu adalah semata-mata rekaan serta dibuat atas desakan British yang mahu menakut-nakutkan orang Melayu bagi memastikan tiada lagi kebangkitan kedua di negeri itu.

“Kebanyakan orang yang tinggal di Kota Bharu tidak kenal wajah sebenar Tok Janggut dan mereka hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut sahaja.

“Dan secara logiknya, jika kita melihat pada faktor fizikal gambar mayat itu, adakah sedemikian rupa seorang Melayu asli? Wajarkah Tok Janggut yang mempunyai ilmu agama tinggi diaibkan begitu?”

Gambar mayat itu diperolehi daripada Perpustakaan Bodleian, Oxford, United Kingdom, England hasil usaha tokoh sejarah Allahyarham Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud ketika melakukan kajian di sana.

Jelas Wan Asrul penampilan fizikal Tok Janggut adalah Melayu Kelantan Asli.

Ibunya, Che Mah berasal dari Pattani manakala ayahnya Munas orang Melayu dari Kampung Saring, Pasir Puteh.

“Adik-beradik Tok Janggut termasuk dirinya tiga orang, dua lagi Tahir dan Yah@Sepiah meninggal dunia ketika dilahirkan.

“Tidak ada mana-mana anak-beranak Tok Janggut berwajah Sikh seperti dalam gambar itu. Malah, Tok Samad, iaitu datuk kepada Tok Janggut adalah Melayu Asli dan antara orang yang terawal membuka daerah Pasir Puteh,” katanya.

Tidak mengisytiharkan diri

Perkara yang sering kali menjadi persoalan ialah sekiranya Tok Janggut masih hidup selepas peristiwa pertempuran di Pasir Puteh itu, kenapa beliau tidak mengisytiharkan diri seperti yang dilakukan pejuang Pahang Mat Kilau.

Wan Asrul berkata perlu diingat satu ketika Mat Kilau pernah bertemu dengan Tok Janggut di Kedai Lalat, Kota Bharu iaitu pada 1966.

Berlaku perbualan antara mereka berdua: “ Abe Mad (Tok Janggut), tidak mahu keluar ke? Orang Putih (British) dah balik ini.”

Jawab Tok Janggut: “Puak-puak kamu itu nak pilih orang Putih, biar mereka dah balik pun, biarlah aku hidup macam ini.”

Tambahan menurut Wan Asrul, keadaan Tok Janggut ketika itu sudah uzur dengan umur dipercayai sekitar 116 tahun dan bagi beliau lebih baik memilih mendiamkan diri.

Dalam erti kata lain, meskipun Tanah Melayu ketika itu sudah mencapai kemerdekaan, bagi diri Tok Janggut paling utama pesanan yang di bawa daripada gurunya Ahmad al- Fatani, iaitu bebaskan tanahair daripada penjajah sudah tercapai, katanya.

Tiga tahun kemudian pada 1969 Mat Kilau menggemparkan negara dengan mengisytiharkan diri sebenarnya selepas solat Jumaat di Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. — Bernama

Kaligrafiti Islam 
– luahan generasi muda

KALIGRAFI dan grafiti merupakan dua jenis seni yang berbeza. Apabila kedua-duanya digabungkan ia menghasilkan satu jenis seni lain yang dipanggil kaligrafiti. Perkataan kaligrafiti merupakan satu perkataan baharu yang merujuk kepada seni melibatkan tulisan tetapi dalam bentuk dan media baharu.

Gaya baharu gabungan kaligrafi, grafiti

SEORANG artis sedang menyiapkan kaligrafiti menggunakan semburan cat di Doha, Qatar.

Bagi peminat seni yang belum mengenali kaligrafiti, ia merupakan karya penulisan yang menggabungkan kaligrafi dan grafiti. Ia dihasilkan tanpa menggunakan alat tulis tradisional seperti resam, dakwat dan kertas tetapi menggunakan peralatan moden seperti semburan cat, penggelek, perancah, stensil dan dinding.

Seni ini mempunyai gaya dan pengikut yang tersendiri, sekali gus menarik perhatian para artis grafiti Islam untuk menghasilkan karya menggunakan tulisan Arab yang cantik tetapi bukan dalam gaya tradisional. Tulisan yang dihasilkan tidak mengikut prinsip kaligrafi tradisional. Artis kaligrafiti tidak semestinya mempunyai pengetahuan dan kemahiran menulis kaligrafi tradisional. Ia lebih kepada gaya tulisan tangan artis yang tersendiri.

PENGASAS

Bersesuaian dengan gaya baharu ini, pilihan warna dan gaya penulisan juga semestinya lebih bebas, berskala besar dan bersifat spontan. Seni kaligrafiti diasaskan oleh seorang artis bernama Niels Shoe Meulman yang lahir di Amsterdam pada tahun 1967. Beliau mengasaskan seni kaligrafiti ini pada tahun 2007.

Dalam karya grafiti yang dihasilkan, beliau menggunakan kaligrafi atau tulisan yang cantik sebagai pilihan utama untuk menyampaikan mesej yang diinginkan berbanding dengan seni grafiti lain pada waktu itu yang lebih banyak menggunakan lukisan gambar.

Di Malaysia seni kaligrafiti boleh dilihat di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di tebing Sungai Klang yang boleh dilihat dengan jelas oleh pengguna LRT dari stesen KL Sentral ke Stesen Pasar Seni. Walaupun ia bukan contoh terbaik kaligrafiti tetapi karya itu boleh memberi pengenalan kepada yang belum mengenalinya.

Kaligrafiti Islam tidak semestinya menggunakan ayat al-Quran, ia boleh menggunakan tulisan kaligrafi Arab dan menghasilkan gaya pseudo di mana tidak semestinya ia boleh difahami. Terdapat juga kaligrafiti yang membawa mesej Islam walaupun bukan menggunakan tulisan Arab.

KRITIKAN

Para artis kaligrafiti selalunya mendapat kritikan daripada penulis kaligrafi tradisional kerana kaligrafi yang mereka hasilkan tidak mengikut prinsip penulisan huruf kaligrafi yang sebenarnya. Tetapi bagi para artis kaligrafiti apa yang lebih penting adalah untuk berkongsi hasil karya mereka bersama orang ramai.

Ini kerana kaligrafiti berasal daripada kumpulan seni jalanan yang sememangnya bertujuan menyampaikan, menyebarkan dan meluahkan suara dalaman artis atau masyarakat di sesuatu tempat. Kebanyakan artis kaligrafiti berpendapat karya mereka adalah istimewa, unik dan sementara kerana mereka tahu ia tidak akan kekal. Terdapat kemungkinan karya yang mereka hasilkan di atas sesebuah dinding atau bangunan akan dirobohkan atau dicat semula.

Antara artis kaligrafiti Islam yang telah menempah nama ialah Inkman dan el-Seed yang kedua-duanya berasal dari Tunisia manakala Gabriel Gray pula berasal dari California. Ketiga-tiga artis ini mempunyai pandangan hampir sama iaitu karya kaligrafiti yang mereka hasilkan adalah bukan milik mereka tetapi merupakan milik orang ramai sebagai cerminan masyarakat di sesebuah kawasan dan sebagai penyampai mesej Islam yang secara langsung mengingatkan orang ramai tentang ajaran Islam.

Seni baru ini berpotensi menjadi minat generasi muda Islam namun begitu pemantauan diperlukan supaya ia tidak menjadi seni kaligrafiti yang sia-sia dan tergolong dalam vandalisme. Kaligrafiti Islam boleh menjadi suatu karya yang cantik, sekali gus mampu mencantikkan kawasan sekitar.

Bagaimana indeks rasuah sesebuah negara ditentukan

KEDUDUKAN Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) meningkat daripada tangga ke 53 pada 2013 ke tangga 50 pada 2014. Skor juga naik daripada 50/100 kepada 52/100.

Pada 27 Januari ini, Transparency International (TI) akan melancarkan CPI serentak di seluruh dunia untuk 2015. CPI dikeluarkan oleh TI sejak 1995, hanya mengkhususkan kepada isu persepsi tahap rasuah sektor awam sesebuah negara dari segi kedudukan dan skor.

Pun begitu, indeks ini dikeluarkan berdasarkan pengumpulan 13 kajian pelbagai pihak, berdasarkan soal selidik ke atas ahli perniagaan dalam dan luar negara dengan penekanan diberikan kepada elemen rasuah dan salah guna kuasa.

Untuk sesebuah negara dimasukkan ke dalam ranking CPI perlu ada sekurang-kurangnya tiga sumber data untuk negara itu.

Setiap kajian itu perlu memenuhi kriteria tertentu sebelum ia diambil kira untuk menentukan skor dan kedudukan tahap rasuah sesebuah negara.

Tahun lalu, CPI Malaysia dikira berdasarkan lapan kajian antarabangsa oleh beberapa organisasi yang berwibawa termasuk:

1. Indeks transformasi - Yayasan Bertelsman yang mengandungi penilaian pakar ke atas tahap transformasi dan pengurusan sesebuah negara. Pakar diminta menilai sejauh mana penjawat awam menyalahgunakan kedudukan dihukum dan sejauh mana kerajaan berjaya membendung rasuah.

2. Penilaian risiko mengikut negara - Unit Risikan Ekonomi, sebuah firma penyelidikan dan penasihat global yang mengeluarkan risikan perniagaan dan kewangan kepada pembuat dasar di seluruh dunia.

Dalam menilai rasuah, ia guna soalan berikut:

Dana khusus tidak jelas sumber

Apakah ada prosedur dan kebertanggungjawaban jelas dalam menentukan peruntukan dan penggunaan dana awam? Apakah dana awam disalahgunakan oleh menteri atau pegawai awam untuk kegunaan peribadi atau politik? Apakah ada dana khusus yang tidak jelas sumbernya? Apakah ada sebuah badan bebas mengaudit pengurusan kewangan negara? Apakah ada badan kehakiman bebas dan mempunyai kuasa membicara menteri atau kakitangan awam yang menyalahguna kuasa? Apakah ada tradisi bayar wang suap untuk mendapatkan kontrak dan layanan istemewa?

3. Global Insight Country Risk Ratings iaitu sebuah syarikat global yang menyediakan perkhidmatan meliputi bidang mikroekonomi, risiko negara dan analisis sektor secara individu. Ia mencerminkan tahap persepsi negara yang dinilai termasuk jenis rasuah, rasuah politik.

4. The World Competitive Year Book, iaitu kolej perniagaan yang beribu pejabat di Tasik Geneva dan cawangan di seluruh dunia. Indeks ini menilai dan meneliti iklim sosiopolitik dan ekonomi sesebuah negara yang memberi kesan terhadap daya saing korporat. Untuk rasuah responden ditanya 'Suap dan rasuah: Wujud atau tidak wujud?

5. Political and Economic Risk Consultancy iaitu firma perunding bidang maklumat perniagaan dan pelbagai risiko untuk Asia Timur dan Asia Tenggara. Data dikumpul daripada berita yang menghimpun dan mentafsirkan data daripada tinjauan pendapat eksekutif dalam kalangan peniaga tempatan dan ekspatriat. Responden ditanya sama ada mereka melihat rasuah sebagai satu masalah di peringkat institusi tertentu.

6. International Country Risk Guide - Political Risk Service. Kumpulan penganalisis risiko politik yang berpangkalan di New York. Ia bertujuan memberi penarafan risiko politik, ekonomi dan kewangan bagi negara yang kadar perniagaan antarabangsanya tinggi. Penarafan ini menawarkan peta peluang dan risiko bagi 140 negara, memberi tumpuan kepada rasuah yang wujud kerana nepostisma, peruntukan kontrak kepada pihak tertentu, dana politik rahsia untuk parti politik dan hubungan meragukan antara perniagaan dan politik.

7. Executive Opinion Survey - Forum Ekonomi Dunia, adalah sebuah badan bekerjasama dengan peniaga, pemimpin dan ahli akademik untuk membentuk agenda global. Tinjauan membabitkan eksekutif perniagaan. Responden diminta menganggarkan sejauh mana rasuah menyebabkan dana awam mengalir kepada syarikat individu atau kelompok tertentu dan firma perniagaan memberi rasuah untuk tujuan import eksport, kemudahan awam, pembayaran cukai tahunan, pemberian kontrak, pelesenan dan pengaruh keputusan mahkamah.

8. Rule of Law Index - World Justice Project - sebuah badan untuk memperkukuhkan kedaulatan undang-undang dan meningkatkan peluang kesaksamaan di seluruh dunia. Meninjau sejauh mana undang-undang berperanan dalam sesebuah negara. Bagi isu rasuah pakar tempatan diminta menilai sama ada pegawai kerajaan dalam cabang eksekutif, kehakiman, pasukan polis dan tentera serta Ahli Dewan Perundangan menggunakan kedudukan mereka untuk meraih keuntungan peribadi.

CPI adalah langkah mengukur rasuah paling kerap digunakan di seluruh dunia. Index ini menjadi indikator yang diguna pakai sebagai panduan oleh pelabur luar yang melabur di sesebuah negara.

Plagiarism

Plagiarism is one of academia's most common problems and a constant concern for teachers. While the Web may have made plagiarism as easy as a few simple clicks, it's also made detecting plagiarism just as easy. If a student can find the essay in seconds, so can you—if you know where to look.

Types of Plagiarism
Anyone who has written or graded a paper knows that plagiarism is not always a black and white issue. The boundary between plagiarism and research is often unclear. Learning to recognize the various forms of plagiarism, especially the more ambiguous ones, is an important step towards effective prevention. Many people think of plagiarism as copying another's work, or borrowing someone else's original ideas. But terms like "copying" and "borrowing" can disguise the seriousness of the offense:

Sources Not Cited

1."The Ghost Writer"
The writer turns in another's work, word-for-word, as his or her own.

2."The Photocopy"
The writer copies significant portions of text straight from a single source, without alteration

3."The Potluck Paper"
The writer tries to disguise plagiarism by copying from several different sources, tweaking the sentences to make them fit together while retaining most of the original phrasing.

4."The Poor Disguise"
Although the writer has retained the essential content of the source, he or she has altered the paper's appearance slightly by changing key words and phrases.

5."The Labor of Laziness"
The writer takes the time to paraphrase most of the paper from other sources and make it all fit together, instead of spending the same effort on original work.

6."The Self-Stealer"
The writer "borrows" generously from his or her previous work, violating policies concerning the expectation of originality adopted by most academic institutions.

Sources Cited (But Still Plagiarized)

1."The Forgotten Footnote"
The writer mentions an author's name for a source, but neglects to include specific information on the location of the material referenced. This often masks other forms of plagiarism by obscuring source locations.

2."The Misinformer"
The writer provides inaccurate information regarding the sources, making it impossible to find them.

3."The Too-Perfect Paraphrase"
The writer properly cites a source, but neglects to put in quotation marks text that has been copied word-for-word, or close to it. Although attributing the basic ideas to the source, the writer is falsely claiming original presentation and interpretation of the information.

4."The Resourceful Citer"
The writer properly cites all sources, paraphrasing and using quotations appropriately. The catch? The paper contains almost no original work! It is sometimes difficult to spot this form of plagiarism because it looks like any other well-researched document.

5."The Perfect Crime"
Well, we all know it doesn't exist. In this case, the writer properly quotes and cites sources in some places, but goes on to paraphrase other arguments from those sources without citation. This way, the writer tries to pass off the paraphrased material as his or her own analysis of the cited material.

Defining Plagiarism

Free Tools for Detecting Plagiarism


  • Google and Google Scholar: If a sentence strikes you as odd, put it in quotation marks and run a Google search on it. If the student cut and pasted the phrase, it will show up on Google. And as more books are uploaded onto Google Books, Google Scholar and Google Books will become increasingly powerful weapons against plagiarism.


  • The Plagiarism Checker: The Plagiarism Checker allows you to run a Google search on large blocks of text. This is easier than cutting and pasting sentence after sentence.


  • Articlechecker: Works the same as Plagiarism Checker, but gives you the option of checking against Yahoo as well as Google.


  • Plagium: Like The Plagiarism Checker, this site Googles text you submit. Unlike most other checkers, Plagium works in several languages.


  • PlagiarismDetect: A plagiarism detector that allows you to upload whole documents rather than cutting and pasting blocks of text. It's free, but you have to register.


  • Duplichecker: Another checker that plugs submitted text into search engines. Duplichecker's interface makes it easy to submit entire documents as well as excerpts.


  • SeeSources: Searches the Web for sources similar to the text you entered. You can scan both excerpts and whole documents.


  • DOC Cop: Doc Cop offers a few features more than the minimal Web-based detection services. For instance, you can check for collusion—that is, you can check the similarity between two papers. However, you do have to register.


  • WCopyFind: WCopyFind is a downloadable scanner that checks for similarities between two papers, but it can't search the Web.


  • Viper: The Anti-Plagiarism Scanner. Although it's free, Viper is software, so it's a bit more of a commitment than Web-based tools. However, it has some neat features, such as side-by-side comparisons of the submitted text with the potentially plagiarized one. Viper touts itself as the free alternative to TurnItIn.


  • SafeAssign/MyDropBox: This is free if you're already using a Blackboard Learning System. As students submit papers to Blackboard, SafeAssign checks their papers against its database of source material.


  • PAIRwise: PAIRwise (Paper Authorship Integrity Research) can compare documents to one another while searching the internet for similar documents. However, PAIRwise is intended for use on an institutional level—for departmental or college-wide servers.


Examples of Plagiarism Policies

Most universities encourage their professors to include a plagiarism policy in their syllabi. Including a policy is a great first step, but to be effective, professors must also pay attention to where they place that policy and exactly what kind of information they include.

Here are five examples of plagiarism policies in syllabi in universities across the country. We've listed them starting with the best and have highlighted the pros and the cons. We hope these examples will encourage you to include your own policy and will be helpful in helping you craft it.

Bates College: Cultural Anthropology (Anth 101)






Academic Integrity:

All students are responsible for reading and understanding the Bates College Statement on Academic Honesty. (See http://abacus.bates.edu/pubs/Plagiarism/plagiarism.html). When you turn in an assignment to satisfy the requirements for this course, you are indicating it is your own work. The failure to properly acknowledge your use of another work is plagiarism. All references must be cited according to the AAA guidelines (see described in handouts and on Lyceum). I do not tolerate academic dishonesty. Plagiarism of any kind will result in a failing grade for the assignment and/or the class






  • Pros: Clearly labeled, given own section, defined plagiarism, provides link to the college's policy, includes penalties, includes important details, well written and easy-to-understand, placed before course schedule


  • Cons: None


Boston University: Modern Irish Literature (CAS EN 392)






Plagiarism:

It is every student’s responsibility to read the Boston University statement on plagiarism, which is available in the Academic Conduct Code. Students are advised that the penalty against students on a Boston University program for cheating on examinations or for plagiarism may be “…expulsion from the program or the University or such other penalty as may be recommended by the Committee on Student Academic Conduct, subject to approval by the dean.”






  • Pros: Plagiarism is given its own section, penalties are discussed


  • Cons: No definition of plagiarism, no link to BU's policy on plagiarism or more information, placed at the end of the syllabus


Stanford University: Literature and Metamorphoses (CompLit 227)






A Note on Written Papers:

All papers must be typed, 11 or 12 pt font, in Times New Roman, double-spaced, with 1 inch margins. Please include page numbers in the upper right-hand corner as well as your name on each page. All papers must be handed in hard-copy and be stapled. Electronic submissions will not be accepted. Furthermore, you are responsible for adhering to Stanford University's honor code. I do not tolerate any form of plagiarism. Please familiarize yourself with the Stanford honor code athttp://www.stanford.edu/dept/vpsa/judicialaffairs/guiding/honorcode.htm .






  • Pros: link to an extensive plagiarism resource written by the University, placed early in syllabus before course schedule


  • Cons: no definition of plagiarism in the syllabus, note on plagiarism tacked at the end of a paragraph about formatting, no penalties discussed


Georgetown University: Intermediate Econometrics (Econ-422)





Honor System:

I would like to remind you that as signatories to the Georgetown University Honor Pledge, you are required to uphold academic honesty in all aspects of this course. As faculty, I too am obliged to uphold the Honor System, and will report all suspected cases for academic dishonesty.






  • Pros: Included in first page, includes professor's responsibility


  • Cons: Doesn't reference plagiarism specifically (or define it), doesn't include penalties, doesn't include link to the university's honor code or more information


UC Berkeley: Cultural Heritage (Anthroplogy 136e)





Plagiarism:
Plagiarism will not be tolerated, and will result in a failing grade for the course. See the University Student Code of Conduct for information about plagiarism.






  • Pros: Includes penalties


  • Cons: Does not include a description of plagiarism, does not include a link to the university's policy or more information, and is completely buried: it comes at the end of the syllabus at the end of a 700-word Course Policies section


Great Plagiarism Tutorials
One of the best ways to make sure your students understand plagiarism is to have them complete online tutorials. Here are six excellent tutorials. Many of them require students to e-mail you the results of their quizzes or certificates of completion.

The University of Southern Mississippi


  • provides quizzes before you review the materials, during your review, and post-review


  • results of your pre-test and post-test will be mailed to yourself and your professor


The University Of Maryland University College


  • extremely comprehensive, includes lots of examples and style guidelines


  • includes a post-quiz that analyzes your results and tells you which section of the tutorial to go over


Indiana University Bloomington


  • included links to real plagiarism cases


  • you can print out a confirmation certificate for you professor after taking the test


California State University San Marcos


  • provides "checkpoints" after each section to test your knowledge before moving on


  • spells out the benefits for the student for using proper citation (beyond avoiding plagiarism)


The University of Texas at Arlington


  • includes examples of plagiarism in real life, outside of the classroom (like the New York Times and government documents)


  • good use of charts and diagrams


Acadia University


  • teaches important information in an entertaining manner


  • personalizes plagiarism by having students pick an avatar to use during the tutorial (like Dylan, a first-year English student working on a paper comparing fiction in movies and books)


Tips for Discouraging Plagiarism in the Classroom


  • Define Plagiarism: The first step toward discouraging plagiarism in your classroom is to define plagiarism for your students. Especially in high school, many students may not realize that plagiarism encompasses paraphrasing and borrowing ideas without attribution.


  • Discuss Your Plagiarism Policy: Discuss the reasons for your school's plagiarism policy. Explain that plagiarism cheats the writers of original material out of credit for their work, that it isn't fair to other students, and that it cheats plagiarizers out of the skills they would develop in writing the paper—setting them up to fail later. A great way to bring up the topic of plagiarism in your classroom is with a quiz. Chris Anson of North Carolina State University put together a great plagiarism quiz for teachers to give students.


  • Spell Out the Penalties: Discuss the penalties for plagiarism. If the penalties are serious, students will be less likely to take the risk.


  • Put it in the Syllabus: Include your school's plagiarism policy in the course syllabus. Putting the plagiarism policy in a prominent location will remind your students of the definition and consequences of plagiarism. Also, discussing plagiarism on the first day with the rest of the syllabus will show students that you're serious about it.


  • Teach Citation: Teach proper citation methods. Knowing that there are proper methods for crediting the work of others may teach students to take plagiarism more seriously.


  • Require Citation: Require detailed citations, including page numbers.


  • Use Citations Yourself: There's no better way to teach important concepts than by leading by example: use citations in all your own hand-outs.


  • Discuss Paper Mills: Let students know that you know about paper mills. Students sometimes think their teachers don't understand the internet. Assure them that know about paper mills and other services for buying essays.


  • Require E-mailed Copies: Ask students to e-mail you their essay as well as hand in a hard copy. Having essays in document form will make it significantly easier for you to run a plagiarism check on them.


  • Encourage Planning: Plagiarism is usually the result of desperation. If you get students to start working early, they'll be less likely to plagiarize.


  • Require Early Drafts: Request early drafts or outlines several weeks before the final paper. This will force students to start working early. And once students have to reverse-engineer drafts from a plagiarized paper, it becomes a lot easier just to write the paper themselves.


  • Talk to Your Students: Meet with your students about their paper ideas. This encourages planning, and allows you to see if a student submits a paper on a topic she hasn't been working on.


  • Ban Last-Minute Changes: Don't allow any last minute changes of topic. These last-ditch acts of desperation are more likely to involve plagiarism.


  • Be Unique: Pick unique topics and, when possible, use unique reading lists. Internet plagiarism is easy because there are standard essay topics on standard books. If you make unique essay prompts and change them every year, plagiarism will be almost impossible.


  • Reach Out: Encourage students to come to you with questions about citation methods.


Tips for Addressing Plagiarism in the Online Classroom

Though evidence suggests that there is no significant difference in the level of plagiarism in online classrooms and brick-and-mortar ones, teachers of online classes do face several unique challenges when it comes to preventing plagiarism. For example, it's more difficult to observe the entire writing process in an online classroom—you can't simply ask a student how her paper is going as she packs up her books. And when giving tests, it's impossible to see whether students are copying one another's work or consulting the Web. Below are some tips for dealing with the unique challenges of plagiarism in the online classroom.


  • Put it in the Syllabus: Include a copy of your school's plagiarism policy in the syllabus. Define plagiarism, and explain the penalties.


  • Make a Quiz: Have a plagiarism quiz. It's harder to teach a segment on plagiarism in an online classroom than it is in a physical one. If you merely attach a written explanation of the plagiarism policy to the syllabus, students may just skip to the end and hit, "OK." It helps to have a short plagiarism quiz that students must pass in order to proceed to the class materials.


  • Use a Plagiarism Scanner: Run suspicious essays through online plagiarism scanners. Teachers at online schools have a big advantage over teachers in physical classrooms when it comes to using plagiarism detectors: because they get their papers already in digital form, they can run a plagiarism check in seconds.


  • Use a Message Board: Have message board discussions and short writing assignments. Message board posts and reading responses are too short to plagiarize, and if students have already written extensively on a topic, they'll be less likely to plagiarize a paper on it.


  • Compare to Previous Work: Compare submitted papers with other writing samples. Teachers at online schools have a more extensive sample of their students' writing style than teachers at brick-and-mortar schools do. Because class discussions are conducted on message boards, teachers will have a massive sample of writing to compare with any submitted papers. If the styles are different, run the paper through a plagiarism checker.


  • Time Quizzes: When giving a test, teachers can't see whether students are cheating. However, teachers can put a time limit on the test such that students wouldn't have time enough to discuss answers or consult the Web.


  • Be Original: Write original quiz questions. If your questions are unique enough that students can't simply Google them for an answer, it will be almost impossible to cheat on a timed test.


  • Require Drafts: Make essay drafts part of the grade. This is even more important in an online classroom than it is in a physical one. Because teachers at online schools can't ask students what they're writing on when they bump into them in the hallway, they need a formal way to observe the entire writing process.


  • Encourage Back-And-Forth: Encourage students to ask you questions about their papers. Because it's more difficult for teachers at online schools to get involved in the early stages of the writing process, it's important to make an extra effort to do so. If students feel comfortable e-mailing you questions about their paper, you'll decrease the chances someone will feel desperate enough to plagiarize.


  • Encourage Questions: Encourage students to ask you questions about citation procedures. Just as it's important to encourage students to ask you questions about their papers, it's important to make an extra effort to be available for questions about correct citation, paraphrasing, and quotation rules.


Additional Plagiarism Resources



Source : http://www.studyadvisor.com.my/resource_centre/plagiarism.htm