January 3rd, 2016

Tiada hal buat banyak kerja

KUNTA Kinte kata, kerjalah dua, tiga atau empat pekerjaan sekali gus asalkan ada tenaga dan dapat hasil halal. Tapi kalau tak ada daya, kerjalah satu, tapi syarat halal.

Cerita orang kita buat dua, tiga atau empat kerja sehari cari rezeki halal bukan perkara baru. Cuma cara orang kata atau buat cadangan yang sebabkan banyak orang tak suka.

Bila kita kerja bagus, gaji besar dan macam-macam habuan dapat, mudahlah nak suruh orang ikut kita. Tapi bukan semua orang pandai dan nasib baik macam kita. Itulah orang marah.


Zaman Kunta Kinte kanak-kanak dan remaja di kampung pada tahun 1950-an dan 1960-an, orang banyak yang susah.

Jadi kena buat kerja apa saja selagi terdaya dan halal untuk cukup makan. Suatu waktu arwah ayah Kunta Kinte buat bendang dan buka kedai runcit.

Kedai runcit tutup dia kerja di kilang beras. Kemudian dia buka kedai beli getah dan akhir sekali berniaga daging bawah pokok. Sawah tetap dia buat.

Kita anak-anak tolong mana yang boleh bila balik sekolah atau masa sekolah cuti. Masa itu mak, bapa tak bawa anak-anak melancong.

Tak mampu dan tak pernah dengar perkataan melancong pun. Televisyen tak ada. Kalau nasib baik, adalah radio gelombang pendek dan sederhana.

Malas dan curi tulang hidup susah. Nak makan pun tak cukup. Jadi pencuri masuk lokap atau kena bunuh oleh orang kampung.

Zaman itu pun dah ada ciri-ciri rasuah tapi orang panggil tumbuk rusuk dan tak berapa teruk.

Gaya hidup berubah

Yang jadi masalah sekarang adalah cara cari makan dan gaya hidup dah berubah akibat kemajuan ekonomi. Majoriti hidup makan gaji.

Kalau Bumiputera, majoriti kerja tetap dengan kerajaan. Tak payah susah hati. Dapat gaji ada pencen. Orang lain kena buang kerja atau beku kenaikan gaji sebab ekonomi merosot, pekerja kerajaan selamat.

Masa ekonomi baik atau dekat pilihan raya umum dapat pula bonus dan semakan gaji. Jadi pekerja sektor awam tak pernah rasa susah atau hadapi ancaman hilang kerja.

Tak hairanlah kalau mereka manja dan asyik tuntut kenaikan gaji. Yang jadi masalah sekarang bukan sangat gaji atau kurang pekerjaan, tapi kos sara hidup yang naik cepat sangat dalam masa yang singkat.

Kerja memang banyak di negara kita. Cuma orang kita sama ada pilih kerja, nak kerja ringan, tak mahu kerja berat dan kotor atau tak ada kemahiran yang sesuai.

Tapi bagi pekerja asing yang tak ada kerja dan papa kedana di negara mereka, Malaysia adalah syurga. Sebab itulah mereka berpusu-pusu datang secara halal, haram, makruh dan sunat ke negara kita.

Boleh kata tak ada bangsa di dunia yang tak ada di negara kita sekarang kecuali, boleh jadi, orang Eskimo. Masalah kita sekarang ialah harga.

Harga barang dan perkhidmatan naik terlalu cepat dan besar dalam masa tak sampai satu atau dua tahun kerana faktor dalam dan luar negara.

Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) April lepas, kejatuhan nilai ringgit dan rizab mata wang negara, pembatalan subsidi, kenaikan kadar tol dan tambang pengangkutan awam serta kawalan harga yang lemah semuanya sumbang kepada peningkatan kos sara hidup.

Pendapatan yang dulu cukup, sekarang dah tak cukup. Bagi golongan pendapatan rendah dan miskin yang kerja sendiri lagi teruk sebab harga keluaran ladang macam getah dan sawit dah banyak tahun merosot.

Walaupun kerajaan tolong melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tapi jumlahnya tak cukup untuk tampung kenaikan kos keseluruhannya.

Jawapan kepada masalah kita adalah ekonomi yang lebih produktif dan tahap keyakinan pelabur serta pengguna yang lebih tinggi.

Pikat keyakinan pelabur, pengguna

Kalau pelabur dan pengguna tak yakin, mereka tak akan melabur dan berbelanja. Kalau mereka tak melabur dan berbelanja, ekonomi tak akan berkembang.

Inilah masa kita sangat-sangat perlukan keyakinan pelabur dan pengguna sebab kerajaan sedang hadapi masalah hasil sebab harga petroleum terus merudum.

Dalam Bajet 2016, kerajaan anggar harga minyak mentah AS$48 (RM206.23) satu tong bagi tahun ini tapi dah jatuh sampai AS$35 (RM150.37).

Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata, kita kena percaya juga kepada soal berkat tak berkat, untung dan sial serta bala dan balasan dalam kehidupan kita sebab dengan cara tiba-tiba saja segala masalah timpa kita. Wallahuaklam.

Bersatu teguh harungi cabaran 2016 , Jangan biar 2016 berlalu begitu sahaja

Jangan biar 2016 berlalu begitu sahaja

Semalam Tahun Baharu 2016 muncul di hadapan kita. Sesungguhnya, ia lembaran kosong pertama daripada 365 lembaran sebuah manuskrip yang bakal kita tulis.

Kita perlu menulis sesuatu yang indah dan bermakna bukan sahaja untuk diri kita, tetapi juga keluarga, masyarakat dan negara.

Bagaimana lakaran dan tulisan kita pada hari ini yang ditentukan oleh niat, azam, hasrat dan impian bakal mencorakkan kehidupan kita pada masa depan.

Perjalanan 365 hari seterusnya, malah sepanjang hidup kita ditentukan bagaimana kita memulakan hari ini. Bukankah peribahasa Cina mengatakan, perjalanan 1,000 batu bermula dengan langkah pertama.

Bagi yang telah membuat kesilapan pada tahun lalu, inilah hari yang kita perlu buat azam memulakan sesuatu yang dapat mengubah nasib dan masa depan.

Kehidupan ini ialah suatu perjalanan, dan bukan destinasi, maka kita perlu menghayatinya serta memastikan kita memilih laluan yang betul. jika kita pernah memilih lorong dan laluan salah, kita harus bertindak bijak agar tidak mengulanginya.

Segala hambatan dan halangan yang pernah ditempuhi, sepanjang perjalanan 365 hari yang telah pun berlalu, sepatutnya menjadi iktibar, dan bukan sesuatu yang dikesali.

Kita sepatutnya menjadi insan lebih tabah, bijaksana dan pintar. Semua itu penting di tengah kebebalan, kekeliruan dan ketidaktentuan yang melanda.

Kesilapan jika ada, sepatutnya menguatkan azam dan tekad untuk kita menjadi lebih baik. Hari-hari yang mendatang, sepanjang tahun ini adalah hari-hari yang sukar, penuh dengan teka-teki dan soalan.

Lebih banyak soalan daripada jawapan, tetapi kita perlu menjawab teka-teki dan soalan itu dengan persediaan rapi dari segi kemahiran, pengalaman dan ilmu.

Jangan mudah menyerah kalah

Meskipun perjalanan ini panjang dan berliku, kita tidak boleh menyerah kalah dan berhenti di tengah jalan. Walau betapa perit dan mencabar pun perjalanan itu, kehidupan perlu diteruskan.

Siapa tahu, ada sinar di hujung jalan. Kitalah yang melakarkan perjalanan cerita dan bagaimana watak di dalamnya berkembang kerana watak itu sebenarnya ialah diri kita sendiri meskipun tidak dinafikan, kita turut dipengaruhi persekitaran pada peringkat negeri, negara dan global.

Kita dapat menentukan bagaimana pengakhiran kisah yang kita lakarkan pada hujung tahun nanti.

Namun, berbeza daripada kisah dalam novel yang boleh diolah sesuka hati, kehidupan tahun ini dan masa depan tidak boleh dibiarkan tanpa sasaran dan matlamat pasti.

Di sebalik ketidaktentuan ekonomi, dibelenggu peningkatan kos sara hidup, pengucupan nilai ringgit, kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia, kejatuhan harga komoditi dan pelbagai kemelut sosiopolitik dalam negara, kita perlu menggenggam dan menentukan perjalanan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan lebih penting negara, pada tahun ini.

Matlamatnya, supaya kehidupan kita lebih sejahtera, makmur, dan stabil dari segi sosiopolitik. Biarlah hari seterusnya dan sepanjang tahun ini, kita lakukan sesuatu lebih bermakna, besar dan berguna.

Begitu banyak peluang untuk kita menggapai sesuatu yang lebih besar, tidak kira anda ahli perniagaan, ahli politik, sasterawan, wartawan, pelajar, petani, nelayan atau tukang sapu.

Semuanya menuntut matlamat jelas, komitmen padu, keikhlasan, kesungguhan, pengorbanan, dan seribu satu nilai murni.

Untuk bergerak ke hadapan, kita perlu berani berubah dan melangkah keluar seperti kupu-kupu keluar daripada kepompongnya.

Lebih berhemat, tahun mencabar

Sesungguhnya, kita tidak dapat lari daripada hari semalam, masa silam dan tahun yang telah berlalu kerana hari muka turut dicorakkan oleh masa silam.

Biar 2016 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita. Lakukan sesuatu yang lebih baik atau sesuatu yang anda memang berhasrat untuk lakukan selama ini, tetapi disebabkan kekangan dan kendala tertentu, tersekat dan terabai di tengah jalan.

Mengapa tidak mulakan hari ini dengan menghubungi rakan lama yang sudah dilupakan?

Mengapa tidak lupakan sengketa lama dan tukarkan dengan sesuatu yang lebih menyeronokkan serta membahagiakan.

Penuhi janji yang belum dikotakan dan berjanji untuk tidak menjanjikan sesuatu yang kemudian hanya tinggal sebagai janji.

Memang sesuatu yang merisaukan apabila banyak meramalkan, tahun ini akan menjadi lebih mencabar. Dengan keupayaan daya beli yang menguncup serta pendapatan tidak meningkat seiring kenaikan harga barang dan perkhidmatan, ramai yang perlu berbelanja lebih berhemat.

Untuk tahun ini, kita doakan negara dan dunia lebih aman dan tenteram.

Pemimpin politik perlu lebih fokus tangani masalah ekonomi dan kehidupan rakyat. Kita perlu mengelak sengketa dan mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan etnik dan agama lain.

Biar tahun ini membawa lebih banyak keceriaan daripada kemuraman. Biar tahun ini menyerlahkan lebih banyak kebijaksanaan daripada kebodohan dan kebebalan.

Selamat menyambut tahun baharu.
Jeniri Amir Berita Harian Kolumnis 3 Januari 2016 @ 6.34AM

Bersatu teguh harungi cabaran 2016

2015 adalah tahun mencabar buat rakyat Malaysia. Bagaimanapun, roh persaudaraan dan penggemblengan tenaga dalam kalangan rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta memberi sinar dalam mengatasi cabaran.

Pak Ngah tersenyum lebar apabila saya membantu anaknya, Farid, memilih kasut untuk penggal baharu persekolahan 2016.

Farid yang memakai baju pasukan bola sepak Liverpool, seronok mendapat baju, seluar dan beg sekolah baharu. Pak Ngah, ibu Salmah dan 400 ibu bapa daripada keluarga miskin lega mendapat bantuan pakaian sekolah sumbangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Universiti Taylor's.

Ini adalah amalan setiap tahun di kawasan Parlimen saya, Besut, untuk meringankan beban keluarga miskin. Dengan bantuan NGO dan swasta, insya-Allah anak keluarga miskin di Besut dipermudahkan urusan persekolahan mereka dan dapat menimba ilmu dengan selesa.

Program Ceria Kembali ke Sekolah ini dianjurkan Majlis Kebajikan Pelajaran Besut dan pejabat Parlimen. Terima kasih kepada semua yang membantu.

Sedia khidmat perubatan terbaik

Selepas program itu saya ke rumah Rahim, pesakit buah pinggang yang baru mendapat gantian buah pinggang daripada penderma.

Rahim sudah dua minggu pulang dari Kuala Lumpur selepas mendapat rawatan di sana. Dia nampak ceria. Jika dahulu Rahim perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu, sekarang tidak lagi.

Walaupun nampak lemah, beliau gembira dan bersyukur.  Doktor yang merawat Rahim memberitahu saya kos rawatan kira-kira RM200,000.

Ubat yang dimakan harian RM300. Ia dibiayai kerajaan. Rahim yang menghidap penyakit buah pinggang sejak 17 tahun lalu memberitahu saya bahawa mungkin kerajaan membelanjakan hampir setengah juta ringgit untuk perubatan beliau.

Di Malaysia, kini ada kira-kira 150 hospital untuk 30 juta rakyatnya.

Kerajaan komited memberi perkhidmatan perubatan terbaik untuk rakyat dan kebanyakan hospital kerajaan dilengkapi teknologi dan peralatan terkini.

Selepas melawat Rahim, saya jenguk sekejap ke warung di Kuala Besut untuk membasah tekak.

Restoran dipenuhi pelanggan yang pulang ke kampung dan sedang bercuti. Saya juga diberitahu supaya bertolak awal ke lapangan terbang supaya tidak lewat kerana jalan raya sesak dengan kereta. Alhamdulillah, aktiviti ekonomi di sekitar Besut cukup menjadi pada musim cuti sekolah ini.

Kemudian, saya menziarah Azmil dan empat adiknya. Mereka kehilangan ibu dua hari lalu. Azmil, 21, masih bercita-cita melanjutkan pelajaran.

Tiga adiknya juga masih belajar dengan yang bongsu, Nadia, baru berumur 5 tahun. Bapanya, seorang kenalan saya meninggal setahun lalu kerana penyakit barah.

Sekarang mereka yatim piatu. Kami mengurus supaya anak yatim piatu ini mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Masyarakat juga banyak menderma untuk membantu Azmil dan adik-adiknya.

Insya-Allah keprihatinan masyarakat setempat akan memastikan Azmil dan adik-adiknya sentiasa dijaga dan dikasihi.

Teringat saya kepada ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa sebahagian harta kita adalah milik saudara kita. Atas semangat inilah masyarakat di Besut saling membantu.

Sewaktu penerbangan pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kapal terbang hampir penuh.

Apabila tiba di KLIA, saya berjumpa jemaah yang baru balik dari mengerjakan umrah, antaranya Pak Malik, jiran di kampung, bersama isteri dan tiga anak mereka.

Ustaz Mohamad juga sama-sama pulang. Beliau adalah mutawif kepada jemaah berkenaan.

Kurangkan kos sara hidup rakyat

Alhamdulillah, ramai rakyat Malaysia berpeluang mengerjakan umrah hujung tahun ini. Saya mendoakan agar mereka dikurniakan umrah yang mabrur.

Sejak kebelakangan ini, saya membaca banyak artikel mengenai kesusahan yang melanda perniagaan dan ekonomi negara apabila harga minyak dunia jatuh ke paras AS$37 satu tong.

Tidak kurang juga kesusahan dirasai rakyat apabila dikatakan kos sara hidup meningkat. Tidak dinafikan keadaan ekonomi yang mencabar memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat.

Bahkan, kementerian saya juga tidak terlepas daripada pengurangan bajet.

Kerajaan memahami beban dihadapi rakyat dan kerap membincangkan bagaimana rakyat boleh dibantu dan beban dikurangkan. Ini usaha berterusan dan kadangkala kerajaan perlu mengambil keputusan tidak popular namun diperlukan.

Contohnya, walaupun sambutan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kurang baik, pelaksanaannya membolehkan kira-kira RM16 bilion dijana untuk negara, sekali gus memastikan kewangan negara tidak terlalu terkesan akibat kejatuhan harga minyak.

Walau apa pun, Alhamdulillah rakyat nampak masih mampu. Pentingnya, banyak NGO dan pihak swasta terus membantu. Insya-Allah, melalui penggemblengan tenaga kerajaan, NGO dan swasta, golongan miskin, anak yatim dan mereka yang kurang berada akan terus dibantu.

Saya doakan pada tahun 2016 rakyat akan lebih ceria dan diberkati.
Idris Jusoh Kolumnis 30 Disember 2015 @ 6.38AM

Simplify and be enriched

As we tackle issues like the high cost of living, we may want to look at alternatives that are cheaper, and even free.

GROWING up, I have always marvelled at how my father, who worked as a clerk until his retirement, could be the sole breadwinner in our big family.

We used to wait patiently for the end of the month and could see, from the smile on his face when he cycled home, that he had got his pay.

The sundry shop owner across the road was probably waiting just as anxiously, and would expect us to settle immediately the month’s bill recorded in the 555 notebook.

Although we grew up poor, we were self-sufficient in many ways. We reared chickens and ducks in the backyard so there was always ample supply of eggs and a big treat come the festive period.

It broke my heart when the chic­kens (reared from day-old chicks) that I called by name, ended up in the cooking pot eventually.

At that young age, I never questioned how we always had food on the table, and were privileged enough to have a set of new clothes for the Chinese New Year.

My father’s gaji was sufficient to cover monthly expenses. Come the end of the year, there were always anxious moments when we were not sure if there would be a bonus, which would allow us to buy materials for a new school year and have some left over for Chinese New Year festivities.

It was only much later that I learnt about the magic of supplementing the household income. The ladies in our household made nyo­nya kueh to sell in the neighbourhood. And my mother was an intrepid trader in jade jewellery.

I don’t know where she sourced the jewellery from, but each time she managed to sell a bangle or two, she would be happy. And my father’s sister, too, contributed by sewing beautifully stitched nyonya clothes.

There was always some form of activity going on that the younger ones in the family saw as fun, without realising that they were gene­rating income for the household.

We cut bamboo into strips for the nearby joss stick factory. Coconut shells came to us in gunny sacks and we had to break them up into smal­ler pieces which were eventually used to fuel nearby cottage industries. We even made envelopes, glueing the edges of cut paper.

I didn’t know then that these were some of the ways to supplement the household income so that we could make ends meet.

Fast forward to today – the ongoing debate as holding two jobs to keep up with the rising cost of living has raised quite a storm.

I believe many blue-collar wor­kers already do that. It may be a taxi driver who runs a food stall after hours, or takes on odd DIY jobs to bring in a bit of extra income.

White-collared workers may have other ways of making extra money, like selling insurance or unit trusts. Even writers occasionally moonlight when times are hard.

Whatever one’s opinion on the suggestion by Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Ahmad Maslan to take on a second job to make ends meet, the fact is it’s already being done by many.

But we need to look at the bigger issue. At a higher level, efforts must to be made to rein inflation in. And on a personal level, we can learn to cut our coat according to our cloth.

Many young couples start out life together highly geared, saddled with multiple loans to repay. The lure of a lifestyle beyond one’s means is strong – a larger house, bigger car, more expensive phone – the list goes on.

It would help to stop and ask ourselves, “Do I really need this?” Often much happiness can be derived from an alternative that’s cheaper, or perhaps even free.

Examples are holidaying locally instead of abroad, repurposing furniture so you needn’t buy a brand new set, or picnicking in the park rather than hanging out at designer coffee joints.

It may take some will power and creativity but there are ways to escape the materialistic trap, by simplifying one’s life.

Soo Ewe Jin The STAR Sunday Starters Sunday, 3 January 2016.

The value of friendship, old and new

Happy New Year everyone! How time flies! Mark my words, very soon we’ll be wishing everyone the same greeting again.

Twelve months breeze past without a trace. All that remains are the battle scars, for some, and a satisfying smile, for many others.

Everyone has a story to tell about 2015. For some, 2015 has been a bruising year. But that won’t stop us from looking ahead with hope and renewed commitment.


Three SK Bukit Bandaraya pupils sharing a moment on the last day of Year 6,with words of encouragement and congratulations penned on their school shirts. Time flies, and things change, but friendships must never be taken for granted. File pic


And, perhaps, with wisdom, too, God willing.

Judging from the messages circulating on social media by friends to friends on Facebook, Twitter, WhatsApp or Telegram, friendship and kinship seems to be thriving.

A few days before the year ended, New Year greetings of all sorts were being sent.

That started the rush of sending greetings and replying, a task most of us seemed to relish for a few days.

But that’s all good for virtual relationships. All you need is a smart phone and connectivity. You can send greetings across the globe, to whoever you want.

But the real test is in the physical relationships that we have in our everyday lives. With parents, loved ones, colleagues, friends and associates.

You can start a friendship quite easily. But you don’t need reminders that you have to work to make a relationship last and endure all the tests thrown at it.

You can’t just leave friendship to grow by itself. Taking your friendship for granted can mean disaster. I witnessed a new relationship being struck a few days ago.

A young businessman, in his late 30s, entered a fish-head curry restaurant along Jalan Imbi. This was my first visit there. The young man saw two women road sweepers also ordering their lunch. What he did was heart-warming.

He signaled to the cashier that he would pay for the two sweepers’ lunch. And he did.

When the two went to the cashier to pay for their food, they were pleasantly surprised that someone had given them a treat! “Kakak tu buat kerja tengah panas. Bukan kerja senang. Tapi mereka buat kerja cari rezeki halal. Apa salahnya saya belanja? Bukan selalu pun.” (The two were sweeping the road in the hot sun. That’s not an easy job. But they wanted to earn their keep in an honest way. My treat was too small. And it’s not as if I get to treat them every day).

That was the businessman’s reply when I told him I was surprised by what he did.

Over the weekend, I was told of a slightly different story of friendship and camaraderie. A group of handpicked recruits from the armed forces had undergone training to prepare them for the service.

Let’s hear his story: “We are part of a small group. Two of us were being punished for some misdeed. While undergoing training, these punishments were also intended to toughen us up.

“So, while two of us were being punished, those who were not punished were made to see the punishment meted out.

After a while, a fellow recruit stood up and asked that he be punished, too.

“Then another, and another. In the end, everyone in the group asked that they be punished even though only two of us were guilty of the minor misdeed.

“The incident gave us a new meaning of comradeship. They taught us the value of friendship, of sticking together.

“In the armed forces, we must stick together and protect each other’s backs. This can only be done if there’s a strong bond of comradeship.

“Actually, this is also needed in ordinary lives. Not just in the armed forces,” said the young recruit.

He only just turned 20 this year, but is already displaying much maturity.

So, if you have not yet sent your New Year greetings, or birthday greetings, other greetings, please do so now.

Such greetings are intended to tell your friends that they are very much on your mind.

You lose nothing by sending a few words of encouragement, appreciation or affection. Its only three days into 2016.

There’s still time to let others know that you are thinking of them.

Penolong guru atau pembantu guru?

Artikel ini di siarkan pada Sinar Harian Pendapat 03 Januari 2015.

Penulis: Azizi Ahmad
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai

INISIATIF penempatan pembantu guru yang dilaksanakan di bawah Program Rintis Pemantapan Profesion Guru (PPG) yang juga antara usaha dilaksanakan Kementerian Pendidikan dalam menangani beban tugas guru secara komprehensif, kini melalui projek perintis di Melaka dan Kedah.

Di bawah inisiatif itu, pembantu guru yang terdiri daripada Pembantu Tadbir (Pentadbiran/Operasi) Gred N17 (PT N17) dan Juruteknik Komputer Gred FT17 (JK FT17) telah ditempatkan di sekolah untuk mengurangkan beban tugas operasi dan pentadbiran serta teknikal ICT Guru Tugas Khas iaitu Guru Data (GD), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta Guru Penyelaras Bestari (GPB).

pembantu_guru_penolong_guru_sinar_03012016.jpg

Gambar hiasan. Sumber internet.

Jawatan ini disandang oleh lepasan pemegang SPM dan memerlukan penjawat menjalankan tugas pentadbiran dan operasi. Membandingkan tugas dan kelayakan dari negara-negara maju, seseorang itu memerlukan kelayakan pra-profesional atau kelayakan yang diiktiraf dan disahkan oleh badan yang diberi kuasa.

Penolong guru dan pembantu guru adalah pembantu di sekolah-sekolah dan dianggap sebagai separa-profesional.

Kamus mentakrifkan separa-profesional sebagai “seseorang yang memiliki suatu aspek tertentu terhadap sesuatu tugas profesional tetapi tidak mempunyai lesen untuk menjalankan amalan sebagai seorang yang memenuhi syarat profesional.”

Di bawah pengawasan seorang guru, kedua-dua penjawat bekerja untuk mengukuhkan arahan yang diberikan oleh guru di prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi.

Berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada, terdapat perbezaan pendapat tentang jawatan penolong guru dan pembantu guru. Bagi agensi Biro Buruh Statistik Amerika Syarikat (The U.S. Bureau of Labor Statistics), mereka menganggap kedua-dua kerjaya sebagai sama.

Menurut agensi itu, penolong guru dan pembantu guru melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan perhatian tambahan dan arahan kepada pelajar di bawah jagaan mereka.

Sebagai contoh, mereka turut menyemak pelajaran murid-murid, membantu guru dalam aktiviti pembentangan dan persembahan kumpulan-kumpulan kecil atau dengan setiap individu. Mereka juga menyemak kehadiran dan membantu guru-guru mengira gred.

Mereka juga mendapatkan bahan-bahan dan persediaan peralatan mengajar untuk guru. Selain itu, penolong guru dan pembantu guru juga membantu memastikan peraturan sekolah dan bilik darjah dipatuhi. Mereka juga membantu guru-guru di luar bilik darjah, seperti menyelia waktu rehat atau mengiringi murid dalam lawatan dan gerak-kerja luar.

Jabatan Pelajaran Negeri New York (New York State Education Department - NYSED), bagaimanapun, membezakan antara seorang penolong guru dan pembantu guru. Ia mentakrifkan pembantu guru sebagai orang yang “menyediakan perkhidmatan pengajaran kepada pelajar-pelajar di bawah penyeliaan am seorang guru berlesen atau yang berkelayakan.”

Sementara penolong guru pula ditakrifkan sebagai, “melaksanakan tugas bukan pengajaran di bawah pengawasan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan mengikut Undang-undang Perkhidmatan Awam New York".

Tambahan pula, NYSED memerlukan pembantu guru untuk mendapatkan pensijilan Tahap I, Tahap II, Tingkat III, pensijilan  Pra-Profesional Sementara atau Sijil Pengajaran Berterusan Penolong Guru. Walau bagaimanapun, pensijilan tidak diperlukan untuk penolong guru mengikut Undang-undang Perkhidmatan Awam di New York.

NYSED turut menggariskan tugas penolong guru dan pembantu guru. Pembantu guru boleh bekerja dengan pelajar-pelajar individu atau kumpulan atau “projek pengajaran khas” jabatan.

Mereka juga membantu dan menyediakan guru-guru dengan maklumat dan butiran mengenai pelajar-pelajar, sesuai dengan perkembangan umur, tingkah laku,  aktiviti dan gaya pembelajaran pelajar. Selain itu, pembantu mengajar juga membantu pelajar menggunakan sumber-sumber pengajaran yang disediakan dengan betul. Mereka juga boleh membantu dalam membangunkan bahan-bahan pengajaran.

Penolong  guru pula, terlibat dengan tugas-tugas bukan pengajaran.

Sebagai contoh, mereka boleh membantu dengan penjagaan fizikal dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan dan juga membantu guru-guru dengan keperluan tingkah laku atau pengurusan pelajar.

Mereka juga membantu guru di dalam makmal dengan mendapatkan peralatan makmal dan bahan-bahan persediaan serta membantu pelajar melaksanakan eksperimen.

Mereka juga membantu dalam ujian dan peperiksaan, membantu menyemak kertas ujian, merekod gred dan mentadbir fail pelajar.

Tidak kira apa tugas kerja yang khusus, penolong guru mahupun pembantu guru, kedua-duanya memerlukan kesabaran. Namun sifat yang paling penting adalah penolong guru mahupun pembantu guru perlu mempunyai sifat ikhlas dan tulen untuk kebajikan pelajar di bawah jagaan mereka.

* Azizi Ahmad, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai

* Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.