April 26th, 2016

Bullying happens in academia

I REFER to the letter “Dealing with bullies at work” (The Star, April 15). One such place where bullying often occurs but unknown to most is academia, although university administrators may deny this. The hard truth is bullying in the form of mobbing, camouflaged aggression and harassment exists within academia.

Academics are surprised to experience hazing as those with genuine and good qualifications but from less prestigious universities are continually treated as second-class academics at best by those who graduated from elite universities. Those from lesser-known colleges are often ridiculed even if they can hold their own ideas and defend them. Their fault is the lower rank of their alma mater.

Academics are also bullied by administrators who get them to show support for certain individuals when well-known personalities visit the campus.

Compulsory attendance is a definite method to fill the hall, and a full hall augurs well for the administrators and makes the prominent visitors feel welcomed and comfortable. The postponement of classes to attend these functions doesn’t matter to the administrators. What matters is the acceptable turnout in the hall to please the guests and put the administrators in a good light.

This method is also used to fill the hall to listen to top management outlining the future plan of the university. Attendance is recorded electronically and an academic’s presence or absence will be easily detected. His/her absence is taken to mean that he/she does not have the shared vision of the top management.

This will be used to deny him/her leave, travelling and subsistence allowances when opportunities come to attend and to present papers at a conference.

The difficulty in finding time for replacement classes is the problem of the academics even though it was initiated by the administrators. To solve the problem, academics would do a “speed up” or summary of the lessons or considered the period as cancelled and the topic done.

Presenting papers at conferences abroad is an opportunity for academics to promote their institutions, travel abroad and share their findings and ideas with other academics. But procedures as prescribed by the universities are like invisible barriers discouraging the academics from going.

Attending international conferences locally or abroad is challenging. The acceptance of a paper is testament to its quality as confirmed by a conference’s committee after being scrutinised for its worthiness. Despite this, it is still subjected to approval by the faculty’s or the university’s committees.

A junior academic and those from lesser-known universities may find their papers being rejected perhaps out of envy or jealousy by senior academics who sit on the committees.

To overcome the obstacle and out of fear his/her application may not be approved, he/she may endorse the administrators and/or those seniors as co-writers. Thus, instead of 100% credit as author, he/she has to share it with the “co-authors”. Worse he/she may feel obliged to name the administrators or senior academics as the lead authors. This is tantamount to blackmail and corruption although no money is involved.

Why join the academia? The answer normally centres on love for teaching, writing and research. But over and above these, an academic has to be involved in several activities and hold administrative posts to help his/her faculty.

Though the involvement is voluntary in nature, many academics will admit that they have to comply with the wishes of the administrators. Their high marks in teaching, writing and research will be deemed useless if there is hardly any non-academic contribution.

Those returning with PhDs, hoping that their specialisation will contribute to a university’s academic advancement through research and writing, are also not spared. What surprises them – and is a loss to a university – is their placement as administrators rather than as academics. This defeats the purpose of having a specialist.

In this age of electronic communication, to gain access and quick response, many heads of department set up their own complaint blog online or on Facebook to get feedback from students. Some students have no qualms ganging up on academics. They want excuses to explain their own poor performance and grades and may not hesitate to undermine the genuine efforts of the academics and hold them to ransom. As an analogy, football referees will testify that those who are quick to voice their dissatisfaction are normally from the losing team.

No one deserves to be humiliated, undermined, insulted, shunned, marginalised, ganged up on or even spoken to harshly in any workplace. Academics are no exception.

UPSI di hamparan warisan tiga generasi

BERADA di sini, lantas penulis teringat cerita silam. Di sini, 94 tahun lampau, wujud­nya Sultan Idris Training College (SITC) yang menandakan titik bersejarah penting bagi orang Melayu kerana penubuhannya adalah titik tolak perkembangan pendidikan vernakular Melayu. SITC melakar tradisi kecemerlangan yang tiada tolak tandingnya, sekali gus dilihat sebagai ‘universiti’ terunggul ­Melayu yang amat berjasa.

Selepas menempuh jarak masa yang panjang, SITC memasuki era barunya bila mana pada 1 Mei 1997, tertubuhlah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menoleh sejarah awal UPSI bermula dengan penubuhan sebuah Maktab Latihan Guru apabila R.O. Winstedt mengilhamkan cadangan penubuhan itu ke Persidangan Residen-residen pada 10 Mei 1917 agar ditubuhkan sebuah maktab pusat bagi melatih guru dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu.


BANGUNAN Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1963.

Pada 26 Mei 1917, Tanjung Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat untuk pembinaan kolej berkenaan. Sementara itu, cadangan nama Sultan Idris Training College (SITC) telah dipersembahkan kepada Almarhum Sultan Abdul Jalil Shah, sultan yang memerintah Perak pada 1916 hingga 1918.

Reka bentuk bangunan mem­punyai ciri-ciri zaman pertengahan Gothic. Kerja-kerja pembinaan kolej itu siap pada 1922 di atas tanah seluas 64 hektar untuk dijadikan kampus dan kerja-kerja pembinaan bermula pada Ogos 1919. Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina ala Gothic zaman pertengahan manakala pada 1922, pembinaan maktab siap sepenuhnya.

Pada 29 November 1922, SITC dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir W. George Maxwell. Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah yang diabadikan pada nama maktab ini ialah Sultan Perak yang ke-28. Penubuhan SITC di­anggap sebagai satu era baharu yang menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu.

Pengarah Pelajaran Negeri-­Negeri Selat, Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa hari tersebut menandakan titik bersejarah bagi orang Me­layu kerana ia (penubuhan SITC) adalah titik tolak dalam perkembangan pendidikan vernakular Melayu. Pengambilan pertama pelajar 19 November 1922 manakala pada Mac 1924, SITC me­ngeluarkan guru terlatihnya yang pertama seramai 58 orang. Dalam era ini jugalah bermulanya usaha membina peradaban bangsa menerusi bahasa Melayu manakala Pejabat Karang-Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan meninggikan bahasa ibunda.

Antara mereka yang pernah menjadi tenaga pengajarnya ialah O.T. Dussek (Pengetua), M.R. Holgate, W.B.O. Sir Williams, D.H. Ghrist, Mohammad Hashim Taib, Noordin Harun, Ibrahim Dato’ Muda Linggi, Abdul Rahman Muh­yiddin, Hanafiah Md. Saman, Mohamad Said Hussin, Abdul Hadi, W. Olaguera (Manila) dan Lebai Jaafar Abdul Rashid (guru al-Quran). O.T. Dussek dilantik sebagai Pengetua SITC yang pertama.

SITC berjaya mengharum bangsa Melayu dan Tanah Melayu dengan kelahiran ramai tokoh besar yang tinggi jasanya terhadap kemajuan bangsa Melayu khasnya dan tanah air amnya. Nama-nama seperti Mohd. Hashim Talib, (Guru Besar pertama SITC 1922-1942), Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (Pendeta Za’aba) dan Mohd. Yusof Adil (Buyung Adil). Diikuti pejuang kemerdekaan Harun Mohd. Aminurashid dan Ibrahim Yaacob, pen­didik dan penulis, Abdullah Sidek dan bekas Menteri Besar Brunei, Datuk Awang Marsal Maun.

Nama-nama besar lain ialah Datuk Abdul Rahman Talib, (bekas Menteri Pelajaran), Tan Sri Senu Abdul Rahman, (bekas Menteri Penerangan dan Penyiaran), Shahrom Husain (sejarahwan) dan Aminuddin Baki (Bapa Pendidikan Malaysia).

Juga Sasterawan Negara ke-7, Datuk Dr. Noordin Hassan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had Salleh, Naib Canselor UKM, UUM dan Pro Canselor UPSI, Tun Abdul Rahman Abbas dan Sasterawan Negara ke-11, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala).

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Tan Sri Syed Nasir Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba dan Profesor Datuk Sidek Baba adalah guru atau anak kandung SITC yang mengukir nama di persada negara.

Kemudian bagi memenuhi ke­perluan Laporan Razak, pada 1957 nama SITC ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Walaupun bertukar nama, MPSI tetap mengekalkan legasi SITC sebagai institusi pendidikan ternama Melayu. Muncul pada ketika itu ­beberapa orang tokoh besar penyair ternama, cerpenis dan novelis Melayu, antaranya A. Wahab Ali, Ali Majod, Hasan Ali, Othman Putih, Kemala, Suhaimi Muhamad, Shahnon Ahmad, Suratman Markasan dan lain-lain.

MPSI terus diiktiraf apabila pada 21 Februari 1987 tarafnya sebagai sebuah maktab ditingkatkan menjadi sebuah institut dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). IPSI memasuki era baharu pada 1997 apabila secara rasmi dinaik taraf menjadi universiti de­ngan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mula beroperasi 2 Mei 1978 dengan kemasukan pertama kumpulan pelajar sebanyak 350 orang.

UPSI adalah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang ­penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara berperingkat-peringkat dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Datuk Dr. Ashari Che Mat dilantik sebagai Naib Canselor pertama manakala Profesor Dr. Abu Bakar Nordin sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik.

Nama UPSI terpancar sebagai simbol keunggulan institusi ini sebagai sebuah universiti yang sepenuhnya menawarkan program pengajian pendidikan baik di peringkat ijazah sarjana muda mahupun lanjutan. Majlis Pecah Tanah Kampus Sultan Azlan Shah disempurnakan oleh Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 22 April 2002.

Kini kampus utama UPSI dikenali Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang lokasinya di Tanjung Malim manakala untuk kampus baharu di Proton City diberi nama Kampus Sultan Azlan Shah. Tapak yang bertempat di Bandar Baru Proton City ini akan memberikan satu impak pembangunan kepada kawasan sekitar terutamanya kepada bandar Proton City.

Kampus yang berdekatan de­ngan Pusat Komersial Bandar Proton dan Kilang Proton ini juga lengkap de­ngan kawasan berlatar belakangkan kehijauan Banjaran Titiwangsa. Keindahan sumber alam semula jadi ini akan memberikan satu persekitaran yang sempurna untuk menambah nilai dalam proses pembelajaran pelajar. Kampus baharu ini juga dirasmikan oleh Almarhum Sultan Azlan Shah pada 16 Jun 2012.