May 2nd, 2016

Ketahui hak anda

KALANGAN kita pasti pernah berdepan dengan ‘pembuli’ di tempat kerja, dan jika tidak ­ditangani boleh memberi ­tekanan dan kesan kepada orang lain sekali gus menjejaskan prestasi sesebuah organisasi.

Artikel ini disiarkan di Utusan Malaysia Rencana Forum 02.05.2016

Kebanyakan ‘pembuli’ adalah mereka yang berjawatan. ­Kebiasaannya, ­‘pembuli’ bijak bermain emosi dan ­memperdaya kakitangan melakukan tugasan diarahkan pihak atasan kepada mereka. ­‘Pembuli’ selalunya tidak ­sanggup menolak atau ­mengkritik arahan diberi, dan seseorang perlu melakukan untuk mereka demi kepentingan diri.

Ironinya, kakitangan tidak menyedari bahawa mereka telah ditekan melakukan tugasan di luar bidang kuasa. Punca ­memanipulasi atau membuli adalah rumit dan kompleks­ ­walaupun kebiasaannya­ ­berpunca daripada sikap gila kuasa, ingin mengawal pasukan kerja dan kedudukan, selain mahu disanjungi atau ­mempunyai beberapa agenda tersembunyi.

Masalah ‘pembuli’ jika d­ibiarkan boleh ­mewujudkan konflik dalam pasukan kerja, kakitangan berasa kecewa dan akhirnya syarikat akan ­kehilangan pekerja berbakat dan berdedikasi.

Sebagai pekerja, kita ada hak untuk berkata ‘tidak’ jika ­berasakan ada sesuatu tidak kena, hak meluahkan perasaan dan pendapat berbeza, hak mendapat bayaran setimpal, hak untuk menjaga dan melindungi diri daripada diancam secara fizikal, mental dan emosi yang memanipulasi pemikiran anda.

Tidak perlu kurang ajar, dan secara sopan boleh berkata: “Harap maaf. Saya tidak boleh ­membantu kerana saya ­mempunyai k­omitmen dan ­tugasan lain”. Tetapkan hak sempadan anda dan jangan biarkan mereka mengugut anda. Perlu sentiasa dapatkan ­maklumat dari sumber sahih agar tidak terperangkap ­dengan tingkah laku ­manipulatif ­‘pembuli’.

Pada akhirnya, matlamat­ ­sebenar bukanlah untuk ­mengubah si ‘pembuli’ tetapi yang lebih utama adalah untuk mengetahui dan memahami ­hak-hak anda untuk melindungi diri daripada ‘diputarbelitkan’ oleh mereka.

AZIZI AHMAD Segambut Luar, Kuala Lumpur

Pendidikan patut seiring perubahan dunia

SEORANG insan yang hidup masa kini, bukan manusia yang sama, yang hidup pada kurun ke-20 lalu. Demikian juga generasi baharu yang meningkat remaja dan dewasa sekitar umur 30 sekarang, bukan lagi sama dengan orang yang hidup pada abad lalu.

Generasi sekarang ialah generasi siber, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), yang mengalami perubahan radikal dari segi mental, emosi dan akal fikiran.

Maka ketika berbicara, mendidik dan mengajar mereka, segala pendekatan, kaedah dan hujahan tidak lagi sama seperti dilakukan nenek moyang, guru dan orang kampung dahulu.

Sebagai ibu bapa, guru dan pendidik, termasuk pimpinan negara dan politik hari ini, harus memahami realiti ini, kerana ada ibu bapa kini, malah guru dan pendidik sendiri yang nampaknya tersalah arah dalam mengajar dan mendidik anak-anak sekarang.

Perubahan dalam jangka masa 60 tahun, meliputi setengah abad kedua kurun ke-20 dan satu dekad kurun ke-21, menghasilkan transformasi yang amat ajaib sekali bagi dunia.

Penghuni dunia kira-kira dua bilion pada tahun 1950 kini mencecah bilangan yang berganda.

Penghuni dunia kini lahir dalam zaman teknologi, termasuk ICT yang tiba-tiba muncul di depan matadalam masa amat singkat.


Daya pemikiran manusia

Sejarah perkembangan dan pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan ICT membuktikan, semakin meningkat daya pemikiran serta penciptaan manusia, maka masa yang diambil dalam proses pembangunan menjadi semakin cepat.

Proses pembangunan sektor pertanian dalam kehidupan manusia kuno mengambil masa ribuan tahun untuk mencapai tahap kesempurnaan.

Kemudian pembangunan sektor perindustrian menyusul juga sudah memakan masa hingga ratusan tahun untuk sampai ke destinasinya yang mantap, walaupun tidak sepanjang masa diambil oleh pembangunan sektor pertanian.

Namun, amat menakjubkan proses pembangunan ICT yang hanya baru berlaku pada pertengahan kurun ke-20 sudah sampai ke kemuncak kemajuannya dalam jangka masa kira-kira satu dekad sahaja pada kurun ke-21 ini.

Nampaknya ledakan pembangunan ilmu manusia dalam komputer dan teknologi serta peralatan berhubung dengannya hanya mengambil masa singkat untuk menguasai dunia dan manusia seluruhnya, dengan sendirinya sudah melakar sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perubahan dunia.

Oleh kerana pendidikan adalah persoalan manusia untuk manusia, maka pertambahan penghuni dunia begitu besar yang menguasai alam siber, ICT yang amat canggih, hal ini meletakkan dunia dalam tekanan termasuk bidang 'pendidikan'.

Kemajuan bidang perubatan dalam masa sama berjaya memanjangkan usia manusia, yang juga meletakkan tekanan lebih terhadap kesejahteraan sosial dan khidmat kesihatan.

Bekalan makanan yang dulunya mencukupi untuk manusia seluruh dunia selama 10 hari, sekarang kehabisan dalam masa tiga hari sahaja.

Dalam perlumbaan manusia untuk mempercepat pengeluaran makanan, berlaku pelbagai pencemaran mengakibatkan perubahan cuaca, kemarau dan banjir, malah membawa kepada pertelagahan di antara dunia maju dan membangun, hingga ada kalanya mengakibatkan peperangan serta keganasan, tindas menindas, mengakibatkan pula penghijrahan, pelarian perang dan sebagainya, yang mengkucarkacirkan manusia.

Bank Dunia melaporkan, sekurang-kurangnya satu bilion manusia hidup dalam kemiskinan tegar, berpendapatan kurang AS$2 sehari atau RM7.79 (Bank Dunia 2011).

Tekanan mental, emosi

Tekanan yang dihadapi oleh manusia sebenarnya memberi kesan yang kritikal terhadap pembangunan pendidikan formal dan tidak formal bagi manusia abad baru ini.

Ia sering mengakibatkan tekanan mental dan emosi manusia yang secara langsung mencabar keberkesanan pendidikan terhadap generasi baharu daripada keluarga dan masyarakat, juga pendidikan rasmi di sekolah dan pusat pengajian formal terhadap pembangunan insan dari jasmani, rohani dan akal mereka.

Hal ini ada kaitan rapat dengan pendidikan Islam kerana Islam adalah satu sistem hidup bertujuan mendidik manusia.

Pendidikan itu tidak hanya disalurkan melalui kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT, malah misi itu diperkuatkan dengan perutusan Nabi dan Rasul untuk mendidik manusia dengan perkataan, perbuatan dan teladan sewajarnya bagi mencipta dunia dan penghuninya yang bertamadun.

Hubung kait sistem penghadaman dan otak

PADA saat kita keliru atau tidak pasti untuk membuat keputusan, penyelesaian hanya satu iaitu mengikut kata hati.

Situasi itu dialami kebanyakan orang. Meskipun penyelesaian itu ditakrifkan sebagai tidak berasas, mengikut satu penyelidikan baru-baru ini, andaian itu berkemungkinan benar. Ini kerana sistem penghadaman dan otak, mempunyai hubung kait sejak daripada lahir. Ia bermula dari dalam rahim.


Di peringkat embrio, ketika pembentukan sistem saraf, rabung yang dikenali puncak neutral, berpecah kepada dua organ.

Kemudian, sistem itu membentuk otak dan sistem penghadaman.

Justeru, tidak hairanlah ada yang mengatakan bahawa sistem penghadaman juga dikenali sebagai otak kedua.

Ini bermakna sistem penghadaman dan otak saling berhubung kait oleh saraf vagus, di mana kebanyakan maklumat bergerak dari sistem penghadaman ke otak dan kembali semula.

Sistem Penghadaman: Otak Kedua


Sebenarnya, sistem penghadaman berupaya mempengaruhi keseluruhan emosi seseorang. Ini berikutan ia mempunyai kuasa kimia yang menghasilkan sebahagian besar bahan kimia yang diperlukan badan kita.

Ini termasuk Serotonin, iaitu bahan kimia yang mencetuskan perasaan 'rasa-baik' dihasilkan oleh sistem penghadaman.

Begitu juga dengan lebih daripada 30 neurotransmitter lain.

Meskipun kebanyakan neurotransmitter hampir sama dari segi biokimia dengan yang boleh didapati di dalam otak, namun bahan kimia berkenaan tidak memasuki otak tetapi ia memberi isyarat kepada sistem saraf pusat menerusi probiotik.

Maka, apabila berlaku berlaku pengurangan bakteria baik dalam sistem penghadaman, jadi semakin kurang neurotransmitter yang dapat dihantar ke sistem otak sekali gus mempengaruhi emosi dan perasaan.

Dalam erti kata lain, sistem penghadaman bertanggungjawab terhadap pencernaan makanan, sistem imun dan pengawal-selia hormon.

Ini menarik minat ramai penyelidik melakukan kajian mengenai flora usus, yang dikatakan mempengaruhi emosi dan tekanan.

Kumpulan saintis ini juga mendapati bahawa hubungan intim antara sistem penghadaman dan otak adalah dwi-hala, bagaimana otak boleh menghantar rasa tidak selesa kepada perut anda, sistem penghadaman juga boleh menyampaikan rasa tenang atau gelora kepada otak.

Pemakanan Untuk Sistem Penghadaman


Sistem penghadaman adalah organ yang bergantung kepada keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik.

Manusia mewarisi kultur daripada keluarga sejak lahir, iaitu bakteria baik yang mempunyai banyak manfaat, namun memerlukan keseimbangan. Imbangan tertentu antara bakteria baik dan bakteria tidak baik dalam sistem penghadaman berubah menerusi pemakanan.

Jadi masyarakat disarankan mengamalkan pemakanan yang baik untuk sistem penghadaman.

Antaranya, mempelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ia bukan saja menyihatkan tetapi kaya sumber serat, vitamin, mineral dan antioksidan.

Pemakanan seimbang memupuk bakteria yang baik untuk sistem penghadaman yang sihat.

Demikian juga, tabiat pemakanan zaman sekarang ini dikaitkan dengan pembinasaan flora dalam sistem penghadaman.

Justeru, kita disarankan menambah baik sistem penghadaman dengan mengambil makanan yang mengandungi probiotik.

Antara kaedahnya ialah mengelakkan makanan yang diproses dalam diet anda di samping meningkatkan pengambilan bakteria baik seperti yang terkandung dalam VITAGEN.

Dengan pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik, sistem penghadaman akan menjadi seimbang.

Selain itu, masyarakat disarankan mempraktikkan gaya hidup sihat.

Meskipun banyak kekangan kesibukan rutin harian masing-masing lebih-lebih lagi zaman moden ini, langkah ini tetap perlu.

Selain gaya hidup sihat, langkah mudah yang boleh diambil adalah dengan menikmati sebotol VITAGEN.

Minuman susu kultur ini yang mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei.

Gabungan dua kuasa ini membantu sistem penghadaman dan memelihara imbangan tubuh yang penting untuk sistem imunisasi yang lebih kuat.

Yang pasti, ia adalah cara yang paling mudah untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman anda di tahap optimum.

Coming to grips with HOTs, Mahdzir blogs on stint so far

Mahdzir blogs on stint so far

IT has been a year since Datuk Seri Mahdzir Khalid’s debut as the country’s 20th Education Minister.

In his first blog entry on http://portal.tokdet.my/, Mahdzir gives his take on Malaysia’s education system, especially the heavy influence that technology has on teaching today.

“Watching television and listening to the radio were luxuries back when I was in school. We could only watch television by peeking through the windows of our well-off neighbours,” he says in the blog.

“Now, times have changed. Rapidly changing technology has made our children into digital natives, constantly exposed to information from all around the world through all kinds of media, which we would not have imagined was possible just a few years ago.”

He says that today’s younger generation constantly has information at their fingertips.



Changing roles: Teachers must act as facilitators in class and cannot merely feed students with information, says Mahdzir.

He adds that the ease with which information is obtained is bound to raise many questions in the minds of teachers.

“How can easily-accessed information be translated into beneficial knowledge?”

“What is our role as educators when facing students who might know more than us?”

“How can the limited classroom time be fully utilised to form well-rounded students?”

While acknowledging that educators are facing a challenging time as Malaysia undergoes a massive education reform through the Malaysia Education Blueprint 2013-2025, Mahdzir says it is clear that Malaysians have high expectations of the country’s education system to equip our students with the necessary skills so that they become successful.

“Actually, society doesn’t need to worry because the direction of the nation’s education is spelt out in the Blueprint.

“In 10 years, Malaysia will be in the top third list of countries with the best education systems,” he says.

He adds that Malaysia will achieve this by fulfilling six student aspirations that encompass knowledge, thinking skills, leadership skills, bilingual proficiency, ethics and spirituality, and national identity.

“The ministry will provide access to quality education, ensure equity, instil unity and maximise service efficiency.”

Mahdzir adds that in his many school visits he has seen the changes happening in the classrooms.

Most notably is the spike in student participation.

“Students now sit in groups making it easier to have discussions and debates while the teacher acts as the facilitator,” he shares.

“When asked, most of the students say they obtain the information for their discussions through the Internet, either at home or the computers in the library,” he says, adding that they seem more confident and often work together to complete their assignments.

This is 21st century learning, he adds.

Mahdzir says that the teachers also understand that their roles have changed. Instead of just feeding knowledge to their pupils, they are now facilitators who encourage student interaction in groups.

“They now encourage students to get information from outside the classroom through various sources and media,” he says.

He also says that teachers are more open to working with parents because they understand that student development requires cooperation from all parties.

“I am thankful that the teachers have a positive outlook towards this education transformation.”

However, he says the 21st century challenges faced by teachers is not something to be taken lightly.

“In our efforts to use information technology and communication (ICT) in education, we cannot run away from issues involving connectivity.”

As of the end of 2015, 6,695 schools have high-speed Internet access and another 2,245 are using Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL) or Very Small Aperture Terminal (VSAT).

However, the Internet speed in several schools isn’t fast enough which has an effect on the learning and teaching process .

“All these things have been noted by the ministry and we are working to improve the current service to keep up with the fast-paced changes happening in this global technological era,” adds Mahdzir.

He says that educators need to prepare students for the future by recognising their talents and skills.

“How can an individual (student) contribute to the country?”

“How can the student grow holistically so that he can appreciate values and spirituality?”

“Clearly, a teacher’s job is challenging but I am confident that if a large number of our teachers have a positive and proactive spirit like those I’ve met, our goal to transform our education system will be achieved.”

Coming to grips with HOTs

HIGHER order thinking skills (HOTs), is one of the key attributes mentioned in the Malaysia Education Blueprint, officially launched in 2013.

It is meant to equip Malaysian schoolchildren to apply what they have learnt in different situations or settings. It helps students to analyse, reason, communicate in their decision-making abilities – all useful living skills.

Teachers have been attending various courses on the subject to enhance their HOTs skills.

Parent-Teacher Associations (PTAs) have also been told to play an active role in improving teaching and learning in schools.

Schools are also looking towards 21st century learning by redesigning their existing classroom.

These classes are expected to create better learning environments for students to meet new challenges.

The changes are necessary for students to acquire knowledge using different methods of learning through communication, collaboration, critical thinking and problem solving.

While all this sounds impressive, are teachers being trained enough for HOTs and these new techniques in education?

While conducting motivation and exam seminars are helpful, school heads must realise that students must be taught how to make thinking visible. Teachers should also be taught on how to incorporate HOTs into their content instruction.

In order for Malaysians to think out of the box, it is fundamental that those formulating education policies and content for teacher training courses, include critical thinking and problem solving elements into them. Zahari Othman International Islamic University Malaysia The STAR Home News Education Sunday, 1 May 2016