May 27th, 2016

Sebutir permata sejuta harapan

“Kanak-kanak adalah tunjang kepada ketamadunan negara. Mereka adalah aset bernilai untuk pembangunan bangsa demi merealisasikan visi dan menjadi lakaran pertumbuhan negara pada masa depan.” Itu adalah asas utama Datin Seri Rosmah Mansor mewujudkan Program Permata Negara (Permata) 10 tahun lalu.

Program itu mengalu-alukan kanak-kanak dan remaja dari semua peringkat dan kumpulan masyarakat dengan objektif untuk menyediakan platform demi mengasah potensi dan bakat mereka.‘Permata-permata’ bernilai ini amat penting untuk memandu generasi masa depan negara sekali gus menjadi kebanggaan Malaysia.

Untuk itu, bagi menggarap idea yang dicetuskan isteri kepada Perdana Menteri itu, pelbagai kumpulan profesional, ahli akademik, aktivis dan pegawai-pegawai kerajaan diajak bersama menggilap permata berharga tersebut selain mencari penyelesaian masalah sosial yang melingkari golongan itu.

Kajian berkaitan mula dijalankan termasuk menyelidik program pendidikan awal kanak-kanak di beberapa negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemantauan itulah, maka lahirlah Program Permata Negara berkonsepkan keseronokan belajar mengikut apa yang kanak-kanak mahukan dengan memberi fokus pendidikan secara pengalaman.

Kurikulum Permata Negara diinovasikan dan diadaptasikan daripada amalan terbaik dan model Pusat Pen Green, Corby, London serta disesuaikan mengikut falsafah pendidikan dan budaya negara ini. Demi kejayaan pelaksanaan projek permulaan Program Permata, ia diperluaskan ke seluruh negara bagi memberi peluang lebih ramai kanak-kanak mendapat pendidikan terbaik.

Kini seramai 25,000 kanak-kanak daripada 800 Pusat Permata di seluruh negara mengikuti program itu. Bermula dengan pelaksanaan Program Permata untuk bayi sehingga kanak-kanak berumur 4 tahun itu, kini program tersebut dikembangkan kepada enam lagi konsep pembelajaran untuk pelbagai kumpulan kanak-kanak dan remaja.

Permata terus mengorak langkah dengan penubuhan Permata Pintar iaitu sebuah program khusus untuk remaja pintar dan berbakat luar biasa dalam bidang Sains, Matematik, Teknologi dan Kejurute­raan (STEM). Kemudian, Permata tidak menoleh ke belakang dengan mewujudkan program khusus untuk kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan dalam keagamaan melalui kefahaman al-Quran dan As-Sunnah iaitu PERMATA Insan.

Anak-anak Permata Insan ini dipilih sejak umur lapan tahun dan diuji kecerdasan intelektual (IQ) serta dinilai dari segi minda agama mereka.


ROSMAH MANSOR bergambar bersama anak-anak Permata pada majlis prapelancaran Persidangan Antarabangsa Permata (PIC) 2016 di Seri Perdana, Putrajaya, baru-baru ini. PIC adalah siri seminar antarabangsa bertemakan Children Beyond Tomorrow bakal berlangsung dari 31 Mei hingga 2 Jun di PWTC. UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN
Apabila sampai masanya nanti, pada setiap tahun akan lahir antara 50 hingga 60 pelajar yang mempunyai kemampuan luar biasa melalui program ini.
Setelah itu, Permata turut melahirkan Permata Seni untuk menggilap bakat yang berminat dalam kesenian. Siapa sangka melalui Permata Seni, salah seorang peserta koir Amir Adrian Amir Hamzah daripada Permata Seni Koir telah mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama mendapat tempat di Augarten Palace di Vienna, Austria - tempat yang melatih kanak-kanak untuk menganggotai Vienna Boys Choir yang terkenal itu.

Seorang lagi pelajar, Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal daripada Permata Seni Muzik di­terima melanjutkan pengajian dalam bidang piano dan pengubahan lagu di sekolah muzik terkenal dunia Juilliard School dan rakyat Malaysia pertama diterima belajar di sekolah berprestij itu.

Program Permata tidak melupakan golongan remaja yang terpinggir daripada pelajaran. Untuk itu Program Perkasa Remaja diwujudkan iaitu sebuah program untuk remaja berisiko dan program dalam komuniti. Satu lagi detik perjalanan yang penting buat Permata iaitu Permata Kurnia, sebuah program khusus untuk memberikan per­khidmatan intervensi kepada kanak-kanak autism turut ditubuhkan. Tahun hadapan, kita akan menyaksikan sebuah Hospital Pakar Kanak-Kanak Permata akan siap dibina untuk kesihatan dan ke­sejahteraan kanak-kanak.

Begitulah perjalanan Permata, bukan mudah untuk bermula dan juga mengekalkan reputasi serta kualiti ketujuh-tujuh inisiatif permata. Esok, sekali lagi Permata melakar sejarah kepada negara apabila berjaya menerima anugerah antarabangsa iaitu Anugerah Global Good Governance di dalam kategori 3G Children Welfare. Penganugerahan 3G ini ialah anjuran Cambridge IF Analytica iaitu sebuah badan yang mengiktiraf kerajaan, sektor korporat dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menunjukkan prestasi yang tinggi dan mempamerkan kecemerlangan di dalam ketelusan, tadbir urus yang baik dan tanggungjawab sosial.

Langkah itu tidak terhenti di situ sahaja. Kejayaan Permata mahu dikongsi bersama dengan negara lain bagi Program Permata akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Permata 2016 dengan bertemakan Children Beyond Tomorrow pada 31 Mei hingga 2 Jun ini.

Semua itu demi melahirkan modal insan yang cerdas minda (IQ tinggi), cerdas emosi (EQ tinggi), cerdas rohani (SQ tinggi) serta cerdas sosial dan fizikal. Juga atas asas dan matlamat untuk melahirkan kanak-kanak yang holistik dan seimbang, selain mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris, bijak bergaul, sihat jasmani serta suci rohani.

The rules of royal succession

The Federal Constitution provides the basis for choosing the King’s successor, aided by a rich tapestry of constitutional conventions or practices.

THE five-year reign of our fourteenth Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, the Sultan of Kedah, is coming to a close on Dec 12 this year. His Majesty was also our fifth Yang di-Pertuan Agong from Sept 21, 1970 to Sept 20, 1975 and has the unique distinction of being the first and only reigning Sultan to be elected by his brother Rulers to ascend the federal throne twice.

Who will succeed His Majesty in December? Under the Federal Constitution, Articles 32, 38(2) and the Third Schedule provide the basic rules relating to succession but these have become inlaid with a rich tapestry of constitutional conventions or practices.

Conference of Rulers: Under Malaysia’s unique system of elective monarchy at the federal level, the King is elected by the Conference of Rulers.

For the purpose of the sovereign’s election, the Conference consists only of his brother Rulers from the nine Malay states. The Governors of Malacca, Penang, Sabah and Sarawak take no part in the election nor are they eligible to contest.

Rotation: Unlike the bloody “Wars of the Roses” fought over the English throne, the nine Malay monarchs have developed a civilised though complex system of sharing the federal throne.

They take turns in such a way that every Ruler who is willing and deemed suitable by the Conference can occupy the federal throne at least once before another Sultan occupies it twice. For this reason no King can be immediately re-elected after expiry of his five-year term.

The first cycle of occupying the federal throne was completed with the election of the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, as the ninth Yang di-Pertuan Agong from 1989 to 1994.

The list is as follows: Negri Sembilan (August 31, 1957 – April 1, 1960); Selangor (April 14, 1960 – September 1, 1960); Perlis (September 21, 1960 – September 20, 1965); Trengganu (September 21, 1965 – September 20, 1970); Kedah (September 21, 1970 – September 20, 1975); Kelantan (September 21, 1975 – March 30, 1979); Pahang (April 26, 1979 – April 25,1984); Johor (April 26, 1984 – April 25,1989); Perak (April 26, 1989 –5 April 25, 1994).

The second cycle commenced in 1994 with the selection of the Negri Sembilan Ruler, Tuanku Ja’afar, whose father Tuanku Abdul Rahman was the country’s first federal monarch. Negri Sembilan (April 26, 1994 – April 25, 1999) was followed by Selangor (April 26, 1999 – November 21, 2001); Perlis (December 13, 2001 – December 12, 2006); Trengganu (December 13, 2006 – December 12, 2011) and Kedah (December 13, 2011 to now).

Election list: The 1957 Constitution provides for an “election list” based on the precedence the Rulers recognise among themselves.

According to a book by former Lord President Tun Mohamed Suffian Hashim, in 1957 the seniority or precedence was as follows: Johor, Pahang, Negri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Trengganu and Perak.

However, the Sultan of Johor declined and perhaps this was also the case with Pahang. And so the throne was offered to the next senior-most Ruler – the Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan. This List was also followed in the election of the then Sultan of Selangor as the second King.

But for the third and subsequent elections, the 1957 seniority list was not followed by the Conference of Rulers, due possibly to the exceptional factors mentioned below.

Exceptional factors: The “election list” is the key to understanding the complexities of royal succession at the federal level. But this list is not permanent and is varied for every election in accordance with Part I of the Third Schedule. It is also subject to a number of exceptions.

First, a Ruler is disqualified if he is a minor. Second, a Ruler may notify the Keeper of the Rulers’ Seal that he does not desire to be elected. Examples are Johor in 1957, Pahang in 1970 and Johor again in 1975.

Third, if five members of the Conference by a secret ballot resolve that a Ruler for reasons of infirmity of mind or body or for any other cause is unsuitable for exercising the functions of the Yang di-Pertuan Agong, he is barred from the election (though his position as State Ruler remains unaffected).

Fourth, if there is a change in the Ruler of a state due to death, removal or resignation, then the state is transferred to the last rung of the Federal succession ladder. Such successions took place due to the death of the Ruler in Kedah (1958), Johor (1959), Negri Sembilan (1960), Selangor (1960), Kelantan (1979) and Selangor (2001). The Sultan of Kelantan in 2010 was removed from the throne due to disability.

Fifth, after each election, the Ruler who was elected as King is omitted from the list.

In all of the above five cases, the Ruler’s state goes to the bottom of the List and the Ruler whose State is first on the election list is offered the post, subject, of course, to the power of the Conference to disqualify a Ruler.

Which now brings us to the question: who among the nine State Rulers will be anointed with the post of the next Yang di-Pertuan Agong? Only the Conference of Rulers knows the answer.

One can only guess that the Sultan of Pahang is the senior most. We have to wait till late November.

Shad Faruqi The STAR News Opinion Reflecting On The Law Thursday, 26 May 2016

Integriti dalam pendidikan

Setiap kali kita berbincang mengenai pendidik, tentunya kita memikir mengenai ’kesarjanaan’ seseorang.

Bagi mereka yang bukan warga pendidik tentu sekali akan beranggapan bahawasanya jika mahu menjadi seorang pendidik yang berkesan, hendaknya belajar berterusan.

Tentu sekali bukanlah maksudnya seseorang itu mesti mengikut landasan yang dinyatakan bagi membuktikan kesarjanaan beliau.

Ramai dari golongan pendidik mempunyai niat dan hasrat meningkatkan dan meninggikan darjat dan kedudukan mereka namun bukan semua mampu berbuat demikian kerana halangan masa, tenaga, kewangan dan hal berkaitan keluarga.

Anda mungkin pernah berada dalam kumpulan atau golongan pendidik di majlis perjumpaan rasmi mahu pun tidak rasmi dan anda tentunya akan ‘terkejut’ mendapati ramai ‘pendidik’ tidak berpengetahuan dalam bidang atau topik pendidikan berkaitan.

Anda mungkin berasa ‘tergamam’ dengan pengetahuan cetek mereka mengenai topik atau perkara yang sepatutnya mereka mampu mengeluarkan pendapat atau pandangan bernas.

Topik seperti pembelajaran autentik, pembelajaran berasaskan projek, vleFrog,communities of practices (CoPs) dan professional learning community (PLC) bagi mereka adalah sesuatu yang ‘baru’ dan akan cuba mengelak dari meneruskan perbincangan.

Kebiasaannya mereka akan cepat memberi respon seperti, tiada masa untuk mengetahui lebih lanjut, ada urusan lain yang lebih penting, anak dan keluarga di rumah, tidak kompeten dalam teknologi maklumat dan komunikasi atau mungkin ‘tidak minat’ adalah respon yang kerap didengari.

Kemungkinan, ini adalah beberapa sebab mengapa pendidik didapati tidak mampu atau tidak bersama dengan ‘aliran perhubungan pendidik‘.

Memang kita kerap membaca dalam media golongan pendidik kerap dipersalahkan baik di peringkat tempatan dan luar negara. Memang kita tahu tahap moral pendidik adalah rendah kesan dari ‘gangguan’ dalaman dan luaran. Namun, pendidik sendiri yang jelas tidak mahu ‘belajar’.

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) menjadi salah satu seruan kerajaan dalam memastikan penduduk dan rakyat memperoleh pendidikan, baik bagi anak-anak dan pendidik sendiri.

Kebanyakan institusi pendidikan turut menyenaraikan pembelajaran sepanjang hayat dalam kenyataan misi institusi, namun mengapa hanya kenyataan untuk anak-anak sahaja dan tidak kepada pendidik.

Bukankah pendidik harus juga bergelar ‘sarjana’? Bukankah pendidik harus turut meneruskan niat untuk ‘mengilmukan diri’ bagi memastikan pendidik adalah relevan sebagai ‘ahli akademik’?

Bukankah menjadi tanggungjawab pendidik menyediakan dan menawarkan pendidikan terkini kepada anak-anak yang sedang belajar; dengan menggunakan kaedah terkini dalam pedagogi mereka?

Bukankah pembelajaran yang disampaikan adalah berdasar kepada maklumat terkini dan penggunaan kaedah terkini dalam mendapatkan, menganalisa, memahami, mencipta dan berkomunikasi?

Pendidik tidak memperoleh sijil, diploma atau lesen mengajar dengan hanya menjana akal fikiran dan minda mereka atau sudah semula jadi terpahat dalam otak.

Isu ini berkembang setiap masa. Kebanyakan pendidik tidak berkembang pada kadar yang sama. Kekal relevan bukanlah usaha pasif. Ia memerlukan tindakan , masa, dan usaha yang berterusan.

Seseorang itu hendaklah ‘belajar’ dahulu sebelum menjadi seorang pendidik. Untuk menjadi pendidik yang ‘hebat’, hendaklah anda terlebih dahulu menjadi seorang ‘pelajar yang baik’. Kita mungkin tidak mempunyai pilihan dalam apa yang telah kita pelajari.

Setelah sekian lama tidak terlibat dalam sesi pembelajaran, kebanyakan pendidik tidak pasti atau tidak tahu berapa banyak yang mereka tidak ketahui. Bagaimanakah pendidik membuat keputusan mengenai apa yang perlu mereka pelajari, jika mereka sendiri tidak menyedari akan kewujudan banyak perkara yang mereka perlu tahu?

Jika pendidik tidak sanggup keluar dari zon selesa mereka, (mengapa mereka perlu berbuat demikian), walaupun mereka tahu dengan mereka keluar dari zon selesa akan menjadikan mereka lebih baik.

Pendidik perlu menentukan apa yang perlu mereka pelajari dan mempertingkatkan diri bila berpeluang. Mungkin juga ianya tidak akan berlaku.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkenaan untuk menjadikan pembelajaran atau pembangunan profesional satu keutamaan. Kita memerlukan pendidik menjadi ‘orang yang berpengetahuan tanpa had.’

Ia adalah proses berterusan dan pembangunan profesional mestilah memaparkan tujuan tersebut. Ianya tidak boleh berlaku dengan usaha yang minimum. Jika pengajaran hendak di jadikan berterusan, pembelajaran juga hendaklah berterusan, untuk pendidik dan anak-anak.

Dengan penggunaan teknologi terkini, pendidik boleh dihubungkan dengan maklumat, sumber dan pendidik lain untuk kekal relevan.

Terdapat ramai pendidik yang membaca jurnal, buku dan menulis artikel majalah tanpa menggunakan teknologi dan kekal relevan.

Kebanyakan pendidik hari ini perlu menjadi relevan dan dikaitkan melalui teknologi. Ia memerlukan masa, usaha dan komitmen.

Pendidik akan sering menuntut ini dari murid mereka, namun tidak bagi pendidik sendiri.

Memastikan program pembangunan profesional sebagai keutamaan mendidik pendidik cara dan kaedah mengajar terkini hendaklah menjadi aspek utama dalam pembaharuan pendidikan.

Hipokrasi dalam pendidikan yang paling nyata ialah pendidik sendiri merupakan ‘pelajar yang lemah’ yang tidak sanggup meninggalkan zon selesa mereka untuk meningkatkan pembelajaran mereka.

Mereka ini bukanlah ‘pendidik yang tidak baik’ hanya mereka merupakan mangsa amalan yang tidak sihat hasil dari sistem pendidikan yang leka. Untuk menjadi pendidik yang lebih baik, kita perlu menjadi pelajar yang lebih baik.


malaysiakini_logo_30102013.gifAZIZI AHMAD adalah seorang pendidik. Malaysiakini Surat dari Pembaca 27 Mei 2016 04:19PM

Not everyone is meant to be a teacher

I think it is not too late to write about Teachers Day. Teachers are the backbone of society. Students observe May 16 every year to show their love to their teachers.

Schools celebrate it with activities, games and stage performances by teachers. Students put up cultural programmes as a token of respect for teachers.

Teachers receive presents from students, making them feel special as their hard work and dedication have paid off and they are honoured on this day.

Outstanding teachers receive awards such as The Most Loving Teacher and The Most Dedicated Teacher. The selection is based on their contributions to the development of the school and raising the standard of education in school.

Teaching is not a preferable job for many as compared with doctors and lawyers, who have higher social status and a handsome pay.

Sadly, teaching has become the last resort for many who fail to secure a decent job. But can those who end up teaching be good teachers?

Do they have the passion for teaching or are they just content as they have a secure job with a lifetime pension?

I believe those who have the passion and the desire to teach and make a difference in students’ lives should be in the profession.

Not everyone is destined to be a teacher as it requires sacrifice and dedication.

When I had a chat with one of my teachers, who received The Most Caring Teacher Award recently, she shared her views on being a good teacher.

For her, teaching is a calling. I have no qualms to say that she is an exemplary teacher.

I had dedicated teachers in my school days. Madam Adibah, who spoke English with a British accent, never failed to amaze me.

She was strict but that was not a problem and we didn’t complain.

A good teacher has a significant role in shaping the life of children, sometimes even more than their parents.

Dedicated teachers mould and influence students’ characters.

Students often view teachers as role models and rely on their guidance in their lives.
Sumati Muniandi Johor Baru, Johor NST Home News Opinion You Write 27 MAY 2016 @ 11:01 AM

Integriti dalam pendidikan

Setelah sekian lama tidak terlibat dalam sesi pembelajaran, kebanyakan pendidik tidak pasti atau tidak tahu berapa banyak yang mereka tidak ketahui.

Setiap kali kita berbincang mengenai pendidik, tentunya kita memikir mengenai’kesarjanaan’ seseorang. Bagi mereka yang bukan warga pendidik tentu sekali akan beranggapan bahawasanya jika seseorang pendidik itu berhasrat atau menjadi seorang pendidik yang berkesan, hendaknya beliau belajar berterusan.

Tentu sekali bukanlah maksudnya seseorang itu mesti mengikut landasan yang dinyatakan bagi membukti kesarjanaan beliau. Ramai daripada golongan pendidik mempunyai niat dan hasrat meningkatkan dan meninggikan darjat dan kedudukan mereka namun bukan semua mampu berbuat demikian kerana halangan masa, tenaga, kewangan dan hal berkaitan keluarga.

Oleh Azizi Ahmad

Anda mungkin pernah berada dalam kumpulan atau golongan pendidik di majlis perjumpaan rasmi maupun tidak rasmi dan anda tentunya akan ‘terkejut’ mendapati ramai daripada ‘pendidik’ tidak berpengetahuan dalam bidang atau topik pendidikan berkaitan. Anda mungkin berasa ‘tergamam’ dengan pengetahuan cetek mereka mengenai topik atau perkara yang sepatutnya mereka mampu mengeluarkan pendapat atau pandangan bernas.

Topik seperti pembelajaran autentik, pembelajaran berasaskan projek, vleFrog, Communities of Practices (CoPs), Professional Learning Community (PLC) dan sebagainya bagi mereka adalah sesuatu yang ‘baru’ dan akan cuba mengelak dari meneruskan perbincangan. Kebiasaannya mereka akan cepat memberi respon seperti, tiada masa untuk mengetahui lebih lanjut, ada urusan lain yang lebih penting, anak dan keluarga di rumah, tidak kompeten dalam teknologi maklumat dan komunikasi atau mungkin ‘tidak minat’ adalah respon yang kerap didengari.

Kemungkinan, ini adalah beberapa sebab mengapa pendidik didapati tidak mampu atau tidak bersama dengan ‘aliran perhubungan pendidik’.

Memang kita kerap membaca dalam media dimana golongan pendidik kerap dipersalahkan baik di peringkat tempatan dan luar negara. Memang kita tahu tahap moral pendidik adalah rendah kesan daripada ‘gangguan’ dalaman dan luaran. Namun, pendidik sendiri yang jelas tidak mahu ‘belajar’.

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) menjadi salah satu seruan kerajaan dalam memastikan penduduk dan rakyat memperolehi pendidikan, baik bagi anak-anak dan pendidik sendiri.

Kebanyakan institusi pendidikan turut menyenaraikan pembelajaran sepanjang hayat dalam kenyataan misi institusi, namun mengapa hanya kenyataan untuk anak-anak sahaja dan tidak kepada pendidik.

Bukankah pendidik harus juga bergelar ‘sarjana’? Bukankah pendidik harus turut meneruskan niat untuk ‘mengilmukan diri’ bagi memastikan pendidik adalah relevan sebagai ‘ahli akademik’? Bukankah menjadi tanggungjawab pendidik menyediakan dan menawarkan pendidikan terkini kepada anak-anak yang sedang belajar; dengan menggunakan kaedah terkini dalam pedagogi mereka? Bukankah pembelajaran yang disampaikan adalah berdasar kepada maklumat terkini dan penggunaan kaedah terkini dalam mendapatkan, menganalisa, memahami, mencipta dan berkomunikasi?

Pendidik tidak memperolehi sijil, diploma atau lesen mengajar dengan hanya menjana akal fikiran dan minda mereka atau sudah semulajadi terpahat didalam otak. Isu ini berkembang setiap masa. Kebanyakan pendidik tidak berkembang pada kadar yang sama. Kekal relevan bukanlah usaha pasif. Ia memerlukan tindakan , masa, dan usaha yang berterusan.

Seseorang itu hendaklah ‘belajar’ dahulu sebelum menjadi seorang pendidik. Untuk menjadi pendidik yang ‘hebat’, hendaklah anda terlebih dahulu menjadi seorang ‘pelajar yang baik’. Kita mungkin tidak mempunyai pilihan dalam apa yang telah kita pelajari.

Setelah sekian lama tidak terlibat dalam sesi pembelajaran, kebanyakan pendidik tidak pasti atau tidak tahu berapa banyak yang mereka tidak ketahui. Bagaimanakah pendidik membuat keputusan mengenai apa yang perlu mereka pelajari, jika mereka sendiri tidak menyedari akan kewujudan banyak perkara yang mereka perlu tahu?

Jika pendidik tidak sanggup keluar dari zon selesa mereka, (mengapa mereka perlu berbuat demikian), walaupun mereka tahu dengan mereka keluar dari zon selesa akan menjadikan mereka lebih baik. Pendidik perlu menentukan apa yang perlu mereka pelajari dan mempertingkatkan diri bila berpeluang. Mungkin juga ianya tidak akan berlaku.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkenaan untuk menjadikan pembelajaran atau pembangunan profesional satu keutamaan. Kita memerlukan pendidik menjadi ‘orang yang berpengetahuan tanpa had.’ Ia adalah proses berterusan dan pembangunan profesional mestilah memaparkan tujuan tersebut. Ianya tidak boleh berlaku dengan usaha yang minima. Jika pengajaran hendak di jadikan berterusan, pembelajaran juga hendaklah berterusan, untuk pendidik dan anak-anak.

Dengan penggunaan teknologi terkini, pendidik boleh dihubungkan dengan maklumat, sumber dan pendidik lain untuk kekal relevan. Terdapat ramai pendidik yang membaca jurnal, buku dan menulis artikel majalah tanpa mengunakan teknologi dan kekal relevan. Kebanyakan pendidik hari ini perlu menjadi relevan dan dikaitkan melalui teknologi. Ia memerlukan masa, usaha dan komitmen. Pendidik akan sering menuntut ini daripada murid mereka, namun tidak bagi pendidik sendiri.

Memastikan program pembangunan profesional sebagai keutamaan mendidik pendidik cara dan kaedah mengajar terkini hendaklah menjadi aspek utama dalam pembaharuan pendidikan. Hipokrasi dalam pendidikan yang paling nyata ialah pendidik sendiri merupakan ‘pelajar yang lemah’ yang tidak sanggup meninggalkan zon selesa mereka untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Mereka ini bukanlah ‘pendidik yang tidak baik’ hanya mereka merupakan mangsa amalan yang tidak sihat hasil dari sistem pendidikan yang leka. Untuk menjadi pendidik yang lebih baik , kita perlu menjadi pelajar yang lebih baik .

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik. The Free Malaysia Today Opinion 2016/05/27