July 9th, 2016

Data peribadi tidak boleh dijual , Lima sayur lebih baik jika dimasak

Lima sayur lebih baik jika dimasak

SAYUR-SAYURAN adalah sangat penting dan baik untuk mengekalkan kesihatan badan, minda dan emosi serta turut menyediakan khasiat buat tubuh manusia.

Selain daripada itu, sayur juga baik untuk kanak-kanak berikutan mengandungi pre-biotik yang merupakan antigen iaitu pemangkin kepada ketahanan badan serta mampu membuatkan mereka membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan lain.

Kandungan serat, fitonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran dapat membantu melancarkan proses penghadaman malah turut membantu mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Kebanyakan daripada kita pastinya pernah mendengar bahawa sayur mentah adalah lebih baik berbanding sayur yang dimasak namun begitu ada di antara sayuran yang sihat apabila dimasak kerana ia dapat mencernakan struktur sel dan menjadikan badan lebih mudah untuk menyerap nutrien.

Berikut adalah beberapa jenis sayur-sayuran yang sihat apabila dimasak:

1) Lobak merah

Lobak merah adalah sangat baik untuk penglihatan manusia disebabkan oleh kandungan beta karotena yang tinggi. Badan manusia akan mengalami kesukaran untuk mencerna karotena mentah sekiranya lobak merah tidak dimasak.

Namun sebaliknya, jika ia dimasak, lobak merah dapat meningkatkan tahap beta karotena dan menjadikannya lebih mudah untuk di hadam oleh badan.

2) Bayam

Bayam merupakan sayuran yang kaya dengan kalsium, magnesium, lutein dan antioksidan. Pengambilan bayam secara teratur juga dapat membantu menstabilkan tekanan darah manusia.

Bayam akan memberikan khasiat yang lebih sekiranya ia dimasak kerana dapat membantu badan manusia untuk menyerap serat dengan lebih baik dan cepat.

3) Kale

Kale adalah merupakan sejenis sayuran yang mungkin kurang terkenal di negara ini. Namun, ia adalah sayuran yang sangat dikenali di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun kerana mempunyai kandungi nutrisi sangat tinggi serta lengkap.

Selain itu, Kale juga merupakan sejenis sayuran yang tinggi kandungan kalsium, yang biasanya banyak terdapat dalam susu.

Kale adalah makanan kaya serat dan membantu untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh, tetapi apabila dimasak atau dikukus fungsinya sangat berkesan.

4) Cendawan

Cendawan bukan sahaja mempunyai rasa lebih baik apabila dimasak tetapi juga lebih selamat untuk dimakan.

Cendawan mempunyai struktur sel yang sangat kuat dan dengan memasak sayuran ini ia dapat membantu dalam merangka nutrien dan membunuh mana-mana toksin dalam badan manusia.

5) Tomato

Tomato adalah sejenis sayuran yang kaya dengan ‘lycopene’ iaitu bagi membantu badan manusia untuk melawan penyakit jantung dan kanser.

Walaupun sukar untuk tubuh manusia menyerapnya apabila dimakan mentah, namun ‘lycopene’ akan lebih mudah diserap jika tomato dimasak. Tomata juga dikatakan dapat membantu mengurang dan memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah. – indiatimes

Data peribadi tidak boleh dijual

ISU penjualan data peribadi individu yang ‎pernah dilaporkan masih terus berlaku walaupun pernah didedahkan media sebelum ini.

Mesej berbentuk tawaran pinjaman, insurans, loteri, scam cinta serta tuntutan hadiah cabutan bertuah dan pelbagai lain pastinya pernah diterima oleh ramai anggota masyarakat.

Persoalan yang timbul, adakah data peribadi pelanggan sesuatu syarikat itu boleh dijual sewenang-wenangnya untuk tujuan promosi atau kegunaan syarikat lain?

Mengulas persoalan itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor, Dr Irwan Kamaruddin Abd Kadir berkata walau apapun cara, rekod peribadi seseorang tidak boleh dijual.

"Rekod tidak boleh dijual kerana ia ditadbir oleh pelbagai perundangan yang ada seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010," katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, beliau berkata rekod peribadi seseorang tidak berguna kepada orang lain kecuali individu itu sendiri.

"Jadi atas dasar apa ia perlu dijual? Walaupun kalau kita bersetuju rekod kita dijual, organisasi yang menjual rekod tidak berhak menjualnya," katanya.

Seorang lagi pensyarah kanan di fakulti sama, Mohd Nizam Yunus pula menyifatkan penerimaan mesej yang tidak diingini oleh seseorang individu adalah satu perlanggaran privasi.

"Penjualan rekod terutama rekod peribadi oleh pihak yang mewujudkan rekod kepada pihak luar merupakan satu perkara yang tidak patut berlaku terutama jika individu yang datanya direkodkan itu tidak langsung mengetahui tentang urusan jual beli ini.

"Ia juga menyebabkan berlaku pelanggaran privasi. Kadangkala pihak yang mewujudkan rekod ini akan meminta kebenaran dari individu bahawa rekodnya akan digunakan untuk tujuan promosi.

"Namun kita tidak tahu apakah promosi ini dilakukan oleh pihak pewujud rekod atau pihak luar," katanya.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diwujudkan bertujuan untuk mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial. - Bernama

Kontena terpakai kini lebih bernilai, Terkejut Mercedes Benz datang jemput

Terkejut Mercedes Benz datang jemput

"TIDAK disangka, kereta yang ditempah untuk ke Lapangan Terbang KLIA, adalah jenis kereta mewah Mercedes Benz". Itu perasaan penulis tatkala kereta yang ditempah menggunakan perkhidmatan Uber datang menjemputnya untuk ke KLIA.

"Sila naik dik," demikian tutur pemandu tersebut, Mohamad Azarul Hakim Ibrahim,32, selepas tiba di Shah Alam untuk menjemput penulis.

Sepanjang perjalanan, Mohamad Azarul tidak lekang bercerita mengenai kerja baharu yang dilakukannya itu.

"Saya baharu sahaja mendaftar sebagai pemandu Uber pada 8 Jun lalu, Alhamdulilah setakat hari ini hampir setiap hari sekiranya saya bekerja, saya akan mendapat pelanggan.

"Jadi pemandu ini saya buat secara 'part time' sahaja," ceritanya ramah.

MEMANDU UNTUK ISI MASA

Mohamad Azarul berkata, idea untuk menjadi pemandu Uber adalah bagi mengisi masa selepas kematian isterinya, Allahyarhamah Nurul Asikin Ibrahim pada Jun lalu.

"Adik saya yang beri idea ini katanya, dengan kerja ini saya boleh jumpa ramai orang, boleh bersembang-sembang dengan mereka.

"Sekurang-kurangnya hilanglah sikit rasa sunyi," ujarnya lagi.

PULANGAN LUMAYAN

Katanya, kerja sebagai pemandu Uber, tidak memberi bebanan kepadanya kerana dia hanya memandu pada waktu yang dia kehendaki.

"Saya akan mula mengambil penumpang sekitar jam tujuh pagi dan pada sebelah petang, maknanya sebelum saya masuk kerja ke pejabat pada jam sembilan pagi dan selepas waktu bekerja saya, ini bermakna masa saya adalah sangat fleksible.

"Dan setakat ini bayaran yang saya dapat juga Alhamdulillah lumayan juga," katanya lagi.

BEKERJA SEBAGAI JURUTERA PERISIAN

Katanya, ramai pelanggan yang menempah perkhidmatannya terkejut buat pertama kali melihat dia memandu kereta mewah untuk membawa mereka.

"Sebelum ini saya banyak buat kerja di luar negara, kerana saya diperlukan untuk membuat beberapa projek," tambahnya.

TERSELAMAT DARIPADA PENERBANGAN MH17

Dalam rancak bersembang, Mohamad Azarul turut menceritakan bahawa dirinya bernasib baik kerana terselamat dari nahas pesawat MH17 pada Julai 2014.

"Sepatutnya penerbangan saya singgah di Amsterdam menaiki pesawat MH17, sebaliknya dek kerana saya tergesa-gesa hendak balik berbuka puasa dengan keluarga saya tukar tiket, transit London, London ke Kuala Lumpur dari Findland, saya sampai KL hari khamis pukul tiga petang daripada jadual asal yang sepatutnya saya sampai jumaat.

"Sampai KL terus saya ke Kerinchi rumah keluarga berbuka puasa dengan keluarga, selepas berbuka puasa saya pergi 'shopping' dan sampai rumah pukul 11 malam, dan tiba-tiba kawan saya telefon , sebab saya bagitahu dia saya nak balik jumaat, dan saya tidak maklumkan bahawa saya sudah balik awal, lepas itu dia tanya saya, dah sampai ke ? "Owh ko, masih hidup lagilah ya".

"Saya terkejut dan tanya kenapa ? dia kata pesawat daripada Amsterdam kena tembak, saya cakap ok, sebab tidak terfikir lagi waktu itu, selepas beberapa lama baru saya terfikir eh! pesawat ini macam pesawat yang sepatutnya aku naik ini, tengok berita, saya tengok balik MH17, oh ini tiket saya ini, itu yang terus saya maklumkan kepada kenalan, dapat tahu rasa macam nak pitam.

"Alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur saya," katanya.

APA ITU UBER:

Uber adalah satu App yang boleh didapati di platform IOS ataupun Android. Konsep Uber adalah seperti teksi di Malaysia.

Uber berfungsi sebagai perantara dengan "Rider" dan "Driver", di mana Rider adalah penumpang dan Driver adalah pemandu untuk pergi ke satu destinasi.

Penumpang perlulah mengisikan infomasi kad kredit mereka ke dalam aplikasi Uber di mana bayaran akan di tolak secara automatik dari kad kredit pengguna sebelum meminta servis dari pemandu Uber.

Pemandu hanyalah perlu mengambil penumpang dari lokasi terdekat kepada lokasi yang hendak dituju.

Selepas menaiki Uber, pemandu dan penumpang boleh memberi markah kepada sesama sendiri.

Mendapat markah yang lemah berpanjangan akan menyebabkan seseorang pemandu Uber diberhentikan perkhidmatan mereka.

Kontena terpakai kini lebih bernilai

PEMBINAAN rumah, inap desa, salun, kafe, pejabat berasaskan kontena yang semakin menjadi trend ketika ini telah membuka peluang yang luas kepada dua usahawan yang menjalankan perniagaan menjual kontena terpakai untuk melibatkan diri secara lebih serius.

Bagi mereka, walaupun kontena yang dijual merupakan kontena terpakai namun ramai yang masih tidak tahu, ia boleh diubah suai dan kembali bernilai sehingga boleh dijadikan seakan sama dengan rumah, salun atau kafe yang sebenar.

Muhammad Amin Luqman, 27, yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor mula berkecimpung dalam dunia perniagaan kontena dan kabin hasil dorongan bapa saudaranya yang menjalankan perniagaan logistik.

"Bermula dengan membantu pakcik, saya menguruskan perniagaan logistiknya yang sememangnya menggunakan kontena untuk membawa barang dan sebagainya, dari situ saya terfikir lebih baik jika cabangnya diluaskan dengan menjual semula kontena terpakai ini daripada dibiarkan berlambak di pelabuhan dan dikenakan caj.
 

"Kalau ikutkan apa yang saya belajar di Universiti Teknolgi MARA dalam bidang Pengurusan Sistem Pejabat agak lari daripada apa yang sedang saya lakukan ketika ini, namun ia bukanlah penghalang untuk saya membina karier saya dan menjana pendapatan,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perniagaan yang dijalankan lebih setahun lepas, Muhammad Amin berkata kontena yang dijualnya mempunyai pelbagai saiz dan spesifikasi dengan rata-ratanya berusia 10 tahun ke atas dan tidak lagi dibenarkan berada di atas kapal untuk mengangkut barang.

"Untuk kontena biasa ada tiga saiz iaitu 20 kaki, 40 kaki dengan ketinggian lapan kaki enam dan 40 kaki dengan ketinggian sembilan kaki enam. Bagi kontena Freezer ada dua saiz iaitu 20 kaki dan 40 kaki. Selain itu, saya juga ada jual kabin baharu jenis keupayaan ringan dengan saiz 20 kaki, 30 kaki dan 40 kaki.

"Harga sesebuah kontena bergantung kepada spesifikasi yang diminta pelanggan, sebagai contoh, kalau pelanggan mahu berpintu, tingkap termasuk siap dipasang dengan fiber untuk mengelakkan panas dan sebagainya... tetapi untuk kontena asas harga bermula daripada RM3,900. Bagi kabin pula harga bermula daripada RM3,800," katanya.

Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada syarikat dan individu yang ingin menjalankan perniagaan inap desa.

"Kalau syarikat, biasanya lebih cenderung membeli kabin untuk dijadikan pejabat sementara di tapak pembinaan termasuk rumah sementara bagi pekerja buruh mereka.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan inap desa pula, mereka lebih cenderung membeli kontena kerana ia lebih tahan lama di samping untuk menjamin keselesaan pelanggan.

Mengenai permintaan, Muhammad Amin berkata sebanyak 15 kontena boleh dijual dalam tempoh sebulan dan  20 buah bagi kabin, manakala bagi kos penghantaran, caj dikenakan sebanyak RM500 bagi Lembah Klang dan bagi negeri lain seperti Negeri Sembilan, Johor dan sebagainya harga berbeza-beza mengikut jarak lokasi.

"Tempoh penghantaran pula selalunya kalau pelanggan membuat tempahan hari ini, esoknya kita akan pastikan ia telah siap untuk dibuat penghantaran kerana stok kontena kita sentiasa ada," katanya.

Muhammad berkata melihat ‘suasana’ positif terhadap permintaan kontena hari ini, ia sekali gus membakar semangatnya untuk terus mengembangkan cabang perniagaan itu.

"Ada ramai juga pelanggan individu yang telefon dan bertanya sama ada saya mempunyai bentuk rekaan rumah dan sebagainya yang mana ia memberi saya idea untuk mempakejkan perniagaan ini kelak dari A hingga Z iaitu dari peringkat rekaan, caj, kimpal, diubah suai sehingga peringkat penyiapan. Tetapi ini semua
saya kena dalami lagi sebelum ia dimulakan,” katanya.

Sementara itu, bagi Dzulkarnain Mohd Jasmi , 30, pula yang menjalankan perniagaan kontena yang ditempah khas daripada peringkat membekalkan kontena, membuat rekaan, memotong, mengimpal, mengecat dan turut menyediakan penghantaran, bermula apabila idea untuk membuat butik kontena tercetus.

"Idea mula tercetus ketika saya berada di Guangzhou, China bersama pengusaha pakaian dari Malaysia yang menyatakan perniagaan mereka sedikit terjejas lalu saya memberikan idea untuk ‘menyegarkan’ perniagaan mereka dengan membuka butik kontena.

"Idea ini juga pada awalnya hanya terlintas di fikiran dan tidak sangka ia dapat dijadikan kenyataan dan kini bukan hanya butik yang saya buat tetapi salun, kafe, pejabat, rumah, ruang pamer dan sebagainya," katanya yang telah menjalankan perniagaan itu sejak setahun lepas.

Katanya proses untuk membuat rekaan kontena dilakukannya dengan membuat lakaran kepada pelanggan sebelum mendapat persetujuan tatapi ada juga pelanggan yang datang dengan rekaan sendiri namun ia akan diteliti untuk melihat sama ada ia boleh dibuat atau sebaliknya.

"Saya ada pasukan pengeluaran saya yang bersama-sama saya dalam perniagaan ini. Kalau rekaan, selalunya saya akan lakar. Bagi pelanggan yang minta lakaran dalam bentuk tiga dimensi (3D) saya akan minta rakan saya untuk lakar dalam bentuk 3D dan serahkan kepada pelanggan," katanya.

Beliau berkata dalam menjalankan perniagaan, cabaran yang dihadapi setiap orang adalah berbeza dan bagi Dzulkarnain cabaran yang dihadapinya ketika ini apabila dia tidak dapat memberikan harga tetap untuk setiap kontena kerana ia bergantung kepada perubahan mata wang asing.

"Kontena ini kontena antarabangsa jadi saya dapatnya juga bukan menggunakan Ringgit kerana itu ia bergantung kepada pasaran mata wang asing,"katanya. - Bernama

Dilema poligami: Turn raya siapa tahun ini? Lapan tips atasi pasangan lambat bersiap

Lapan tips atasi pasangan lambat bersiap

DALAM keterujaan menyambut kehadiran pagi Syawal yang menjelang, pastinya kita sibuk menyiapkan sajian pagi raya buat keluarga dan sanak saudara yang akan menjengah muka pintu pada bila-bila masa.

Selalunya juga kita tidak menang tangan mengejar dateline pagi raya. Ke hulu ke hilir, ada sahaja yang perlu dilakukan dan disempurnakan pada pagi Aidilfitri.

Daripada urusan menyiapkan sajian raya di dapur hinggalah memastikan pasangan atau anak-anak bersiap tepat pada masa, semuanya berada di tangan kita.

Tahun ini, Sinar Online ingin tampil membantu menyempurnakan pagi raya anda dengan menyediakan tips-tips mudah buat anda, pasangan atau ahli keluarga yang lambat bersiap di pagi raya.

Tips-tips yang diberi bukan sahaja boleh diguna pakai pada Aidilfitri, malah anda juga boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian anda.

Pastikan si dia cukup rehat

Waktu malam adalah waktu kritikal di mana badan yang penat atau lesu memerlukan rehat yang secukupnya.

Pastikan anda, pasangan, atau anak-anak tidur tepat pada masanya bagi memastikan tubuh badan segar dan bertenaga pada keesokan paginya.

Elakkan berkeras atau memarahi anak-anak atau pasangan hanya kerana mereka tidak mahu tidur kerana bimbang ia akan menjejaskan emosi keluarga dan anda sendiri.

Beri ‘false call time’

Sekiranya kita mahu pasangan dan anak-anak bersiap untuk solat sunat Aidilfitri di pagi raya, pastikan keluarga kita bersiap lebih awal daripada masa yang sepatutnya.

Misalnya, jika kita ingin ke masjid pada jam 8 pagi, pastikan mereka yang lambat bersiap menyiapkan diri sejam atau 30 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

Anda juga boleh tetapkan jam penggera atau pusingkan jarum jam lebih awal daripada waktu sebenar. Namun ia mestilah dilakukan tanpa pengetahuan pasangan atau anak-anak.

Jika anda sendiri yang lambat bersiap, pastikan anda mengunci jam penggera sejam lebih awal daripada waktu bangun tidur anda.

Sediakan keperluan si dia

Pastikan segala keperluan seperti baju raya, tudung, anak tudung, pin, minyak rambut, kasut raya, stoking, dan sebagainya tersedia di tempatnya. Ia memudahkan anda, pasangan dan anak-anak untuk bersiap di pagi raya.

Periksa segala persiapan dari segi penampilan di pagi raya sebelum anda tidur supaya anda tidak kalut dan stress di pagi raya.

Jangan berleter

Leteran tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Sebaliknya tangani kesulitan yang mendatang dengan cara yang lebih berkesan dan tegas.

Sekiranya pasangan atau anak-anak anda liat untuk mandi, berikan nasihat atau gunakan kaedah reverse psychology supaya si dia atau anak-anak lebih mudah memahami keletihan dan kekalutan anda menangani pagi raya.

Pujuk dengan kata-kata yang lebih lembut agar pasangan atau anak-anak lebih mudah patuh dan tidak memberontak.

Pastikan si dia mandi sebelum anda

“Mandi cepat, lepas ni papa/mama pula nak guna bilik air,”. Mungkin anda boleh jadi orang yang paling lambat bersiap, namun dengan cara ini, anda dapat memastikan pasangan atau anak-anak bersiap seiring dengan anda.

Dengan memastikan mereka menggunakan bilik mandi terlebih dahulu, ia memberikan kelebihan buat anda untuk ‘memaksa’ mereka tidak terlalu lama ‘lepak’ di dalam bilik air.

Ugut

Tak siapa suka ugutan. Bagaimanapun dalam kes ini, mungkin anda perlu gunakan ugutan untuk memastikan pasangan dan keluarga bersiap tepat pada masanya.

Beritahu anak-anak atau pasangan mungkin anda tidak akan memasak makanan kegemaran mereka atau tidak akan membawa mereka ke tempat kesukaan mereka sekiranya mereka sengaja melengahkan masa untuk bersiap.

Bagi yang remaja, mungkin anda boleh menggertak untuk memberikan denda membuat kerja rumah atau merampas gajet pasangan atau anak-anak sekiranya masing-masing masih leka dengan teknologi di tangan.

Berikan life lesson

Bagi yang betul-betul menguji kesabaran anda, tak perlu bagi anda untuk berleter panjang (rujuk tips empat), sebaliknya berikan life lesson atau pengajaran bagi mereka yang tidak menepati masa.

Mungkin anda boleh menyuruh anak-anak atau pasangan yang lambat untuk menyiapkan sarapan atau membantu dengan menyapu lantai, atau membasuh pinggan yang menimbun di sinki sebagai pengajaran buat mereka yang tidak menepati masa.

Merajuklah......

Bila semua tips yang diberi ‘tak makan saman’, maka anda bolehlah merajuk atau mogok dengan si dia atau anak-anak yang lambat bersiap. Tunjukkan sedikit protes, tanda anda tidak suka mereka sengaja bersiap lambat, tetapi jangan melebih-lebih.

Pastikan mesej yang diberi sampai kepada si dia atau anak-anak dan jangan ambil masa terlalu lama untuk merajuk. Yang penting, pastikan mood anda dan keluarga tidak terjejas di pagi raya.



Dilema poligami: Turn raya siapa tahun ini?

BAGI sesetengah lelaki, poligami itu tersangatlah indah dan menyenangkan hati, lebih-lebih lagi bila sang isteri pertama merelakan perkahwinan kedua dan seterusnya.

Bak kata lirik lagu Madu Tiga yang ditulis Ahmad Dhani, seperti dunia ‘ana’ yang punya!

Di sana kata sayang, di sini kata I Love You

Meskipun mudahnya berpoligami bagi lelaki-lelaki di luar sana, tahukah anda setiap kali Aidilfitri menjelang, bukan mudah si suami untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya?

Penulis tidak menolak, ada lelaki di luar sana dengan jayanya bijak mengatur ‘strategi’, menyusun perjalanan dan jadual raya setiap tahun bagi mengelak hati isteri-isteri dan anak-anaknya terluka.

Namun juga, masih ada sang suami di luar sana yang terpaksa bergilir secara tahunan, malah terpaksa atau dipaksa beraya di kampung halaman salah seorang daripada isteri mereka.

Titik cerai kalau beraya kampung isteri pertama

Bukan mudah bagi Mohd Halim (bukan nama sebenar) membahagi giliran pulang beraya setiap kali Aidilfitri menyingkap tirai.

Tahun ini merupakan tahun keempat Halim tidak pulang beraya di kampung isteri pertamanya, malah dia juga tidak dibenar pulang untuk beraya di kampung halamannya sendiri.

Menurut Mohd Halim, 47, dia biasanya hanya akan pulang ke kampung halamannya atau kampung isteri pertamanya pada minggu kedua Syawal.

Itu pun menurutnya lagi, kepulangannya tidak lama kerana tuntutan kerja yang membebankan.

“Isteri pertama saya nikahi 23 tahun yang lepas dan kami tidak mempunyai anak. Saya berkahwin dengan isteri kedua pada enam tahun lepas dan kini mempunyai dua orang anak.

“Pada mulanya semuanya baik-baik saja. Isteri kedua tidak tunjuk perangai sehinggalah empat tahun sejak kebelakangan ini,” katanya kepada Sinar Online.

Menurut Mohd Halim, sikap isteri keduanya yang kuat merajuk dan mengamuk menyebabkan dia selalu tersepit antara keluarga sendiri dan keluarga isteri pertama.

Katanya lagi, setiap kali Aidilfitri dan Aidiladha, Mohd  Halim akan ‘berperang’ besar dengan isteri-isterinya.

“Yang (isteri) pertama mahu saya beraya bersama dia dan saudara-maranya, isteri kedua pun  mahukan yang sama.

“Isteri pertama biasanya akan mengalah. Isteri kedua pula akan mengamuk besar setiap kali saya mahu pulang beraya di kampung isteri pertama. Dia bukan hanya mengamuk malah tuntut cerai kalau saya tak ikut kemahuan dia,” luah Mohd Halim.

Ujar Mohd Halim lagi, dia tidak sanggup menceraikan isterinya kerana keduanya telah banyak berkorban untuknya.

“Siapa tak sayang isteri sendiri? Tak kan saya sanggup nak ceraikan isteri yang jaga makan dan minum saya selama ini,” katanya lagi.

Orang lain balik raya di kampung, saya balik raya rumah isteri-isteri

Lain pula kisahnya dengan nasib yang menimpa Abdul Razak (bukan nama sebenar).

Demi bersikap adil terhadap isteri-isterinya, Abdul Razak,55, memilih untuk tidak pulang ke kampung setiap kali Aidilfitri menjelang.

Sebaliknya katanya, dia terpaksa berulang alik ke Bentong-Kuala Lumpur-Klang pada awal pagi Syawal pertama untuk bertemu dan meraikan Aidilfitri bersama isteri-isteri dan anak-anaknya.

“Saya mempunyai tiga isteri dan 13 anak. Saya memang ada buka beberapa kedai makan di Bentong, Kuala Lumpur dan Klang, jadi sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk berulang-alik.

“Biasanya saya akan bertolak ke rumah mereka pada awal Subuh, mengikut giliran yang saya sendiri tetapkan. Tahun ini giliran raya pertama saya di Bentong, jadi saya akan bertolak ke sana seawal jam 5.30 pagi dari Kuala Lumpur untuk sampai ke rumah isteri kedua,” katanya kepada Sinar Online.

Abdul Razak biasanya akan menghabiskan masa tiga hingga empat jam pada giliran pertama sebelum beralih ke rumah isteri yang seterusnya.

Menurutnya lagi, sistem giliran itu mula dipraktikkan dia mengahwini isteri ketiganya pada tiga tahun lepas.

Bagi Abdul Razak, dia tidak mahu melepaskan peluang menyambut ketibaan Syawal bersama isteri-isteri dan anak-anak.

“Saya ada keluarga yang besar. Saya suami kepada tiga wanita dan bapa kepada anak-anak saya. Saya perlu berlaku adil kepada ketiga-tiga isteri.

“Memang setiap tahun pada Aidilfitri saya akan penat, tetapi itulah pengorbanan yang saya perlu lakukan untuk keluarga saya,” katanya lagi.

Setiap kali raya, isteri kedua makan hati

“Setiap kali raya (Aidilfitri) isteri kedua pasti akan menjeruk rasa dan makan hati kerana kami berkahwin secara rahsia,” demikian ujar Arif Azlan (bukan nama sebenar).

Arif, 31, mengakui mengahwini bekas kekasihnya di sempadan dan merahsiakan perkara tersebut daripada keluarganya sendiri dan isteri pertamanya.

Akibat daripada itu, setiap kali Aidilfitri menjelang, si isteri kedua terpaksa berputih mata merayakan pagi Syawal tanpa kehadirannya.

“Perkahwinan pertama saya diatur oleh keluarga, manakala perkahwinan kedua diatur oleh saya dan isteri kedua. Kami berdua berkahwin dua tahun selepas saya berkahwin dengan isteri pertama.

“Kami terpaksa rahsiakan hubungan kerana kedua orang tua saya tidak merestui hubungan kami sejak dahulu lagi. Kini, antara sedar atau tidak, sudah empat tahun isteri kedua merayakan Aidilfitri tanpa saya,” katanya kepada Sinar Online.

Meskipun terpaksa membiarkan isteri kedua menyambut Syawal tanpanya, Arif sentiasa bijak mencari penyelesaian.

Saban tahun, alasan tuntutan kerja yang memerlukannya untuk memulakan tugas pada raya kedua atau ketiga akan digunakan bagi ‘melepaskan’ diri daripada keluarga isteri pertama.

“Biasanya saya akan tinggalkan isteri di kampungnya sendiri dan hanya akan pulang untuk mengambilnya pada raya keempat atau kelima,” katanya lagi.

Berapa kenaikan gaji tahun lepas?

PENULIS ada bertanya kepada beberapa rakan mengenai persoalan di atas dan kebanyakan daripada mereka menjawab lima peratus.

Ada juga yang menggeleng kepala dan menjawab kosong peratus. Jawapannya tinggi sedikit; gaji penengah pekerja di Malaysia naik 6.5%, ataupun 4.4% setelah ditolak kadar inflasi.

Jika anda berasa ia ‘boleh tahan’, jangan lupa bahawa ia adalah bersamaan dengan kenaikan RM100 sebulan, daripada gaji penengah RM1,500 sebulan pada tahun 2014 kepada RM1,600 pada tahun lepas. Ya, RM100 sebulan.

Menurut Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah 2015 yang dikeluarkan Jabatan Statistik Negara akhir bulan lepas, separuh daripada pekerja di Malaysia menerima gaji kurang dari RM1,600 sebulan.

Pekerja di Sabah berada di kedudukan yang paling teruk dengan gaji penengah berjumlah RM1,100 pada tahun lepas, ataupun hanya RM300 lebih daripada paras gaji minimum mereka.

Nasib pekerja yang bergaji sedikit bukan hanya fenomena di Sabah, malah di hampir kesemua negeri.

Hanya di Selangor, Putrajaya, dan Kuala Lumpur sahaja gaji penengah melepasi paras RM2,000 sebulan, manakala Putrajaya memperoleh gaji penengah tertinggi, iaitu RM2,967 sebulan. Tidak ada satu negeri pun di mana pekerjanya mendapat gaji penengah melebihi paras RM3,000 sebulan!

Negeri yang kaya dan maju seperti Pulau Pinang, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur juga tidak menggambarkan bahawa pekerjanya mendapat gaji yang lumayan. Sebagai contoh, hampir separuh daripada pekerja di Pulau Pinang menerima gaji bulanan kurang dari RM1,700; Selangor, RM2,175 dan Sarawak, RM1,260 sebulan. Ini merupakan kenaikan sebanyak RM60 berbanding tahun sebelumnya.

Malah, negeri terkaya di Malaysia, Kuala Lumpur pun separuh daripada pekerjanya mendapat gaji kurang daripada RM2,200 sebulan.

Tidak semua pekerja mendapat kenaikan gaji sebanyak 6.5%. Jika diteliti peningkatan gaji pekerja di negeri yang kaya dan maju seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, gaji mereka langsung tidak bertambah. Gaji penengah di kedua-dua buah negeri ini pada tahun 2015 adalah sama seperti tahun 2014, tidak berganjak walaupun satu peratus.

Negeri yang kurang maju seperti Kedah juga menerima nasib yang hampir sama di mana pekerja penengah di negeri jelapang padi itu menerima kenaikan sebanyak RM20 pada tahun lepas. Malah, jika ditolak dengan kadar inflasi, pendapatan sebenar mereka merosot.

Tidak hairanlah yang teruk terjejas adalah mereka yang tinggal di ibu kota. Manakan tidak, gaji tidak naik, tetapi kos sara hidup melonjak secara mendadak.

Pada tahun lepas, kadar tol naik hampir 30% dan tambang LRT dan komuter naik di antara 36% hingga 57%.

Ini belum termasuk lagi dengan kenaikan harga makanan. Pada masa sama, subsidi makanan seperti padi dan tepung juga telah dihapuskan.

Mengapa ini berlaku? Nasib yang menimpa para pekerja bukanlah suatu misteri. Jika dilihat, ekonomi negara, walaupun masih berkembang, tetapi  mengucup sedikit pada tahun 2015 berbanding tahun sebelumnya, daripada 6% kepada 5%. Prestasi sektor korporat tidak memberangsangkan yang mana pendapatan korporat jatuh 12.1% pada tahun 2015 berbanding hanya 1.9% pada tahun 2014.

Ini memberi impak besar kepada pekerja, yang mana peratusan mereka tidak bekerja telah meningkat sebanyak 9.2% pada 2015. Lebih teruk lagi, peratusan pekerja yang telah diberhentikan meningkat 49% pada 2015 berbanding 2014, tertinggi sejak tahun 2010.

Persoalannya sekarang, adakah tahun 2016 akan memberi harapan dan sinar baharu untuk para pekerja di negara bertuah ini? Jawapannya bukan manis, tetapi pahit.

Prestasi ekonomi dunia dan negara dijangka berkembang pada paras lebih rendah berbanding 2015. Malah, ekonomi negara hanya mampu berkembang pada kadar 4.2% pada suku pertama tahun ini, peningkatan yang terburuk sejak enam tahun lalu.

Jualan runcit juga jatuh 4.4% pada suku pertama tahun ini, berbanding peningkatan 4.6% pada tahun lepas. Pasaran buruh masih lemah, jumlah mereka yang tidak bekerja semakin meningkat sepanjang lima bulan pertama tahun ini. Pendapatan korporat pada suku pertama tahun ini juga berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

Sekilas pandang, harapan kenaikan gaji yang lebih tinggi untuk tahun 2016 adalah amatlah tipis sekali.

Harapan penulis hanya satu, janganlah lagi rakyat dibebankan dengan kenaikan tol, kadar elektrik, air, dan sebagainya. Lupakan sebentar niat untuk menaikkan harga, setidak-tidaknya sehingga ekonomi negara kembali pulih dan gaji pekerja meningkat sedikit.

Are we masters of our destiny?

The nature of destiny has been debated throughout human history. The most straightforward definition of destiny is that God created the universe, life and all events, both past and future, in a single instant.

This means that every event from the moment of the universe’s creation to the Day of Judgment has already taken place and ended in the presence of God.

Therefore, anything that hasn’t happened yet are only events that haven’t happened for us, not for God: After all, God is unbound by time or space as He, Himself, created time and space.

Neuroscientist John-Dylan Haynes of the Bernstein Centre for Computational Neuroscience in Berlin, Germany, next to a MRI machine used to scan the brains of research subjects.


Therefore, for God, the past, present and future are all one and everything has already begun and completed. For example, God knew how the pharaoh’s life would end even before the Prophet Moses was born, or even before the Egyptian state was founded.

That is because they were all created in an instant, in the presence of God. The truth about destiny can be found in many verses of the Quran. For example, “… everything in the heavens and earth, willingly or unwillingly, submits to Him and to Him you will be returned?” (Surah Al ‘Imran, 83) tells us that everything in the universe “willingly or unwillingly” submits to the fate laid down by God.

In other words, none can go against His will; every event must progress along the destiny that He has laid out.

Nothing can contravene God’s will, assent or command.  “The keys of the unseen are in His possession. No one knows them but Him. He knows everything in the land and sea. No leaf falls without His knowing it. There is no seed in the darkness of the earth, and nothing moist or dry which is not in a clear book.” (Surat al-An‘am, 59), or “But you will not unless God wills...” (Surat al-Insan, 30) and “We have created all things with predestination.” (Surat al-Qamar, 49) reveal the workings of His sovereignty over all things and the workings of destiny.

The truth is that human life is like a reel of film. As we live what is on this reel, we in fact watch our lives like we watch a film on a CD player, living each event moment to moment.

God knows the whole reel of film from beginning to end because it is He Who created the film with all of its details.

So all of this points to the fact that all is not what it seems. Beyond the material world we see, there is the evident existence of a power Who controls us, that is God Who has created everything and has absolute power over everything.  The science of neurology offers much evidence confirming this fact.

One such scientific proof comes from experiments conducted on the concept of free will. John-Dylan Haynes, a neuroscientist at the Bernstein Centre for Computational Neuroscience in Berlin has examined whether there is any difference between the instance of the moment of making a decision and the movement involved in the decision.

The procedure involved using magnetic resonance imaging (MRI) to scan the brains of subjects who were shown random letters on a screen.

Participants were told to press a button with their right or left index fingers at a moment of their choosing, and to remember the letter that was showing on the screen when they made their decision.

Meanwhile, the brain activity of the participants was monitored.

The results of the experiment were quite surprising. It could be seen that the subjects had decided to push the button 10 seconds before they had actually pushed it.

This important scientific finding shows that a person’s choice is already fixed before that person makes that choice.

The results of the experiment were published in the journal Nature as follows: “There has been a long controversy as to whether subjectively ‘free’ decisions are determined by brain activity ahead of time.

“We found that the outcome of a decision can be encoded in brain activity of prefrontal and parietal cortex up to 10 seconds before it enters awareness.”

To give an example from daily life; the physical and chemical processes to react to a child who runs out into the road are readied in the brain of a driver 10 seconds before it occurs, when the child is not even there.

In terms of chronological order: first the reaction is prepared, followed by the child jumping out into the road. So how is the brain readied for the situation before the child is even in the road?

Such neurophysiological incidents demonstrate that the reaction is not dependent on seeing the child.

Neuroscientists have accepted that the feeling of having made a choice is only a subsequent thought in the biochemical sense that has nothing to do with the physical move.

Some scientists say free will is merely an illusion. Patrick Haggard, a neuroscientist at University College London, says: “We feel we choose, but we don’t.

” Haynes makes the following confession on the non-existence of human free will:  “How can I call a will ‘mine’ if I don’t even know when it occurred and what it has decided to do?”

Benjamin Libet, a neuropsychologist at the University of California, was the first to propose this fact, a fact which many people are not even aware of, about human processes of decision and choosing.

Libet, through experiments performed with the cranial application of the electrodes of an EEG (electroencephalogram) device, demonstrated that brain activity occurs 500 milliseconds before the conscious intention to move.

A scientific article on the subject states that what is supposed to be free will and behaviour actually occurs outside the consciousness: “As humans, we experience the ability to consciously choose our actions as well as the time at which we perform them. It has been postulated, however, that this subjective experience of freedom may be no more than an illusion,  and even our goals and motivations can operate outside of our consciousness.”

There are hundreds of other scientific studies that reach the same conclusion. This consensus of opinion is reported as a meta-analysis of 90 experiments from 33 laboratories in 14 countries.

The results of all of these scientific studies show that there exists a directing and will beyond the physical and biochemical world and that we live events that have been determined beforehand.

The choices we make are not our own, but we are merely given the feeling that we make our own decisions. It is therefore obvious that everything has been predestined.

God thus demonstrates the unquestionable truth that He is the only Creator. “Your Lord is God, Who created the heavens and the earth in six days and then settled Himself firmly on the Throne. He covers the day with the night, each pursuing the other urgently; and the Sun and Moon and stars are subservient to His command. Both creation and command belong to Him. Blessed be God, the Lord of all the worlds.” (Surat al-A‘raf, 54)

Sexual harassment: You could be next, Makin banyak isteri, anak jadi korban keganasan seks di rumah

Makin banyak isteri, anak jadi korban keganasan seks di rumah

KUALA LUMPUR, 9 Jul — Kes keganasan rumah tangga yang dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur meningkat setiap bulan iaitu sebanyak 30 peratus atau kira-kira 150 kes.

Ketua jabatan itu Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata kes-kes berkenaan dirujuk ke pusat khidmat bersepadu jabatan itu bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan.

“Setiap hari ada kes. Jika dibandingkan dahulu hanya ada 10 hingga 20 kes sahaja. Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah kes rogol, penderaan terhadap kanak-kanak, cabul dan liwat.


Kebanyakan kes keganasan rumah tangga melibatkan kejadian rogol, penderaan terhadap kanak-kanak, cabul dan liwat, kata pakar Hospital Kuala Lumpur. — Foto AFP

“Mangsa akan dibawa ke pusat khidmat bersepadu untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata antara punca yang menyebabkan kes berkenaan meningkat adalah kerana masalah ekonomi dalam institusi keluarga, tekanan psikologi yang dialami pasangan suami isteri serta mekanisme menjalankan tanggungjawab dalam keluarga seperti penjagaan anak kecil.

Dr Abu Hassan berkata masalah pengaruh alkohol dan dadah juga menjadi faktor utama menyebabkan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa keganasaan dan penderaan.

“Seperti kes rogol, antara faktor menyebabkan kes itu berlaku adalah sikap lelaki terhadap wanita; pengaruh pornografi, alkohol dan dadah, pergaulan bebas dan tanpa batasan, keruntuhan akhlak serta kurang pegangan agama,” katanya.

Beliau berkata pusat khidmat bersepadu yang diwujudkan pada 1994 di bawah jabatan itu berperanan untuk memberi rawatan dan khidmat psikologi kepada mangsa dengan kaedah rawatan yang holistik.

“Kita amat menjaga kepentingan mangsa dari segi psikologi dan juga maruah pesakit dan tidak mendedahkan kepada umum lokasi rawatan dijalankan di jabatan itu bagi melindungi pesakit,” katanya.

Menurutnya, pusat berkenaan turut menyediakan kaedah rawatan yang holistik dan memberikan kerjasama dengan pelbagai pihak antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak polis serta unit forensik. — Bernama


Sexual harassment: You could be next — Vasugi Kana The Malaymail Online Opinion What You Think Saturday July 9, 2016
01:03 PM GMT+8


JULY 9 — If you are a Malaysian woman, be aware. In the next 3 hours and 50 minutes, you might be pulled unwillingly into disgustful sexual intercourse; or suffice to say, rape. On a daily average basis, 6.3 women have been raped per day in 2014. This was reported in the 2014 Home Ministry’s Annual Report, a total of 2,286 rape complaints were lodged in 2014.

Not bad, one might exclaim. As shown in the United Nations Crime and Criminal Justice Statistics, in 2013, for every 4.6 minutes, one woman is raped in the United States (purportedly the “best country” of the world). The same source shows us that Sweden, in 2013, has the highest proportion of rape cases per 100,000 population; at approximately 58.5 cases.

Malaysia, on the other hand, showed the tendency of only 9.09 cases per 100,000 population (or a total of 2,718 cases in 2013). On a relative comparison basis, Malaysia is actually doing great. Fewer girls and women are raped compared with other countries.

No! Low prevalence of rape is not something to be happy about. For even one female member within society to experience her dignity taken away with coercion, it is the failure of us, as a community.

The aforementioned statistics for Malaysia do not include the “dark figures”, or rather, the unreported cases. In fact, for the category of rape, the dark figures overwhelmingly exceed the officially lodged complaints to the Royal Malaysian Police.

According to the Penang Women Development Corporation (PWDC), only two out 10 rape cases are being reported. The rest go undetected, due to fear, societal taboo and embarrassment. If one considers both reported (average of 3, 000 cases annually) and unreported cases of rape, statistically, it can be said that a woman is being raped every 35 minutes in Malaysia!

Rape is only one form of sexual harassment; yet the most serious one. An individual can be sexually harassed anywhere; in workplace, school, places of entertainment, etcetera. In fact, in a world where sexual predators roam rather invisibly, one could be harassed sexually by anyone, including by the closest family members. Most importantly, sexual harassment is not exclusive to women alone. Men and innocent children may also fall prey to the lustful predators.

Sexual harassments in most circumstances happen due to the ability of the abuser to dominate the victim, either through physical force or other forms of coercion such as by using money or when a higher-ranked officer tries to sexually harass a subordinate.

What is actually sexual harassment? It is a form of discrimination based on sex. On the literal meaning, it would mean that it is any unwanted or unwelcomed sexual behaviour, which makes a person feel offended, humiliated or intimidated (Australian Human Rights Commission).

In fact, many of us may have committed acts of sexual harassments, rather unknowingly. Referring to an adult as a girl, hunk, doll, babe, or honey (at the person’s displeasure) or whistling at someone can be construed as sexual harassment.

Although men have always been seen as physically stronger than women, it is untrue that men cannot be at the receiving end of sexual harassment. Physically weak men can be overpowered by stronger women and coerced into non-consensual sex. They can also be compelled to provide “sexual favours” or blackmailed of being retrenched.

Most importantly, a man can also be sexually harassed by another male, sodomised without his consent. This also applies to the women. Their abuser may not necessarily be a man.

On top of all these, it is shocking to note that in 2013, 2,111 or 78 per cent of total rape cases reported involve minors. While rape involving minors may at times be consensual, the extremely high percentage vis-à-vis the overall reported rape cases, is indeed horrifying.

Children who are abused or involved in sexual activities since early age, may experience trouble in their adult lives. They too, might in turn, be sexual abusers.

The fact that Malaysia ranks third in Asean for possession and distribution of child pornography has only amplified the apprehension.

Harassing someone sexually could be very serious as it carries strong impacts and some are just irreversible. The effects would possibly be poor job performance, low self-esteem, fear to face society, mental and physical distress, problems in relationships, health problems and suicide attempts, at some worst circumstances.

Are we on the right track?

The trend of reported rape cases has shown drastic decline in the period of 2009-2014. Such cases have declined by 40 per cent, similar to the quantum of decline in overall crime rate in the same timeframe. Significant improvement, indeed.

While there is still room for improvement, the fight against rape and sexual harassment is not the duty of the police alone. It is the duty of all the agents of socialisation such as society, schools, religious scholars etcetera.

Thomson Reuters Foundation did a survey on 16 major cities on safety of public transport systems in which Kuala Lumpur was also included. KL was ranked 7 out of the 16 cities. When women in Malaysia were asked whether they have experienced any form of harassment while using public transport, their cumulative answers were closer to “most safe”, indicating that they faced low experiences of sexual harassment.

But their responses differed significantly when asked on how confident are they that public authorities would investigate the reports on sexual harassment and how confident are they that other people would come to their assistance if they were abused on public transport.

The public’s answer to both questions bring us back to the question “are we on the right track?”.

The respondents were not confident that the authorities would even investigate sexual harassment complaints. More shockingly, the respondents have little faith that others will come to their rescue in the event of any harassment on public transport. This is the sickening reality that we are currently having. The thought of running away from it would not be a good idea but instead, we should be prepared to face it all.

The most effective, long-term solution to permanently end sexual harassment is through society’s paradigm shift, in parallel with other plausible measures.

Sexual harassment happens partly due to the tendency to justify the disgustful act and due to victim-blaming. The lack of respect for one’s personal rights causes sexual violence to occur.

In many rape cases, some members of society tend to justify the crime by blaming the victims for their clothing and for not taking adequate preventive measures.

If a lady is molested by a male colleague, some even have the “audacity” to shift the blame onto the victim, by saying that such molestation would not have occurred, had the victim limited her conversation with the males. What we fail to see is that sexual harassment should never be justified and the blame should only rest on the side of the perpetrator.

Ridiculous statements made in the media and in the public domain that tend to justify rape and sexual harassment, only aggravate the situation. What more if such statements are made by religious and political leaders?

In the past, the late Nik Aziz Nik Mat, former Mursyidul Am of PAS, mentioned in his speech that women who wear “revealing and provocative” dresses should be blamed for incidents of rape. One other example is the controversial columnist Ridhuan Tee Abdullah. He claimed that a woman’s body is arousing and thus, it invites sex. Hence, he said, women should dress up moderately.

Such perceptions are perplexing, to exist in supposedly progressive Malaysia. However, such backward mentality is not confined to developing countries like Malaysia but is also prevalent in developed nations.

A survey by VicHealth made available in 2014, showed that one in five Australians or approximately 20 per cent, believe that a woman is partly responsible for rape if she is drunk. In the United Kingdom, findings by the Office for National Statistics showed that more than 25 per cent of the respondents believe that the victims should be partly responsible in the event of any rape, if they are drunk. More than 33 per cent believe that you should be blamed for rape, if you have “flirted heavily”, prior to the rape.

This is what we call “blame-shifting”, which indirectly gives support to the cruel sexual violence perpetrators. What we need to learn and to preach aloud is, to lower our gaze and control our temptations. Respect the rights of others, instead of expecting the women to limit and control their way of life.

Legally speaking, the act of harassing someone sexually does really violate the law. Offences for sexual violence are generally charged under Sexual Offences Act 1956. We need a clear commitment in order to bring an end to sexual harassment.

Stop putting the entire blame on the authorities for their responsibility to protect the public from such violence. It is not only their responsibility, but also the obligation of members of society.

To eliminate sexual harassment, there is need for intense and long-term awareness campaigns, disciplinary action, improved public policies, proper regulation of law, victim-protection etcetera. Take a pledge and make a personal commitment to eradicate sexual harassment in every possible way. It is a promise to be a part of the solution. Show everyone that you stand up against sexual harassment.

Enrique mewakili kepakaran Melayu, Manusia pertama keliling dunia? Kapal Melayu lebih besar

Kapal Melayu lebih besar

ORANG Melayu bukan sahaja menguasai kemahiran berkaitan ilmu pelayaran, malah turut memiliki kepakaran dalam pembuatan jong atau perahu.

Menurut Timbalan Pengarah, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Taman Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli, kehebatan orang Melayu terserlah apabila jong atau perahu yang dihasilkan lebih besar, melebihi saiz kapal yang dimiliki di barat. Malah, orang Melayu juga mempunyai teknologi pembuatan dan ciri-ciri yang tersendiri.



Lakaran Jong Melayu yang lebih besar daripada kapal Galleon Portugis oleh Godinho. Petikan Antthony Reid. YALE UNIVERSITY

“Banyak catatan sejarah yang memberi gambaran bahawa teknologi pembuatan perahu oleh orang Melayu telah mencapai tahap yang tinggi sehingga dikagumi masyarakat luar. Perahu yang dibina orang Melayu dikatakan lebih besar daripada kapal lain dari barat mahupun China.

“Dalam teks klasik China pada abad ketiga dan kelapan, ada menyebut tentang teknologi dan kehebatan perahu Melayu. Catatan pertama menyatakan orang dari alam Melayu mempunyai perahu besar sehingga boleh memuatkan 6,000 
hingga 7,000 orang 
dan membawa muatan 250 hingga 1,000 tan.

“Malah perahu berkenaan dilengkapi empat buah layar, membolehkannya 
belayar dengan laju.

“Selain itu, catatan Portugis juga menunjukkan mereka turut terpegun melihat perahu di alam Melayu yang sangat besar melebihi perahu 
mereka.

“Bukan itu sahaja, orang Melayu juga menguasai teknik pelayaran dengan belayar ke sesuatu tempat tanpa menggunakan kompas dan peta tetapi berpandukan warna air laut, hidupan dalam laut serta bentuk dan corak ombak di permukaan laut, di samping belayar mengikut angin dan bintang pada waktu malam. Penggunaan layar juga merupakan salah satu teknologi yang dihasilkan Melayu,” katanya.

Sementara itu, menurut penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman, berdasarkan catatan 
teks Ensiklopedia Cina antara abad ke-10 hingga ke-13, terdapat sebuah keluarga Melayu Cham beragama Islam yang pakar dalam ilmu maritim.

“Dikatakan keluarga Pu adalah pembuat kapal terbesar pada abad tersebut. Ketika pencerobohan Dai Vet di Kemboja, keluarga Pu membawa diri dan berpindah di Sanyan di selatan Hainan, Fujian dan Guangdong di China, seterusnya ke Terengganu, Kelantan, Brunei dan kepulauan Melayu menggunakan kapal mereka.

“Kemampuan dan prestasi keluarga Pu membuat kapal besar dibuktikan pada 1281 apabila Raja Mongol menempah sebanyak 
200 buah kapal bersaiz besar,” katanya.


Manusia pertama keliling dunia?

NAMA-NAMA seperti Christoper Columbus, Vasco da Gama, Ferdinand De Magellan dan Laksamana Cheng Ho memang dikenali sebagai tokoh pengembaraan dan ahli dalam dunia pelayaran.

Kehebatan dan keunggulan setiap tokoh tersebut turut dicatatkan. Antaranya pelayaran Columbus yang merupakan  pertama sampai ke benua Amerika, pelayaran besar Cheng Ho terawal meliputi Asia, Afrika dan Timur Tengah serta kejayaan Vasco Da Gama mengharungi jalan laut dari Eropah ke India melalui Afrika.

Kegemilangan tradisi maritim Melaka pada abad ke-15 dan ke-16 telah menyaksikan kemunculan Panglima Awang sebagai tokoh dalam pelayaran dunia.

Sementara itu, Magellan  diiktiraf barat sebagai pelayar pertama mengelilingi dunia.

Namun, di sebalik nama besar itu,  ramai  tidak mengetahui, malah mungkin ada yang melupakan kehebatan serta kepakaran Melayu dalam dunia pelayaran.

Bahkan turut dikatakan, seorang lelaki dari Melaka yang dikenali Enrique sebenarnya merupakan manusia pertama mengelilingi dunia bersama 18 yang lain, bukannya Magellan. Dia juga menjadi indikator utama dalam pelayaran Magellan yang dapat membuktikan dunia ini sebenarnya bulat,  bukannya mendatar.

Sungguhpun begitu, bagi Sepanyol sebagai penaja kepada armada ke Maluku, Juan Sebastian Elcano yang merupakan anak jati negara itu diangkat sebagai tokoh yang melengkapkan ekspedisi tersebut memandangkan Magellan terbunuh di pertengahan misi mereka.

Nama Enrique pula terus tenggelam tanpa diberi sebarang pengiktirafan. Persoalannya, siapakah gerangannya Enrique?

Nama sebenar Enrique tidak diketahui dengan jelas sehingga hari ini. Namun, nama Panglima Awang yang merujuk kepada Enrique muncul apabila Harun Aminurrashid menggunakannya dalam Novel Panglima Awang pada 1958.

Menurut penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman, berdasarkan catatan Antonio Pigafetta yang turut serta dalam pelayaran itu, Panglima Awang yang dirujuk sebagai ‘Enrique’ atau ‘Henrique’ berasal dari Sumatera dan menetap sebagai penduduk  Melaka.

“Panglima Awang telah dibeli atau ditawan pada 13 Julai 1511 ketika perayaan St. Henry iaitu beberapa hari selepas permulaan peperangan antara Melaka dan Portugis.

“Penangkapannya itu dilakukan setelah diketahui mempunyai kepakaran sebagai nakhoda kapal. Dia kemudian dijadikan hamba oleh Magellan semasa kembali ke Lisbon pada 1511.

“Panglima Awang kemudian berperanan sebagai pemandu (guide), nakhoda, pembantu dan juru bahasa dalam pelayaran Magellan mencari jalan baru ke wilayah timur lokasi pengeluar lada dan rempah iaitu kepulauan Maluku,” katanya.

Menyentuh tentang pelayaran Magellan, terdapat lima buah kapal yang terlibat iaitu Trinidad, San Antonio, Concepsion, Santiago dan Victoria. Armada tersebut telah meneruskan pelayaran dari Seville, Sepanyol pada 1519. Dengan angkatan seramai 270 orang, armada itu menuju ke arah barat mengharungi Lautan Atlantik menuju ke Amerika Latin.

“Mereka seterusnya  menyusuri sebuah selat yang kini dikenali Selat Magellan dengan hanya tiga buah kapal yang
tinggal. Pelayaran kemudian merentasi Lautan Pasitik, Pulau Guam dan akhirnya tiba di perairan Kepulauan Pasifik.

“Perjalanan diteruskan sehingga Filipina, Sabah dan Kepulauan Sulu. Namun, disebabkan Magellan  terbunuh ketika berada dalam pertempuran di Pulau Mactan, Cebu (Filipina), maka dia gagal menyudahkan pelayaran mengelilingi dunia.

“Setelah kematiannya, kedudukannya sebagai ketua kapal Victoria digantikan oleh Sebastian Elcano, sementara Panglima Awang mengambil alih sebagai nakhoda yang mengemudi dan memimpin anak-anak kapal lain,” katanya.

Dalam pelayaran seterusnya, hanya sebuah sahaja kapal yang tinggal iaitu Victoria yang sarat dengan muatan lada dan rempah.

Perjalanan diteruskan melalui Pulau Palawan, Brunei, Tidore, Ambon, Timur dan kemudian mengharungi Lautan Hindi, mengelilingi Tanjung Harapan, menyusuri Afrika di Lautan Atlantik dan akhirnya sampai semula di Sepanyol pada 8 September 1522.

Daripada 237 orang yang menyertai armada itu pada asalnya hanya 18 orang yang masih hidup ketika itu.

Panglima Awang tidak pula  dinyatakan secara jelas oleh Pigafetta sama ada kembali ke Melaka atau Sumatera atau
menetap di pulau Cebu.


Enrique mewakili kepakaran Melayu

PELAYARAN Panglima Awang mengelilingi dunia selepas 500 tahun kejatuhan Melaka bukanlah perkara baru yang membuktikan kehebatan Melayu dalam ilmu pelayaran.

Bahkan terdapat rekod dari Barat dan Arab yang mencatatkan tentang pelayaran jauh merentas lautan yang dilakukan oleh orang Melayu telah bermula sejak zaman pra sejarah akhir.

Antara misi pelayaran Magellan merentasi samudera menuju ke pulau Maluku adalah untuk mencari rempah ratus.

Menurut Profesor Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Zuliskandara Ramli, catatan Blench ada menyatakan pelayar Austronesia atau Melayu sejak awal abad Masihi telah mengunjungi kawasan timur pesisiran laut Afrika.

“Pelayar Melayu dikatakan sudah biasa dengan pelayaran di Lautan Hindi sehinggalah mereka boleh menduduki Madagascar. Bahasa Malagasi iaitu bahasa masyarakat Madagascar didapati amat rapat dengan bahasa Malayo-Polinesia yang banyak dipertuturkan di Indonesia, Malaysia dan Filipina,” katanya.

Tambahnya, kepakaran Melayu yang begitu dekat dengan dunia maritim berkait rapat dengan bentuk muka bumi yang mempunyai banyak pulau dan perairan.

“Justeru, ilmu pelayaran dan perdagangan maritim tidak dapat dipisahkan dengan bangsa Melayu.

“Tidak hanya menjalankan aktiviti kelautan, masyarakat Melayu yang menetap di persisiran pantai turut menguasai ilmu dan kemahiran berkaitan laut,”katanya.

Sementara itu, menurut pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Hashim Musa, semangat, kegigihan dan kepakaran orang Melayu merentasi samudera dilambangkan dengan keunggulan Pang­lima Awang dalam dunia pelayaran.

“Panglima Awang merupakan seorang yang handal dalam ilmu kelautan dan juru bahasa yang mahir dalam bahasa Melayu, Portugis dan Sepanyol.

“Semangat penjelajahan samudera yang dilambangkan oleh Panglima Awang merupakan tradisi maritim masyarakat Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Dr. Mohd. Samsudin, kejayaan Panglima Awang dipengaruhi oleh ketinggian ilmu maritim dalam kalangan masyarakat di alam Melayu yang telah melalui perkembangan bidang itu sejak berabad-abad lamanya.

“Masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat maritim. Justeru, budaya dan corak hidup masyarakat itu berkait rapat dengan persekitaran laut.

“Orang Melayu sudah mula mencipta perahu sejak abad kedua lagi. Mereka berhubung di antara satu kawasan dengan kawasan lain menggunakan perahu dan kapal layar. Keupayaan menguasai ilmu maritim juga telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat di alam Melayu terhadap unsur-unsur yang terdapat di laut,” katanya.

-

Wasiat Magellan sebut nama Enrique, Bukan pejuang menentang Portugis

Bukan pejuang menentang Portugis

NOVEL Panglima Awang hasil nukilan Harun Aminurrashid merupakan antara novel yang mengangkat ketokohan personaliti Melayu tersebut.

Seiring dengan semangat nasionalis yang diperjuangkannya, Harun telah menggunakan daya imaginasinya untuk menghasilkan sebuah novel berdasarkan berita yang pernah tersiar dalam akhbar Inggeris dan Indonesia tentang ‘orang yang pertama mengelilingi dunia ialah Orang Melayu Melaka’ iaitu pada abad ke-16 selepas penaklukan Portugis ke atas Melaka.


Gambaran Pelabuhan Melaka oleh pelukis. PERBADANAN MUZIUM MELAKA

Dari sumber berita yang agak ringkas itu, watak anak Melayu yang diberi nama Panglima Awang oleh Harun telah difiksyenkan sebagai pahlawan Melayu yang hebat, berani, bijak dan licik yang digeruni Peringgi, Benggali Putih Portugis.

Namun, menurut Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman (gambar), jika merujuk kepada catatan sejarah, dia bukanlah seorang pejuang atau pahlawan yang perkasa dan handal sebagaimana digambarkan dalam watak protagonis, Panglima Awang.

“Nama sebenar Enrique sehingga hari ini tidak diketahui. Panglima Awang hanya cetusan idea dan rekaan Harun yang melihat padanan ‘Awang’ bagi Panglima Awang mewakili simbol kewiraan Melayu yang ditampilkan bagi menyaingi nama Enrique yang diberikan Magellan.

“Yang pasti Enrique adalah seorang berkulit hitam yang dijadikan hamba tawanan oleh Ferdinan Magelland iaitu tokoh yang dinobatkan Barat sebagai manusia pertama mengelilingi dunia melalui pelayaran. Asal-usulnya masih lagi menjadi perdebatan, namun bagi saya dia berasal dari Selat Melaka berdasarkan surat wasiat Magellan,” katanya.

Berbeza dengan pejuang Melaka lain yang menentang Portugis, hanya Panglima Awang dijadikan tawanan pada masa itu selepas kejatuhan Melaka pada 1511.

Dia kemudian dibaptiskan dan diberi nama sebagai Enrique bersempena tarikh dia ditawan pada hari perayaan St. Henry. Namanya digandingkan dengan lokasi penawanannya, Melaka sehingga menjadi Enrique Of Malacca yang bermaksud Enrique dari Melaka.

Berbicara tentang signifikan Enrique kepada Magellan, menurut Nik Hassan, Enrique merupakan penterjemah dan perunding yang mahir, di samping menjadi pengawal peribadi yang setia.

Selain menjadi hamba yang patuh dan setia, dia juga 
menguasai bahasa Sepanyol. Atas dasar inilah, namanya diabadikan dalam surat wasiat yang menyebut orang yang merdeka sekiranya berlaku kematian pada Magellan dalam ekspedisi mengembara ke Maluku.


Wasiat Magellan sebut nama Enrique

WASIAT
Ferdinand De Magellan merupakan salah satu sumber yang mendedahkan mengenai siapa Enrique atau Panglima Awang yang sebenarnya.

Menurut pengkaji sejarah, Yahaya Abu Bakar, berdasarkan wasiatnya itu, terkandung maklumat mengenai Enrique merupakan seorang tawanan perang dari Melaka yang berusia 26 tahun pada 1519 .


Gambaran kesibukan pelabuhan Seville pada abad ke-15 iaitu lokasi yang pernah disinggahi Ferdinand Magellan dan Enrique.

“Kandungan wasiat ini turut menyatakan Magellan meminta Enrique dibebaskan pada hari kematiannya dan pembayaran sebanyak 10,000 Maravides perlu diberikan kepada Enrique bagi meneruskan kelangsungan hidupnya.

“Kebebasan dimaksudkan meliputi pembebasan keseluruhan daripada sebarang tuntutan dan obligasi yang membelenggu seseorang hamba.

“Pernyataan umur Enrique 
di dalam wasiatnya menunjukkan bahawa dia dilahirkan pada 1493 dan menarik untuk diketengahkan ialah Enrique merupakan anak tempatan Melaka atau sebenarnya anak kelahiran Melaka,” katanya.

Asal-usulnya bagaimanapun banyak diperdebatkan oleh sejarawan. Daripada kisah pelayaran Magellan yang dicatat dalam diari Antonio Pigafetta, Enrique dikatakan berasal dari Sumatera. Ada juga pendapat lain menyatakan Enrique berasal dari Maluku, Indonesia dan Cebu, Filipina.

Jika dibandingkan tentang catatan Magellan dan Pigafetta mengenai asal-usul Enrique, maka kenyataan Magellan bahawa Enrique berasal dari Melaka adalah lebih berasas.

“Ini kerana Magellan mengenali dan cukup rapat dengan Enrique selama beberapa tahun berbanding Pigafetta yang hanya bertemu dengan Enrique ketika dalam pelayaran sahaja.

“Enrique juga diletakkan pada posisi tertinggi berbanding keutamaan yang sepatutnya diberikan kepada ahli keluarga Magellan itu sendiri,” katanya.

Terdapat sekurang-kurangnya dua dokumen arkib yang dapat menerangkan tentang identiti, kedudukan dan peranan Enrique dalam pelayaran kepulauan rempah ratus bersama Magellan.

Pertama sekali berkaitan senarai anak kapal dan penempatan mereka mengikut kapal masing-masing.

“Enrique ditempatkan di Nao Trinidad bersama kapitan Hernando De Magallaes. Beliau berperanan sebagai juru bahasa atau penterjemah kepada Magellan.

“Dokumen tersebut menjelaskan bahawa Enrique menyertai pelayaran Magellan dengan belayar menaiki kapal Nao Trinidad dan dibayar gaji bulanan sebanyak 1,500 Maravides setiap bulan.

“Sementara maklumat lain pula mendedahkan kesemua pegawai dan anak kapal dibayar pendahuluan gaji selama empat bulan,” katanya.