September 21st, 2016

Kebersamaan, perpaduan menyatukan rakyat

Bercakap pada sambutan peringkat kebangsaan Hari Malaysia 2016 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu  pada 16 September, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia telah menghadapi pelbagai cabaran dan halangan sejak pembentukan negara 53 tahun yang lalu tetapi kerana perpaduan rakyat, Malaysia telah menjadi kuat dan berjaya.

Malaysia akan menjadi bangsa yang lebih kukuh jika perasaan kebersamaan adalah mantap dan hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan rasa kebersamaan , mencari titik persamaan dan detik-detik perpaduan yang boleh mengukuhkan perpaduan sosial.

'Kebersamaan' adalah perasaan yang menyenangkan dan menyatukan masyarakat dalam persahabatan dan persefahaman;  satu pemikiran umum yang menyatukan  manusia, menjadi masyarakat satu keluarga dan menggalakkan perpaduan.


Prinsip ‘kebersamaan’  adalah daripada ‘The Togetherness Principle:  Critique of Pure Reason’ oleh Emmanuel Kant.  Beliau mengeluarkan konsep "Fikiran tanpa kandungan adalah kosong, intuisi tanpa konsep adalah samar ".

"Kebersamaan" adalah subjektif; saling berkait diantara hubungan semantik naluri dan idea, dan penetapan dualisme psikologi Kant iaitu perasaan dan pemahaman.

Kebersamaan tidak bermakna melakukan "segala-galanya" bersama-sama, atau  'sentiasa' melakukan perkara bersama. Jika gembira melakukan bersama, lakukanlah mengikut kesesuaian atau satu masa yang ditetapkan.

Kebersamaan adalah suatu keadaan, bukan satu kaedah. Keadaan akan berubah apabila manusia, pemikiran dan perspektif dunia berubah.  Nilai dan impilkasi yang kita berikan kepada kebersamaan akan turut berubah apabila keadaan dan kedudukan negara berubah.

Membina satu jenis personaliti dalam hubungan itu tidak bertentangan dengan kebersamaan. Ia menjadikan sesuatu hubungan itu unik dan merangsangkan.

Membuat pilihan dalam menerima seseorang bukan pilihan falsafah atau emosi. Ia adalah satu keputusan yang praktikal. Penting untuk sentiasa berhati-hati dengan praktikaliti pilihan dan memastikan pertimbangan yang adil dibuat dalam setiap keputusan dan hubungan yang anda buat.

Kejayaan bergantung kepada keadaan. Kita mempunyai identiti yang berbeza kerana pergaulan yang berbeza. Kita berjuang dengan kesedaran tersendiri dan mengekalkan pengiktirafan dan kejayaan kerana perbezaan sosialisasi jantina dan beberapa faktor lain.

Kita perlu berhati-hati dengan kejayaan seseorang dan memaklumi akan individu dalam hubungan yang dijalankan.

Ini menunjukkan bahawa individu lain mesti lah jauh lebih baik, fleksibel dan hebat dari dirinya sendiri.

Hakikatnya, ia adalah ujian yang sukar kerana ia memerlukan pertimbangan dan penghakiman  yang baik dan adil kerana ianya adalah reality dan boleh dilihat.

"Kebersamaan disemai apabila anda melibatkan diri secara sukarela dan secara proaktif, atau berkongsi maklumat atau pengetahuan tanpa diminta. Perlu ada unsur pengorbanan dan kesanggupan. "

Setiap individu adalah berbeza, ada yang ekspresif, ada yang teragak-agak; ada yang dikenalpasti sebagai  proaktif, ada yang berharap untuk disanjung; individu berbeza mengikut mereka cara mereka menganggap diri mereka dan mengikut kepintaran mereka.

Jadi pertelingkahan tidak dapat dielakkan. Anda memerlukan ruang berkala untuk membantu orang bekerja mengikut perbezaan.

Turut dikaitkan adalah tentang "perkadaran" dan kebersamaan. Perkadaran seolah-olah menunjukkan hubungan diantara dua pihak boleh dilihat dan tidak dapat dilihat.

Perkadaran, hadir bersama dalam urusan peribadi dan dalam perhubungan;  adalah tentang siapa yang kehadapan atau kebelakang yang merangkumi penerimaan, pencapaian, pengiktirafan dan keinginan.

Seseorang perlu berhati dengan keadaan rentak yang sedang berjalan. Mesti tahu menilai kejayaan, kemuliaan dan adalah lebih bijak daripada menentang dan membangkang.

Azizi Ahmad, Segambut Luar, Kuala Lumpur. Berita Harian Interaktif Rencana E-Mel Pembaca 21 September 2015 Tajuk Asal: Kebersamaan tidak bermakna melakukan segalanya bersama

Restu ibu bapa azimat kejayaan

“SUSAH tak cari duit?.” Kata-katanya ayahnya itu masih terngiang-ngiang di telinga seperti masih baru sedangkan ia telah berlalu lebih dari 30 tahun lalu.

Hayat Mohd. Nazir, 42, atau dikenali dengan panggilan Ustaz Hayat menjawabnya dengan perlahan, “susah ayah,”. Lantas ayahnya menjawab, “belajarlah rajin-rajin!.”

Segala kesenangan hidup bukannya terjadi secara kebetulan tetapi ada jalan ceritanya. Hayat mula memahami erti hidup yang agak perit apabila ayahnya bersara selepas 20 tahun berkhidmat sebagai tentera.

Dari kem askar, mereka sekeluarga berpindah ke Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak. Ketika itu usianya 11 tahun dan memandangkan abang-abangnya berada di asrama, maka dia menjadi harapan keluarga untuk membantu dalam kerja-kerja kampung. Kewangan mula terhad, pendapatan ayahnya hanya menoreh getah selain wang saraan yang diterima setiap bulan.

Ayahnya amat tegas, berdisiplin dan garang. Bab masa sangat ditekankan terutama berkaitan ibadah. Adalah perkara biasa untuk Hayat mengikuti ayahnya ke kebun getah setiap hujung minggu. Adakalanya, selepas habis waktu sekolah pagi, diminta ke kebun untuk menebas dan mencangkul batas.

“Sejujurnya kerja kampung ini amat memenatkan. Saya mengutip getah sekerap dengan baldi dari satu tirai pokok getah ke tirai berikutnya sebelum dimasukkan ke dalam guni. Ia akan dipikul ke bukit lain dengan terpaksa melalui paya. Selalu juga tersembam ke dalam paya. Pernah juga jatuh tergolek ketika menuruni bukit,” katanya.

Begitulah rutin hidupnya hampir setiap minggu hinggalah dihantar menyambung pengajian menengah ke Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan. Kerja-kerja kampung itu akan kembali berulang setiap kali cuti sekolah.

MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia melayakkannya memohon masuk ke universiti dalam dan luar negara. Beliau memilih belajar di Jordan dan diterima masuk ke University of Jordan pada September 1993.

“Rasa teruja tetapi turut disulam rasa bersalah. Mampukah ayah menanggung segalanya? Saya berbincang dengan ayah tentang kos berkaitan. Tegas ayah...kerja kamu adalah belajar. Tentang duit itu, urusan ayah!,” katanya lega tetapi jauh dalam hati rasa sebak dengan pengorbanan ayahnya.

Ayahnya menerima upah membersihkan hutan untuk dibuat kebun dengan upah sebanyak RM2,500 bagi digunakan untuk membiayai perjalanan dan pembelajarannya.

“Namun untuk duit sebanyak itu, ayah perlu menebas, menebang pokok dan menjadikan hutan tebal seluas kira-kira 1 hektar itu menjadi kebun.

“Allahuakbar! Berat kaki melangkah meninggalkan kampung halaman, sama berat memikirkan tanggungan kerja ayah untuk menyempurnakan hasrat itu. Saya masih teringat pada suatu petang, pernah opah berpesan kepada ayah agar membatalkan niatnya menghantar saya ke Jordan.

“Opah tahu sangat kewangan anaknya itu. Ayah tidak mengiyakan pesan dan nasihat ibunya. Ayah hanya diam tunduk melihat lantai. Namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk menjadikan saya insan berguna,” kata Hayat.

MEMASUKI ALAM PEKERJAAN

Setelah pulang ke tanah air, Hayat bekerja sebagai editor di sebuah syarikat swasta di Kajang, Selangor yang mendapat projek membekalkan buku teks untuk Kelas Agama dan Fardu Ain seluruh Malaysia, buku teks sekolah agama rendah seluruh Johor, buku-buku Kementerian Pendidikan dan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dengan gaji asas RM1,000, beliau mengambil keputusan berkahwin selepas lima bulan bertugas sebagai editor. Dengan gaji sebesar itu, beliau hanya mampu memiliki motosikal honda EX5 yang digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja.

Tahun 1999 dan 2000 dikurniakan dua orang puteri penyeri hidup dan kegembiraan itu pastinya datang bersama kos hidup yang semakin bertambah. Alternatifnya, Hayat mengajar al-Quran kepada anak-anak kampung berhampiran, dapatlah menambah pendapatan bulanan sekitar RM200 ke RM250.

“Selepas hampir tiga tahun bekerja, saya mulai sedar yang saya terlupa menghargai kedua ibu bapa. Seolah-olah lupa segala pengorbanan mereka terutama ketika memastikan saya menjejaki bumi Jordan dan belajar di sana.

“Saya sedar, ijazah yang diperoleh masih belum mampu membantu ayah yang masih meneruskan kerja-kerja kampung. Walaupun ayah tak pernah meminta, namun dirasakan dalam sudut hatinya rasa lelah dengan kehidupannya yang masih belum berubah.

“Apalah salahnya untuk saya memberikan sedikit kegembiraan dengan sedikit wang hasil pekerjaan saya. Saya menangis dalam diam. Terasa diri ini bukanlah anak soleh. Yang sepatutnya membahagiakan kedua ibu bapanya.

“Sejak itu saya mula berdoa agar Allah bukakan jalan untuk menambah sumber pendapatan selain gaji sebagai editor. Saya mula melihat dan mengintai peluang di mana sahaja,” katanya. - Utusan Malaysia Rencana 21 September 2016 6:00 PM

Memperkasa kerjaya pensyarah UA

SABAN tahun dalam pembentangan belanjawan negara, sekitar 20 peratus daripadanya diperuntukkan untuk sektor pendidik­an. Peruntukan yang besar ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus memba­ngunkan modal insan negara me­lalui perancangan dasar dan strategi pendidikan yang pelbagai dan berterusan. Pelbagai inisiatif dilakukan untuk memartabatkan profesion berkaitan pendidikan, namun persoalannya adakah semua pihak berkepentingan menerima manfaat yang seimbang dan setara?

Kerjaya golongan pendidik di peringkat pengajian tinggi yang lazimnya disebut sebagai pensyarah universiti, adalah satu profesion penting yang sangat kritikal dalam menyediakan modal insan berkualiti untuk memacu pembangunan negara pada masa hadapan. Dalam konteks tempatan, populasi pensyarah universiti awam (UA) semasa adalah sekitar 28,000 orang dalam pelbagai pe­ringkat gred perkhidmatan.



DALAM usaha memperkasa profesion pensyarah universiti awam yang dilihat semakin kurang menarik berbanding profesion perguruan sejak akhir-akhir ini, pendekatan atau model yang serupa wajar dipertimbangkan. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

Dengan senario ekonomi semasa yang semakin meruncing, bilangan cendekiawan dan sarjana di UA negara dijangka semakin berkurangan apabila sebahagian besar daripada mereka yang menghampiri umur persaraan wajib tidak lagi ditawarkan kontrak perkhidmatan. Dalam erti kata lain, ilmuwan yang banyak menyumbang bakti dalam mendidik anak bangsa selama ini akan menempuh alam persaraan yang kurang produktif sepertimana kebanyakan rakan penjawat awam lain.

Hakikat yang tidak disedari umum, skim perkhidmatan pensyarah universiti, dalam banyak keadaan, adalah sangat berbeza dengan skim-skim perkhidma­t­an awam lain. Status badan berkanun menjadikan setiap UA memiliki kelebihan untuk me­laksanakan aktiviti urus tadbir­nya secara bebas dengan pemantauan dilakukan oleh organisasi Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) masing-masing.

Aspek kawal selia oleh kerajaan masih wujud terutama dalam aktiviti seperti penetapan hala tuju dan dasar, pelantikan keahlian pengurusan tertinggi, penetapan yuran pengajian, dan sebagainya. Namun, di sebalik sedikit kuasa autonomi yang dinikmati, status badan berkanun menjadikan golongan pensyarah universiti tidak memegang taraf penjawat awam sepenuhnya; justeru, mereka tidak berpeluang menikmati semua manfaat yang diperoleh penjawat awam dalam skim-skim perkhidmatan lain.

Sebagai contoh, faedah kemudahan perubatan dan rawatan selepas persaraan bagi golongan ini bukanlah automatik seperti pesara penjawat awam yang bernaung secara langsung di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selain itu, kemudahan lain semasa dalam perkhidmatan seperti elaun dan kelayakan peng­angkutan udara juga tidak sewenang-wenangnya boleh di­samakan dengan penjawat awam lain kerana ketetapan yang dibuat harus mendapat kelulusan LPU.

Secara perbandingan mudah, elemen pengurusan sesebuah UA dilihat menyamai ciri-ciri pengurusan organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Berbanding UA yang ditadbir urus oleh LPU masing-masing, ATM pula ditad­bir urus oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang memainkan peranan untuk membuat sesuatu ketetapan dan memberi kelulusan dalam perkara-perkara melibatkan skim perkhidmatan, gaji, kenaikan pangkat dan sebagai­nya.

Dek kerana konsistennya MAT memperjuangkan nasib pegawai dan anggotanya, maka beberapa tahun kebelakangan ini mereka telah memperoleh pelbagai manfaat dalam bentuk pelarasan gaji, penambahan vot perjawatan, penambahbaikan skim perkhidmatan, dan sebagainya. Isu-isu salah tafsir serta ketidakfahaman pihak pengurusan JPA tentang keperluan perkhidmatan ATM turut dapat diselesaikan secara beransur-ansur.

Sehubungan itu, bagi memperkasa profesion pensyarah UA yang semakin dilihat kurang menarik berbanding profesion perguruan akhir-akhir ini, pendekatan atau model yang serupa wajar dipertimbangkan. Kerajaan, menerusi JPA, sewajarnya mengiktiraf kepakaran serta sumbangan pensyarah universiti awam setara dengan sumbangan pasukan ke­selamatan yang mempertahankan kedaulatan negara.

Para ilmuwan yang memerah keringat sejak usia muda untuk mendidik dan membangunkan potensi generasi muda ini, tidak sewajarnya dilupakan terus apabila mereka telah bersara. Pelbagai inisiatif boleh difikir dan digerakkan bagi memastikan kesarjanaan dan ilmu yang mereka miliki terus dikembangkan untuk kemaslahatan masyarakat umum.

Di pihak pengurusan UA pula, inisiatif tersendiri untuk me­ng­angkat martabat profesion ini harus diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan, bukannya di atas kertas semata-mata. Falsafah kerjasama berpasukan, setiakawan, dan saling menyokong antara ahli akademik harus kembali menjadi asas kepada pembuatan sesuatu keputusan. Ketelusan dalam membuat sesuatu keputusan tanpa diba­yangi apa-apa agenda tersembunyi harus menjadi aspirasi pihak pengurusan di semua peringkat.

Semua saranan yang digariskan sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan dalam tempoh yang singkat, kerana ia menuntut ‘political will’ dan komitmen jitu daripada pihak kerajaan dan pengurusan tertinggi semua UA, serta anjakan paradigma dan sikap yang drastik dalam diri pensyarah sendiri, namun ia perlu dilakukan bagi menjamin kelangsungan profesion ini serta kecemerlangan pemba­ngunan modal insan negara akan terus terpelihara.

Jika cendekiawan seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Albert Einstein, dan Stephen Hawking terus diingati lama selepas ‘persaraan’ sebenar mereka dari dunia akademik, profesion pensyarah universiti awam harus terus diperkasa agar sumbangan mereka kepada negara juga akan terus mekar sepanjang zaman, insya-Allah.

Kemahiran tinggi jana pendapatan lumayan

SEBAGAI anak jati Perak yang bermastautin selama 20 tahun di Kedah Darul Aman, banyak perubahan yang jelas kelihatan di negeri itu. Terutamanya di Lembah Sintok yang mana dahulu kawasan ini dikenali sebagai kawasan hitam ekoran ‘dikuasai’ komunis. Kini, kawasan ini cukup membangun dengan tertubuhnya Universiti Utara Malaysia (UUM) yang banyak me­ng­ubah persekitaran kawasan Lembah Sintok ini. Sebagai salah sebuah universiti terbaik di Malaysia dan diiktiraf di peringkat dunia, UUM telah melahirkan ramai graduan yang cemerlang dalam kerjaya masing-masing.

Antara mereka ada yang bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat dan organisasi terkemuka di Malaysia. Salah seorang daripadanya ialah Mohd. Nazri Zakaria yang kebetulan menabur bakti juga di Lembah Sintok sebagai COO, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara. Dengan kata lain, selain UUM yang terlebih dahulu di­tubuhkan, Lembah Sintok juga memiliki satu lagi pusat latihan ­untuk sesiapa sahaja yang ingin memiliki kemahiran tinggi dalam industri pembinaan.

Baru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan beliau untuk bertanyakan khabar dan pada masa sama ingin mengetahui tentang ABM Wilayah Utara. ABM Wilayah Utara ini melaksanakan program latihan dan penilaian Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia melibatkan belia, personel binaan dan kontraktor.

Sebagai pusat latihan, ABM ini telah dan sedang me­latih belia-belia yang berumur 18 sehingga 35 tahun agar mereka mahir dalam industri pembinaan. Sayugia diingatkan ABM hanya melatih belia dalam bidang pembinaan semata-mata dan tidak melibatkan bidang-bidang lain. Dalam hal ini, industri pembinaan amat bergantung kepada pekerja yang berkemahiran tinggi.

Ini kerana tanpa kemahiran tinggi, hasil kerja pembinaan sudah tentulah tidak berkualiti dan akan memberi kesan yang besar pada masa akan datang. Misalnya, rumah atau bangunan akan mudah rosak sehingga boleh mendatangkan kerugian besar kepada pemilik rumah dan bangunan tersebut.

Tragedi kren mobil (mobile crane) yang dikatakan melibatkan pekerja warga asing baru-baru ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran tinggi dalam kalangan pekerja tempatan yang terlibat dalam industri pembinaan ini. Industri pembinaan sememangnya membuka peluang besar kepada belia Malaysia untuk menceburinya. Siapa kata industri ini tidak menjamin ganjaran pendapatan yang lumayan kepada pekerja Malaysia?

Menurut Mohd. Nazri, terdapat bekas pelajar ABM Wilayah Utara yang berkemahiran tinggi dalam me­ngendalikan kren mobil mampu memperoleh pendapa­t­an mencecahkan RM10,000 sebulan selepas hanya dua tahun tamat belajar di ABM tersebut.

Dengan kata lain, melalui kemahiran yang cukup tinggi, sesiapa sahaja mampu memperoleh pendapatan tinggi dalam industri pembinaan mengatasi pekerjaan-pekerjaan dalam bidang lain. Malah, pendapatan yang diperoleh melebihi pendapatan kebanyakan mereka yang bergelar graduan selepas dua tahun tamat belajar di menara gading.

Namun, hal ini jarang diperkatakan kepada belia tempatan. Mereka berasakan pekerjaan ini cukup berbahaya, sukar dan kotor (3D). Walhal, di negara-negara maju, kemahiran tinggi adalah tunjang pembangunan dan kemajuan ekonomi negara.

Apa yang berlaku di negara kita, generasi muda atau belia tempatan sering kali dimomokkan kononnya jika tidak dapat memasuki menara gading, maka gelaplah masa depan. Pandangan seperti inilah yang menyebabkan dunia pekerjaan Malaysia dalam bidang kemahiran tinggi terutamanya pembinaan mengalami kekurangan pekerja tempatan.

Bukannya kita tidak mampu mengeluarkan pekerja yang berkemahiran tinggi tetapi faktor kurang berminat disebabkan momokkan sebegini yang merugikan ekonomi negara. Pada masa sama, tidak ramai ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang pembinaan ini. Sedangkan jika anak-anak mereka dilatih oleh akademi latihan seperti ABM, 80 peratus sukatan pelajarannya berbentuk amali dan hanya 20 peratus sahaja melibatkan teori semata-mata.

Dalam hal ini, jelas menunjukkan sukatan pelajaran ABM mampu melahirkan ramai para pekerja tempatan yang memiliki kualiti kemahiran yang cukup tinggi. Malah, kursus-kursus yang ditawarkan oleh ABM diiktiraf oleh industri. Tiada siapa boleh menyangkal kualiti pekerja dalam industri pembinaan yang sebelum ini dilatih ABM. Mereka ini bukan setakat dilatih dengan kemahiran tinggi tetapi juga modul latihan yang dipelajari semasa di ABM memenuhi keperluan industri.

Jadi, tiada sebab belia tempatan mahupun ibu bapa perlu ragu-ragu dengan masa depan industri pembinaan terutamanya kerajaan sentiasa memberi penekanan terhadap industri pembinaan. Misalnya, dalam Ranca­ngan Malaysia ke-11 (RMK-11), kerajaan menyasarkan industri pembinaan berkembang pada kadar 10.3 peratus setahun. Industri ini juga dijangka me­nyumbang seba­nyak 5.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.

Ini membayangkan betapa industri ini cukup pen­ting buat negara untuk merealisasikan negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Malah, sudah tentulah industri ini akan sentiasa menjadi antara penyumbang utama kepada KDNK Malaysia selepas negara bergelar negara maju berpendapatan tinggi. Di sinilah peranan besar ABM dalam memajukan industri pembinaan negara. Hal ini berlaku sedemikian kerana industri pembinaan memerlukan pekerja tempatan yang berkemahiran tinggi dalam merangsang ekonomi negara pada tahap terbaik.

Industri pembinaan berpotensi besar membuka peluang kerjaya yang cukup cerah kepada warga tempatan yang berkemahiran tinggi dalam menjana pendapatan lumayan untuk masa depan mereka. Cuma apa yang penting di sini, rakyat Malaysia terutamanya generasi muda perlu berkeyakinan tinggi bahawa kerjaya sebegini mampu membina masa depan yang cemerlang buat mereka. - Dr Rohami Shafie Utusan Malaysia Rencana 21 September 2016 6:30 PM

Elak banyak gangguan

MASYARAKAT bandar sekarang memang cukup ‘sibuk’. Hakikat ini terbukti apabila kebanyakan orang sama ada di stesen transit aliran ringan (LRT) atau kedai makan, sentiasa merenung skrin telefon.

Di pejabat juga ramai dalam kalangan kita yang sibuk membaca e-mel bagi mengetahui apakah arahan terbaharu daripada pihak atasan atau sebarang aduan daripada pelanggan yang memerlukan maklum balas segera daripada pihak kita.

Kadang-kadang kerana e-mel yang diterima terlalu banyak menyebabkan ada yang membuat keputusan tidak membacanya.


Sumber : Utusan Malaysia Rencana Forum 21 September 2016 6:12 PM

Situasi berkenaan membuktikan cabaran terbesar dihadapi masyarakat sekarang bukanlah untuk mendapatkan maklumat tetapi menolaknya agar kita tidak menerima maklumat berlebihan.

Mungkin ada pihak menyifatkan mereka yang enggan membaca e-mel atau tidak kerap menatap skrin telefon sebagai pemalas, tetapi hakikatnya itulah yang terbaik kerana seseorang itu perlu memberikan ruang dan masa kepada diri sendiri untuk berfikir.

Situasi ini adalah amat diperlukan terutama dalam kalangan yang terbabit dengan kerjaya kreatif seperti penulis, pelukis dan mereka yang perlu menjana idea-idea baharu.

Jika kita tidak menyendiri dalam tempoh tertentu atau membiarkan diri terus diganggu secara berpanjangan, maka kita tiada ruang untuk berfikir dan melakukan muhasabah.

Muhasabah diri amat perlu bagi membolehkan kita mengenal pasti tindakan dan sikap yang perlu dibuat pembetulan.

Ingatlah jika kita terjebak dalam situasi terlalu ‘sibuk’ maka sudah tiba masanya untuk berhenti dan berehat seketika.




AZIZI AHMAD Kuala Lumpur Utusan Malaysia Rencana Forum 21 September 2016 6:12 PM

Taksub ranking tak baik untuk universiti

UNIVERSITI di negara ini perlu kembali kepada roh ilmu dan fundamental penubuhannya, bukan terlalu taksub kepada ranking sehingga dijadikan pengukuran dalam pelbagai perkara.

Ranking bukanlah segala-galanya. Ranking universiti adalah satu perniagaan besar bersifat global.

Kerana itu, ketika pengumuman tentang kedudukan ranking terbaharu universiti dibuat baru-baru ini dinyatakan dengan jelas, "ranking pada tahun ini bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang dibuat yang akan menentukan naik atau turun kedudukan sesebuah institusi.

Universiti di negara yang menyediakan jumlah yang besar terhadap sasarannya sama ada dari endowment atau dana awam akan meningkat kedudukannya.'

Malah dalam satu penerangan tentang ranking oleh QS World University Rankings (QSWUR) di sebuah universiti awam, disebutkan dengan jelas bahawa ranking adalah satu bentuk perniagaan dengan kenyataan misi yang jelas.

Naib Canselor Universiti Malaya Tan Sri Profesor Dr. Mohd. Amin Jalaludin dalam responnya terhadap pencapaian cemerlang dalam ranking seperti yang dilaporkan BH, universiti itu hilang momentum yang dibinanya dalam usaha pengantarabangsaan dan pengambilan pelajar yang punca utamanya bersebab dengan pengurangan dana yang dihadapinya sejak dua tahun lalu susulan masalah ekonomi.


UNIVERSITI di negara ini perlu kembali kepada roh ilmu dan fundamental penubuhannya. - Foto hiasan


Kayu ukur universiti

Berapa banyak kos yang terbabit untuk memastikan sesebuah universiti boleh berada pada kedudukan dalam ranking yang baik?

QSWUR menawarkan pelbagai pakej dari harga AS$30,400 hingga AS$42,000 untuk pelbagai perkara yang jika dikira keseluruhannya dalam mata wang Malaysia mencecah jutaan ringgit.

Maknanya setiap setiap universiti perlu memperuntukkan tidak kurang dari RM1 juta hanya untuk membeli pakej-pakej yang ditawarkan bagi memastikan kedudukannya meningkat saban tahun.

Apakah kayu ukur yang dibuat untuk meletakkan kedudukan sesebuah universiti?

Pertama ialah Reputasi Akademik yang diambil daripada kaji selidik tahunan yang dibuat untuk menilai persepsi akademik seluruh dunia. Markah yang diberi ialah 40 peratus.

Ini diikuti oleh Reputasi Majikan yang juga diambil dari kaji selidik oleh QS untuk melihat persepsi dan pandangan majikan seluruh dunia yang dikatakan membabitkan profesional dengan markah 20 peratus.

Kriteria lain ialah pelajar Fakulti yang melihat kepada nisbah di antara jumlah ahli akademik dengan pelajar.

Bilangan pensyarah yang lebih besar berbanding pelajar dikatakan indikator utama yang menunjukkan komitmen kualiti oleh sesebuah institusi. Kriteria ini memberi markah 20 peratus.

Sementara itu, yang juga dianggap penting ialah Sitasi per Fakulti yang memerlukan data tentang jumlah nisbah purata sitasi untuk setiap ahli fakulti dengan anggaran impak dan kualiti kerja-kerja saintifik oleh universiti.

Data ini diambil dari Scopus yang diterima pakai oleh universiti seluruh dunia. Kriteria ini diberikan pemberatan 20 peratus dalam penilaian.

Turut diukur ialah Fakulti Antarabangsa iaitu pengukuran indeks yang berdasarkan nisbah staf akademik antarabangsa dengan tempatan dengan kemampuan menarik lebih ramai ahli akademik luar negara untuk berkhidmat di universiti berkenaan berdasarkan lokasi dan tarikan yang ada. Ini membabitkan lima peratus markahnya.

Yang terakhir ialah jumlah Pelajar Antarabangsa yang diberikan pemberatan lima peratus yang mengambil kira jumlah pelajar antarabangsa yang berjaya diambil oleh sesebuah universiti.

Berdasarkan enam kriteria, hanya Sitasi per Fakulti yang sebenarnya dianggap diterima sebagai satu gambaran kerja saintifik universiti dengan data yang khusus dan diterima pakai.

Yang lain-lainnya boleh diubahsuai data mengikut tafsiran institusi, manakala dua pengukuran lain adalah berdasarkan kepada persepsi.

Lihat ranking pelbagai aspek

Yang akan menentukan bilangan pensyarah luar pula adalah bergantung kepada tarikan yang ada dan kemampuan ganjaran yang ditawarkan serta tafsiran yang diberi kepada mereka yang datang untuk memberi syarahan di universiti berkenaan sama ada misalnya pensyarah kunjungan yang datang seketika turut tersenarai dan jika pula diambil secara tetap, bagaimana pula hasrat untuk memastikan ahli-ahli akademik dalam kalangan anak tempatan dengan kos besar diberi untuk menghasilkan kepakaran tidak pula diketepikan.

Begitu juga dengan pengambilan pelajar luar negara. Sejauh mana kualiti mereka yang diambil itu dijaga mengikut ketetapan Senat dengan ukuran syarat yang dianggap berkualiti perlu juga diambil kira.

Kita boleh melihat ranking dari pelbagai aspek, namun dalam keadaan ekonomi sekarang dan dana yang ada di universiti semakin kecil, mampukah atau perlukan universiti kita terus membuat pelaburan yang besar semata-mata untuk dikatakan hebat dalam ukuran ranking yang diberi.

Malah jika pun kita mempunyai dana yang besar untuk tujuan itu, perlukan kita melakukannya dengan meletakkannya sebagai satu keutamaan berbanding dengan keperluan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan yang lebih baik di universiti awam termasuk untuk tujuan penyelidikan dan Inovasi.

Ironisnya, ada dalam kalangan kita yang satu ketika dahulu bermati-matian menganggap ranking sebagai sampah, malah sanggup untuk menyaman pihak berkenaan kerana menggunakan data yang tidak diberikan, hari ini menjadi antara yang terawal menghentam universiti yang jatuh kedudukannya.

Kadang-kadang agaknya kita semakin keliru dengan apa yang kita mahukan.

Pada akhirnya kita bertanya ranking itu untuk apa dan pada setiap tahun akan terus berada dalam kebimbangan untuk melihat adakah kita berada pada ranking yang tinggi atau rendah.

Ekosistem kita dan falsafah pendidikan kita, tujuan asas penubuhan universiti, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, tugas pembinaan negara bangsa serta kepentingan melahirkan siswazah miliki jati diri dan berdaya saing tentunya lebih penting dari segalanya.

Kita perlu kembali kepada fundamental dan membuat muhasabah dari mana kita bermula dan bagaimana untuk kekal relevan dan berupaya bersaing pada peringkat global dalam konteks keilmuan.

Tidakkah ranking sebahagian proses dekolonialisasi pemikiran dan perniagaan terhadap dunia akademik?

Are our 1972 Olympic football team heroes forgotten? — Thomas Samuel

SEPTEMBER 21 — I wish to congratulate Astro for their patriotic and inspirational 1980 Harimau Malaya documentary featured on Malaysia Day this year.  It was a monumental effort to piece together the real story of our 1980 Olympic heroes who made every Malaysian proud of their achievement.

The 1980 Olympic qualifying goal by the Sabah duo of Hassan Sani and James Wong as well the phrase “cucuk Hassan”  by our well known veteran local commentator Zulkarnain Hassan still keep ringing in our minds when recollecting that glorious night our Malaysian football team qualified for the Moscow Olympics after beating South Korea at the nostalgic Merdeka Stadium.

After 36 years, we are still waiting for a miracle to happen for the Malaysian football team to climb such great heights in this most popular sports in the world.  We are still hopeful that we will one day achieve such great heights!

I applaud Astro and the online and print media for giving so much prominence and acknowledgement to our 1980 football heroes.  They truly deserve it.

However, I am very sad that our 1972 national football team that qualified for the Munich Olympics in Germany have been forgotten.  It is my personal opinion that the 1972 Olympic football team was the best ever football team the country had.  This is based on the fact that this team played 3 matches in Munich, having won one and lost 2.  They had gone beyond the qualifying mark and played in the Olympics.  As such, they should be recognised as the greatest Malaysian football team ever!

It is even very sad to note that almost 16 of the 19 players in that great team are still around and they are not acknowledged.  The team that qualified in the 1972 Olympics and played 3 matches consist of  ; Namat Abdullah, M. Chandran, Othman Abdullah, Soh Chin Aun, Khoo Huan Khen, Hamzah Hussain, Shahruddin Abdullah, Wan Zawawi, V.Krishnasami, Ibrahim Salleh, Harun Jusoh, Wong Kam Fook, Ali Bakar, Lim Fung Kee, Wong Choon Wah, Mohammed Bakar, Rahim Abdullah, Looi Loon Teik & Bahwandi Hiralal.

Datuk Soh Chin Aun is the only national football player to have the distinction to have represented Malaysia at both the 1972 and 1980 Olympic football teams.

However, it is very unfortunate that even the Football Association of Malaysia have forgotten these national heroes.  These national heroes are in the prime of their age and some are financially struggling to make ends meet.  They deserve better recognition and help from all parties, including the respective state football associations.

These national players of the 60s and 70s sacrificed for the love of the game and loyalty to the King and the country.  They did not earn big fat salaries or allowances.  Their pride and loyalty was for donning the national team jersey.  It was a priceless recognition every footballer during that era craved for.

These forgotten national football heroes deserve better.

It was reported in the media that all advertising and sponsorship contributions for Harimau Malaya 1980 by CIMB and Milo will go to the Harimau Malaya 1980 veteran footballers.  It is my humble request that the legendary 1972 team be also considered to receive some form of contribution and help from our corporate sponsors.

I strongly believe that we should give credit when it is due and it is never too late to acknowledge and recognise our 1972 Olympic football legends while we still can!

* Thomas Samuel is the Ex-state and ex-national Footballers’ Association Malaysia honourary secretary.