October 13th, 2016

Persidangan pendidikan lulus 12 resolusi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 resolusi diluluskan sempena Persidangan Penyelidikan dan Pendidikan Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Dalam Pendidikan Abad Ke-21 dan Masa Hadapan, di sini hari ini.

Ia termasuk pemantapan kurikulum, kokurikulum dan pentaksiran prasekolah, sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pendidikan yang lain mengikut perkembangan dan keperluan pendidikan semasa.

Selain itu, pembudayaan kemahiran berfikir secara kritis berdasarkan bukti sahih dan boleh dipercayai serta peningkatan kapasiti berfikir aras tinggi.

Resolusi lain ialah peluasan akses kepada pendidikan abad ke-21 untuk semua murid dengan penekanan kepada murid pemulihan dan keperluan khas.

Persidangan dua hari mulai semalam di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin. Seramai 350 peserta dan 75 pembentang kertas kerja membabitkan pegawai Kementerian Pendidikan bersama pensyarah Kolej Matrikulasi, Institut Aminuddin Baki, universiti awam (UA), IPG dan guru.
Berita Harian Semasa RABU, 12 OKTOBER 2016 @ 5:01 PM

Rankled by ranking exercises

Annual rankings ignore many intangibles that should be at the heart of university education.

EVERY time the Times Higher Edu­cation Index or any other university ranking system publishes its findings, institutions of higher learning go into spasms of soul-searching about their aims and objectives, curriculum content, student profiles, admission criteria, delivery systems and governance models.

Ranking exercises: As a university employee I support external eva­luations but with some reservations. First, ranking exercises measure the measurable. They ignore many in­tan­­gibles that should be at the heart of university education like the infusion of ideals and values, the building of character, and the in­­volvement of the staff and students in community service.

Second, a university has many roles and there may be clear diffe­rences on the priorities of Asian and Western institutions of higher learning. International organisations often lack an understanding of the needs and demands of an indigenous educational system that is immersed in alleviating problems like poverty, food insufficiency and high unemployment. Search for new galaxies is not a priority in most Asian or African citadels of learning.

Globalised ranking exercises are prone to criteria that are steeped in cultural and colonial presumptions and prejudices.

The citation index, for example, clearly gives advantage to scholarship in English and puts literature and research in indigenous lan­­guages and local publications at a disadvantage. No rating exercise can be entirely neutral and impartial.

Third, the evaluation process is often led by international buccaneers who reap huge rewards from the exercise. In much the same way that our economies should not accept the hegemonic dictates of the World Bank or the International Monetary Fund, our education system too should chart its own course.

I believe that the Higher Education Ministry along with the Council of Vice-Chancellors should, after consultation with all affected parties, develop our own calculus or multi-dimensional criteria on how Malaysian universities should be evaluated and for what.

It may be better to evaluate individual faculties and programmes rather than the university as a whole. All universities have exceptional staff, all have some strong centres and some vulnerabilities.

Imperative of change: Having expressed some doubts about the reliability and relevance of international rankings, let it also be said that the imperative of change cannot be denied.

Our universities are not the best in the world or in the region. If our aim is to produce thinkers, innovators, top-notch researchers and reformers who can achieve excellence, distinction and world-class standards, then some significant changes are indeed needed.

Aims and objectives: The aims and objectives of education must be conceived more broadly than simply to fill the job market. Education is not only about earning. It is also about learning.

Curriculum: The curriculum must be better balanced than it is today between the competing and conflicting aims of education. These aims are multifarious and require a separate discussion. Priorities are bound to vary from land to land and age to age.

In general, we are too profession-centred. Our education is not sufficiently holistic and liberal. We produce graduates who know more and more about less and less and are overspecialised.

Without doubt, career training is one of the primary aims but so is character building. The university must inculcate a social conscience and a social perspective. Students must be people-centred. They must have an open mind, be less ideological and more intellectual.

Admission criterion: This must be more sophisticated. SPM and STPM results are hardly a proper criterion to evaluate the potential of our young. Forced assignment of a large swathe of applicants to courses they did not prefer is hardly working. Rules that lock successful applicants into wrong choices must be revised. Some flexibility and mobility should be permitted. Perhaps the first year could be devoted to liberal education and students could be allowed to change streams before their second year.

Methodologies: Our authorita­rian instructional and testing me­­thodologies are one of our greater weaknesses. With the availability of multi-media facilities, distance learning programmes across the frontiers can be facilitated.

Governance: In Malaysia we put great emphasis on creating proper systems of governance. This “systems approach” has some merits.

However, systems are as good as the people who administer them.

We need to recognise that mission and vision statements, elaborate systems and hierarchies, blueprints, standard operating procedures and multi-tiered procedures are necessary but not sufficient.

Leadership at all levels is what can make a difference. We are not short of leaders; we are lacking in ways of identifying them.

We often confuse between leaders and managers. As Peter Drucker says: “Management is doing things right. Leadership is doing the right things.”

As all public universities in Malaysia receive the bulk of their money from Parliament, this is the oft-given justification for tight political and bureaucratic control over them. But in law, public universities are not government departments but independent statutory bodies.

Their separate legal personality is written into their parent law and must be respected by the federal education bureaucracy.

There is clearly a need for more university autonomy. This suggestion is not novel. In the pre-university and University Colleges Act (AUKU) days the existing law for the University of Malaya allowed the university wide latitude for self-government. We need to return to the pre-AUKU days.

Academic staff: As to the staff, wide disparities in quality exist and too much inbreeding is taking place.

We need a University Services Commission to recruit and promote staff, prevent in-breeding and infuse foreign talent.

To produce good graduates, you need the most competent and committed educators. Good syllabi are not enough.

It is also suggested that universities should be encouraged to share staff and talent in those areas where shortages are acute.

The university scene is indeed ripe for review.

But as is always the case, an idea has to gallop around the legal system for a long time, before the portals are opened to let it in.

Shad Faruqi the STAR Home Opinion Columnists Reflecting On The Law Thursday, 13 October 2016

Perlembagaan Persekutuan bukan saluran pecat pemimpin

SAYA terpanggil untuk berkongsi pandangan perundangan mengenai isu ini kerana sejak akhir-akhir ini, ada yang menyatakan pandangan dan tafsiran Perlembagaan tanpa mengambil perhatian kepada keseluruhan peruntukan Perlembagaan.

Sekiranya ini berlaku, maka tafsiran itu tidak akan dapat menepati semangat Perlembagaan dan semangat demokrasi serta keseluruhan sistem pentadbiran negara.

Hubungan antara Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara dengan Ketua Kerajaan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

PEMECATAN hanya boleh dilakukan apabila majoriti Ahli Dewan Rakyat hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. - Foto hiasan


Hubungan antara Sultan atau Raja dan Yang di-Pertua Negeri di negeri dengan Menteri Besar serta Ketua Menteri, adalah diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri masing-masing.

Bagi tujuan tulisan ini, saya merujuk kepada hubungan antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri mengenai kuasa berkaitan pelantikan dan pemecatan.

Peruntukan berkenaan pelantikan Perdana Menteri dapat dilihat dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun, tiada peruntukan yang boleh disebut secara spesifik mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Perdana Menteri.

Seperti dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui kuasa budi bicara baginda.

Kuasa budi bicara di sini bermaksud kuasa yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa nasihat daripada mana-mana pihak.


Kuasa pelantikan ini disandang oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.

Bertindak ikut budi bicara

Perkara 40(2) itu menyatakan, 'Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini'.

Peruntukan ini adalah jelas memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan menyatakan dalam Perkara 43 bahawa, (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: perjalanan fungsinya. (2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut, iaitu: Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan (b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri lain dalam kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen'.

Menerusi Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan yang dipetik di atas, jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melantik sembarangan orang yang disukainya sebagai Perdana Menteri.

Seseorang itu hanya boleh dilantik Yang di-Pertuan Agong sekiranya beliau seorang Ahli Dewan Rakyat dan pada hemat baginda seseorang yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Syarat penting yang perlu diberi perhatian besar oleh Yang di-Pertuan Agong ketika melantik Perdana Menteri ialah kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menyebut mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri.

Persoalan yang dibangkitkan ialah, adakah autoriti yang mempunyai kuasa melantik akan juga mempunyai kuasa memecat.

Prinsip umum ialah sesiapa yang mempunyai kuasa melantik juga mempunyai kuasa memecat, tetapi jika kuasa melantik itu disandarkan kepada pengaruh atau syarat lain, maka kuasa memecat adalah juga tertakluk kepada syarat lantikan berkenaan.

Prinsip ini dapat dilihat dalam Seksyen 29 Jadual Ke-11 Perlembagaan Persekutuan. 'Kuasa melantik termasuklah kuasa untuk membuang kerja.

Jika satu undang-undang bertulis memberi mana-mana orang atau pihak berkuasa, kuasa untuk membuat perlantikan bagi memegang apa-apa jawatan atau kedudukan, maka melainkan jika terdapat niat berlawanan, kuasa itu hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung mana-mana orang yang dilantik dan melantik seorang lain buat sementara bagi menggantikan mana-mana orang yang digantung atau bagi menggantikan mana-mana pemegang jawatan atau kedudukan yang sakit atau tidak hadir.

Dengan syarat jika kuasa orang atau pihak berkuasa itu untuk membuat pelantikan hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan seseorang atau sesuatu pihak berkuasa lain, maka melainkan jika terdapat niat berlawanan, kuasa membuang kerja hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan orang atau pihak berkuasa yang lain itu. Jadual Ke-11 ini dibaca dengan Perkara 160(1) Perlembagaan Persekutuan. Ia bertajuk Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No 7 tahun 1948), yang terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.

Kepercayaan majoriti

Jika diperhatikan peruntukan di bawah Perkara 43(2) di atas, kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik adalah bergantung kepada 'kepercayaan majoriti Ahli Dewan', maka jika dibaca Seksyen 29 di atas pemecatan Perdana Menteri juga adalah bersyarat dengan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Penegasan yang perlu dibuat di sini ialah kepercayaan majoriti hendaklah datang daripada Ahli Dewan, bukan mana-mana pihak di luar Dewan, walaupun proses hilang kepercayaan itu boleh berlaku di luar Dewan.

Sebagai rumusan, kuasa memecat Perdana Menteri tidak tertakluk kepada kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong, walaupun kuasa melantik adalah kuasa budi bicara baginda. Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memecat Perdana Menteri sekiranya baginda yakin mengenai kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan dan baginda enggan membubarkan Dewan sekiranya diminta oleh Perdana Menteri. Keadaan ini disebut dalam Perkara 43(4).