November 12th, 2016

Legasi mamak masih kukuh , nasi kandag nasi ganja

Hameediyah pertahankan keaslian makanan sejak 100 tahun lalu

Berkunjung ke Pulau Pinang pasti tidak lengkap sekiranya kelazatan nasi kandar yang menjadi antara makanan identiti negeri itu untuk dinikmati.

Biarpun kebanyakan restoran nasi kandar menghidangkan masakan sama atau hampir sama, pasti tidak sesekali kecewa memandangkan setiap kedai makan mamak memiliki ‘resipi rahsia’ masing-masing yang akan membezakan rasa makanan setiap restoran terbabit



Malah restoran-restoran nasi kandar seperti Restoran Hameediyah, Nasi Kandar Line Clear, Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Deen Maju, Nasi Kandar Imigresen dan Nasi Kandar Deen Jelutong sentiasa diburu penggemar makanan itu.

Tidak menghairankan apabila para pelanggannya terpaksa beratur panjang dan menunggu sehingga lebih satu jam untuk mendapatkan sepinggan nasi kandar.

Menurut Pengurus Restoran Hameediyah, Ahamed Seeni Pakir Abdul Sukkoor, 63, berkata, rasa nasi kandar yang dijual di negeri ini tidak sama dan berbeza daripada nasi kandar di negeri lain. Katanya, nasi kandar di negeri ini berbeza rasanya biarpun makanan yang dinikmati daripada jenis masakkan sama.



“Di Hameediyah kami mementingkan keaslian rasa masakan perlu dititik beratkan oleh setiap tukang masak bagi memastikan setiap hidangan mempunyai rasa sama dengan hidangan yang disediakan sejak lebih 100 tahun dahulu.

“Keutamaan mengekalkan keaslian rasa masakan inilah yang membuatkan Hameediyah sentiasa diburu oleh pelanggan termasuk pelancong ke negeri ini.

“Antara juadah yang masih lagi kekal menjadi masakan wajib Hameediyah adalah ayam kapitan, rendang daging, peha kambing, ayam kampung bawang, itik nila dan kari kepala ikan yang kabanya­kannya mula disajikan sejak awal 1920-an,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Restoran Hameediyah merupakan antara restoran nasi kandar terawal dibuka di negeri ini dan cawangan pertama di Lebuh Campbell, Georgetown yang dibuka pada 1907 dan masih lagi beroperasi sehingga kini.

Selain itu, jelas Ahamed Seeni Pakir, antara masakan terjamin keaslian rasa dan mendapat permintaan tinggi adalah rendang daging yang turut diminati pegawai-pegawai Inggeris ketika menetap di negeri ini dahulu.

“Rendang daging itu mula dijadikan antara pilihan sajian kepada pelanggan sejak lebih 60 tahun lalu iaitu sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

“Istimewanya rendang itu hasil garapan resipi Hameediyah sendiri dan disukai oleh pegawai British khususnya pegawai yang ditempatkan di Berek Tentera Minden di Gelugor pada zaman dahulu.

“Pada sekitar 1960-an sehingga tercetusnya Perang Veitnam, Hameediyah sentiasa menerima tempahan rendang daging dalam skala besar dari berek tentera British itu untuk dijadikan hidangan kepada anggota tentera mereka,” jelasnya

Menyambung bicara Ahamed Seeni Pakir yang merupakan generasi kelima pengasas restoran itu, rendang daging Hameediyah pernah ditempah pihak British untuk dihantar sebagai bekalan makanan kepada anggota tentera mereka yang bertugas di Indo-China ketika era Perang Vietnam.



Rempah dari India rahsia keenakan ‘nasi ganja’

JIKA berkunjung ke Ipoh, Perak tidak sah untuk singgah makan nasi kandar di sebuah kedai yang terletak dalam sebuah restoran Cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom.


SUASANA kedai Nasi Kandar Ayam Merah (Nasi Ganja) yang menjadi tumpuan pelbagai kaum di Kedai Kopi Yong Suan, Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak.

Kedai tersebut yang dibuka sejak 1957 iaitu seusia kedai kopi itu bukan sahaja tertua di bandar raya ini, malah paling popular dalam kalangan penggemar nasi kandar.

Walaupun nama asal kedai itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, namun kebanyakan pelanggan menggelarkan masakan di situ sebagai ‘nasi ganja’ kerana kesedapannya boleh membuatkan seseorang itu ‘ketagih’.

Pengurusnya, Mohd. Nihmathullah Syed Mustafa (gambar), 52, berkata, keistimewaan ‘nasi ganja’ ialah ayam serta daging merah yang dihidang bersama sambal kelapa dan idak terdapat di mana-mana kedai makan negara ini.

Katanya, resipi tersebut merupakan resipi asal dari kampung iaitu Irumeni di Tamil Nadu, India.

“Nasi kandar itu menggunakan resipi kami sendiri. Kami gunakan rempah digiling yang dibawa khas dari Irumeni. Sebanyak dua kali sebulan rempah ratus tersebut di hantar ke sini.

“Ramuan khas itu mungkin antara faktor menjadikan ayam dan daging merah serta sambal di sini lebih istimewa berbanding nasi kandar di tempat lain,’’ katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Mohd. Nihmatullah, sejak dibuka kira-kira 59 tahun lalu, ‘nasi ganja’ semakin mendapat sambutan orang ramai termasuk pelancong asing dari Singapura, Thailand dan Australia.

Malah, beberapa pemimpin juga mengunjungi restoran itu termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

“Sehingga kini kami tidak pernah cuba mengubah atau menambah baik resipi itu. Ia bagi menjamin rasanya tetap asli dan tidak lari daripada asal.

“Sebab itulah sejak dibuka hingga sekarang rasa ayam dan daging merah tetap sama menjadikan kedai ini sentiasa menjadi tumpuan terutama pelanggan setia,’’ katanya.


Legasi mamak masih kukuh

Biasanya restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang, siapa sangka di Kuala Lumpur juga terdapat beberapa kedai makan mamak yang mempunyai pengikut mereka tersendiri.

Salah sebuahnya adalah Restoran Kudu bin Abdul yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang popular dengan gelagat pengunjung beratur panjang menunggu giliran mengambil makanan.

Situasi itu berlaku setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 3 petang membuatkan ia menjadi satu tarikan kepada mereka yang belum pernah mencuba makanan di kedai tersebut.

Kewujudan kedai itu di Kuala Lumpur kira-kira 45 tahun lalu selepas Kudu Abdul berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan membuka kedai di tapak sama hingga ke hari ini.

Semasa di Pulau Pinang, dia bekerja di kedai nasi kandar milik pakciknya, Kassim Nasi Kandar sejak berusia 12 tahun sebelum mengambil keputusan berpindah ke Kuala Lumpur.

Kini setelah tiga generasi, Restoran Kudu bin Abdul menjadi perniagaan keluarga yang terus diwarisi oleh anak dan kini cucunya dalam menyambung legasi perniagaan.

Menurut anak pemilik restoran itu, Haja Muhammad Nazrul Haja Noordhin, perniagaan tersebut disambung daripada emaknya yang merupakan anak kepada Kudu Abdul kemudian bapanya dan diteruskan kepada dia serta adik beradik lain.

“Pada awal pembukaan kedai ini, Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah insan yang banyak membantu menyokong kerana sering membawa rakan-rakannya makan di sini kerana ketika itu pawagam hanya terletak di belakang kedai ini.

“Makanan kegemaran beliau tiap kali ke sini adalah nasi kandar berlaukkan daging masak kicap, telur goreng dengan kuah campur beserta telur masin,” katanya.

Selain daging masak kicap, lauk paling popular di sini adalah ayam masak bawang yang dicipta sendiri oleh datuknya sejak 45 tahun lalu dan masih lagi dikekalkan.

Nazrul berkata, terdapat lebih 12 menu di kedai itu yang resepinya tidak berubah sejak sekian lama bagi menjaga kualiti dan rasa makanan hingga mempunyai pengikut setianya.

“Emak mula belajar masak dari datuk kemudian ayah saya dan kini saya dan adik beradik yang lain sedang belajar untuk memasak agar ia kekal sebagai warisan keluarga kami.

“Memasak bukan satu yang mudah, kerana asasnya perlu betul baru dapat hasil memuaskan. Contohnya bawang, ada cara untuk membersihkannya jika tidak makanan menjadi kurang enak,” jelasnya.

Are we stuck forever with dishonest politicians?

NOVEMBER 11 — If the US elections have taught us one thing, it’s that voters prefer honest politicians even if they say racist and sexist things, or even if they lack experience and concrete policies.

Even though the media has highlighted Donald Trump’s many lies, it seems that the American voters who elected him as president perceived him (rightly or wrongly) to be more trustworthy than Hillary Clinton. The American people wanted radical change and saw it in Trump.

Malaysians, too, seem tired of the current system in our country. The cost of living is rising, we can’t afford to buy homes and our education policies are a mess.

The once buoyant hope of Malaysians who turned up at the polls in record numbers at the 13th general election seems to have fizzled out. There is no excitement despite speculation of early polls, only malaise and disenchantment.

And just like the Americans who dislike both Trump and Clinton, we Malaysians are stuck between unpalatable choices. Malaysian politicians across the divide have failed to inspire us and don’t seem interested in reform, much less change. Hardly any of them seem honest.

The ruling Barisan Nasional (BN) seems to be willing to do anything in their quest to remain in government.

They give pro-government gangsters and thugs free rein to physically assault their opponents and to threaten the media. Instead of protecting citizens’ right to peaceful protests, BN tells them to quit it if they don’t want to be in danger of violent individuals.

The BN government has torn up the country with its conservative, almost-fascist policies, dividing us across race and religion while telling us that their priority is “national unity and harmony.”  

Yet, across the divide, the picture is not much brighter as the Opposition doesn’t seem to embody the spirit of change that they claim to champion.

Instead of dismantling the race-based system that has been the foundation of Malaysia’s government for over half a century, Pakatan accepts an Umno copycat, a party that explicitly champions the cause of a particular ethnicity.

What happened to their promises of progress and their vision of a race-blind country, where Malaysians are judged not by the colour of their skin but by their skill and personality?

In Penang, the DAP looks to its state chairman Chow Kon Yeow to take over as chief minister instead of the deputy chief minister, Professor P. Ramasamy, reinforcing perceptions that it’s just another Chinese party despite their purported attempts to be more multiracial.

PKR is riven by in-fighting and their most specific objective is to free their leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Despite their professed openness and moderation, they remain silent on the hudud issue and Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s Bill to amend Act 355.

Parti Amanah Negara (Amanah), the supposedly more moderate version of PAS, also refuses to state their stand on hudud and comes up instead with some “alternative” Shariah Bill.

One of the few parties that has been really honest is PAS, but — like Trump — they too have scary ideas and plans that would be disastrous for the country and harm minority groups. But even PAS has become dishonest about Hadi’s Bill by pretending that it’s not about hudud.

Where have our leaders gone?

Across the board, our politicians are vague, conniving and dishonest.

We had put our hope in some of them to bring change and to lift Malaysia up from the doldrums. Someone told me that what matters is simply a change of government, never mind what form it takes, because true competition will force all political parties to be better and to be less corrupt.

I used to believe that, but not anymore. I don’t believe that Malaysia must be stuck necessarily with dishonest politicians.

It’s our job as ordinary citizens to force our leaders to be more honest with us. We can’t be content with just voting for a particular party or candidate, without demanding to know their position on various issues so that we can hold them accountable when they’re elected into office.

We can’t be lazy and just complain on Facebook about deceptive politicians. We need to call them out when they lie to us.

And if they remain deceitful, then we need to show them that we will not tolerate them anymore. Malaysia must stop putting up with dishonest politicians. Boo Su-Lyn Malay Mail Online Opinion Friday November 11, 2016 7:50 AM GMT+8