June 21st, 2017

Panduan Asas E-Dagang

from:
Noor Zulaikha Alan Zamirza<zulaikha@dbp.gov.my>
to:
Bakor Lambok <bakorlambok@gmail.com>,
Nur Aliyah Haji Azizi <alia8511@gmail.com>
date:
Wed, Jun 21, 2017 at 8:14 AM
subject:
PEMAKLUMAN MANUSKRIP

PEMAKLUMAN MANUSKRIP BERJUDUL “PANDUAN ASAS E-DAGANG”

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa manuskrip yang berjudul seperti di atas telah diluluskan penerbitannya oleh Jawatankuasa Penerbitan (JKP) Dewan Bahasa dan Pustaka. Seterusnya, manuskrip ini akan disunting mengikut format Gaya Dewan sebelum dihantar untuk urusan pracetak dan cetak.

3.     Sehubungan dengan itu, dilampirkan borang Pembahagian Royalti yang perlu diisi oleh setiap penulis. Kadar royalti bagi manuskrip ini adalah sebanyak 12%.

4. Sekiranya YBhg. Prof. ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai hal ini, saya boleh dihubungi sama ada melalui e-mel atau di talian 03-2147 9448.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BAHASA JIWA BANGSA"

NOOR ZULAIKHA BINTI ALAN ZAMIRZA
Penolong Perancang Bahasa S29,
Bahagian Buku Umum,
Aras 13, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

Tel             : 03-2147 9448
No. Faks     : 03-2147 9648
E-mel         : zulaikha@dbp.gov.my

Respon to :



Terima pada 09 Oktober 2017