November 23rd, 2017

Laporan Empat Komponen; UPSR hanya satu daripada 4 komponen PPSR, Pelaporan Pentaksiran

NILAI: Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) membabitkan empat komponen termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan dimumkan esok bukan perkara baharu.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon, berkata ia sudah dimulakan tahun lalu tetapi banyak pihak tidak memberi perhatian serius terhadap perubahan terbabit.

Selain keputusan UPSR, PPSR turut mengandungi laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

"Kementerian sudah lama memperkenalkan format PPSR sebelum digunakan dalam UPSR tahun lalu. Ketika pengumuman keputusan, calon diberi dua kertas (slip) iaitu keputusan peperiksaan dan pentaksiran, tetapi orang hanya lihat keputusan peperiksaan sahaja.

"Kita banyak kali bercakap mengenai PPSR, tapi media serta ibu bapa masih memberi fokus kepada keputusan UPSR.

"Mungkin kini ramai orang mulai sedar UPSR hanya sebahagian daripada PPSR," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, di sini, hari ini.

BH hari ini melaporkan, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata UPSR hanya satu daripada empat komponen PPSR yang akan diumumkan di sekolah esok.

Amin dilaporkan berkata, keputusan tidak lagi membabitkan jumlah calon UPSR memperoleh A dalam semua subjek, tetapi turut mengambil kira komponen lain kerana setiap murid memiliki keunikan tersendiri.

Mengulas lanjut, Sin Woon berkata, beliau memahami reaksi berkenaan kerana menyedari perubahan sedemikian memerlukan masa, malah negara lain termasuk Jepun dan Taiwan turut menghadapi isu sama ketika membuat perubahan sistem pendidikan.

Beliau berkata, format PPSR memberi peluang kepada ibu bapa untuk lebih mengenali kecenderungan serta potensi anak masing-masing kerana pentaksiran yang dilakukan adalah secara menyeluruh dan tidak hanya sekadar pencapaian akademik.

Sementara itu, beliau berkata, perubahan format turut melepaskan guru daripada tekanan untuk memastikan sekolah mencapai sasaran keputusan peperiksaan tertentu kerana sebelum ini ranking sekolah ditentukan berdasarkan 70 peratus keputusan peperiksaan.

Ifwan Tun Tuah Berita Harian Pendidikan 22 November 2017
Laporan Empat Komponen

PUTRAJAYA: Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang akan diumumkan Khamis ini tidak hanya menumpukan kepada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017, sebaliknya turut membabitkan tiga komponen lain.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata selain pencapaian akademik menerusi UPSR, tiga komponen lain ialah pentaksiran bilik darjah; pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik.

Beliau berkata, keputusan tidak lagi membabitkan jumlah calon UPSR memperoleh A dalam semua subjek, tetapi turut mengambil kira komponen lain.

Katanya, setiap murid memiliki keunikan tersendiri dan tidak semata-mata jumlah mereka meraih A dalam peperiksaan yang diduduki.

"Sudah tiba masanya, kita tidak lagi memfokuskan kecemerlangan seseorang murid itu berdasarkan keputusan peperiksaan, tetapi melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.

"Selain pencapaian akademik, yang lebih penting adalah pembangunan karektor, memperkasa pendidikan sejati dan menyediakan sesi pengajaran serta pembelajaran yang menyeronokkan" katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung pengumuman keputusan UPSR 2017 di sini, hari ini.

UPSR hanya satu daripada 4 komponen PPSR


AMIN menunjukkan buku laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ketika sidang media di Putrajaya, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang akan diumumkan, esok.

Tiga lagi komponen ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Menjelaskan pembaharuan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata penilaian murid mulai tahun ini tidak lagi memfokuskan kecemerlangan akademik sahaja, tetapi turut melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.

"Setiap murid memiliki keunikan tersendiri dan tidak semata-mata jumlah A diperoleh dalam peperiksaan.

"Selain pencapaian akademik, yang lebih penting adalah pembangunan karektor murid," katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Bantu guru sedia pelan pembelajaran

Menerusi PBD, pentaksiran dibuat ketika pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.

Pentaksiran ini dibuat bagi membantu guru untuk menyediakan pelan pembelajaran bagi setiap murid menggunakan pelbagai jenis instrumen.

PAJSK pula akan mentaksir murid melalui penilaian SEGAK, iaitu Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan, selain mengambil kira penyertaan/pencapaian sukan pada pelbagai peringkat.

Murid juga ditaksir dalam kokurikulum dan ekstra kokurikulum iaitu penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform serta pembabitan secara sukarela pada semua peringkat.

PPsi lihat kecenderungan murid

PPsi pula untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati seperti bidang muzikal, lingustik, logik matematik dan visual ruang.

PPsi untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) dibuat menerusi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR), iaitu mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.

Amin berkata, murid UPSR akan menerima empat slip PPSR yang mengandungi maklumat pencapaian dalam semua komponen berkenaan.

Beliau berharap perubahan itu dapat mengembalikan PdPc yang menyeronokkan bagi membolehkan guru mengajar tanpa tekanan.

"Menerusi pendekatan ini, tiada lagi perbandingan mengikut negeri dan daerah. Gred Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang dilihat menjadi bebanan kepada guru juga dihapuskan," katanya.

Mengenai kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Amin berkata, permohonan secara dalam talian sudah ditutup dan murid yang ingin memohon sekarang perlu menjalani satu lagi ujian khas.

PPSR 2017 baik, tapi perlu penambahbaikan

PUTRAJAYA - Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR), yang menilai kemenjadian murid melalui empat komponen, menunjukkan pencapaian murid tahun enam pada 2017  secara keseluruhannya baik tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin semasa membentangkan laporan PPSR buat pertama kalinya hari ini berkata, pendekatan itu harus digunakan oleh semua pihak kerana ia menggambarkan profil murid sebagai modal insan negara pada masa akan datang.

PPSR merangkumi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR); pentaksiran bilik darjah; pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum; serta pentaksiran psikometrik.

"Matlamat kita untuk melihat keunikan setiap murid dan mengembangkan potensi mereka mengikut pelaporan masing-masing. Secara keseluruhannya kita berpuas hati walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan," katanya pada sidang media PPSR 2017 di sini hari ini.

Bagi keputusan UPSR, beliau berkata seramai 8,958 calon atau 2.1 peratus daripada keselurhan 443,794 calon mendapat semua A, meningkat berbanding 4,896 calon pada 2016.

Amin berkata, calon yang mencapai sekurang-kurangnya gred D dalam semua mata pelajaran adalah seramai 293,514 calon iaitu 68.1 peratus.

Katanya peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum iaitu mendapat sekurang-kurangnya satu gred E turun sebanyak 0.9 peratus iaitu 30.2 peratus pada tahun ini dan peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum gred E dalam semua mata pelajaran turun sebanyak 0.7 peratus iaitu 1.5 peratus pada 2017.

"Hal ini menunjukkan prestasi calon UPSR tahun 2017 meningkat berbanding tahun 2016," katanya.

Dari segi prestasi mata pelajaran pula, Amin berkata penguasaan Bahasa Melayu bagi kedua-dua kertas Pemahaman dan Penulisan di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) secara keseluruhannya meningkat.

Tahap penguasaan Bahasa Inggeris juga secara keseluruhannya meningkat pada 2017, kecuali bagi kertas Penulisan di SK yang menunjukkan penurunan daripada 77.1 peratus pada 2016 kepada 73.6 peratus tahun ini.

Bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Amin berkata seramai 24,612 murid menunjukkan tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang sangat aktif, komited dan menunjukkan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti disertai.

"Secara keseluruhan, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah seramai 444,961 atau 97.4 peratus murid," katanya.

Beliau berkata seramai 40,957 murid memiliki kecergasan sangat tinggi dalam ujian Standard Kecerdasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (Segak),  seramai 3,644 murid berada pada tahap tidak cergas, manakala 3,259 murid dikecualikan daripada menjalani ujian disebabkan masalah kesihatan yang disahkan oleh pengawai perubatan.

Beliau berkata ujian Segak dilaksanakan pada bulan Mac dan Ogos namun data bulan Ogos sahaja digunakan kerana status kecergasan yang diperoleh adalah lebih baik setelah menjalani program intervensi kecergasan.

Dari segi Indeks Jisim Badan (BMI) pula, Amin berkata seramai 58,294 murid mempunyai berat badan berlebihan manakala 56,584 berisiko berat berlebihan.

"Obesiti bukan masalah sekolah, tetapi masalah masyarakat, sebab itu kita harus tangani secara bersama dan pada kita, ini merupakan petunjuk yang baik untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera," katanya.

Mengenai Pentaksiran Psikometrik, beliau berkata Inventori Kecerdasan Pelbagai (Ikep) yang ditadbir kepada semua murid tahun enam pada Julai 2017 menunjukkan peratus kecenderungan murid tahap tinggi iaitu Eksistensial 77.7 peratus.

Amin berkata kecenderungan murid tahap tinggi bagi Intrapersonal pula adalah 77.3 peratus, Interpersonal (68.9 peratus), Naturalistik (63.2 peratus), Kinestetik (54.4 peratus), Logik Matematik (50.3 peratus) dan Visual Ruang (43.4 peratus).

Eksistensial adalah peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti makna dan kehidupan; Intrapersonal adalah keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri; dan Interpersonal adalah keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.

Kinestetik pula adalah pintar jasmani iaitu keupayaan seseorang mengawal dan memahami pergerakan tubuh; Naturalistik adalah keupayaan seseorang mengenal pasti dan menghargai alam semula jadi; dan Logik Matematik adalah keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal.

Kepada soalan mengenai kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Amin berkata pemilihan calon mengambil kira tahap pengetahuan am; kecerdasan emosi (EQ); kecerdasan intelektual (IQ); aspek kerohanian dan kemahiran sosial berdasarkan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP, komponen latar belakang sosial dan akademik; lokasi tempat tinggal sama ada di bandar dan luar bandar serta tahap kepimpinan pelajar berkenaan.

"Saya boleh katakan kemasukan dan pemilihan pelajar ke SBP sangat berbeza. Semua pelajar boleh ambil UKSBP dan jika mereka dapat sekadar 2A dan 3B tetapi mempunyai kesesuaian untuk masuk ke SBP, maka mungkin calon itu dapat diterima masuk,” katanya.

Amin berkata terdapat juga kemungkinan pelajar yang mendapat keputusan 6A namun tidak sesuai masuk ke SBP kerana tidak mempunyai kelebihan dari segi latar belakang sosial yang dikehendaki.

Katanya permohonan untuk UKSBP dibuka pada 16 Okt hingga 19 Nov lalu dan lebih 60,000 pelajar memohon untuk menduduki peperiksaan berkenaan pada akhir bulan ini.

Semalam, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Nor Azlina Abdul Rahim berkata murid yang memohon menyambung pelajaran ke SBP perlu menduduki UKSBP pada 11 hingga 15 Dis.

Dalam pada itu, Amin berkata bagi 3,095 murid berkeperluan khas masalah pembelajaran yang melalui Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) merangkumi ProKhas 1 dan ProKhas 2, pencapaian mereka amat memberangsangkan.

Amin berkata seramai 373 murid yang menduduki ProKhas 1 mencapai tahap Kompoten Terpuji dan seramai 171 murid mencapai tahap Kompoten Terpuji dalam Prokhas 2. Daripada jumlah itu, 109 calon mencapai tahap Kompeten Terpuji bagi kedua-dua ProKhas. - Bernama

PSAR assessment not new, first introduced last year


(File pix) The complete assessment for Year Six pupils which will include the Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) and three other non-academic components, was first introduced last year. Pix by Ahmad Irham Mohd Noor
PSAR assessment not new, first introduced last year

NILAI: The complete assessment for Year Six pupils which will include the Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) and three other non-academic components, was first introduced last year.

Deputy Education Minister II Senator Datuk Chong Sin Woon said the assessment, called the Primary School Assessment Report (PSAR) or Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah is nothing new, as the previous batch of UPSR students were the first group to be evaluated based on the assessment.


“Last year, the UPSR result was presented in two different slips, with the first slip containing the academic result, while the second slip showed the result of the assessment.

“It seemed that majority of the parents were more focused on the number of As rather than on the overall assessment, which is equally important. While the assessment is not new, but the way the result will be presented tomorrow will be different, as the academic result and the non-academic components will all be encompassed in a single slip,” he said.

Chong was commenting on the dissatisfaction raised by majority of parents, who had questioned why the decision on the new PSAR was not announced earlier.

Education director-general Datuk Dr Amin Senin yesterday revealed the major shift, which will see the Year Six pupils receiving a total of four reports in their UPSR results, to be announced tomorrow.

The result will not only focus on the academic component, but on other areas such as sports, physical and curriculum activities assessment; classroom assessment and psychometric assessment will also be taken into account for their selection into fully residential schools.

“We want to get away from the examination-oriented education system. We understand that it will take some time for the parents, students and schools to familiarise themselves with the new system, but it has to start somewhere.

“Even other countries including Japan and Taiwan, also faced the same issues when they tried to make changes from the examination-based education system to comprehensive assessments,” said Chong after he launched the Excellent Awards ceremony at SK Taman Semarak Nilai here today.

“The acceptance will take a long time because we have been accustomed to the old system for so long. Such changes will take between five and seven years, before we can see the result.

“We need to create the awareness that it’s no longer about how many As can the students score, but we need to also emphasise on their achievements in other areas,” he added.

Chong also said the changes will also relinquish schools and teachers from the stress to ensure that schools achieve specific examination results, as previously, 70 percent of school grades were based on examination results.

"Now teachers can focus more on the student's achievement. It will also provide the opportunity for parents to recognise their children’s potential better with the comprehensive assesement," he said.

On the suggestion made by Education Minister, Datuk Seri Mahdzir Khalid, who had advised all parties to refrain from celebrating outstanding students in special events, Chong said the advice should be viewed in the right context.

"It's not wrong to celebrate the excellent students because it can boost their spirits, but with the latest trend which saw these events even being held at hotels, I think it will only put pressure on the teachers to organise the event, and parents too have to bear the cost between RM100 and RM150,” he said.

No most straight A's, no 'best schools': Primary School Assessment Report results unveiled

PUTRAJAYA: No 'most straight A' scorers, no 'best schools'.

For the first time since 1987, there was no special emphasis given to the academic achievements of students in the annual announcement of the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) results.

Instead, Education director-general Datuk Dr Amin Senin today announced students' achievements as a whole via the Primary School Assessment Report (PSSR).

Not only were there no mentions of best schools or states with the most straight 'A' scorers, there were also no statistics of rural-urban school comparisons, nor school-to-school match ups.

Amin said from this year onwards, the annual announcement will comprise not only the UPSR exam results, but also feature three other components.

These components are sports, physical and co-curricular activities assessment; classroom assessment and psychometric assessment.

As for the UPSR examination, emphasis was only given on the minimum standard achievement. Students, he said, are required to obtain at least a 'D' in all subjects.

"There was an increase of 1.6 per cent this year compared to last year, where 293,514 (68.1 per cent) candidates achieved the minimum standard compared to 293,184 candidates in 2016," he told a press conference today.

The percentage of students who have yet to achieve minimum standard in at least one subject reduced by 0.9 per cent with 130,027 (30.2 per cent) students this year as opposed to 137,262 (31.1 per cent) students in 2016, he said.

Amin said the percentage of students who did not achieve the minimum standard in any of the subjects also saw a fall of 0.7 per cent with 1.5 per cent (6,663 students) this year compared to 2.2 per cent (9,519 students) last year.

There no mentions of best schools or states with the most straight 'A' scorers, there were also no statistics of rural-urban school comparisons, nor school-to-school match ups. (pix by FARIZUL HAFIZ AWANG)

At national level, Amin said a total of 8,958 students scored straight A's this year compared to 4,896 last year. This is an increase of 1 per cent.

Meanwhile, for the physical activities, sports and co-curricular assessment (PAJSK), he said 24,612 (5.6 per cent) students were classified as 'very active and committed' in co-curricular involvement and exemplied individual potential in the activities joined.

"A total of 302,018 (68.9 per cent) candidates were classified as having active and committed co-curricular involvement and exemplified satisfactory interest in activities joined, while 100,331 (22.9 per cent) candidates achieved satisfactory co-curricular involvement," he added.

As for the national Physical Fitness Standard (SEGAK), Amin said 40,957 (9.5 per cent) candidates recorded 'very high' fitness levels and 168,101 (38.8 per cent) candidates recorded high fitness levels.

"On the other hand, 189,929 (43.9 per cent) candidates recorded fit fitness levels and 3,644 (0.8 per cent) candidates recorded unfit fitness levels," he said.

Meanwhile, in the body mass index (BMI) assessment, a total of 268,314 (63.4 per cent) students recorded normal BMI; 56,584 (13.4) students are at risk of being obese; 58,294 (13.8 per cent) students are obese; and 40,347 (9.5 per cent) students underweight.

For the psychometric assessment, candidates were tested on multiple intelligence inventory.

"A total of 77.7 per cent of candidates showed existential tendency, 77.3 per cent showed intrapersonal tendency while 68.9 per cent showed interpersonal tendency.

"Another 63.2 per cent were deemed naturalistic, 54.4 per cent kinesthetic, 50.3 per cent showed tendency towards mathematical logic and 43.4 per cent towards visual space," he said.

Amin said 373 candidates achieved exemplary competence and 171 candidates achieved exemplary competence in the Primary School Alternative Assessment, which is in place of the UPSR for 3,095 special needs students.

In the fourth and final assessment, which is the classroom assessment, he said students' achievements will be evaluated and handled by their respective school.

Amin said that in summary, the students' PSSR performance w

as good and will pave the way for even greater improvements in the future.

He noted that it would not be fair to evaluate students based on their academic achievements alone and that consideration must be given to their total development including physical, emotional and spiritual aspects.

"Each student is unique in their own way and it is only fair that the evaluation takes note of all their best aspects.

"Everyone should bear in mind that the UPSR is only a checkpoint to measure a student's ability to read, write, count and their reasoning skills during six years of primary education. Priority should be given to students' development as a whole."

Reporting by HASHINI KAVISHTRI KANNAN, FAIRUZ MOHD SHAHAR AND AINA NASA