December 19th, 2018

Defamation on social media: the ramifications

Two writings on critising came into our limelight recently. One was on ‘Honda M’sia apologises for insensitive FB comment on Adib’s death’ (Dec 18, 2018) and ‘Will Rahim sue all Malaccans for criticising him’ (Dec 19, 2018).

The use of social media for communication has grown rapidly over the last few years.

Critics will post views and statements on websites such as Facebook, Twitter and others are said to be and are a negative criticism and indeed passionate.

This may be because not many are able to write, comment, or criticize positively in newspapers or major newspaper portals because they do not meet the requirements of the ‘editorial session’ or do not get the ‘remuneration’ as expected.

Submitting something negative or voiceless not in accordance with the ‘editor’s’ requirement is not wrong or subject to prosecution of the court.

Whether your submission is accepted for sharing depends also on ‘editorial press’ or media publisher.

The question of whether you may be charged with the negative comments you send on social media depends on whether your writing and your statements are defamatory, bad intentions and intentional.

Defamation involves writing (publishing) or saying something about someone who is damaging to the person’s reputation.

In addition, the statement must be submitted as true but, in fact, is not true. It is also not subject to immunity, for example, in terms of public figures.

There are two types of defamation: libel (defamatory written or published) and speech defamation.

Defamation involving social media is considered to be defamatory as the statement is published and shared to public.

The best defense against the lawsuit-based defamation law you made online is that what you have posted is absolutely true. If your statement is true, you will surely be released from the prosecution.

However, proving the truth can be time-consuming and costly.

If you can prove that your published statement is merely a matter of your opinion and not an over-statement, then it is sufficient for yourself to be indicted later.

Opinions and views that are truthful are not easy to prove.

Saying “I think” or “In my opinion that …” is not enough to prove your statement is just a view or opinion.

For example, your online statement reads, “I think they are the one who are involved in the killing,” perhaps sounds like an opinion.

But in fact, you know that your neighbors and readers may believe you have knowledge of the situation altering the statement and can be one of the potential facts to be verified.

Separating your opinion from a verifiable statement is the key to defending yourself from being said to be defamatory. The context or content of your statement is important.

If you post a comment saying, “The person is a fool,” you have made a statement that cannot be fully verified.

Your opinion or comment only states that a person has a low social position.

However, if you declare, “The person has never held any position or experience in holding an office,” you must ensure and have a record of fact that he or she has never worked or you may find yourself indicted for spreading defamation.

Public figures (politicians and high profile individuals) cannot sue you for posting negative comments about them unless they can prove “real resentment” which is defined as intentionally making a false statement or act by accidentally ignoring the truth or making false statements.

The two public figures in question include those with power and influence, such as the Prime Minister, members of the House of Representatives, professional athletes, film stars and others whose names are famous. They are considered ‘public figures or celebrities’.

The second public figure is a person who is usually regarded as individual and for certain reasons or activities in which they voluntarily participate. This group is known as ‘limited public figures’.

This difference is important because limited public figures only need to meet “real hatred” if the defamation is related to the specific cause or activity in which they are involved.

Some examples of defamatory and non-defamatory statements can be listed below.

Remember: If the statement is true and you can prove it, it is not defamatory.

Defamatory


  • Calling a person as criminal

  • Accuses someone stealing

  • Claims someone as an Islamic terrorist

Non-defamatory


  • Referring to the game show participants or the game sports as “stupid and foolish”

  • Saying a politician is “damaging the state”

  • Calling the Search and Wings group “the worst ‘rock’ group

Having a healthy mind is the best way to determine whether something you want to post or share is defamatory.

One of the most popular memes on social media uses the THINK acronyms and suggests that before you share something online, you must make sure it’s True, Helpful, Inspiring, Necessary and Kind.

The gap between statements that meets the THINK criteria and defamatory statements are huge.

There is plenty of room for humor, satire and opinion in the use of social media. What does not exist is the space to lie or to discredit others.

Azizi Ahmad Surat Pembaca 19 Disember 2018

Juara tidak mesti pertama

The Pocketrocket man terus menggegar apabila meraih perak dalam acara keirin pada siri Piala Dunia di London, adalah satu peningkatan selepas meraih gangsa di siri sebelumnya di Berlin.

Pasukan Harimau Malaysia tewas pada Vietnam dalam saingan Piala AFF 2018, namun kita harus berbangga dengan kejayaan bagaikan wira walaupun tidak berjaya membawa pulang Piala AFF 2018 selepas tumpas menerusi agregat 2-3 kepada Vietnam di pentas akhir baru-baru ini.

azizi_juara_pertama_um_forum_19122018 004.jpgDua berita sukan di penghujung tahun 2018 boleh dijadikan penyuntik semangat bagi sesiapa sahaja untuk meraih kejayaan demi kejayaan. benarkah ini?

Semua orang tentunya akan gembira apabila berjaya mencapai sesuatu matlamat, sering ingin menjadi juara atau berada ditempat teratas atau pertama, tetapi ternyata, berada di tempat kedua mungkin bukan satu alternatif yang buruk. Malah, ia boleh membantu anda hidup lebih lama.

Menurut kajian University of Virginia yang diterbitkan dalam Journal of Health Economics, para pemenang pingat perak Olimpik cenderung hidup lebih lama dan memperoleh pendapatan lebih banyak daripada pemenang pingat emas, yang telah mendorong para penyelidik untuk menyiasat apa yang terjadi selepas kemenangan besar, dan mengapa atlet tempat kedua lebih berjaya dalam kehidupan mereka.

Para penyelidik membandingkan taraf kehidupan antara para pemenang emas dan perak sukan Trek dan Padang Olimpik antara tahun 1896 dan 1948, dan mendapati terdapat trend gemilang hasil kewangan para atlet yang diperhatikan.

Kajian itu mendapati bahawa kira-kira separuh daripada pemenang pingat perak masih hidup sehingga umur 80 tahun, berbanding hanya satu pertiga daripada atlet pemenang pingat emas.

Mereka juga mendapati bahawa atlet tempat kedua memohon pekerjaan bergaji tinggi selepas Sukan Olimpik, sementara pemenang tempat pertama hanya memohon pekerjaan yang rendah pembiayaan.

70 peratus daripada pemenang pingat perak memperolehi hasil kewangan yang lebih besar, sementara hanya 20 peratus pingat emas melakukan perkara yang sama.

Adam Leive, penyelidik kajian mendapati juga pemenang pertama dan kedua Olimpik adalah tidak begitu berbeza dari segi fizikal dan neurologi, dan para pemenang pingat perak menjadi lebih berjaya selepas karier Olimpik mereka, yang mungkin menyumbang kepada jangka hayat hidup lebih lama.

"Terlalu mengejar kemenangan boleh membahayakan kesihatan," jelasnya.

"Masa yang ditumpu dan dihabiskan untuk berlatih dan bertanding mungkin memberi kesan kepada tenaga kesihatan."

Beliau juga mengatakan bahawa selepas usaha untuk memenangi pingat emas, para atlet tidak begitu bermotivasi untuk mencari lebih banyak kejayaan dan menjaga diri mereka sendiri.

"Kemenangan dapat mempengaruhi motivasi masa depan dan dengan itu mempengaruhi sumber dan kesihatan yang sebenar," katanya.

Hasil perolehan kewangan para atlet mungkin menjejaskan kesihatan jangka panjang mereka, tetapi terdapat pilihan gaya hidup yang lain yang memberi kesan terhadap kejayaan atau kegagalan.

"Mengasingkan hubungan antara pencapaian dan kesihatan adalah mencabar kerana beberapa saluran boleh beroperasi serentak," kata Leive.

"Bagaimana orang memberi respon terhadap kejayaan atau kegagalan dalam peristiwa kehidupan yang penting boleh menghasilkan akibat yang berkekalan untuk kesihatan," jelasnya.

Walaupun kita cenderung dan percaya bahawa kejayaan dalam karier akan membantu masa hadapan kita, dalam kes ini, memenangi tempat pertama sebenarnya boleh menghalang trajektori anda selepas menang.

Dan sementara kita masih merancang untuk mencapai matlamat tinggi, penemuan kajian ini berfungsi sebagai peringatan bahawa jika anda masih berada ditempat kedua atau tidak memenangi kejuaraan, anda tidak perlu terlalu keras untuk diri sendiri.

Pada penghujung hari, apa yang anda lakukan selepas kejayaan atau kegagalan anda, ianya lebih banyak daripada hasilnya sendiri.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 19 Disember 2018

Fitnah melalui media sosial-ramifikasinya

Tajuk ‘Honda Gantung Kerja Staf Biadap Terhadap Anggota Bomba Mangsa Perusuh di Kuil Seafield’ adalah dirujuk.

Penggunaan media sosial untuk komunikasi telah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kebanyakan pengkritik akan menyiarkan pandangan dan kenyataan di laman web seperti Facebook, Twitter dan lain-lain adalah dikatakan dan merupakan kritikan negatif dan sememangnya penuh semangat.

Ini mungkin disebabkan tidak ramai yang mampu menulis, memberi komen, maupun mengkritik dengan positif di ruang akhbar atau portal akhbar utama kerana tidak memenuhi kehendak ‘sidang pengarang’ maupun tidak mendapat ‘imbuhan’ seperti yang diharapkan.


Mengemukakan sesuatu yang negatif atau bersuara tidak menurut kehendak ‘pengarang’ bukanlah salah atau tertakluk kepada pendakwaan mahkamah.

Samada penghantaran penulisan anda diterima untuk siaran bergantung juga kepada pihak ‘sidang pengarang’ ataupun penerbit media.

Persoalan sama ada anda boleh didakwa atas komen negatif yang anda hantar di media sosial bergantung kepada sama ada penulisan maupun kenyataan anda merupakan fitnah, berniat buruk dan bertujuan jahat.

Memfitnah  melibatkan penulisan (penerbitan) atau mengatakan sesuatu tentang seseorang yang merosakkan reputasi orang tersebut.

Di samping itu, pernyataan itu mesti dikemukakan sebagai benar tetapi, sebenarnya, tidak benar. Ia juga tidak tertakluk kepada imuniti, sebagai contoh, dalam hal tokoh awam.

Terdapat dua jenis fitnah: libel (fitnah ditulis atau diterbitkan) dan fitnah pertuturan.

Memfitnah yang melibatkan media sosial dianggap fitnah kerana kenyataan itu diterbitkan dan disiarkan.

Pertahanan terbaik terhadap tuntutan undang-undang fitnah berasaskan komen yang anda buat dalam talian adalah bahawa apa yang anda telah diposkan adalah sememangnya benar. Sekiranya pernyataan anda benar, anda pastinya akan terlepas dari pendakwaan.

Walau bagaimanapun, membuktikan kebenaran boleh memakan masa dan melibatkan kos yang mahal.

Jika anda dapat membuktikan bahawa kenyataan anda yang disiarkan hanya semata-mata pendapat anda  dan bukan kenyataan yang digembar-gemburkan, maka adalah mencukupi untuk diri anda tidak didakwa kelak.

Pendapat dan pandangan yang merupakan kebenaran adalah tidak mudah untuk dibuktikan.

Mengatakan “Saya fikir” atau “Pada pendapat saya bahawa …” adalah tidak mencukupi untuk membuktikan kenyataan anda adalah hanya merupakan pandangan maupun pendapat.

Sebagai contoh, kenyataan diatas talian anda berbunyi, “Saya fikir jiran saya membunuh isterinya,” mungkin berbunyi seperti pendapat.

Tetapi hakikatnya, anda tentu tahu bahawa jiran anda dan pembaca mungkin percaya anda mempunyai pengetahuan mengenai situasi itu mengubah kenyataan itu dan boleh menjadi salah satu fakta berpotensi untuk diverifikasi.

Memisahkan pendapat anda dari kenyataan yang dapat disahkan adalah kunci untuk mempertahankan diri daripada dikatakan membuat fitnah. Konteks atau kandungan kenyataan anda adalah penting.

Sekiranya anda menyiarkan komen yang mengatakan, “Orang itu adalah bebal,” anda telah membuat kenyataan yang tidak dapat diverifikasi sepenuhnya.

Pendapat atau komen anda hanya menyatakan bahawa seseorang itu mempunyai kedudukan sosial yang rendah.

Walau bagaimanapun, jika anda menyatakan, “Orang itu tidak pernah memegang sebarang jawatan atau berpengalaman,” anda hendaklah memastikan dan mempunyai fakta rekod bahawa dia tidak pernah bekerja atau anda mungkin mendapati diri anda akan didakwa kerena menyebar fitnah.

Tokoh-tokoh awam (ahli politik dan individu berprofil tinggi) tidak boleh menyaman anda kerana menyiarkan komen negatif tentang mereka melainkan mereka dapat membuktikan “kebencian sebenar” yang ditakrifkan sebagai sengaja membuat kenyataan palsu atau bertindak dengan tidak sengaja mengabaikan kebenaran atau membuat kenyataan palsu.

Dua tokoh awam yang dimaksudkan termasuklah mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh, seperti Perdana Menteri, anggota Dewan Rakyat, atlet profesional, bintang filem dan lain-lain yang namanya terkenal. Mereka dianggap sebagai ‘tokoh atau selebriti awam’.

Tokoh awam kedua pula adalah orang yang biasanya dianggap sebagai individu perseorangan dan untuk sebab-sebab tertentu atau aktiviti yang mana mereka secara sukarela mengambil bahagian. Kumpulan ini dikenali sebagai ‘tokoh awam terhad’.

Perbezaan ini penting kerana tokoh awam terhad hanya perlu memenuhi “keadaan kebencian sebenar” jika fitnah itu berkaitan dengan sebab atau aktiviti khusus yang mana mereka terlibat.

Beberapa contoh mengenai kenyataan yang merupakan memfitnah dan bukan fitnah boleh disenaraikan seperti dibawah.
Ingat: Sekiranya pernyataan itu benar dan anda boleh membuktikannya, itu bukan fitnah.

Memfitnah
• Memanggil seseorang penjahat
• Menuduh seseorang mencuri
• Mendakwa seseorang sebagai pengganas Islam

Bukan Memfitnah
• Merujuk kepada peserta ‘gameshow’ atau sukan permainan sebagai “bodoh dan bangang”
• Mengatakan seorang ahli politik adalah “merosakkan negara”
• Memanggil kumpulan Search dan Wings “kumpulan ‘rock’ terburuk yang pernah anda dengar”

Menggunakan akal budi yang sihat adalah panduan terbaik untuk menentukan sama ada sesuatu yang anda hendak poskan atau kongsikan adalah fitnah.

Salah satu meme yang sering muncul di media sosial menggunakan akronim FIKIR  (THINK – True, Helpful, Inspiring, Necessary and Kind )dan mencadangkan bahawa sebelum anda berkongsi sesuatu dalam talian, anda harus memastikan ia Benar, Membantu, Menginspirasi, Perlu dan Berniat Baik.

Jurang antara pernyataan yang memenuhi kriteria FIKIR (THINK) dan pernyataan yang memfitnah adalah besar.

Terdapat banyak ruang untuk humor, sindiran dan pendapat dalam penggunaan mengenai media sosial. Apa yang tidak ada adalah ruang untuk berbohong atau memburukkan orang lain.



Kheru Khek Bebas News Surat Pembaca 19 Disember 2018