?

Log in

No account? Create an account

January 2nd, 2019

Autisme: Anugerah luar biasa

Ramai  yang bercakap dan berbincang mengenai  autism. Mengapa orang ramai mengatakan bahawa mereka yang ‘autism’ adalah bermasalah?

Memang begitulah sifat manusia walaupun perkara itu sudah biasa.


Autism sebenarnya bukanlah satu gangguan (kecuali digabungkan dengan masalah kognitif yang lain).

Kalau diambil kira, 50 tahun bahkan 100 tahun yang lalu, mereka yang ‘autism’ tidak pun diberi sebarang penglabelan.

Mereka terus dibesarkan dalam masyarakat yang mengenali mereka sejak dari kelahiran dan menerima mereka seadanya.


Bagi setiap "kekurangan" pada sifat manusia pastinya terdapat keupayaan atau kelebihan tersendiri melampaui neurotipikal.

Manusia yang mempunyai minda autistik mungkin lebih bertanggungjawab terhadap kebanyakan pencapaian manusia utama.

Siapa lagi yang akan mampu duduk berjam-jam menggosok dua batang kayu sehingga mereka mendapat atau memperolehi  percikan api.

Sudah tentu bukan anggota sosial yang biasa atau normal.


Telah diketahui ramai dan terbukti bahawa jurutera, juruterbang, pakar bedah, saintis dan inovator yang cemerlang adalah mereka yang dikatakan ‘budak autism’.

Dan hari ini, walaupun ramai yang sudah dewasa, mereka akan diagnosis sebagai ‘autisme’  berdasarkan senarai semak yang dikeluarkan.

Hanya sekarang kita cuba menerima keadaan dan cuba memenuhi perbezaan yang telah ditetapkan.


Majoriti adalah neurotipikal (tidak memaparkan atau dicirikan oleh pola pemikiran atau tingkah laku yang tidak biasa secara autistik atau lain-lain neurologi) dan mereka akan bersekolah dan hidup seperti orang lain.

Mana-mana kanak-kanak yang didapati tidak sesuai dengan acuan kebiasaan  akan dikatakan mempunyai gangguan dan perlu diberi perhatian perubatan.

Saya berpendapat bahawa ianya lebih kepada bagaimana kita menjadi ibu bapa kepada anak-anak kita pada masa kini juga.

Anak-anak autism tidak membesar seperti mana dan sebagai sebahagian daripada masyarakat dan ibu bapa cenderung untuk cepat melepas tangan untuk keluar dari permasalahan (yang dirasakan) seterusnya.

Mereka mahukan anak-anak mereka mendapat perhatian sehingga mampu menjadi pakar bedah otak dengan karisma bintang kanak-kanak.

Yang hairannya, anak-anak autism yang akan terpaksa duduk di sekolah selama berjam-jam setiap hari berbanding anak yang normal dan  biasa dan ini adalah merupakan sesuatu yang benar-benar luar biasa.

Akhirnya, cubaan untuk merawat anak autisme menjadi sesuatu yang lebih merosakkan.

Daripada bersedia  menerima anak-anak mereka seadanya atau menggalakkan dan membantu meningkat bidang kekuatan mereka, ibubapa dengan mudahnya menyerah dan menanggap anak mereka "kurang upaya",  dan menggalakkan anak-anak mereka mempunyai identiti diri yang berkisar pada menjadi mangsa dan orang kurang upaya.

Autisme bukanlah merupakan suatu masalah yang besar.  Ia boleh menjadi sesuatu anugerah perkadaran yang luar biasa dengan sokongan dan keibubapaan yang betul.

Dan akhirnya untuk menjawab soalan anda, mungkin ia adalah masalah besar kerana kita mahu orang yang tidak sesuai dengan ‘acuan’ yang diperkatakan atau ditetapkan lebih diterima dan difahami.

Adalah tidak adil kepada mereka untuk harus merasa terganggu kerana otak pemikiran mereka berfungsi dengan cara yang berbeza. Kepelbagaian neuro perlu diterima dan diraikan.

Latest Month

August 2019
S M T W T F S
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow