January 16th, 2019

Seimbangkan akademik, kokurikulum

Bagi ramai yang mendapat pendidikan di kolej atau pusat pengajian lanjutan pastinya tahu bahawa pendidikan yang sebenar adalah melangkaui apa yang dikongsi oleh ahli akademik didalam kuliah atau kelas, buku, nota dan kertas kajian penyelidikan.

Pelajaran dan pembelajaran juga boleh diperolehi melalui aktiviti, menyanyi, koir, bersukan dan bermain, bahkan di dewan makan atau dewan kediaman.

Aktiviti kokurikulum atau kurikulum tambahan turut menawarkan pelajar peluang untuk membangunkan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pengurusan masa.

Rahsia untuk memaksimumkan pengalaman berada di kolej atau pusat pengajian lanjutan  anda adalah mencari keseimbangan yang tepat antara akademik dan aktiviti-aktiviti yang dijalani dan dilalui..

Sebilangan besar para  pelajar terlibat dalam sukan, muzik, teater, perdebatan, perwakilan pelajar, badan pertubuhan profesional, khidmat masyarakat penghormatan dan pelbagai kelab dan organisasi. Semua aktiviti-aktiviti ini  adalah sebahagian daripada kehidupan kampus.

"Pelajar mendapat pengalaman penting ketika terlibat dalam kegiatan kampus atau khidmat masyarakat," kata beberapa tokoh ahli akademik.

Bagi mereka yang pernah mengetuai sesi kerja berpasukan dan sesi peningkatan prestasi dengan beberapa pasukan sukan dan permainan pasti tahu akan cabaran yang dihadapi oleh para atlet pelajar dalam mengimbangkan pembelajaran dengan aktiviti.

Namun, mereka yang terlibat percaya bahawa cabaran yang mereka lalui itu adalah amat bermakna, walau bagaimanapun, pelajar yang terlibat dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti ko-kurikulum didapati cenderung dan memperolehi pencapaian akademik yang lebih baik dan menikmati pengalaman kolej mereka lebih daripada yang tidak terlibat.

Mereka yang berjaya selalunya didapati:

Menguruskan masa mereka dengan baik. Di sekolah, ibu bapa, guru, jurulatih dan para pengajar lebih cenderung untuk mengingatkan anda mengenai tarikh tugasan yang belum  selesai dan membantu anda menguruskan masa anda. Di kolej atau pusat pengajian tinggi, anda mesti belajar untuk melakukannya sendiri.

Sebaiknya, anda perlu menjadualkan masa belajar harian yang teratur dan tersusunp. Jika anda terlibat dalam aktiviti yang mengambil banyak masa, seperti sukan atau muzik, adalah penting untuk merancang lebih awal. Dapatkan perancang digital atau kertas dan gunakannya!

Anda juga tidak digalakkan ‘melengah-lengah’.  Kebanyakan orang sering menangguh atau gemar melengahkan masa tetapi seorang pelajar yang sibuk harus berusaha mengelakkan ini.

Cubaan menangguh, melewat dan melambatkan tugasan kerja yang dijadualkan, akan membuat anda lebih tertekan daripada yang dijangkakan, gagal dalam kerja anda, dan menyebabkan tugasan projek anda tidak menjadi seperti yang di ingini.

Dari sesuatu projek yang besar, bahagikan atau agihkan menjadi kepingan yang lebih kecil.

Daripada ‘belajar untuk peperiksaan’ dalam satu malam, adalah lebih baik jika anda secara konsisten dalam jangka masa yang ditetapkan atau dalam bingkai masa yang lebih kecil sepanjang minggu.

Elok saja membuat perancangan yang tersusun dan teratur. "Bekerja dengan lebih bijak, tidak lebih keras" terpakai terutamanya kepada pelajar yang sibuk.

Jimatkan masa dengan menyimpan kad nota, penyerlah dan sumber lain dengan mudah dengan menggunakan komputer riba untuk pengasingan nota berasingan untuk setiap kelas.

Jangan buang masa berharga masa belajar cuba mencari buku, buku nota atau penyerlah.

Susunatur buku dan meja belajar anda untuk memaksimumkan masa belajar anda.

Ada juga yang menasihati agar ‘jangan letakkan semua telur anda dalam satu bakul’. Tentunya ramai pelajar datang ke universiti terutamanya untuk belajar, seterusnya ke sekolah siswazah dan cuba mengejar pekerjaan impian mereka.

Ada juga yang memasuki universiti (diatas tiket biasiswa) terutamanya untuk bermain ‘sukan’ atau ‘muzik’. Tentunya mereka yang paling berjaya mengambil bahagian dalam kelas mereka dengan serius tetapi tetap mencari masa untuk melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti lain.

Mengambil bahagian dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti akan membuka peluang dan membantu anda bukan sahaja belajar dan berkembang sebagai individu tetapi juga membina ‘ringkasan diri’ anda untuk masa depan.

Pertimbangkan apa yang anda mahu mengenai ‘ringkasan diri’ anda kelihatan selepas anda lulus dan tamat pengajian.

"Seorang ahli sukan permainan yang mengekalkan skor purata 3.5 akan  kelihatan sangat mengagumkan dan boleh membincangkan tentang kemahiran sosial dan peribadi berharga yang diperolehi ketika menyertai pasukan,"

"Ringkasan diri’ atau resume yang lebih mengagumkan akan memaparkan dan menunjukkan pemain tersebut adalah seorang yang hebat  jika pernah menjadi presiden kelab atau organisasi masa lalu, atau melakukan penyelidikan dengan seorang profesor."

Belajar untuk mengatakan "tidak" dan "membantu." Jujur dengan apa yang anda boleh lakukan atau kendalikan. Anda mungkin tidak dapat keluar dengan kawan-kawan pada malam Jumaat jika anda perlu melakukan kerja rumah.

"Pelajar yang menjadi ‘pegawai’ bagi tiga kelab tentunya tidak boleh menulis untuk majalah atau akhbar sekolah, walaupun mereka akan menikmati peluang tersebut.

Di pusat pengajian lanjutan tentunya menyediakan pelbagai sumber untuk pelajar, seperti pusat penulisan, perkhidmatan kerjaya, tunjuk ajar, kaunseling, kumpulan belajar, aktiviti rohani dan perkhidmatan sokongan yang lain.

Walau bagaimanapun, anda perlu bersedia meminta pertolongan. Jika anda berasa seperti anda tertinggal di dalam kelas anda, anda perlu meminta pertolongan, lebih awal, lebih baik.

Kemahiran yang pelajar perolehi dan belajar di kolej untuk mengimbangi akademik dengan aktiviti kokurikulum akan membantu mereka mengimbangi kehidupan mereka selepas mereka lulus dan tamat pengajian kelak.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 16 Januari 2019