February 4th, 2019

Mitos tanggapan urus pelajar, guru selalu dipersalah

Tajuk ‘Tak suka guru, subjek punca 1300 murid tidak ke sekolah’ menjadi satu lagi isu yang kurang enak didengari dan dibaca umum.

Betulkah murid ‘tak suka guru dan subjek’  punca murid tidak ke sekolah? Walaupun aduan laporan tersebut hanya di laporkan di Johor kemungkinannya jumlah yang lebih banyak akan dilaporkan jika ianya tidak di sembunyikan.

Mungkin itu hanya dikatakan segelintir peratusan sahaja, maka ianya tidak akan menjejaskan prestasi keseluruhan atau keadaan yang sebenarnya.

Sekali lagi dan sudah semestinya, golongan guru dan pendidikan dipersalahkan.

Para guru akan dikatakan gagal menyediakan strategi, teknik, gaya dan kaedah pengajaran yang berkesan yang menyebabkan murid hilang minat, tidak mampu bertanya atau menyoal, tidak hadir ke kelas dan mula menunjukkan ketidakpuasan hati dengan melanggar peraturan dan etika persekolahan.

Saya percaya ramai guru sedang menggunakan kaedah ‘pemudahcaraan’ sebaik mungkin atau pun kaedah berpusatkan pelajar yang dituntut tetapi ianya tidak menghasilkan hasrat yang diharapkan.

Malahan pihak guru dipersalahkan lagi kononya guru yang tidak memahami, menghormati dan tidak mampu melihat keupayaan dan kemampuan muridnya dalam menyampaikan pengajarannya.

Bagi yang sudah agak lama dalam bidang pengajaran, tentu sekali pendekatan pelaksanaan pedagogi secara tradisional masih dianggap sesuai sepanjang zaman.

Walaupun pendekatan ini menyuntik rasa bosan dan tidak berminat untuk belajar kerana murid perlu hafal dan mengingati namun ‘maklumat dan pengetahuan’ adalah berasaskan kaedah yang dimaksudkan.

Terdapat timbunan dan pelbagai maklumat yang salah atau tidak tepat tentang cara menguruskan pelajar yang sukar.

Ia tetap menjadikan isu dan masalah yang tiada berkesudahan.

Walaupun pelbagai kajian dan penyelidikan  telah dijalankan dan diterbitkan disampaikan kepada golongan guru dan pendidik, ia masih tetap membingungkan, bercanggah, dan sukar untuk digunakan secara konsisten.

Terlalu sedikit yang dapat membantu untuk mengubah tingkah laku. Kebanyakan nasihat dan pandangan tentang bagaimana menangani isu pelajar yang sukar gagal menangani punca utama.

Sebaliknya, ia hanya merupakan panduan yang hanya membantu membolehkan merubah tingkah laku pada masa itu, dan itulah sebabnya guru terus menggunakannya tetapi akhirnya tidak berkesan.

Kebanyakannya juga turut menjejaskan pembangunan akademik dan emosi murid dan pelajar.

Jika anda menyenarai dan menyebut mitos umum mengenai pengurusan pelajar yang sukar, anda akan mendapati bahawa para guru dan pendidik akan dimaklumkan untuk atau diberi arahan ‘Anda perlu ….

1. Anda perlu meyakinkan mereka untuk berkelakuan baik

2. Anda perlu memberi perhatian lebih kepada mereka.

3. Anda perlu memberi mereka pilihan.

4. Anda perlu menarik perhatian mereka untuk perbincangan.

5. Anda perlu "memastikan mereka melakukan kebaikan."

6. Anda perlu meletakkan had terhadap mereka.

7. Anda perlu memilih cara untuk menangani mereka.

8. Anda perlu bersusah payah dengan mereka.

9. Anda perlu mengabaikannya.

10. Anda perlu memberi ganjaran kepada mereka untuk tingkah laku yang baik.

11. Anda perlu menghantar mereka berjumpa guru besar atau pengetua .

12. Anda memerlukan mereka untuk menerangkan salah laku mereka.

13. Anda perlu memuji mereka dengan kerap.

14. Anda perlu bijak menjarakkan diri dengan mereka.

15. Anda perlu mereka mengisi borang refleksi.

16. Anda perlu menggunakan kontrak tingkah laku dengan mereka.

17. Anda perlu mengawal tingkah laku mereka.

18. Anda perlu memberitahu mereka apabila mereka mempunyai hari yang baik.

19. Anda perlu mampu melayani mereka secara berbeza daripada yang lain di kelas anda.

20. dan sebagainya …..

Oleh itu, yakinkan diri anda dengan berkata tidak kepada ‘anda perlu atau anda hendaklah’ …

Keseluruhan tanggapan mengenai menguruskan pelajar yang sukar akan menjadi tekanan atau stres, rumit, dan perjuangan harian adalah merupakan mitos tersendiri.

Begitu juga dengan idea bahawa mereka adalah mereka dan dengan itu perlu dipelihara, dimanipulasi, dikawal, diancam, dan disogok hanya untuk memastikan mereka berkelakuan baik sepanjang hari.

Semuanya adalah mengarut.

Sebaik sahaja anda mempunyai pemahaman tentang apa yang mereka ‘benar-benar memerlukan’ atau ‘mahu dari anda’ ia in syaa Allah akan menjadi tidak begitu sukar semua ini.

Anda menyedari bahawa mereka hanya kanak-kanak yang memerlukan bimbingan dan pengubahsuaian semula.

Mereka kanak-kanak yang memerlukan seseorang untuk memulihkan martabat mereka dan menukar enjin motivasi intrinsik mereka.

Mereka kanak-kanak yang memerlukan seseorang untuk membuka dan memberi peluang kepada mereka untuk membuakkan potensi yang tidak aktif yang selama ini terpendam dan tidak sabar untuk ditunjukkan.

Dan orang yang mereka ingin dan maksudkan adalah anda

Azizi Ahmad Malaymail Projek MM Pendapat 4 Februari 2019