?

Log in

No account? Create an account

June 14th, 2019

Bagi generasi Y dan Z mungkin tertanya-tanya apa itu Politik Longkang atau Longsor (Gutter Politics).

Isu hebat terkini yang dilapor melalui hampir semua media Malaysia adalah mengenai Politik Longkang atau Gutter Politics.

Presiden PKR sendiri menyatakan kekesalan beliau dan mengkritik tuduhan yang ditimbulkan terhadap timbalan beliau dan menyeru agar menolak politik sedemikian.

Beliau juga menganggap bahawa apa yang pernah beliau alami tidak akan berterusan lagi. Malangnya arah aliran ini masih berterusan dan ia adalah sesuatu yang menyedihkan, menyakitkan dan mengecewakan.

Perdana Menteri juga menyatakan kerisauan beliau, “Jika politik longkang atau longsor berterusan, giliran saya sebagai mangsa video boleh datang selepas Azmin”.

Dengan apa yang berlaku ketika ini, adalah sukar bagi mereka yang baik dan layak untuk bangkit dan meningkat dalam politik Malaysia.

Bagi mereka yang sedang membina nama dan membantu dalam pembangunan negara, ia menjadi satu igauan buruk dan kerjaya mereka tersekat kerana telah diseretkan ke dalam lumpur penghinaan dengan segala macam fabrikasi, rekaan dan fitnah dan kes pembohongan yang berbahaya.

Perkara yang lucu tentang politik Malaysia adalah ia merupakan cara yang berfungsi dengan baik untuk menjatuhkan seseorang yang berpengaruh.

Iklim politik terkini adalah begitu mengerikan ia seolah satu-satunya permainan terhebat dimana ‘mereka yang bijak dan pandai membohong’ akan mencapai kejayaan dan kemenangan.

Kemampuan mencipta pembohongan, menyata separuh kebenaran dan kemampuan membuat serangan peribadi menjadi alat utama pergeseran pendapat umum.

Semua ini tidak menuntut akan kesediaan pembaca maupun pendengar untuk menghayati hujah-hujah dengan bersungguh-sungguh mengenai cara menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik.

Juga adalah menghairankan mengapa begitu ramai penduduk dan rakyat Malaysia begitu cepat percaya dan yakin dengan ‘sebaran cerita’ yang dihebahkan secara sistematik, yang cipta oleh pemusnah politik yang terus-menerus .

Kehebatan dan kebolehan ‘pemusnah politik’ juga harus di puji kerana mereka berjaya memanipulasi dengan mudah hasil arahan tetuan boneka mereka.

Keupayaan memanipulasi dan menguasai minda fikiran rakyat Malaysia juga merupakan sebab mengapa rakyat Maaysia yang baik, yang berkebolehan dan layak tidak pernah mahu menjadi sukarelawan untuk perkhidmatan awam.

Kita juga tidak boleh mengabaikan ‘berita sensasi’ yang disebarkan namun sudah tiba masanya kita menuntut kesopanan sebagai nilai utama dalam politik kita.

Nampaknya politik Malaysia ‘terlongsor’ lebih apabila sesuatu gosip, skandal dan eksploitasi seksual diketengahkan dalam media dan akhbar.

Gossip, seks dan skandal boleh membantu meningkat penjualan media akhbar dan tabloid itu tetapi apabila ‘kerosakan dan pencemaran’ menjadi lumrah dalam politik negara kita, maka sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan implikasi tindakan sedemikian.

Yang terkini tentunya anda dihidangkan mengenai berita mengenai rakaman video bilik tidur yang terkutuk dari seseorang yang dikatakan seorang ahli politik yang terkenal.

Lebih teruk lagi, tahun-tahun kebelakangan ini juga kita telah menyaksikan kejadian seperti ini yang menunjuk kepada kemunculan politik longkang.

Apa yang membimbangkan mengenai trend ini ialah ia mengganggu kita daripada urusan politik yang sebenar.

Politik, adalah tentang siapa yang mendapat apa, bila dan bagaimana.

Untuk mendapatkan kuasa, ahli politik mesti bersaing di antara mereka dengan menyampaikan prinsip dan dasar mereka kepada orang awam untuk mendapatkan sokongan.

Oleh itu, peraturan permainan ini memerlukan penglibatan politik mengambil bentuk kedudukan seseorang mengenai isu-isu utama dan menunjukkan kelemahan kedudukan pembangkang.

Sokongan awam adalah berdasarkan kemunasabahan prinsip dan dasar yang dibentangkan.

Politik sepatutnya menjadi prinsip seni tadbir urus yang mulia.

Namun, kita kini menyaksikan beberapa pihak terlibat dalam taktik yang dirancang untuk melemahkan keyakinan orang ramai terhadap sekumpulan ahli politik tertentu.

Dengan berbuat demikian, mereka menyeret politik ke dalam longkang untuk keuntungan yang mereka harapkan.

Dalam jangka masa panjang, taktik sedemikian hanya dapat memisahkan orang daripada urusan politik yang sebenar dengan mengubahnya menjadi sebuah tapak laman untuk melumpuhkan bukannya ruang untuk menghasilkan dasar dan penyelesaian kepada masalah sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia ini.

Kita mesti bertindak sekarang untuk mencegah politik longkang atau longsor daripada menjadi norma dalam amalan politik kita.

Sesungguhnya, kita mesti menolak penglibatan politik yang bertujuan untuk menumpukan perhatian kita kepada kegagalan moral yang ditakrif oleh beberapa ahli politik tertentu.

Sebaliknya kita harus memberi tumpuan kepada isu-isu penting yang penting seperti kemiskinan dan diskriminasi jantina.

Lebih penting lagi, kita tidak perlu memberi masa untuk membenarkan politik longkang berterusan namun kita juga tidak harus mengabaikan semua berita sedemikian.

Sudah tiba masanya kita menuntut kesopanan dan kesusilaan sebagai nilai utama dalam politik kita.

Azizi Ahmad The Malaysian Insight Pandangan Anda 14 Jun 2019

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik senior Malaysia Dateline Rencana 14 Jun 2019

Latest Month

September 2019
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow