?

Log in

No account? Create an account

July 6th, 2019

Google Classroom: Sesuai atau tidak?

Mulai 1 Julai 2019 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi melanggan perkhidmatan Frog VLE.

KPM telah bersetuju untuk menggunakan Google Classroom sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM.

Sungguh pun YTL pembekal masih menawarkan pengunaannya kepada warga pendidik sehingga hujung tahun ini namun seperti yang dimaklumkan sebenarnya kos penggunaan vleFrog adalah mahal.

Di negara Amerika Syarikat dan Eropah, vleFrog hanya dilanggan oleh university elit dengan maksud berbayar.

Mungkin satu lagi perkara perlu diambil kira adalah penggunaan MyGovUC Komunikasi Bersepadu Outlook WebApp. Sebelum ini warga pendidik turut menggunakan e-mel berasaskan Google dengan domain edu.my.

Sungguh pun Google Classroom dikatakan percuma dan mampu memberi peluang pengguna berkomunikasi, memberi maklumbalas yang konstruktif apabila diperlukan dan menyelaraskan perkongsian dokumen pembelajaran dan tugasan kerja yang diberikan namun ia hanya memberi peluang kemudahan kepada institusi pendidikan yang terhad (kecuali tambahan bayaran).

Google Classroom dikatakan mudah digunakan dan boleh diakses melalui semua gajet peranti. Walaupun anda bukan seorang pengguna Google, menggunakan Google Classroom adalah mudah dan senang.

Read more...Collapse )

Intipati kepimpinan yang rendah hati

Budaya teknologi seringkali memberi kejutan dan membuat pengguna terperangkap dalam keadaan "menghancurkan", "mengganggu", "pergeseran paradigma", atau "menjadi ketidaktentuan”.

Dengan ketidaktentuan ini keyakinan pengasas mudah menjadi keangkuhan pengasas memandangkan mereka tahu pengguna tentunya tidak akan dapat menyerap dan memahami dengan mudah apa yang cuba diberikan.

Malangnya, kita semua tahu mengenai pengasas yang membiarkan ego mereka mengawal keupayaan mereka.

Memang sukar untuk membiasakan diri untuk merendah diri, kerana ini bermakna anda juga harus mempraktikkan kerentanan atau kekurangan.

Merendah diri adalah menyedari dan mengakui apa yang anda tidak tahu.

Ini bermakna adalah tidak salah untuk mengakui kesilapan dan meminta bantuan.

Apabila anda merendah diri, anda membuka diri anda untuk pertumbuhan dan pembelajaran yang berterusan, dan anda memaksimumkan diri untuk mengatasi hala tuju hidup permulaan yang tidak dapat dielakkan dengan rahmat dan bermartabat.

Pemimpin yang merendah diri biasanya akan mudah didekati dan dicontohi.

Sebaliknya, ia mewujudkan persekitaran kerja yang lebih humanistik di mana pekerja anda akan berasa lebih selesa untuk membuka, mengambil risiko dan memperlihatkan kelemahan dan kekurangan.

Read more...Collapse )

Bebanan kerja, masalah kewangan, mainan politik, kekecewaan dan lain-lain permasalahan merupakan asam garam kehidupan sesiapa sahaja.

Jika rakan anda melihat anda dalam keadaan demikian pastinya mereka akan berkata dan menegur anda dengan ungkapan ‘senyumlah sikit’.

Dengan sebab tertentu, sesetengah orang merasakan ia adalah tanggungjawab mereka untuk memberitahu orang lain untuk ‘memberi senyuman’.

Jelas sekali, ini merupakan satu permasalahan berdasar banyak sebab penyebabnya, tetapi sebagai orang yang menerima komen-komen tersebut dengan kerap, tentunya timbul perasaan benci apabila orang cuba menggunakan pendekatan ilmu sains untuk mencuba dan menyakinkan anda untuk mempamirkan wajah gembira.

Perbualan biasanya berlaku seperti ini:

Rakan penyibuk: Helo, senyumlah sikit!

Anda: Tidak, terima kasih.

Rakan penyibuk: Jika anda tidak cuba untuk tersenyum, tentunya anda ada lebih daripada alasan mengapa anda tidak mahu tersenyum! Adakah anda tahu bahawa hanya dengan tersenyum, walaupun anda ‘berpura-pura’ ia akan membuat anda berasa lebih bahagia?

Anda: [Beberapa kombinasi julingan dan jelingan yang serius.]

Read more...Collapse )

Be a listener, less talking

I came across an article on being a listener and find it difficult to absorb. As an educator, I may be wrong as we are supposed to talk and deliver or maybe the new 21st century skill wants students to do more.

But then, try asking yourself on how much talking and listening you do on an average day?

As educator, how much real listening and focus do you put up on your student saying and accepting them. Backwards, do you automatically put up response for them?

Truly speaking, I don’t think we put enough listening to what others are saying.

Most people tend to treat conversation like a sport. The person who talks the most, clever enough to persuade others of an opinion, or even speaks the longest and loudest is the champ.

We frequently discover ourselves hindering, speechifying, demanding, and coming up with witticisms, all to back our point to see or show our prevalent information.

In everyday life, it can be seen that, the person who speaks least benefits most and the person who speaks most benefits least. 

The true facts about this is that, the person who talks is providing information more than he/she tends to give. The person who is putting his/her ears is getting the information thus the best deal will be by the later, as knowledge is power.

Good or bad news are commonly shared, thus the less you share, the more you wish that you hadn’t share. It’s good that you don’t reveal anything that you may later regret.

Read more...Collapse )

‘Menyulap lampu gas’ (Gaslighting) adalah satu bentuk manipulasi psikologi yang digunakan oleh pendera atau pelaku, narsisis dan pemimpin kultus.

Untuk ‘memanipulasi’ (dengan cara perlakuan penyalaan lampu) seseorang adalah menggunakan taktik untuk menipu dan memanipulasi orang lain bagi tujuan meragui kewarasan mereka.

Mangsa biasanya mula mempersoalkan ingatan memori dan persepsi mereka akibat ketidakstabilan psikologi.

Taktik ‘lampu gas’ sering digunakan oleh sosiopat, narsisis dan rakan-rakan pendera dalam perhubungan seharian.

Ia adalah alat yang digunakan untuk menjadikan mangsa bergantung dan berharap kepada pendera dan untuk melumpuhkan rasa bersalah.

Ia kadang-kadang dirujuk sebagai penyalahgunaan ‘ambien’, di mana pelaku akan manipulasi persekitaran minda mangsa dengan cara yang sangat halus untuk membuat mereka merasa mereka membayangkan atau berkhayal dalam perkara yang tidak sepatutnya.

Istilah "gaslighting" berasal dari drama 1938 Patrick Hamilton, Gas Light.

Di dalam drama tersebut, seorang suami menyakinkan isterinya bahawa dia sudah gila.

Ia bermula apabila dia mula menghilang dari apartmen mereka pada waktu tertentu.

Dalam drama tersebut, apa yang dipertontonkan adalah si suami sebenarnya telah membunuh seorang wanita yang tinggal di tingkat atas di blok pangsapuri mereka dan mencuri permata beliau.

Setiap kali dia naik ke apartment tingkat atas, dia akan memalapkan lampu gas , dan meredakan atau menyuramkan lampu di apartmennya sendiri.

Read more...Collapse )

It has been reported that one in three workers in a working organization would prefer a greener pasture if employees does not emphasize empathy skills.

For people of supporting role, it boils down to how well we listen and connect to our fellow employees.

The better we do our jobs, the more equipped our coworkers are to do theirs.

Empathy is self-learned, not from an employee handbook, nor from management.

Employee, who understands their coworkers, will ultimately reap the rewards.

Empathy represents the ability to understand someone else’s thoughts and feelings.

Compassion comes into place too. It takes listening to your coworkers and taking their concerns into consideration.

According to Businessolver’s 2017 Workplace Empathy Monitor report, empathy has a direct impact on employee productivity, loyalty, and engagement. Here are some particularly striking data points from the report:

  • 77% of workers would be willing to work more hours for a more empathetic workplace; meanwhile, 60% would actually accept a slashed salary for the same.
  • 92% of HR professionals note that a compassionate workplace is a major factor for employee retention.
  • 80% of millennial noted that they would leave their current job if their office became less empathetic. 66% of Baby Boomers also shared this sentiment.

Being empathetic in the workplace provides meaningful, concrete returns.

Good connection with coworkers helps sustain thriving working organization that’s built for the long term.

Read more...Collapse )

Ever since the new Minister of Education had taken office, everyone seems to put words of glorifying on our education system.

Medias of the old government had place contradictions on the Malaysian education system; some said is good, some say to ‘revamp’, but then what is considered a successful education that most of us call for.

My bet is to look at our curriculum from pre-school to university. Different views come from different schools of thoughts.

Basically, pupils should be taught the “core knowledge”, but who can define ‘core knowledge’. Could it be of facts and figures, reciting mathematical tables, or even general knowledge?

Hong Kong emphasizes diligence and will complain if schools don't provide enough homework and most opt to have private tuition.

Stating curriculum, we are sure to be keen on key exam subjects which is academic. In any schooling, there’s book to be read and the scheme of work, teachers need to work on.  

The arts and science subjects are there for children. Examinations and assessment will measure your performance; children will have to bear working under pressure and towards exams.

To a large extent the style of teaching is traditional but it is not rote learning without understanding, it is memorization with understanding.

Pedagogy is a mix of academic rigor and structure. There's a theory of learning behind everything.

Read more...Collapse )

Saya terpandang lagi dalam laman media sosial baru-baru ini mengenai soalan yang kerap di tanya apabila balik dan pulang berhari raya kelak.

Balik seorang je? Bila nak kahwin? Bila dah berkahwin di tanya pula dengan “Bila Nak Ada Anak?”,  “La , sorang saja ka anak kamu, bila nak tambah lagi?”

Namun tak perlu terburu-buru nak kahwin kalau belum bersedia dari segi mental, fizikal, ilmu agama dan kewangan untuk mengelakkan peningkatan statistik penceraian. Ingat, jodoh ketentuan tu rahsia Allah!

Menurut ahli pakar kebahagiaan, wanita yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak adalah sub-kelompok orang paling gembira dalam sesuatu masyarakat penduduk.

Mereka juga lebih cenderung untuk hidup lebih lama daripada rakan-rakan mereka yang sudah berkahwin dan yang mempunyai anak-anak, kata Paul Dolan, profesor sains tingkah laku di London School of Economics.

Dalam satu wawancara dengan media Festival Hay, beliau memaklumkan bahawa bukti menunjukkan yang penanda ukur tradisional yang digunakan untuk mengukur kejayaan adalah tidak berkaitan dengan kebahagiaan,  terutama perkahwinan dan membesarkan anak-anak.

Beliau juga mendapati bahawa 'mereka  yang berkahwin lebih bahagia daripada sub-kumpulan penduduk lain, tetapi hanya apabila pasangan mereka berada bersama di dalam bilik dan apabila mereka ditanya betapa gembiranya mereka.

Tetapi apabila pasangan mereka tidak hadir bersama ketika disoal, jawapannya adalah bertentangan dan ‘sengsara' .

Read more...Collapse )

I am responding to the article 'Enhancing governance in Malaysia' and fully support the writing on the issues mentioned.

Tun Dr Mahathir Mohamad has listed good governance and stability as key ingredients for any country to progress.

Since PH came into power, Dr Mahathir said he did not see much problem in administering the country, although there were some people who were dropped because of their abuse of power.

Each and every time The Prime Minister put up a  talk, each time everyone will start doing something based on his ‘talks’.

It is always the need for ‘governors’ to call for governance.

‘Governance’ is as what an administering body has to do or does.

It is understood differently in different sectors for the last two decades.

For example, educators and teachers teach; leaders and managers lead and manage; governors govern. Is this true?

Governance seems like ‘administration; is ‘the system by which an organization is directed and controlled’.

Governance is described as “the leadership, direction and control of an organization” and the primary functions of a governing body are said to be to:

  • Establish the organization’s strategic direction and aims, in conjunction with the executive.
  • Ensure accountability to the public for the organization’s performance.
  • Assure that the organization is managed with probity and integrity. 

Looking at our education scenarios and comments by ‘the elders’ in the news media, many governing bodies are failing to meet the standard.

Read more...Collapse )

Apakah yang terbaik untuk kita?

Terperangkap, bosan dan lesu dalam pekerjaan yang sedang  anda lalui adalah lumrah kehidupan. 

Setelah sekian lama bekerja ditempat yang sama, mungkin sudah sampainya untuk bersara dan menukar persekitaran tempat kerja.

Tentunya kita tidak bersendirian dalam hal ini, jika apa yang kita sedang lakukan tidak lagi memberi makna , seharusnya  kita sudah tahu untuk meletakkan titik noktah.

Perasaan kekurangan dan kesukaran yang dialami oleh mereka yang bekerja terpaksa ditangani dan dihadapi secara beterusan, dan apa yang amat menyedihkan adalah bilangan orang yang telah merasakan keadaan ini selama bertahun-tahun , malah berdekad-dekad .

Mereka membenci pekerjaan mereka, mereka benci kehidupan mereka, mereka benci di mana mereka tinggal , namun hidup perlu diteruskan.

Senarai  kerja yang tiada penghujung,  tugasan yang tidak memberi makna, mesyuarat yang tiada kesudahan, rakan sekerja yang hanya mementingkan diri sendiri, projek yang membazirkan dan berbaur kegagalan, permainan politik yang tidak berhenti-henti, kurangnya peluang meningkatkan diri dan penghargaan kepada bakat, keadaan ekonomi yang tidak menentu, prospek kerja yang lemah, ketua atau majikan yang tidak berhati perut dan sebagainya akan menyebabkan kelesuan, kebosanan, kurang bermakna dan tekanan.

Semua ini menawarkan pelbagai alasan dan justifikasi untuk sesiapa sahaja terperangkap dalam keadaan yang mengecewakan.

Read more...Collapse )

Mempunyai kuasa dan berkuasa di tempat kerja adalah sesuatu yang diinginkan  oleh seseorang. Setiap orang akan mahu menjadi atau mengangkat diri sebagai 'bos' atau ingin dipanggil 'bos'.

Pegawai atasan terdekat anda, atau ada yang berkata penyelia; Ketua Jabatan; atau apa sahaja gelaran yang diberikan selagi mereka berada di atas tatatingkat hierarki akan sentiasa merasakan ‘kedudukan’  tersebut (sama ada dengan cara yang betul atau berdasarkan ‘kronisme’).

Pegawai atasan anda mungkin diberi kuasa daripada pelbagai sumber berdasarkan proses dan prosedur kerja.

Dengan kedudukan rasmi,  beliau mungkin dilihat berkuasa kerana hubungannya dengan peringkat atas dan reputasi perjawatan.

Tidak ada yang salah dengan mempunyai kuasa, melainkan jika ia menyalahgunakannya.

Pihak atasan yang dengan niat memalukan, menakut-nakutkan, mengugut, menekan dan mengancam pekerja boleh dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa di tempat kerja.

Ia tidak termasuk tugas pengurusan biasa seperti menjalankan dan memberi penilaian  prestasi anda atau menambah beban kerja anda, melainkan jika pihak atasan anda tidak berlaku adil.

Dalam kebanyakan kes, pihak atasan yang menyalahgunakan kuasa terhadap rakan sekerja akan cuba membuli, mendiskriminasi, menguasai, memperlihatkan ciri dwistandard  dan tentu saja pilih kasih.

Dengan berniat sengaja mencari kesalahan dan kesilapan samada perbuatan lisan atau fizikal yang memalukan boleh dikira sebagai gangguan dan juga  mengaibkan.

Read more...Collapse )

Tags:

Saya ingin berkongsi pandangan mengenai satu penulisan artikel berjudul 'Penyakit Mental Presiden-Presiden AS' bertarikh 21 April 2019 memang sesuatu yang menarik.

Rentetan senarai beberapa Presiden AS yang terdahulu turut berhadapan dengan masalah kesihatan mental termasuk keresahan sosial, kecelaruan bipolar malah ada yang mengalami masalah psikopati iaitu gangguan mental mungkin menunjukkan bahawasanya ‘untuk menjadi pemimpin seharusnya anda hendaklah mempunyai ciri ‘mereng’ atau tidak pun hendaklah  sekurang-kurangnya ‘tidak waras’.

Hubungan beberapa pemimpin Malaysia dengan Amerika Syarikat mungkin menjelaskan mengapa pemimpin kita memilih pemimpin  Amerika sebagai rakan.

Apabila sesuatu kumpulan tidak mempunyai seorang ‘pemimpin’ , anda boleh mengharapkan seorang ‘narsisis’ untuk menerajui kumpulan, cadangan dari satu kajian,

Dalam laporan yang diketuai oleh penyelidik Ohio State, mereka mendapati bahawa mereka yang mendapat keputusan tinggi dalam ujian  ‘narsisisme’ cenderung untuk mengawal kumpulan yang tidak mempunyai pemimpin.

Narsisisme adalah sifat di mana seseorang itu berfokus pada diri sendiri, membesar dan suka mewar-warkan bakat dan kebolehan mereka, dan kurang empati kepada orang lain.

Read more...Collapse )

Tags:

Trust and respect our own talent

The article “Move to engage foreign coach marginalizes locals “ was highlighted by the Former Southeast Asian sprint champion, Nazmizan Muhammad dated 15 May 2016.

Many would agree with him considering that the appointment of a foreign coach would only deny qualified local talents the opportunity to serve, would involve much bigger expenditure such as higher wages and other benefits.

A point missing here was ‘the chance to eligible local coaches with excellent record.”

Many would wonder of local coaches who have ‘excellent record’ except that ‘the records’ are only around SEA games or AFF for football.

We must of course not look down on our own people; the reality is we must accept the facts that we have not produced the excellent coaches we called for.

Many of our own ‘excellent coaches’ are not given far chance to excel, and had gone overseas to look for greener pastures.

We had also gone to the habit to ‘sacked’ coaches if found losing matches and games and most would remember that coaches been ‘rested’ whilst holding the post.

In addition, when coaches voice out their grievances they were then suspended.

In the high-pressure world of sport, coaches play a pivotal role and have to balance challenging and nurturing their athletes.

Too much of either and the relationship can fall apart, or cease to be productive.

Read more...Collapse )

Tags:

Latest Month

August 2019
S M T W T F S
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow