?

Log in

No account? Create an account

July 17th, 2019

Menjalankan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah  boleh menjadi  keajaiban untuk pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak, kata penyelidik di Universiti Swansea,  Emily Marchant, Charlotte Todd dan Sinead Brophy.

Penyelidikan mendapati, kanak-kanak yang lebih sihat dan bahagia menunjukkan prestasi yang lebih baik, dan pendidikan adalah  penentu penting untuk kesejahteraan masa depan. Namun mendapatkan pendidikan bukanlah  tertumpu hanya di dalam bilik darjah.

Persekitaran luaran menggalakkan kemahiran seperti  penyelesaian masaalah dan rundingan risiko yang penting untuk pembangunan anak.

Tetapi apa yang dilihat adalah peluang untuk kanak-kanak untuk mengakses persekitaran semula jadi semakin berkurangan.

Kanak-kanak menghabiskan sedikit masa di luar kerana kebimbangan mengenai keselamatan, lalu lintas, jenayah, dan kebimbangan ibu bapa.

Persekitaran moden telah mengurangkan jumlah persekitaran hijau, sementara teknologi telah mengisi ruang masa kanak-kanak yang tidak aktif.

Dengan sebab ini dan lain perkara  yang difikirkan; sekolah dikatakan berpotensi dan bertanggungjawab untuk memberi kanak-kanak akses kepada persekitaran semula jadi.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah untuk meningkatkan masa rehat dan pelajaran kesihatan dan jasmani.

Di United Kingdom, para guru menjalankan dan menyampaikan pengajaran berasaskan kurikulum di luar bilik darjah,  kawasan sekolah atau kawasan tempatan. Pelbagai mata pelajaran, seperti matematik, seni dan sains, semuanya dijalankan di luar kelas.

Walaupun tidak ada statistik rasmi mengenai berapa banyak pembelajaran luar dijalankan, para penyelidik yakin telah melihat peningkatan yang dimaksudkan.

Sungguh pun ianya bukan sebahagian daripada kurikulum negara bagi pendidikan rendah, inisiatif ini disokong, dengan beberapa usaha dibiayai, oleh kerajaan.

Walaupun mendapat sokongan, pembelajaran di luar bilik darjah masih kurang dijalankan di sekolah rendah terutama bagi  kanak-kanak berusia antara tujuh dan 11 tahun.

Oleh itu, jika ianya bermanafaat yang besar untuk pembelajaran di luar kelas, mengapa ianya tidak dijalankan lebih kerap?

Secara keseluruhannya, para peserta yang mengambil bahagian dalam penyelidikan yang dijalankan bersetuju dengan  pelbagai manfaat untuk kesejahteraan dan pembelajaran pelajar.

Walau bagaimanapun, beberapa cabaran juga wujud.

Murid-murid merasa bebas apabila berada di luar  Mereka berasa lebih mampu untuk menyuara dan meluahkan pandangan mereka sendiri, dan juga dapat bergerak lebih jauh.

Mereka merasa lebih terlibat dan lebih positif mengenai pengalaman pembelajaran.

Raamai yang berasa lebih sejahtera  dan ingatan mereka menjadi  lebih baik.

Komen dari seorang murid :

Apabila kita pergi bersiar ke hutan,  tanpa disedari sebenarnya kita sedang mempelajari matematik dan bahasa Inggeris, jadi ia menjadikannya suatu pendidikan yang menyeronokkan pada masa yang sama.

Para  guru pula membincangkan pendekatan yang berbeza untuk pelajaran, dan bagaimana ia membantu melibatkan semua pelajar.

Mereka juga merasakan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk berada di luar sekolah terutamanya apabila peluang mereka untuk mengakses persekitaran semulajadi adalah terhad dan sekolah boleh dan mampu  untuk melaksanakannya.

Yang penting, kumpulan guru bercakap tentang kepuasan kerja yang meningkat, dan mereka merasakan bahawa ia adalah sesuatu yang memang menjadi hasrat , mengapa mereka mahu menjadi guru.

Ini amat penting kerana kesejahteraan guru merupakan faktor penting dalam mewujudkan persekitaran yang stabil untuk pelajar belajar, dan kadar pengekalan guru semasa adalah membimbangkan.

Pada mulanya, guru-guru yang terlibat bimbang mengenai keselamatan, tetapi apabila murid terbiasa dengan pembelajaran luar sebagai sebahagian daripada pelajaran mereka, mereka menghormati peraturan dan sempadan yang jelas.

Walau bagaimanapun, salah satu sebab utama mengapa mereka tidak menggunakan pembelajaran luar lebih kerap adalah kerana ia sukar untuk mengukur dan menilai hasil pembelajaran.

Bagi membolehkan kita melaksanakannya, kita harus menolak ‘pengukuran atau menilai secara sempit’ terutama berdasarkan konflik berbanding dengan manfaat yang lebih luas terhadap pembelajaran luar kepada pendidikan anak dan pembangunan kemahiran.

Adalah sukar untuk membuktikan dengan kukuh mengenai kejayaan pembelajaran melalui kaedah pengajaran di luar menggunakan kaedah penilaian semasa.

Seperti yang dikatakan oleh seorang guru, "terdapat tekanan untuk mengesahkan  bukti untuk setiap sesi, atau sesuatu dalam kotak, sukar untuk membuktikan pembelajaran (di luar)".

Isu kewangan dan pembiayaan juga mungkin sukar terutama untuk menyediakan pemakaian yang sesuai untuk aktiviti luar,  latihan guru dan peralatan yang memerlukan sumber tambahan.

Sungguh pun begitu, penemuan penyelidikan menambah bukti bahawa dengan hanya satu atau dua jam pembelajaran luar setiap minggu melibatkan kanak-kanak, ianya telah meningkatkan kesejahteraan mereka dan meningkatkan kepuasan kerja guru.

Jika kita mahu anak-anak kita mempunyai peluang di mana "anda tidak merasa seperti anda sebenarnya dipaksa untuk belajar dan berada seperti  berada dalam satu pengembaraan" dan guru-guru pula  "menjadi diri mereka yang mereka yang sebenar suka dan  bukan sebagai robot ", kita perlu mengubah cara kita berfikir tentang  pendidikan di sekolah.

Pengajaran tidak perlu mengikuti format bilik darjah tegar, sedikit perubahan seperti mengajar di luar bilik darjah boleh memberi manafaat yang luar biasa.

Azizi Ahmad GPS Bestari Rencana 17 Julai 2019

Menjalankan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah  boleh menjadi  keajaiban untuk pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak, kata penyelidik di Universiti Swansea,  Emily Marchant, Charlotte Todd dan Sinead Brophy.


Penyelidikan mendapati, kanak-kanak yang lebih sihat dan bahagia menunjukkan prestasi yang lebih baik, dan pendidikan adalah  penentu penting untuk kesejahteraan masa depan. Namun mendapatkan pendidikan bukanlah  tertumpu hanya di dalam bilik darjah.

Persekitaran luaran menggalakkan kemahiran seperti  penyelesaian masaalah dan rundingan risiko yang penting untuk pembangunan anak.

Tetapi apa yang dilihat adalah peluang untuk kanak-kanak untuk mengakses persekitaran semula jadi semakin berkurangan.

Kanak-kanak menghabiskan sedikit masa di luar kerana kebimbangan mengenai keselamatan, lalu lintas, jenayah, dan kebimbangan ibu bapa.

Persekitaran moden telah mengurangkan jumlah persekitaran hijau, sementara teknologi telah mengisi ruang masa kanak-kanak yang tidak aktif.

Dengan sebab ini dan lain perkara  yang difikirkan; sekolah dikatakan berpotensi dan bertanggungjawab untuk memberi kanak-kanak akses kepada persekitaran semula jadi.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah untuk meningkatkan masa rehat dan pelajaran kesihatan dan jasmani.

Read more...Collapse )

Hentikan tanggapan permasalahan mental

Apabila isu ‘guru memukul murid’ tersiar di media, secara ‘tersentap’nya  media sosial riuh rendah jadinya.

Ada yang bersetuju, ada yang tidak menyokong dan yang terbaik saya terlihat adalah beberapa video yang dihasilkan untuk mengajak ‘guru merajuk’.

Kepekaan dan keperihatinan dikalangan guru cukup hebat , ia seperti satu ‘program solidariti’ untuk perpaduan dan penyatuan golongan pendidik.


Satu perkara yang saya tertarik adalah ‘guru’ dikehendaki menghadiri sesi kaunseling.

Ia seolah menunjukkan guru yang memerlukan bimbingan walaupun sudah berkelayakan dan terlatih.

Namun, bak kata pepatah ‘yang baik tidak semestinya baik, kehidupan perlu disertai dengan ujian’.

Dan ujian merupakan lumrah hidup (jadi mengapa ada pihak tertentu tidak mahu ujian dan peperiksaan dijalankan?).

Dalam senario dan keadaan negara terkini, bukan sahaja golongan pendidik yang diserang ‘masalah pemikiran atau isu mental’.

Apabila mereka yang terlibat dikehendaki menjalani sesi kaunseling , setidak-tidaknya ‘mereka’ boleh dikategorikan terkena ‘penyakit mental’.

Tetapi apabila dikatakan atau digelarkan sebagai penyakit mental ia sebenarnya bukanlah menunjukkan anda mempunyai tahap mental yang rendah atau lemah.

‘Kekusutan mental atau penyakit mental’ hanyalah merupakan suatu gangguan yang merupakan kecacatan biologi. 

Dan kita semua harus memecahkan stigma atau tanggapan yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban ini. 

Read more...Collapse )

Latest Month

August 2019
S M T W T F S
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow