?

Log in

No account? Create an account

August 8th, 2019

Usah biar diri dibuli

Tajuk ‘Bertegas terhadap majikan cuba tindas, buli pekerja’ bertarikh 5 Ogos, 2019 tentunya menarik perhatian ramai pekerja yang tertindas.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan lebih 25 hingga 30 peratus daripada 1.67 juta penjawat awam tertekan dengan kerja sehingga mengalami tekanan jiwa bahkan ada yang diberikan kad psikiatri.


Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga tidak dapat mengesahkan sama ada 400,000 penjawat awam yang dilaporkan mengalami tekanan baru-baru ini, tertekan daripada sudut positif ataupun negatif.

Begitupun, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengakui kebanyakan tekanan jiwa para guru dan pendidik Malaysia adalah kerana masih terdapat ramai pentadbir bergelar ‘Napoleon kecil’ yang masih tidak mahu mendengar kata dan nasihat dengan masih ‘memaksa’ para pendidik melakukan tugasan kerja yang tidak berkaitan yang telah menyebabkan keadaan ini sukar dihentikan.

Para "Napoleon kecil” ini telah menjadi sebahagian komedi budaya kerja, juga pernah di jadikan drama televisyen dan filem, tetapi dalam keadaan sedemikian dan anda benar-benar bekerja untuk ‘pentadbir’ yang bersikap ‘sentap’ , tidak ada yang melucukan tentang hal itu.

Mereka yang sering bimbang dan tertekan kerana merasakan kedudukan jawatan mereka adalah tidak selamat dan tuntutan yang tidak menentu mencirikan persekitaran yang dicipta oleh ‘pentadbir’ yang buruk, dan kesan kesihatan negatif yang diukur oleh penyelidik Harvard dan Stanford sama buruknya dengan apa yang dilihat pada mereka yang terdedah dengan menghidu asap rokok orang lain.

Pentadbir yang berniat dan bersikap buruk bukan sesuatu yang lebih biasa daripada yang anda fikirkan.

Sudah jelas bahawa pentadbir yang berniat jahat memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan produktiviti pekerja mereka, jadi apa yang dilakukan oleh orang-orang yang bekerja untuk pentadbir yang sentap? Tidak banyak.

Jika merujuk kepada laman Kumpulan Guru Malaysia , bilangan yang memohon dan bersara awal juga menunjukkan peningkatan.

Masalahnya adalah semakin lama anda bersama dengan bos atau pentadbir yang menjelikkan, semakin sukar untuk meyakinkan diri anda untuk menarik diri dan pergi dan semakin besar ia memberi kesan yang diperlukan pada minda, tubuh, dan keluarga anda.

Bos dan pentadbir yang menjengkilkan amat gemar memperkecilkan kebolehan seseorang.

Sebahagian daripada mereka memberi anda gambaran yang kuat bahawa mereka amat seronok dan menikmati jika mereka dapat memperkecilkan dan memperlekehkan kebolehan anda diketahui oleh rakan sekerja anda.

Walaupun anda tidak semestinya mahu bos yang tidak dapat memberikan maklum balas yang sukar, anda pasti tidak mahu bekerja untuk seseorang yang suka mengkritik dan menyalahkan.

Terdapat juga pentadbir yang suka atau berjiwa pemarah. Memang pentadbir juga mempunyai hari yang tidak baik, menghadapi tekanan yang menyebabkan beliau hilang kawalan.

Mereka akan membuat orang ketakutan dan berjaga-jaga. Semua orang akan berhenti bercakap dan berkongsi idea kreatif mereka kerana mereka takut mereka akan dimarahi kelak.

Sesetengah pentadbir mahukan atau inginkan harapan yang tidak munasabah. Sesetengah bos melihat pekerja mereka sama seperti anak-anak kecil melihat guru mereka. Seolah tidak mempunyai identiti terhadap kerja mereka.

Mereka tidak mampu menerima dengan minda terbuka tentang kepentingan dan kewajipan keluarga, hobi, atau apa pun di luar pejabat yang tidak sealiran dengan mereka.

Ini adalah jenis pentadbir yang mengharapkan anda melaksanakan kerja dalam waktu yang tidak munasabah namun yang memberi kesan yang sedikit dan bermakna.

Jika anda berperasaan bahawa anda mengecewakan bos anda setiap kali anda ingin pulang dan menamatkan kerja pada hari itu, maka anda bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat.

Bos yang ‘cakap tidak serupa bikin’ juga merupakan insan yang gagal untuk memimpin melalui teladan.

Sangat sukar untuk merasa teruja dan melakukan pekerjaan anda dengan serius apabila orang yang menetapkan taraf anda tidak memenuhi harapan itu sendiri. Jika bos anda adalah munafik, sudah tiba masanya untuk pergi.

Mempunyai bos atau pentadbir yang ‘buruk dan jahat’ adalah lebih daripada sekadar menjengkelkan, ia boleh menyebabkan kerosakan yang sangat nyata terhadap kesihatan mental dan fizikal anda.

Oleh itu, jika anda mempunyai bos yang tidak baik, anda tidak perlu mententeramkan diri anda dengan cuba berkata tidak ada apa yang berlaku.

Sebaliknya, segeralah menukar sasaran objektif untuk merubah kehidupan anda, dan, jika tiba masanya, mulakanlah menyibukkan diri untuk beralih ketempat yang lebih menyenangkan.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Rencana Forum 08 Ogos 2019

Tags:

Latest Month

September 2019
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow