?

Log in

No account? Create an account

August 10th, 2019

Senyumlah dengan ikhlas

Bebanan kerja, masalah kewangan, mainan politik, kekecewaan dan lain-lain permasalahan merupakan asam garam kehidupan sesiapa sahaja.


Jika rakan anda melihat anda dalam keadaan demikian pastinya mereka akan berkata dan menegur anda dengan ungkapan ‘senyumlah sikit’.


Dengan sebab tertentu, sesetengah orang merasakan ia adalah tanggungjawab mereka untuk memberitahu orang lain untuk ‘memberi senyuman’.


Jelas sekali, ini merupakan satu permasalahan berdasar banyak sebab penyebabnya, tetapi sebagai orang yang menerima komen-komen tersebut dengan kerap, tentunya timbul perasaan benci apabila orang cuba menggunakan pendekatan ilmu sains untuk mencuba dan menyakinkan anda untuk mempamirkan wajah gembira.


Perbualan biasanya berlaku seperti ini:


Rakan penyibuk: Helo, senyumlah sikit!


Anda: Tidak, terima kasih.


Rakan penyibuk: Jika anda tidak cuba untuk tersenyum, tentunya anda ada lebih daripada alasan mengapa anda tidak mahu tersenyum! Adakah anda tahu bahawa hanya dengan tersenyum, walaupun anda ‘berpura-pura’ ia akan membuat anda berasa lebih bahagia?


Anda: [Beberapa kombinasi julingan dan jelingan yang serius.]


Desakan dari  rakan penyibuk yang agresif, yang cuba memaksa anda ‘senyum’ adalah cubaan yang merujuk kepada satu kajian dalam tahun 1988 yang mendapati bahawa mereka yang terpaksa senyum (dengan cara menggigit pena di antara gigi mereka) menganggap bahawa karektor kartun lebih lucu daripada orang-orang yang terpaksa memegang pena di antara bibir mereka (menjadikan wajah mereka kelihatan masam atau tawar).


Kita bukan mahu mengetahui mengenai batasan kajian itu atau berapa banyak projek penyelidikan yang seterusnya direplikasikan, namun, untuk mendapatkan bagaimana idea ini yang memaksa diri anda tersenyum akan membuat anda lebih bahagia terjebak.


Percaya atau tidak, rupa-rupanya data hasil kajian ‘berpura-pura senyum’ merupakan kajian yang telah memasuki tahun ke 50 dan lebih daripada 300 eksperimen telah dijalankan, tidakkah itu membuat anda tersenyum.


Setelah menjalankan meta-analisis, para penyelidik mendapati bahawa jika anda cuba tersenyum, ia mungkin sebenarnya menjadikan anda agak  bahagia.


Penemuan juga menunjukkan bahawa jika 100 orang tersenyum termasuklah perkara lain yang membuat anda gembira, hanya tujuh orang yang mungkin mengharapkan merasa lebih bahagia.


Anda tentunya biasa melihat keupayaan pengacara TV atau majlis pengacaraan yang mempunyai beberapa helah untuk kekal ‘tersenyum’.


Satu penjelasan yang mungkin untuk kajian yang mendapati hubungan antara tersenyum dan kebahagiaan ialah terdapat pelbagai jenis senyuman, Paula Niedenthal Ph.D, seorang psikologi di University of Wisconsin-Madison yang langsung tidak terlibat dalam penyelidikan memberitahu National Public Radio.


Terdapat senyuman bahagia, senyum malu-malu,senyum menggoda, senyuman palsu, senyum tak nyaman, senyum sinis, senyum ketakutan, senyum sedih, senyum lebar, senyum licik, senyum simpul dan lain-lain yang dikaitkan dengan pelbagai emosi.


Penemuan utama lain dari kajian baru ini ialah senyum sambil-sambil  (jika anda merasakannya) adalah baik,  namun memaksa diri anda tersenyum sebenarnya boleh memberi kesan negatif terhadap perasaan anda.


Sebenarnya, satu lagi kajian baru-baru ini mendapati bahawa orang yang bekerja dalam industri perkhidmatan yang perlu sentiasa memberi senyuman palsu di tempat kerja mempunyai risiko yang lebih besar untuk ‘memabukkan diri’ selepas habis masa bekerja. (Kajian di Amerika).


Eloknya janganlah memaksa diri anda tersenyum, ada strategi yang sebenarnya akan membantu meningkatkan kebahagiaan anda.


Ini termasuk menghabiskan masa di luar, membaca di perpustakaan, membelanjakan wang gaji untuk usaha kerja anda, mengamalkan rasa syukur, bersenam, tidur dengan baik dan beberapa kaedah lain jauh lebih berkesan daripada memberi senyuman palsu.


Anda juga boleh mencuba lebih banyak  berhubung dengan rakan dan kawan, menyumbang kepada masyarakat, menghadapi kemunduran dan kelesuan dan memasak makanan yang sihat untuk diri sendiri.


Yang penting adalah, memanipulasi otot-otot di wajah anda mungkin tidak akan membuat anda gembira, dan tolong hentikan memberitahu orang lain untuk ‘senyum’. Dan anda senyumlah dengan ikhlas.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 10 Ogos 2019

Since PH came into power, Dr Mahathir said he did not see much problem in administering the country, although there were some people who were dropped because of their abuse of power.

This was repeated by the Deputy Prime Minister Dr Wan Azizah that misconduct can be avoided if loyal workers are in the country.

But then most cases and issues of misconduct and abuse of power by the ‘superiors’ are ‘swept under the carpet’. Double standards practices are common too.

Many reported cases are just being attended for formality sake, it’s just reporting cases and actions are back-fired to the ‘whistleblowers’ or the one who had made the report.

Perpetrators go free, and escaped without action taken on them, and this had made situations goes really sour.

Perpetrators now tend to scheme-up and waiting for other ways to hit-back.

Workplace tormenting and intimidating is all too common, and it leaves a permanent negative impact on both the victim and the attitudes and behaviour characteristic of a particular social group.

Power misuse or abuse is an issue that a large portion of us have encountered sooner or later, regardless of whether we realize it openly or not.

It has been debated controversially and has been the subject of interest and gaining rounds especially in the workplace.

Based on a study by Vital Smart on workplace abuse, only 4 percent said they were not part of workplace abused (maybe form the executive group) while 54 percent said they had been bullied for years now.

Read more...Collapse )

Senyumlah dengan ikhlas

Bebanan kerja, masalah kewangan, mainan politik, kekecewaan dan lain-lain permasalahan merupakan asam garam kehidupan sesiapa sahaja.

Jika rakan anda melihat anda dalam keadaan demikian pastinya mereka akan berkata dan menegur anda dengan ungkapan ‘senyumlah sikit’.

Dengan sebab tertentu, sesetengah orang merasakan ia adalah tanggungjawab mereka untuk memberitahu orang lain untuk ‘memberi senyuman’.

Jelas sekali, ini merupakan satu permasalahan berdasar banyak sebab penyebabnya, tetapi sebagai orang yang menerima komen-komen tersebut dengan kerap, tentunya timbul perasaan benci apabila orang cuba menggunakan pendekatan ilmu sains untuk mencuba dan menyakinkan anda untuk mempamirkan wajah gembira.

Perbualan biasanya berlaku seperti ini:

Rakan penyibuk: Helo, senyumlah sikit!

Anda: Tidak, terima kasih.

Rakan penyibuk: Jika anda tidak cuba untuk tersenyum, tentunya anda ada lebih daripada alasan mengapa anda tidak mahu tersenyum! Adakah anda tahu bahawa hanya dengan tersenyum, walaupun anda ‘berpura-pura’ ia akan membuat anda berasa lebih bahagia?

Anda: [Beberapa kombinasi julingan dan jelingan yang serius.]

Read more...Collapse )

Latest Month

September 2019
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow